CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

ilmu makrifat

 Close [Copy link]
Post time 14-4-2013 10:36 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-4-2013 10:23 PM
Yg ni dialog sembang kedai kupi ka?

Tuan Dzul....

mengkalu ikut 'Tafsir Jalallain...Bintang Syi'ra ni...memanglah sentiasa dilihat lihat oleh Arab jahiliah ...sebab Arab jahililah  sembah bintang ni....hehhehhee....ada jugak yg bangga bangga begini ye Tuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 11:18 PM | Show all posts
Abangcute posted on 13-4-2013 09:42 PM
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu t ...

Post on  13-4-2013 09:42 PM|View author' posts
orangbesi posted on 13-4-2013 12:33 AM
hehehehe.... yehaaa..... Allah jua yang Mentadbir Alam sesudah ditinggalkan perbuatannya di dunia. ...
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.     (Al-Hujuraat 49:12)
woi mamat, aku bukan berprasangka
yg hang dok kata ...yeehaaaa...tu napa
awat hang ingat KETETAPAN TUHAN ni cam cerita cowboy ka????
memang sah , gila isim hang nii
               
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.         
(Al-An'aam 6:116)

elok sangat BACAKAN ayat ni
sapa le yg nak ikut hang, dah lah lintang pukang ayat hang,perasan je yg lebih
ngaku title dajjal pulak tu......kan bodoh bangang namanya tuuu

Ketahuilah, saya antara yang pernah melihat apa yang dimaksudkan dengan keterangan ini :
              
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;         
(An-Najm 53:49)
Ketahuilah, saya antara yang pernah melihat apa yang dimaksudkan dengan keterangan ini :
Last edited by Abangcute on 13-4-2013 09:53 PM


apa dia mamat???...hang tengok
ti bintang syikra kaaa,   celah ketiak dajjal tuuuu
   maklumlah hang kan pemegang title wali 1st dajjal
tentu dok bawah ketiak dia kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 11:27 PM | Show all posts
Abangcute posted on 14-4-2013 10:03 PM
Apakah itu bintang syikra? Ada yang menyatakan bintang yang akan memusnahkan manusia-manusia yang in ...

gila balik dia mai dahhh
dok perasan lagi leeeee

tak dapat diajar lagi dehhhh
kena latu je jawabnyeeee



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 11:28 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-4-2013 10:36 PM
Tuan Dzul....

mengkalu ikut 'Tafsir Jalallain...Bintang Syi'ra ni...memanglah sentiasa dilihat  ...

Mmg 'Sirius' x tahu le tu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 11:50 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-4-2013 10:23 PM
Yg ni dialog sembang kedai kupi ka?

Berma'rifatullah itu tiadalah kepentingan termasuklah :
- Mencari syurga kerana itu sekadar makhluk ciptaanNya
- Mencari jawapan kerana itu sekadar makhluk ciptaanNya
- Mencari sebab kerana itu sekadar makhluk ciptaanNya
- Mencari pahala kerana itu sekadar makhluk ciptaanNya
- Mencari hakikat kerana itu sekadar makhluk ciptaanNya
- Mencari jalan sedang itu sekadar perbuatanNya
- Mencari syariat sedangkan itu sekadar izinNya

Kamu menghantar post yang paling BURUK dalam sejarah dan tidaklah saya KISAHKAN kerana diri kamu tidak memahami apa yang saya sampaikan. Sesungguhnya Allah mencari manusia-manusia yang :
1) Mencari ilmu keranaNya
2) Mencari amal keranaNya
3) Mencari ikhlas keranNya

Sesungguhnya dinegeri akhirat kelak, terdapat 2 syurga kepada yang memahami apa yang saya sampaikan TERDAHALU dan TERKINI dan TERKEMUDIAN. Syurga yang dicari oleh orang-orang yang berkeinginan kepada syurga atau syurga yang tidak dicari melainkan melakukan apa yang didengar daripadaNya dengan penuh ketaatan.

Tidakkah manusia berfikir sebelum menyatakan sesuatu yang dirinya tidak ketahui sambil memperolok-olokkan perkara yang TIDAK DIADA-ADAKAN? Tidakkah rugi amalan tatkala Allah memperolok-olokkan mereka-mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran dari apa yang disampaikan oleh saya?



