CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 4-4-2023 02:31 PM | Show all posts
tq tt untuk semua cerita yg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih banyak2 TT untuk semua cerita. Memang BEST. Harap TT boleh update lagi ya. Selamat Berpuasa untuk TT dan famili..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2023 03:18 PM | Show all posts
Misteri Pergunungan Appalachia Bahagian Akhir



Hello gais seperti yang dijanjikan kali ni aku nak kongsi pulak pengalaman sebenar aku di Pergunungan Appalachia ni.  Tapi aku masukkan jugak beberapa cerita dari pakcik sulung aku yg kini berusia 86 tahun dan makcik aku yang dah 80 tahun.  Diorang ni dari keluarga sebelah mak aku.  Dan ada jugakla beberapa cerita dari abang aku. Entri kali ni paling panjang jadi harap bersabar ye

#1  

Pada suatu hari, aku dan ayah aku pergi melawat tanah perkuburan ahli keluarga kami yang letaknya jauh dalam kawasan pergunungan ni.  Tapak perkuburan tu dah berusia 80 ke 90 tahun semasa aku datang ni.  Memang tapak kubur lama lah, letaknya di atas puncak bukit kecil dengan jalan masuk yang sangat curam.  Nak datang sini memang cuma boleh sampai kalau naik kenderaan pacuan 4 roda atau motosikal off-road tu je.  Walaupun tapak ni jauh ke dalam, tapi di kaki bukit tu ada sebijik rumah yang sebesar 2 bijik trailer, tapi rumah tu dah setahun dua kosong dan masa aku datang ni aku nampak ada papantanda 'Untuk Dijual' di hadapan rumah ni.  

Dalam tapak tu ada satu kawasan khas untuk kubur ahli keluarga aku, ianya berpagar dan di tengah-tengah tapak tu ada 2 batang pokok pine. Kedua-dua atuk nenek aku disemadikan di situ, termasuklah pakcik aku yang meninggal sakit kanser yang aku cerita sebelum ni, cuma pakcik aku tu mayatnya dibakar pastu abu mayatnya ditanam di makam keluarga kami.  Kat situ jugak ada 3 orang pakcik makcik aku dan moyang aku dikebumikan.  Aku dan ayah aku melawat kubur atuk aku, kami lepak kat situ dalam setengah jam.  Kami dah biasa datang situ jadi lawatan kami hari tu sama je macam hari-hari biasa, takde yang pelik pun.

Lepas tu kami pun keluarlah dari situ, tapi kali ni kami saja je jalan-jalan ke satu kawasan kubur lama, kubur-kubur kat sini ada yang tercatit tahun 1700 sehingga 1800an, belakang tapak perkuburan ni ada beberapa kubur orang Asli Amerika dari suku Cherokee yang cuma ditanda dengan susunan batu-batu.  Cuma kali ni aku jumpe sesuatu yang pelik pada sebuah kubur yang dah rata, tapi batu nesannya tercatit tahun 1800an.

Aku jumpa, tapak kaki manusia yang besarnya 2 kali ganda dari kaki aku. Aku tergamam teruk tapak kaki tu sebab memang besar betul, ibu jari kakinya sangat besar dan bulat, tapak kakinya pun sama, tak melengkung macam tapak kaki manusia biasa tapi rata je.  Aku tertanya jugak ni manusia mana ni besar sungguh tapi kenapa jalan tak pakai kasut?  Dari pengamatan aku tapak kaki ni dari malam tadi ni



Aku pun pergi jenguk kawasan sekeliling tu, nak tau 'orang' tu menghala ke mana, tapi aku tak jumpa tapak kaki lain kecuali yang tu je.

Balik tu aku ceritalah kt mak aku, mak aku macam percaya dengan cerita aku tu.  Biasalah dah nama pun keluarga kan, satu hari tu ada sorang makcik aku ni balik kampung dan dia dapat tahu pasal cerita aku jumpa tapak kaki tu.  Makcik aku ni isteri kepada pakcik aku, pakcik aku ni salah seorang abang ayah aku, dia ceritalah beberapa tahun sebelum tu suami dia pergi lawat kubur atuk nenek kami, laki dia pegi sorang-sorang je, tapi dia boleh rasa yang dia tidak bersendirian di tapak perkuburan tu. Macam ada orang memerhatikan dia.  Sejak tu dia tak berani dah datang situ sorang diri lagi.  Makcik aku pun pesan jugak, jangan pegi situ sorang-sorang.

#2

Semasa nenek aku meninggal dunia masa hujung musim luruh nak masuk musim sejuk tahun 2018 yang lalu, pakcik dan makcik aku terus masuk ke rumah nenek aku.  Diorang ni dari Tennessee, tapi diorang tumpang sekejap je sementara nak cari rumah lain di kampung tu.  Rumah nenek aku ni ahli keluarga lain sepakat nak jual je.

Ramai orang yang pernah bermalam kat rumah nenek aku tu masa mendiang masih hidup tu cerita yang rumah tu dihantui oleh roh atuk aku, atuk aku ni meninggal dunia beberapa tahun sebelum tu di hospital akibat kanser.  Malam-malam dengar suara atuk aku, bunyi ketul-ketuk, bunyi tapak kaki.  Ayah aku pun pernah kena macam yang aku cerita sebelum ni.

Sebelum nenek aku meninggal ni, satu-satunya adik beradik lelaki ayah aku yang masih hidup pegilah melawat nenek aku ni.  Dia cakaplah, dia ternampak mendiang atuk ni berdiri sebelah nenek aku tu sambil memeluk bahu dia sambil berkata kepada pakcik aku ni, 'nak, tak lama lagi ayah akan bertemu semula dengan mak kamu'.  Sekelip mata ayah dia pun hilang.  Masa ni pakcik aku rasa macam dia tengah bermimpi. Tapi memang betul pun tak lama lepas tu nenek aku pun meninggal.

Ok berbalik kepada cerita makcik aku dan suaminya tadi. Makcik aku dan suaminya berjaya jugak jumpa rumah lain, jadi diorang pun kemas-kemaslah perabot dan kelengkapan dalam rumah tu nak dibawak ke rumah baru.  Saudara-mara yang masih ada di kampung pun tolong diorang ni mengemas rumah, termasuklah aku dan ayah.  Nak dijadikan cerita, malam tu rumah tu keputusan elektrik.  Sebabnya makcik aku dah nak pindah dah jadi dia dah potong elektrik tu tapi tak sangkalah pulak TNB nak potong elektrik tu di waktu malam pertengahan musim sejuk

Sebab malam tu gelap kan, untuk sementara waktu tu kami gantung pelita elektrik je dulu dan pasang lampu kereta di sekeliling rumah nak kasi terang.  Sekali tu, secara serentak, semua sumber cahaya kat rumah tu terpadam tiba-tiba, termasuk lampu kereta kami.  Aku pulak dah ada dalam rumah, memang gelap gelita la.  Semasa semua orang tengah kecoh nak hidupkan balik lampu, masa nilah aku terasa macam ada seseorang tengah mengekori aku.  Dalam kecoh-kecoh tu aku dengar suara perempuan menyapa aku, lembut je tapi macam dekat sangat dengan aku, jadi aku sorang je boleh dengar. 'Haaiii.....'.  Ayah aku pun sama, tapi suara yang sapa dia tu suara lelaki.

Tapi kami buat tak tau je, kami pun cepat-cepatlah keluarkan dan kemas apa yang patut, bila rumah tu dah kosong, kami satu keluarga pun berhimpun di depan rumah siap sedia dah nak masuk rumah baru.  Masa nilah kami semua, memang tak silap dengar, ada bunyi tapak kaki orang dalam rumah yang kosong tu. Rumah tu lantainya papan, memang kuatlah bunyinya.

Tak lama pastu, pemilik rumah baru tu pun pindah masuk, tapi sebelum pindah tu diorang ada buat upacara sikit.  Setakat ni takdelah pulak tuan rumah tu cerita apa-apa kejadian pelik pada kami.

#3

Lepas makcik aku tu pindah rumah baru, satu malam tu aku dan ayah aku saje je pegi sana nak lawat rumah baru dia.   Kami balik dah agak lewat jugaklah, itupun sebab hujan makin lebat.  Hujan malam tu lebat sangat sampai jalan pun berlecak dan cuaca di kawasan pergunungan tu jadi berkabus.

Dalam sebatu kami keluar dari rumah makcik aku tu, ada satu selekoh tajam.  Ayah aku nyaris nak terlanggar seorang perempuan rambut hitam pendek yang tiba-tiba je melintas jalan.  Kiri jalan tu adalah hutan tebal, perempuan tu keluar dari situlah.  Ayah aku terbrek terus, nasib baik kami tak terpelanting.

