pada pendapat aku, anak dia dah hilang, dan kena bunuh dan mati azab. mak dia dah pun dapat hukuman dari kecuaian dia dengan kematian dirang. tak perlu nak dihukum lagi, itu pun dah cukup pengajaran bagi dia.
tapi aku bosan betul orang salahkan takdir. manusia mencorakkan sendiri takdir hidupnya. cuba kalau mak dia MEMILIH untuk tidak suruh dirang pegi kedai sendiri, adakah dirang akan diculik? takdir lain pula akan terjadi kalau mak dirang tak suruh pegi kedai. sebab itu kita bertanggungjawab terhadap keputusan yang kita buat. jangan salahkan takdir atas perkara buruk yang menimpa atau nak melepaskan tali di tengkuk.
Bedah x leh trima alasan benda dah jadi. Ye mmg sudah ditentukan oleh allah, tp mesti allah dah sediakan jalan2 utk kita. Cuma kita je yg perlu pilih jaalan mana yg kita naak. Jika jahat kt ppilih jahat la jadinnya jika baik kt pilih baiklah jdnyya.
Org2 kt ni sekarang selagi x kene x serik, dah terhantuk br nak tengadah. Bukan bedah nak ckp bedah perfect. Tp kita sbg manusia boleh mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Hendak serribu daya xnak seribu dalih. Yg buruk itu semua godaan syaitan utk merosakan manusia.
keturunan pendatang 1-2 generasi nih memang selalu wat kes-kes pelik. diorang la yang buat malaysia tak selamat. anak diorg la yang merempit! anak diorang la yang sampah dalam masyarakat kita.
Btol..anak buah bedah tgh gileer naik motor kaki Xsmpi terjengket2 pastu bawak adik dia 3thn dlm bakul g kedai
Mak dia biarkan aja. Mak bedah berbuih mulut marah kan. Ei die wat x peduli ajaa. Senang beranak agaknya
Kalau maati sorg leh beranak sorg lg. Kalau dah terjadi seesuatu bbbedah Tunjukkan Good aja!
Kejam !! Hanya kerana hendakkan wang tunai RM30k ,budak kecik yang tak berdosa dibunuh dan dibakar hangus,Penculik perempuan dari kelantan bersekongkol..
Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.
Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.
"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.
Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.
Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.
Motif culik nak duit tebusan kesahnyer...semoga penjenayah spt binatang ni Akan mendapat balasan setimpal...
maafkanlah kata2 ibu arwah dirang disaat emosinya tidak stabil, dia sendiri mungkin tak sedar apa yang dituturkannya. kita semua ambil pengajaran sekali.
ya ampun..penculik tu bodoh ke nak mintak duit tebusan smpi 10k,30k..mak budak ni bukan kaya pon.. lain la keje gomen bole buat loan dgn koperasi 3 hari lulus...siannyer arwah kene bakar..aku hrp penculik tu mati kene sula..kejam betol..ape salah budak kecik tu..dah la ko bakar smpi rentung
Kejam !! Hanya kerana hendakkan wang tunai RM30k ,budak kecik yang tak berdosa dibunuh dan dibakar h ...
mysweetisha Post at 13-3-2012 22:35
polis masih siasat ugutan tu ada kena mengena dengan suspek atau pun cuma ugutan yang mengambil kesempatan dengan kes ni...walaupun prank...polis amik serius hal ni...aku dengar tadi polis suruh tangkap penghantar sms tersebut...rasanya penghantar sms tu dari kelantan...
sms tue takde kena mengena pun dgn kes ni.mungkin ada yg sakit jiwa hantar sms mcm tue dgn niat ambik kesempatan tapi ianya mmg betul2 bangang!!!.
pasal kes adik ni kena bunuh dan bakar,kita harap polis akan berjaya jejak penjenayah dan motif pembunuhan itu.setakat ni kita belum boleh agak siapa dan apa motifnya.
mmg gilalaaa.baru je hari tue polis sibuk pasal negara kita selamat.aku rasa skrg lebih tak selamat.penjenayah ada dimana2 skrg.jagolaaa anak kito.
kdg2 kat pusat beli belah selalu aku nampak budak2 berlari2 sambil mak bapak sibuk pilih baju buat d ...
NIXAR Post at 13-3-2012 17:25
aku aritu pi MPH cari buku tetiba ade budak pompuan lebih kurang umur 5-6 thn kot gitu pegang tgn aku dan bermanjaan ala2 meletakkan kepala kat tgn aku la kan aku igt anak aku..sbb ank aku kat luar kedai ngn suami aku kan..rupanya anak org lain ayah dia jln depan aku..siap ayah dia bebel2 marah anak dia lg..''ha tu laaa kan dh salah org..lain kali jgn blabla..''membebel tak sudah ayah dia ngalahkan mak nenek sabar jelah..gamaknya budak tu igt aku ni mak dia kot.