hai tt, miss pon dah umo 26, financial stabil, kerja stabil, rumah kereta semua ada.. family pon supportive tak da la rasa tersisih... cuma before this, teringin jugak rasa berkeluarga, dicintai dan mencintai gituu... hihih
hidup lengkap tapi terasa kosong, yess ada kawan rapat tapi kadang dirang pon ada life sendiri kan..
tapi alhamdulillah.. last year jumpa dengan bf, kitorang pon dah plan nak tunang dan kawen... doa2 kan.. aminnn
kesimpulan kat sini, kalau selesa hidup solo, teruskan saja
Biasa org yg fikir ms dpan yg akan fikir psl kawin..ada somi..anak...itu yg plg pntg..n biasa akan smpi 1 thp u akan rasa sunyi..time tu lah baru rasa nak kawin..tpi kalau ikut citer tt ni..dia rasa hidup nya dh sempurna sgt..tknperlu org lain...sbb tu tk rasa perlu kawin....cuba tt bygkn...dh umur 40 thn nanti..mcm mana life u nanti...
sebab mungkin sis tak tahu betapa nikmatnya berkahwin, sebab Rasulullah sendiri pun berkahwin, Siti Khadijah berkahwin pun masa umur yang agak lanjut.
Takpe, jodoh pertemuan ditangan Allah, jangan risau, banyakkan berdoa semoga pintu hati tu terbuka untuk menerima kasih seorang lelaki. Nikmat hidup suami isteri bukan sekadar nikmat batin sahaja, tapi lebih dari itu. Itu yang sis tak dapat nak bayangkan.
Keharmonian keluarga bersama kakak sis tu merupakan salah satunya...bagaimana Allah telah ciptakan kasih kepada kakak sis tu. Nikmat yang tiada tolok bandingnya.Anak yang dikurniakan melalui hubungan yang halal merupakan satu anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai harganya.
naluri tu sebenarnya ada sis, semua orang perempuan akan ada naluri untuk berkeluarga..tapi mungkin Allah belum bukakan untuk sis. Manusia akan berubah mengikut persekitaran, sebab sekarang sis rapat dengan kakak..cuba sis pergi ke negara orang, merantau dan melihat negara orang ke sana dan kemari, kita lihat gelagat dan perangai orang..tentu sis akan temui sesuatu yang mungkin tidak terfikir..
apa pun kita sebagai hamba, usahalah ke arah kebaikan, kerana berkahwin itu adalah Sunnah...kalau ditakdirkan tiada jodoh untuk sis..itu adalah ketentuannya, tapi nikmatnya hidup berumah tangga..hanya yang mengalaminya sahaja akan tahu...itu rahsia Allah yang umat manusia tak boleh nak fikir..
tak ada masalah kalau tak kawin.
ada masalah kalau dok pikir apa orang kata kalau tak kawin.
kawin bukan banda main-main. kalau boleh orang nak perkahwinan tu yang pertama dan terakhir.
kalau tak rasa nak kawin, jangan kawin. jangan perjudikan diri dan nasib sebab fikirkan orang lain yang dok berkata-kata.
sekarang maybe x rasa..
tapi bila dah tua kerepot baru nk rasa sunyi.. sakit demam..
simple je..
once akak kau dah kahwin.. da fmly dia sndri..
masa tu kau baru tahu kot perlu hidup berpasangan..
khwin tu ibadah.. jodoh ditangan tuhan...
tapi x dtg bergolek tanpa ushaa..
bab nafsu tipu kalau x dak lnsg..
actualy diri TT sendiri yg mentaliti..
hidup org melayu x de kemajuan meliankan
kahwin ada anak.. ikot suami.. x da life..
bgus lah ko x de nak dating buat benda x senonoh..
bawak kakak as secure..
aku puji la.. tp jgn menafikan benda yg disuruh oleh agama..
org suruh kahwin tu sbb nak elak benda maksiat la.. x nak dibuat benda2 yg terlarang..
bygkan ko buat semua benda tu dgn suami dan anak2...
sama enjoy gak...
bahkan lg enjoy..
tp yalah berkhwin ni ibarat perjudian..
x smua bernasib baik dan sebaliknya..
kalau TT org baik2 seperti digambarkan..
insyallah la.. suami TT pon akan baik2 jugak..
woww.. bestnya topik begini. First time aku jumpa perempuan mcm nie (or aku baru masuk bod ini? )
Bila aku baca kehidupan ko skrg, ..mcm best sgt.