Perempuan tu pakai baju hujan dan seluar hitam, pakai kasut tenis yang kotor.  Perempuan tu basah kuyup, tapi dari pengamatan aku dia ni macam seharian tak balik rumah je sebab penampilannya yang kusut masai. Bajunya dipalit lumpur di sana sini.  Tapi perempuan tu bila nampak kami, dia tegak berdiri je.  Bukan nak mintak tumpang ke ape ke, tapi dia renung je kami.  Ayah aku yang tengah memandu masa tu dah rasa tak sedap hati, dia pun memandu pergi je dari situ.  Perempuan tu takde pun nak halang kami ke. Aku sempat toleh belakang dan aku nampak perempuan tu masih berdiri sambilnya matanya memandang kami pegi.

Lepas tu kami tak pernah terserempak dengan perempuan tu lagi tapi sampai sekarang aku terfikir, perempuan tu sape? Mangsa culik ke, manusia ataupun.....

#4

Ni cerita abang aku pulak.  Beberapa tahun yang lepas, abang aku dan kawan dia tengah memburu rusa berdekatan rumah dia. Macam biasalah, dia masuk hutan bawak senapang apabila diorang terperasan nampak sesuatu di atas pokok.  Yang buat abang aku pelik ni, pokok tu tingginya dalam 10 ke 20 kaki, makhluk tu berbulu lebat satu badan, duduk atas dahan dengan kaki terjuntai.  Abang aku sangkakan tu monyet sesat, diorang pun halalah senapang diorang ke arah makhluk tu.  Makhluk tu mengaum kat diorang, pastu makhluk tu pergi terjun ke bawah.  Abang aku ingatkan benda tu dah mati, sekali tu benda tu kejar diorang macam tak cedera apa pun.  Apa lagi, abang aku dan kawan dia pun cabutlah dari situ macam lipas kudung.  Lama jugak diorang kena kejar, tapi abang aku bersyukur diorang selamat jugak...

#5

Yang ni kisah sebelah mak aku pulak. Pakcik aku adik beradik mak aku. Pakcik aku ni adik beradik paling tua, pernah menyertai Perang Vietnam bersama abang die lagi sorang ni.  Semasa di sana, pakcik aku ni pernah ditangkap askar Vietcong.  Pakcik aku pernah cerita macam mana dia diseksa semasa jadi tahanan tu, kene libas kene pukul tanpa sebab pastu kene lempar dengan taik.

Tapi pakcik-pakcik aku ni berjaya dibebaskan.  Selepas perang, pakcik aku sorang ni balik kampung, kawen dengan isteri dia, pastu diorang pindah ke bandar dan buka sebuah pusat penjagaan untuk orang tua dan pesakit tenat.  Isteri pakcik aku ni ada kepakaran untuk jaga pesakit tenat, dari yang sakit kanser kepada orang tua nyanyuk. Isteri pakcik aku ni memang penyabar dan penyayang orangnya.

Awal tahun 2010an, diorang berdua ni pun bersara. Pakcik aku dah mula sakit. Akibatnya, pusat penjagaan yang diorang bukak tu diambilalih oleh kerajaan, dan pakcik makcik aku sendiri terpaksa masuk rumah orang tua bawah kerajaan negeri. Rumah orang tua tu merupakan sebuah bangunan apartmen, yang duduk kat situ memang orang tua dan orang cacat je.

Masuk beberapa bulan pakcik aku tinggal di situ, satu malam tu pakcik makcik aku tu ternampak ada seorang nenek tua ni, nenek ni ada Alzheimers. Entah macam mana dia boleh terlepas keluar dari bangunan tu dan merayau-rayau di luar.  Kat luar tu ada sebuah kolam tapi masa tu kolam tu tengah beku.  Pakcik makcik aku menyaksikan sendiri macam mana nenek tua tu terjatuh dalam kolam beku tu.  Mayat nenek tua tu hanya ditemui pada keesokan paginya tapi lepas tu ada desas desus mengatakan yang roh nenek tu masih bergentayangan di bangunan tu.

Makcik pakcik aku ceritalah diorang selalu dengar bunyi tapak kaki. Ada satu malam tu, pakcik aku terbangun dahaga nak minum air kat dapur, sekali tu dia nampak nenek tua tu tengah berdiri di ruang tamu rumah tu. Pakcik aku terus bukak lampu, bayangan nenek tua tu terus hilang begitu sahaja.  Sejak tu makin teruk pakcik makcik aku kena kacau dengan hantu nenek tu.

Mungkin hanya kebetulan, tapi pakcik aku pulak mula menghidap nyanyuk.  Nyanyuk dia saban tahun makin teruk, akhirnya tahun lalu pakcik aku pun meninggal dunia...

-Tamat-
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 8-4-2023 03:18 PM
Misteri Pergunungan Appalachia Bahagian Akhir



Thank you TT rajinkan diri translate dan olah citer2 dalam ni. Bahasa tt guna pun simple tp sampai kt pembaca (iols).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 12:42 PM | Show all posts
Untuk entri kali ni, citer-citer ni macam kompilasi dari ramai orang yang penah masuk military service kt Singapura dan Korea.  Untuk mudahkan citer I akan bahagikan ikut bahagian memasing ye.  

Pengalaman Menjalani Latihan Ketenteraan Bahagian 1

Aku rakyat Singapura, dan setiap lelaki dewasa di Singapura ni wajib menjalani latihan ketenteraan.  Aku pun tak terlepas jugak.  Aku ditempatkan di sebuah kem latihan yang terkenal dengan keangkerannya iaitu kem di Pulau Tekong.  Aku dan rakan seperjuangan aku kami berkongsi satu bilik yang sama, dalam bilik tu ada 6 katil untuk kami berenam.

Kadang-kala, barang-barang kami akan hilang masa kami nak pakai, pastu tetiba muncul balik di tempat lain, contohnya, barang tu sebelum ni ada dalam beg yang berzip, tapi jumpa bawah katil.  Selalu sangat jadi macam ni tapi kami beranggapan mungkin kitorang ni yang salah letak kot. Tapi rupa-rupanya tu cuma salam pertama je dari entiti tu...

Satu malam ni, lepas lampu padam, adalah sorang kawan aku ni berjaga lagi dalam gelap tu tengah chatting dengan awek dia, bukan OTP ye.  Kitorang yang lain ni ada yang dah berdengkur ada yang tengah bergolek nak cari mood untuk tidur.  Sekali tu kitorang terdengar bunyi tapak kaki kat luar bilik kami datang dari koridor, kitorang sangkakan tu sarjan tengah berkawal, jadi kawan aku tadi pun cepat-cepatlah sorok telefon bawah bantal, pastu dia mengiring membelakangi pintu buat-buat macam dah tidur.

Apa yang terjadi selepas tu, sampai sekarang bisa buat bulu roma aku berdiri.  Kawan aku cakap, masa dia mengiring tu, dia terdengar ada suara budak perempuan bercakap betul-betul belakang dia, 'takpe bang.  Buat-buatlah tidur tu.  Saya tau abang belum tidur lagi'.

Masalahnya bukan dia sorang je yang dengar, boleh dikatakan kami berlima yang lain termasuk aku pun dengar jugak budak perempuan tu cakap macam tu.  Yang lagi seram tu, kitorang dengar suara je, tapi takde badan.  Takde pun orang masuk bilik kami tapi kami dengar jelas suara budak perempuan tu dalam bilik kami.

Kalau korang nak tau kem latihan kami ni di tengah-tengah pulau Tekong, dan asrama kami ni memang jauh dari bangunan pentadbiran.  Pulau ni sendiri masa tu dah ditutup selama 15 tahun semata-mata nak dijadikan kem latihan ketenteraan, jadi pulau ni memang takde orang awam, apatah lagi budak perempuan.

Yang lagi menakutkan, hujung minggu tu kami dapat pelepasan.  Balik ke kem je, atas katil kawan aku tu, ada segumpal rambut perempuan, panjang hitam lebat digumpal kemas.  Bawah bantal dia, ada sekeping nota tertulis, 'abang ingat saya lagi tak?'  

Macam aku cakap tadi kan, tempat ni di tengah hutan. Dan kem aku ni masa tu memang khas untuk tentera lelaki je.  Bilik kami dikunci sepanjang minggu pelepasan tu,bila kami melaporkan kejadian tu kat sarjan yang bertugas minggu tu, dia pun pelik mana datang rambut dan nota tu.  Malangnya masa ni, kami pelatih tentera tak boleh bawak masuk telefon bimbit berkamera, jadi kami takdelah tangkap gambar rambut dan nota tu.  Kalau korang rasa aku menipu, terpulanglah tapi benda ni memang betul-betul berlaku pada kami.

