CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 6-12-2022 11:19 AM
Kisah Perang Dunia Kedua Bahagian Dua

Dulu-dulu masa zaman Perang Dunia Kedua atau kita panggil WW2 ...

keliru sikit dengan timeline journal tu... stiap org ada journal masing2 agak nya...sbb ditulis bersambung...brpa pnjg masa sbnar ujikaji ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2022 09:51 AM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 7-12-2022 02:51 PM
keliru sikit dengan timeline journal tu... stiap org ada journal masing2 agak nya...sbb ditulis be ...

die mcm ni, tentera 5 org tu terperangkap dlm bunker tu selama 2 tahun lepas kene bom.  setahun lepas catatan terakhir tentera tu, saintis tu datang balik bukak bunker tu.  dan kesemua tentera dalam tu dah mati.  saintis tu amek jurnal tentera tu sebagai bahan kajian dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 19-12-2022 09:51 AM
die mcm ni, tentera 5 org tu terperangkap dlm bunker tu selama 2 tahun lepas kene bom.  setahun le ...

tq ats pencerahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2022 11:02 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 19-12-2022 12:40 PM

Mayat Yang Ingin Ditemui

Kejadian ni terjadi 4 tahun yang lalu dan sampai sekarang aku masih lagi merinding kalau teringat kejadian ni.  Aku bekerja di sebuah syarikat pengawasan digital yang menggunakan teknologi kamera satelit untuk beribu-ribu restoran, bar dan stesen minyak di seluruh USA.  Dari masa ke semasa kami selalu diminta oleh pihak polis dan klien untuk membekalkan rakaman sebagai bahan bukti untuk kejadian jenayah macam pecah masuk, rompakan dan macam-macam lagilah.

Satu hari ni, kami dapat panggilan dari sebuah restoran makanan segera yang popular dan terletak di tengah-tengah bandar Detroit ni.  Pihak pengurusan sana kata ada salah seorang krew diorang meninggal sebab overdose dadah kat kawasan resotan tu.  Jadi sebelum tu macam biasalah aku pun tanyalah serba sedikit pasal kes ni, berapa lama dah matinya, mayatnya jumpa kat mana.  Makin banyak aku tanya makin pelik pulak kematian ni...

Mayat ditemui di tempat buang sampah.  Tempat buang sampah ni dipagari dengan tembok batu disekelilingnya.  Cuma ada 2 cara je nak masuk ke tempat buang sampah tu, satu melalui pagar besar yang juga tempat lori sampah masuk nak angkut tong sampah besar tu, lagi satu adalah satu pagar kecil di tepi tembok ni.  Menurut kata pengurus restoran tu, pagar kecil tu sentiasa berkunci dari dalam tapi pagar besar tu memang tak pernah bertutup, jadi takde sape penah masuk pakai pagar kecil tu.  Yang menjadi misterinya adalah, mayat tu ditemui 2 hari selepas mendiang meninggal dunia, kedudukannya di belakang tong sampah besar tu jadi memang takde sape yang perasan, dan semasa ianya ditemui pintu pagar kecik tu dah terbukak. Sebab tu ada orang nampak mayat tu. Nak senang bagi korang bayangkan, bawah ni lakaran kedudukan mayat belakang tong sampah tu.

https://imgur.com/gallery/5X0r3Io



Jadi kitorang pun muatturunla rakaman video dari satelit untuk kawasan tu.  Pada malam kejadian, mendiang keluar dari restoran, buang sampah dalam tong sampah besar tu, lepas tu dia pun pergi ke belakang tong sampah besar tu, cucuk diri sendiri dengan dadah, dan kami menyaksikan mendiang meninggal kat situ jugak.  Mayat mendiang terbaring di belakang tong sampah besar tu sampai 2 hari setengah. Takde sapa pun yang menyedari 'kehilangan' mendiang.  Selama 2 hari jugaklah tempat tu ditimpa hujan lebat.  Jadi kitorang boleh nampak krew-krew restoran tu cepat-cepat buang sampah pastu masuk balik ke restoran.

