CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 28-2-2023 05:12 PM | Show all posts
Histeria di Miami Aerospace Academy

Selalu kita dengar sekolah asrama kat Malaysia ni kerap sangat berlaku histeria, tapi tahukah anda pada 1970an dulu, ada satu sekolah menengah di Miami, USA ni pun pernah berlaku kejadian histeria ni sampai masuk paper?



ni keratan akhbar The Miami News, 26hb Oktober 1976 yang melaporkan kejadian ni.

Mula-mula aku nak cerita pasal latar belakang akademi ni dulu.  Sebenarnya Miami Aerospace Academy ni adalah sebuah sekolah tentera persendirian yang diasaskan oleh seorang imigran dari Cuba iaitu Evaristo Marina yang menggelarkan diri dia 'El General'.  Evaristo ni bukanlah bekas tentera pun, tapi semasa dia di Cuba dia ni adalah antara orang kanan kerajaan jugak sampailah kerajaan Cuba masa tu dijatuhkan oleh Fidel Castro dan Evaristo ni terpaksalah lari ke USA. Evaristo masuk dalam dunia ketenteraan pun sebagai leftenan kolonel untuk Patrol Udara Orang Awam, salah satu cabang Tentera Udara USA. Masa nilah dia dapat idea nak bukak sekolah ni.


Evaristo Marina, pengasas sekolah

Pada awalnya, Evaristo akan masukkan budak-budak dari keluarga Hispanic dan budak-budak bermasalah yang baru keluar dari tahanan juvana masuk ke sekolah dia ni.  Budak-budak tu diberikan cara didikan yang tegas ala-ala tentera, dan sekolah ni mula membina reputasi sebagai antara sekolah yang boleh mengubah anak-anak nakal kepada remaja berdisiplin. Lama-kelamaan sekolah ni jadi terkenal dan ramai makbapak berebut-rebut nak masukkan anak diorang dalam sekolah ni.  Yuran sekolah pun naik sampai USD6,000 setahun iaitu satu angka yang cukup tinggi waktu tu. Punyalah kaya sekolah ni dulu sampai Evaristo boleh beli sebidang tanah berukuran 1.3 ekar berhadapan dengan Sekolah Tinggi Miami masa tu.  Tanah tu je dah bernilai USD1.3 juta, ada 2 bangunan kelas, satu bangunan pentadbiran dan kolam renang bersaiz Olimpik.  Evaristo siap upah kru filem untuk buat satu iklan pasal sekolah ni dan diiklankan di pawagam masa tu di benua Amerika Selatan.  Taktik Evaristo menjadik, lepas tu ramai keluarga kaya dari benua sana hantar anak-anak diorang ke sekolah tu.

Pada tahun 1971, sekolah ni dah ada 1000 pelajar. Bilangan pelajar lelakinya 3 kali ganda dari perempuan. Kat sini budak lelaki dan perempuan diasingkan.  Sekolah ni menempatkan pelajar dari tadika sampailah Gred 12 (ni aku check macam Tingkatan 5 sekolah kita la).

Eh bersambung la jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar menanti sambungan….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2023 01:54 PM | Show all posts
Histeria di Miami Aerospace Academy Bahagian 2


Ok kita sambung balik ye.

Evaristo ni makin menjadik-jadik pulak tamaknya.  Dengan menggunakan dana sekolah tu, dia cuba nak jadi Datuk Bandar Miami tapi kalah.  Walaupun difailkan bankrap tapi Evaristo masih tetap menerajui sekolah tu.  Pada 1973, Evaristo mula memperkenalkan subjek-subjek baru untuk menarik pelajar lelaki khususnya untuk masuk ke sekolah tu. Antaranya sains ketenteraan, lawan pedang dan judo.  Yang budak perempuan langsung tak dibenarkan bergaul dengan budak lelaki, mereka diasingkan dalam bangunan lain dan diajar subjek yang lebih feminin macam ekonomi rumahtangga.

Sekolah ni pun terkenal dengan reputasi cemerlang mereka dalam sukan, sampai 3 kabinet kaca penuh dengan trofi je.  Tapi yang peliknye tu, pemain quarterbacks utama mereka tak pernah bukak helmet bila di padang sehingga menimbulkan desas desus sekolah ni upah orang dewasa main untuk mereka.  Ada juga yang mendakwa cikgu-cikgu yang mengajar kat situ takde tauliah.  Sekolah ni pun begitu kuat menentang komunism, homoseksualiti dan kepincangan moral lain.  Yang lagi pelik, Evaristo ni sebagai pengetua sekolah, dia sendiri pun menganut kepercayaan Santeria, iaitu gabungan ajaran Kristian Roman dan Kristian Katolik.

Sekolah tu turut dikenali sebagai Little Havana.  Yang orang Haiti mengamalkan voodoo, orang Bahamia dengan kepercayaan Obeah mereka. Ada seorang alumni sekolah tu menceritakan pengalaman dia, waktu kelas biologi boleh pulak cikgu dia ajak budak kelas tu main kad Tarot.  Sebab cikgu tu rindu dengan anak dia yang mati semasa Perang Vietnam.  Kalau cikgu pun dah macam tu, lagilah anak murid nya kan? hahahaha



Evaristo mencuba nasib sekali bertanding sebagai Datuk Bandar pada 1976.  Kali ni Evaristo memang betul-betul serius nak menang, urusan sekolah diserahkan kepada adik dia Jose.  Masa nilah mula muncul benda pelik-pelik kat sekolah tu. Antaranya, bangkai ayam yang lehernye diikat 3 kali dengan kain sutera merah, 'kilo prieto' atau duit syiling yang dibakar sampai jadi hitam di beberapa tempat kat sekolah tu.  Bila dirisik-risik, itu amalan pengikut Santeria.

Evarista ditinggalkan oleh isterinya.  Tinggallah Evaristo menjaga anaknya nan sorang tu.  Evaristo ni cuba jugak nak cari jodoh baru di kalangan mak-mak pelajarnya, tapi asyiklah kene reject.  Lama-lama Evaristo ni mula berubah.  Pelajar sekolah tu pun turut sama terkena tempias perubahan Evaristo ni. Evaristo ni makin tegas dengan anak muridnya, sampai pelajar-pelajar sekolah tu diam-diam cipta lagu kutuk-kutuk pengetua sekolah diorang tu. Seorang guru, McKently, dia ni dilantik sebagai cikgu disiplin.  Tapi dia memang garang betul tahap memukul pelajar dengan belantan kesayangannya.

Pelajar-pelajar mula rasa tertekan.  Diorang cuma nak bebas tapi tak boleh.  Lama-kelamaan, nak keluar dari rasa terkepung tu, diorang ni mula berjinak-jinak dengan permainan mistik. Antaranya Bloody Mary.  Bloody Mary ni cara bermainnya, kene duduk sorang-sorang dalam bilik gelap, pegang lilin dan menghadap cermin sambil menyeru Bloody Mary 3 kali.  Ada alumni yang mendakwa dia adalah antara salah seorang dari ahli kumpulan seances, atau upacara panggil roh dari alam barzakh. Pelajar-pelajar saling meneka sape penganut Santeria di kalangan diorang. Dan macam-macam lagilah.  Benda-benda mistik ni bergerak dalam senyap masa tu kat sekolah tu.  Kulit buku tahunan sekolah pun pakai gambar Bintang 12.



