|
kISAH 811
aku dah lama x singgah beli ayam golek...mmg sedap...
dulu RM12 seekor...
Hari ni singgah beli
1 Januari 2012 ..RM17!
pergh...mahalnya!
Beli je la! Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 812
1 Januari 2012
Pasar malam Pantai Rombang....
bini aku suka perut lembu...
ada mamat tu a,mbik semua kat gerai yg jual daging..
entah mengapa mamat tu tiba2 buat keputusan "saya ambik separuh je.."
dan bini aku pun dapat membeli perut lembu kesukaaannya...
tima kaseh bebanyak buat mamat tu....
bini aku suka buat kerabu!
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:50 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 813
last skali aku pi zoo Melaka pada 2005
hari tahun baru 1.1.2012 aku bawa anak bongsu ke zoo.....
inilah kali pertama dia pi!
seronok sakan!
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 814
masa aku kanak2,aku x merasa makan kek....
hari jadi ke..hari sekolah ke......aku x merasa ....
kalau dapat pun kat sekolah bila ada hari guru dll...
bila aku dah jadi ayah...setiap tahun aku belikan kek untuk anak2....sebab kek makanan istimewa dan sekali sekala dapat makan....
kalu hari2 makan,aku pun naik muntah!
kek ulangtahun ke 6 anak ketiga aku beli kat Tesco Cheng.... Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:51 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kisah 815
aku dah lama x lepak board usahawan walaupun thread aku dibaca puluhan ribu manusia dalam KULTUS USAHAWAN PAKAIAN.aku malas nak campur depa...biarlah depa dgn cara depa....lbh baik aku lepak sini....
kelmarin aku masuk dan terbaca....
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 816
aku baca paper maya....
Berita ni paling aku suka!
BERMULA 2012, TV Al-Hijrah memulakan siaran awal pagi dengan penambahan jumlah waktu siaran dari 12 jam sehari kepada 18 jam sehari. Ini bermakna siaran TV Al-Hijrah boleh diikuti mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
TAHNIAH TV HIJRAH! Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 817
aku dapat emel dr anak Sabah...
"salam mr.saat, ni mohammad. saya sebenarnya baru sebulan lepas membuka kedai pakaian dengan kedai bersaiz 6kaki x 22kaki.
saya tak berpengalaman dalam peniagaan ni tetapi amat meminati bidang ini.sepertinya perjalanan perniagaan saya adalah tak memberangsangkan. minta tunjuk ajar daripada tuan.. terima kasih."
aku juga dapat sms dari beliau....
aku pun jawab emel panjang lebar....
Saudara mempunyai banyak kelemahan iaitu kemahiran dan ilmu pengetahuan penting dalam bisnes pakaian.Contohnya :
1.Pelbagaikan cara bisnes pakaian dan tidak bergantung kepada kedai.
a).Rumah ke rumah.
Sasaran 5 pelanggan sehari.Sebulan 150
Sediakan kad bisnes kpd pelanggan yang mahu atau enggan.
b).Kawasan kerja seperti pejabat,kilang,sekolah dll
Sasaran 5 pelanggan sehari.
c).Kawasan utama seperti pantai,taman rekreasi,tempat permainan kanak-kanak,air terjun,
eskpo,pasar dll.
Produk menepati cita rasa pelanggan seperti Tshirt,baju mandi,tuala
d.Online.
e).Secara perseorangan
Jual kpd orang yang ditemui secara kebetulan seperti bus stand,library dll.
3.PROMOSI DAN PEMASARAN.
Cara promosi n pemasaran.
Promosi menggunakan blog
Promosi dengan Facebook
Promosi melalui Youtube
Promosi melalui brosur
Promosi melalui kad bisnes
Hadiah kpd pelanggan memperkenalkan pelanggan baru
Agen menjual produk kita,contohnya suri rumah,pelajar sekolah dll.Mereka diberikan komisyen jualan.
3.Idea kreatif dalam pemasaran,promosi dan produk.
a).Membuat produk sendiri.
Contoh meletakkan manik pada tudung.Ini akan meningkatkan harga
Belajar kemahiran menjahit.
B).Penggunaan Brosur dan iklan.(jimat dan murah )
potostat brosur (contoh brosur )
Iklan papan kenyataan / tampal di pejabat/papan kenyataan,telefon awam dll
c)3.Penggunaan internet seperti emel,Facebook.Youtube ,blog dll.
(Cara ringkas membuat akaun Facebook,Youtube,blog akan diberikan )
Daftar Facebook,Youtube,Myspace dll
Daftar forum.
Gunakan Window Movie Maker masukkan dalam Youtube.
4.Pelanggan:Manusia penting.
Siapa pelanggan.
