Post Last Edit by norim at 21-3-2012 00:15
Nak tanya korang yg pegi hat nyai ni brapa habis bajet kat sana?overall la..skali ngan transport,hot ...
miyoma Post at 20-3-2012 20:10
Catatan perjalanan ringkas dan perbelanjaan ke Hatyai. Pergi berdua dgn kawan, kononnya secara backpack.
Dari KL Central naik keretapi ke Hatyai. Tiket tempat tidur bawah -RM60.00Dari stesen keretapi Hatyai ke hotel naik tuk tuk - 30 bath VL Hatyai Hotel - 1malam -900 bath
Disebabkan kami lambat tempah dan tak ada TA utk bawa kami ke Songkla dan pantai Shamila Kena pi sendiri naik kenderaan awam. Dari Hatyai ke stesen bas/van naik tuk-tuk -20 bath
Lepas tercangak-cangak dan tanya orang van utk ke Songkla dapat van dan terus ke Pantai Shamila - 35 bath
Dalam perjalanan pemandu akan ambil penumpang dan turunkanpenumpang. Ada budak Universiti yang naik, pakai tudung, comel budaknya. Bolehcakap Melayu, pekat Pattani. Kami beramah mesra dgn budak ni. Dia siap cakapdgn pemandu van, suruh hantar kami ke pantai Shamila. Siap tuliskan stesen dantempat kami nak ke floating market dalam tulisan Siam, dalam buku catatan kami.Memang sangat membantu kami utk kembali ke Hatyai dan ke floating market. Kat pantai Shamila ambik gambar. Ya Allah, ramainya umat, kebanyakkannya dari Malaysia. Panas ya amat.
Dari Pantai Shamila ke stesen van ke hatyai -stesen yang silap naik tuk-tuk - 20 bath Kat sini, pemandu vannya sepatah haram tak tahu BI dan BM,dahlah cuaca panas, my friend dah naik angin.
Nasib baik driver tuk-tuk boleh cakap BI sikit2.
Pergi ke stesen yg betul - naik tuk-tuk - 20 bath
Naik van ke Hatyai, akan turun di Floating Market - 35 bath Dalam van ada couple yg boleh cakap Melayu, dia yang cakapkepada pemandu di mana kami nak turun.
Naik kereta orang Siam balik ke Hatyai dah malam tak ada kenderaan awam -100 bath
Naik bas ekspres balik ke KL -RM38.00 Dalam bas, penuh dgn pelancong dari Europe dan tabligh. |