#2

Cerita kali ni berlaku di pulau yang sama jugak, tapi masa yang berlainan.  Ada satu malam ni, kami tengah menjalani latihan pandu arah di dalam hutan yang gelap takde lampu.  Kami kena cari arah nak menuju ke satu checkpoint ni. Kami dah nak sampai dah ke checkpoint tu apabila tiba-tiba kompas kami jarumnya  berpusing-pusing la pulak.  Tapi tempat yang kami nak pergi tu memang kaya dengan batu besi berani semulajadi tu, jadi kitorang sangkakan mungkin checkpoint tu dipilih sebab nak uji kami punya kemahiran pandu arah ni.  Jadi lepas tu kami memang betul-betul bergantung dengan kemahiran dan naluri kami je, dan akhirnya kami pun sampailah jugak ke checkpoint tu.

Di checkpoint tu kami perlu merekod nombor checkpoint tu sebagai bukti yang kami betul-betul dah sampai ke situ, masa ni keadaan jadi sunyi sesunyi sunyinya.  Bunyi cengkerik pun takde, takde tiupan angin.  Masa ni semua orang dah tak sedap hati tapi masing-masing senyap je.  Nak balik tu kami susun formasi kami jalan beriringan dua orang satu baris.



Mula-mula je berjalan, sekali tu 2 orang kat depan tu tiba-tiba diorang bukak langkah seribu. Kami yang belakang-belakang ni pun yang tengah seram ni pun ikut lari sekali sampailah kami jumpa jalan utama.  Dahla masa tu kami tengah bawak beban seberat 20kg, pukul 3 pagi, sapelah gigih nak berlari waktu macam tu melainkan kalau betul-betul ada sesuatu menakutkan kitorang.  

Dah sampai ke jalan utama tu, kitorang pun berhenti berlari, amek nafas dan masa nilah kami baru sedar salah seorang dalam kumpulan kami ni takde!  Nak tak nak kami terpaksa patah balik cari dia.  Kami jumpa jugak dia, dalam keadaan dia berbaring dan kami nampak ada kesan macam dia kena tarik dari belakang sejauh 100m.  Kitorang tau sebab rumput-rumput  situ penyek dihempap kawan aku tu.  Kitorang yakin kawan kami tu bukannya tersandung ke, kalau tersandung sepatutnya dia jatuh menelungkup bukannya terlentang macam tu.  Kalau tersandung pun camne plak sampai 100m dia tersasar tu jauh sangat dah tu.

Kawan kami tu Kristian, dia ada rantai salib.  Impak dari dia jatuh tu, salib tu macam melekat kat kulit dia.  Jadi adalah nampak kesan merah sikit.  Cumanya, kesan merah tu kekal sampai 4 ke 6 bulan jugaknya.  Aku tanya kawan aku tu, tak sakit ke, sebab kitorang boleh nampak kesan merah bentuk palang tu, tapi dia kata tak sakit pun.  Bengkak pun tak.

Mesti korang nak tau kan apa sebenarnya terjadi kat kawan kami tu. Dia cakap, masa dia tengah berlari tu, dia macam terlanggar dinding, tu yang dia jatuh terlentang tu. Pastu dia boleh rasa ada orang tarik belakang dia masa dia tengah berbaring tu.  Bila kitorang patah balik tu je baru 'orang' tu lepaskan dia.  Syukurlah dia selamat, bayangkan kalau kitorang lambat cari dia walaupun cuma sesaat dua....

#3

Citer ni bukan pengalaman aku, tapi cerita ni macam urban legend la yang katanya pernah berlaku kat kem kitorang ni.

Kat kem ni ada sistem buddy, maksudnya setiap daripada kitorang ni akan dipasangkan sesama  pelatih, jadi kalau nak pergi mana ke buat apa ke, kena berdua.  Termasuklah kalau terbangun tengah malam nak pergi kencing pun.  Satu malam ni, ada sorang rekrut ni dikejutkan oleh buddy dia suruh teman kencing.  Dia pun ikut jelah tunggu kt luar tandas tu.

Dia dengar buddy dia tu kencing, basuh tangan, lepas tu senyap.  Dalam 10 minitlah jugak dia tunggu buddy tu keluar.  Sebab mengantuk teramat, tak tahan nak tunggu, dia pun cakaplah kat buddy tu, wei aku balik dululah. Nak tidur ni.  Nak tau buddy dia cakap ape, 'kenapa? sebab kau dah tau aku ni ape ke?'.  Rekrut tu pun larilah balik ke bilik dia. Sampai kat bilik tengok-tengok buddy dia elok je tengah berdengkur atas katil sebelah dia.  Jadi malam tu, dia temankan apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 01:11 PM | Show all posts
Pengalaman Menjalani Latihan Ketenteraan Bahagian 2

Aku pun pernah masuk Kem kat Pulau Tekong tu, tapi aku ni batch June 2005.  Masa ni aku dan pasukan aku diberikan ujian kesedaran persekitaran yang mana kami kena menyelesaikan 6 tugasan dan salah satu tugasan ni kitorang kena buat tengah-tengah malam buta.  Malam gelap gelita pastu dalam gelap-gelap tu kami kena cari arah nak keluar dari hutan tu. Kami dibenarkan untuk guna lampu suluh tapi kami tak dibenarkan bukak lampu sepanjang masa, bila masa yang diperlukan je.  Yang peliknya lampu suluh kami ni ada filter merah,  dan kami dilarang sekeras-kerasnya untuk suluh pokok.  

Larangan tu memang pelik, dah memang dalam hutan kan memanglah akan tersuluh pokok.  Nak dijadikan citer, adalah sorang rekrut ni, pegi suluh pokok.  Kitorang tak tau dia nampak apa, tapi dia tiba-tiba menjerit kuat gila macam orang histeria, pastu dia lari meninggalkan kami macam tu je.  Kami dapat kejar dia pun sebab dia dok menjerit je.  Tapi lepas latihan tu, kami tak jumpa dah rekrut tu.  Kami diberitahu yang dia dah keluar dari pulau tu atas masalah kesihatan, kena serangan alergi katenye.

Sejak tu, setiap kali kami nak kene buat latihan malam-malam, pegawai atau sarjan yang bertugas akan letak buah dan pasang colok di kaki sebatang pokok paling besar kat kem tu.  Kadang-kala bila aku kena bertugas berkawal malam-malam, aku selalu jugak nampak sarjan kat sini sembahyang puja pokok  tu. Dia berdoa jangan ganggu kami kat kem ni.

Pulau ni memang aku tak nafikan memang berhantu. Ada teori konspirasi pasal kekejaman kerajaan Singapura dulu-dulu.  Penduduk asal pulau ni taknak pindah, jadi kerajaan pun racun penduduk-penduduk ni semata-mata nak pulau ni jadikan kem latihan tentera ni.  Bagi yang pernah jalani latihan asas mesti tau pasal legenda Rumah Biru dan bilik kt rumah pengawal tu. Pendek kata memang angker la Pulau Tekong ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2023 01:27 PM | Show all posts
Pengalaman Menjalani Latihan Ketenteraan Bahagian 3

Aku pun pernah jugak masuk kem kat Pulau Tekong tu, tapi bukan sebagai pelatih la.

Satu malam tu aku dan pasukan aku buat latihan baca GPS sebagai persediaan untuk satu misi ni.  Kitorang dah nak sampai ke lokasi terakhir apabila hujan turun lebat gila dekat berjam lamalah jugak hujannya.  Kitorang terpaksa tunggu hujan tu berhenti baru kami boleh sambung latihan kami tu. Masa tu hari dah masuk malam dah, jadi memang gelap gelita.

Masa tu kami naik trak dan pemandu kami bawak kami naik bukit yang sangat curam.  Sebab tadi hujan lebat, trak kami sangkut la pulak dalam lumpur.  Masa tu kami ni dah separuh bukit jugakla.  Tengah sangkut tu, tiba-tiba datang petir menikam bumi dan automatik, trak kami tu mati enjinnya.  Kitorang pun kembali bergelap kat bukit tu. Yang kedengaran cuma bunyi statik dari radio kami je.  Yang lagi pelik tu, rakan-rakan sepasukan aku pun senyap jugak. Diorang ni geng satu kepala, kitorang ni dah bekerja bersama-sama bertahun lamanya.  Aku kenal diorang ni letaklah dalam situasi apa pun, mesti riuh jadinya.  Tapi malam tu diorang senyap je.  Aku pun pelik tapi aku beranggapan mungkin diorang terkejut tengok petir tadi.

