CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 2-5-2012 11:03 AM | Show all posts
smlm gi book fair.... xsampi 2jam ako dah kluar... sesak sgt lagi pulak perut dah bunyi2...
ako beli:
1)velvet di durham
2)senyum sampai langit
3)damai
4)melur bunga ivy
5)dapur wawa

tp semua masih b'bungkus lagi...
nnti after final exam (this coming june) baru boleh baca semua~~
huhu~~xsbr nye nk baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 11:07 AM | Show all posts
dah selamat melabur duit kat booth semalam.

semalam kak Nisyah @ Detox ada kat booth. tp buku faveret lupa nak bawak! padahal dah set dlm kepala.. ada ke tak kak Nisyah nak jugak bawak Bawah Pohon Sena. Kawan aku beli BSP, dan dengan muka tak malu dan eksaitednya ckp "akak! saya suka sangat cite ni blablabla *eksaited tak tentu hala hahahah*". Dengan baik hatinya kak Nisyah kasik jugak souviner notepad kt aku dan autographed kat situ timekasih kak Nisyah! semoga diberikan ilham yang best2 lg untuk menulis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 09:31 PM | Show all posts
nah! untuk awak - nirrosette
3 bintang

secara keseluruhan, novel kedua nir ni tidak masuk sgt dgn jiwa den berbanding dengan novel pertama dia. walaupun abes membaca dalam masa sehari tetapi feel tak sampai ke jiwa den. abeskan cepat2 pun sebab nak baca novel lain. den rasa ada yang kurang dengan novel kedua nir ni. tapi masih enjoy membacanya. lagi satu masalahnya, banyak sgt ayat english. den kurang suka sangat bacaan melayu yang mempunyai banyak sangat ayat english.

kisah pasal najiha yang bersedih bila pakwe dia bertunang dengan kawan baik dia. untuk ubat kelukaan najiha, ayah dia belanja bercuti ke korea selatan. di trip tu najiha jumpa dengan anak sahabat ayahnya iaitu eid. mereka berdua ni macam anjing dan kucing, asik berlawan mulut jer...

lepas balik dari korea, najiha mula hidup baru. dia menerima tawaran menjadi guru sementara di maktab. di situ dia berjumpa dengan fahri, anak murid yang nakal. kiranya kehidupan najiha terisi sikit.

najiha mula berubah ke arah kebaikkan selepas kematian ayahnya. rupanya selama ini najiha tidak mengamalkan ajaran islam sebenarnya. umi eid melamar najiha untuk eid. najiha terkeliru antara eid dan fahri. selepas membuat solat isthikarah, pilihan najiha adalah eid. tapi masa hari pernikahan/perkahwenan dia, najiha terdengar perbualan yang tidak disangka antara eid dan rakan eid. terjadilah pergaduhan antara mereka berdua. eid cuba memberi penjelasan tapi najiha tak nak dengar. beberapa bulan juga mereka tak berbaik sampailah najiha terjumpa surat yang menerangkan hal sebenar.  berbaiklah semula mereka berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 05:36 PM | Show all posts
nah! untuk awak - nirrosette
3 bintang

secara keseluruhan, novel kedua nir ni tidak masuk sgt dg ...
mijot Post at 2-5-2012 21:31


tdk dpt otograf dia kt pesta buku tuu arrr...pastu dia ksk bookmark free yg chomel sgt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 06:49 PM | Show all posts
dah abes baca buku :

velvel di durham - aishah madadiy
2.8 bintang

secara keselurahan ni, novel ni sgt berat bagi diri ku sebab heroin, fid dia ni pelajar falsafah jadi banyak gak perbincangan falsafah dengan pensyarah dan rakannya...dan banyak gak ayat englis panjang2...memang tak mampu aku nak hadam...

satu lagi kelemahan novel ni, penceritaan dia diceritakan sebanyak 2 kali..selepas ayat english, mesti akan ada ulasan versi bahasa melayu...benda ni ada dari bab awal. jadi kita akan cepat bosan sebab diulang perkara yang sama sebanyak 2 kali. mungkin boleh buat mcm karya aina emir, menggunakan dialog bahasa melayu tapi, penulis tulis watak bercakap dlm bahasa arab/perancis (contohnya)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 09:18 AM | Show all posts
Reply  ako_chan


hehe..kite pun tersenyum je bile bace part nie..rase sweet je diorang duer nie ...
sHiGeM Post at 5-3-2012 22:27



Baru dapatkn buku ni masa kat pesta buku...mmg sweet sgt citer nih... macm ko gak gelak sorang2 sengih sorg...sampai mak & adik pun tegur...nak baca baca ajelah...kisah laki bini nak hidup bersama tp si isteri liat nak bg kasih kat suami hanya pangkal nama jek sama abjad A...boleh lak gitu...kalu dah suami kita caring maring..hensem lg...apa nak kisah benda lain...ye tak?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2012 10:29 PM | Show all posts
Reply 1245# mijot

saya pun dah habis baca VD, ya setuju dgn pengulangan ayat, lebih kepada translation... dialog pun penulis terjemahkan semula ke bahasa???...mcm pelek je, rasa tak perlu kot, menambahkan ketebalan novel saja.

