CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bateesta

[Tempatan] Peg. bank maut dtembak guard(PNJNAYAH MSIH BBAS & SAH MAMAT INDON HARAM)

   Close [Copy link]
Post time 25-10-2013 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah utk family mangsa. Tp aku xbp stuju org share gmbr arwah yg penuh darah n muka pecah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 07:48 AM | Show all posts
panaslah montot PM kalau betul Datuk Maznah punya comp.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:50 AM | Show all posts
mana satu company?

Kawalan Prima ke Securiforce?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:53 AM | Show all posts
dh dapat lum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 07:53 AM | Show all posts
dah skarang kata ic tu betul lak...

mana satu lah ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:55 AM | Show all posts
dah dua hari kan...penjenayah masih bebas....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 07:59 AM | Show all posts
lom kena tgkp lg kan jantan lahanat tu
aku dh tgk cctv kejadian tembakan tu...
drp pe yg aku tgk....lelaki tu bkn nk tembak pompuan tu...
aku rs dia nk tembak pintu peti besi sj nk kasi takot kot....kebetulan arwah lalu terus tepat kena kepala...
kalo btl niat nk tembak...nape dia x tembak skali pompuan yg lg sorg tu
lelaki tu just tarik pompuan tu kuar dr bilik tu...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:10 AM | Show all posts
Magika posted on 24-10-2013 08:25 PM
KDN batal lesen syarikat keselamatan kes rompakan, tembak mati pegawai bank

PUTRAJAYA: Kementeri ...

dah jadi camni baru la nak batalkan lesen sebab tak patuh peraturan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:23 AM | Show all posts
Skrg ni confuse...sebenarnye ade 2 og security kat situ atau sorang jer...security yg tarik perempuan keluar tu same ke dgn security yg tembak..??ke org yg berlainan...tetibe terpadam sekejap cctv tu..dari mane arah kene tembak....??eh xpahamla...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:24 AM | Show all posts
Simunggu posted on 25-10-2013 07:39 AM
kami org Sabah memang takut dgn org org asal dari sebelah nun di sana...kadang kadang itu kita tak t ...

bangsa filipina dan yindon ni memang jenis kejam2...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:25 AM | Show all posts
yg kat utube tu pun tlg la delete sama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:29 AM | Show all posts
Bateesta posted on 25-10-2013 07:53 AM
dah skarang kata ic tu betul lak...

mana satu lah ?

IC mungkin betul tapi adalah betul milik kepunyaan si pembunuh? Ada tak security company tu buat GMPC card reading? Kalau ada, barulah sahih IC tu kepunyaannya. Mungkin juga kes "identity theft".
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:33 AM | Show all posts
Bateesta posted on 24-10-2013 10:17 PM
yg aku pelik , rasa aku mamat ni x plan pun nk merompak smalam.

sebabnya ? dia pun x tau dia ak ...

kalau dia x plan betul2 mmg kejap jelah kena cekup... lau tukar2 motosikal atau kenderaan  jauh gak dia leh pegi... lau dia blah cepat2 masa berita belum tersebar mesti orang x perasan pun ada mamat ni lalu depan mereka..lau dia guna motosikal yg sama & isi minyak mmg nahasla..lagi sng nak jejak dalam radius tu (polis leh check cctv kawasan berdekatan)
mesti sekarang ni tgh sembunyi.. bagi orang ramai reda dulu jap.. tapi kes ni mmg buat org ramai gelisah pun selagi dia x tertangkap..harap2 cepatlah kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:36 AM | Show all posts
Acong posted on 25-10-2013 12:06 AM
IC takde dlm senarai SPR...... petang tadi dah check.....

Cuba cek pula samada dia adalah ahli umno....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:37 AM | Show all posts
Kes pegawai bank ditembak: Kasih sampai hujung nyawa
2013/10/25 - 07:11:31 AM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim | [email protected] Cetak Emel Kawan
     
  

NURNISA ditenteramkan anggota keluarganya ketika menunggu di bilik mayat Hospital Serdang, semalam. - Foto Azmaidi Abidin

Isteri telefon suami sejam sebelum ditembak jaga

Serdang: “Abang sayang saya tak?,” itulah pertanyaan terakhir Norazita Abu Talib, 37, ketika menghubungi suaminya, Irwan Kamaruddin, 37, sejam sebelum mati ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya, petang kelmarin.

