|
[Tempatan]
SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!
[Copy link]
|
|
aku rasa muhyidin ok gantikan najib..lebih tegas n islamik..jgn hishamudin npk lembik..zahid komedi pin npk tegas..tp ramai gak org ameno x suka zahid.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ker tak ramai pelabur datang Malaysia?
dekat mana yg menyusahkan rakyat?
memang Tun dapat bangunkan negara tetapi dlm masa yg sama, banyak masalah sekarang pun hasil tangan beliau
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyidin flip flop?
tgk PT3, kelam-kabut
kalau jaga Malaysia x tahu la
|
|
|
|
|
|
|
|
Tun M ni baik diam je lah....
perangai buruk siku sungguh...
biarlah mati nanti kala masih di sanjung org |
|
|
|
|
|
|
|
nak bandingkan najib dgn Tun? pffttttt...ingt Mukriz tu leh terus jd PM kah? pfffttt... |
|
|
|
|
|
|
|
addamnor replied at 5-4-2015 07:02 PM
So dari rakyat yang bengap naiknya pemimpin mcm taik. So padan muka rakyat malisia bodoh bimbo terpa ...
hmmm.. ape jaminan yg kalau kita pilih sebaliknya, xkan ad berlaku corruption? kedaulatan bangsa n agama tu penting beb.. ko jgan pertikai.. yg patut dipertikai kredibiliti pemimpin yg kononnya nak mendaulatkan agama n bangsa tu.. lembekkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by addamnor at 5-4-2015 08:34 PM
kalau mahu berubah, take action. take the risk to always change the leaders accordingly. bukan tadah seperti sekarang. kamu mahu berjaya dalam kehidupan bukankah kamu harus berani melakukan perubahan? ke kamu igt tadah tangan ke langit tuhan azzawajalla akan turunkan kamu pemerintah sehebat alam semesta?
puki apa succumb pada ugutan, tukar kerajaan rusuhan berlaku, kuasa melayu berkurang! cina berkuasa. butoh, melayu tu sudah lama merempat ada hati nak claim tanah air. bersukur lah pada cina2 yang boost economy sedikit sebanyak tuh.
merasa lah rakyat jelata akan bahana kebodohan sendiri. meroyan sana meroyan sini, tiba saat mengundi dapat umpan brim terus sengih sampai telinga.
|
|
|
|
|
|
|
|
najib tolong la turun kalau nx selamatkan umno . kesian dekat orang tua tua kat kampung nie sayang umno sebab depa sayang melayu . |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-4-2015 08:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Malikmalika replied at 5-4-2015 08:34 PM
najib tolong la turun kalau nx selamatkan umno . kesian dekat orang tua tua kat kampung nie sayang u ...
Selagi semua ketua bahagian umno dan semua ketua kompenen BN menyokong Najib jd PM jgn mimpi lah najib nak turun...
Org kg saya ckp..masa tun..apa mereka dpt?..zaman najib mereka dapat brim, bantuan risda masa getah jatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
harmoni kaum sebab hasutan DAP, nak ambil tindakan pun dikatakan zalim, x bebas bla bla bla
jurang kaya makin jauh? sbb tu la Najib hapuskan subsidi, gantikan dgn BR1M dan kenakan GST
apa kaitan rakyat nak pegi syria dgn Najib?
eksiden dgn denggi salah Najib?
rasuah memang dr dulu
graduan menganggur sebab ekonomi tak stabil, sama jer la mcm masa tahun 1997 dulu
GST harga naik? kalau GST dijalankan secara telus tak ada naiknya
duit kebajikan+BR1M
pak menteri segala tu semua zaman Mahathir lagi
di Selangor, apa kaitan dgn Najib?
inilah masalahnya apabila duit rakyat dihabiskan utk benda2 tak berfaedah pada zaman Tun Mahathir
Malaysia untung sebab zaman Tun Mahathir, hasil minyak kita banyak
jangan kata Tun Mahathir, Brunei pun bleh kaya, padahal Brunei x ler hebat mana
kalau Tun Mahathir hebat, sudah tentu Malaysia lebih hebat drpd Singapura
sebab sumber kita banyak tetapi kenapa kita dibelakang Singapura?
