CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 19-1-2023 09:04 PM | Show all posts
bellaa replied at 17-1-2023 02:12 PM
tt nanti i free, rate lagi.

cikbella mekasih bagi tacang and upgrade

TT, teruskan thread. ramai silent reader.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ‘Benda’ Nak Masuk Rumah

Aku tinggal di kawasan kaki pergunungan California.  Pada tahun hujung 2017, kami sekeluarga berpindah dari bandar masuk ke rumah ni , sebelum ni rumah baru kami ni dah setahun dah kosong takde orang duduk.



Hari kami berpindah masuk ni, aku dan ibuku sampai dulu untuk mencuci rumah tu manakala ayah dan abangku lewat sikit diorang bawak trak angkut barang.  Jejak kaki je ke rumah tu, aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku cuba menafikan perasaan itu.  Macam aura di sekeliling rumah tu rasa berat.  Apabila aku berada di luar aku rasa macam diperhatikan je.

Aku dan mak aku pun mulakan kerja-kerja mencuci rumah tu.  Kami sapu debu dan sawang-sawang di lantai, di atas siling termasuklah di banir tingkap, apabila aku mula terperasan macam ada biji-biji kasar berwarna putih jenih terjatuh dari kawasan tingkap tu.  Aku jumpa benda yang sama masa aku sapu debu di bahagian atas pintu.  Aku pun cakaplah kat mak aku, ni serbuk apa macam pelik je? Tapi mak aku suruh aku bersihkan jelah debu-debu tu sebelum ayah aku sampai dengan perabot-perabot kami nanti.  Kat semua bilik yang bertingkap dan berpintu aku jumpa serbuk tu.  Dan aku yakin serbuk tu sebenarnya garam.  Banyak pulak tu.

Tapi takpelah.  Mungkin pemilik lama rumah ni tahyul kot, sebab dalam kepercayaan kami, garam ni gunanya untuk buat perlindungan dari entiti jahat.  Tapi aku masa ni memang tak percaya dengan benda-benda macam tu.  Ayah dan abang aku pun sampai.  Sepanjang minggu tu kami sibuk nak susun perabot.  Bilik aku memang aku susun sendiri, masa aku tengah hias bilik aku nilah mula terjadinya peristiwa pelik ni.

Ketukan di tingkap.  Tapi ketukan tu cuma sekejap je, macam orang ketuk pakai buku jari.  Tapi bila aku pandang ke tingkap takde orang pun.  Bukan tingkap bilik aku je, boleh dikatakan di setiap tingkap mesti ada yang terdengar bunyi ketukan tu.  Kami pernah jugak keluar dari rumah tu nak tengok sapa yang ketuk ni tapi takde sesapa pun kat luar tu.  Dan bunyi ketukan ni makin lama makin menjadi-jadi.

Aku dan abang aku suka bawak anjing-anjing peliharaan kami bersiar-siar di sekeliling rumah ni. Anjing-anjing kami ni baka kecil tapi dah tua, dalam rumah diorang ni tenang dan baik je, tapi bila kami bawak keluar je anjing-anjing kami ni berubah sikap, diorang akan mendengus pada sesuatu di luar sana, padahal takde apa pun.  Anjing-anjing kami ni jadi benci nak lepak kat luar.

Lepas tu, kami mula menemui bangkai-bangkai haiwan kecil, macam tikus, katak, kelawar, bangkai paling besar kami jumpa adalah bangkai rakun.  Haiwan-haiwan malang ni bukannya mati secara semulajadi, sebaliknya badan mereka dibelah.  Nampak ada garisan dari bahagian jantung sampai ke bawah, pastu organ-organ dalam bangkai tu dah takde.  Bangkai tu pun dah macam mumia, kering mengerepot tanpa setitik darah pun tinggal.  Jujur aku katakan, bagi aku memang kejam dan brutal la benda yang membunuh binatang-binatang ni.

Abang aku ni kaki game, jadi setiap malam dia suka berjaga dalam bilik dia main game online dengan kawan-kawan dia sampai ke pagi.  Abang aku ni memang berani orangnya, yelah dah biasa berjaga malam.  Tapi sejak pindah masuk ke rumah ni, abang aku adalah 4-5 kali kejutkan aku tengah-tengah malam buta.  Abang aku cakap, ada orang kat luar tingkap bilik dia.   Abang aku ni suka bukak tingkap masa main game tu, dan di luar tingkap tu ada lampu automatik yang menyala kalau kesan pergerakan.  Masa tengah main game tu, abang aku terdengar orang berjalan di luar rumah dan berhenti di tingkap dia, secara automatik jugakla lampu tu menyala.  Pastu orang tu pun kelam kabut lari masuk ke hutan sebelah rumah kami.  Abang aku pun sama jugak terkejut sampai lari masuk bilik aku.

Mungkin korang rasa, ah ni bukan paranormal, agaknya ada orang gila kot yang duduk dalam hutan tu kacau hidup kami.  Aku pun mula-mula berfikiran macam tu.  Tapi lama kelamaan bunyi ketukan tadi dari perlahan jadi makin kuat tahap sampai bergegar dinding.  Memang kuat sangat, aku tak rasa ketukan tu dari manusia biasa.  Pernah jugak sampai terjatuh bingkai gambar kami. Ketukan ni selalunya lewat malam, dan bertalu-talu ketukannya tapi bukan di tempat yang sama, kejap kat sana kejap kat sini. Macam ada seseorang yang cuba nak pecah masuk rumah kami. Ada satu malam tu, aku dan abang aku tak tahan sangat kitorang pun lari masuk bilik mak aku.  Ayah aku pun sama, ayah aku keluar tinggalkan kami bertiga dalam bilik tu membawa selaras senapang yang dah diisi peluru.  Ayah aku merayau-rayau di sekeliling rumah kami tu, tapi dia tak jumpa orang pun. Jangankan orang, tapak kaki orang pun takde.

Perkara ni berterusan selama 6 bulan.  Ayah aku sampai dah bersedia dah dengan senapang patah dia.  Tapi setiap kali balik tu ayah aku cakap dia tak jumpa apa pun.  Kami semua rasa macam dah nak gila.

Sehinggalah, satu hari ni, tiba-tiba ketukan itu dah tak kedengaran lagi. Kami dah tak jumpa bangkai haiwan lagi.  Anjing-anjing aku pun dah berani duduk kat luar.  Aku sendiri dapat rasakan yang suasana di luar rumah aku ni sangat aman, bukan macam mula-mula aku masuk dulu.  Aku sampai sekarang tak tau apa benda yang main ketuk-ketuk tu, tapi naluri aku mengatakan, ia bukan manusia…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih dtg dgn kisah baru..harap ada byk lagi kisah2 baru dari tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2023 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-1-2023 02:43 PM

Ketukan Misteri Bahagian 1

Aku pun tak tau nak mula cerita dari mana sebab gangguan ni berlaku pada ramai orang di tempat aku tinggal.  Boleh dikatakan satu pekan la kena kacau masa tu.  Tempat aku tinggal ni merupakan tanah rizab orang asli.  Aku ni dari suku kaum Algonquin First Nation di Kanada.

Dah nama pun penempatan orang Asli kan, jadi orang Asli kat sini mereka masih lagi berpegang teguh dengan kepercayaan nenek moyang mereka.  Boleh dikatakan semua orang kat sini percaya je dengan kewujudan dunia lain yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ni.  Bagi kami, dunia lain tu pun sebahagian daripada kehidupan kami. Kadang-kadang tak mustahil kalau makhluk dari dunia sana tu melintas masuk ke alam nyata ni.

Kalau aku cerita pasal kepercayaan kami ni kepada kawan-kawan yang bukan orang Asli ni, memang diorang tak percaya.  Kawan-kawan aku ni bukannya pernah mengalami peristiwa paranormal tapi bagi kami di tanah rizab ni, dah selalu sangat kami terkena dan boleh dikatakan setiap orang ada pengalaman tersendiri.  Tak taulah kenapa kan kami kena macam ni, adakah sebab air paip kami yang bertoksik ni? Aku pun tak tau.