Hari ketiga, cuaca terang tiada hujan.  Pagi tu, melalui rakaman video, aku dan pengurus video tu nampak sendiri, pintu pagar kecil tu terbukak dengan sendirinya.  Macam ada tangan ghaib yang bukak pintu tu.  Takde siapa pun di situ kecuali mayat tu, tiada yang masuk tiada yang keluar.  Beberapa jam kemudian, ada seorang krew restoran keluar nak buang sampah, lalu tepi pintu pagar yang terbukak tu, dan dia menjerit tengok ada mayat kat situ.
Apakah  yang membuka pintu pagar tu sebab aku nampak sendiri macam mana pintu pagar tu kuncinya terbukak dan perlahan-lahan daun pintunya menghayun ke luar.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2022 11:36 AM | Show all posts
Hantu Raya Versi USA

Pada satu lewat malam di bulan Disember, bulan sedang mengambang penuh.  Tanah diliputi sepenuhnya oleh salji putih, ianya memantulkan cahaya bulan menjadikan kawasan perumahan aku ni terang bagaikan hari sedang masuk subuh.  Aku berjalan menuju ke garaj aku, garaj aku ni tak bersambung dengan rumah aku, dengan tujuan nak amek setin air soda.  Masa nilah aku ternampak jiran sebelah rumah aku malam-malam macam ni pun dia tengah tabur dedak kasi ayam makan.  Bila nampak aku, jiran aku ni, nama dia John, John angkat tangan lambai kat aku. Aku pun berjalanlah menuju ke pagar yang memisahkan kawasan rumah kami ni.

Aku tanya John, lambatnya kasi ayam makan. John selamba je jawab, oh patutnya petang tadi nak kasi ayam makan tapi tertidur pulak.  Pastu John tanya aku, nak mintak tolong bleh tak? Aku pun ok jelah.  John cakap, dia ada pinjam peralatan memotong kayu jenama Dremel milik ayah aku, dia baru teringat nak pulangkan sebab dia dah habis guna dah.  Dia suruh aku tunggu sekejap, dia nak cari kotak Dremel tu dalam rumah.  Aku pun tunggulah sekejap sementara menantikan dia cari kotak Dremel ayah aku tu. Tak lama pun, lepas dia serahkan kotak tu, sembang-sembang kecil sekejap pastu aku pun masuk balik rumah, letak kotak Dremel tu atas kaunter dapur pastu sambung lepak dalam bilik.

Pagi esoknya, ayah aku kejutkan aku dari tidur.  Ingatkan kenapa, rupanya dia tanya pasal kotak Dremel tu.
'Kau ke yang letak kotak tu atas meja dapur?'.  Masa ni aku duduk berdua je dengan ayah aku dalam rumah tu.  Memang dah takde orang lainlah.
'Yelah, sape lagi?'
'Mana kau dapat kotak tu?'
'Malam semalam pakcik John yang kasi.  Dia yang suruh pulangkan kat ayah'.
'Bila ko jumpa John?'  eh pekak ke orang tua ni?
'Malam tadilah'.
'Betul ke ni?'
'Ye betullah. Malam tadi orang jumpa pakcik John kat rumah dia'.
'Mustahil'.
'Eh kenapa pulak?'
'John sekarang ni ada kat Texas, majlis tamat belajar anak perempuan dia'.

Masa ni aku dah terpinga-pinga.
'Tapi malam tadi memang orang nampak pakcik John, tengah kasi makan ayam'.
'Kau jangan mengarut.  John sendiri pesan kat ayah suruh tengokkan ayam itik dia'.
Lagi sekali aku terpinga-pinga.
'John cakap dia balik hari Rabu minggu depan'.  Eh kenapa aku tak tau pun.
'Kau pecah masuk rumah John ke?'. Ayah mula menuduh aku.
'Eh mana ada.  Orang tak tau pun pakcik John ada barang ayah'. Aku cepat-cepat menafikan.

Pagi tu jugak aku dan ayah menuju ke rumah pakcik John. Kosong takde orang, pintu tingkap semua berkunci.  Kami telefon pakcik John, memang sah pakcik John ada kat Texas skrang ni.  Habis tu malam tadi tu sape?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2022 02:13 PM | Show all posts
Chupacabra

Aku tinggal di kawasan pedalaman California dan keluarga aku merupakan petani.  Satu malam tu dalam perjalanan balik dari berjimba di bandar, ayah aku telefon dan mintak tolong aku alang-alang nak balik tu boleh tak tolong tutupkan injap pengairan kat kebun kami tu.  Kerja tu mudah je, macam nak tutup paip air tapi dalam sebaris tu ada 20 ke 30 paip air.  Tapi aku tak bawak lampu suluh, jadi aku cuma berpandukan dengan cahaya lampu trak aku untuk tutup paip-paip air tu je.