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:05 AM | Show all posts
orangbesi posted on 14-4-2013 11:27 PM
gila balik dia mai dahhh
dok perasan lagi leeeee

Alhamdullillah. Terima kasih kerana memberikan pahala kepada saya secara percuma dan digantikan dosa-dosa yang terdapat pada saya kepada kamu (menjelaskan hakikat yang akan terjadi di akhirat kelak).

Sememangnya orang yang menerangkan kebenaran di atas kebenaran akan dikatakan gila BILA menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kehidupannya dan Al-Quran itu sendiri. Sudahkan kamu lupa? Sedangkan Rasullullah SAW pernah didakwa gila oleh kaum-kaumnya kerana membawa keterangan yang datang dari Allah, maka tiadalah saya kisah jika kamu menyatakan gila terhadap apa yang saya sampaikan pada ketika ini kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Luas PengetahuanNya terhadap apa yang saya nyatakan samaada BENAR ataupun TIDAK sudah saya JELASKAN berdasarkan pengalaman dan kenyataan Al-Quran itu sendiri WALAUPUN ada beberapa perkara yang TIDAK SAYA NYATAKAN semata-mata untuk tidak MENYOMBONG DIRI terhadap apa yang diberi olehNya kepada saya dengan apa yang saya nyatakan perihal BINTANG SYIKRA.

Kamu sepatutnya mengajar saya jika kamu mampu mengajar ilmuNya sedangkan apa yang kamu ajarkan sudah saya pelajari KESEMUANYA sebelum saya KENAL ALLAH  pada maksud yang tersurat dan tersirat. Tidakkah kamu memikirkan sesuatu yang lebih menguntungkan diri kamu diakhirat kelak kerana DIA?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 12:26 AM | Show all posts
Ramai yang tidak bertanya kepada saya : Bagaimana kamu tahu itu bintang syikra?
Jawapan : Sebenarnya, sebelum saya kenal Al-Quran, saya diberitahu perihal bintang syikra oleh suatu suara. Maka terjawab atau tidak soalan yang SEPATUTNYA ditanya oleh orang-orang yang berakal

Ramai yang tidak bertanya kepada saya : Apakah yang membezakan bisikan dan suara?
Jawapan : Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tanyakan kerana tiada layaknya saya menceritakan selaku hamba Allah dimuka bumi ini. Walaupun boleh dinyatakan akan tetapi lebih baik tidak dinyatakan di sini walaupun sudah diberikan keterangan yang datang dariNya (Al-Quran)

Ramai yang tidak bertanya kepada saya : Siapakah guru saya?
Jawapan : Saya tidak mampu menjelaskan jika SESUATU yang BUKAN SESUATU yang tidak dapat disamakan dengan sifat makhuk dinyatakan di muka bumi ini walaupun berjumpa dengan makhluk untuk dipelajari akan sesuatu. Saya hanya boleh perumpamakan sesuatu yang dipelajari itu KOSONG yang tidak bersifat makhluk pada akal dan hati. Sesuai jika dikatakan GILA oleh manusia yang tidak KENAL ALLAH jika apa yang saya maksudkan bertepatan dengan Al-Quran dan diterangkan secara terperinci akan maksud yang diterangkan berdasarkan pengalaman yang dialami.

Ramai yang menceritakan kepada saya : Kenapa kamu tidak menjadikan diri kamu kaya?
Jawapan : Apa guna kekayaan jika kekayaan itu jugalah yang akan memiskinkan diri sendiri ketika di akhirat kelak?

Sedangkan kejadian air, tiadalah manusia itu mengambil ikhtibar untuk mempelajari akan yang tersurat dan tersirat pada diri manusia itu sendiri? Amatlah menyedihkan jika tidak diberikan petunjuk mengenainya.

Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:28 AM | Show all posts
Abangcute posted on 14-4-2013 11:50 PM
Berma'rifatullah itu tiadalah kepentingan termasuklah :
- Mencari syurga kerana itu sekadar makhl ...