Ok cukuplah dengan celoteh panjang aku. Meh aku ceritakan pasal kisah unik tapi seram kami ni.  Pada musim luruh tahun 2011 semasa aku berusia 16 tahun, masa ni aku dan ibuku tinggal di bandar berhampiran sebab aku bersekolah menengah di bandar tu, tapi bila hujung minggu je kami akan balik ke tanah rizab tu untuk bertemu ayah dan adik lelaki aku.  Satu petang Jumaat tu, dalam perjalanan nak balik ke tanah rizab tu, aku dapat teks dari seorang kawan aku.  Kawan aku ni ajak aku pergi ke satu parti malam tu, kalau aku nak pergi dia boleh tumpangkan aku sekali pergi ke parti tu.  Aku pun okay je, kami pun berjanji nak ambik aku pada jam sekian sekian.

Kami pun sampai ke rumah, masuk-masuk je aku nampak ayah dan sepupunya tengah duduk di meja dapur sambil meneguk sebotol bir.  Ayah aku dan sepupunya adalah polis di tanah rizab tu, selalunya kalau polis ni minum bir di petang Jumaat, tu tandanya mesti minggu tu ada kes berat yang diorang kena tangani.  Setau aku kes berat kat kawasan tanah rizab ni macam kes mendera kanak-kanak dan kes cabul, kes macam ni buat aku sedih jadi aku pun faham-faham sendirilah.  Aku nampak muka ayah dan sepupunya nampak letih sangat, tapi bila nampak aku dan ibu, diorang jadi gembira.  Kami pun saling menyapa, bersalam lepas tu ayah aku tanya ada rancangan apa-apa ke hari ni?  Aku pun ceritalah pasal parti malam ni. Masa nilah ayah aku dan sepupunya saling berpandangan sambil melemparkan memek muka yang pelik.


”Kenapa ayah buat muka macam tu? Tak kasi saya pergi ke parti tu ke?”, aku pun tanya mereka.

“Nak cerita ke tak ek kat dia?”, sepupu ayah aku bertanya pada ayah aku.  Ayah aku berfikir sejenak, pastu dia tergelak kecik. “Takpelah, kita cerita jelah kat dia.  Lagipun parti tu tempatnya dalam kabin jauh dalam hutan tu”.

Jadi ayah aku pun mulakan cerita.  Malam Isnin yang lalu, diorang ni dapat aduan dari seorang perempuan tua, dia cakap ada orang main ketuk-ketuk kat semua tingkap yang ada kat rumah dia.  Tapi dia tak nampak sapa yang mengetuknya.  Dia rasa sekurang-kurangnya ada 3 orang yang mengetuk tu, sebab satu persatu tingkap dia kena ketuk dan jaraknya jauh-jauh pulak tu tapi selang masa yang dekat.  Ayah aku dan sepupu dia pun pegilah ke rumah tu, macam biasalah mereka pun tengok-tengoklah kawasan rumah tu sampai ke kawasan hutan berhampiran tapi tak nampak orang pun.  Ayah aku cakap kat nenek tu, ni agaknya cuma prank dari budak-budak nakal kot.  Lagipun takde apa yang ayah aku boleh buat tapi dia janji nak kerapkan kawalan kat situ.

Rabu malam, perempuan tua yang sama jugak telefon balai mengadu hal yang sama.  Kebetulan kawasan tu hujan lebat sepanjang hari dan sekeliling kawasan rumah tu jadi berlecak.  Ayah aku rasa kali ni diorang boleh cari sapa pelakunya sebab mesti diorang akan tinggalkan jejak.  Tapi diorang tak jumpa apa-apa kesan tapak kaki pun.  Yang lagi pelik tu di luar satu tingkap yang diketuk tu ada satu lopak berair yang agak dalam, mustahil la ada orang boleh lalu situ tanpa meninggalkan jejak.  Masa ni ayah aku dah terfikir eh mungkinkah nenek ni saja buat-buat cerita?  Tapi aduan nenek ni konsisten sangat dengan aduan kali pertama tu.

Khamis malam, cerita pasal ketukan misteri tu viral di kawasan rizab tu.  Rupa-rupanya ramai je orang kat sekitar situ yang dapat ketukan misteri tu, tapi yang buat laporan polis cuma nenek tu sorang je.  Ramai je yang terkena dan ramai jugaklah yang mengaitkan ketukan misteri tu dengan gangguan paranormal.  Tapi ayah aku masih yakin yang ni cuma prank budak-budak nakal, jadi bila Khamis malam tu ayah aku dapat aduan yang sama dari nenek tu, ayah aku dan sepupunya pun terus bergegas ke rumah nenek tu.

Sesampainya kereta polis ayah aku ke rumah nenek tu, tiba-tiba jiran sebelah nenek tu, seorang lelaki datang ke kereta ayah aku.  Dia yang mula-mula tegur ayah aku ,’tok datang sini pasal kes ketukan tu ke?’.  Ayah aku perasan yang suara lelaki tu macam gementar sikit.

“Aah, encik ada nampak apa-apa ke?”, ayah aku pulak tanya lelaki tu.  Lelaki tu mengangguk lemah. “Kalau saya cerita kat tok mesti tok ingat saya ni dah gila”.

“Awak nampak apa?”

“Saya nampak……”

Bersambung malam dah ni hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-1-2023 12:51 AM
Ketukan Misteri Bahagian 1

Aku pun tak tau nak mula cerita dari mana sebab gangguan ni berlaku pada ...

Sanggup tunggu ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2023 02:27 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-1-2023 02:51 PM

Ketukan Misteri Bahagian 2

Okey kita sambung balik apa yang jiran tu nampak ye.

Jiran nenek tu kata, dia tengah lepak kat beranda rumah nak hisap rokok apabila dia terdengar bunyi ketukan dari rumah nenek tu.  Dia pun pandanglah ke arah rumah nenek tu dan masa tulah dia ternampak benda yang main ketuk-ketuk tu.  

"Yang saya nampak tok, ada lembaga serba hitam tengah berdiri kat luar tingkap rumah nenek tu.  Lembaga tu saya rasa macam takde kaki sebab kat luar tingkap tu ada lopak air.  Lembaga tu tengok je dalam rumah tu ikut tingkap.  Terkejut saya tok."

Jiran tu cakap, sebab terkejut sangat, dia terpaku kat situ jadi dia memang nampak jelas sangat lembaga tu.  Serba hitam, nampak susuk tubuhnya tapi tak legap macam badan manusia, macam terawang-awang gitu.  Jiran tu perati je lembaga tu, lepas ketuk tingkap ni, dia melayang pulak pegi ketuk tingkap sebelah.  Lembaga tu bergerak begitu pantas, sekelip mata je ia dah berada di tingkap lain.  Lepas habis tawaf satu rumah, lembaga tu 'lari' menyeberang jalan masuk ke hutan kat seberang tu, lepas tu lembaga tu menyorok pulak di sebalik sebatang pokok.  Jiran ni terlampau takut sampai tak berani nak bergerak, dia cuma mampu tengok je lembaga tu sampai lembaga tu masuk hutan.  Ingatkan lembaga tu hilang dah, sekali tu, lembaga tu menjegulkan mukanya dari balik batang pokok tu, lembaga tu memandang jiran tu dengan mata kuningnya, dan perlahan-lahan ia menyeringai, menampakkan taring-taring kecil.   "Bila dia senyum tu tok, saya rasa macam nak terkencing kat situ jugak", jiran tu cerita sambil ketawa gugup.



Masuk hari Jumaat, ramai pulak penduduk yang tampil dan berkongsi cerita diorang pulak.  Selain dari kes ketukan tu, ramai jugak yang mengaku diorang nampak lembaga mata kuning tu.  

