CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-10-2012 09:33 PM | Show all posts
Dalam Stadium

aaa! air, air
kacang ada
jagung ada
burger ada
epal hijau pun ada.

aaa! air bang, air...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2012 09:41 PM | Show all posts
Laut Kasih 233

kerana laut kasih
yang telah engkau limpahkan
aku berjanji
akan sentiasa menjagamu
selagi ada hayat ini...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2012 09:55 PM | Show all posts
Lelaki Ini

sahabat
apakah kamu
menyedari bahawa
bayangan lelaki ini
yang sentiasa ada di sini

sahabat
apakah kamu
merasakan bahawa
bukan hanya dirimu
memberi waktu bertamu di sisi lelaki ini...

sahabat
apakah kamu
mengetahui bahawa
nukilanmu dihargai
oleh seorang lelaki ini...

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2012 10:10 PM | Show all posts
Perempuan Palsu

geli aku
melihat lengguk tak menentu
sekejap lemah lembut macam ratu
sekejap keras pejal macam batu
keliru...

perempuan palsu
badan pejal hati tisu
kembalilah ke asal kejadianmu
hidup dalam restu
tak terkeliru...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 03:33 PM | Show all posts
Muka Buku

dalam muka buku
boleh dapat banyak ilmu
elak dari hal merapu
tentu bertambah mutu...

dalam muka buku
boleh kita jumpa tanpa bertemu
berkongsi idea-idea baru
pengetahuan bertambah jitu...

dalam muka buku
boleh isi ruang dan waktu
tidak jadi orang dungu
tak tahu menahu era dunia baru...

dalam muka buku
ada banyak juga hantu
mengambil kesempatan menipu
mereka yang tunduk pada nafsu...

dalam muka buku
kena pandai pilih bulu
kalau tak haru biru
jadi mangsa teknologi baru...

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 10:58 PM | Show all posts
Penat Minda

aku sudah tua
badan cepat terasa
hari ini bukan penat fizikalnya
hari ini penat minda
terlebih muat naik data
terlebih muat turun kosa kata
nak kena tutup suis seketika
bagi sejuk enjin jiwa...

adeh! merapu jadinya.

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2012 12:16 PM | Show all posts
Inflasi

semakin menjadi-jadi
barang itu ini
harga makin meninggi
pengeluar main tarik tali
guna kuasa memonopoli
pengguna yang makan hati
boleh diserang darah tinggi...

pelarasan gaji
bonus diberi
menambah kuasa beli
tanpa disedari
panawaran dimanipulasi
pihak-pihak yang bernafsu nafsi
mengejar keuntungan dari situasi...

pengguna kena berpengetahuan tinggi
pengguna kena bijak berdiplomasi
guna kuasa majoriti
tidak membeli
menolak yang melampaui
ada berani?
memboikot yang menaikkan harga sesuka hati...

CNM

Last edited by Goldkey on 30-10-2012 12:31 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2012 06:57 PM | Show all posts
Laut Kasih 234

dingin hujan
mempeluwapkan wangian laut kasihmu
menusuk dalam-dalam ke kalbu
dan aku jadi sangat teruja
mendambakan hangatan asmaramu
sepanjang malam yang membuai...

CNM Last edited by Goldkey on 15-11-2012 07:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2012 11:02 PM | Show all posts
aku buat pilihan

antara;
kegebuan laman maya
dan
keseksian tilam dan bantalku...

naluri kesukaan
tewas kepada
nafsu tidurku...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 02:50 PM | Show all posts
Hujan ini

Hujan ini
mengembalikan ingatan
musim tengkujuh di kampung halaman
berbaju hujan
berkasut Phua Chu Kang
meredah tepian jalan
memerhati sepat puyu haruan
melompat menongkah arus air longkang
masuk ke dalam bubu yang kutahan...

goreng kunyit aku makan kenyang.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 07:43 PM | Show all posts
Tengkujuh Datang

...hati mak ayah walang
hujan mencurah bimbang
air banjir menenggelam
rosak tanaman
mati ternakan...

...hati anak-anak riang
melompat main air hujan
berenang dalam kubang
merah mata baru pulang
kulit kecut lama berendam...

...hati nelayan melayang
tak dapat ke laut tangkap ikan
rezeki hilang
kais pagi kais petang
nak isi perut anak lima enam orang...

...hati penoreh getah kontang
pokok basah tak boleh dikerjakan
termenung menanti mentari datang
bawa cahaya terang
ada pendapatan...

Oh! Musim hujan, macam-macam hal kejadian.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 08:33 PM | Show all posts
Jalan

tiada jalan lurus
umpama landasan terbang
untuk kamu tiba ke puncak
jalan berliku
denai berduri
pasti ditemui...

ada jalan pantas
umpama kereta api laju
untuk terjunam ke lembah
bergelumang kehinaan
andai memilih lorong-lorong hitam
tidak perlu bersusah..

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2012 09:35 PM | Show all posts
Setelah hujan

sayup-sayup
suara nyayian
mendayu-dayu
dari kejauhan
Onk! Onk!
katak melepas gian...

CNM Last edited by Goldkey on 31-10-2012 09:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 04:42 PM | Show all posts
Laut Kasih 235

telah kutulis
sebaris namamu
dalam diari laut kasihku
agar anakcucu kita
bisa membacanya
bahawa mereka punyai
seorang ibu dan nenek yang kaya
dengan kasih dah sayang...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 04:47 PM | Show all posts
Laut Kasih 236

sebelum senja ini
ingin sekali kurenungi
sepasang matamu yang bening
kerana di sana
jika kupandang sedalam-dalam
terpancar nur laut kasihmu...

aku jadi rindu mengucup wangian kasihmu.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 04:53 PM | Show all posts
Laut Kasih 237

tidak kupinta
secebis pengertian
kenapa aku mencintaimu
kerana aku tahu
apa yang hatiku mahu
tiada ragu
dikaulah sang ratu
dulu, kini dan selagi berbaki waktu...

Laut kasihmu sentiasa mendendang lagu kecintaanku.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2012 04:37 PM | Show all posts
Penyengat

kena beringat
nanti disengat
satu badan berbirat
hati jadi hangat
senyum jadi kelat
perasaan diganggu gugat...

jangan jadi penyengat.

CNM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 04:38 PM | Show all posts
Yang Kecil

aku umpamakan
dosa-dosa besar
bak gajah, harimau dan singa
ditakuti, dijauhi
tapi
berapa ramai yang mati
dek gajah, harimau dan singa ini...

aku umpamakan
dosa-dosa kecil
bak nyamuk aedes
diabai, dipandang sepi
tapi
telah ramai yang mati kerananya...

menjauhi dosa besar
belum tentu menyelamatkan kita
andai dosa-dosa kecil dipandang remeh...

renung-renungkan dan selamat beramal.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 11:14 PM | Show all posts
tulis baca

aku tulis
aku baca
kamu tulis
aku baca...

baca, baca, baca
ikut ayat pertama
tentu ada makna...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 11:44 PM | Show all posts
andai telah memiliki

andai kamu telah memiliki
permata yang menyeri bak pelangi
jangan biar debu menyaluti
sirna akan cahaya penyeri
kelak kamu rugi...

andai kamu telah memiliki
sekuntum bunga mekar mewangi
jangan biar ia layu sebelum hari
hilang wangian hati
kelak kamu sesali...

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076155 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list