TETAPI saya sangat suka VD, terasa belajar sesuatu yg baru iaitu falsafah... kisah fid dan alif tu bg saya sangat manis. bahasa yg digunakan aisyah sebagai penulis baru agak baik. cuma pengakhiran tu macam terlalu cepat dan saya sangat suka pengakhiran watak aiden.


saya rasa sekarang suka baca novel yg agak serius macam ni, byk novel yg beli masa PBKL tu rasa tak semangat nak baca dan cukup sekali sekadar nak menghabiskan bacaan.

utk VD saya bagi 4 bintang tolak 1 bintang pengulangan ayat, yg lain semua saya suka
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 12:05 PM | Show all posts
penulis Velvet di Durham, Aisyah dah jelaskan kenapa berlaku pengulangan, tak boleh nak copy paste artikel dari blog beliau...

pertama, manuskrip asal beliau tulis mmg berbahasa inggeris. dan yg kedua mengambil kira pembaca yang mmpunyai pelbagai latar belakang pelajaran. bg yg memahami english akan terasa bosan dgn pengulangan.

http://amadadiy.blogspot.com/2012/05/vd-repetitiveness.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2012 08:01 PM | Show all posts
Reply 1247# lowgil

aku rasa aku kena baca untuk kali kedua bila minda aku dah tenang...
rassanya sebab terbawa-bawa mood tak best sebab geram banyak novel yg aku baca tak masuk dgn jiwa tu yang kena dekat VD...
bila dah tenang rasanya baru boleh baca dgn hati yang terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 08:53 PM | Show all posts
akhirnya dah habis baca Nah, Untuk Awak - Nirrosette.
Rasanya Nirrosette ni masuk list penulis yang boleh masuk jiwa wpon ceritanya biasa saja. Biasa tapi mampu buat baca sampai habis (orang attention span kurang berfungsi mcm aku neh...kalo dpt habiskan baca tu kira ok la. ).

Secara keseluruhannya aku suka penceritaan N,UA. Walaupun aku rasa watak Eid tu mcm tak berapa berkembang. Mungkin nak lebih fokus pada watak Najiha kot? Macam rasa wujud tak wujud je watak Eid tu. Terbayang Eid ni mcm Sein. sebab describe maknya Eid keturunan arab2 yemen gitu kan... terus kuar muka Sein. bahahaha~

Selamat membaca bagi yang belum membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 11:45 PM | Show all posts
dah abes baca :
senyum sampai langit - syasyaja

memang sesuai tajuknya dengan jalan ceritanya...
membuatkan aku asik senyum lebar sampai ke telinga sepanjang pembacaan...

aufa, dia ni kelakar sgt...
dia nak berubah mnjadi lebih baik tapi dengan melalui perkahwenan..
kata aufa, banyak kawan dia yang berkahwin di luar negara balik dengan keadaan lebih baik sebelum ke luar negara...dibantainya cari jodoh melalui internet siap buat blind date lagi....
aufa ni ada prinsip tersendiri yg dia tak percaya budaya kapel2, bagi aufa bercita selepas nikah adalah yg terbaik....

aqil, dia disuruh ibunya kenal dgn anak kawan baik ibunya...
jumpalah dgn aufa dan setuju untuk kawen dgn aufa...

cerita semakin menarik selepas diorg kawen...
bagaimana diorg berkenalan dan hidup bersama sebagai suami isteri...
comel jer diorg ni, mcm kanak2 rebena ker...

keseluruhan novel ni tak mempunyai konflik yang terlalu ketara sgt...
gaduh2 biasa sebab cemburu tu jer rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 12:23 AM | Show all posts
Reply 1251# mijot

kiter pung suker gaks buku nie...mmg time baca duk tersenyum sesorang jea
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 01:34 PM | Show all posts
dah abes baca :
senyum sampai langit - syasyaja

memang sesuai tajuknya dengan jalan ceritanya... ...
mijot Post at 12-5-2012 23:45



   dah beli time BF ritu..tp xsmpat bc lg ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 06:18 PM | Show all posts

** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

Bawah Pohon Sena...Nisyah...
Bahasa yg digunakan sungguh indah...
Terasa mcm diri sendiri ada kt Norway tu...
I Love this novel...