Ada sorang makcik ni, satu malam tu dia buang sampah kat tong sampah luar rumah dia, apabila dia ternampak macam ada kelibat orang tengah skodeng dia dari seberang jalan tu.  Makcik ni dah tak sedap hati sebab kat seberang jalan tu kawasan hutan je.  Makcik ni pun teruslah balik masuk rumah dia, masa dia nak tutup balik pintu rumah tu, dia ternampak orang yang tengah intai tu matanya warna kuning.  Nampak mata je terapung dalam 5 kaki dari tanah.  

Ada sepasang suami isteri ni pulak, diorang ni balik dari mana entah malam-malam, naik kereta, dari jauh diorang nampak ada orang berdiri tengah jalan tu tengah hadang jalan tu tapi orang tu membelakangi suami isteri ni.  Diorang ni pun perlahankanlah kereta diorang, bila makin dekat, orang tu pun memalingkan mukanya, nampak sepasang mata kuning dan barisan gigi taring kecil.  Mengucaplah suami isteri ni, terbehenti diorang kat situ.  Tapi lembaga tu cuma senyum je kat suami isteri ni tak bergerak ke mana-mana.  Yang si suami tu nak langgar tak berani, dia pun memandu ke tepi, tapi sebab jalan tu sempit, memang lembaga tu betul-betul kat tepi kereta tulah.  Walaupun suami isteri tu cuma pandang depan je tak berani nak toleh-toleh, diorang boleh rasakan sorotan mata lembaga tu mengekori kereta diorang....

"Ha kamu yakin ke kamu nak pegi jugak ke parti tu?", ayah aku bertanya.  Tapi kawan aku dah sampai pulak depan rumah nak jemput aku.  "Takpelah ayah, saya nak pegi jugaklah.  Lagipun kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita kan?".  Di dalam kepercayaan masyarakat aku jugak, kami berpegang dengan prinsip ni.  Lagipun, kami percaya yang entiti ni bukan saja suka-suka kacau orang, tapi ia cepat tertarik dengan orang yang beraura negatif, macam orang jahat atau orang tengah kesedihan misalnya.    Ayah aku pun izinkan tapi dia sempat pesan kat aku agar berhati-hati kat sana nanti.

Sebab parti tu letaknya dalam kabin milik keluarga kawan aku ni yang jauh ke dalam hutan tu, dalam 20 minit jugakla kami sampai di sana.  Di sana, topik perbualan kami banyak berkisar pasal ketukan dan lembaga mata kuning tu.  Kalau tadi aku dengar cerita dari ayah je, kali ni lagi banyak cerita aku dapat dari kawan-kawan seusia aku.  Tapi parti kami tu jadi agak terganggu, sebab ada sorang budak perempuan ni, dia tak mampu nak minum alkohol sebenarnya, dia jadi mabuk dan mula nangis-nangis sebab rindukan mendiang abang dia.  Kesian pulak aku dengan budak perempuan tu jadi aku pun cubalah pujuk dia agar berhenti menangis, dalam masa yang sama aku curi-curi dengar jugak perbualan kawan-kawan aku yang lain pasal lembaga tu.

Salah seorang yang ada kat parti tu, dia ni bersaudara dengan nenek tua yang buat aduan kat polis tu.  Dia ni punyalah terkejut dengan peristiwa yang menimpa dia tu, ayah dia pun panggil pawang dan perasap satu rumah tu sebagai pelindungan untuk tidak diganggu.  Dia ni, kita panggil dia Jacky jelah ye.  Jacky ni ade lah bertanya dengan orang-orang tua di penempatan ni, apa benda tu sebenarnya.  Kenapa tiba-tiba benda tu muncul.  Adalah sorang orang tua ni, dia syak dalam penempatan ni ada orang buat upacara panggil roh secara sembunyi-sembunyi.

Upacara panggil roh ni dalam masyarakat aku, kami panggil khemah bergoyang (shaking the tent).  Korang jangan ingat bukan-bukan pulak pasal khemah goyang-goyang ni.  Zaman dulu kala, kalau masa musim sejuk, dan sumber makanan dah takde, orang kampung akan memanggil pawang untuk buat upacara ni.  Pawang ni akan masuk ke satu khemah kecil ni, dalam khemah tu nanti dia buatlah acara memuja dia, sambil disaksikan orang kampung yang berkumpul di luar khemah tu.  Nanti, khemah tu akan bergoyang-goyang tanda ada roh dah masuk ke dalam badan pawang tu.  Masa nilah orang kampung akan mintak tolong dengan roh tu.  Bawah ni contoh khemah tu, memang muat untuk sorang je.



Acara khemah bergoyang ni zaman sekarang ni boleh dikatakan takde dah orang yang buat. Tapi mak aku pernah cerita kat aku, dulu masa dia kecik-kecik dia pernah menyaksikan acara khemah bergoyang ni.  Mak aku ingat lagi, pawang yang masuk dalam khemah tu seorang lelaki, tapi suara lelaki tu boleh bertukar-tukar jadi banyak jenis suara, ada suara lelaki, perempuan, dalam pelbagai tona.  Tapi yang pastinya, roh yang datang tu cukup marah dengan orang kampung mak aku masa tu.  

"Kenapa kamu panggil aku datang sini???!! Kamu bukannya nak mati pun!!!".  Rupa-rupanya roh tu marah sebab ingatkan ia dipanggil sebab ada hal kecemasan hidup atau mati, tapi sebab saja dipanggil.  Ketua kampung mak aku terpaksa terangkan, yang mereka buat upacara ni sebab nak tunjuk pada generasi baru ni adat resam nenek moyang dulu-dulu.  Tapi roh tu masih tak boleh nak terima alasan tu.  "Jangan sesekali kamu buka jambatan antara dua dunia ni! Melainkan kalau kamu betul-betul perlukan pertolongan kami!".  Roh tu sempat lagi marah orang kampung aku tu.  Tapi roh tu kira baik jugaklah, sebab ia cakap, nasib baik ia yang datang, kalau roh jahat atau syaitan yang diseru, teruk padahnya.   Sejak tu mak aku kata orang kampung dah tak berani dah nak saja-saja buat upacara tu.

Balik pada Jacky tadi, Jacky cakap orang tu syak mesti ada yang buat upacara tu dan terpanggil entiti jahat tu.  Upacara adat resam macam ni kena ada persetujuan orang-orang tua dalam penempatan tu, jadi sapekah yang senyap-senyap buat upacara tu?  Apa tujuan dia? Mana pulak dia dapat pawang yang setuju nak jalankan upacara tu?

Ada 2 orang budak lelaki yang dah mabuk mencelah perbualan kami yang agak serius tu.
"Ah korang ni.  Penakut sangat.  Benda tu bukannya boleh buat apa pun, setakat main ketuk tingkap je hahahaha".  Diorang pun ketawa mengejek.
"Aku cabar jembalang tu meh datang sini, biar aku belasah dia".

Kami semua terdiam dengan kata-kata budak lelaki yang mabuk tu.  Ye diorang tengah ting tong, mungkin diorang tak maksudkan apa-apa, tapi masa tu kami semua dah rasa tak selesa.  Aku  pun tariklah kawan aku yang tengah menangis sedih tu masuk ke ruang tamu.  Cukuplah sudah dengan topik paranormal malam ni.  Ruang tamu ni ada tingkap yang boleh nampak beranda kat luar.  Kat beranda tu pulak ada kerusi malas antik tu.  Sekali tu aku nampak kerusi malas tu bergerak sendiri, berayun-ayun macam ada orang duduk....