1979, McKently cikgu disiplin garang tu tiba-tiba tak muncul-muncul dah.  Tempat dia digantikan oleh Josef Wolf yang baru berusia 19 tahun masa tu.  Tapi Wolf ni baik, dia tak garang dan suka memukul anak murid macam McKently dulu.  Tapi tulah walaupun Wolf ni baik tapi nasib dia tak berapa baik sebab Halloween 1979 tu, Wolf terpaksa berhadapan dengan insiden terbesar sekolah tu....

Eh sambung japla penat plak menaip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2023 03:17 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-3-2023 03:18 PM

Histeria di Miami Aerospace Academy Bahagian Ketiga


Tengahari Khamis, masa tu cikgu Biologi Patricia Murphy antara saksi awal kes tu.  Pukul 12.15 tghari, Cikgu Murphy ni tengah bawak anak murid dia Gred 10 ke kelas seterusnya, apabila dia terperasan ada kekecohan di tandas perempuan.  Dia pun pegilah tengok tapi takde sape dibenarkan masuk. Tapi dah dia pun cikgu kan, die pun berkeras jugak nak masuk.  Rupa-rupanya ada budak perempuan 13 tahun menangis sorang-sorang dalam tandas tu.  Cikgu Murphy pun hantarlah budak tu ke pejabat sekolah, kemudian dia masuk ke kelas baru dengan anak-anak muridnya.  Tengah mengajar tu, dia terdengar macam ada kekecohan di ruang legar bersebelahan kelas tu.  Suara budak perempuan menangis, bunyi budak lelaki macam menyepak sesuatu.  Anak-anak murid dia yang seramai 30 orang tu, bila dengar kat luar tu dah kecoh, diorang semua pun berebut-rebut berlari ke pintu kelas tu. Kebetulan pulak masa tu loceng waktu rehat dah berbunyi.  Ruang legar tu mula dipenuhi dengan murid-murid yang nak ke kantin.  Masa tu lah Cikgu Murphy ni nampak ada sekumpulan pelajar, 4 lelaki dan 2 perempuan tengah terguling-guling atas lantai menjerit-jerit sambil dikelilingi oleh murid-murid lain yang masih waras. Dalam kekecohan tu, di sudut lain pulak tetiba ada orang menjerit.  Cikgu Murphy dah risau, dia pun bawaklah anak-anak murid dia naik ke tingkat 2 untuk berlindung.

Wolf masa tu berada di laman sekolah bersama pelajar dia jugak. Dia pun terdengar jugak kekecohan dari bangunan sekolah tu. Wolf nampak, ada seorang pelajar lelaki terjun ikut tingkap dari tingkap 2 tu dan mendarat di bumbung bas sekolah! Wolf pun terperanjat la, yang lagi memeranjatkan tu apabila pelajar lelaki tu tak cedera apa pun, boleh berdiri.  Wolf cuba nak tengok budak tu kotla cedera di mana-mana ke, tapi dia dihalau oleh budak tu. "Jangan kacau aku!", marah budak tu dengan mata merah menyalanya.  Wolf tergamam sekejap tengok budak tu dah jadi lain macam je.  Tiba-tiba budak lelaki tu terkam Wolf. Wolf ni tegap dan gagah orangnya, tapi dia mendakwa yang budak tu macam ada kekuatan 10 orang lelaki.  Bersusah-payah Wolf bergelut nak lepaskan diri dari terkaman budak tu.  Berjaya jugak, tapi budak tu terus lari dari situ.  Jeritan demi jeritan muncul macam ada sakit gila berjangkit di udara.

Berpuluh, beratus orang pelajar cuba nak lari keluar dari sekolah tu.  Bunyi jeritan berselang seli dengan bunyi kaca tingkap dipecahkan.  Wolf hanya mampu perati je sebab terlalu ramai pelajar yang histeria. Tak lama tu bomba pun datang cuba nak kawal keadaaan.

Salah seorang ahli bomba tu, Lt. Dan LeMay  nampak dengan mata kepala dia sendiri macam mana seorang budak lelaki berdarah-darah lompat keluar dari tingkap sekolah tu yang pecah. Pegawai polis Miami, Harry Cunnhill macam tak percaya bila nampak terlalu ramai orang tak kiralah cikgu ke murid ke yang mengamuk macam orang gila. Frank Rollasos, kapten bomba Miami masa tu pun nampak sendiri 2 budak lelaki dan seorang budak perempuan bercakaran macam orang gila.

Wartawan-wartawan yang berjaya menghidu kekecohan tu pun secepat kilat pun sampai ke sekolah tu.  Diorang terus mewawancara budak-budak sekolah yang semakin waras tapi jelas ketakutan di hadapan sekolah tu.  Macam-macam cerita diorang dapat pasal punca kekecohan tu.  Antaranya :

1.  Jose Navarro yang masa tu baru 13tahun tengah lepak dengan kawan-kawan dia. Tetiba diorang rasa macam tak sedap hati.  Diorang pun buat tanda palang di badan tu dan lepas tu dia tak ingat apa-apa dah tapi diorang semua pun terus histeria macam kena rasuk.
2.  Sorang pelajar ni cakap dia nampak 3 budak perempuan menjerit Bloody Mary
3.  Ada yang cakap, diorang nampak cikgu Murphy tu buat demonstrasi hipnosis tapi cikgu Murphy menafikan sekeras-kerasnya
4.  Seorang cikgu subjek Inggeris, Ilana Viciedo, terus berhenti kerja kat situ jugak.  Dia kata dia dengar budak-budak perempuan menjerit ada hantu datang dari papan Ouija.
5.  Celeste Coonan, salah seorang kakitangan sekolah tu kata, dia ada dengar desas desus kat sekolah tu ada perempuan sihir.
6.  Cikgu Wolf tu naik masuk ke kelas yang dia nampak ada budak lelaki lompat keluar tu. Wolf kata dalam kelas tu ada sepasang lelaki perempuan tengah main Ouija.  Wolf tak ingat sapa nama budak berdua tu, tapi dia tau yang diorang tu pasangan pakwe makwe dan dua-dua tu duduk di Westchester.  Memandangkan masa tu dah 3 petang, Wolf pun tawarkan diri nak hantar budak berdua tu balik ke rumah masing-masing.

Tapi kisah Wolf tak berakhir di situ.  Ada sesuatu yang begitu menakutkan terjadi pada Wolf masa tu dan dia simpan ketat-ketat dalam hati dia.  Dia hanya berani nak cerita berdekad-dekad lepas kejadian histeria tu berlaku.  Kejadian apakah? Nantikan sambungannya.....


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-3-2023 03:17 PM
Tengahari Khamis, masa tu cikgu Biologi Patricia Murphy antara saksi awal kes tu.  Pukul 12.15 tgh ...

cepat sambung TT, tak sabar nk tau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-3-2023 03:17 PM
Tengahari Khamis, masa tu cikgu Biologi Patricia Murphy antara saksi awal kes tu.  Pukul 12.15 tgh ...

