|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MY FAVORITE PASTIME
[Copy link]
|
|
Page 60...
Yeayyy...
|
|
|
|
|
|
|
|
K bye
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu WRV tertekan pedal minyak rempuh tembok parkir hospital
Keadaan Honda WRV yang nyaris terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir bertingkat Hospital Sultan Idris Shah, Serdang petang semalam.
SEPANG – Tiada unsur sabotaj dikesan susulan insiden sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang nyaris terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir bertingkat Hospital Sultan Idris Shah, Serdang petang semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu kereta memaklumkan insiden itu berpunca daripada kecuaian sendiri. Beliau berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun itu memaklumkan tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B parkir bertingkat tersebut. “Kereta terlibat adalah jenis Honda WRV. Mangsa pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat. “Akibat kemalangan itu, tembok penghalang parkir pecah dan serpihan batu terkena pada sebuah kereta jenis toyota avanza yang berada di bawah parkir berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/pemandu-wrv-tertekan-pedal-minyak-rempuh-tembok-parkir-hospital/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dakwaan salah laku Afdlin: Siasatan dalaman masih diteruskan – Dr. Zaliha
Dr. Zaliha ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Commumity’s Barbershop di Perumahan Awam Seri Perlis 2, hari ini.
KUALA LUMPUR – Beberapa individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berhubung perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketika ini pihaknya masih meneruskan siasatan dalaman berhubung perkara berkenaan. -ADVERTISEMENT-
Jelasnya, satu unit siasatan telah ditubuhkan diketuai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif. “(Ketika ini) kita masih dalam siasatan dalaman, kita telah wujudkan satu unit siasatan (diketuai) Datuk Bandar Kuala Lumpur. Kita akan panggil kesemua yang terlibat (termasuk Afdlin). “Insya-Allah laporan penuh akan diberikan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Community’s Barbershop di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, hari ini. Terdahulu, Maimunah dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/dakwaan-salah-laku-afdlin-siasatan-dalaman-masih-diteruskan-dr-zaliha/
|
|
|
|
|
|
|
|
JPA gariskan lima tumpuan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam
Wan Ahmad Dahlan melakukan gimik perasmian Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tahun 2025 dan Perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam di Auditorium JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR
PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan lima tumpuan utama dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi memastikan perkhidmatan awam lebih telus, berintegriti dan diyakini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, lima tumpuan itu termasuk membangunkan modal insan berkualiti, menghayati nilai-nilai murni dan membangunkan organisasi dinamik. “Anggaplah setiap tugasan yang diberikan sebagai satu ibadah yang bukan sahaja mendatangkan keberkatan tetapi juga mencipta keseronokan bekerja,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat 2025 KPPA di sini hari ini. Wan Ahmad Dahlan berkata, sebanyak 15 program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dengan 3,843 slot disediakan pada tahun ini. “Bagi tujuan tujuh bidang tujahan baharu pula, sebanyak 140 slot program Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) bernilai RM56 juta untuk pegawai-pegawai yang layak daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional,” katanya. Katanya, sebanyak RM50 juta pula akan disalurkan kepada 28 buah kementerian bagi melaksanakan kursus dan latihan jangka pendek bagi meningkatkan kompetensi fungsi pegawai merentasi semua gred dan skim perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/jpa-gariskan-lima-tumpuan-dalam-agenda-reformasi-perkhidmatan-awam/
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah akan lawat persekitaran lokasi kejadian kanak-kanak autisme hilang
Apartmen Idaman, Damansara Damai.
PETALING JAYA – Pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa mengabaikan anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin akan melawat kawasan persekitaran Apartmen Idaman, Damansara Damai. Bagaimanapun masa dan tarikh melawat kawasan itu belum ditetapkan. Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz mengemukakan permohonan lisan untuk melawat kawasan itu yang dikaitkan dengan siasatan kes Orang Hilang (OH) ekoran laporan polis yang dibuat Ismanira Abdul Manaf. Ujar beliau, lawatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum Mahkamah Sesyen di sini meneruskan sesi pemeriksaan utama terhadap dua pegawai polis pada perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira. Ini kerana pihak pendakwaan berpendapat, keterangan lanjut saksi pendakwaan keempat dan kelima Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin dan Asisten Superintendan, Nor Zaharuddin Sanip hanya boleh dikemukakan selepas lawatan dilakukan. Sehubungan itu, Hakim Dr. Syahliza Warnoh yang mendengar perbicaraan menangguhkan sesi pemeriksaan utama terhadap kedua-duanya sementara menunggu lawatan dilakukan yang turut melibatkan penyediaan lojistik dan keselamatan.