Komander mengarahkan aku suruh daki bukit tu untuk kenalpasti lokasi kami, sementara tu yang lain akan tinggal dan baiki trak yang tetiba mati enjin tu.  Aku pun keluarlah dan mula mendaki, masa ni baru aku perasan yang kitorang ni sebenarnya betul-betul dah tepi lereng, kalau kitorang teruskan tadi kitorang mesti akan jatuh gaung.  Dalam hati aku bersyukur nasib baik trak tu mati.  Aku pun sampai ke puncak dan mula dapatkan bacaan pakai lampu suluh.  Sepatutnya memang tak boleh tapi ah lantaklah tengah kecemasan ni kan.  Dah dapat bacaan, dah dapat arah mana nak pegi, aku pun balik ke trak kami dan terus menuju ke destinasi kami.

Beberapa hari kemudian, aku jumpa balik pasukan yang ikut aku malam tu.  Aku tanyalah kenapa korang senyap je malam tu.  Diorang pun citerlah, masa kilat petir tu muncul, suasana jadi terang seketika.  Diorang nampak ada seorang perempuan serba putih tengah berdiri kat tengah bukit tu sambil merenung kami semua.  Diorang pun terkejutlah.  Pastu diorang nampak, masa aku tinggalkan trak kami tu nak naik ke puncak tu, diorang nampak perempuan serba putih tu ikut aku.  Aku lagilah terkejut sebab aku tak nampak pun perempuan serba putih tu.

Tapi aku taknak fikir banyak, aku anggap benda tu adalah malaikat pelindung yang cuma nak kami selamat je malam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 01:42 PM | Show all posts
Pengalaman Menjalani Latihan Ketenteraan Bahagian 4

Aku bukan kat kem Pulau Tekong, tapi kem Sembawang.  Citer ni pun terjadi pada kawan aku sebenarnya.

Kawan aku ni, kita panggil dia Sam jelah.  Sam ni terjaga tengah malam nak pergi kencing.  Sebelum tu, dia duduk jap kat katil dia. Katil dia ni hadap tingkap, dan berhadapan dengan bangunan asrama dia ni ada lagi satu bangunan.  Sam perasan, kat bangunan sebelah tu, ada seorang rekrut tengah tenung dia.  Tingkap kat bangunan sebelah tu pecah jadi dia boleh nampak la rekrut tu.  Tapi Sam tak fikir apa, lepas kencing dia terus tidur macam biasa.

Beberapa hari lepas tu, adalah beberapa sarjan ni datang ke bangunan asrama Sam ni.  Diorang tanya rekrut-rekrut kat situ, ada nampak apa-apa yang pelik tak kat bangunan sebelah tu.  Sam pun mengakulah, depan sarjan tu dan rakan-rakan sebilik dia, beberapa hari lepas dia nampak ada rekrut kat situ.  Semua orang terkejut, sebabnya bangunan sebelah tu dah bertahun dah kosong sebenarnya.  Jadi tu sape pulak dah?

#2

Aku kat kem Seletar tapi batch 2002.

Dipendekkan citer, ada sorang ahli pasukan aku ni masuk hospital seminggu sebab demam panas.  Adalah satu tengah malam ni, dia tak boleh tidur.  Dalam wad tu ada satu katil kosong.  Boleh pulak dia nampak ada seorang lelaki tua tengah berbaring kat situ.  Padahal wad ni khas untuk tentera je.  Bila lelaki tua tu perasan ada orang sedar kewujudan dia, dengan selamba lelaki tua tu berdiri dan blah dari situ.

Esoknya, semua tentera yang tidur wad malam tu, diorang kene demam panas jugak.  Yang kena tu cuma tentera katil dekat-dekat dengan katil kosong tu.  Bila Sarjan Mejar tau pasal kejadian tu, dia arahkan sarjan-sarjan bergilir-gilir berkawal depan koridor dengan lampu terpasang.  Sebabnya benda tu dah kecoh tahap orang panik.  Aku tak berani la nak cakap tu memang orang ke atau tak sebab dalam kem tentera kan mana datangnya lelaki tua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2023 01:55 PM | Show all posts
Pengalaman Menjalani Latihan Ketenteraan Bahagian Akhir

Pakwe aku orang Korea Selatan, dia pun wajib masuk latihan ketenteraan ni.  Pakwe aku cakap, dalam kem tentera tu memang banyak citer hantu, sebabnya kat situ banyak sangat kematian, samada bunuh diri tak tahan dibuli ataupun kemalangan masa sesi latihan.  Pakwe aku pun tak terlepas dari kene kacau jugak.

Satu malam tu, kali ni giliran pakwe aku berkawal di berek dia masa semua orang tengah tidur.  Berek dia ni cuma ada satu pintu je, tulah pintu masuk tulah pintu keluar.  Pakwe aku takdelah jaga satu berek, dia cuma jaga satu tingkat tu je, tapi semua tingkat kat berek tu pattern dia macam tu, ada satu pintu masuk je.  Kat setiap tingkat berek tu ada bilik mandi dan tandas, tapi takde tingkap.  Malam tu malam musim panas, jadi semua pintu dan tingkap dibuka taknak jadi kepam.  Masa dia tengah berkawal kat tingkat dia tu, dia memang tak dengar bunyi pintu tapi ada tapak kaki.

Rupa-rupanya ada sorang rekrut ni nak pegi ke tandas. Pakwe aku pun catatlah nama, nombor rekrut dan waktu rekrut tu ke tandas.  Pakwe aku pun tunggulah depan tandas tu.  Dekat-dekat 20 minit rekrut tu tak keluar-keluar pun.  Pakwe aku ni risau je takut rekrut tu bunuh diri dalam tandas tu, dia pun masuk tandas tu, check satu persatu kubikel dalam tandas tu, tapi takde orang pun.

Pakwe aku dah rasa lain macam dah.  Dia pun lari keluar dari tandas tu dan kejutkan kawan dia yang tengah tidur dalam bilik tu. Esoknya, diorang pegi jumpa sarjan, pakwe aku pun ceritalah apa yang dah jadi malam tadi.  Sarjan tu pun cariklah nama dan nombor rekrut yang pakwe aku catat malam tadi.  Rekrut tu tak wujud pun ye dalam kem ni.  Tapi sarjan tu cakap kat pakwe aku, pakwe aku bukan orang pertama yang kene kacau macam tu...

Ni citer kawan aku yang masuk latihan ketenteraan jugak. Masa ni kawan aku dan buddy dia tengah berlatih menembak di padang sasar, apabila diorang nampak ada orang tengah berjalan belakang papan sasaran tu masuk ke kawasan semak samun kat tepi padang sasar tu.  Kem ni kawasan larangan untuk orang awam, jadi kawan aku dan buddy dia pun pegilah kejar orang tu.  Puas diorang cari dalam kawasan semak samun tu, tapi orang tu dah takde. Aku tanya gak, itu betul ke orang? Kawan aku pun tak berani nak mengiyakan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT selalu update cerita yang best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2023 09:40 AM | Show all posts
Salam semua.  Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.  Sorry ye kalau I selalu lambat update.  Sempena tunggu raya ni nah I belanja sikit cerita utk uols suma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2023 10:54 AM | Show all posts
Dikejutkan Lelaki Misteri

17 tahun lalu, semasa aku berusia 15 tahun, masa ni aku masih menetap di sebuah negara Scandinavian.  Tempat aku ni kawasan luar bandar, kebanyakan hutan kat sini adalah hutan bukan kepunyaan sesiapa jadi sesiapa pun bebas nak keluar masuk hutan kat sini.  Kampung aku tinggal ni pun kecik je, tak ramai penduduk, jadi kitorang ni saling kenal-mengenali.  Yang penting, kat tempat kami ni tak pernah ada kejadian jenayah berat macam bunuh-bunuh ke ape ke. Jadi peristiwa yang terjadi pada aku dan kawan-kawan aku ni memang kitorang ingat sampai sekarang sebab misteri sangat.

Berbalik pada masa aku 15 tahun tu, aku dan kawan-kawan aku bercadang nak berkhemah di tepi sebuah tasik.  Nak sampai ke tasik tu kena hike 3-4 jam dulu,  rumah paling dekat pun dalam 3 jam perjalanan la camtu.  Kami bawak wain buatan sendiri dan kami makan malam panggang hotdog je.  Tapi malam tu kami semua tetap gembira.

Kitorang bawak 1 khemah je, jadi malam tu kami tidur berhimpit-himpit la dalam satu khemah tu.  Pukul 2 pagi baru kami masuk tidur.  Pukul 4 pagi aku terbangun, sebabnya aku boleh rasa ada orang sedang membelai lengan aku,dari bahu sampai ke pergelangan tangan.  Mulanya aku tak fikir apa, sebab yelah khemah tu memang dah penuh dah takde ruang dah, mungkin kawan sebelah aku ni kot yang raba aku.  Tapi lama-lama aku baru perasan, tangan yang belai aku tu datangnya dari sebelah luar khemah....  Aku pun terbangun terus terduduk, aku kira-kira semua kawan-kawan aku ada dalam khemah tu.  Habis tu sapa pulak yang kat luar tu?