Bersambung insya Allah bahagian akhir


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2023 12:05 PM | Show all posts
Ketukan Misteri Bahagian Akhir

Sebelum aku nak sambung cerita ni, aku nak korang bayangkan dulu rekabentuk kabin ni macam mana.  Kabin ni bentuk segiempat, beranda ni kat depan rumah, dan bentuknya memanjang dari hujung kiri ke hujung kanan rumah ni.  Bilik yang aku duduk skrang ni ruang tamu, dan di sebelah dinding ni adalah ruang legar yang ada pintu masuk jenis 2 pintu tu.  Belakang ruang legar tu pulak adalah dapur, bilik tidur dan bilik mandi.  Kerusi malas yang bergerak sendiri tu letaknya di beranda sebelah ruang tamu ni dan aku nampak sebab ada tingkap terbuka kat situ...

Aku cuba buat-buat tak nampak kerusi tu.  Kalau aku tak kacau dia, dia pun tak kacau aku. Tapi dalam hati aku, aku menyumpah-nyumpah la jugak dengan budak mabuk 2 orang tadi. Celupar sangat mulut diorang skrang nah benda tu betul-betul datang.  Nasib baiklah jugak budak perempuan yang tengah menangis di bahu aku sekarang ni tak perasan pun kalau tak satgi histeria lagi susah nak kawal.  5 minit jugakla aku jeling-jeling kerusi tu dok bergoyang sendiri je.

Tiba-tiba, aaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!  Aku terdengar suara perempuan menjerit dari luar.  Eh ada orang ke kat luar tu?  Aku dengar  bunyi tapak kaki orang berlari masuk dalam rumah dan bunyi pintu dihempas.  Aku pun masuklah ke ruang legar tu. Aku nampak ada seorang budak perempuan tengah menangis sambil memeluk kawan-kawannya.  Dengan tersedu-sedan budak perempuan tu cakap, dia tengah lepak kat luar dengan pakwe dia,  sekali tu dia nampak muka pakwe dia tiba-tiba je berubah.  Dia pun pandanglah belakang.  Dan dia nampak, kat atas kerusi malas tu ada lembaga hitam tengah menyeringai tengok diorang. Budak perempuan tu dok menangis sambil sebut Kokogi Kokogi (Kokogi ni maksudnya hantu dalam bahasa Algonquin).  Apa lagi menjerit ketakutan la dia.  Tapi pakwe dia mana? Dia cakap, pakwe dia, kita namakan dia Ricky jelah ye, dia dah lari masuk dulu dan dia rasa Ricky pegi kejar lembaga tu.

Kami semua dah saling berpandangan dah.  Beraninya si Ricky ni.  Semua orang tak berani keluar, jadi aku pun sukarela nak cari Ricky.  Aku nampak Ricky dah ada kat laman, sambil matanya memandang tajam pada sebatang pokok dalam hutan di depan kami ni.  Kebetulan kat luar tu pun ada jugaklah beberapa remaja yang tengah kemabukan.   Ada budak mabuk ni pegi cabar pulak lembaga suruh datang sini.  Keadaan kat luar memang menggila sikit masa tu. "Bawak semua orang masuk ke dalam", arahan Ricky begitu tegas dan padu.  Aku pun kejutkan mana-mana budak yang dah tak sedar diri sebab mabuk dan papah diorang bawak masuk dalam kabin.  

Aku pun tak tau Ricky buat apa kat luar tapi tak lama tu Ricky pun masuk jugak dalam rumah.  Masa tu semua budak-budak dah jadi waras dan diorang pun kemaslah rumah tu kutip tin-tin bir kosong yang bergelimpangan.  Masa ni aku dan Ricky berdua je kat ruang legar tu.  Aku tanya Ricky ko ok je? Ricky cuma jawab, 'benda tu ada kat luar'.  Aku pun paham dah jadi aku dan Ricky pun cepat-cepatlah kemaskan ruang legar tu.  Kami nak blah dari tempat ni secepat yang mungkin.

Masa nilah kami dengar bunyi tingkap di bilik tu diketuk.  Tingkap di ruangan ni legap jadi kami tak nampak apa pun di luar.  Ricky macam nak melawan tapi aku pegang bahu dia, 'biarkan jelah. Buat tak dengar je'.

Tak sampai 2 saat aku cakap macam tu, kami terdengar suara budak lelaki mengamuk kat bilik sebelah.  "Wei sape yang main ketuk tingkap tandas ni? Aku nak kencing pun tak senang!".  Padahal semua orang dah masuk dalam rumah dah.  Pastu ada sorang lagi ni berlari keluar dari bilik tidur, dia pun cakap ada orang ketuk tingkap bilik tu jugak.  Masa ni semua orang dah gelisah, tapi aku dan Ricky dan sorang lagi kawan aku yang tak minum malam tu berusaha nak kawal keadaan tu.  Lepas tempat tu dah bersih, kami bawak budak-budak ni naik kereta masing-masing.  Sekarang tinggal aku dan Ricky je baru papah baki budak-budak mabuk ni masuk dalam trak Ricky.  Ricky masa ni tengah berdiri di hadapan aku, tiba-tiba Ricky pegi tolak aku masuk trak belah tempat duduk penumpang hadapan pastu dia kelam-kabut berlari masuk trak dan memandu keluar dari situ.  Sepanjang kami turunkan budak-budak tu balik rumah, Ricky tak cakap sepatah apa pun kat aku.

Beberapa hari kemudian, aku jumpa Ricky, aku pun sembang-sembanglah dengan dia sekali tu terkeluarlah cerita pasal malam tu.  Ricky pun ceritalah kat aku, masa tu kan Ricky dan awek dia tengah lepak kat beranda tu, pintu masuk tu saja dibukak. Jadi dia dengarlah 2 budak mabuk tu cabar jembalang tu.  Dia cakap, ngam-ngam je budak mabuk tu cakap macam tu, dia nampak dah lembaga tu muncul di kerusi malas tu.  Dia memang terkejut tapi dia rasa macam tak boleh nak alihkan pandangan mata dia dari Kokogi tu. Masa tulah agaknya awek dia perasan muka dia dah lain macam.  Aku tanyalah kenapa ko kejar jugak Kokogi tu?  "Entahla bro naluri aku suruh aku lindungi korang semua dari Kokogi tu".  

Bila Kokogi tu nampak Ricky cuba nak kejar ia, Kokogi tu pun berdiri dan sekelip mata je ia melayang masuk ke dalam hutan tu.  Si Ricky ni pun turunlah, dan dia nampak Kokogi tu tengah menyorok di balik sebatang pokok ni sambil tersenyum pada dia.  Sepanjang masa diorang bertentang mata ni jugak, Ricky mendakwa yang dia rasa Kokogi tu tengah memanggil dia.  "Ricky.....Ricky......datanglah sini.....tadi berani sangat hehehehehe".  Bila aku turun dan panggil nama Ricky barulah Ricky tersedar dari lamunan tu.  Pastu Kokogi tu pun lenyap begitu sahaja.

Dia dah tak nampak Kokogi tu tapi dia tau Kokogi tu masih ada di luar sana.  Masa kat trak pun sama.  Tapi dia cakap, yang dia tolak aku masuk trak tu, sebab dia ternampak Kokogi tu betul-betul ada di belakang trak kami tu, sambil menyeringai.  Malam tu, bila semua orang dah balik, sekali tu budak yang merupakan pemilik kabin tu telefon dia.  Budak tu cakap dia lupa nak kunci kabin tu jadi dia mintak Ricky ni temankan pegi kunci malam tu jugak.  Dah sampai tu budak tu tak berani plak nak turun, jadi si Ricky ni pun pegilah kunci pintu kabin tu.

Pintu kabin tu separa terbukak, dan Ricky nampak Kokogi tu tengah berdiri di tengah bilik tu. Apa lagi, kelam kabutlah Ricky kunci kabin tu dan memandu pergi dari kabin tu.