Aku berjalan dari satu paip ke paip air, aku rasa aku dah berada agak jauh jugaklah dari trak aku, apabila aku menyedari yang tetiba suasana jadi gelap, tak lama pun dalam 2-3 saat gitu.  Sekilas aku berpusing dan aku nampak, ada macam satu makhluk tengah berlari melintasi hadapan trak aku dan badannya lah yang menghadang cahaya lampu trak aku ni.  Tapi pergerakannya amat tangkas dan sangat senyap.  Aku dah berdebar-debar tapi aku yakinkan diri sendiri, ah itu cuma seekor coyote.

Itu kejadian di malam hari.  Ada satu hari tu, di waktu siang terang-benderang, aku dan ayah aku tengah menanam pokok di ladang kami.  Kami berkebun di sepanjang sebatang sungai ni.  Dari kejauhan kami nampak sekumpulan anjing liar menyalak-nyalak sambil menyerang sesuatu dalam anak sungai tu.  Masa ni aku ingatkan anjing liar tu tengah menyerang anjing peliharaan mak aku, sebelum ni pernah ada seekor anjing kesayangan mak aku jadi mangsa anjing liar ni, berhari-hari jugaklah mak aku bersedih atas kematian anjing dia tu, jadi aku pun cubalah berbuat sesuatu nak leraikan pergaduhan tu.

Mula-mula aku ketuk-ketuk dinding trak kami untuk tarik perhatian anjing liar tu, sambil ayah cepat-cepat memandu trak dia menuju ke kumpulan anjing liar tu.  Dah hampir dekat tu aku lempar batu-batu di tepi sungai tu dan akhirnya anjing-anjing liar tu pun lari bertempiaran.  Anjing yang kena serang tu sebaliknya berenang dengan lemahnya menuju ke seberang sungai,  pastu ia melompat naik tebing yang aku kira dalam 10 kaki lah jugak jarak lompatan ia tu.

Apa yang melompat keluar dari sungai tu rupa-rupanya bukan anjing.  

Makhluk tu berlari terkedek-kedek masuk ke celah-celah semak, tapi sebelum tu ia sempat berpaling melihat aku.  Makhluk tu bogel tak berbulu, ketinggiannya baru paras dada aku, tapi bentuk tubuhnya macam anjing cacat. Sebab kaki ia macam kaki rusa. Kepala makhluk anjing tu macam tak kena saiz dengan badannya, muncungnya pun macam blok segitiga tak macam muncung anjing biasa.  Telinganya besar dan menegak macam anjing tengah berjaga-jaga tapi saiz telinga ia pun agak besar berbanding anjing biasa.

Aku bertentangan mata dengan makhluk pelik itu untuk 5 ke 10 saat camtulah sebelum ianya hilang di celah-celah belukar tebal, aku pastu terus lari naik trak.  Tutup pintu je ayah aku tanya, 'kau nampak tak tadi? Apa benda tu?'.  Selama 2 bulan ayah aku bertanya orang itu ini, akhirnya ayah aku dapat jawapannya.  Ayah aku percaya makhluk yang kami nampak tu adalah makhluk mistik penghisap darah iaitu chupacabra....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada cerita terbaru dari TT.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 19-12-2022 02:13 PM
Chupacabra

Aku tinggal di kawasan pedalaman California dan keluarga aku merupakan petani.  Satu mal ...

Aneh2 juga binatang kat sana..makhluk ape la tu ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 12:01 PM | Show all posts
Edited by Paiya at 12-10-2023 01:46 PM
mrs_salvatore replied at 19-12-2022 02:13 PM
Chupacabra

Aku tinggal di kawasan pedalaman California dan keluarga aku merupakan petani.  Satu mal ...

bukan makluk mistik

sebab tu anjing-anjing liar tu boleh serang


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 02:27 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-11-2022 04:39 PM
Jambatan Berbumbung Meem's Bottom, Mount Jackson Virginia
Aku membesar di Virginia dan kat tempat ak ...

mcm lokasi filem It
scene kena toreh perut


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 03:48 PM | Show all posts
Percutian di Cuba

Sampai sekarang aku tak dapat nak jelaskan apa yang aku nampak pada malam tu.