Aku pun memberanikan diri, aku jerit kat orang kat luar khemah tu. "Hey ko sapa hah? Berambus kau dari sini!'.  Kedengaran suara seorang lelaki yang macho tapi perlahan je dia cakap kat aku, 'kemas barang kamu semua dan pergi dari sini'.  Nada suara dia tenang je, die takdelah marah ke apa ke tapi tersangat tenang.  Masa ni semua kawan aku dah terbangun lepas aku menjerit tadi.  Diorang pun dengar suara lelaki tu.  Diorang suma pandang aku, tak bersuara apa-apa sebab diorang dah terlalu takut.

Dah aku yang pergi sound lelaki tu, aku pun cakaplah, okay kitorang akan pergi dari tempat ni, tapi kau pergi dulu.  Tenang je lelaki tu jawab, 'cepat sikit'.  

Kitorang pun terus keluar dari khemah tu.  Kitorang nampak, di tebing tasik tu ada sebiji sampan kecil dan ada seorang lelaki berbadan besar tengah duduk atas sampan tu.  Sampan tu tidak diikat, jadi perlahan-lahan sampan tu terumbang-ambing dipukul riak air tasik dan makin menjauh dari tebing tasik tu, tapi lelaki tu dengan tenang duduk je atas sampan tu memerhatikan kami.  Kitorang pun kelam kabut kemas khemah dan sepanjang kami berkemas tu la lelaki tu duduk je renung kami dalam sampan tu.  

Kitorang terpaksa berjalan mengelilingi tasik tu nak keluar dari situ, dan lelaki tu pun perati je kami sampai kami keluar dari situ.  Sejak tu kami tak pernah dah pergi ke tasik tu lagi.

Selepas Covid2020, aku dan kawan-kawan aku tu buat pertemuan semula (reunion), sembang punya sembang terungkitlah semula kejadian malam tu. Alang-alang dah jumpa tu kami pun sajalah pergi balik ke tasik tu, buat siasatan la kononnya.  Memang sah kat situ takde rumah atau kabin, tasik tu sendiri takdelah besar mana untuk dijadikan lokasi memancing.  Yang lagi pelik tu bila kami tanya orang tua-tua diorang kenal ke lelaki badan besar rupa macam ni, diorang pun tak tau.  Jadi sapakah lelaki misteri itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2023 12:06 PM | Show all posts
Hanging Rock, Victoria, Australia



Peristiwa ni baru je terjadi pada aku masa cuti panjang sempena Easter hari tu.  Kat Australia ni cuti Easter adalah 2 hari jadi selalunya orang akan amek kesempatan cuti panjang ni untuk pergi bercuti.  Aku pun tak berkecuali.  Semasa cuti Easter baru-baru ni aku bawak isteri dan 2 anak aku, sorang lelaki sorang perempuan pergi hiking ke Hanging Rock, Victoria yang letaknya 1 jam dari arah barah laut Melbourne.

Nak hike tempat ni kalau ikutkan amek masa 1 jam je, tapi yelah kalau dah bawak budak kecil lagi panjanglah masa yang diambil.  Kami tak pernah hike tempat ni sebab kami bukan orang sini, tapi kami sekeluarga memang jenis aktif dengan kegiatan luar macam hiking ni.  Lagi-lagilah isteri aku,isteri aku ni ada darah Jerman, orang Jerman memang suka hiking.  Aku pun terikut jugaklah dengan hobi isteri aku ni.

Walaupun cuaca masa tu elok je, dan cuti Easter pulak tu, tapi tak ramai pulak yang datang ke sini.  Adalah kitorang berpapasan dengan sepasang kekasih tengah turun, dan ada satu keluarga lain yang dah naik dulu sebelum kami, pastu satu keluarga tengah berBBQ di kawasan taman tu. Tu je pengunjung yang ada.

Sebelum nak naik tu, aku nak terkencing la pulak jadi aku pun pergilah ke belakang semak samun melepaskan hajat.  Pastu kitorang pun mulakan pendakian. Masa ni aku dah rasa tak sedap badan dah, iaitu sesuatu yang memang jarang sangat berlaku pada aku.  Aku ni seorang lelaki berbadan tegap dan kardio aku pun mantap, tapi masa nak naik tu aku dah mula tercungap-cungap.  Mulanya aku ingatkan sebab aku makan banyak sangat ke masa sarapan tadi.  Punyalah pewai aku masa tu sampaikan aku merayu kat anak isteri aku jangan laju sangat.  Kitorang pun berhenti berehat sekejap, isteri aku tanya abang ok ke ni? Manakala anak-anak aku dengan gembiranya bermain-main, lagi-lagi anak lelaki aku, habis semua benda macam batu, ranting, dahan dia campak-campak ke bawah.

Walaupun dah duduk berehat, tapi badan aku masih lembik lagi.  Aku jadi keputusan nafas, macam tercekik sesuatu.  Masa ni aku dah mula panik, aku ingatkan aku ni kena serangan sakit jantung ke ni.  Aku panggil anak-anak aku sebab masa tu memang aku rasa betul-betul macam nak mati dah.  Isteri aku dah mula risau.  Anak aku ada pakai jam tangan canggih yang boleh kira nadi tu, dia pun pakaikan jam tu kat aku.  Bacaan jantung aku 131+ bpm, normal je.  Isteri aku cakap mungkin aku ni layan sangat padahal takdelah letih mana pun.

Anak perempuan aku pun pakai balik jam dia, masa nilah jam dia buat hal.  Jam dia ni baru lagi, hadiah harijadi dia bulan Februari lalu, tapi bila dia pakai je, jam tu tak menunjukkan apa-apa bacaan nadi atau bilangan langkah kaki pun.  Tapi elok je tunjuk masa.  Aik masa aku pakai tadi elok je.  Anak aku pun usik-usik lah jam tu, bila jam tu kembali normal, dengan aku-aku sekali jadi sihat dah.  

Kitorang pun teruskan perjalanan dan kitorang sampai ke puncak, kat sini ada kawasan lapang sikit. Dari sini korang boleh nampak ladang-ladang di sekeliling tempat tu. Memang lawa sangat.



Isteri aku dah teruja, dia pun keluarkan telefon dia nak amek gambar buat kenangan.  Aku memang tak bawak telefon masa tu.  Tengok-tengok, telefon isteri aku dah terpadam.  Masa ni pun memang pelik dah, sebabnya telefon isteri aku ni jenis Sony Xperia yang baterinya boleh tahan berhari-hari kalau bini aku tak layan Youtube.  Malam tadi pun bini aku dah caj telefon ni.  Masa dalam perjalanan ke sini naik kereta, bini aku tak usik pun telefon dia sebab dia pening kalau baca apa-apa dalam kenderaan bergerak ni.  Bini aku cuba nak on balik telefon tu, tapi telefon tu menunjukkan baki bateri tu sangat lemah.  PELIK.  

Anak lelaki aku teruja betul, lari sana-sini, lompat sana-sini, anak dara aku relaks je menikmati pemandangan kat puncak tu. Aku tanya bini aku, awak tak pelik ke kenapa telefon awak tiba-tiba dah habis bateri? Bini aku senyap je sambil jungkit-jungkit bahu.  

Kami pun naik lagi sampai kami betul-betul sampai ke puncak.



Masa ni, anak lelaki aku yang umur 6 tahun tu, yang tadi aktif macam lipas kudung, tiba-tiba mengadu sakit perut pulak.  Kali ni aku rasa dia memang tak tipu, sebab muka dia pucat lesi pastu dia pun macam nak termuntah.  Kitorang tanyalah, ni nak berak ke nak kencing, tapi anak aku cakap dia rasa tak sihat je.  Aku, bini aku dan anak perempuan aku saling berpandangan, sebab kami dah rasa pelik dah ni.  Tadi elok je anak lelaki aku ni melompat sakan siap buat gimnastik, tak sampai 30 saat pastu ngadu sakit pulak.  Kitorang pun tak boleh buat apa jadi kitorang pun turunlah dari bukit tu.  Anak lelaki aku dah pewai sampai kene dukung, bini aku senyap tak cakap ape, anak perempuan aku pulak dok tanya itu ini.

