CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Jenayah] Mangsa penyelewengan JPJ Penang mengamuk

[Copy link]
Post time 30-12-2015 02:57 PM | Show all posts
semerbak replied at 30-12-2015 02:38 PM
Kereta klon Kena sita .Ruginya .Ada ke pomen boleh rosak no siri injin.?

kereta klon? ke kereta dgn enjin suspected curi? awatla dok kikis no siri chassis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 02:59 PM | Show all posts
ramaramu replied at 30-12-2015 02:56 PM
mentang2 kete dah lama berbelas tahun kena sita ingt mamu ni bodoh ke apa nak jual kete tu kat org l ...

kereta bukan jpj ke sita? dlm gudang depa...camno mamu nak jual kereta dalam simpanan jpj? ni kes zaman dulu geran terbang kot...zaman dulu la glamer..sejak kena gempur kurang dah rasanya...perak dan penang memang hotspot kereta geran terbang...orang kata laa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:10 PM | Show all posts
sabaq naa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:13 PM | Show all posts
Susulan viralnya video seorang lelaki mendakwa dirinya dianiaya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini (RUJUK SINI), lelaki yang sama tampil memberikan penjelasan kedua mengenai perbualannya dengan Pengarah JPJ Pulau Pinang.

"Bila saya tanya Pengarah JPJ Pulau Pinang, dia suruh saya bayar saman itu meskipun kereta itu bukan dimiliki oleh saya lagi. Kereta itu bolos dari JPJ, orang lain yang gunakan.

"Individu terbabit hanya membayar saman yang dikenakan pada namanya, manakala saman terhadap kenderaan itu pula saya terpaksa tanggung kerana masih di atas nama saya. Apa punya Pengarah JPJ ini? Seorang pengarah yang mempunyai latar belakang akademik yang bagus boleh berkata seperti itu?
"Selepas itu saya bertanya lagi, bagaimana jika perkara ini berlaku pada dirinya sendiri. Sebaliknya dia menyuruh saya jangan bising-bising.

"Bising-bising? Dia berkata begitu seolah-olah dia mencubit anaknya sendiri dan memberikan amaran agar jangan menangis. Begitu? Ini melibatkan hidup dan nyawa saya.

"Kalau JPJ buat perkara ini walaupun salah, tak apa. Tetapi kalau pengguna buat salah sikit seperti isu nombor plat yang lalu, JPJ siap ukur dengan pembaris dan bila tak kena saja, saman. Tetapi bila JPJ buat salah, semua tak apa? Semut lalu depan mata nampak tetapi gajah?

"Lalu saya memberitahu dia bahawa tidak mengapa dia menganiaya saya seperti ini dan di akhirat kelak mereka akan menjawab. Jawapan balas yang diberikannya pula sangat mengejutkan.
"Dia kata di akhirat kelak dia boleh jawab dan dia tak hairan. Hebat manusia ini. Bagaimana orang awam nak hormat JPJ dengan perangai begini?" katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

https://www.facebook.com/media.hub/videos/10153857624584861/

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:15 PM | Show all posts
Bila JPJ Penang nak keluar statement nih ala2 'suci murni'? lembap....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by menachi at 30-12-2015 03:39 PM

Copy paste drp FB page Penang Kini

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG
KEJADIAN BERLAKU PADA 26 NOV 2015 JAM LEBIH KURANG 4 PETANG DI HADAPAN PINTU UTAMA PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG.
PENGADU TELAH CUBA MELAKUKAN PROVOKASI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENJAWAT AWAM APABILA PERMOHONAN BELIAU UNTUK MEMPERBAHARUI

LESEN KERETA MOTOR (LKM) / CUKAI JALAN SEBUAH KENDERAAN MILIK BELIAU TIDAK DAPAT DIPROSES KERANA TELAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK PDRM ATAS KESALAHAN TIDAK MEMASANG LAMPU MOTOSIKAL PADA SIANG HARI PADA TAHUN 2012.
SISTEM SENARAI HITAM PIHAK PDRM MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK TELAH MENYEBABKAN SEMUA KENDERAAN MILIK PENGADU TIDAK DAPAT MEMBAHARUI CUKAI JALAN.