Semasa aku baru je tamat belajar di universiti, aku dan kawan baikku Anna ambil keputusan nak berjimba-jimba ke Cuba.  Di Cuba kami berkongsi satu bilik yang agak sempit, jarak antara katil kami adalah dalam 2 kaki je.

Malam pertama, jam 1 pagi, Anna dari katil dia tiba-tiba bangun dan kejutkan aku, pastu dia tanya, 'kau buat apa tu?'.

Aku pun membangkitkan diri pastu tengok dia dengan mata terpisat-pisatnya. Anna sedang duduk di tepi katil dia sambil merenung ke kaki katil dia dengan muka macam sedikit terkejut.

"Anna kau mengigau ni".  Anna menoleh ke arah aku, pastu pandang semula ke kaki katil dia.  "Eh aku ingatkan...aku nampak kau tengah berdiri depan katil aku". Aku pujuk dia aku cakap mungkin tu cuma mainan tidur dia dan akhirnya kami berdua pun tertidur semula...

Malam esoknya normal je.  Malam lusanya jadi malam yang pelik.

Kali ni giliran aku pulak yang terbangun di tengah malam.  Aku tiba-tiba dihimpit rasa tak sedap hati.  Perasaan tu macam kau nampak ribut di kejauhan dan kau tahu kau kena cari tempat berlindung. Itu ayat paling senang aku nak gambarkan suasana malam tu.

Aku pun bangun nak bersandar dan masa tulah, aku nampak Anna tengah berdiri di kaki katil aku.



Anna pakai baju pajama dia dengan rambut panjangnya dibiarkan mengurai ke bawah tidak diikat.  Yang buat aku rasa pelik tu, Anna ni rabun teruk kemana-mana pun dia kena pakai cermin mata, tapi Anna di depan aku ni selamba je tak pakai cermin mata.  Aku menoleh ke sebelah, eh Anna ada je atas katil dia tengah tidur nyenyak.  Berkali-kali aku menoleh ke depan ke tepi nak pastikan betul ke apa yang aku nampak ni, atau aku hanya bermimpi je.  Aku berbisik memanggil Anna. "Anna?" Anna terbangun tapi matanya masih tertutup. "Errmm apsal?"

"Kau tengah tidur ke tu?", aku bertanya pada Anna atas katil tu.  Masa ni, Anna di depan aku ni mula bergerak membelakangi aku, kemudian dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan aku.  "Ye," pendek je jawapan Anna atas katil.  "Anna aku nampak kau depan aku ni".  Anna tersenyap sekejap, mungkin dia tengah nak proses aku cakap ape ni?  Anna lagi satu tu terus berjalan tanpa meninggalkan apa-apa bunyi.  "Aku nak bukak lampu biliklah", seraya itu aku terus petik suis lampu bilik di sebelah katil itu.  Tapi sebelum aku sempat nak petik tu, Anna depan aku tu tiba-tiba dia berpaling dan merenung aku untuk 2-3 saat. Bila lampu terpasang, Anna tu pun hilang.

Kami masih lagi menetap di bilik hotel tu sepanjang percutian kami, tapi kami tak pernah lagi dah tidur tutup lampu.  

Aku tak taulah apa benda yang kami nampak tu, tapi benda tu taknak pun mencederakan kami, ia cuma macam memerhatikan kami je.  Bila aku cerita kat orang lain, ada yang mendakwa kami berdua ni mimpi jelah, terkena sleep paralysis la.  Tapi aku dan Anna yakin kami nampak apa yang kami nampak malam tu, kami cuma tak tau je apa benda yang kami nampak tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 04:05 PM | Show all posts
Mayat Bangkit

Aku bekerja untuk sebuah syarikat pengebumian.  Pada satu tengahari tu, aku diberikan tugasan untuk satu sesi penghormatan terakhir atau di sini dipanggil 'viewing' untuk satu jenazah yang akan dikuburkan esok harinya.  Selalunya bila sesi tu berakhir, jenazah ni akan disimpan dalam peti sejuk, tapi sebab pusat pengebumian aku ni kecik je dan kebetulan semua peti sejuk tu dah penuh dengan jenazah yang nak disiapkan, jadi untuk jenazah yang ni kami biarkan je dalam bilik tu dengan penghawa dingin dipasang penuh.  Lagipun jenazah tu dah disiap diawet, takde isu kalau jenazah tu membusuk ke.  Kami selalu je buat macam ni lagipun ni pusat pengebumian, sapa je nak pecah masuk kan?