apakah pulangan kpd rakyat atas projek2 mega zaman Tun Mahathir?
kenapa projek2 mega ini tak membantu menaikkan jumlah pulangan kpd rakyat?
berapa banyak projek rugi zaman Tun Mahathir? berapa billion duit rakyat habis?
rakyat susah sekarang bukan sebab Najib bukan sebab Pak Lah
rakyat susah sekarang sbb masalah yg dibawa sejak zaman Tun Mahathir
Pak Lah dan Najib hanya cuba keluarkan Malaysia drpd masalah2 ini
bagaimana Najib nak ubah ekonomi kalau ada penghasut yg kata BR1M menghancurkan ekonomi, subsidi menyusahkan rakyat dan GST membebankan rakyat?
memang ler rakyat rasa susah sekarang sbb kos semakin meningkat
sekarang nak bayar astro, nak bayar internet, nak beli handset2 mahal.... hartanah makin mahal
benda2 mcm ni la buatkan rakyat susah
masalahnya susah sangat ker rakyat Malaysia?
rakyat susah sejak zaman Tun Mahathir, bukannya susah tu tiba2 wujud zaman Najib
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi saya, ini adalah pertembungan dua minda / pemikiran / ideologi / fahaman antara dua pemikir ulung di malaysia
Chedet dengan pemikiran cenderung ke arah kapitalisme
dan Najib dengan cara sosialisme yang diwarisi dari Tun Razak
sebelum ni kita jarang alami situasi macam ni
tapi sejak Najib ambil alih, kita boleh nampak malaysia sedang beransur-ansur beralih ke negara sosialis
BR1M, KR1M, PR1MA bagai tu membuktikan Najib ingin meniru negara-negara maju lain seperti Denmark, Norway, Sweden yang mendahulukan rakyat, dan bukannya para kapitalis
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelum pilihanraya, cakap lain
Dr Mahathir: Hutang negara masih pada tahap baik
PUTRAJAYA - Nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap 'baik' untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita masih boleh membayar (hutang). Kita masih boleh membayar kerana kita nampak pelaburan (memberikan) keuntungan (yang) tinggi," kata bekas Perdana Menteri dalam satu temu ramah dengan Bernama.
Dr Mahathir berkata ketika zaman pentadbirannya, keuntungan Maybank sebanyak RM300 juta sudah dianggap besar.
"Sekarang Maybank untung RM6 billion," kata beliau.
Dr Mahathir berkata terdapat negara di Eropah seperti Greece yang tidak mungkin dapat membayar hutangnya kerana nisbah hutang negara itu kepada KDNKnya melebihi 100 peratus. "
"ia (Greece) tidak mungkin (mampu) bayar," kata beliau.
Dr Mahathir berkata Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding di semasa pentadbirannya hanya berada sekitar US$30 bilion.
Setakat 31 Jan, 2013, rizab antarabangsa BNM berjumlah US$140.2 bilion. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah US$158 bilion.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd dan juga melalui
Skim Felda.
"Kita ada simpanan yang cukup besar ...cukup tinggi," kata beliau.
Semasa ditanya adakah dagangan Malaysia masih bergantung kepada Barat walaupun ekonominya yang lemah, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak lagi bergantung kepada Barat. Barat sudah merosot. Eksport kita ke Barat pun tidak boleh meningkat dan Barat juga tidak mampu untuk melabur sekarang ini."
Dr Mahathir berkata kini pelaburan dilihat datang dari Timur dan dagangan negara juga semakin meningkat.
“Dagangan kita dengan negara China umpamanya sudah baik (dan ia) cukup tinggi. Dagangan kita dengan Asean juga meningkat. Jadi kita tidak perlu nilai kemajuan ekonomi negara kita berasas kepada Barat," kata beliau.
Sebaliknya, kata beliau, penilaian harus mengambil kira kemajuan ekonomi di seluruh dunia.
"Dari segi keseluruhan dunia kita dapati bahawa eksport kita masih meningkat, surplus (lebihan dagangan) kita masih meningkat," kata Dr Mahathir.
Perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan tiga peratus pada 2012 meskipun krisis kewangan dan kelembapan ekonomi global serta permintaan dunia yang
lembap.
Walaupun pertumbuhan di bawah unjuran, negara mencatatkan jumlah dagangan tertinggi pada RM1.31 trilion tahun lepas berbanding dengan RM1.27 trilion
yang dicatatkan pada 2011.
Bagi tahun 2012, eksport berkembang sebanyak 0.6 peratus kepada RM702.19 bilion manakala import meningkat 5.9 peratus kepada RM607.36 bilion.
Lebihan dagangan sebanyak RM94.82 bilion pada 2012, tahun ke-15 berturut-turut lebihan dagangan bagi Malaysia.
Antara lima rakan dagang utama, pengembangan dagangan dicatatkan dengan Asean (+8.2 peratus) dan China (+8.0 peratus) manakala dagangan dengan Amerika Syarikat (-2.8 peratus). - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
pujjjjjjjjaaaa sangat la Tun Mahathir tu
Kit Siang: Mahathir kuatir skandal kewangan zaman pemerintahannya akan terdedah
Oleh Mohd Farhan Darwis
Published: 3 June 2012 7:55 PM
KUALA LUMPUR, 3 Jun — Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau akan didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timor ini menegaskan, situasi itu melihatkan pemimpin yang masih berpengaruh itu dilihat semakin agresif sejak akhir-akhir ini apabila mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.
“(Dr) Mahathir sebenarnya khuatir kebenaran skandal kewangan ketika pemerintahan beliau selama 22 tahun akan didedahkan jika Pakatan memerintah.
“Beliau bukan sahaja mula bertindak mengeluarkan kenyataan agresif, malah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meneruskan cadangan supaya pilihan raya umum tidak dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai,” kata Lim.
Lim (gambar) turut menegaskan, dalam satu forum di Pulau Pinang semalam, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop menjelaskan terdapatnya keraguan dalam skandal kewangan terbesar negara itu.
Rosli turut menamakan empat individu yang terlibat dalam “skandal kelab elit tukaran matawang” dua dekad lalu — bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamed, bekas Menteri Kewangan, (Tun) Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham (Tan Sri) Jaffar Hussein, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop.
Lim turut menambah, berdasarkan kenyataan Rosli ketika forum tersebut, “Jaffar dan Nor adalah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan spekulasi tukaran wang yang bertentangan dengan prinsip perbankan.
“Malah, Rosli turut menuduh Nor, yang merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyebabkan berlakunya kerugian matawang kerana beliau adalah penyebab kepada spekulasi dan perjudian Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.
“Beliau yang pada masa itu merupakan penasihat kepada jabatan pelaburan akan menggunakan komputer kakitangan dan menimbulkan spekulasi dan berjudi di pasaran tukaran wang asing.”
Ini menyebabkan pemain tukaran matawang asing menyangka Bank Negara mempunyai pedagang matawang yang agresif.
“Tapi Nor Yakcop yang melakukan perkara itu.”
“Arahan untuk melakukan perkara itu telah dikeluarkan Daim dengan “restu” Dr Mahathir,” katanya.
Pada 1992, Bank Negara telah melabur Pound British dan kemudiannya menjadikan Pound lebih panjang, manakal George Soros, pemain utama tukaran wang asing menjadi singkat.
Apabila Pound dinilai semula, Bank Negara telah mengalami kerugian USD5.5 billion dan George Soros memperolehi USD1.7 billion.
Bank Negara bagaimanapun mendakwa ia hanya kerugian sekitar RM9.3 billion.
Rosli berkata, “pakar menganggarkan Bank Negara mungkin mengalami kerugian sekitar USD27 ke USD33 billion, yang mana lima kali lebih daripada simpanan asingnya dan aset keseluruhan bernilai USD20.7 billion pada 1992,” tambah Lim.
“Daripada anggaran saya di Parlimen dua dekad lalu, Bank Negara mengalami kerugian sekitar RM30 billion. Namun Bank Negara mendakwa mereka hanya mengalami kerugian sekitar RM10.1 billion pada 1992 dan RM5.7 billion pada 1993,” tegas Lim.
