seek1u This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukan
Arsenal tewas gara-gara Reyes
LONDON - Gol sendiri yang disumbangkan oleh pemain baru kelab Arsenal, Jose Antonio Reyes menyaksikan Middlesbrough layak ke perlawanan akhir Piala Liga England apabila menang 2-1 dalam pusingan kedua separuh akhir, semalam.
Kemenangan di Riverside itu memberikan makna besar kepada Boro selepas begitu lama tidak memperoleh sebarang kejuaraan sebelum ini.
Dengan kelebihan agregat 3-1, Boro pastinya cukup yakin untuk menjulang kemenangan apabila bermain menentang Bolton Wanderers di babak akhir di Stadium Millennium, Cardiff, 29 Februari ini.
Arsenal yang merupakan pendahulu Liga Perdana England menyenaraikan pemain yang mantap untuk mengimpikan kemenangan, bagaimanapun dikejutkan dengan arahan keluar padang pemain pertahanan, Martin Keown, kerana bersikap kasar ke atas pemain lawan.
Dalam aksi berkenaan pemain Belanda, Boudewijn Zenden memberikan satu gol untuk Boro pada minit ke-69 sebelum pemain Brazil, Edu menyamakan kedudukan buat Arsenal.
Malang buat Arsenal selepas tandukan Reyes menyaksikan bola melantun masuk ke gawang, yang mana nyata menggembirakan Middlesbrough - satu tiket yang dinantikan untuk aksi di Cardiff.
Middlesbrough, yang sebelum ini dihantui dengan rekod kekalahan pada perlawanan akhir Piala Liga di tahun 1997 dan 1998, telah menunggu selama 128 tahun untuk membawa pulang piala ini.
``Kami sudah begitu hampir sebelum ini, tetapi tidak mencapai hasrat itu. Kali ini, peluang itu dibuka lagi,'' kata pengurus Steve McClaren kepada televisyen Sky Sports.
``Di harap ini akan menjadi hari yang paling bertuah untuk penyokong dan pemain mempunyai tugas untuk diselesaikan. Buat masa ini semangat pemain begitu menyerlah,'' katanya.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengetepikan Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Robert Pires dan Freddie Ljungberg, walaupun ketua pasukan Patrick Vieira kembali di posisi tengah.
Namun perlawanan itu menyaksikan penguasaan Middlesbrough seawal babak pertama berlangsung dan ketika aksi itu, penyerang Itali, Massimo Maccarone menyepak bola yang kemudiannya diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal, Graham Stack.
Keadaan menjadi serba tidak kena buat pasukan Arsenal selepas Keown menjatuhkan pemain Itali itu dan terus dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-54.
Namun begitu, Wenger berkata, dia berbangga dengan persembahan pemain.
``Mereka telah menunjukkan permainan yang baik, cuma nasib tidak menyebelahi kami. Mereka (Middlesbrough) berjaya mengatasi suasana keperitan ini dan memang mereka bermain dengan baik sekali,'' kata Wenger. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by montoya at 20-01-2004 11:31:
Sukan
Arsenal tewas gara-gara Reyes
LONDON - Gol sendiri yang disumbangkan oleh pemain baru kelab Arsenal, Jose Antonio Reyes menyaksikan Middlesbrough layak ke perlawanan akhir Piala Liga Engl ...
jgn bubuh cite lawak nih..
buat aku nak gelak jekk..
cayalah zendennn |
|
|
|
|
|
|
|
Arsenal tak target carling cup ni.. low class... |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
between edu ngan the wolrd cup winner, gilberto, aku rasa edu is a lot more better player...tp apasal tak dapat first 11? gilberto tu harap reputation sj as a wold cup medalist, tp tak bagus mana pun....
n nampaknya reyes tu pun mcm nak buat hal yg sama...reputasi pemain mahal..tp score gol! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Don Henley at 2004-2-6 09:44 PM:
depa ni susah bebeno nak terima kenyataan...itu yg byk kona tu...
itulah don...sebahgian ragam dlm bola talk ni...
hantam sajalah labuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti Menang Hari Ni... Go Gunners Go.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|