Tt..tolong sambung..berdebar baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-3-2023 03:17 PM
Tengahari Khamis, masa tu cikgu Biologi Patricia Murphy antara saksi awal kes tu.  Pukul 12.15 tgh ...

Masih setia menunggu sambungan dari TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2023 03:17 PM | Show all posts
Histeria di Miami Aerospace Academy Bahagian Akhir

Wolf pun bawak balik 2 orang pelajar tadi ke rumah mereka menaiki kereta Corvette dia.  Dalam perjalanan tu dia cubalah pancing-pancing sikit dari kedua-dua pelajar tu apa sebenarnya yang terjadi tadi, tapi mereka berdua mengaku yang diorang cuma tengok je budak-budak lain main Ouija.  Akhirnya mereka sampai di rumah pelajar perempuan tu, tapi rumah tu kosong pulak. Si ibu masih belum pulang dari kerja, jadi Wolf dan pelajar lelaki tadi temankanlah pelajar perempuan tu, sebabnya budak perempuan tu kata dia masih seram sejuk lagi sebab peristiwa tadi.  Wolf dihidangkan air soda, dia pun sembang-sembang kosong dengan kedua-dua pelajar tu.  Sembang punya sembang, dah nak masuk pukul 8 malam.  Si ibu tak balik lagi.  Tup tup, eh lampu terpadam.  Tanda keputusan elektrik.

Rumah tu jadi gelap gelita tak nampak apa.  Wolf terdengar bunyi pintu dihempas kuat.  Television tiba-tiba sekejap terbukak sekejap tertutup.  Dalam kegelapan malam tu, kedua-dua pelajar tadi buat pengakuan pada Wolf.  Diorang mengaku diorang main Ouija, dan budak lelaki tu mengaku dia macam tersilap panggil roh jahat.

Wolf yang ketakutan tu berjalanlah meraba-raba dalam gelap tu cari pintu masuk. Tu pun dia bertungkus-lumus jugak nak pusing tombol pintu tu.  Macam ada yang menghalang dia nak keluar.  Dia sampai terpaksa sepak pintu tu.  Dah berjaya keluar tu Wolf terus berlari lompat masuk dalam kereta Corvette dia.  Tak tunggu apa Wolf terus pusing kunci kereta. Enjin kereta tu mengaum tapi Wolf kata kereta tu tak boleh bergerak.

Kereta tu walaupun enjinnya berbunyi, tapi tak boleh jalan walaupun dia dah tekan minyak sampai ke lantai.  Macam gear kereta tu dah rosak. Wolf rasa macam dia dah terperangkap.  Setelah beberapa minit, barulah kereta tu boleh bergerak.  Wolf pun terus tekan minyak tinggalkan tempat tu laju-laju.

Selepas peristiwa itu, Wolf dah tak pernah jumpa dah pasangan kekasih remaja tu.  Wolf terus berhenti kerja di akademi tu. Bertahun-tahun lamanya Wolf simpan cerita ni, bila ada Facebook je dia baru berani nak cerita.  Keesokan harinya,  kejadian histeria di akademi tu terus jadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan di situ.




Sejak peristiwa itu, reputasi sekolah ni jadi jatuh.  Ramai ibubapa yang menarik anak diorang keluar dari sekolah tu, walaupun anak diorang tak terlibat dalam peristiwa histeria tu. Cikgu-cikgu ramai yang berhenti.  Evaristo gagal nak tarik pelajar dan guru baru menyertai sekolah tu.  Keadaan masa tu memang agak teruklah jugak. Beberapa bulan kemudian, tak jauh dari sekolah tu, polis berhadapan dengan satu kes keganasan.  Yang peliknya, dalam kawasan kes tu, polis menemui ayam yang dikorbankan, tongkat voodoo dan mayat 2 orang pelarian Cuba.  Ada yang menuduh sekolah ni buat pemujaan untuk kembali gemilang macam dulu, dan tuduhan tu buatkan sekolah ni makin jatuh teruk reputasinya.

Dalam masa setahun, Evaristo kehilangan segala-galanya.  Dia gagal dalam undian jadi Datuk Bandar, pelajar tinggal 300 orang je, dia terpaksa menjual bangunan sekolah dia dan beroperasi di bangunan motel murah. Pada 1980, Evaristo sendiri terpaksa berpindah keluar dari bangunan kondo dia dan tinggal di rumah flat je.

Walaupun sekolah tu masih beroperasi, tapi dah tak semegah seperti dulu.  Susulan dari peristiwa histeria tu, macam-macam benda pelik berlaku di bandar Miami tu.  Tempat tu macam dah jadi lubuk rasukan.  Antara peristiwa yang pelik di Miami

1.  Pada Ogos 1981, pasukan bomba dipanggil ke satu rumah di Boynton Beach. Diorang dapat aduan ada budak 16 tahun mengamuk. Sampai-sampai je diorang nampak budak tu meronta-ronta atas lantai, budak tu mendakwa dia dirasuk oleh Satan.  4 orang abang bomba bergelut nak pegang budak tu, sementara paderi mazhab Episcopal dan Baptist berganding bahu nak halau Satan tu.   Pegawai bomba tu pun yakin budak tu bukan bawah pengaruh dadah atau alkohol sebab kekuatan budak lelaki tu lain macam sangat.

2.  Ada seorang pelajar ni, nama dia Ruiz. Ruiz ni antara pelajar yang ditarik keluar dari sekolah tu walaupun dia tak terlibat dalam kes histeria tu.  Ruiz sangat sayangkan sekolah tu, dia merayu nak masuk balik.  Tapi bila dia masuk balik, dia dapat rasakan atmosfera sekolah tu dah jadi lain macam.  Ruiz yang sebelum ni pelajar baik, mengalami depresi. Dia jadi mangsa buli, budak-budak dalam sekolah tu pun jadi jahat dan agresif.  Ruiz ni sampai sorok Bible dalam baju barulah dia rasa tenang dan dilindungi.

3.  Pada satu malam di bulan Mei 1984, seorang budak lelaki berusia 6 tahun lari dari sekolah.  Dia cuba nak lompat pagar sekolah dan tindakan dia tu menyebabkan penggera keselamatan sekolah tu berbunyi. Polis cuba tenangkan budak lelaki tu, tapi budak tu cuma menjerit 'sekolah ni ada setan! Setan tu nak bunuh saya!'.  Siasat punya siasat, barulah polis dapat tahu yang sekolah tu ada kes penderaan kanak-kanak.  Mangsanya adalah dalam sedozen, dan 5 orang pelajar didakwa atas kesalahan gangguan seksual terhadap pelajar lain.  Setahun jugaklah kes ni berjalan iaitu sampai Mei 1985.

4.  Yang lagi mengejutkan,  salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes tu rupa-rupanya adalah seorang pembunuh remaja yang terkenal, iaitu Clarence Carr.  Carr ni dah bunuh bapak dia pada Mac 1984.  Kalau ikutkan hukuman mahkamah, dia dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara juvana.  Tapi entah macam mana, Carr ni dipindahkan masuk ke akademi ni dan diberikan nama baru, iaitu Arthur Simpson.  Katanya, ada sedikit kesilapan teknikal masa nak jatuhkan hukuman tu, tapi bila dia disiasat lagi mendalam, perpindahan dia tu ditaja oleh seseorang.  Tapi kenapa penaja tu buat macam ni? Tiada siapa pun yang tahu..

