CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Reborn_Atheist

[Tempatan] Makan duit anak yatim - Anak Mangsa Kemalangan dapat RM12,000 dari RM300,000

[Copy link]
Post time 21-10-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nya duit yg dah abis tu.. duit derma aje.. sbb itu harta cair.. lg pun duduk dlm akaun si faiz.. dia guna pun tkde sapa tau.
Tp kalo bwk naik sampai court.. ni mesti psl aset tetap.. insuran... yg semesti nya proses nya amat laa leceh.. drag 10 thn pun boleh.
Pengalaman dgn ARB sebelum.. lps tu amik lg lawyer 2x..baru settle..
Begitu pun.. elok JKM psg satu lawyer sbg pemerhati bg pihak budak2 ni... elok jgk drag sampai 10 - 15 thn. Sampai budak2 ni lbh 18 thn. Ni semua sbb ikut faraid.. adik2 beradik ada dpt share.. tu yg semua jd tamak.
Sapa2 yg dilantik jd pentadbir.. tak semesti nya yg dpt hak penjagaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakasotong at 21-10-2016 01:01 PM

Si faizznur ni pn sesuatu sgt bila beria memintak2 sumbangan mcm la abang n kak ipar tu dlu org susah dok rumah papan nak roboh. Boleh tahan senang hidup kalau tgk keluarga ni. Something fishy dgn bapa sedara sekor ni mcm ada niat lain disebalik mintak derma simpati ni.

Ketahuan plak bahawasanya bapa sedara tu geng MLM. Mmg xboleh nak bersangka baik lg. Kawin pn diawalkan 4 bulan. Kawin kemain gah, riak muka kemain hepi mcm xde apa yg berlaku. Ikut logik org normal, kalau ada sesuatu tragedi menimpa keluarga, kalau boleh hal kawin tolak tepi dlu, kalau boleh nak kawin lg lambat, postpone tarikh. Ni makin diawalkan lg ada. Haishhh  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:55 PM | Show all posts
kesian dekat anak2 tu... sepatutnya dorang cukup makan pakai pelajaran drp apa yg arwah ayah dorang tinggalkan tu... semoga dato datin tu xdelah niat yg sebaliknyaa dgn membela anak2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
duit derma tu memang ada tersimpan, sikit pun tak luak. akaun dah dibekukan ,mana boleh didedahkan.
TAPI bukan aku yg kata, itu labun dr sepupu sepapat si faez n brother .
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:01 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-10-2016 10:42 AM
ternyata orang malaysia ni memang pemurah..
harta tak seberapa pun masih nak menderma kat anak yati ...

agreed.
and I wonder adakah kat oversea ada kes2 macam ni? senang pulak transfer2 duit bagi kat orang bukan badan2 amanah dsb?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:02 PM | Show all posts
boleh sesapa summary sikit....salasillah family nie...latarbelakang mak2 n pak sedara anak2 yatim nie......ada ka yang tergolong dlm ketegori MISKIN BANDAR kerana GST?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2016 01:03 PM | Show all posts
kerana duit dan harta darah daging atau tak tetap tak kira.
life masing2 gituh.

yang jadi mangsa budak berdua tu, harap korang baik2 jela dik, dunia memang kejam
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:04 PM | Show all posts
anisania replied at 21-10-2016 10:40 AM
ala Syd...kenapa rasa jalan cerita orang ni macam tak caya je..

haih entahla.. in the en ...

betul la..  bayangkan la benda2 camni terjadi kat kita kan.. anak2 kecik lagi, family yg kita harapkan jaga dia org.. gaduh sama sendiri sebab harta. sedihnyaaaaaa

ai pun berdoa semoga bila sampai ajal, moga-moga anak2 dah dapat hidup berdikari & dikelilingi oleh orang-orang yang baik-baik tertutama pakcik/makcik yang diaorg boleh menumpang kasih & sayang dia org macam anak sendiri

semoga kemelut family ni tak berpanjangan dan masing-masing sedar diri demi kepentingan anak2 saudara dia org tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 01:04 PM | Show all posts
agak2 Faizz  tu masuk sini tak? Harap2 dia dpt baca kisah ni sebagai iktibar ....utk yg membackup dia laki bini pun elok baca juga ni. Jgn bersubahat.

http://kisahdunia.com/2016/10/20 ... a-duke-kisah-dunia/

Assalamualaikum .. Hai.. Nama saya Amani, graduan uia dalam bidang psikologi dan kini memegang jawatan sbgai seorang kaunselor di sebuah jabatan kerajaan. Saya juga merupakan seorang anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah ketika masih kecil.