Bagaimanapun, Lim mendakwa, Dr Mahathir yang dilihatnya semakin agresif sejak akhir-akhir ini cuba untuk menutup skandal kewangan tersebut.
“Sejak dua minggu lalu, beliau mendakwa Bersih adalah “persediaan” dan “pemanas badan” untuk Pakatan Rakyat melakukan demonstrasi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 jika pembangkang tewas.
“Malah, beliau turut membuat dakwaan jika Umno tewas, Melayu akan kehilangan kuasa di tanah air sendiri apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negara.”
Beliau juga mengulangi dakwaan Dr Mahathir bahawa kegagalan Umno dan BN ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan punca kepada kelemahan Umno di era pemerintahan Najib apabila mengatakan kerajaan masih lagi lemah untuk menghadapi pilihan raya umum.
“Saya bersetuju dengan Rosli yang menyatakan, jika PR mengambil alih kerajaan, Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat dakwaan beliau Bank Negara kerugian RM30 bilion sewaktu 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir.
“Daripada tindakan itu, jelas Dr Mahathir khuatir penglibatan beliau dalam skandal tersebut akan terdedah.”
“Saya tidak menyatakan beliau harus menerima nasib seperti Hosni Mubarak yang dihukum penjara seumur hidup, tapi rakyat Malaysia perlu tahu perkara ini,” tegasnya lagi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.usdS720r.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan besar juga Chedet tak nak Najib terlalu "selesa"
dan jangan lembab macam pak lah dulu
korang perasan tak, setiap kali berlaku perbalahan sesama sendiri antara pembangkang, mesti Chedet keluarkan kenyataan hentam najib
contohnya aritu semasa kes Azmin jadi MB, chedet pon ada hentam najib
kali ni isu hudud, chedet sekali lagi kritik najib
yang pasti, chedet ni memang seorang yang strategis dan sistematik
segala yang dia buat bersebab, dan bukannya hentam kromo
kita bertuah sebab pernah ditadbir oleh orang seperti beliau |
|
|
|
|
|
|
|
"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.9LL3nZwE.dpuf
Tol rakyat kena bayar, jambatan kena bayar, sekarang ada KLIA 2, Putrajaya, Cyberjaya dan KLCC, apakah pulangan besar kpd negara? |
|
|
|
|
|
|
|
hebatkan TUn Mahathir
Salahlaku di Zaman Dr Mahathir
Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang dia seorang negarawan tulen yang kononnya cukup prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara sepanjang tempoh 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.
Memandangkan usianya yang semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.
Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika berkuasa dulu. Langkah pertama ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adalah dijangkakan banyak lagi isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kaitan dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam peti besi berkunci.
Semuanya ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.
Di bawah ini kita perturunkan perkara-perkara yang mana boleh dikaitkan sebagai satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan beliau serta anggota kabinet beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri :
a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan menjadi pengamal rasuah yang tersohor;
* Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;
b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni BN dalam kes;
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan);
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;
* Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;
* Penyiasatan kes membaik-pulih rumah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan kos RM5 juta dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu saja kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Dia hanya didakwa kerana memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit. Itupun dijangka beliau akan dibebaskan juga apabila ia dikira sebagai lakonan Najib yang mahukan rakyat tahu bahawa beliau anti kepada pemimpin yang rasuah!
Pada persepsi rakyat: Mahkamah di Malaysia ini merupakan institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh korup, kemudian dibebaskan oleh mahkamah atas alasan yang tidak masuk dek akal dan sudah dijangka di mana mahkamah Malaysia ini bukan institusi penegak kebenaran dan keadilan.
c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004;
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara-Selatan kepada syarikat milik Umno, iaitu UEM bagi tujuan membiayai pembinaan ibu pejabat UMNO - PWTC yang bernilai RM273juta;
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
* Pengambilalihan syarikat Umno, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;
* Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;
* Memaksa Petronas membeli saham Proton;
* Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;
* Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;
* Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan.
d) Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik UMNO
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al-Arqam (1994), Reformasi (1998), memfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan mencipta kisah KMM (2001);
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002);
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999);
e) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;
* Mengganggu penyiasatan BPR;
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
f) Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
g) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1);
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;
* Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;
* Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
g) Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji;
* Kerugian RM15b di Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000.
h) Menghina dan menyekat Islam
* Merancang untuk membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan kata-kata penghinaan ke atas sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan sekain ramai penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan para ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat dengan menarik bantuan perkapita; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik yang terlibat dalam acara anjuran anaknya, Marina.
j) Menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu ketika pemerintahan PAS;
* Menutup sekolah-sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek matematik dan sains di sekolah.
