CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puansri

ANEKA PENCUCI MULUT [PUDING & MANISAN LAIN]

[Copy link]
Post time 3-8-2011 04:09 PM | Show all posts
yg ni pula buat smlm tuk bagi2 kat jiran2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 04:18 PM | Show all posts
Reply 1201# mamanurul


    agar2 dlm acuan coklat ek....comeyyy!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 07:12 PM | Show all posts
Reply  mamanurul


    agar2 dlm acuan coklat ek....comeyyy!!
adifrs Post at 3-8-2011 16:18


yap dlm acuan coklat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 12:04 PM | Show all posts
Agar-agar Roti

Bahan A:
Sepeket agar-agar
Susu manis 1 tin
Gula 1 cawan
Air 9 cawan
Esen vanilla

Bahan B:
5 - 6 keping roti (nak sedap guna Gardenia)
Telur ayam 2 biji
Santan 1 kotak kecil
Garam secubit

Bahan C:
Pewarna merah, hijau dan kuning


Cara membuatnya:

Pewarna merah, biru dan kuning dilarutkan dalam 3 bekas berasingan. (Bahan C)

Potong roti sehingga menjadi kepingan kecil. Kisar bersama santan dan telur. Masukkan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak.  (BAHAN B)

Agar-agar direbus bersama 9 cawan air sehingga larut dan pastikan api tidak terlalu kuat. Masukkan susu manis dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula. Kacau lagi sehingga gula betul-betul larut. Tambahkan esen vanilla untuk membangkitkan aroma. Campur Bahan B dan kacau sehingga rata dan sebati. Tutup api.

Dalam bekas yg tersedia, tuangkan adunan agar-agar tadi. Tuangkan pewarna merah, hijau dan kuning (Bahan C) ke serata adunan. Gunakan garfu dan serakkan warna-warna tersebut sehingga rata. Bila agak keras dan sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dihidang dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 06:38 AM | Show all posts
Pernah makan agar-agar keledek sedap sgt....resipi tader....rasanya pernah tgk kat magazine
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:01 AM | Show all posts


Serimuka Pelangi
Sumber dari Buku "Koleksi Aneka Talam & Kuih Lapis"

Bahan lapisan bawah:
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan lapisan pelangi:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
Sedikit garam
Pewarna, kuning, hijau dan merah (ikut suka)

Cara membuatnya:
1. panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat. (CT alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan nanti).
4. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Lapiskan dengan warna merah dan kukus selama 10 minit. Buat lapisan seterus nya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua adunan kukus selama 30 minit. Sejukkan betul2 baru dipotong.
10. Hidang kan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 08:04 AM | Show all posts


Puding Kastard Berkuah
Resepi asli Dapur CT

Bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kembudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).

4. Biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yang kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:06 AM | Show all posts


Rainbow Marble Pudding
Resepi dari K.Ummi

Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
beberapa titis pewarna merah dan kuning

Cara Membuatnya:
1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 08:07 AM | Show all posts


Puding Roti Pandan Kukus
Resepi Original CT (from my MIL)

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis (untuk tabur-optional)
* sedikit pewarna hijau
* sedikit garam


Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:52 AM | Show all posts
Semalam Buat Puding Roti kukus. Memang senang gila dan sedap sangat dimakan dengan sos kastard.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaraAnn at 5-1-2012 21:14




Buat sempena tahun baru 2012 tempoh hri...{:4_243:} Puding triffle dan puding swiss roll...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:29 AM | Show all posts


cocktail milk jelly

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 07:45 AM | Show all posts
CHOCOLATE BLUEBERRY TRUFFLE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:20 AM | Show all posts
mamanurul

boleh tak tukar santan kepada susu segar/cair untuk resepi puding kasih bertaut?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 12:02 PM | Show all posts
Reply 1214# mamanurul


    ape resipi ni eik?? cm sedap yeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 08:43 PM | Show all posts


puding kasih bertaut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 10:56 PM | Show all posts


rich chocolate puding

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:56 PM | Show all posts


kuih sagu lapis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:10 PM | Show all posts


bubur cha cha dan sweet potato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by narcolepsy at 31-1-2012 01:09

Buat tadi.. Glass Jelly Pudding



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067157 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list