Saya terbaca tentang keadaan 2 orang anak kecil yg di “makan” haknya oleh Bapa Saudara sendiri. Mungkin ramai yg tidak tahu kesan dan akibat drpd perbuatan terkutuk ini terhadap golongan2 terpilih seperti kami.

Jadi, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya tulis surat ini utk En.Faizz agar dpt diteliti dan diamati dgn jiwa yg tenang..

Saya kematian ibu dan ayah pada usia 7 tahun dan kini usia saya 26 tahun. Mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya sudah memahami apa itu kematian. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya kini ialah seorang pegawai Bank dan seorang lagi pensyarah di uitm.

Ketika ibu dan ayah meninggalkan kami, kami awalnya “dijaja” kononnya bapa saudara kami akan membela kami kerana dia mempunyai kerja yang bagus utk menampung kami 3 beradik yatim piatu. Malangnya, jajaan cerita itu hanya satu bualan manis sang bapa saudara yg kami panggil Pak Ya.

Ya, Pak Ya seorang yg agak berada. Arwah ibu kami ialah kakak kandungnya. Bapa kami anak tunggal jadinya sebelah bapa kami tiada saudara mara. Jadi awalnya semua bersetuju utk kami tinggal dgn Pak Ya. Lama juga kami tinggal dgn Pak Ya. Tapi zaman kami tak macam zaman anak yatim skrg. Kami dlu wlpn tinggal dgn bapa sedara sendiri, kami dikerah utk bekerja. Saya disuruh mengemas rumah setiap hari sebelum ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Abang Long dan Abang Ngah saya diarah utk tolong atok sedara di bendang. Kami tidak dibenarkan berkawan dgn kawan2 kampung sb menurut Pak Ya, anak2 kampung otaknya tidak bagus.

Selang 6 bulan sesudah itu, ibu saudara kami mendapat tahu kami diarah itu ini hinggakan pelajaran kami terabai. Yuran sekolah kami tidak dibayar. Buku2 sekolah kami diminta utk berkongsi. Pakaian sekolah kami disuruh pakai dari lebihan baju anak2 Pak Ya.

Ibu saudara saya yg kami panggil Umi menangis melihatkan keadaan kami. Pada ketika itu, Umi baru berusia 30-an dan belum berkahwin. Umi adik bongsu ibu yg sangat sygkan kami. Keadaan Umi dlm kejadian yg menimpa saya samalah juga sebagaimana ibu saudara mangsa DUKE yg sedih melihat nasib ank2 saudara.

Umi membuat keputusan mengambil kami 3 beradik utk dijaga. Pada ketika itu juga, Pak Ya tegas utk tidak melepaskan kami. Tahu kerana apa? Kerana Pak Ya menerima wang sumbangan dari org kampung dan kawasan kejiranan ini. Pak Ya bimbang andai Umi mengambil kami, tiada lagi sumbangan yg akan diterima.

Umi berkeras utk melaporkan ke pihak berkuasa andai Pak Ya tidak mahu melepaskan kami. Maka selepas berbincang, kami tinggal dgn Umi. Pada ketika itu barulah kami merasa bahagia. Umi menjaga kami dgn penuh kasih syg. Umi mengajar kami apa2 yg kami tidak faham di sekolah, Umi turut ajar kami kehidupan yg tidak brrgantung pd org lain. Ramai org melamar umi tapi umi menolak dgn cara yg baik semata mata demi menjaga kami. Cerita Pak Ya pula, dia masih menerima sumbangan bahkan cerita tentang perihal kami adik beradik yatim piatu dicanangnya ke merata tmpt. Hinggalah tabungan Anak2 Yatim buat kami penuh diterimanya. Suatu hari , Umi ke rumah Pak Ya kerana umi kekurangan duit utk bayar yuran pengajian abg long. Umi minta Pak Ya apa yg menjadi hak kami. Tapi malangnya, Pak Ya enggan utk memberi. Katanya, duit itu kepunyaannya kerana dia yg brsusah payah meminta pada org ramai utk menderma.

Saya ketika itu berusia 15 tahun mula sedih dgn sikap Pak Ya. Sedih kerana abg long saya akan menyambung pengajian tp wang yg sepatutnya menjadi hak kami ditidakkan oleh bapa saudara sendiri. Umi berkeras meminta tp malangnya umi dihalau keluar. Akhirnya kami pulang dgn tgn kosong. Ketika itu saya lihat Umi termenung panjang. Die berfikir cara terbaik utk dptkan duit bagi membayar yuran pengajian Abg Long. Abg Ngah pula bakal menduduki peperiksaan SPM dan saya PMR. Umi kelihatan tua dari usianya. Kerana umi letih mencari duit utk menyara kami sedangkan Pak Ya senang lenang bermewah dgn duit kami.