Bintang boleh dilihat di mana²: Di Kokdiang, di Jerlun, di Gunung Jerai...di mana²
Nk sembang² muleh, tp bawa le bahan rujukan spy x dikatakan sembang kosong
a.k.a. kedai kupi.net...

p/s: Bintang yg plg terang mesti le bole dilihat sesiapa pn, dok gitu sedara?
(Kecuali mendung/berjerebu gtu)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 12:57 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-4-2013 12:28 AM
Bintang boleh dilihat di mana²: Di Kokdiang, di Jerlun, di Gunung Jerai...di mana²
Nk s ...

Disebabkan kamu bertanya soalan perihal bintang. Sebentar tadi kegelapan menyelubungi bumi. Apa kata kamu keluar dan lihatlah langit. Cukup atau tidak bintang yang kamu maksudkan untuk saya tunjukkan yang mana satu bintang yang dimaksudkanNya?

Pilihlah mana-mana bintang jika kamu mengetahui mengenai bintang syikra (itupun jika berakal)

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:04 AM | Show all posts
Bintang syikra itu warnanya putih dan amat cerah cahayanya berbanding antara semua bintang pada waktu malam. Munculnya disebelah barat tatkala masuknya waktu dhuha (pada waktu pagi). Masa dalam lingkungan 8.15-8.45 pagi bergantung kepada bermulanya solat dhuha.

Jadi, jika ada jawapan yang lain dari itu... maka itu bukanlah bintang syikra. Itu bintang-bintang di langit kerana bintang syikra tidak dapat dilihat dengan mata akan tetapi mata hati. Adakah berbentuk bintang? Jawapan : Yups

Apa dalilnya itu bintang syikra?
1) Pada tahun 2011, saya tak kenal Al-Quran dan tafsir. Dimaklumkan melalui SUARA bintang pada waktu siang itu bintang syikra. Sudah terjawab belum soalan yang diajukan?
2) Saya memahami perkataan syikra itu SESUDAH diberitahu oleh suara (islah) untuk "kembali kepada Al-Quran dan Sunnah" sedangkan sebelum itu diri saya sebelum diislah sebenarnya tiadalah ambil peduli apa yang dimaksudkan pada keterangan yang diboldkan.
3) Jika dinamakan bintang, tidak mungkin diri saya TIDAK TAHU bintang itu HANYA DAPAT DILIHAT HANYA pada waktu malam dan SEMUA MANUSIA tahu semua bintang dizahirkan dengan izinNya hanya ada pada waktu malam. Maka kenyataan inilah yang MENGUATKAN dalil sememangnya siang dan malam jika ditunjukkan bitang syikra sekalipun, ITU HAK ALLAH. Tiada HAK mana-mana manusia menyatakan sesuatu yang DIRINYA TIDAK DIBERITAHU mengenainya sambil MEMPEROLOK-OLOKKAN sesuatu yang TIDAK DIKETAHUI oleh dirinya sambil MENINGGIKAN DIRI didepan Tuhannya. -> Kenapa agaknya saya menggunakan perkataan didepan Tuhannya?

Perumpamaan bintang syikra itu yang diberitahu kepada saya adalah seperti berikut :
"Allah Maha Melihat Kamu Siang dan Malam".  Apa yang terjadi SELEPAS saya melihat bintang SYIKRA? Ada sesiapa yang nak tahu?
Last edited by Abangcute on 15-4-2013 02:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:23 AM | Show all posts
Saya mengenali Allah pada susunan nombor ini 43 pada cermin side mirror kiri kereta akan tetapi terbalik pada tulisannya waktu subuh berjemaah penghujung tahun 2011 selepas raya puasa. Dimaksudkan nombor itu pada kalimah bismillah (bertulisan arab) bila akal menyatakan mengenainya tanpa mengetahui kenapa dinyatakan. Jika ditanya amalan yang saya lakukan, ini jawapan saya : saya pun tidak tahu kenapa saya beramal pada tahun berkenaan melainkan akal dan hati berkeinginan melakukan sesuatu yang tidak pernah difikirkan.

Dalam post kali ini, jika ditanya apakah maksud ihsan (ma'rifatullah), ini jawapan saya :

Jika seseorang menyembah Allah seperti melihatNya : tiada satu perkataan yang ada di dunia makhluk yang boleh menyatakan akan perbuatan yang dimaksudkan ini kerana diri manusia itu bersifat makhluk. Boleh diperumpamakan sebagai tiada perasaan yang tidak dapat disamakan dengan makhluk, tiada bunyi yang tidak dapat disamakan dengan makhluk, tiada rasa yang boleh dikaitkan dengan makhluk, tiada cita-cita yang boleh disamakan dengan mana-mana makhluk.