Sebelum ini, perbicaraan yang bermula 3 Februari lalu mendengar keterangan dua jurugambar yang merakam gambar-gambar tempat kejadian berkaitan laporan polis yang dibuat Ismanira berhubung kehilangan anaknya. Antara gambar yang dikemukakan di mahkamah termasuk lokasi `Orang Hilang’ ditemukan iaitu di tepi tebing laluan anak sungai berdekatan Blok R, Apartmen Idaman. Peguam Haresh Mahadevan mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf. Perbicaraan di hadapan Hakim Syahliza bersambung lagi esok.
Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/mahkamah-akan-lawat-persekitaran-lokasi-kejadian-kanak-kanak-autisme-hilang/
|
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 5-2-2025 02:40 PM
ada plan menapak tak ptg ni
Tak laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khazanah untung RM5.1 bilion tahun lalu
Amirul Feisal (tengah) membentangkan Tinjauan Tahunan Khazanah 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.
PETALING JAYA – Dana kekayaan berdaulat Malaysia, Khazanah Nasional Berhad mencapai keuntungan daripada operasi sebanyak RM5.1 bilon pada 2024, didorong strategi pengewangan berdisiplin, pendapatan dividen stabil dan peningkatan nilai saksama daripada ekuiti awam global. Nilai Aset Bersih (NAV) Khazanah meningkat kepada RM103.6 bilion berbanding RM84.8 bilion pada 2023, iaitu peningkatan ketara sebanyak RM18.8 bilion.
-ADVERTISEMENT-
Dari perspektif keseluruhan portfolio Khazanah, pertumbuhan NAV keseluruhan meningkat daripada RM33 bilion pada 2004 kepada RM104 bilion pada 2024 untuk mencapai kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 5.9 peratus. Khazanah turut mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion untuk 2024 kepada Kerajaan Malaysia, menyumbang kepada jumlah terkumpul sebanyak RM19.1 bilion dividen yang dibayar sejak 2004. Pengarah Urusannya, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pihaknya mencapai pertumbuhan ketara dalam portfolio pada 2024, didorong oleh prestasi yang kukuh bagi pelaburan Malaysia, terutamanya pegangan dalam konstituen utama yang mengatasi KLCI berikutan prestasi kukuh dalam pasaran domestik, pertumbuhan berterusan ekuiti awam di pasaran maju, dan pemulihan di pasaran yang baru muncul. “Prestasi positif ini juga didorong oleh rangka kerja Ekonomi Madani, yang diterajui oleh Perdana Menteri yang jelas menunjukkan bagaimana pelaburan strategik dan amalan mampan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif. “Kami yakin bahawa Malaysia akan terus mengekalkan daya tahan, dibantu oleh kestabilan politik dan arah dasar yang jelas. “Aliran masuk pelaburan yang signifikan dari sumber asing dan domestik mencerminkan keyakinan terhadap potensi negara untuk pertumbuhan yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/khazanah-untung-rm5-1-bilion-tahun-lalu/
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga wanita maut langgar lubang besar terima ganti rugi RM181,200
Kompleks Mahkamah Seremban - GAMBAR HIASAN
SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan keluarga mangsa wanita yang maut dalam kemalangan selepas melanggar lubang besar ditakungi air di Jalan Tampin-Gemas, empat tahun lalu menerima ganti rugi dan pampasan keseluruhan bernilai RM181,200. Hakim Wan Fadhilah Wan Idris membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan plaintif iaitu suami kepada mangsa, Luqman Hakim Hendon, 45, bersama tiga orang anaknya yang difailkan pada 12 Jun tahun lalu. Wan Fadhilah memutuskan kos kehilangan tanggungan dinaikkan kepada RM144,000, kos perubatan sebanyak RM7,200 dibenarkan dan pampasan bagi kecederaan kepala mangsa dinaikkan dari RM10,000 ke RM30,000. Dalam prosiding tersebut, Wan Fadhilah turut memerintahkan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menanggung 80 peratus liabiliti kecuaian, liabiliti terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Malaysia dikekalkan 20 peratus.
Manakala sumbang salah ke atas mangsa, Norhamizah Mahadi sebanyak 10 peratus sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Keputusan itu sekali gus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 10 Jun 2024 yang memerintahkan Sains bertanggungan 70 peratus manakala mangsa, Norhamizah Mahadi menyumbang salah sebanyak 10 peratus. Mengikut fakta kes, dalam kemalangan pada pukul 5.50 pagi, 12 Februari 2020 di Kilometer 28, Jalan Tampin-Gemas, Norhamizah memandu kereta jenis Proton Persona bersama suaminya. Ketika dalam perjalanan, Norhamizah telah melanggar lubang besar ditakungi air di lokasi dan menyebabkan kenderaan dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan. Insiden itu mengakibatkan Norhamizah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Luqman Hakim mengalami cedera parah. Siasatan mendapati, lubang tersebut berpunca daripada kecuaian dalam penyelenggaraan paip bawah tanah dan jalan raya oleh pihak Sains serta JKR. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/02/05/keluarga-wanita-maut-langgar-lubang-besar-terima-ganti-rugi-rm181200/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|