Novel Nah, Untuk Awak!...Nirrosette...
Sy suka jugak novel ni...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:45 AM | Show all posts
Selesai baca Si Mangkuk Tingkat. SUKA.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 03:44 PM | Show all posts
jom sekali lg serbu pwtc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 05:25 PM | Show all posts
jom sekali lg serbu pwtc
lowgil Post at 23-5-2012 15:44


haaaaaaaaaaaaa....jom smbg menyopping kt sini pulok....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 12:14 PM | Show all posts
Novel Umum Jun 2012: Secantik Balqis ~ Nur Sufi
by Jemari Seni on Monday, 28 May 2012 at 10:42



Pada penantian letaknya nilai kesetiaan…
Pada pengorbanan letaknya nilai kejujuran…
Pada cinta letaknya nilai kasih sayang…
Pada rindu letaknya apabila kita berjauhan….

Sejak kecil Balqis tidak tahu apa erti bahagia yang sebenar. Dia tidak tahu mengapa dia dimusuhi, tapi Balqis tidak pernah memusuhi. Tuhan telah tumpahkan dalam hatinya, kasih sayang yang sangat luas.

Setiap kali musibah melanda, ada sahaja insan yang datang menghulurkan bantuan seikhlas hati. Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang teraniaya. Dugaan yang datang dilalui dengan penuh sabar dan menguatkan imannya kepada Sang Pencipta.

Sikap polos Balqis inilah yang membuahkan cinta di hati Sulaiman sejak dulu.
Umpama mawar putih, sesuci dan seharum itulah cinta Sulaiman.
Umpama Sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir, begitulah setianya kasih Balqis.
Apakah akan utuh cinta mereka, seutuh cinta Ratu Balqis kepada Raja Sulaimannya?

****

NUR SUFI bercerita tentang wanita yang sering diduga namun tetap sabar kerana cintanya kepada Yang Maha Pemberi Cinta. Telusurilah kisah Balqis, agar kita juga mampu menjadi hamba yang cantik pada pandangan Tuhan, Secantik Balqis.

ISBN: 978-967-5118-92-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Jun 2012
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 12:16 PM | Show all posts
Novel Umum Jun 2012: Buka Mata Hati ~ Miqael Arshad
by Jemari Seni on Monday, 28 May 2012 at 10:46



Ryan atau nama sebenarnya Nuriyana binti Solehuddin, anak kepada penternak lembu yang berjaya. Sangat suka dengan bola sepak dek pengaruh daripada abang-abangnya. Namun dia terpaksa memendamkan minatnya terhadap sukan bola gara-gara ingin berlagak ayu di hadapan jejaka idaman.

Di kolej, Ryan menyukai Shukor, pemain bola sepak kolej yang tidak pernah mengendahkan kewujudan Ryan yang kasar dan lasak itu. Shukor lebih memandang kepada perempuan ayu yang lemah lembut dan sopan santun. Azram pula teman sekelas Ryan yang sentiasa mencari fasal dengannya. Namun tanpa Ryan sedar, ada mata yang sentiasa memandang. Ada hati yang sentiasa merindu.

Siapalah yang dapat menerima Ryan itu seadanya? Mampukah Ryan meninggalkan hobi lasaknya demi cintanya kepada seorang lelaki? Dan, dapatkah Ryan membuka mata hatinya untuk menerima si dia yang sabar menunggunya?
Ryan pun ada hati dan perasaan juga. Walaupun lasak dia tetap perempuan. Hati dan perasaannya tetap untuk kaum Adam.

***
MIQAEL ARSYAD menelusuri realiti dunia remaja dengan garapan lucu dan berani. Beliau membawakan kisah yang boleh membuatkan kita bukan sahaja tersenyum malah tergelak kala membacanya.

ISBN: 978-967-5118-70-8
Harga: RM18.00 (Sem. Malaysia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Jun 2012
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 12:18 PM | Show all posts
kalau ikutkan sinop kedua2 novel JS rasa macam best...
karya seindah balqis rasa mcm pernah tgk kt mana, ke kt bod WR...
nanti nak pi selidik dulu mana tahu daripada penulis lain tapi watak sama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074906 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list