Sampai je di kaki bukit, aku terus bawak anak lelaki aku ke tandas.  Yang anak perempuan aku pulak, dia dah boleh membaca jadi dia pun jalan-jalan sekitar situ baca info pada papan kenyataan kat situ. Aku dan bini aku pun bincang-bincanglah nak buat apa dengan anak lelaki kitorang ni, masa nilah aku terpandang satu info pada papan kenyataan yang anak aku tengah baca tu.

Menurut info tu, ada satu tempat di Hanging Rock tu yang merupakan tempat suci bagi orang Asli di sini.  Aku pun tak perasan tapi aku teringat jugak, eh adakah aku dan anak lelaki aku dah usik kesucian tempat ni? Jadi kami pun diganggu oleh penjaga bukit ni?  Aku pergi kencing kat semak, yang anak lelaki aku terpekik terlolong baling-baling batu.  Bunyi macam tak logik, tapi bila aku nampak anak lelaki aku makin lemah, aku dah terdesak.

Aku cakap kat anak aku, kita kena mintak maaf kat bukit ni sebab kita buat onar di sini.  Anak aku tak paham kenapa, tapi aku bawaklah dia jugak ke lokasi tapak suci tu.  Masa nilah anak aku tiba-tiba mengamuk menangis.  Anak aku bukan jenis mengamuk macam ni ye walaupun dia seorang yang aktif. Bini aku pun berlari dapatkan anak aku tu, tanya kenapa.  Bila aku cakap kat bini aku yang kitorang ni nak kena pegi mintak maaf kat penjaga bukit ni, bini aku tak setuju dan terus dukung bawak anak aku tu pergi.   Jadi aku pun naik balik sorang diri, bila dah jumpa tempat suci tu, aku sentuh batu tu, berlutut, dan aku mintak maaf.  Aku merayu bagi pihak anak aku, maaf kalau kami kurang sopan kat sini.  Selepas beberapa minit berteleku, aku pun turun balik.

Aku nampak anak lelaki aku makin sihat, dah tak pucat macam tadi.  Siap datang berlari dapatkan aku.  Aku pun nasihatkan anak aku, lain kali kalau datang ke tempat macam ni, kena hormat tempat ni.  Jangan baling-baling itu ini, jangan gelak sakan macam tempat tu dia yang punya.  Bini aku gelak je dengar nasihat aku tu.  Tapi aku bersyukur semuanya dah ok.  Lepas tu kami pun balik dan pergi cari makan tengahari pulak.

Balik tu kami singgah di sebuah pekan bernama Woodend.  Kami cadang nak bermalam di situ sebelum balik ke tempat kami. Ingatkan peristiwa petang tadi tu habis dah rupanya....

Kedua-dua anak ni bila masuk umur 3 tahun diorang dah mula mengigau dah.  Tapi bila masing-masing membesar, diorang dah kurang mengigau.  Anak dara aku dulu masa mula-mula mengigau memang teruk sangat, dah macam orang kena rasuk.  Jadi agresif, berdesis, meludah, menangis, memekik-mekik.  Memang teruk sangat igauan anak dara aku tu. Anak lelaki aku kalau mengigau lain sikit, dia akan menjerit macam ketakutan sangat, pastu sampai nak lompat dari katil.  Tapi malam tu...

Kitorang semua tertidur kepenatan selepas mendaki tadi, apabila tiba-tiba tengah malam tu aku terjaga dari tidur.  Aku terasa macam ada seseorang masuk bilik aku tu.  Aku pun pandang kiri kanan, sekali tu aku ternampak ada lembaga hitam berdiri betul-betul sebelah bini aku.  Apa lagi aku pun menjerit macam budak perempuan sampai terjaga bini aku.  Rupa-rupanya lembaga tu adalah anak lelaki aku tengah mengigau.  Dia cuma berdiri tengok bini aku tidur sambil tersengih.  Bini aku pun tanyalah anak lelaki aku tu, kamu ok ke? nak mak temankan pegi tandas ke?  Tapi anak lelaki aku membebel ape ntah aku pun tak paham dia cakap apa.  Bini aku pun bawaklah anak lelaki aku tu balik ke bilik dia.  Aku dan bini aku dah rasa pelik sebab tak pernah-pernah anak lelaki aku mengigau macam ni.

Ok bahagian terakhir.  Esok paginya kami pun bersarapan, lepas tu kami balik rumah. Anak-anak aku tengah pulun siapkan kerja rumah.  Bini aku mengadu, yang setting pada telefon dia dah berubah.  Bini aku guna sistem 24jam untuk tengok masa, tapi telefon dia berubah jadi sistem 12jam.  Sape yang pegi ubah pulak tu? Takkan sebab takde bateri langsung terus jadi macam tu?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2023 12:28 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 20-4-2023 12:35 PM

Pengalaman Tinggal Di Rumah Puaka
Makcik aku ada pengalaman tinggal di rumah puaka bersama-sama 2 orang adik beradik dia.

Masa ni makcik aku tengah memandu bawak kereta bersama-sama aku di sebuah bandar tempat dia pernah bersekolah dulu.  Kitorang pun lalulah satu rumah ni, aku pun spontan cakap, 'eh rumah tu macam seram la. Mesti berhantu tu'.  Makcik aku pun cakaplah, betul cakap kau tu, rumah tu memang berhantu.  Aku sedikit terkejut sebab makcik aku ni bukan peminat kisah paranormal pun.

Makcik aku ceritalah, dulu diorang bertiga sewa rumah tu sebab diorang nak pergi sekolah kat bandar tu. Awal-awal tu memang makcik aku cakap adalah terjadi beberapa peristiwa pelik kat diorang masa menyewa kat situ, tapi takdelah sampai tekad nak pindah keluar.  Contohnya, ada beberapa kali tu diorang terjaga tengah malam sebab sejuk, rupa-rupanya selimut diorang dah jatuh di hujung kaki katil tu.  Ok mungkin masa tidur tu diorang tertendang kot selimut tu.

Sampailah satu malam ni, makcik aku ni mimpi macam dia nak terjatuh dan dia nak kena capai sesuatu untuk selamatkan diri dia.  Rupa-rupanya dia tak mimpi pun, ada sesuatu pegang buku lali dia dan tengah tarik makcik aku ni!  Nasib baik makcik aku ni sempat capai kepala katil tu.  Makcik aku menjerit sekuat-kuat hati dia.  Pada masa yang sama, dari bilik kedua-dua adik dia pun dia dengar jugak adik-adik dia tengah menjerit.

Akhirnya bila kaki dia dilepaskan, makcik aku pun teruslah pergi bilik sebelah.  Adik-adik dia pun cerita benda yang sama, ada benda tarik kaki diorang.  Esok pagi tu jugak diorang pindah dan tak tengok belakang lagi dah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2023 03:40 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 20-4-2023 03:47 PM

Kau Siapa? Kau Tinggal Sini Ke?

Musim sejuk tahun 2009, aku dan abang aku saja buat road trip ulang alik dari Portland, Oregon ke Port St Lucie, Florida untuk melawat kakak kami yang tinggal di Florida tu.  Kakak aku baru dapat anak sulung jadi kitorang teruja lah nak tengok anak saudara kami tu.

Dalam perjalanan pergi ke Port St Lucie tu kami saja lalu jalan biasa je dari barat laut terus ke tenggara, kalau ikut route perjalanan kami ni macam berpenjuru la, tapi banyak kali dalam perjalanan kami tergendala sebab salji lebat.  Perjalanan yang sepatutnya cuma 3 hari je berlanjutan sampai ke 5 hari.  Sebab dah lama sangat atas jalan, kitorang terpaksa pendekkan masa di rumah kakak aku tu untuk pulang semula ke Oregon sebab nak kene masuk kerja hari Isnin tu.

Balik ke Portland, kami berdua cadang nak masuk lebuhraya I-10 je terus.  Lebuhraya ni terus dari Florida masuk Los Angeles, walaupun jaraknya lagi jauh dari perjalanan sebelum ni tapi jalan ni je yang selamat dari ribut salji.  Kitorang dah tak boleh nak tangguh perjalanan macam sebelum ni.  Hari pertama perjalanan pulang tu macam biasa je, tapi kami berjaya memandu sampai 1,300 batu dari Port St Lucie dan bermalam di San Antonio.  Rancangan kami adalah esok kami nak memandu sampai ke Las Vegas, tidur sana pastu esoknya ada 14 jam perjalanan lagi sebelum sampai ke Oregon tu.  Lepas kami tinggalkan San Antonio ni benda pelik ni terjadi.

Kereta kami ni jenis Honda Civic Hybrid tahun 2008.  Penggunaan petrol kereta kami ni 35 batu per gelen (memang ada terpapar di dashboard kami), jadi senanglah kami ni nak agak kan bila nak isi minyak kereta.  Setiap 350 batu sekali kami akan isi minyak, tapi kalau tak jumpe stesyen minyak, kereta kami ni boleh berjalan dalam 400 batu.