Keesokan paginya, aku adalah orang pertama yang masuk ke bilik tu, dan apa yang aku nampak memang tak masuk akal.  Jenazah lelaki tu dah tersembam muka ke lantai dalam bilik tu.  Tapi keadaan jenazah tu elok je terbaring, dengan tangan dan kakinya rapat ke badan.  Seolah-olah macam dia diangkat dengan baik pastu dijatuhkan dengan muka mencium lantai.



Masa mula-mula aku nampak keadaan mayat tu memang aku rasa macam diserang sakit jantung.  Aku sangkakan ni mesti staf lain ni ada buat prank, kalau ikutkan kami di rumah mayat ni memang dilarang sama-sekali buat prank macam ni sebab dikira tidak menghormati mayat, tapi aku rasa pelik jugak sape staf yang berani buat prank macam ni sedangkan kami ni dah lama bekerja bersama-sama.  Akhirnya aku dan bos aku pun pegilah tengok rakaman CCTV, kat luar pintu masuk tu memang ada kamera tapi kami tak nampak pun sesiapa yang memasuki bilik tu dari waktu aku kunci bilik sampailah pagi esoknya bila aku nak masuk.  Habis tu macam mana pulak jenazah tu boleh terjatuh?  Malangnya dalam kawasan bilik tu pulak takde kamera, jadi sampai sekaranglah insiden ni kekal menjadi misteri.

Mungkin ada yang berpendapat mungkinkah jenazah tu sebenarnya masih belum mati lagi?  Jenazah tu sudah siap diawetkan ye, bila jenazah dah diawetkan memang tak mungkinlah dia masih hidup.  Apapun siasatan masih terus dilakukan tapi kes ni ditutup tanpa jawapan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-11-2022 05:43 PM
Panggilan Misteri (Bukan Nenek Kamsia)

Kisah ni terjadi pada aku pada awal 2000an.  Sedikit latar b ...

Ya robbi mengekek2 aku nenek kamsia. Apa jadi kat tuan tanah kedaung benang nenek kamsia tu eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2023 01:15 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-1-2023 05:11 PM

Pokok Berlubang Di Devil's Grove, Santa Fe New Mexico

Aku tinggal di bandar Santa Fe di negeri New Mexico dan aku berani cakap yang bandar ni memang sangat berpuaka.  Santa Fe ni merupakan ibu negeri tertua di Amerika Syarikat dan merupakan antara kawasan pelancongan terkenal di USA ni.  Yang menjadikan bandar ni terkenal adalah kerana bandar ni kaya dengan sejarah, tapi sejarah yang berdarah.  Tanah ni suatu ketika dulu didiami oleh kaum asli Amerika yang hidup aman damai sampailah kedatangan tentera Sepanyol yang telah menghapuskan kaum asli tu.  Tapak perkuburan paling tua di bandar ni pun mencatatkan batu nisan seawal 1800an.  Ni yang tercatat yang tak tercatat mesti lagi tua dari tarikh itu.  Uniknya, nombor lot tapak perkuburan itu adalah 1134, yang kalau korang terbalikkan jadi H E L L.  Entahla mungkin ini hanya kebetulan kot.

Tapak perkuburan sekarang ni berpagar, tapi mengikut kata orang tua-tua, zaman dulu tapak ni cuma ada pagar depan je.  Pagar tepi dan belakang ni baru je dibuat, jadi ada kemungkinan yang di luar-luar kawasan pagar tepi dan belakang tu pun ada kubur-kubur tidak bertanda. Belakang kawasan perkuburan ni ada pencawang elektrik yang sangat besar korang boleh dengar bunyi dengungan elektrik mengalir tu dari depan pintu pagar kubur ni.  Belakang pencawang elektrik tu pulak ada kawasan hutan kecil.  Kawasan ni tengah-tengah bandar ye, jadi kawasan hutan kecil tu memang tak ramai yang perasan sebab dah ditutup dengan bangunan perumahan dan sebuah bangunan akademi.  Orang tempatan memanggil kawasan hutan tu sebagai Devil's Grove (Hutan Syaitan).