Jika seseorang menyembah Allah sekadar cukup tahu Allah Melihat akan dirinya : setiap perkara yang dilakukan PASTI akan mengingati akan diriNya samaada sedar atau pun tidak sedar, kehidupannya penuh dengan perkataan ini ISTIQOMAH. Setiap perkara yang berlaku dinyatakan hikmah yang diserahkan kepadaNya selaku Tuhan sekalian Alam yang mentadbir alam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:40 AM | Show all posts
Abangcute posted on 15-4-2013 12:57 AM
Disebabkan kamu bertanya soalan perihal bintang. Sebentar tadi kegelapan menyelubungi bumi. Apa ka ...

Apa beza bintang Syikra dgn Sirius?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:48 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-4-2013 01:40 AM
Apa beza bintang Syikra dgn Sirius?

Jika berkaitan mengenal Allah, terangkan aje. Mengapa kamu bertanya sedangkan itu keterangan kamu dan bukan keterangan saya? Adakah saya membicarakan sesuatu yang kamu maksudkan?

Sirius-> adakah yang saya nyatakan syikra tu sirus? Saya agak sangsi kamu sebenarnya bertanya soalan yang TAK PERNAH saya nyatakan? Adakah kamu bermasaalah pada hati tatkala bertanya sesuatu yang tidaklah pula saya nyatakan walaupun satu huruf mengenai Sirius?

Adakah sirius itu SERIOUS kepada kamu? Apa kata kamu carilah sendiri jawapan kemudian kamu nyatakan kerana soalan kamu tidaklah saya NYATAKAN dalam bentuk kefahaman.

Pelik betul kamu ni. Macam perangai seorang mamat yang saya BARU aje jumpa. Bertanya dan bertanya dan akhirnya dirinya baru tahu, walaupun menjadi orang yang TERKANAN mempelajari ilmu ma'rifatullah, tanpa disedari dirinya mengaku dirinya Tuhan.
Last edited by Abangcute on 15-4-2013 01:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:53 AM | Show all posts
Abangcute posted on 15-4-2013 01:48 AM
Jika berkaitan mengenal Allah, terangkan aje. Mengapa kamu bertanya sedangkan itu keterangan kamu  ...

Itu kn persoalan yg ramai tidak bertanya kpd saudara - bkn keterangan
Jawapannya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 02:01 AM | Show all posts
Abangcute posted on 15-4-2013 01:48 AM
Jika berkaitan mengenal Allah, terangkan aje. Mengapa kamu bertanya sedangkan itu keterangan kamu  ...
Sirius-> adakah yang saya nyatakan syikra tu sirus? Saya agak sangsi kamu sebenarnya bertanya soalan yang TAK PERNAH saya nyatakan? Adakah kamu bermasaalah pada hati tatkala bertanya sesuatu yang tidaklah pula saya nyatakan walaupun satu huruf mengenai Sirius?

Adakah sirius itu SERIOUS kepada kamu? Apa kata kamu carilah sendiri jawapan kemudian kamu nyatakan kerana soalan kamu tidaklah saya NYATAKAN dalam bentuk kefahaman.

Pelik betul kamu ni. Macam perangai seorang mamat yang saya BARU aje jumpa. Bertanya dan bertanya dan akhirnya dirinya baru tahu, walaupun menjadi orang yang TERKANAN mempelajari ilmu ma'rifatullah, tanpa disedari dirinya mengaku dirinya Tuhan.
Syikra pn bintang, Sirius pn bintang.
Adakah sama keduanya atau berbeza?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 02:19 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 15-4-2013 01:53 AM
Itu kn persoalan yg ramai tidak bertanya kpd saudara - bkn keterangan
Jawapannya?

Confidentnya kamu bertanya sedangkan TIDAK SEPATUT kamu bertanya kepada saya soalan yang tidak sepatutnya ditanya.

Boleh saya tanya kamu, nak kenal Allah di alam makhluk macam mana? Atau nak kenal Allah pada maksud Al-Quran dan kejadian? -> TT merujuk kepada maksud kenal Allah sahaja.