Penampakan dan ketukan tu masih berlarutan untuk beberapa hari seterusnya.  Dan tiba-tiba pada satu hari tu dah takde dah orang melaporkan insiden itu.  Dah takde gangguan orang kampung aku pun masih bising lagi eh kenapa dah takde ni? Diorang risau jugak kalau Kokogi tu muncul kembali.  Tapi dari beberapa sumber yang aku dapat, ketukan misteri tu berjangkit pulak pada penempatan lain yang letaknya utara dari tempat kami.  Dan kemudian ia muncul di bandar yang majoriti penduduknya orang kulit putih.  Benda ni macam berjalan menuju ke utara.  Komuniti orang Asli yang kami kenal pun cerita jugak pasal ketukan misteri tu, tapi sampai sekarang, dah bertahun-tahun, ketukan dan lembaga tu dah tak muncul dah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah baca
Kipidap TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
best citer kokogi tu


dah la tengah camping
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:38 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 11-12-2020 02:24 PM
6. Misteri Tangga Di Dalam Hutan 2
sebelum ni aku penah citer kan pasal tangga yang tiba-tiba muncul ...

best la cite ni semua....i like...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga TT sihat selalu dan dapatlah update banyak lagi cerita baru.. THE BEST
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 02:20 PM | Show all posts
tiap hari bukak thread nih nk tgk hapdet..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2023 03:21 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-2-2023 03:44 PM

BersendirianDalam Gelap

Cerita aku ni panjang sikit…


Aku bekerja sebagai pemandu trak hantar mesin merangkap tukang pasang mesin tu untuk syarikat tempat aku bekerja ni.

Aku memandu trak berbentuk kotak sepanjang 26 kaki dan membawa bersamaku 12 buah mesin.  Trak aku ni bermasalah sikit, jadi sebelum aku memulakan perjalanan tu aku bawak trak tu pergi servis tapi pusat servis cakap trak aku elok je.

Memandangkan aku dah agak lewat dari jadual sebab terpaksa hantar trak aku tu ke servis, aku terpaksalah jugak bawak trak tu sepanjang malam agar dapat sampai ke destinasi seterusnya tepat pada waktunya.  Pandu punya pandu, jam sekarang dah menunjukkan pukul 11 malam dan aku kini berada diatas jalan negeri di Upper Peninsula of Michigan. Jalan ni macam jalan kampungla jugak, takde lampu jalan dan takde kenderaan lain kecuali trak aku.  Hanya lampu trak aku sahaja satu-satunya cahaya yang menerangi jalan tu.

Masa ni aku dah rasa seram sejuk dah.

Di saat kemuncak hatiku berdebar-debar berada di kegelapan malam di tempat jin bertendang macam ni, tiba-tiba semua lampu yang ada di papan pemuka trak aku ni menyala dan trak aku mati pulak enjinnya.  Nasib baiklah jalan kosong jadi aku sempatlah kawal kenderaan dan membrek di tengah jalan.

Malam gelap gelita, aku cuba hidupkan semula enjin tapi tak hidup-hidup jugak.  Aku fikir baik aku jimatkan bateri trak aku jadi aku pun matikan terus enjin tapi aku pasang lampu trak dan mulalah menggelabah nak telefon mintak tolong orang.

Malangnya,dah beberapa orang kawanku yang dekat-dekat situ yang aku cuba hubungi tapi takde sorang pun nak angkat.  Semasa aku tengah menunggu dering telefon tu, aku tiba-tiba ternampak macam ada pergerakan betul-betul di luar sempadan jangkauan cahaya lampu trak aku ni.

Aku sangkakan mungkin tu cuma khayalan aku je. Mujurlah panggilanku kali ni berjawab, operator di hujung talian kata dia janji akan cuba dapatkan mekanik, jangka masanya mungkin dalam 2-3 jam lagi.

Duduk jelah aku keseorangan dalam trak tu, diselubungi kegelapan malam, yang kedengaran hanya bunya tik tik tik dari lampu kecemasan yang aku pasang.  Dan sekali lagi aku nampak ada pergerakan dihujung lampu trak aku tu.

Ring! Ring!Telefonku berbunyi.  Aku pun cepat-cepatlah angkat. Oh rupanya mekanik yang telefon aku. Mekanik tu suruh aku turun trak kejap, bukak enjin, mungkin dia boleh bantu aku sikit-sikit.  Tapi aku menolak sekeras-kerasnya. “Taknaklah bang. Tempat ni gelap sangat, saya sorang pulak tu. Abanglah cepat datang sini”.  Dari nada suara mekanik tu macam dia dah meluat kat aku, tapi lantaklah dia nak anggap aku ni penakut sangat ke, tak mungkin aku nak jejakkan kaki kat luar tu.

Sekali lagi aku nampak ada sekilas pergerakan, kali ni aku sengaja tukar jadi lampu tinggi nak tengok ape benda tu.

La….rupa-rupanyaada 3 ekor serigala sedang menjamah haiwan buruan mereka di tengah jalan tu.  Aku tekan hon, tapi serigala tu taknak berganjak pun sebaliknya merekan teruskan melahap bangkai haiwan tu.  Aku tak rasa pun serigala tu nak terkam aku pulak jadi aku pun matikan jelah lampu kereta aku ni.
Untuk mengisi kebosanan aku main telefon sambil ditemani bunyi klik kelipan lampu kecemasan aku. Sekali sekala aku akan pasang jugak lampu trak aku, dan serigala bertiga tu masih ada di situ. Bila nampak serigala tu aman-aman je melahap makanan aku rasa sedikit selamat, rasa macam kat luar tu takde ape pun walaupun gelap.

Tengah syok bermain telefon tu, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara jeritan seorang wanita betul-betul dari belakang trak aku. AAARRRRGGHHHH! Kemudian ada sesuatu menghentam tepi belakang trak aku ni sampai bergoyang jadinya trak ni.  Aku tak risau trak ni terbalik sebab trak ni berat,tapi hentaman tu sudah cukup kuat sampai buat aku terenjut dari tempat duduk aku.

Secepat kilat aku bukak semua lampu yang ada dalam trak tu, aku masuk gear undur supaya lampu belakangku terpasang dan aku tekan hon panjang-panjang.  Aku tengok cermin kiri kanan, yang aku nampak cuma kilasan badan manusia yang bergerak sangat laju.

Masa ni jugak aku perasan 3 serigala yang ‘menemani’ aku tadi dah takde.  Aku pernah tengok dokumentari ni, kalau haiwan pemangsa sanggup tinggalkan makanan diorang begitu sahaja maksudnya ada pemangsa lain yang lagi besar ada berdekatan di situ.  Ah sudah, aku mula rasa takut bercampur panik.

Benda yang merempuh trak aku ni tak lari jauh, sebab aku boleh dengar bunyi macam ada orang tengah berjalan dalam semak di tepi jalan tu.  Bunyi daun dipijak, ranting yang dipatahkan.  Aku bukak tingkap sikit je aku dah boleh dengar bunyi-bunyi macam tu.

Tangan aku sampai jadi putih sebab terlalu ketat memegang stereng.  Mata aku pulak asyik menjeling cermin kiri dan kanan.  Aku tak dapat nak lihat apa benda yang ada dalam semak tu sebab lampu trak aku tak sampai ke situ.  Aku baru teringat aku ada bawak lampu suluh,tapi kenapa aku bodoh sangat simpan lampu tu dalam kabin belakang tu. Aku hanya menunggu dengan penuh debar menantikan kemunculan sesuatu yang aku tak pasti apa.

Akhirnya,aku lihat cermin trakku disuluh cahaya dari belakang.  Aku rasa macam berjam-jam pulak tunggu cahaya tu makin lama makin dekat, oh rupa-rupanya tu cahaya lampu kereta mekanik yang aku telefon tadi.

Kereta mekanik tu berhenti di hadapan trak aku ni. Hati aku rasa lega bila nampak mekanik tu bukak pintu nak keluar kereta.Sekali tu, AAAARRRGGGGHHHHH! Suara jeritan wanita tadi menjelma lagi.  Mekanik tu terus lompat balik masuk kereta dia.  Kali ni bunyi bising dari semak tu semakin agresif.