5.  Dis 1985, tahun yang sama jugak, seorang pelajar disabitkan bersalah atas hukuman bunuh.  Seorang budak 15 tahun kasi kokain pada pelajar 19 tahun sehingga pelajar 19tahun tu mati terlebih dos.

Dengan kes demi kes yang berlaku dalam sekolah tu, menjadikan sekolah ni dalam pemerhatian kerajaan.  Pegawai kerajaan akan datang ke sekolah tu buat pemeriksaan mengejut, dan beberapa kali jugak sekolah tu diberikan amaran.  Akhirnya pada Ogos 1988, sekolah tu diarah tutup oleh kerajaan.  Averisto sendiri pun dah tak mampu nak jaga sekolah tu sebab dia dah diisytiharkan bankrap, tapi dia tak habis-habis nak salahkan kerajaan, salahkan musuh dia, salahkan ekonomi buruk.  Selepas sekolah tu ditutup, polis selalu dapat laporan dari pejabat-pejabat kerajaan.  Diorang jumpa patung voodoo yang berlumuran darah dan ada bulu binatang di kawasan pejabat kerajaan tu.  Laporan paling hebat polis dapat, diorang jumpa seekor singa yang ditinggalkan di sebuah tempat pembuangan sampah, singa tu telah dicuri. Tapi kenapa nak curi singa?  Khabarnya sebab singa tu nak dijadikan korban untuk satu upacara pemujaan...

Sehingga kini, Miami ni jadi sinonim dengan peristiwa-peristiwa mistik yang tak dapat dijelaskan dek akal.  Ada yang mendakwa, peristiwa histeria tulah sebenarnya punca syaitan-syaitan terlepas di bumi Miami ni. Wallahualam....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-3-2023 03:17 PM
Histeria di Miami Aerospace Academy Bahagian Akhir

Wolf pun bawak balik 2 orang pelajar tadi ke rum ...

thanks TT sambung ceta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 01:49 PM | Show all posts
hello guys selamat berpuasa. Sorry lambat reply. I busy skit dgn keje-keje hakiki.  Thank you thank you sebab masih setia dgn thread i ni.  Love u alls semua muaaahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 02:53 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 19-3-2023 02:57 PM

Satu Malam Di Musim Panas 1987 bahagian 1

Aku memang suka dengan kisah-kisah paranormal dan misteri ni.  Minat aku ni mungkin terbit dari keluarga aku sendiri.  Sebabnya ahli keluarga ni pernah mengalami satu peristiwa ni, bukan sorang dua yang jadi saksi, tapi adalah dalam 7-8 orang, dan mereka menyaksikan peristiwa ni secara serentak.  Jadi setiap kali ada pertemuan keluarga je, diorang mesti akan berkongsi cerita ni dengan orang lain.  Aku dah dengar cerita ni banyak kali dah, dari sejak aku boleh faham bahasa, dan cerita diorang ni memang konsisten, takde tokok tambah atau berubah, dan ini buat aku yakin yang diorang tak menipu pasal hal ini.

Masa peristiwa ni berlaku, aku masih belum lahir lagi.  Ia terjadi pada satu malam di musim panas tahun 1987, di tempat asal keluarga sebelah ayah aku, iaitu Wall Township, New Jersey.  Malam tu merupakan malam sambutan hari graduasi sekolah menengah ayah aku.  Yang duduk kat rumah keluarga aku tu ada 3 orang je, ayah aku, adik dia yang masih budak lagi yang bernama Makcik Jen, dan nenek aku yang masa tu dah jadi ibu tunggal.  Malam tu ayah aku dan keluarga dia keluar berjimba-jimba dengan kawan-kawan dia naik kereta, yelah dah habis sekolah kan, jadi tinggallah nenek aku dan Makcik Jen kat rumah malam tu.


Rumah nenek aku masa tu rumah kecil jenis lot sudut (corner lot) jenis rumah sebijik-sebijik di kawasan kejiranan pinggir bandar yang senyap je.  Diorang masa tu ada seekor anjing, Brandy.  Rumah anjing Brandy ni kat belakang, luar rumah sebelah kanan.  Malam tu nenek aku ni terlupa pulak nak pulangkan barang jiran dia, rumah jiran tu takdelah jauh sangat adalah dalam beberapa minit berjalan kaki, tapi nenek aku taknak bawak Makcik Jen sebab dia nak singgah sekejap je.  Jadi tinggalah makcik Jen tu sorang-sorang kat rumah tu, lepak dalam bilik dia je.

Bilik Jen ni di sebelah kiri rumah tu, masa Jen ni sorang-soranglah terjadinya peristiwa pelik yang pertama.  Jen ni terdengar bunyi daun-daun kering dipijak di luar tingkap bilik dia.  Jen dah rasa pelik sebabnya dia tau Brandy ada dalam rumah anjing dia, pastu kat situ memang takde dah orang lain selain dari ahli rumah ni,  dan dia yakin yang berjalan kat luar tu bukan haiwan lain.  Sebabnya dia perasan yang langkah kaki orang tu macam perlahan dan berhati-hati, terjengket-jengket taknak kasi orang lain dengar.  Jen dah rasa risau dia takut kat luar tu perompak, jadi dia pun diam membatu dalam bilik dia sampailah bunyi tapak kaki tu berhenti.  Akhirnya memang bunyi tu berhenti, tapi berhenti betul-betul tepi tingkap dia, tak dengar dah bunyi apa-apa lepas tu.  

Jen semakin takut nak menangis dah ni, mujurlah nenek aku dah balik.  Jen terus berlari keluar bilik peluk nenek aku sambil cerita pasal apa yang dia dengar tu. Nenek aku ni ibu tunggal, dia ni memang beranilah orangnya.  Nenek aku pun pegilah tengok kat luar bilik Jen tu, di keliling rumah, tapi takde sapa.  Nenek aku beranggapan mungkin tu cuma mainan perasaan Jen je sebab ditinggalkan sorang-sorang.  Nenek aku pun lepas tu dia pegilah ke dapur nak cuci pinggan mangkuk pulak.

Sinki dapur tu di sebelah kiri rumah tu, ada tingkap betul-betul atas sinki tu.  Musim panas ni hari siangnya memang panjang, jadi walaupun masa tu dah masuk malam, tapi keadaannya masih agak terang lagi dek sisa cahaya matahari yang masih belum tenggelam sepenuhnya.  Di celah-celah bunyi air paip mengalir tu, nenek aku boleh dengar satu bunyi yang pelik di luar tingkap tu - bunyi turun naik nafas manusia yang berat.  Korang bayangkan perokok tegar yang terkial-kial nak ambil nafas, camtulah bunyinya.  Nenek aku dah rasa risau, jadi betullah cakap Jen tu ada orang kat luar rumah ni.  Mungkinkah masa nenek aku pegi tengok tadi orang tu sempat menyorok dan sekarang ni orang tu dah ada kat luar tingkap sinki tu?  Bunyi nafas tu berterusan je macam taknak dah disorok-sorok, masa nilah Brandy, anjing nenek aku yang tengah tidur dalam rumah dia yang jaraknya hanya 30 kaki dari tingkap sinki tu tiba-tiba terjaga dan menyalak-nyalak sekuat hatinya.