Malam harinya, kami melihat umi menangis sementara menunggu waktu isya. Jadinya abg long ajak kami 3 beradik utk ceriakan umi. Caranya, kami solat jemaah bersama. Habis solat isya, abg long berdoa dan hingga kini saya ingat doanya.

“Ya Allah, kami ini anak yatim piatu. Yang tiada sapa pedulikan kami melainkan ibu saudara kami. Dan kini ibu saudara kami ini sedang bersedih. Maka kami mohon padaMu wahai Tuhan, TARIKLAH NIKMAT KEMEWAHAN mereka2 yg menganiaya kami dan jadikanlah mereka manusia yg berada dalam kesedihan.”

Selesai doa ini, Umi lebih kuat menangis dan peluk abg long dan merayu agar menarik balik doa tersebut.

Tahu kerana apa? Kerana Umi takut abangnya terkena balasan atas penganiayaan yg dilakukan terhadap kami bertiga si yatim piatu.

Dan benarlah.. Doa anak2 yatim, doa fakir miskin, doa org2 yg dianiaya, tidak sesekali dibiarkan oleh Allah. Bahkan doa2 golongan beginilah tiada hijab disisi Allah..

Selang beberapa tahun, Pak Ya di tahan oleh Badan Pencegah Rasuah kerana mempunyai skandal rasuah. Atas kesalahan itu, seluruh harta Pak Ya disita dan semua wang simpanannya dibekukan. Pada masa yg sama, anaknya sakit teruk dan isterinya pula meninggal dunia. Pak Ya bagaikan org gila apabila sering meracau dan apabila bertemu kami, Pak Ya bagaikan tidak keruan. Hidup Pak Ya sama sekali tidak seperti dulu.

Umi yg melihatkan kesedihan abgnya memohon pada abg long dan kami semua utk memaafkan Pak Ya dan seluruh keluarganya yg telah berbuat jahat dgn mengambil hak2 kami dan menidakkan hak kami. Hingga kini, Pak Ya hidup sebatang kara. Anak2 lain mengabaikannya dan Pak Ya kini dihantar ke rumah org tua2.. Umi masih brrsama kami. Umi lah tempat kami bermadu kasih. Umi sanggup berkorban kebahagiaannya utk tidak berumahtangga demi membesarkan kami. Dan setiap hari jugalah, Umi meminta kami agar memaafkan Pak Ya kerana kasihankan keadaan Pak Ya yg seteruk itu.

Namun bagi kami, melihat kesedihan Umi jauh lebih kami fikirkan berbanding kesedihan Pak Ya. Sehingga kini, kami 3 beradik belum mampu “Menghalalkan” duit yg digunapakai oleh Pak Ya utk kepentingannya dan keluarga. Bagi kami, biarlah Allah sahaja yg menentukan pengakhiran hidup Pak Ya.

Jadi nasihat saya pada En.Faizz, beringatlah.. Doa anak2 yatim itu tiada hijabnya disisi Allah. Lebih2 lagi mereka masih dlm keadaan suci bersih hatinya. Moga En.Faizz masih mempunyai masa yg cukup utk MENGGANTIKAN duit anak2 yatim itu andai benar En.Faizz menggunakannya. Sekalipun mereka masih kecil, mereka tiada siapa utk melindungi, mereka masih mempunyai Allah yg melihat setiap air mata mereka. Yg Maha Mendengarkan doa2 malam hari mereka. Yg Maha Mengetahui isi hati mereka. Jangan sampai Allah terbalikkan kesedihan mereka terhadap keluarga En.Faizz.. Ketika itu, tiada lagi jalan utk En.Faizz berjalan dan tiada lagi ruang utk En.Faizz mencari peluang..

Semoga surat ini mampu menjentik hati kecil En.Faizz sekeluarga utk bertaubat.

Salam Ibrah dari Saya,
Nur Amani, si yatim piatu.

– Si Anak Yatim Piatu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:05 PM | Show all posts
dgn harta yg katanya 20juta.. bebudak tu hny dpt 600k.. hmmm

aku mcm nak speku... yg tag team dgn faizz ni, semua dah join mlm faizz ni, duit dah dileburkan. tgu nak dpt untung.. kot x sokong si faizz ni.. x psl kang melopong semua.. untung xde, modal pun hangus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:07 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 21-10-2016 01:04 PM
agak2 Faizz  tu masuk sini tak? Harap2 dia dpt baca kisah ni sebagai iktibar ....utk yg membackup di ...