PENJELASAN TELAH DISAMPAIKAN DENGAN JELAS OLEH PETUGAS KAUNTER.
TERDAPAT DUA ISU BERBEZA IAITU :
SENARAI HITAM PDRM YANG MENYEBABKAN PENGADU TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI LKM (CUKAI JALAN) SEMUA KENDERAAN MILIK BELIAU.
SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS SEBUAH KENDERAAN BELIAU YANG PERNAH DISITA (DAN TELAH DILEPASKAN KEPADA PENGADU PADA 30 OKTOBER 2003) KERANA MENGALAMI GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS KENDERAAN .

ISU KEDUA - KENDERAAN MILIK BELIAU YANG TELAH DISITA OLEH JPJ PULAU PINANG PADA APRIL 2003 KERANA GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.
DISITA PADA 17 APRIL 3003 OLEH JPJ PULAU PINANG SETELAH KENDERAAN TERSEBUT GAGAL SEMASA PEMERIKSAAN PUSPAKOM DALAM PEMERIKSAAN PENUKARAN ENJIN.
JPJ PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SIASATAN DAN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARI JABATAN KIMIA PULAU PINANG PADA 21 MEI 2003 MENGESAHKAN GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

JPJ PULAU PINANG JUGA TELAH MENERIMA ARAHAN DARI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF AGAR KENDERAAN INI DILARANG UNTUK DILESENKAN.
JPJ PULAU PINANG TELAH MENYENARAI HITAM KENDERAAN INI PADA 14 OGOS 2003.
JPJ PULAU PINANG MENERIMA PERMOHONAN DARI PENGADU UNTUK MENGELUARKAN KENDERAAN DARI SITAAN JPJ BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI BARANG ALAT GANTI SEPERTI MANA SURAT AKUAN BERSUMPAH BERTARIKH 29 OKTOBER 2003 JUGA DIIKRARKAN OLEH PENGADU DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH
PADA 30 OKTOBER 2003 KENDERAAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA PENGADU SELAKU PEMILIK BERDAFTAR MELALUI SATU SURAT AKU TERIMA YANG DITANDATANGANI OLEH PENGADU.

PADA 14 JULAI 2013, KENDERAAN INI TELAH DITAHAN OLEH JPJ KEDAH DI JALAN KULIM-BALING YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI MELAYU LAIN DAN MELAKUKAN KESALAHAN LESEN KERETA MOTOR (ROAD TAX) TAMAT TEMPOH PADA 09 FEBRUARI 2004 DAN TIDAK DILINDUNGI INSURAN. SAMAN KEPADA PEMANDU DIKELUARKAN SECARA KENDIRI MANAKALA SAMAN KEPADA PEMILIK TELAH DIKELUARKAN SECARA POS BERDAFTAR KEPADA ALAMAT TERKINI DALAM SISTEM JPJ.
SAMAN PEMILIK TELAH DIJELASKAN DI MAHKAMAH BALING PADA 30 OKT 2013 MANAKALA SAMAN PEMILIK TIDAK DIJELASKAN MENYEBABKAN SENARAI HITAM JPJ DIJANA ATAS KENDERAAN INI SAHAJA.
RUMUSAN

NOMBOR K/P PENGADU TELAH DISENARAI HITAM OLEH PDRM DARI MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (CUKAI JALAN) MANAKALA SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS KENDERAAN YANG PERNAH DISITA PADA TAHUN 2003 YANG DILARANG DARI DILESENKAN.

  PENGADU JUGA TIDAK PERNAH MEMBUAT ADUAN ATAU PERTANYAAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN JPJ PULAU PINANG BERKAITAN MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH DARI 26 NOV 2015 HINGGA 29 DIS 2015.

PRO JPJ PULAU PINANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON PENGADU DAN MENGHUBUNGI PENGADU BEBERAPA JAM SELEPAS VIDEO DIMUAT NAIK DALAM LAMAN FACEBOOK, NAMUN PENGADU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA DAN BERJANJI UNTUK MENGHUBUNGI PRO SEMULA. MALANGNYA SEHINGGA JAM 5 PETANG TIADA PANGGILAN DITERIMA OLEH PRO DARI PENGADU.