Macam aku cakap tadi, nenek aku ni berani orangnya.  Dia nak jugak bawak masuk Brandy tu.  Nenek aku pesan kat Jen, lepas dia keluar dari rumah tu amek Brandy, terus je kunci pintu rumah ni.  Pastu dia suruh Jen ni tunggu kat pintu tangga belakang.  Nenek aku keluar ikut pintu depan, berlari ke belakang dan cepat-cepat bawak Brandy sekali dengan talinya berlari naik tangga belakang tu.  Jen dah siap-siap dah bukak pintu tangga belakang tu dan sejurus je nenek aku dan Brandy masuk diorang terus tutup pintu tu dan kunci cepat-cepat.  Lepas tu diorang bertiga pun menyorok dalam bilik nenek aku yang terletak di belah belakang bahagian kanan rumah tu.

Nenek aku berpelukan dengan Jen dan Brandy atas katil, Jen dah nangis-nangis dah, nenek aku dah mati kutu apa yang dia patut buat seterusnya.  Telefon ada kat ruang tamu.  Kebetulan, nenek aku terdengar ada suara sekumpulan remaja lelaki tengah bersorak di luar sana.  Nenek aku dah lega dah.  Dia cam suara budak-budak tu.  Suara ayah aku dengan kawan-kawan dia,  Jeff, Drew, Mark dan Chuck baru balik rumah naik kereta Volkswagen yang kecik tu, bergelak ketawa merapu-rapu agaknya baru balik dari parti minum bir la tu.

Tapi, suara bergelak ketawa tu tiba-tiba bertukar panik.  Dari bilik, nenek aku dengar salah seorang dari geng tu menjerit, "Wei wei amende tu wei???  Oh tuhan, tadi satu je skrang dah jadi empat!!".

Nenek aku dan makcik Jen diorang menjerit macam tu.  Diorang dengar ada yang jerit, 'eh benda tu terbang ke kiri wei!".  Sebelah kiri tu bilik makcik Jen tadi.  Pastu macam-macam jugaklah benda merapu yang budak-budak lelaki tu jeritkan. Jelas kedengaran kepanikan dalam tona suara mereka. Sampailah akhirnya, 'Wei jom blah dari sini wei blah blah !!!!'.  

Kedengaran bunyi tayar kereta bergolek,  kereta tu memecut ke hadapan meninggalkan rumah nenek aku tu.  Nenek aku perati je dari tingkap bilik.  Nak jerit panggil budak-budak tu pun tak sempat.  Punyalah panik budak-budak tu, sampai diorang lupa rumah nenek aku tu dah hujung dah, kat hujung sana tu jalan mati je yang bersempadanan dengan hutan.  Nenek aku nampak kereta budak-budak tu buat sempat buat drift pusingan U, tapi kereta tu berhenti kat hujung jalan tu je.  Menurut kata bapak aku, diorang tak berani nak patah balik masa tu.  Masa nilah nenek aku dapat satu idea,  nenek aku pun pegi ke ruang tamu, kat dinding ruang tamu tu ada suis lampu balkoni luar.  Nenek aku pun petik-petik suis lampu tu bukak tutup bukak tutup, nenek aku harap budak-budak tu nampak dan faham isyarat yang nenek aku buat tu.

Budak-budak tu pun pecut laju dan brek sekuat hati depan pintu rumah nenek aku.  Nenek aku terus bukak pintu, budak-budak tu berlari lintang pukang tinggalkan kereta nak masuk ke rumah, cukup 5 orang termasuk ayah aku, nenek aku pun terus hempas pintu, kunci pintu siap palang lain pakai sofa.  Budak-budak lelaki tu punyalah takut menggigil-gigil diorang pastu cakap merapu-rapu, masing-masing tak sabar nak cerita kat nenek aku apa yang diorang nampak.

Bersambung...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2023 03:23 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 19-3-2023 03:25 PM

Satu Malam Di Musim Panas 1987 bahagian akhir


Ok ni aku cerita balik lah apa yang ayah aku dan kawan-kawan dia nampak kat luar rumah masa tu.


Diorang nampak, atas kabel elektrik tu, ada sebiji bola cahaya, bola tu berputar begitu pantas.  Mulanya bola cahaya tu warna kuning tapi makin laju ia berputar, warnanya jadi semakin merah.  Sekali tu bola cahaya tu terpecah dua, lepas tu jadi empat.  Dah jadi empat tu tiba-tiba ketiga-tiga bola cahaya tu bercantum balik dengan sebiji bola di belah bawah kanan jadi satu balik.  Memang terngangalah masing-masing bila tengok benda tu depan mata sendiri.





Jeff tiba-tiba jerit, 'wei korang tengok apa tu?' sambil jarinya mengarah ke arah rumah.  Satu kereta nampak, ada lembaga tengah bersandar di dinding rumah.  'Tapi orang tu badan dia macam pelik', dakwa Mark.  Sebabnya, orang tu serba putih terang, dari hujung kaki ke hujung kepala.  Tapi tak pasti, samada memang orang tu badannya berkulit putih terang, ataupun dia pakai baju sut warna putih terang.  Tapi orang tu macam selamba je bersandar di tepi dinding tu peratikan diorang.  Jeff jerit kat 'orang' tu, hey ko sapa hah? Tapi Drew yang tengah memandu masa tu terus pijak minyak blah dari situ.  Lepas nampak isyarat lampu dari nenek aku tu baru diorang berani nak patah balik.


"Tu pun", kata George, "masa kitorang nak patah balik tu, kitorang nampak kat langit tu cahaya kilat memancar-mancar.  Sebab tu kitorang tak tunggu dah, terus terjah masuk rumah".  Dah selamat berada dalam rumah tu, takde sorang pun termasuk nenek aku yang berani nak keluar balik.  Budak-budak tu pun tak pasti samada orang serba putih tadi, bebola cahaya tadi masih ada di luar sana ke tak.


Malangnya, sampai tu jelah cerita diorang ni.  Maaf kalau takde klimaks.  Sebabnya, malam tu,  untuk meredakan suasana yang tegang, nenek aku benarkan ayah aku dan kawan-kawan dia berparti dalam rumah tu.  Nenek aku siap masakkan lasagna lagi, tapi syaratnya dia tak kasi sesiapa pun keluar dari rumah tu.  Lepas tu, nenek aku pun telefonlah polis.  Nenek aku buat aduan, dia terdengar macam ada orang kat luar rumah tu.  Tapi dia tak cerita kat polis pasal bebola cahaya tu, sebabnya nenek aku perasan yang ayah aku dan kawan-kawan dia ada bau bir yang agak kuat.  Nenek aku beranggapan mungkin diorang ni mabuk kot, entah-entah bebola cahaya tu pun tak wujud kot. Karang tak pasal-pasal masuk lokap pulak ayah aku ni sebab diorang masih bawah 21 tahun lagi.