Baru 100 batu kami keluar dari San Antonio tu, aku perasan yang tolok minyak aku ni menjunam dengan mendadaknya, jadi aku pun usiklah butang pada dashboard tu, kali ni penggunaan petrol kami bertukar dari 35 batu per gelen ke 26 sahaja.  Terkejut jugak aku apahal tetiba jadi macam ni, tapi aku beranggapan mungkin sebab jalan ni berbukit-bukit banyak turun naik kot.  Kalau kat tanah rata nanti dia tukar la balik jadi 35, tapi jangkaan aku salah.

Aku memang catat ye perjalanan kitorang ni, mana-mana stesyen minyak kami singgah aku akan catat. Yang menjadi anomali dalam catatan aku ni adalah sebuah hentian rehat di Fort Stockton, Texas.  Kereta kitorang tetiba dah nak habis minyak awal pada 25.8 batu per gelen.  Beza dalam 100 batu jugak tu.  Aku sampai sekarang tak paham kenapa jadi macam ni sedangkan waktu lain kereta kami steady je di 35 batu per gelen tu.



Kami berhenti sebentar di tepi jalan.  Kami tengok di GPS dalam 50 batu lagi ada pekan, jadi kami cadang nak berhenti kat situ je nak isi minyak.  GPS kami ni dah siap set dah nak menuju ke Las Vegas, Nevada, tapi bila bukak enjin je, kami perasan yang GPS tu bukan bawak kami menuju ke barat I-10, sebaliknya kitorang sekarang ni sedang memandu menuju ke utara atas lebuhraya 285.  Sedikit info untuk korang, jalan kat USA ni kalau nombor jalan tu nombor genap jalan tu akan menuju ke barat atau timur, kalau nombor ganjil ke arah utara atau selatan.  Tapi kitorang ikut je GPS tu kitorang anggap mungkin GPS tu dah jumpe jalan paling dekat kot.

Dalam sejam setengah memandu di atas lebuhraya 285 kami dah masuk ke sempadan New Mexico, yang mana dah 2 jam lagi awal dari jangkaan kami sampai ke situ.  Masa ni kitorang pun ikut jelah GPS tu tapi kami ada sedikit geram sebab dah menyimpang jauh dah sebenarnya ni, kalau ikut I-10 tadi kitorang boleh sampai Las Vegas sejam awal.   Setelah 5 jam meninggalkan Fort Stockton tadi aku dan abang aku dah rasa lapar, kitorang pun cadang nak makan je kat New Mexico ni.

Jujur aku cakap, memandu merentasi New Mexico ni agak membosankan.  Sebabnya negeri ni tak banyak bandar besar, cuma ada beberapa pekan kecil je.  Ada sesetengah pekan tu dah macam pekan terbiar pun ada.  Aku rasa sumber ekonomi orang-orang kat sini adalah pelancong dan pemandu lori macam kami je, kalau takde pelancong singgah nak makan atau isi minyak memang jadi pekan mati jelah.

Aku dan abang aku selalu mengimbau kenangan semasa kami merentasi New Mexico ni.  Yang kami ingat, kami ada melepasi satu pekan kecil yang ada stesyen minyak iaitu Vaugh, New Mexico



Lepas tu dalam 20 batu selepas tu, kami jumpa pulak pekan Encino, New Mexico.  Pekan yang ni takde stesyen minyak.  Aku rasa pekan Encino ni memang takde ape pun.  Aku pun tak pasti samada ada ke orang tinggal kat pekan Encino ni.  Aku ingat lagi aku sempat sembang kosong dengan abang aku, memang betul ke pekan ni wujud sebab terbiar sangat, tapi abang aku jungkit bahu je tanda tak tahu dan teruskan memandu sampai kitorang keluar dari tempat tu.



Tak sampai 10 batu keluar dari pekan Encino tu, kami jumpa satu lagi pekan, tapi yang pekan ni takde pun dalam GPS kami.  Aku takdela rasa pelik sangat sebab GPS kami ni murah je, mungkin data-data dalam GPS kami ni data lama yang tak dikemaskini lagi.  Mungkin pekan ni baru wujud kot, walaupun dari rekabentuk bangunannye pekan ni nampak macam dah bertahun hidup.  Satu lagi benda pelik yang aku perasan, pekan ni takde papan tanda, tau-tau je dah ada bangunan.  

Dalam pekan tu ada beberapa bangunan kedai makanan segera, restoran, hotel, motel, pasaraya Albertsons dan beberapa biji bar.  Pekan ni tampak lagi meriah berbanding Vaughn dan Encino tadi.  Aku anggarkan penduduk kat sini mau cecah 10 ke 20 ribu orang jugak.  Aku dan abang pun cadang nak berhenti makan kat sini je.  Selalunye kitorang makan makanan segera je tapi abang aku nampak restoran Ruby's Tuesday, dia ajak aku jom cuba makan kat situ.  Kat Portland pun ade je Ruby Tuesday tapi kitorang tak pernah pulak makan kat Portland, kat sini baru terasa nak cuba masakan Ruby Tuesday ni.  Yang kitorang tau kat sini ada bar salad yang sedap, aku pun ikut jelah.  Aku pun sebenarnya muak dah asyik makan burger je, nak jugak merasa masakan panas.



Untuk bahagian seterusnya, aku namakan diri aku Nick dan abang aku sebagai Gary ye (bukan nama sebenar).

Kitorang pun berhenti di Ruby Tuesday tu, kunci kereta dan masuk ke restoran tu.  Masuk-masuk je kami disapa dengan mesranya oleh sorang pelayan wanita di situ, "Eh Nick, Gary. Kamu ke tu?".  Eeeeehhhhh camne pulak acik ni tau nama kitorang?  Kitorang dah mula pelik tapi kami jawab yelah ye kami Nick dan Gary.  Acik tu tanya lagi, 'seronok ke duduk Portland tu?'.  Aku dan abang dah saling berpandangan, kitorang ni pertama kali jejak tempat ni, Portland tu beribu batu jauhnya, tapi rasanya kitorang tak pernah nampak pun acik ni.

Sebab taknak nampak kurang ajar, aku dan abang kasi jawapan biasa-biasa je, tapi aku boleh nampak yang acik tu macam gelisah sebab kami tak mesra dengan dia seperti mana dia mesra dengan kami.  Kitorang pun cari tempat duduk, soalan pertama abang aku tanya kat aku, 'eh ko kenal ke acik tu?'. 'Entah aku pun tak kenal dia, ni pertama kali aku nampak dia'.   Agaknya dia silap orang kot.

Tak sampai seminit lepas tu, datang pulak pelayan bar di restoran tu menyapa kami. "Eh Nick! Gary! Biar betul korang dah balik sini? Nak cari keje ke?"  Abang aku dengan sopan cakaplah, pakcik ni salah orang ni.  Tapi pakcik tu ketawa je seolah-olah macam dia kenal abang aku ni dah lama.  Pakcik tu tanya kami macam-macam soalan, antaranya macam mana dengan kursus anatomi dan fisiologi yang kitorang amek kt Universiti Oregon State selama 3 bulan tu.

Masa ni aku dah rasa ni semua bukan kebetulannya.  Sebabnya memang betul, masa aku dan abang awal 20an dulu (masa kejadian ni kitorang dah lewat 20an nak masuk 3 series dah), kitorang memang ada amek kelas tu di universiti yang sama jugak.  Sebab terlampau curiga sangat, aku terus terang kat pakcik tu, sebenarnya pakcik kenal kami ni dari mana sebab ni pertama kali kami masuk tempat pakcik ni.  Pakcik tu terdiam, pakcik tu pandang-pandang belakang pastu pakcik tu mintak maaf kat kami, 'maaf ye pakcik salah orang. Muka kamu berdua ni mirip sangat dengan bekas pekerja restoran ni'.  Pakcik tu pun mintak diri dulu dan kembali ke bar dia.

Makanan kami pun sampai, tapi kami perasan pelayan wanita yang hidangkan makanan kami tu dah ditukar, bukannya acik yang mula-mula sambut kami tu.  Takpela mungkin acik tu termalu kot salah orang.  Sedang kami menikmati hidangan kami tu, aku nampak pengurus restoran tu berjalan dengan muka girang tersenyum lebar menuju ke meja kami.  Tapi dalam 10 kaki dari kami tu, pengurus tu terpandang seseorang di belakang aku, pastu raut muka dia berubah dan dia terus berpatah balik.  Aku rasa macam ada seseorang di belakang aku yang macam kasi amaran kat dia, jangan tegur kami.

