|
[DPS v17] Road to MU 2013; Transformasi Carey di bawah Elaine Daly!
[Copy link]
|
|
Carey Ng Bawa Gaun Songket Puteri Perak Ke Rusia
KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2013: Bakal berentap di atas pentas penuh glamor Miss Universe ke 62 di Rusia pada 9 November ini, getaran yang dirasai Ratu Malaysia Universe, Carey Ng nampaknya semakin memuncak.
Apatah lagi sepersalinan gaun tradisional rekaan pereka fesyen popular, Syomir Izwa bernilai RM25,000 telahpun siap tersedia untuk ratu cantik berkenaan melaram untuk slot Pakaian Tradisional yang sering dinanti-nantikan dalam penganjuran acara berprestij berkenaan.
Majlis bagi mempamerkan persalinan tradisional yang menggunakan 12 meter kain songket diRaja atau Puteri Perak itu telah diadakan semalam yang turut disaksikan mentor penasihat Miss Universe Malaysia Organization, Elaine Daly.
Syomir Izwa ketika ditemui portal murai.com.my berkata, proses bagi menyiapkan persalinan berkenaan memakan masa selama 4 bulan dan fabrik songket diRaja Terengganu berkenaan telah ditaja sepenuhnya oleh Atikah Songket.
“Ketika diminta melahirkan persalinan pakaian tradisional untuk Miss Universe ini, hati saya menjadi berdetap detup, apatah lagi inilah peluang yang sudah lama saya nanti-nantikan. Tambahan pula saya adalah peminat setia pertandingan Miss Universe sejak kecil lagi.
“Istimewanya persalinan ini kerana ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu baju, seluar panjang dan skirt yang boleh dibuka secara praktikal.
“Malah saya sengaja memilih rekaan berilhamkan Puteri Perak dan fabrik songket bewarna hitam dan berbenang emas kerana ianya memiliki citarasa Malaysia, moden serta sesuai dengan personaliti seorang pejuang yang ada dalam diri Carey Ng sendiri,” katanya.
Apa yang lebih utama tambah Syomir Izwa lagi, dia tidak mahu rekaannya itu disamakan atau memiliki ciri-ciri pakaian tradisi negara Thailand mahupun Indonesia.
Diperbuat daripada 100 peratus kain songket diRaja yang ditaburi motif bunga Tanjung, gaun indah itu turut mengetengahkan satu lagi elemen tempatan iaitu lipatan iaitu salah satu teknik yang acap kali digunakan pada hantaran atau lipatan samping dalam masayarakat Melayu sejak turun-temurun.
Melengkapkan lagi persalinan ala pahlawan berkenaan iaitu perhiasan kepala, rantai leher, gelang tangan dan gelang kaki yang ditaja oleh pereka fesyen tersohor Salikin Sidek.
Sementara itu Carey Ng dalam ucapan ringkasnya berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk menggayakan persalinan tradisional berkenaan pada acara Miss Universe berkenaan termasuk satu lagi persalinan gaun malam rekaan Alia Bastamam.
http://www.murai.com.my/article/articleid/370057/carey-ng-bawa-gaun-songket-puteri-perak-ke-rusia
|
|
|
|
|
|
|
|
i ske la NC Carey ni.. xde la simple sgt. STil menonjolkan ciri2 Kemelayuan.. and yg penting much2 better dr NC Debby & Kimmy.
Btw Carey plis jgn wat muka mcm tu lg... dh mcm gangster plak!
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk sanggul tu sgt2 simple |
|
|
|
|
|
|
|
myralupilato posted on 9-10-2013 12:42 AM
tp global beauties mmg tak ngam ngn misso (misso kan pinoy based)
global beauty nan hado je bg ...
GB dump miss earth sbb skandal rasuah khennnnn
Nk menang me boleh bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
X suka carey wat rmbot cmtu..
|
|
|
|
|
|
|
|
orglama posted on 19-10-2013 04:01 AM
Cucuk sanggul tu sgt2 simple
maybe ini cuma 80% je dr apa yg akan dipersembahkan nanti kat Russia.
mcm masa NC debby dulu pun masa press con lain, bile sampai brazil NC nye ada perubahan...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk hidung carey mcm kena kepit jer |
|
|
|
|
|
|
|
MU season dh bermula..
kesian plak kat rumah ni... dh sendu ke?
x semeriah era Debby or at least Kim..
wake up anak2 semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai jugak orang misso suka carey. bubbly n cute kate dorang. ramai gak predict boleh masuk top16. tak byk gambar arrival lagi. whulan tu sampai awal. berlambak dah gambar dia. mmg making an impact la kt moscow. bagus strategy dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
carey in motion cantik nak mampus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eadead2009 posted on 24-10-2013 01:12 PM
woottt woottt carey ngah berjuang kat moscow
u go carey girl
gambo M.Spain kat sini nmpk cam pinoy plop
|
|
|
|
|
|
|
| |
|