2 kereta polis sampai di rumah nenek aku, budak-budak lelaki tu senyap je sambil makan, nenek aku yang berurusan dengan polis-polis tu.


Polis-polis tu dah merayau-rayau di sepanjang perimeter luar rumah nenek aku tu, termasuklah di sempadan semak belukar yang ada, tapi polis tu kata diorang tak jumpa siapa pun.  Tapi polis tu sempat pesan, kalau dengar apa-apa lagi, telefon je diorang.  Dan macam tulah malam tu berakhir....


Tak sangka pulak beberapa hari selepas tu, cerita ni viral di pekan kami.  Kisah ayah aku dan kawan-kawan dia dah jadi semacam satu legenda la kat bandar Wall Township ni.  Beberapa tahun kemudian, masa ni aku dah lahir dah tapi budak kecik lagi la, aku dan ayah aku tengah tengok tv pasal penampakan UFO di dunia.  Ada satu klip dalam rancangan tu, rakaman UFO bola cahaya yang tengah berpusing dengan lajunya.  Spontan ayah aku cakap, 'ha tulah benda yang ayah nampak malam tu'.  Malangnya kami tak sempat rakam klip tu tapi seingat aku UFO tu dirakam di luar USA.


Korang mungkin rasa cerita ni cuma khayalan sekumpulan remaja yang tengah mabuk, tapi bagi aku cerita ni aku yakin memang kisah benar dan sebab tulah aku berminat sangat dengan kisah misteri yang tak terjangkau dek akal ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 19-3-2023 01:49 PM
hello guys selamat berpuasa. Sorry lambat reply. I busy skit dgn keje-keje hakiki.  Thank you thank  ...

wow..cerita baru lagi, masehhh beribu2 kasih TT.. banyak pahala TT buat org happy..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 19-3-2023 01:49 PM
hello guys selamat berpuasa. Sorry lambat reply. I busy skit dgn keje-keje hakiki.  Thank you thank  ...

Love u too..kita bagi bunga
Selamat berpuasa juga untuk miss n follower thread nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bunga_durian9 at 20-3-2023 01:14 PM

Tq TT.. cerita best2 tak pernah mengecewakan.. selamat menyambut Bulan Ramadan & selamat berpuasa

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2023 12:56 PM | Show all posts
hai semua maaf lambat sangat update thread ni hehhee.  lately I tgh busy dgn tuntutan kerjaya

Tq tq suma yang masih terus memberi sokongan pada thread i yg tak seberapa ni tocey tocey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2023 02:15 PM | Show all posts
Misteri Pergunungan Appalachia Part 1

Terlebih dahulu aku nak jelaskan di sini, cerita yang aku nak kongsi ni memang 100% kisah benar ye.  Kalau korang nak percaya ke atau rasa ada penjelasan yang logik di sebalik cerita-cerita ni terpulanglah.  Cerita-cerita yang aku dapat ni pun merupakan pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan aku.  Sedikit latar belakang, aku membesar di belah timur Kentucky untuk beberapa tahun dari sejak aku berusia 1 tahun lagi.  Kedua-dua keluarga ibu dan ayah aku ni memang asalnya dari pedalaman Appalachia, tapi seiring dengan perubahan zaman, diorang berpindah ke sebuah bandar kecil di lembah Appalachian ni yang dikelilingi dengan gunung-ganang dan cenuram-cenuram yang dalam.  

Keturunan ibubapa aku ni kiranya peneroka jugaklah, dulu depa cerita di tempat tu ada banyak tapak perkuburan Cherokee Indians yang berbatu nisan, dalam satu tapak tu ada 30 ke 40 kubur yang ditanda dengan batu-batu besar dan kecil.  Kalau tak biasa memang korang tak perasan punye dan korang ingatkan tu cuma batu-batu biasa punye.  Pada 1800an, pegawai 'aid de camp' George Washington iaitu Colonel Grayson dianugerahkan 70,000 ekar tanah di kawasan ni dan kawasan tu termasuklah bandar kecil tempat kami tinggal sekarang.  



Cerita #1  

Tahun 1970an ke 80an camtula, mak aku dan kakak dia iaitu makcik akulah dengan sepupu-sepupu yang masih kecil tengah memandu kereta di sebatang jalan yang kosong, ada kereta diorang je luar sikit jadi pekan tu.  Masa ni diorang tengah naik bukit, atas bukit tu ada rumah ladang terbiar.  Mak aku brek mengejut sebab diorang suma ada kapal berbentuk piring tengah terapung di atas rumah tu.

Terkejut punya pasal, mak aku pun pecut turun bukit balik ke pekan deme, tapi dari cermin pandang belakang, mak dan makcik aku cakap, kapal piring tu pun ikut jugak terbang mengejar kereta diorang.  Mak aku pun memang tekan minyak je sekuat hati dengan satu kereta riuh-rendah, ada yang menangis suruh cepat-cepat.  Diorang dikejar adalah dalam sebatu jugak, tapi bila mak aku lepas je masuk sempadan pekan tu, kapal piring tu tiba-tiba menghilang.

Mak aku sampai sekarang ingat lagi peristiwa tu. Beratus-ratus kalilah jugak dia dok ulang-ulang cerita kat orang lain.  Mak aku siap lukis lagi rekabentuk kapal tu camne, warna kelabu metalik, ada lampu merah di bahagian bawah dan disekeliling kapal tu ada beberapa biji lampu hijau.  Penduduk pekan yang tahu pasal cerita mak aku ni pun ada yang mengaku, diorang penah nampak cahaya pelik dari langit kat kawasan sekitar pekan tu.

Cerita #2

Masa ni mak aku masih budak lagi, dalam lingkungan sekolah rendah 10-11 tahun camtulah.  Satu malam tu dia duduk dalam rumah dengan makayah dan adik-beradik dia apabila tiba-tiba datang seorang lelaki terjah masuk ke dalam rumah mereka.  Lelaki tu merupakan kenalan keluarga mak aku, masa dia masuk tu dia menggeletar satu badan dek ketakutan yang teramat sangat.

Dia ni duduk jauh dalam hutan tu dan jarak rumah dia dari rumah mak aku ni berbatu-batu lah jugak jauhnya.  Sebelum ni dia memang pernah cerita kat atuk nenek aku yang dia selalu kene kacau dalam rumah dia tu.  Bukan setakat dalam rumah, di sekeliling rumah tu pun dia kena jugak.

Malam tu, dia ceritalah sepanjang malam tu dia kene kacau.  Periuk belanga berterbangan jatuh sendiri, tak cukup dengan tu ada plak tangan ghaib baling gelas kaca dan beberapa perabut kecil ke arah dia, padahal gelas tu elok terletak dalam kabinet dapu tapi dia nampak sendiri pintu kabinet tu terbukak sendiri dan gelas tu melayang ke arah dia.  Kat luar rumah pulak bunyi ketukan dan tumbukan di dinding.  Tak taulah kenapa malam tu setannye dok mengamuk sakan.

Lelaki tu cuba berdoa atas nama Jesus konon nak halau setan tu sekali tu, makin kuat dia baca doa, makin kuat jugak setan tu mengamuk.  Sampaikan dia rasa betul-betul tak selamat sebab setan tu makin agresif dah macam nak bunuh dia pulak.  Takut punya pasal dia pun keluar dari rumah tu berlari dalam hutan sampailah dia jumpa rumah mak aku.  Malam tu lelaki tu tumpang tidur rumah mak aku.

