CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Tempatan] Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-3-2013 01:49 PM | Show all posts
Kisah penduduk Lahad Datu: 'Abang takut nanti orang jahat datang'
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2013                    

Kakitangan Kementerian Kesihatan dan JPAM memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di Dewan Embara, Felda Sahabat 17, semalam. Gambar kecil: Asrul (kiri) dan Bud
        LAHAD DATU - “Mak...jauh lagi ke kita nak lari? Abang takut nanti orang jahat datang.”

Ketika Asrul Abdul, 9, bertanya kepada ibunya, Budi Ramsara, ada riak ketakutan pada wajah kanak-kanak itu.

        Keluarga malang itu bertindak melarikan diri selepas terperangkap di Kampung Tanjung Batu, selama seminggu akibat pencerobohan militan Sulu di kawasan itu.

        Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain Kampung Tanduo sejak Op dayulat dilaksanakan.

        Kelmarin, semasa menjalankan operasi di Tanjung Batu pasukan keselamatan telah ditembak pengganas Sulu secara serangan hendap dalam tempoh yang agak panjang.

        Langkah anak kecil itu semakin pantas sambil memimpin dua tangan adiknya selepas dimaklumkan si ibu bahawa lokasi selamat hanya berada di depan mata.

        Walau penat, sambil memimpin ibunya yang uzur dan cacat penglihatan, Budi tidak boleh menunjukkan dirinya lemah di hadapan anak-anak.

        Langkah terpaksa diteruskan walaupun sedar akan bahaya andainya terserempak dengan kumpulan penceroboh bersenjata Sulu.

        Nasib ternyata menyebelahi mereka bila akhirnya bertemu sepasukan polis yang melalui kawasan berhampiran.

        Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pindahan sementara di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat 17, di sini, semalam.

        Menceritakan detik ketika bersembunyi di dalam rumah selama seminggu, Budi berkata, setiap hari dia mendengar bunyi tembakan dan dentuman bom.

“Kami takut dan tidak berani keluar dari rumah. Kami makan apa sahaja yang masih berbaki di dalam rumah.

“Anak-anak juga tidak dibenarkan bermain di luar kerana keadaan yang tidak selamat,” katanya.

        Ketika ditanya mengapa dia sekeluarga lambat keluar dari kampung, kata Budi, dia tidak memiliki sebarang kenderaan untuk menyelamatkan diri.

“Ibu saya uzur. Lagi pun, kalau kami keluar awal, mungkin kami akan terserempak dengan penceroboh.

“Menyembunyikan diri adalah langkah terbaik buat kami. Kami hanya mahu keluar apabila yakin keadaan benar-benar selamat,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 01:49 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 12-3-2013 01:43 PM
uesday March 12, 2013Lahad Datu: It was – and is – Malaysian soil

   Malaysian once more: The J ...

Bendera terpacak di ground zero...
Terasa semangat patriotik membuak buak di dalam darah ku kini...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 01:51 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 12-3-2013 01:49 PM
Bendera terpacak di ground zero...
Terasa semangat patriotik membuak buak di dalam darah ku kini. ...

Spot on!!

Ia datang secara tiba-tiba tanpa dipaksa..

Dirgahayu jalur gemilangku!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:59 PM | Show all posts
15 pengganas Sulu ditembak di Kg. Tanduo 1 Mac lalu

Lahad Datu, 12 Mac - Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

"Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baru itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.

"Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

15 pengganas Sulu ditembak di Kg. Tanduo 1 Mac lalu

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:03 PM | Show all posts
mynametaro posted on 11-3-2013 10:49 PM
rase nyer dia salah sorg yg pegi sane...

sebab bile aku tnye kenape ni jawabnye  


maaf ckp tp kawan ko tuh mcm attention whore jek gayanya...
dh bukak mulut cite pengenalan then org tanya sambungannya, dia xmo cerita pulak...
mcm penyakit kt sini lah.. kunun ada gusip hangat pasal munteri ni retis ni tp xmo cerita detail.
ber"pm" bagai...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:09 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 12-3-2013 12:54 PM
Alhamdulillah, 3 lagi penceroboh berjaya ditumpaskan..
ternyata skuad pertahanan Malaysia mmg pan ...