Menurut kamus,pelanggan didefinisikan sebagai seseorang yang membayar wang
untuk mendapatkan sesuatu produk atau khidmat.Pelanggan adalah manusia yang akan
menentukan jatuh atau bangun,berjaya atau gagal sesebuah perniagaan.
Cara menarik pelanggan :
a).Produk berbeza.
B).Komunikasi efektif.
c).Harga berpatutan.
5.KEMAHIRAN YANG PERLU DIMILIKI
Kemahiran memulakan bisnes dengan modal rendah.
Kemahiran memilih produk.
Kemahiran menguruskan wang.
Kemahiran menarik pelanggan.
Kemahiran merancang.
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Kemahiran mengelakkan atau meminimumkan kerugian.
Kemahiran mempelbagaikan jenis perniagaan.
Kemahiran melipatgandakan keuntungan.
Kemahiran menghabiskan stok.
Kemahiran mengatasi pesaing.
Kemahiran membuat akaun perniagaan.
Kemahiran menguruskan risiko
Kemahiran mengekalkan pelanggan.
Kemahiran komunikasi.
Kemahiran melakukan promosi.
Kemahiran membuat analisa.
Kemahiran mencari lokasi strategik.
Kemahiran menyusun pelan rancangan perniagaan
Kemahiran menghadapi pelanggan dan situasi
Kemahiran memujuk dan mempengaruhi pelanggan
Melalui jawapan saudara,saya dapati banyak kelemahan dan kekurangan yang saudara miliki seperti tidak pernah membaca buku tentang bisnes pakaian.Buku ditulis saya BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN terbitan PTS PROFESIONAL dibaca hampir 100,000 pembaca.Saya tidak pasti adakah ia tidak dijual di Sabah.Alhamdulillah buku tersebut banyak membantu usahawan Melayu sama ada yang mahu belajar bisnes pakaian atau sudah berniaga dan mahu menambahkan ilmu.
Saya contohnya baru menambahkan satu lagi jenis bisnes iaitu kraf.Saya membaca hampir 100 buah buku mengenai kraf terutama sekali buku antarabangsa.Ia memberi idea bagaimana mereka cipta dan membentuk design kraf baik dan mendapat tempat.
Kursus perniagaan pakaian juga amat penting dan saudara tidak pernah hadir.Saya juga tidak pasti sama ada di Sabah atau tidak.Di sini,saya mengadakan kursus usahawan pakaian namun belum terfikir untuk ke Sabah atau Sarawak.
Buat pengetahuan saudara,bisnes pakaian adalah bisnes yang banyak persaingan .Masalah harga,jenis produk,monopoli,kehendak pelanggan dan sebagainya menjadi asas kepada kejayaan dalam bisnes.Apabila kita terjun dalam bisnes yang banyak persaingan,kita perlu belajar banyak perkara.Jika tidak,kita akan gagal.
Ramai usahawan Melayu yang mmepunyai kedai pakaian hanya bergantung dengan premis sahaja dan mereka tidak bergerak.Kita perlu bergerak sbgmana saya terangkan dalam tips 1.Pelbagaikan cara bisnes pakaian dan tidak bergantung kepada kedai.
Saya memohon maaf kerna hanya menjawab secara ringkas akibat tidak mendapat gambaran penuh mengenai jumlah pelanggan sasaran,jumlah sebenar pesaing dan jenis produk mereka,kelemahan saudara menyediakan produk dan pelbagai perkara yang perlu dibuat analisis.Bukan perkara mudah dalam memberikan khidmat nasihat kepada usahawan baru seperti saudara.
Apabila saya menulis dalam FORUM CARI;KULTUS USAHAWAN PAKAIAN,ia banyak membantu puluhan ribu orang Melayu,namun akibat hasad dengki dan sikap Melayu jahil,saya tidak lagi aktif menulis di situ.
Banyak perkara saudara perlu belajar dan saya mohon maaf di atas waktu yang amat terbatas ,saya tidak dapat membantu saudara sepenuhnya.
Di Semenanjung bermula tahun 2012,saya menjalankan kursus usahawan Pakaian dengan bayaran RM500,iaitu kursus penuh 2 hari.Jika ada permintaan di Sabah dan Sarawak,insya-Allah saya akan ke sana pula.
Saya bersyukur kepada Allah kerna ramai peserta saya berjaya.Walaupun mereka menjalankan bisnes pakaian dengan modal RM500 dan bergerak dari rumah ke rumah ,akhirnya mereka berjaya mempunyai premis dan mampu berjaya.Walaupun sudah mempunyai premis,mereka masih menjalankan bisnes rumah ke rumah,tapak ekspo,sekolah dan sebagainya.Itulah kerajinan dalam mencari kejayaan.