Kenapa hutan kecil ni diberikan nama yang agak dahsyat sekali? Sebabnya pokok-pokok kat sini agak pelik, kebanyakan pokok-pokok ni ada lubang di tengah-tengah batang pokoknya, kalau pandang lama-lama memang nampak seram.  Yang lagi seram tu, bagi sesiapa yang berani menjenguk ke dalam lubang tu, diorang kata lubang tu jauh ke dalam tanah, gelap gelita tak nampak dasarnya.  Tempat ni kalau korang Google memang tak jumpa pun, tapi aku pernahlah buat semakan di arkib perpustakaan tempat aku, aku terjumpa satu keratan berita dari suratkhabar lewat 80an.  Seorang budak lelaki dilaporkan hilang, mak dia pun buat laporan polis.  Mak dia kata kali terakhir dia nampak anak dia tengah bermain di arroyo (laluan air yang cetek) yang mengalir di tengah-tengah kawasan hutan seram tu.  Hutan tu kebetulan letaknya belakang rumah si mak dan anak ni je.



Pihak polis pun buat carian demi carian dan jumpa jugak budak tu dalam hutan tu. Tapi.... budak tu ditemui dalam keadaan badannya tersangkut dalam lubang di salah sebuah pokok tu.  Bahagian kepala sampai perutnya dalam batang pokok tu.  Budak tu dah meninggal dunia masa ditemui tu.  Badan mayat tu macam muat-muat je dengan lubang pokok tu menyebabkan pihak polis ada kesukaran jugaklah nak keluarkan mayat budak tu, dan keadaan lubang tu agak tinggi jadi macam mustahil je budak sependek itu boleh sampai ke lubang tu. Macam pokok tu telah menelan budak tu pulak, atau ada seseorang buat khianat bunuh budak tu...

Tak lama kemudian, tahun 1991, ayah aku masa ni dah lewat remaja. Ayah aku ni dulu nakal, dia pernah jadi budak gangster.  Ayah aku ni asalnya dari keluarga porak peranda, duduk rumah tak aman jadi ayah aku ni senang dipengaruhi dengan anasir jalanan.  Satu hari tu, dia dan kawan-kawan dia merancang nak merompak sebuah kedai stesyen minyak tak jauh dari hutan puaka tu, tapi rompakan mereka tu tak berjalan dengan lancar sampai diorang ni dikejar polis.  Ayah aku dan geng dia pun berlari sekuat hati menyorok dalam hutan tu.  Diorang tahu cerita-cerita seram pasal hutan tu, tapi nak buat macam mana kan daripada kena masuk lokap.  Ayah aku berbaring di celah-celah semak tebal dalam hutan tu.  Dia mendiamkan diri dan dia nampak polis-polis tu lalu lalang berhampiran dia, dan akhirnya makin menjauh sampai ayah aku dengar polis tu dah keluar dari hutan tu.  Tapi untuk keselamatan ayah aku tetap membatu di situ.  Sejam jugaklah ayah aku keras kejung kat situ, sekali tu dia tak tahan nak terkencing la pulak.

Kali ni ayah aku yakin dah takde polis, ayah aku pun pergilah ke tepi sebatang pokok ni nak kencing. Dah kencing tu ayah aku terperasan pokok sebelah dia tu ada lubang.  Ayah aku ni sajelah main-main, dia pegi campak sebiji batu ke dalam lubang. Thud! Dia terdengar bunyi batu tu mencecah tanah.  Bunyinya agak kuat tanda dasar pokok tu takdelah berapa dalam.  Pastu, dia campak lagi sebiji batu. Tapi, eh, kenapa dah tak dengar bunyi thud tadi? Seolah-olah macam batu tu ghaib begitu sahaja.  Ayah aku tak puas hati, dia campak 2-3 biji batu lagi, tapi takde bunyi.