PRO JPJ PULAU PINANG TERUS MENGAMBIL INISIATIF MENGHANTAR MESEJ KEPADA PENGADU DAN MEMAKLUMKAN AKAN STATUS SEBENAR MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MENYELESAIKANNYA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 03:34 PM | Show all posts
Tak heran aku kes mcm nie. Dah berlambak kes lain yg lebih kurang akibat aktivity org dalam. 1) Data kereta yg dilupuskan akibat kemalangan digunakan utk kereta lain i.e. kereta curi selepas beberapa tahun. 2) Gawat 1998 - kereta piang. 3) Kereta potong yg disambung and many more...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:40 PM | Show all posts
aku ada kawan yg penah keja JPJ
dia cakap duit gaji lnsg tak sentuh
belanja duit sampingan jeh
nak simpan dlm bank takut
so simpan bawah tilam
masa memula keja konon tak mau amik rasuah
lama2 kelamaan termakan rasuah gaklah
pasal teman2 semua baikot dia
at last dia berhenti keja sebab insof
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betoi..celakanya JPJ tuh...:
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:47 PM | Show all posts
menachi replied at 30-12-2015 03:34 PM
Copy paste drp FB page Penang Kini

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ ...

aku dah agak dah...mamat ni saja nak tarik perhatian untuk elak bayar saman jika JPJ teraniya sila saman mamat ni...opsss kalau saman nanti orang tuduh JPJ lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah tatkala pucuk penguatkuasa dipegang olleh ummah sesuchi embun
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:06 PM | Show all posts
haaa...ni langgar ikrar ni...dulu janji nak buat spare part je kereta ni..ni ada cukup sebijik digunakan...rasanya dia taknak rugi RM78k, dia gi jual kat orang lain pakai geran terbang ka? sampai la ni tatau jenis kereta apa ni? tapi mesti imported yg pasaran dlm RM100k-RM150k rasanya pada masa tu...nak sgt viral sekali semua cerita keluar dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:09 PM | Show all posts
awat dia tak pi ganti dgn enjin lain yg tak kena kikis no enjinnya? bukan camni senang ka? dari rugi RM78k tapi takleh pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg kereta klon melambak pun sbb jpj jahanam ni jgk.kawan aku sedang elok dok umh tgk tb kat kelantan pada suatu hari yg tersebut.pastu mgu lps dpt surat saman kat sngor..org curi identiti buat roadtax.sape yg ada kuasa klu bab roadtax ni..mmg set2 ni jgk la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:21 PM | Show all posts
abas8888 replied at 30-12-2015 02:59 PM
kereta bukan jpj ke sita? dlm gudang depa...camno mamu nak jual kereta dalam simpanan jpj? ni kes  ...

entah laa mcm mana diorg ni tp ada satu kes dulu bapak member pakai kete piang... kete tu beli kat spore tp guna org msia pny chasis n enjin.. mcm klon la.. ada kemungkinan tak sama dgn kes mamu ni???
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia 'jawapan' dari JPJ penang...

Apa pulak reaksi mamuuuu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 04:39 PM | Show all posts
nh83 replied at 30-12-2015 09:04 AM
mau ketaq jpj dok carik sapa yg punya angkara..mamu suda tarak tahan lagii...rasuah di mana2x..

org atas dok jg org bawah, klu x jaga, org bawah pon byk rahsia org atas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:44 PM | Show all posts
mesti de pegawai, pengarah situ wat keje tk betul.

tapi cm biasa,

kambing itam, keje bwahan je yg kene msuk dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:49 PM | Show all posts
cupu replied at 30-12-2015 04:17 PM
skrg kereta klon melambak pun sbb jpj jahanam ni jgk.kawan aku sedang elok dok umh tgk tb kat kelant ...

kereta klon ni kalau tak silap road tax pun tak ada..sebab memang tak boleh buat road tax...geran tak ada..depa beli road tax tampal je...print road tax mcm real..kalau sekali imbas nampak real..kereta panas..nombor plet sama dgn kenderaan yang diklonkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:51 PM | Show all posts
ramaramu replied at 30-12-2015 04:21 PM
entah laa mcm mana diorg ni tp ada satu kes dulu bapak member pakai kete piang... kete tu beli kat ...

entahlah...mamu tu cite pun belit2..beli kereta lepas tu pi tukar enjin...heran....bau ikan kuat sangat ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053456 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list