Adalah jelas Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri apabila dengaan sengaja menyalahgunakan dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN. Malah beliau telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Sekadar untuk renungan bersama... dana awam yang telah jahanam.
- PKFZ - RM12bilion.
- Kapal selam Scorpene RM500 juta.
- Simedarby RM964 juta.
- Paya Indah Westland RM88 juta.
- Posmalaysia (melalui Transmile) kerugian RM230 juta.
- Eurocopter RM1 bilion terbuang dalam perundingan.
- Stadium Terengganu runtuh jahanam RM292 juta.
- Kos baiki MRR2 yang retak RM70 juta.
- Maybank terlebih bayar kepada BII (Indonesia) RM4bilion.
- Tourism -NYY kickback RM10 juta.
- Pembelian 3 karya lukisan oleh Pengerusi MAS, RM1.5 juta.
- Kementerian Sukan terlebih bayar RM8.4 juta.
- Kompleks Sukan London yang jadi gajah putih RM70 juta.
- Kos baiki bangunan MATRADE di Jalan Duta RM120 juta.
- Pmbelian kapal terbang baru utk kegunaan Perdana Menteri RM200 juta.
- Hutang InventQ yang tidak dapat dituntut RM228 juta.
- Bayaran saguhati kerana batal pembinaan Jembatan Bengkok di Tambak Johor RM257 juta.
- Kerugian dalam penjualan hak motosikal Augusta RM510 juta (yang dijual pada harga 1 euro!
- Kerugian angkara pemberian permit AP dalam setahun RM1.8 bilion.
- Kapal selam Scorpene yang bakal menjadi bahan muzium RM4.1 bilion.
- PSC Naval dockyard RM6.75 bilion.
- Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980 RM3.2 billion dan pada 2008.
- CUbaan Maminco mengepung pasaran bijih timah dunia pada tahun 1980 telah menyebabkan kerugian US$500 million (RM1.6 billion).
Pertaruhan Pasaran Hadapan tukaran asing menyebabkan Bank Negara kerugian RM30 bilion pada tahun 1990 (Nor Yaakop punya peranan).
- Perwaja Steel yang kerugian US$800 million (RM2.56 billion), sedangkan angka sebenarnya menjangkau RM10 bilion.
- Penggunaan RM10 bilion dana awam dalam Valuecap Sdn. Bhd untuk menaikkan harga saham di pasaran saham.
- Kerugian RM700 juta oleh Bank Islam.
- Penjualan M.V. Agusta oleh Proton 1 Euro menyebabkan kerugian |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu lagi sumber pemuda pemuda umngok bahagian khusus nye dari bahagian tuttttt kate...madey nak naikkan anak dia..parti anak beranak ni makin hebat.....tapi macai2 yang bukan ahli umno dalam forum ni kata tu fitnah....sekali ..tu dia ....org umno dah tak suka madey habes sume pekong madey nak naikkan anak dia terkeluar...yang bukan ahli umno dalam forum ni tak terkata ape..diam menerima malah menyokong pulak...typikal macai ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ente tanya Ustaz Jawap
Mahathir tanya Najib tak jawap jawap
ente sudah kena apaa ni najibbbbb? ente itu pm lah..ente kene jawap apa orang tanya lah
apa sudah jadi lah..masyallahhhhhh , ente jadi bisu kenapa lah..ente bikin ana panas lah..ini rumah airkon sudah tidak ada lah, itu bill ente tada duit buleh bayar lah..itu duit semua habis ente buat mdb lahh
masyallah al unta buah kormak apa sudah jadi laaaah |
|
|
|
|
|
|
| |
|