Masa ni ayah aku dah rasa tak sedap hati, dia pun balik semula ke tempat persembunyian dia tadi.  Ayah aku cadang nak duduk situ je sampai hari siang.  Malam tu, ayah aku dengar macam-macam bunyi.  Dia dengar bunyi tapak kaki bersekali dengan dahan dan ranting yang patah, daun-daun berdesir macam bersentuhan macam dilanggar seseorang.  Tapi ayah aku tak nampak kelibat orang pun kat situ.  Nak kata polis pun bukan, sebab polis mesti bawak lampu suluh dan ada jugak cakap-cakap pakai radio, tapi ni takde.  Masa ni ayah aku dah agak dah, ni mesti bukan manusia ni.....  Ayah aku punyalah kecut memang dia tak bergerak-gerak dah kat situ sampailah matahari memunculkan dirinya...

15 tahun kemudian, masa ni aku dah lahir, kami berpindah ke kawasan kejiranan yang membelakangi hutan kecil tu.  Arroyo tu mengalir betul-betul di luar tingkap bilik tidur aku, camtulah yang aku boleh gambarkan betapa dekatnya rumah kami ni dengan hutan tu.  Tapi aku dan adik beradik yang lain tak dibenarkan langsung untuk masuk ke hutan tu.  Tapi biasalah kan, kenakalan ayah aku tu menurun pulak kat aku.  Semasa aku meningkat remaja, aku rajin jugaklah masuk dalam hutan tu sampai jumpa kawasan perkuburan tu.  Adalah jugak nampak kelibat itu ini, dengar bunyi pelik-pelik, tapi yang pastinya benda-benda tu jadi lagi kuat bila kitorang makin mendekati pencawang elektrik tu.  

Kawasan kubur tu namanya Fairview Cemetery, kat situ ada kubur Julia Staab, hantu terkenal yang masih mengganggu penginap-penginap sebuah hotel disini.  Hotel tu asalnya adalah rumah agam milik keluarga Staab, Julia ni mati dalam rumah tu ada yang kata dibunuh ada jugak kata dia bunuh diri.  Kebetulan jugakla, bila aku Google, dari arah kubur Julia Staab ni la korang boleh nampak hutan tu.



Nampak kan wayar pencawang elektrik tu? Yang hijau-hijau kat belakang tu lah hutan yang aku maksudkan itu.... Nantilah bila-bila masa aku free aku sambung pulak pasal hantu Julia Staab ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2023 01:15 PM
Pokok Berlubang Di Devil's Grove, Santa Fe New Mexico

Aku tinggal di bandar Santa Fe di negeri New  ...

okay.. gi hidang kopi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Menanti kesinambungan cerita.. nak feeling seram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2023 12:41 PM | Show all posts
La Posada : Tragedi Yang Menyedihkan

Hai uols I kembali lagi dengan kisah mistik tentang tempat tinggal I sekarang, iaitu Santa Fe, New Mexico. Untuk entri kali ini I nak sambung kisah tragis Julia Staab, salah seekor hantu yang terkenal di sini.

La Posada ni merupakan antara resort tertua dan tercantik di sini,  bagi golongan berduit memang tempat ni sesuai la untuk mereka menetap kalau melancong ke Santa Fe ni.  Tapi di sebalik kemewahan dan kecantikan resort ni, ada kisah sedih yang menjadi sejarah bangunan ini..



Abraham Staab adalah seorang lelaki German yang bercita-cita tinggi.  Dia dan abangnya Zadoc, berpindah ke Santa Fe ni pada 1854 untuk memulakan perniagaan mereka.  Dan perniagaan mereka berjaya, diorang pun jadi kaya-raya dan mengumpul banyak harta.  Pada 1865, Abraham ni balik ke German, tujuan dia balik kampung tu sebab dia nak kawen tapi dia nak kawen dengan orang German jugak.  Lalu berkahwinlah dia dengan seorang perempuan muda cantik bernama Julia Schuster.  Dah selamat bernikah di Jerman, Abraham pun bawaklah isteri dia balik ke New Mexico.



Di New Mexico, Abraham dah siapkan sebuah banglo besar berkonsepkan rekabentuk Perancis yang sangat popular masa tu sebagai rumah kelamin mereka. Ketika itu, rumah mereka adalah antara rumah terbesar di Santa Fe.  Lalu tinggallah mereka di rumah itu, Abraham meneruskan perniagaan dia dan Julia ni kejenye beranak je sampai dapat 7 orang anak.  Kehidupan keluarga Staab ni aman damai, status mereka pada ketika itu amat dipandang tinggi, sehinggalah Abraham dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga di situ.  Tapi di sebalik imej keluarga Staab ni yang kaya-raya, bahagia dengan anak ramai, ada gosip-gosip yang mula bertebaran tentang sisi gelap keluarga Staab ni...