Sebagai usahawan yang menguruskan premis pakaian,restoran,homestay,cyber cafe ,konsultan,kraf dll saya mempunyai masa agak terhad dalam menjawab emel atau memberi nasihat.Ditambah pula saya menulis buku sebagai wahana dakwah kepada manusia.Namun saya berusaha memberi nasihat kepada saudara pabila melihat saudara mempunyai kesungguhan menimba ilmu walaupun saya bukanlah bilionair dalam bisnes pakaian.
saya menasihati saudara agar membaca buku tulisan saya BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN dan USAHAWAN CEMERLANG.Ia boleh dibaca di sini :
http://books.google.com.my/books ... %20sulaiman&f=false
Kadangkala saya tidur hanya sejam sehari akibat terlampau banyak kerja.Dalam dunia yang pantas,saya perlu lakukan banyak perkara dan tidak mahu bazirkan masa dengan banyak tidur.Sasaran saya adalah menulis 100 buah buku dan mahu manusia mendapat ilmu dari buku yang saya tulis.Urusan perniagaan banyak dibantu pengarah syarikat,pekerja yang amanah dan saya boleh mempunyai banyak masa dengan menulis.
Nasihat terakhir,banyakkan membaca dan berkawan dengan ramai manusia berjaya.Teladani sikap dan tabiat manusia berjaya,insya-Allah kita akan berjaya.
Saya mendoakan saudara berjaya dan saya memohon maaf jika ada salah silap dalam memberi nasihat dan pengajaran.
Assalamualaikum
Hj Saat Hj Sulaiman
www.saatsulaiman.com Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:52 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 818
3 Jan 2012
aku keluar dr PC World lepas beli speaker laptop aku ,bunyi bam!
pergh....kemek kereta wira kena langgar dengan keta Toyota besau tu....
aku pun tengok le....
masak kena bayau mamat tu! Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 820
aku sedang menyusun pelbagai fail mesyuarat....
satu demi satu aku periksa..mana lak fail sulit ni???
rumah,pejabat...semua x bertemu....
last2 aku buka bonet keta....
laaa....kat sini rupanya!
nasib baik berjumpa! Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi momod perlukan bijak..jangan jaga bod agama,tp ilmu agama ciput..jangan jaga bod itu ini,tapi tiada ilmu...kalu aku,aku berghenti je....lagi aman bahagia....
apa punya momod.....
pelik betul Forum Cari....puluhan forum aku join..Melayu,Inggeris smpailah forum bahasa arab,xda teruk mcm forum Cari...
macam momod bod agama,1 kredit pun x bagi...aku bukan gila kredit tp momod bod tu mcm sengaja sisihkan aku ....dah le x bagi kredit..momod tu pun x komen...
entah macam mana boleh dipilih jadi momod....
PELIK BETUL..... Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 821
"Ayah ..nape taik gajah busuk..."tanya anak aku masa kat Zoo
"taik semua busuk!"aku jawab....
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:55 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 822
anak bongsu aku memang takutkan pantai..kalu pi pantai ,dia mandi kat tepi2 je...
tapi hari ini dalam sejarah...
1.1.2012
dia selamba rock je ikut aku sampai dalam pantai!
dah besau anak aku!
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 823
Status FB aku hari ni 3 Januari 2012...malam ni kena tidur awal!
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 824
aku membaca kisah ini amat meruntun kalbu....
"Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran..."
http://mengajipastiboleh.blogspo ... atakan-seluruh.html
http://mengajipastiboleh.blogspo ... atakan-seluruh.html
http://mengajipastiboleh.blogspo ... atakan-seluruh.html
Hebat anak Melayu ini...walaupun di UK,masih tetap iman dan takwanya..... Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:56 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi momod perlukan bijak..jangan jaga bod agama,tp ilmu agama ciput..jangan jaga bod itu ini,tapi t ...
GuaAnakMelaka Post at 3-1-2012 07:51 PM
Momod kat situ MOMOD tdo kot Hj.....biasalah....masa apply macam2 janji....leh jaga BOD...leh berlaku adil....akan tgk BOD sepanjang masa...tp bila dah jadik MOD...hmmmmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 795
"Ayah ..nape taik gajah busuk..."tanya anak aku masa kat Zoo
"taik semua busuk!"aku ...
GuaAnakMelaka Post at 3-1-2012 07:51 PM
yaik kambing tak busuk kot Hj... |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 825
4 JANUARI 2012
Aku ke sekolah menghantar anak ketigaku yang masuk tahun 1....
dan aku
Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH 826
Tahun 2012 amat menyeksakan
'
pelbagai urusan dan kerja perlu dibereskan...
Setelah menghantar anak ke sekolah,aku pulang ke rumah
aku membaca senarai urusan dan jadual 2012
air mataku berlinangan....
adakah aku mampu melakukan kesemuanya? Last edited by GuaAnakMelaka on 25-5-2013 11:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|