Tak sampai beberapa saat, telefonku berdering, mekanik tu yang telefon aku.  “Wei amende tu wei?? Suara sape tadi tu?Kenapa suara dia seram sangat?”, mekanik tu yang kedengaran sangat panik berbanding aku. Aku jawablah aku pun tak tau, dari tadi aku tak keluar trak ni.  Kami bincang jugak sape yang nak pegi tengok benda tu, aku taknak dia pun taknak, akhirnya mekanik tu ambil keputusan dia nak telefon polis je.

Tak lama tu, kereta peronda polis Michigan pun sampai. Tempat tu jadi terang-benderang. Masa nilah aku dan mekanik tu berani nak turun.  Kami berdua pun memulakan kerja-kerja membaiki trak tu ditemani 2 orang polis tu.

Tu pun,bunyi jeritan wanita tu masih ada. Aku kira-kira adalah dalam 3 kali bunyi jeritan tu.  Tapi syukurlah bunyi jeritan tu makin menjauh.  Polis Michigan tadi tu pun terkejut tapi diorang beranikan diri jugak dan bersedia dengan senjata masing-masing. Diorang pun tak tau tu bunyi apa, binatang ke orang ke atau makhluk lain ke....

Akhirnya trak aku pun berjaya dihidupkan.  Mekanik dan polis tadi cepat-cepat patah balik ke bandar diorang, aku pulak terpaksa jugak teruskan pemanduan aku sorang-sorang. Dalam hati aku berdoa, janganlah trak ni buat hal lagi.  

Mujurlah perjalanan aku selamat dan aku berjaya jugak check-in ke hotel syarikat aku walaupun dah lewat.  Esok harinya, akupun belek-beleklah trak aku ni. Bahagian kabinnya ada lekuk sikit, nampaklah lekukan tu sebesar bola besbol.  Tapi lekukan tu agak tinggi, dalam 7 kakilah jugak. Apa bendalah agaknya yang langgar trak aku malam tadi sampai kemek jadinya badan kabin aku ni.

Sejak hari tu, aku kalau kena lalu situ lagi memang aku mengelak nak pegi malam-malam lagi dah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 01:58 PM | Show all posts
Dirasuk Tanpa Sedar

Cerita ni dah lama sikit sebab berlaku pada tahun 1990an dulu.  Dulu setiap kali musim panas dari 1993 sampai 1998 aku akan menghadiri kem khas untuk remaja perempuan penganut Kristian.  Kem ni cuma 4 hari 3 malam je.  Pesertanya tak ramai adalah dalam 200 budak perempuan, dan rata-rata peserta rumah diorang pun tak jauh dari kem ni dalam satu setengah ke dua jam sahaja.  Kawasan kem ni memang luas, ada kawasan khas untuk dirikan khemah, ada chalet berbentuk A dan ada satu kawasan kem ni rumah penginapannya jenis blok asrama panjang.  Nama kem ni adalah Ensign Ranch di daerah Kittitas, Washington.   Kem ni takdelah mencabar sangat tapi sangat selamat dan menyeronokkan.  Antara aktiviti yang kami buat di kem ni adalah berkongsi cerita seram di sebelah malamnya.



Malam terakhir perkhemahan aku pada 1996, masa ni aku baru berusia 15 tahun, aku dan beberapa budak perempuan lain berkongsi bilik yang sama di blok asrama panjang tu.  Waktu sudah melepasi waktu tidur, tapi kami semua masih berjaga sebab nak kongsi cerita hantu tu la.  Aku dan kawanku yang bernama Lilly sempatlah kongsi 2-3 cerita yang aku tau, tapi cerita aku ni pun cuma cerita biasa yang aku baca dari buku.  

Selepas beberapa jam berjaga tu, aku mula rasa mengantuk, bila giliran orang lain bercerita aku dah tersengguk-sengguk.  Kelopak mataku rasa berat macam ditindih dengan batu.  Tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni merayu nak dengar cerita aku lagi.  Aku pun sebenarnya dah takde idea nak cerita apa, dah mengantuk sangat kan.  Dengan mata kuyu dah nak tertutup, aku pun reka jelah cerita ni.  Aku pun mulakan cerita aku dengan....'Pada satu malam yang sunyi, di kawasan hutan yang tak jauh dari sini.....'  Pastu aku tak ingat apa dah.

Tau-tau je aku dah terbangun, rupanya aku tengah berbaring.  Sedikit demi sedikit aku membangkitkan badanku.  Semasa aku baru terbangun tu, aku terperasan yang mulut aku tengah berkumat-kamit menuturkan sesuatu tapi aku pun tak dengar apa yang aku tengah cakapkan ni.  Hanya bila aku dah sedar sepenuhnya dan duduk bersila,  aku cakap macam ni,'dan semua orang mati akhirnya'.  Aku memandang wajah semua budak perempuan yang tengah duduk di sekeliling aku ni, mereka semua terlopong dengan mata terbeliak besar, ada 2-3 budak perempuan yang masih kecil menangis sedu-sedan, dengan air mata mengalir membasahi pipi mereka.

Kawan aku, Lilly, memecahkan keheningan malam itu. "Itulah cerita paling seram aku pernah dengar".  Budak-budak lain mengangguk je tanda setuju.  Aku dapat rasakan suasana masa tu jadi sedikit kekok, jadi aku pun cakaplah hari dah lewat ni, jomlah kita masuk tidur.  Budak-budak perempuan lain pun beransur naik ke katil masing-masing, tinggallah aku, Lilly dan sorang lagi kawan aku, Sarah.  Aku ngaku pada diorang yang aku sebenarnya terlelap sekejap tadi, jadi aku tadi sebenarnya melalut pasal apa sebab aku pun tak ingat.  Lilly dan Sarah saling berpandangan.  Lilly tersenyap seketika, pastu dia kata, 'takkan kau tak ingat? Seram dowh cerita kau tadi. Ko cakap macam ni lagi aku rasa seram'.  Sarah pun sama, dia kata dia taknak ulang balik cerita aku tadi tu, kalau boleh dia nak lupakan terus je cerita tu.  

Aku dan Lilly ni kawan baik, aku tau Lilly ni kuat bergurau budaknya.  Lagipun tadi dia duduk sebelah aku mustahillah dia tak perasan yang aku tertidur tadi.  Tapi Sarah ni lain sikit, Sarah ni jujur orangnye, seorang yang serius dan tak suka buat prank, jadi bila Sarah pun setuju dengan Lilly, aku mula rasa pelik.  Tapi aku yakin aku tertidur tadi kalau tak takkanlah aku pun tak ingat cerita yang aku kongsi tadi. Apapun malam tu aku tidur nyenyak je macam malam-malam biasa.

Beberapa jam kemudian, aku dikejutkan oleh seorang kakak fasi.  Kakak fasi tu suruh aku kemas barang aku dan ikut dia turun.  Aku pun ikut jelah dia keluar dari blok asrama tu.  Di luar blok tu ada 2 lagi akak fasi berdiri di sebelah sebuah khemah.  Diorang suruh aku masukkan barang-barang aku dalam khemah tu.  Masa aku masuk khemah tu aku nampak ada 2 budak perempuan tengah berbaring sambil tersedu-sedan baru habis menangis.  Aku cam ni budak-budak yang ikut sekali dengar cerita hantu tadi.  Budak-budak tu enggan menyapa aku, diorang cuma berbaring sambil berpelukan je.