Abraham dikatakan bukanlah seorang suami yang baik, tapi pada zaman dulu wanita ni cuma dilayan sebagai objek milik lelaki je, jadi zaman tu kalau pukul-pukul bini ni bukanlah satu jenayah.  Julia melahirkan anak ke-8, tapi bayi itu meninggal dunia tak lama selepas dilahirkan.  Julia mula menderita tekanan perasaan.  Dan depresi dia bertambah buruk apabila dia beberapa kali mengalami keguguran.  Dikatakan fikiran Julia mula jadi tak keruan, rambut dia pun cepat beruban sebab terlampau tertekan.  Julia semakin hari semakin tak siuman sehingga beliau terpaksa disorok dalam bilik tidurnya. Pada tahun 1896, dikala usia Julia baru mencecah 52 tahun, Julia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Suaminya Abraham meninggal pada 1913.

Banglo keluarga Staab ni kemudiannya di jadikan resort yang kini dinamakan sebagai La Posada.  Asalnya cuma ada banglo keluarga Staab je tapi pihak pengurusan telah menambah beberapa biji bangunan lain, kolam renang dan ruangan lain sampailah jadi resort sekarang ni. Gambar bawah ni gambar rumah asal



Yang ni pulak resort tu sekarang



Lain sangat dah kan sekarang ni?  Ada khabar angin mengatakan yang walaupun bangunan ni dah berubah, tapi hantu Julia Staab masih bergentayangan lagi di resort ni seolah-olah macam dia masih lagi tuan rumah di situ...

Beberapa tahun yang lalu, ayah aku pernah bekerja sebagai pelayan di restoran dalam resort ni. Ayah aku ada cerita, adalah jugak beberapa peristiwa kecil terjadi semasa dia bekerja di situ, tapi ada satu ni memang ayah aku tak boleh lupa.

Satu malam tu, ayah aku bekerja di bar.  Masa tu bar memang penuh dengan orang, ada seorang pengunjung lelaki ni, dia berkelakuan 'nakal' sikit malam tu tengah duduk di tepi bar.  Bartender masa tu adalah seorang perempuan, dan lelaki tu tak habis-habislah cuba menganggu bartender tu sampai tahap jadi kurang ajar.  Tiba-tiba, cawan lelaki tu terangkat sendiri dan terbang sendiri tercampak ke tanah!  Semua pengunjung pun nampak cawan terbang dan semua orang pun terkejut.

Di malam lain, masa ni ayah aku dapat shift lewat malam.  Masa ni bar dah kosong jadi ayah aku pun kemaslah apa yang patut sebelum nak tutup bar tu.  Kat bar tu ada satu tangga naik ke atas, kat situlah ayah aku nampak seorang perempuan berbaju merah.  Perempuan tu perati je ayah aku buat keje, tak lama tu perempuan tu pun ghaib tiba-tiba.  Terkejutlah ayah aku.  Bila cerita dengan rakan sekerja lain, reaksi diorang cuma, 'ha tu mem besar saja nak tengok ko tu la...'.

Walaupun begitu, hantu Julia Staab ni cuma akan mengacau orang yang mengganggu orang lain je.  Korang janganlah takut datang sini.  Kalau datang niat tak baik tunggulah hantu Julia Staab ni muncul. Kalau setakat dengar perempuan menyanyi atau kelibat perempuan melayang di koridor, jangan takut. Benda biasa je kat resort ni. Yang penting, masuk resort ni kena hormat akak kawasan ye.

Bukan La Posada je hotel berhantu kat Santa Fe ni, ada lagi. Yang ni hari lain ye aku cerita.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Tahun Baru 2023 TT.. Harap dapat lag update banyak cerita baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:12 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 19-12-2022 02:13 PM
Chupacabra

Aku tinggal di kawasan pedalaman California dan keluarga aku merupakan petani.  Satu mal ...

tetiber teringat cerita jeeper creeper
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 02:12 PM | Show all posts
tt nanti i free, rate lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.387982 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list