Hidup takde tanggungjawab & keje rutin mmg BEST. - seriesly, ini Pendapat aku. jeless hokey.. so, bila nak kawen? hahahaha.
kalau ko rasa OK dan tak rasa SUNYI dan tak rasa jeles orang lain ada laki & anak, hey.. proceed ajek kehidupan begitu. pedulikan soalan orang2 lain tanya,"bila nak kawen". derang tu jeles dengki ajek tu.
Nikmatnya Berkawen tu, khas utk orang lelaki ajek. sebab boleh continue live as a KING.
masa bujang, MAK jaga. makan minum kain baju
masa dah kawen, BINI pulak jaga. makan minum kain baju. sama ajek.
mmg le nikmat. cer story, tak mana tak nikmatnya hidup?
Bila dah kawen, banyak betul tanggungjawab atas bahu bini tau. penatnya tak terkira. aisehmen. padan le dgn muka aku. sapa suh kawen kan?
aku kena kawen sebab aku suka gi dating.
hik.hik.hik.hik
itu pasal aku kena kawen. KO lain. Ko tak suka gi dating kan?
dating tu best tau. bagi aku la. im mmg gatal2 miang. hik.hik.hik.hik.
nasihat aku kan, at least cari la sorang kawan lelaki. ko kena ada sorang kawan lelaki. BFF pun takpe. sekurangnya ko masih ada skill utk berborak dgn lelaki.
kepentingan utk ada skil ini? entahla. maybe boleh di"simpan" mana le tahu, satu hari, kakak ko kawen, pastu ko rasa sunyi, pastu ko pun start nak cari pakwe. at least, skrg, ko dah asah siap2 skill berborak dgn lelaki.
aku rasa, dlm keadaan ko yang tak desparate utk kawen, ko lagi senang cari kawan lelaki yang jujur. better cari kawan lelaki yang seramai yang boleh supaya, bila tiba MASANYA, ko just pilih ajek. jangan le takde kawan lelaki langsung. nanti bila tiba MASAnya, ko terkial2 pulak. nak bina satu ayat yang mudah pun payah. mcm ada batu dalam mulut. nak ice breaking pun tak reti.
Utk perempuan,
Masa bujang - Rumah itu sebagai tempat berehat, lepak & buat sesuatu yang disukai. Mcm ko buat sekarang lah. best kan?
Masa dah kawen & ada Anak2 - Rumah itu sebagai tempat bekerja.
Utk perempuan2 dah bekerja,
Pejabat - Tempat bekerja.
Rumah - Tempat bekerja.
penat siot..
bila waktu rehat? bila semua orang dah tido...
posting aku pasti menakutkan ko lagi.hahahaha..tapi, hey..aku kena tulis perkara yang orang lain takut nak tulis. Kehidupan selepas berkawen, mmg le gitu. pendek ajek lah aku tulis. sebenarnya ada mcm2 lagi tapi, itu tak kisah le sebab orang lain mmg gatal nak kawen pun. so, segala 1000 cabaran & dugaan dapat ditempuhi dgn hati yang pasrah....mcm aku. wakakakkaka
as long u happy dgn life u tak kisah u nak kawin atau tak. aku pun lps divorce 5 tahun lepas mmg takde rasa nak kawin semula. anak pun dh ade. takde ape dh nak dikejar.
aku kan suka dating. jalan2. tgk wayang. makan2. itu kan prinsip hidup.
dah tua2 begini, sapa nak teman aku gi dating? ko ke?
pun aku bukan datin yang banyak duit utk bela anak anak ikan.
lain le kalau aku perempuan tua yang banyak duit. itu lain la cite.
err..menepati ke soalan ko ni?
TT lain. dia tak suka gi jalan2. dating. etc.
sebab tu aku tak nampak keperluan dia utk berkawen.