Merata org copy paste utk faizz nur. Dont worry k.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:08 PM | Show all posts
matbuq replied at 21-10-2016 01:02 PM
boleh sesapa summary sikit....salasillah family nie...latarbelakang mak2 n pak sedara anak2 yatim ni ...

Sila rajin2 belog ke blkg2 ada 40 pages sure ada sikit info pasal family ni. Hahaha. Rajin2 kn diri .
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:12 PM | Show all posts
akusukaq replied at 21-10-2016 01:01 PM
duit derma tu memang ada tersimpan, sikit pun tak luak. akaun dah dibekukan ,mana boleh didedahkan.
...

Sebelum dibekukn dh tinggal balance rm60k. Faizz nur tgh sesak sgt ketika ni. Sbb account semua dibekukn. Kata kwn dia mattop.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:12 PM | Show all posts
Mula2 aku rasa marah giler dgn faizz ni. tapi aku rasalah..makcik yang jaga budak berdua ni pun macam sesuatu lah. kadang2 media sosial ni yg betul boleh nampak salah,yg salah boleh nampak betul. tadi ada terbaca komen kat fb faizz ni.

Nama pengomen tu Hafez ez

" xpa.kite tunggu keterangan faiz macam mana.Aku kesal kenapa makcik aku ibu kenapa nova disekat2 utk berjumpa cucu2 dia..da mcm drama aku tgk..kesian nya makcik aku tu.."

gigih aku type sebab tak pandai attach gambar
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur aku tak sama hulur derma dulu.
kalu ada, dapat dosa kerin je , pahala entah kemane.. bayangkan  aku yg sengkek ni hulur duit pd pihak keluarga jutawan bergaya. dh tu duit entah gimana
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik tak pedulik pasal harta 20 juta ka apa ka

Yg macik dulik duit derma..duit tu bukan faraid tau..x perlu dibahagi ikut faraid waris A B atau C

Duit derma 320k tu mmg hak milik dua bradik itu..duit insurans tu dan pusaka baru boleh faraid..kenapa skg pakcu tu sebok nk cakap ade resit bla bla bla..i dont buy it..resit apakah? Tesit draw duit kah? Releven lagi kah x pudar kah print? Kenapa nak sebut duit kena bahagi bla bla bla..kasihan anak yatim.,duit abg uols hadapkan..uols dah tua ada karier..bebudak tu mak ayah pn xde.,sedangkan kucing pn org bela sayang bg makan bg tempat tggal..ini duit bebudak tu yg korg dok pertikai cakap korang pn ade hak :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik tak pedulik pasal harta 20 juta ka apa ka

Yg macik dulik duit derma..duit tu bukan faraid tau..x perlu dibahagi ikut faraid waris A B atau C

Duit derma 320k tu mmg hak milik dua bradik itu..duit insurans tu dan pusaka baru boleh faraid..kenapa skg pakcu tu sebok nk cakap ade resit bla bla bla..i dont buy it..resit apakah? Tesit draw duit kah? Releven lagi kah x pudar kah print? Kenapa nak sebut duit kena bahagi bla bla bla..kasihan anak yatim.,duit abg uols hadapkan..uols dah tua ada karier..bebudak tu mak ayah pn xde.,sedangkan kucing pn org bela sayang bg makan bg tempat tggal..ini duit bebudak tu yg korg dok pertikai cakap korang pn ade hak :
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
abbyhoney replied at 21-10-2016 01:04 PM
agak2 Faizz  tu masuk sini tak? Harap2 dia dpt baca kisah ni sebagai iktibar ....utk yg membackup di ...

Ya Allah

Menangis macik membaca
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:22 PM | Show all posts
kakasotong replied at 21-10-2016 12:48 PM
Si faizznur ni pn sesuatu sgt bila beria memintak2 sumbangan mcm la abang n kak ipar tu dlu org susa ...

owh mmg pakcu diorg mmg mintak derma ye?tak pasan pulak masa tu....dah lupa.ingatkan org saje2 nak bagi.tapi derma 300k tu baru dlm akaun..belum lagi bagi tangan.yg ziarah diorg pun bukan calang2...mek iti,zizan,politician tak kira..pembangkang, kerajaan.diorg tu kalau derma bukan takat 5-10 hengget khenn.sikit2 kumpul mau sampai beribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 21-10-2016 12:48 PM
Si faizznur ni pn sesuatu sgt bila beria memintak2 sumbangan mcm la abang n kak ipar tu dlu org susa ...

yes sister... blh tgk picca wedding kat fb... like nothing happen....  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.282828 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list