Esoknya lelaki tu pun berjalan balik ke rumah dia.  Jalan kaki pun amek masa 7-8 jam so korang bayangkan sendiri ye betapa jauhnya dia berlari malam tadi. Perjalanan tu kene lalu jalan kampung pastu ada masuk dalam hutan.  Dalam perjalanan tu dia citerlah, masa dia lalu jalan kampung tu, dia boleh dengar ada bunyi tapak kaki ikut dia dari belah hutan (jalan tu sebelah hutan) tapi bila dia toleh takde.  Benda ni berlanjutan untuk beberapa jam sampailah dia tiba di rumah dia.

Cerita #3

Pada 1990an kat pekan ni ada satu rumah batu warna putih yang dibina di atas puncak bukit.  Rumah ni didiami sepasang suami ister yang berusia lingkungan 40an ke 50an camtu la. Si isteri tu bekerja sekali dengan mak aku di sebuah stesyen minyak.  Ada satu hari tu masa tengah bekerja si isteri ni dapat panggilan dari suami dia. Suami dia cakap dia nak turun ke tingkat bawah tanah jap sebab gas dalam rumah tu buat hal, tangki gas tu letaknya kat bilik bawah tanah tu la.  Isteri dia pun cakap, okey hati-hati ye bang.

Entah macam mana, rupanya ada kebocoran gas kat bawah tanah tu dan rumah tu meletup macam kena bom atom.  Sebab rumah tu atas bukit, jadi letupan tu memang boleh dilihat berbatu jauhnya, termasuk si isteri dan mak aku yang tengah bekerja masa tu.  Asap meliputi kawasan pekan tu, batu-batu berterbangan.  Si isteri tu pun cepat-cepat balik tapi dah terlambat sebab rumah tu dah 100% hancur termasuklah mayat suaminya.  Dengar cerita cebisan daging si suami tu ada yang sampai terkena rumah jiran.

Si isteri pun pindah tempat lain.  Tapak rumah tu pun dah didirikan dengan rumah milik orang lain, tapi sekarang rumah tu jadi terkenal sebab berhantu. Katanya hantu suami malang tu la.  Dan rumah tu pun pernah dilawati oleh satu krew penggambaran pemburu hantu yang agak terkenal jugakla, sebabnya penghuni rumah tu selalu mengadu dapat gangguan, barang-barang dalam rumah tu jatuh sendiri, periuk belanga berlaga dan termasuklah penampakan roh suami malang tu...

OK selesai citer dari mak aku. Satgi aku sambung pengalaman ayah aku pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 29-3-2023 02:15 PM
Misteri Pergunungan Appalachia Part 1

Terlebih dahulu aku nak jelaskan di sini, cerita yang aku nak ...

Akhirnya ada cita baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2023 02:25 PM | Show all posts
Misteri Pergunungan Appalachia Part 2


Seperti yang dijanjikan aku nak sambung pulak cerita tapi kali ni cerita dari keluarga sebelah ayah aku pulak.


Keluarga ayah aku ni boleh dikatakan antara peneroka tempat ni jugak, bermula dari seorang askar Irish kudung sebelah tangan datang ke sini pada 1800an dulu, dia bina sebuah rumah kabin 2 tingkat yang didiami oleh beberapa generasi keturunan kami sehinggalah sekarang ni, rumah tu masih teguh lagi.


Rumah ni dah banyak menyaksikan sejarah keluarga kami, dari kelahiran kepada kematian.  Tahun 2010, pakcik aku sorang meninggal dunia di beranda rumah ni, dan sejak tu rumah ni jadi kosong.  Cuma sekali sekala nenek saudara aku iaitu adik perempuan nenek aku akan duduk di sini semasa musim bunga dan musim panas.


Nama pun rumah lama kan, jadi memang rumah ni agak sesuatu sikit. Setakat bunyi tapak kaki, suara tanpa badan, penampakan lembaga tu kirenye dh perkara biasa la untuk penghuni rumah ni.  Adik beradik dan ayah aku mendakwa yang rumah kami ni dihantui oleh roh moyang kami askar Irish takde tangan tu.  Bila pakcik meninggal, roh dia pulak yang bergentayangan dalam rumah ni.


Tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal hantu dalam rumah ni.


Sekitar lewat 1990an nak masuk ke awal tahun 2000an, masa ni mendiang pakcik aku tu masih hidup lagi.  Pakcik aku ni suka menghabiskan masa dalam hutan siang dan malam memburu rakun dengan anjing-anjing buruan dia.  Menurut makcik aku yang terdengar pakcik aku cerita kat atuk nenek masa tu, ada satu malam tu pakcik aku memburu apabila dia dan anjing-anjing dia dikejar sesuatu.  Anjing buruan ni agresif jenis tak takut ape, tapi malam tu entah kenapa anjing-anjing dia jadi takut sangat apabila anjing-anjing tu perasan ada makhluk tu muncul.  Bila pakcik aku nampak anjing dia lari dulu, dia pun ikutlah lari.  Walaupun dia tak nampak apa dan tak tau apa yang mengejar mereka, tapi dia dapat dengar derapan 2 kaki berlari pijak tanah dengan kuat sekali.  Bam bam bam bunyinya.


Benda tu kejar pakcik aku dan anjing-anjing dia, masuk je ke sempadan rumah kami ni benda tu pun dah tak kejar dia dah.  Apa benda yang kejar dia tu, dia pun tak tau tapi dia yakin sangat bukan manusia.  Bunyi tapak kaki tu terlalu berat untuk seorang manusia biasa

#2
Pakcik aku yang ni adalah abang sulung ayah aku.  Kita namakan dia Pakcik Alvin jelah.  Pakcik Alvin ni lepas kahwin dia pindah ke sebuah bandar besar berdekatan, lepas tu dia tak duduk sini dah, tapi sekali sekala ada jugaklah balik kampung lawat kami.  Kirenye Pakcik Alvin ni dah jadi orang bandar la, hidup dia pun agak mewah berbanding kami orang kampung ni.  Sehinggalah pada 2016, pakcik Alvin disahkan menghidap kanser paru-paru yang dah tahap serius.  Pakcik Alvin dijangkakan cuma ada beberapa bulan ke setahun je lagi nak hidup, jadi keluarga pakcik Alvin ni bercadang nak habiskan hari-hari terakhir beliau di kampung je.

Pakcik Alvin pun berusahalah nak cari rumah nak balik kampung ni, dan akhirnya dia jumpa jugak satu rumah tinggal ni.  Rumah ni letaknya atas lereng bukit yang agak curam dan cuma ada jalan berbatu je nak masuk ke kawasan rumah tu.  Rumah tu dikelilingi dengan hutan yang padat, belakang rumah tu dipagari dengan pagar yang cuma disusun dengan batu.  Belakang pagar tulah hutan yang sangat padat sampai nampak gelap je semua.