Apa perkaitan sirius dengan Al-Quran? Boleh kamu nyatakan? Saya belum pernah lagi LIHAT di dalam Al-Quran sirius itu apa? Takkanlah saya mahu mengada-adakan cerita sirius itu planet dalam cerita kartun tonytoon?

Sirius tu benda apa? Bintang ciptaan kamu ke? Boleh kamu terangkan ayat di dalam Al-Quran yang ke berapa untuk saya tahu soalan kamu ni perihal apa? Jika kamu mahu jawapan beza bintang syikra dan sirius : ini jawapan saya =

Syikra = ada diterangkan di dalam Al-Quran
Sirius = tak nampak pula ada di dalam Al-Quran (dekat kamu ada ke?)

Persamaan hanya pada perkataan bintang.

Dah terjawab belum soalan kamu? Atau ada soalan yang berkaitan TT? Sila ajukan kerana kamu kerap bertanya dengan akal dan bukannya dengan hati. Insya'allah saya akan BERUSAHA menjawab soalan kamu.
Last edited by Abangcute on 15-4-2013 02:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 02:55 AM | Show all posts
Abangcute posted on 15-4-2013 02:19 AM
Confidentnya kamu bertanya sedangkan TIDAK SEPATUT kamu bertanya kepada saya soalan yang tidak sep ...
Confidentnya kamu bertanya sedangkan TIDAK SEPATUT kamu bertanya kepada saya soalan yang tidak sepatutnya ditanya.
Mengapa dikatakan TIDAK SEPATUTnya ditanya?

Boleh saya tanya kamu, nak kenal Allah di alam makhluk macam mana? Atau nak kenal Allah pada maksud Al-Quran dan kejadian? -> TT merujuk kepada maksud kenal Allah sahaja.
Saya x kenal Allah spt saudara kenal, tp saya kenal ciptaanNya (tp x semua le)...
'TT' tu apa?

Apa perkaitan sirius dengan Al-Quran? Boleh kamu nyatakan? Saya belum pernah lagi LIHAT di dalam Al-Quran sirius itu apa? Takkanlah saya mahu mengada-adakan cerita sirius itu planet dalam cerita kartun tonytoon?
Saudara dh belek ke terjemahan English nya?
Siapa yg cerita "sirius itu planet dalam cerita kartun tonytoon?"

Sirius tu benda apa? Bintang ciptaan kamu ke? Boleh kamu terangkan ayat di dalam Al-Quran yang ke berapa untuk saya tahu soalan kamu ni perihal apa? Jika kamu mahu jawapan beza bintang syikra dan sirius : ini jawapan saya =

Syikra = ada diterangkan di dalam Al-Quran
Sirius = tak nampak pula ada di dalam Al-Quran (dekat kamu ada ke?)

Persamaan hanya pada perkataan bintang.

Dah terjawab belum soalan kamu?
Bg saya sama, bagaimana saudara nk rujuk bintang 'syikra' pd pandangan masyarakat lain di dunia ni wlpn pd bhgn lain di muka bumi?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:38 AM | Show all posts
Syikra la Sirius la Syakila laaa....

Ada la sorang mamat ni dok pi kata sapa yang tak tahu bintang Syakila boleh anggap penghuni Neraka Jahanam!

Makrifat sangatlah diri tu!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:52 AM | Show all posts
Sila sambung di sini:
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 0153&extra=page%3D1
@hantukiller
@orangbesi
@Dzulqarnain

Forumer lain yang nak beri pandangan dan pencerahan dialu-alukan:
@burungantu
@PitMie
Last edited by mnm77 on 15-4-2013 09:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:53 AM | Show all posts
@Dzulqarnain
@Abangcute
@orangbesi

besar harapan saya rasanya anda semua dapat berdiskusi sebanyak banyaknya di dalam thread khas itu.Kat situ buatlah apa apa asalkjan tidak menyalahi syara' dan undang undang forum dan board dan negara.

Ini sebab logiknya nak elakkan gaduh yg melampau dan ganggu perjalanan thread ya.

Kerjasama anda diharapkan.

Terima kasih.

ni link dia - dikhaskan ....http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=720153&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.380347 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list