Siapa tahu klinik swasta mana yang kos suntikan ACWY 135 (umrah/haji) murah di ...
Waalaikumussalam..
sbnr nya setiap klinik berbeza harga, saya sblm ambil suntikan nih , saya telefon dulu bbrp klinik di sekitar rumah, range dari RM150 to RM180...ada klinik yg dah abis stok, kena tunggu bbrp hari lagi sblm stok sampai..so dari situ saya decide nak pegi klinik mana dan buat appointment dgn diaorang..sbb kami satu family besar gi buat suntikan..lbh kurang 7 orang mcm tu.. bgmnana saya dpt nom telefon klinik2 tu? google jer..hahahha
oh yerr ..klinik yg saya pegi tu (Selangor), mmg takde diskaun..walaupun datang ramai2 utk buat suntikan..rega di caj RM160 sekepala dan terima cash sahaja...so masa call tu sila tanya klinik dulu, bgmana bayaran boleh dibuat ya... pihak Andalusia (agen yg saya pegi daftar utk umrah) menawarkan RM150 sekepala, tapiiiiii stok yg dibawa masa utk kursus umrah tu cuma lbh kurang utk 20 orang saja..so mmg tak cukup ler..sbb ramaiiii beratur menunggu nak ambil suntikan serentak...jadi kitaorg pilih ke klinik lain
rasa-rasanya untuk tahun hijrah 1439.....kemungkinan besar surat tawaran akan mula diedarkan awal bulan depan.
sementara tunggu surat, ladyxez boleh buat semakan di portal TH.
saya buat macam tu semasa dapat tahu senarai tawaran akan diedarkan.
seingat akaklah, selepas kita masukkan no KP..............akan keluar pemberitahuan lebih kurang
"tahniah, tuan/puan telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 1439H. surat tawaran akan....................
itu yang dapat ingat.
masa check nama dan bila dekat skrin terpapar 'Tahniah".....rasa nak menangis.
nak nangis terus tak nak kawan sepejabat tahu.
akak ni punyalah perahsia.............kawan yg juga saudara duduk sebelah di pejabat cuma tahu kurang dari sebulan lagi nak berangkat ke Tanah Suci.
untuk jemaah tahun ini tadi kursus Asas Haji bermula seawal pertengahan bulan Disember di Wilayah.
semua maklumat ini boleh di akses di portal http://www.tabunghaji.gov.my/kursus-asas-haji
mcm sy..dapat surat tawaran pergi kursus haji pun dah menangis..dapat surat tawaran pergi haji..lagi la..tak boleh cakap apa2 dah..rasanya semua orang pun sama mcm sy.
sy dapat surat tawaran kursus setahun seblm dpt pergi haji. pada tahun tu sy buat rayuan tapi tak berjaya..tahun berikutnya (2016) alhamdulilah dpt menunaikan haji. ada juga saya tanya2 jemaah, ada yg thn giliran pergi haji 2023 tapi dpt pergi tahun ni..ini semua rezeki..
mungkin ada yang dapat surat tawaran kursus dulu.
our case, kami dah dapat tahu tahun 2014 lagi sebab husband ubah pendaftaran dia guna kwsp.
masa buka akaun untuk anak2 pun pegawai tu semak nama akak, dia kata kalau ikut sistem giliran tahun 2015.
tapi masa tu tak nak percaya 100% lagi sebab masa daftar tahun 2007 giliran kami dianggarkan tahun 2016.
tapi yakinlah bahawa giliran kita sebenarnya ditentukan Allah swt.
bukan TH sebab yang bekerja semua manusia sama seperti kita, kekuasaan sebenar dan hakiki adalah Allah swt.
kalau pejabat dekat dengan mana2 pejabat TH, boleh semak di sana.
semoga urusan dipermudahkan.
perbanyakkan solat dhuha dan solat taubat.
berlapang dada jika diuji dengan sekecil2 perkara samada sebelum dan semasa disana.
insyaallah kita akan menikmati manisnya ibadah.
Post time 27-10-2016 12:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by aily at 27-10-2016 12:47 PM
dee556 replied at 5-10-2016 02:35 PM
tentang bayaran visa SR2,000 tu kita mungkin tersilap tafsir.
apa yang saya faham dari fb Andalus ...
Dee, Arab Saudi dah start kenakan visa umrah untuk yg kedua kali untuk sesiapa yg pernah pergi tiga tahun kebelakang iaitu 2014-2016. Mula mula ada pekeliling untuk tahun semasa hijrah saja (seperti yg Dee sebut) tetapi baru2 ni tukar pulak. Akak plan nak gi Nov ni, tadi baru Travel Agent bagi tau pasal bayaran Visa. TA tanya samada nak proceed atau cancel. TA bagi tau ramai jugak yg cancel sbb skg package umrah sahaja dlm 7k now termasuk visa dah dekat 9k+. Sesiapa yg pernah pergi dlm 3 tahun yg disebut tu planning nak gi umrah mendatang baik call TA memasing untuk confirmation
kak..........serba salah dibuatnya kan?
saya google mengenai berita ini, di Indonesia melalui lamannya kabarumrah...(search boleh tak jumpa pulak) mengatakan melalui taklimat konsul mereka, bahawa tahun ni jemaah dikira zerorised (0) iaitu tak pernah mengerjakan umrah dan bukan mengikut kiraan 3 tahun terbelakang.
pening jugak dibuatnya.
saya dah call Andalusia dan staff disitu berjanji akan semak nama saya dan suami.
setakat ni belum dapat maklumbalas lagi.
kena bayar pun kami teruskan jugak sebab anak perempuan saya akan pergi dan tambahan pulak emak kepada makcik saya berharap kepada saya.
semoga ada penyelesaian kepada permasalahan ini.
btw....kalau akak ada fb sila add page Haramain ....disitu ada dibuat undian untuk tinjauan mengenai caj visa.
sama-sama kita buat undian semoga dari undian itu nanti memberi harapan kepada kita yang ke sana untuk beribadat.
kita ke sana bukan untuk bermegah dan bukan dengan saja2 hendak pergi seperti kita bercuti ke tempat lain.
tanpa jemputan Allah swt, segunung emas yang kita ada pun belum mampu untuk kita menghadirkan diri ke sana.