Rumah tu sendiri aku cuma rumah jenis kabin kayu yang panjang tu,  berbumbung zink, siap ada tub air panas di tepi beranda rumah tu tapi tub tu nampak sangat dah lama tak dihidupkan.  Di hadapan rumah tu ada taman bersaiz sederhana yang dibuat oleh pemilik lama, dalam taman tu ada kubur kecil.  Kubur seorang bayi yang meninggal semasa lahir dalam tahun 1970 ke 1980an camtulah.  Bayangkanlah laman rumah ada kubur, korang tak rasa pelik ke.  

Tu baru luar rumah, dalam rumah tu lagi pelik.  Semasa kami mula masuk rumah tu, aku dah rasa lain macam, sebabnya susun atur barang dalam rumah tu seolah-olah seluruh isi rumah tu keluar macam tu je tak sempat nak kemas apa pun.  Pinggan mangkuk masih ada atas meja makan, set television yang ditinggalkan begitu saja.  Rangka katil pun ada cuma tilam je dah takde.  Ada baju-baju budak perempuan dan tv mini Mini Mouse yang dicampak je dalam almari baju dalam bilik belakang.

Pastu kitorang pegi belakang rumah pulak.  Kat belakang rumah tu ada kesan unggun api yang sangat besar, seolah-olah macam ada orang bakar perabot dan barang-barang peribadi lain kat situ.  Boleh nampak garisan bulatan berwarna hitam mengelilingi sisa-sisa sampah yang dibakar tu.

Senang cerita, bila tengok keadaan rumah tu memang bisa membuatkan bulu roma korang menegak sendiri.  Vibe tempat tu pun bagi aku sangatlah tak kena.  Ayah aku pulak dah janji dengan abang dia tu yang dia akan pasang dulu TV satelit di ruang tamu.  Ruang tamu ni kirenye akan jadi tempat tidur sementara untuk pakcik Alvin dan keluarga dia sementara bahagian lain rumah tu nak dibaikpulih.

Pakcik Alvin dah cukup gembira dah dapat jugak rumah nak duduk berteduh, tapi kegembiraan tu cuma sementara sahaja.  Tidur di ruang tamu yang tak berdinding, keluarga pakcik Alvin ni boleh dengar macam ada orang berjalan atas lantai padahal diorang semua dah tidur.  Pintu terbukak tertutup sendiri, pastu boleh nampak ada bayang-bayang di sebalik pintu tu. Lama-kelamaan dari bayang-bayang, pakcik aku boleh nampak budak kecil dan seorang lelaki dewasa pakai baju overall dan topi straw, kedua-dua hantu tu dah berani menampakkan dirinya di hadapan pakcik aku yang memang tengah lemah tu.

Isteri pakcik Alvin sangkakan pakcik Alvin ni dah tak betul, dah ternampak benda bukan-bukan sampailah isteri dia nampak ada seorang budak lelaki pakai overall berlari di laman belakang rumah, isteri dia pun keluarlah sekali tu tengok takde sapa pun, diorang je kt situ.

Anak perempuan pakcik Alvin pulak pegi cerita kt mak dia, anak dia masih budak lagi.  Dia cakap dia tengah bermain dengan seorang budak lelaki sebaya dia jugak dalam bilik dia, mak dia pun dah heranlah budak mana tempat ni mana ada rumah lain.  Masuk-masuk je dalam bilik budak tu dah ghaib.

Pakcik aku lah paling teruk kena gangguan.  Bila rumah tu dah siap, pakcik aku cuma berbaring je kat bilik belakang.  Ada sekali tu kami sekeluarga nak pegi lawat dia, entah camne bilik belakang tu terkunci sendiri dari dalam.  Macam mana boleh terkunci tu sedangkan pakcik aku ni terlantar je.  Pakcik aku siap pesan kat kami dah jangan datang lawat dia lagi, dia taknak kitorang ni pulak kena kacau dengan hantu-hantu tu.  

Sebab tak tahan sangat dengan gangguan demi gangguan dalam rumah tu, satu keluarga pakcik Alvin akhirnya mengalah dan diorang pun lari malam.  Malangnya, pada 2017 pakcik Alvin akhirnya meninggal dunia jugak tapi aku tak dapat bayangkan macam mana terseksanya mendiang pakcik aku ni terpaksa bertahan dengan keadaan dia tengah tenat macam tu.  

Selepas kematian pakcik Alvin, paderi keluarga kami dan seorang mubaligh ni berganding bahu buat upacara membersihkan rumah tu, setiap ceruk dinding dan sudut rumah tu disiram dengan air suci atas nama Jesus Christ. Sejak tu, rumah tu ditinggalkan camtu je jadi aku tak berani komen adakah rumah tu masih dihantui lagi...

#3

Masa nenek aku masih hidup (nenek aku meninggal tahun2018) dan masih tinggal di rumah pusaka kami tu, ayah aku adalah beberapa kali dalam seminggu tidur kat situ temankan nenek aku.

Nenek aku waktu siang dia okey, bila masuk malam dia ni kekadang terdengar atau ternampak benda yang bukan-bukan sampaikan ayah aku terpaksa tidur sana supaya nenek aku rasa selamat.

Satu malam ni, adik perempuan nenek aku ni saja datang sana melawat kakak dia. Ayah aku kebetulan masa tu pun ada jugak.  Sembang punya sembang dah masuk lewat malam, jadi ayah aku pun cadang tidur jelah kat situ.  Malam tu seisi rumah dikejutkan dengan bunyi Thump! yang sangat kuat.  Macam ada orang tendang tong sampah yang besi tu, tong sampah tu kat belakang rumah. Ayah aku selaku sorang lelaki dialah yang kena pegi tengok apa benda yang buat kecoh kat luar tu.

Ayah aku bawak senapang atuk aku dan selaras lampu suluh.  Ayah aku pun suluh sana sini sekali tu naaahhh..... dia tersuluh pada satu makhluk tinggi putih, mata merah.  Makhluk tu pandang je ayah aku sambil perlahan-lahan ia berjalan masuk ke dalam hutan sampailah ia akhirnya hilang dari pandangan ayah aku.

Ayah aku punyalah terkejut dia mampu tengok je, badan dia kaku habis.  Bila benda tu hilang je baru dia berani nak berlari masuk rumah.  Nenek aku dan adik dia perasan yang muka ayah aku ni memang pucat lesi macam nampak hantu.  Nak kena tepuk beberapa kali baru ayah aku ni macam sedar diri, dia pun cerita apa dia nampak dan dia mintak nenek aku telefon mak aku.  Mak aku bila tau pasal cerita ni, dia suruh abang tiri aku pegi tengok-tengokkan ayah aku.  Lama-kelamaan orang pun tau cerita ayah aku ni. Muncullah seorang lelaki ni, dia cakap hari tu dia lalu tempat tu, dia dapat rasakan ada sesuatu ikut jalan sekali dengan dia tapi dia tak nampak apa pun.

Bila ayah aku riki-riki lagi, barulah dia tau rupanya ada legenda pasal syaitan yang menghantui bukit di belakang rumah nenek aku tu, tapi lama-lama benda tu mula 'pindah' pulak pegi ke hutan belakang rumah kitorang ni.

Lepas ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pulak.  Nantikan sambungannya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.584041 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list