Irwan tidak membalas pertanyaan isterinya dan hanya memaklumkan sedang sibuk bekerja sebelum menamatkan panggilan telefon.
“Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, saya mula bimbang sebaik dimaklumkan kawan sekerja mengatakan ada kejadian tembak di tempat Norazita bekerja, lalu menghubungi isteri untuk mendapatkan pengesahan.

“Panggilan saya hanya dijawab majikan tempat Norazita bekerja dan beliau meminta supaya saya datang ke sana dengan segera tanpa memberitahu apa yang berlaku.

“Sebaik tiba di bank itu, saya menggigil dan hampir pengsan melihat keadaan isteri terbaring kaku tidak bernyawa dan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Norazita yang bertugas sebagai pegawai operasi cawangan AmBank di Subang Jaya maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.

Tak tunjuk perubahan

Mangsa terkulai di depan pintu bilik kebal bank berkenaan selepas terkena tembakan Pump Gun digunakan suspek. Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga petugas wanita bank itu diiringi suspek berusia 37 tahun, membuka pintu bilik kebal untuk menyimpan sejumlah wang tunai.

Irwan berkata, isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika keluar pergi kerja dan tidak menyangka pengawal keselamatan itu sanggup membunuh isterinya hanya disebabkan wang.

Bagaimanapun, katanya, beliau kecewa kerana gambar ngeri isterinya terbaring ditembak selain video kejadian itu dimuat naik dalam laman sosial secara meluas tanpa memikirkan sensitiviti keluarganya.

“Saya minta masyarakat dalam memadam semula video dan gambar berkenaan. Ini bukan cerita gembira, sebaliknya menyedihkan kami sekeluarga bila gambar sedih itu menjadi tatapan semua terutama dua anak saya Nurnisa Nabila, 12, dan Muhd Hazimi, 8,” katanya yang jenazah isterinya dikebumikan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Anak sulung mangsa, Nurnisa Nabila, berkata selalunya setiap pagi, ibunya akan menghantar ke sekolah, namun pada hari kejadian, beliau pertama kali dihantar oleh bapanya selepas ibu memaklumkan perlu cepat sampai ke hospital.

“Kali terakhir saya dapat jumpa ibu jam 7.15 pagi sebelum keluar ke sekolah. Saya sempat salam tangan ibu dan sedih bila dimaklumkan ibu sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ibu seorang yang garang dan tegas, namun saya sangat rapat dengan ibu,” katanya.


Suspek masih diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, ketika dihubungi berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya giat memburu suspek dipercayai masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu dan satu sidang media berhubung perkembangan kes berkenaan akan dibuat hari ini.

Sementara itu, AmBank Group dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan Norazita seorang pekerja cemerlang dan dedikasi.

Katanya, pihak AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam membantu siasatan kes berkenaan dan kakitangannya akan menghadiri majlis pengebumian arwah.

Untuk lebih gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:41 AM | Show all posts

Ai tak pernah menangis selain untuk orang-orang terdekat
tapi pagi ini, ai menangis..
sedih yang teramat sangat
mungkin mengenangkan anak-anak arwah.

moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang soleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:41 AM | Show all posts
Santeira posted on 25-10-2013 08:37 AM
Kes pegawai bank ditembak: Kasih sampai hujung nyawa
2013/10/25 - 07:11:31 AM Oleh Nor Fazlina Abdu ...

Aku teramat suka bila baca kenyataan PULIH "Kami akan buru suspek habis habisan."



Allahuakhbar......................!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:43 AM | Show all posts
Suchi posted on 24-10-2013 08:46 PM
suami arwah mmg kije jual beger jer ker.. alahai so uolss berjiran lah  yea

bukan la...suami arwah jual pada belah malam je...kerja tetap i tak tahu la pula...

malam tadi surau apartment kitaorg ada buat tahlil utk arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:43 AM | Show all posts
Simunggu posted on 25-10-2013 07:39 AM
kami org Sabah memang takut dgn org org asal dari sebelah nun di sana...kadang kadang itu kita tak t ...

Awk org asal or pendatang Brunei?..Tak pandai malu la urang utan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:44 AM | Show all posts
kesiannye anak2 arwah...
sekelip mata mak takde...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083299 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list