Aku rasa itulah sesi makan tengahari paling janggal dalam hidup aku.  Aku dapat rasakan pengunjung dan staf dalam restoran tu sedaya upaya cuba untuk tidak bertentang mata dengan kami.  Tapi aku dapat rasakan yang diorang tengah memerhatikan kami, bila aku pandang diorang, diorang pandang tempat lain pulak.  Nak bayar tu, juruwang tu kata mesin tunai diorang tiba-tiba rosak pulak.  Kami tak payah bayar, sebab restoran tu dah belanja.

Aku memang terfikir nak tanya juruwang tu apa nama tempat ni, tapi abang aku macam tak sabar nak tinggalkan tempat tu.  Sekali tu kami tengok minyak kereta kami dah berkelip-kelip dah.  Nak tak nak kami terpaksa jugak isi minyak kat situ.  Masa ni aku terfikir, beli minyak mesti ada resit, atas resit tu mesti ada nama pekan ni.  Tapi kami tak bernasib baik.  Nak masuk pekan tu kene masuk jalan satu hala dari belah timur lebuhraya tadi.  Jadi bila kami tinggalkan restoran tu kami boleh masuk kanan je, dan jalan tu akan terus masuk ke lebuhraya 285 menghala ke utara.  Nak pergi ke stesyen minyak dalam pekan tu, kami kene ikut jalan sehala tu menuju ke utara pastu belok kanan masuk satu lorong ni tapi lorong tu dah ditutup.  Jadi kami terpaksalah masuk ke lebuhraya tu je.  Mujurlah 20 minit kemudian, kami jumpa jugak sebuah hentian trak di persimpangan 285 dan I-40.  Sempatlah kami isi minyak kat situ.

Baki perjalanan tu kami lalui dengan normal, takde dah benda-benda pelik terjadi.  Tapi aku dan abang memang tak putus-putus berdiskusi pasal kejadian kt Ruby Tuesday tu.  Tengah-tengah New Mexico ni ada Ruby Tuesday tu pun dah cukup menghairankan jugak.  Aku dan abang sempat bergurau, mungkin ke kitorang ni ada doppelgangers (penyamar) dan kebetulan nama kami pun sama. Dan kebetulan jugakla kehidupan kami pun sama.  Kitorang cuba yakinkan diri masing-masing tadi tu cuma kebetulan je.  Tapi bila kami dah sampai ke Portland, rasa curiga masih menebal jadi kami cubalah nak buat siasatan sikit pasal pekan misteri tu.



Di atas ni gambar dari Google Maps yang aku amek dari GPS aku. Korang bleh nampak kan ada 2 je nama pekan yang kelihatan dalam peta tu, pastu kat simpang tu lah hentian trak kami isi minyak tu.  Tapi tak nampak pun pekan misteri yang kitorang singgah makan tu.  Cari kat satelit pun memang takde.  Sampai sekarang kami tak jumpe jawapannya, tapi aku masih ingat lagi riak muka acik pelayan tu bila dia sedar yang kami bukan Nick dan Gary yang dia kenal,  nada suara pelayan bar tu meminta maaf pada kami, muka pengurus restoran tu pun aku ingat, macam muka Ken Moreno.  Nak kata aku dan abang bermimpi, mustahillah.

Mungkin para redditor boleh bantu kami, apa betul ke pekan tu benar-benar wujud? Atau kami ni termasuk alam lain ke? Kot-kotla ada antara redditor pun pernah termasuk pekan misteri tu....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-4-2023 09:40 AM
Salam semua.  Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.  Sorry ye kalau I selalu lambat update.  Sempena t ...

tq tt... update byk crta skli gus....nk request crta sebelah Palestine & Israel ada tak...kwsn sana kan xprnh aman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai tt, lama tak bersiaran..TT sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 03:49 PM | Show all posts
TT masih sibuk beraya ke...hihi..masih takde update..
harap2 TT sihat hendaknya la ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2023 11:40 AM | Show all posts
hai suma maaf lama sangat dah tak update thread ni huhuhu.  sebenarnya masa raya hari tu tak tau la sape yang pegi usik pc I sampai web history termasuk saved password I suma dah terdelete agak bencinta jugak la nak ingat balik password tu, beberapa kali jugak kena block sebab salah masuk password.

Apepun sorry sekali lagi pada yang tunggu update dari I. insya Allah tak jadi lg macam ni sebab I dah tulis siap-siap dah password baru I hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2023 11:59 AM | Show all posts
Penampakan gula-gula 'Hacks'


Peristiwa ni terjadi semasa aku masih di sekolah menengah rendah (sebelum PT3 la kalau di tempat kita).  Aku suka bawak anjing aku berjalan-jalan di waktu malam.  Anjing aku ni, bak kata kawan aku, anak luar nikah Sumanto seorang kanibal terkenal di Indonesia dan Dajjal, sebab bulunya yang hitam legam, jadi kalau aku bawak dia jalan-jalan di sebelah hari siang ramai yang takut dengan anjing aku yang aku namakan Grimm ni.  Lagi satu aku ni nakal walaupun anjing aku baik, kalau malam-malam aku suka takut-takutkan orang, jalan senyap-senyap pastu sergah orang tu dari belakang hehehe

Malam tu, aku dan Grimm berjalan sejauh 1 kilometer di sebatang jalan ni yang menghubungkan kawasan perumahan aku dengan sebuah kampung ni.  Di tepi jalan tu ada sebidang tanah perkuburan, tanah perkuburan tu memang dah lama kat situ.  Cat hijau dinding pagarnya dah menggelupas dah pun, lampu jalan kat situ pun dah malap. Sambil-sambil aku pegang tali ikat anjing si Grimm ni, aku saja tengok handphone.  Sekali tu aku rasa tiba-tiba tali tu jadi tegang dan dari ekor mata aku, aku nampak Grimm tiba-tiba berlari patah balik ke belakang nak masuk ke taman perumahan tu balik.  Aku pun automatiklah terdongak ke atas, terpandang pagar batu kat tepi tapak perkuburan tu.  Ada benda berbalut kain putih yang kotor tengah melompat-lompat di tepi pagar tu di sebelah kawasan kubur.  Laju plak tu ia melompat. Aku dan Grimm pun apa lagi, berlari macam tak cukup tanah.  Tu lah pertama kali dalam hidup aku nampak pocong.

Kat hujung tapak perkuburan tu ada sebuah masjid, dan kawasan masjid tu memang terang-benderang.  Aku dan Grimm pun cepat-cepat masuk ke kawasan kubur tu.  Masa tu ustaz yang jadi penjaga masjid tu masih ada lagi kat situ, ustaz tu kenal aku sebagai seorang budak nakal kat kampung tu, tapi ustaz tu pun hairan kenapa aku masa tu dah menggeletar satu badan dengan pakej muka pucat dan mata terbeliaknya. Ustaz tu pegang bahu aku tanya, ko dah kenapa ni, tapi tu pun aku masih blur-blur alam sebab terkejut sangat dengan apa yang aku nampak tadi.  Dalam keadaan otak aku berserabut macam tu, aku baru teringat eh bukanke baru-baru ni ada kematian kat kampung tu?  Aku pun tanya lah ustaz tu, 'ustaz boleh cek tak kot-kot tali kapan mayat hari tu dah dibukak ke belum?'

Ustaz tu pun tercengang dah kenapa tiba-tiba aku cakap pasal mayat ni? Aku pun susun ayat aku cerita kat dia apa yang aku nampak tadi. Pastu aku teringat orang-orang dulu cakap kalau orang Islam ni tali ikat kain kapan kat kepala tu tak dibukak ia boleh menjelma balik jadi pocong.  Ustaz tu cakap aku ni mengarut je, tu cuma kepercayaan orang dulu-dulu.  Lepas tu ustaz tu pun hantar aku balik ke rumah.

Sejak kejadian tu aku tak bawak dah Grimm ke kawasan itu untuk jalan-jalan di sebelah malam, tapi sebelah siang aku selalu je lalu kawasan masjid dan tanah perkuburan tu.  Setelah satu minggu kemudian, aku terjumpa ustaz tu tengah lepak di warung, kitorang pun sembang-sembang kosong.  Ustaz tu ungkit balik pasal peristiwa malam tu.

"Ko ingat tak yang ko cerita kat ustaz pasal ko nampak pocong tu?".  Eh mestilah ingat.  "Kalau ko nak tau, lepas ko citer macam tu, ramai dah mengadu nampak pocong terlompat-lompat kat tanah kubur tu".  Ustaz tu terdiam kejap.  "Aku teringat yang ko cakap pasal tali ikat kapan tu.  Betullah cakap kau, bila kami gali balik mayat arwah tu, memang tali ikat kepalanya masih belum dibuka".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.635123 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list