Akak-akak fasi tu ajak aku pegi jauh sikit dari khemah tu. Salah seorang akak fasi tu cakap, Lilly bawak turun 2 budak perempuan tu sebab budak-budak tu menangis-nangis nak balik rumah malam tu jugak.  Lilly ceritalah tadi kitorang ada buat kongsi cerita hantu ni, dan cerita aku paling seram sampai budak-budak tu tak boleh tidur dok teringat cerita aku.  Salah seorang akak fasi tu tanyalah, amende yang aku cerita ni sampai jadi macam tu sekali?  Aku bersumpah aku memang tak ingat cerita apa.  Aku suruh tanya Lilly sendiri, tapi akak tu pun dah tanya Lilly tapi Lilly kata biarlah aku yang cerita sendiri.  Yang budak-budak tu memang tak boleh nak ditolonglah, makin ditanya makin kuat melalak.  Tapi jam pun dah 3 pagi, tak mungkin akak fasi nak telefon dan kejutkan ibubapa budak-budak tu semata-mata nak datang sini nak bawak diorang balik.  Sebagai hukumannye, aku disuruh tidur dalam khemah tu dengan dua budak perempuan tu, manakala akak-akak fasi tu tidur dalam asrama ganti kami.  Aku pun ikut jelah.  Esok paginye, aku bangun dan budak-budak tu dah takde, makbapak diorang dah bawak balik dah.

Kalau korang tanya akulah kan, apa cerita aku yang seram sangat tu, sumpah aku pun tak tau.  Aku ada tanya Lilly jugak, tapi Lilly kata dia nak lupakan je cerita tu. Sebabnya kadang-kadang Lilly sampai mengigau-ngigau teringatkan cerita aku.  Tapi Lilly cakap, dia tak boleh lupa gaya aku bercerita, mata aku tertutup sepanjang aku bercerita tu.  Suara aku sama je, tapi jalan penceritaan aku sangat lancar, seolah-olah macam aku menyaksikan sendiri cerita tu.  Dan cerita aku memang takde lopong sana sini.  Macam cerita tu kisah benar.  Tapi cerita tu pasal apa? Aku pun tak tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2023 02:27 PM | Show all posts
Tasik Sonoma, Washington

Ada satu tasik di Washington, namanya Tasik Sonoma.  Ada satu kawasan tasik situ namanya Warm Springs Arm yang dulunya merupakan jalanraya tapi dah tenggelam semasa empangan untuk tasik ni dibina.  Empangan ni untuk kawal banjir, jadi ada banyak kawasan kat tasik ni dulunya kawasan penempatan tapi kini dah ditenggelami air tasik.


Sekarang tempat ni dah jadi tempat memancing.  Semasa aku berusia 16 tahun, aku jadi sukarelawan di sebuah pusat pelawat di tempat ni.  Aku jumpa ramai kaki pancing tegar sebab kerja aku ni, dan cerita yang aku dapat ni adalah pengalaman sekumpulan nelayan dan anak-anak diorang yang datang sini.  Nelayan ni ada buat satu aduan pada pejabat renjer kat sini, dan pejabat aku pun terlibat sekali dalam kes ni.

Ada 2 nelayan dalam kumpulan tu, diorang saja je nak memancing malam-malam sebab nak tangkap ikan keli.  Antara pukul 2 ke 3 pagi, diorang ralit memancing dan tanpa disedari dah sampai ke hujung utara Warm Springs Arm ni apabila sayup-sayup diorang terdengar suara budak-budak kecil.  Diorang pun matikan enjin bot. Diorang dengar suara tu macam suara budak-budak menangis meminta tolong.  Kat keliling sungai tu ada bukit-bukit jadi diorang ingatkan mungkin budak-budak tu sesat kat darat kot.  Selepas beberapa ketika tercangak-cangak mencari mana budak-budak tu, diorang ternampak macam ada cahaya muncul dari bawah air.  Bila diamati, cahaya tu macam api terbakar, tapi bawah air.  Rupa-rupanya jeritan budak-budak tu datangnya dari cahaya api tu.

Nelayan tu ape lagi, diorang dah rasa seram dah, diorang pun hidupkan enjin bot dan terus memecut selaju-lajunya dari tempat tu.

Esok paginya nelayan tu pun buatlah laporan pada renjer hutan tu.  Dengan bantuan peta yang aku pegang, nelayan tu pun tunjuklah kawasan diorang kena kacau tu.  Tapi nelayan tu masih tak serik lagi, diorang teruskan jugak aktiviti memancing diorang hari tu tapi diorang kata diorang taknak dah pegi ke kawasan tu lagi.  Jadi tinggallah aku dan renjer tu buat siasatan lanjut pasal tempat tu.

Tasik Sonoma ni bukanlah tempat yang sentiasa sibuk dengan pengunjung. Tapi kadang-kala ada jugak berlaku kes lemas orang jatuh dalam sungai, tapi puncanya sebab diorang mabuk je.  Tapi Tasik Sonoma ni sebelum ianya menjadi tasik memang antara penempatan awal yang dibuka zaman dulu kala.  Aku pun cadangkan apa kata kita jemput seorang sejarawan tempatan untuk selidik sendiri cahaya misteri dalam tasik tu? Dia pun setuju, dan aku pun panggilan sejawaran tu yang juga merupakan ahli persatuan Friends of Lake Sonoma.  Kitorang tak cerita pun pasal cahaya misteri tu, tapi kami tanya dia, apa yang dr tau ye pasal tempat yang kami tunjuk kat peta ni?

"Oh tempat ni ke? Dulu kawasan ni jalan raya.  Dulu sebelum zaman moden, masa tu takde ciri keselamatan kereta diperkenalkan lagi, ada kemalangan dahsyat pernah berlaku kat situ.  Kereta terbabas dan terbakar, cuma pemandu dan isteri dia je sempat keluarkan diri, tapi anak-anak diorang kat tempat duduk belakang tak dapat nak diselamatkan.  Diorang cuma mampu tengok je anak-anak diorang mati terbakar kat situ".

Aku dan renjer aku terus tersenyap.  Tak sangka walaupun tempat tu dah jadi tasik, tapi tragedi yang pernah berlaku di situ masih terus menghantui tempat itu...

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah..ada cerita baru..tq TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram juga citer mimpi tu..tak sabar nak baca kisah baru dari tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2023 06:06 PM | Show all posts
Anjing Jadian di Haiti

Aku sambung belajar di sebuah kolej di Haiti, dan cerita ni aku dapat dari seorang kawan aku yang memang orang situ.  Haiti ni macam kita tau terkenal dengan voodoo.  Pengamal voodoo di Haiti ni dikatakan diorang ni boleh bertukar menjadi binatang, selalunya jadi anjing atau burung.

Kawan aku ni merupakan seorang sukarelawan di Haiti ni.  Kerja dia memasak makanan untuk disedekahkan kepada golongan gelandangan, orang miskin, anak yatim piatu.  Kawan aku ni memasak pakai unggun api, jerang stew dalam periuk besar atas api. Setelah selesai mengagihkan makanan kepada budak-budak, kawan aku pun agihkan pulak kepada orang dewasa yang sedang menunggu.  Dah habis mengagihkan makanan, kawan aku tengok dalam periuk tu masih ada baki stew lagi.

Kawan aku perasan ada seekor anjing tua tengah menunggu dia di tepi unggun tu.  Kawan aku ni rasa macam agak pelik sebab kat Haiti ni jaranglah jumpa anjing liar yang gemuk dan sihat macam anjing tu.  Anjing liar kat Haiti ni kurus nampak tulang je. Ah mungkin ni anjing belaan orang kot terbau makanan kat sini, getus kawan aku ni.  Anjing tu tenung je kawan aku ni sambik menjilat-jilat bibirnya tanda lapar.  Kawan aku pun ceduklah sedikit stew letak dalam mangkuk, letak atas tanah untuk anjing tu.  Kawan aku pun ceduk sekali stew untuk diri sendiri, dia pun makanlah stew tu bersama-sama anjing tu di sebelah dia.  Dah kenyang anjing tu pun blah.

Kawan aku dah lupa dah pasal anjing tu, sampailah esok petang tu semasa dia bersiap-siap nak masak makanan di pusat agihan makanan semalam.  Kawan aku ni disapa oleh seorang lelaki tua.