Azzimudie Kiram dah kena tangkap kah? ini kalau dapat tamat lah drama kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 02:12 PM | Show all posts
eazzad posted on 12-3-2013 12:57 PM
Eksklusif Lahad Datu ! Mangsa Culik Lihat Pengganas Bawa Duit Yang Banyak !!
Written By AAKJ on Tue ...

senang betul suluk belajar cakap bajau..hampir sama kah bahasa dia org ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:13 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-3-2013 01:33 PM
wakaka suka hati uols ler
jgn uols dok melahar kat student atas kesilapan sendiri sudahlah yea
x ...

konfem x melahar...kul 5 kang nak g studio chop drawing dorang..sok pg dorang present
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 02:15 PM | Show all posts
eazzad posted on 12-3-2013 01:01 PM
si sulu ni mana pulak dapat duit banyak2 ni? pastu tahan pulak penduduk jadi mangsa tahan suruh beli ...

silap silap hari bulan bajau = suluk = bajau laut = semua dari choose pin
kita shj yg inda tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:15 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-3-2013 01:36 PM
keta kaka shomel aje, mesian lg tp sbb kat keta ada sticker persatuan penduduk so otomatik mmg dia ...

memang kaka, masa kaka n abg iols kawen pon dorang sukarela jadik pengawal lalu lintas,
memang teratur je majlis sebab dorang dh aturkan laluan parking n laluan org ramai,
tp kaka n abg x lalu bwh pedang sbb x de satu pon adk bradik iols ikut jejak mak ayah jd polis
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:16 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 12-3-2013 01:49 PM
Kisah penduduk Lahad Datu: 'Abang takut nanti orang jahat datang'
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 201 ...

Kesiannya mereka ni.....memang jahanan kiram n the gang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:16 PM | Show all posts
Simunggu posted on 12-3-2013 02:12 PM
senang betul suluk belajar cakap bajau..hampir sama kah bahasa dia org ini?

Insiden Lahad Datu: Gambar Azimat dan Tangkal Penceroh Militan Sulu!


Ini yang mereka katakan Jihad apabila mensyirikkan Allah dengan mempercaiyai tangkal dan azimat kebal? Penceroboh Militan Harus dihapuskan

UPDATE LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PRDM) mengeluarkan gambar yang menunjukkan kumpulan pengganas militan menggunakan tangkal dan azimat yang kononnya mampu memberi kekebalan dan kemenangan kepada si pemakai. Namun kebanyakan mereka mati terkena peluru pasukan keselamatan Malaysia

Sultan Palsu AKA Bomoh Pengganas Sulu

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:16 PM | Show all posts


Adnan

Last edited by mahmoode on 12-3-2013 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:16 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 12-3-2013 01:49 PM
Kisah penduduk Lahad Datu: 'Abang takut nanti orang jahat datang'
Wartawan Sinar Harian
12 Mac 201 ...

ciannnya kat family nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:17 PM | Show all posts
Simunggu posted on 12-3-2013 02:09 PM
Azzimudie Kiram dah kena tangkap kah? ini kalau dapat tamat lah drama kan....

aku tertunggu-tunggu Azzimudie Kiram ni kena tangkap

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:17 PM | Show all posts
Simunggu posted on 12-3-2013 02:09 PM
Azzimudie Kiram dah kena tangkap kah? ini kalau dapat tamat lah drama kan....

x pasti tp td berita kata salah satu mayat adalh jeneral musa tp x boleh disahkan lagi sbb blom bedah siasat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 02:22 PM | Show all posts
crossfire posted on 12-3-2013 02:16 PM
Insiden Lahad Datu: Gambar Azimat dan Tangkal Penceroh Militan Sulu!



patut la tak menjadi, banyak bulatan kosong. Tak sempat nak isi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:27 PM | Show all posts
lipans posted on 12-3-2013 02:22 PM
patut la tak menjadi, banyak bulatan kosong. Tak sempat nak isi....

ini bukan gimat tapi permainan monopoli versi suluk. kalau boring dalam hutan..bukalah boleh main sementara tunggu turn berperang...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:28 PM | Show all posts
crossfire posted on 12-3-2013 02:16 PM
Insiden Lahad Datu: Gambar Azimat dan Tangkal Penceroh Militan Sulu!



Ini yang mereka katakan Jihad apabila mensyirikkan Allah dengan mempercaiyai tangkal dan azimat kebal? Penceroboh Militan Harus dihapuskan


Bukan setakat sulu jer pakai tangkal ni...
dengan askar askar pinoy pun sama
Pinoy army pun pakai tangkal


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:30 PM | Show all posts
patt_sue posted on 12-3-2013 01:47 PM
pendekar pun sampai sabah ?

ini pendekar pandai terbang kah? kompom kebal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.229945 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list