"Terima kasih sebab bagi makan semalam".  Kawan aku ni agak terpinga-pinga sikit sebab dia tak pernah nampak pulak orang tua ni kat sini. "Sama-sama, tapi pakcik ni siapa ye?  Tak nampak pun pakcik datang semalam". Lelaki tu tersengih-sengih.  "Eh takkan tak ingat? Lepas kamu kasi makan kat budak-budak tu kan giliran orang dewasa pulak.  Pakcik ada masa tu".

Kawan aku ni perah otak jugaklah nak ingat muka pakcik ni.  "Maaf pakcik, agaknya saya lupa kot".
"Eh macam mane pulak kamu boleh lupa.  Kamu yang hidang stew semalam kat pakcik.  Pakcik orang terakhir yang kamu kasi makan".
Kawan aku rasa mustahil pulak sebab dia ingat orang terakhir yang dia hidang dan dia yakin bukan pakcik ni.
"Kita siap makan sama-sama lagi.  Pakcik makan sebelah kamu, kamu pun makan sekali".
Kawan aku dah pelik dah sebab semalam dia makan dengan anjing. Takkan pakcik ni...
"Ye pakciklah anjing yang temankan kamu makan semalam".  Dengan selamba pakcik tu mengaku.

Terkejutlah kawan aku ni.  Memang takdelah kawan aku ni nak percaya.  Tapi pakcik tu boleh cerita A sampai Z pasal malam semalam termasuklah benda-benda kecil yang takde orang tau melainkan kalau kau ada kat situ.

Sampai sekarang kawan aku masih ingat pakcik tu tapi lepas tu dia tak jumpa dah pakcik tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam pernah baca ttg tempat nie kan kat dalam thread nie..
Btw rindu nak baca cerita baru TT

https://www.facebook.com/reel/73 ... amp;mibextid=Nif5oz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2023 04:06 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-2-2023 04:10 PM

Chudail

Aku berbangsa India jadi sebelum aku nak cerita pengalaman aku ni, aku nak cerita sikitlah pasal makhluk mistik dalam kepercayaan Hindu ni.  Ada beberapa jenis hantu dalam kepercayaan kami, Dayan (nenek sihir), Chudail (hantu perempuan yang kuat) dan Pisaachini (pontianak perempuan).  Persamaan ketiga-tiga ni adalah kaki diorang terbalik, tumit ke depan jari kat belakang, rambut panjang tutup muka.  Kalau sekali pandang korang mungkin tak perasan, mungkin korang ingat ia cuma manusia yang membelakangi diorang.  Sekali tu bila dah dekat …. Nah kau hantu rupenye.

Nasib aku je tak baik sebab pernah terjumpa Chudail.

Waktu ni aku masih belajar di kolej.  Aku dan kawan-kawan aku saja ponteng satu kelas di tengahari ni.  Aku ingat lagi masa tu hari siang tapi panas sampai debu berterbangan.

Aku dan 4 orang lagi kawanku, kitorang berhimpit dalam teksi bermotor ni menuju ke pusat membeli-belah di bandar kami.  Mungkin sebab berat kot jadi teksi bermotor tu cuma boleh bergerak perlahan je.  

Kolej aku ni letaknya di sebuah pinggir bandar besar. Bandar besar kat India ni biasalah agak sesak sikit.  Tapi mana-mana bandar besar kat India mesti ada lorong-lorong tikus.  Orang tempatan memang takkan ikut lorong tikus tu sebab sunyi dan membahayakan.

Hari tu,aku duduk di sebelah kiri teksi bermotor tu, memandang ke luar.  Pemandu teksi tu bawak kami masuk lorong tikus yang kiri kanannya cuma pagar dan dinding bangunan je.  Tadi dari kami dari jalan besar yang tengah sesak, jadi dia pun masuklah ke lorong tikus ni nak elak kesesakan tu.  Aku begitu ralit memerhatikan dinding-dinding dan pagar-pagar bangunan yang beraneka rupa tu, apabila dari kejauhan aku nampak ada seorang wanita tua memakai salwar-kameez berwarna ungu kemerahan keluar dari sebuah pagar bersaiz sederhana. Aku rasa pagar tu macam pagar kawasan komuniti.  Kepala wanita tua tu ditutupi dupatta dan wanita tua itu sedang menjunjung bakul tikar tu. Wanita tua tu memakai kasut berwarna putih macam jururawat selalu pakai tu, tapi kaki dia terbalik…

Aku ingatkan aku salah tengok, jadi aku pun tenung betul-betul kaki perempuan tu.   Sampailah teksi kami ni melepasi perempuan tu.   Ye memang aku tak salah tengok,kaki perempuan tu walaupun berkasut tapi nampak jelas kalau berdepan-depan,jari kaki kat belakang, tumit kt depan.

Aku cukup terperanjat apabila menyedarinya. Mungkinkah perempuan tua itu ada kecacatan?  Pakai kaki palsu ke?  Aku begitu bingung memikirkannya sehinggakan tanpa disedari, aku melompat keluar dari teksi yang sedang bergerak tu.  Macam robot, aku berpatah balik menuju ke perempuan tua itu.

Kawan-kawan aku apa lagi, terkejutlah depa.  Bila diorang menjerit-jerit panggil nama aku, barulah aku macam tersedar dan rupa-rupanya aku dah agak jauh dari diorang, teksi tu sempatlah brek mengejut.  Eh bila masa pulak aku dah turun teksi ni?  Aku pun lintang -pukang lari dan melompat masuk ke dalam teksi tu. Pemandu teksi tu pun dah rasa lain macam, dia pun terus pecut tinggalkan jalan tikus tu.

Kitorang mintak pemandu tu  tinggalkan kami dimana-mana pasar.  Sebabnya nak sampai kepusat membeli-belah tu jauh lagi.  Dah sampai tu kawan-kawan aku pun sibuklah tanya, aku tadi kenapa tiba-tiba lompat keluar? Diorang kata aku nampak macam orang kena pukau sebab aku berjalan tak hiraukan kenderaan lain yang lalu-lalang di situ.

Aku pun cuba ingat-ingat balik.  Yang aku ingatlah, selepas kami berpapasan dengan perempuan tu, otak aku jadi kosong.  Seingat aku jugaklah, bila aku jejak tanah, aku nampak perempuan tu ghaib tiba-tiba.  Dan aku pun tertanya mana dia pegi dan automatik aku pun berjalan menuju ke pagar tempat aku nampak dia keluar tadi…

Balik tu,aku ceritalah kat mak aku pasal tadi tu. Mak aku risau giler, dia mandikan aku dengan air garam dan air Sungai Gangga.  Mak aku cakap, aku ni dah kene tegur.

Mak aku kata,makhluk halus ni ada banyak jenis dan ia boleh bertukar-tukar rupa.  Bila makhluk halus ni cuba nak tiru bentuk manusia, mesti akan ada satu ciri tu tak sama macam manusia. Selalunya benda ni akan gagal nak tiru suara manusia. Makhluk halus ni, kalau die duduk dalam air, dia menyamar jadi burung pandubbi.  Kalau ada manusia masuk tempat depa, depa akan gigit, pukau pastu lemaskan. Kalau masuk hutan tempat depa, depa akan sesatkan manusia tu sampai terjatuh gaung, tinggalkan kat situ sampailah manusia tu mati.

Tapi kalau terserempak makhluk ni kat tengah jalan, makhluk ni akan pukau manusia tu ikut dia kemana-mana ntah.  Dan nasib manusia tu selalunya akan berakhir dengan tragedi…

Aku bernasib baik sebab aku selamat.  Yang hairannya walaupun aku lompat keluar dari kenderaan yang bergerak aku tak mengalami apa-apa kecederaan.  Terseliuh kaki pun tak. Nasib aku memang betul-betul baik....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.377778 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list