|
[Jenayah]
Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya. UPDATE: Suami didakwa membunuh. Page66
[Copy link]
|
|
ahm2480 posted on 1-8-2012 04:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
betul tu.. ramai yang terkejut sebenarnya.. sebab aku dah lama kenal dia dan tahu dia macam mana.. ...
apa yg ko nak share? if u really care lah kan
sharing is caring
|
|
|
|
|
|
|
|
nana_nofat posted on 2-8-2012 01:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
dah confius ..byk sangat citer yg lebih kurang bercampur baur kat sini..smua cite bunuh2 tp dah x ta ...
Bagi yang tak larat nak selak page yang
bercambur baur ini..
Meh saya buat summary, atas apa yang saya baca
Summary dia,
Setakat ni, asben dakwa arwah bunuh diri
Tapi post morterm jumpa kesan lebam kat badan arwah
dan kesan jerut, bukan kesan gantung
Asben dia kerja Petrofac (nama tempat kerja)
Orang gelar Man Migraine (ntahlah nape nama gelaran gtu)
Pas pengebumian Arwah, Man kena tangkap
Kena reman sampai 5 Ogos ni
Ada forumer cakap dia kawan Man, Man ni baik.
Ada jiran bagitau kat media yang Arwah dengan Man ni
gaduh sebab Man kantoi, kata Outstation 7hari,
padahal 3 hari je. Lagi 4 hari???
Siap ada kat blog Mazidul, konon kata penduduk kejiranan tempat arwah
kononnya antara orang awal dgr cerita pas balik terawikh
Bagitau yang arwah ni bunuh diri
Padahal polis terang2 bagitau kes ni bukan gantung tapi jerut
Kat blog mazidul jugak ada gambar bilik tempat kejadian.
Ramai lah yang tertanya2 kerana tiada apa terjadi pada kipas
yang kununnya tempat bergantung bunuh diri
ada juga yang tetanya, keadaan bilik agak sedih
seolah arwah dan Man macam ada masalah kewangan.
Parents arwah bagitau media yang arwah dan Man ada masalah sejak kawen lagik.
Sian anaknya, berumur 2 tahun, tinggal dgn atok nenek
Mak teda Ayah teda, direman.
Before kena reman, Man ni siap leh update status FB.
Sembang dgn opismate arwah.
Kira macam, eh, wife dah takda, tapi blh lg dok update status bagai??
Ha. setakat tu je lah. Man dok dalam tahanan nun.
Takde berita yang lebih terkini dah rasanya.
Momod, mohon bagi kedit. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
apple_pie posted on 1-8-2012 04:30 PM ![](static/image/common/back.gif)
meh aku nk bgtau satu rahsia rumahtangga kt korang. rahsia ni mak aku dh bgtau kt aku sejak berzaman ...
KES SUAMI BUNUH ISTERI TUNTUT HARTA
: 16/01/2009 Nama Suhaimi gugur sebagai pewaris ![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0116/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.1.jpg)
| [size=78%]Muhamad Suhaimi Abdul Aziz bersama peguamnya Musa Awang keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
|
SHAH ALAM 15 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Amanah Raya Berhad untuk menggugurkan nama bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz daripada senarai penerima harta peninggalan isteri yang dibunuhnya, sembilan tahun lepas.Hakim Syarie, Saarani Ismail semasa memutuskan perkara itu berkata, Muhamad Suhaimi terhalang atau hilang kelayakan sebagai waris si mati, Faizah Arshad, mengikut mazhab Syafie yang diamalkan oleh mahkamah di Selangor dan pembunuhan yang dilakukan dianggap mempercepatkan perwarisan harta si mati kepada Muhamad Suhaimi.
Saarani berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan anggota keluarga Faizah yang lebih berhak ke atas harta peninggalannya yang berjumlah RM319,445.02.
''Selain itu, mahkamah turut membenarkan satu permohonan teratur dilaksanakan untuk penentuan pihak-pihak dalam pembahagian faraid dan kos (mahkamah) ditanggung oleh Muhamad Suhaimi,'' katanya.
Muhamad Suhaimi, selaku defendan pertama hadir di mahkamah bersama peguamnya, Musa Awang sementara peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar hadir mewakili Amanah Raya, selaku plaintif.
Ibu bapa Faizah, Arshad Shafiee, 81, dan Mariam Abdul Latif, 74, (defendan kedua dan ketiga) bagaimanapun tidak hadir kerana uzur. Mereka hanya diwakili peguam syarie Hairunnajmi Najmuddin.
Amanah Raya sebelum ini mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Muhamad Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445.02 peninggalan Faizah.
Selain Muhamad Suhaimi, dua anak lelaki Faizah, Mohamad Fariz, 18, (defendan keempat) dan Muhamad Syafiq, 16, (defendan kelima) berhak menerima dua bahagian masing-masing sementara anak perempuannya, Sarah, 13, (defendan keenam) hanya satu bahagian, manakala Arshad dan Mariam setiap seorang berhak dua bahagian harta itu.
Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dengan mengeluarkan nama Muhamad Suhaimi sebagai penerima pusaka dan memohon supaya sijil baru dikeluarkan.
Muhamad Suhaimi, 48, didakwa membunuh dengan cara menikam Faizah, pegawai sumber manusia Petronas Carigali, dalam bilik air di rumah mereka di Bukit Damansara pada 3 petang, 25 September 1999.
Dia bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan itu atas alasan kurang siuman dan menjalani rawatan pemulihan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong sehingga 4 Oktober 2007.
Dia kini menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya di Terengganu.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Saarani berkata, keempat-empat mazhab dalam Islam iaitu mazhab Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi sepakat berpendapat bahawa pembunuh adalah dihalang daripada mewarisi harta orang yang dibunuhnya, tetapi mempunyai pendapat berlainan mengenai cara pembunuhan itu dilakukan.
''Berdasarkan Imam Shafie, seorang pembunuh tidak layak untuk mewarisi harta orang yang dibunuhnya sama ada dibuat secara sengaja atau tidak sengaja atau terpaksa. Mahkamah bersetuju dengan pendapat Imam Shafie bahawa seorang pembunuh adalah terhalang untuk mewarisi (harta orang yang dibunuhnya) termasuk orang tidak siuman.
''Pendapat ini bagi menjaga hubungan kekeluargaan kerana pembunuhan boleh dikatakan sebagai cuba untuk mempercepatkan perwarisan harta kepadanya. Mahkamah secara asasnya mengambil kira empat pendapat itu tetapi daripada sudut pengalaman ia lebih mengutamakan pendapat Shafie,'' katanya.
Selain itu, Saarani berkata, walaupun Muhamad Suhaimi dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana tidak siuman, mahkamah itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa pembunuhan telah dilakukan.
Beliau juga bersetuju dengan hujahan peguam defendan kedua hingga keenam bahawa faktor alat yang digunakan oleh pembunuh boleh mensabitkan niat membunuh.
''Dalam kes ini laporan menyebut defendan satu (Muhamad Suhaimi) menggunakan sebilah pisau. Mahkamah berpendapat faktor ini konsisten dengan pendapat mazhab Syafie bahawa alat yang boleh dikategorikan sebagai alat pembunuh ialah alat tajam yang boleh memotong daging dan benda keras. Jadi ini boleh dikategorikan sebagai bunuh dengan niat,'' katanya.
Sementara itu, Muhamad Suhaimi ketika ditemui pemberita di luar mahkamah enggan memberi sebarang komen.
Musa ketika ditanya sama ada akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu berkata, beliau perlu menunggu arahan selanjutnya daripada Muhamad Suhaimi.
''Buat masa ini beliau (Muhamad Suhaimi) kecewa dan terkejut dengan keputusan mahkamah lebih-lebih lagi setelah mahkamah putuskan bahawa beliau perlu menanggung kos semua pihak sedangkan beliau hadir sebagai defendan dan bukan pihak yang mengemukakan permohonan itu,'' katanya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Man is the man for wrong reason! |
|
|
|
|
|
|
|
apa daa ahmad suhaimi ni..tang rebut rete bender ko tak gila lak.....pastu nak frust sbb kena tanggung kos...yg anak2 dan kuarga arwah faizah kena tanggung semua kesedihan dan trauma lps ko bunuh arwah tu ko tak heran pulak....drama betul! Tapi muka dia muka baik jer kan...sadisss betul main tikam2 bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus Katering Bebas Tuduhan Bunuh Isteri
Tuesday, 12 April 2011 | Ruangan: Berita
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQOy8tv5LqqmUofgsXCqqXjSz--2tFB9JNRzCe0s85mvF9NJIkf)
SHAH ALAM, 12 April – Bekas pengurus katering, Mohafri Mohamed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada membunuh isterinya pada akhir tahun 2009.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kelompangan dalam kes pendakwaan ekoran kegagalan untuk memanggilpembantu rumah, Yayok yang berada di tempat kejadian semasa kejadian bunuh itu berlaku.
Sebaik sahaja keputusan dibuat, Mohafri memeluk anak sulungnya, Nurin Irdina, 9, sambil menangis. Mohafri, 38, didakwa membunuh Fazlina Ahmad, 38, di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay di sini pada 30 Dis 2009 antara pukul 5 pagi hingga 10.30 pagi.
Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
BERNAMA Last edited by mallcop on 2-8-2012 02:38 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
owh.. itu rupanya suhaimi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
amat mengelirukan thread ni....pelbagai sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
zila_hakimie posted on 2-8-2012 02:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
Bagi yang tak larat nak selak page yang
bercambur baur ini..
terima kasih zila_hakimie..
p/s - g forummers campo aduk kes lain n kes rumahtangga sendiri dlm thread ni pehal? nyemak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Penyelia Didakwa Bunuh Isteri Disebut Semula 28 Jun
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kes seorang penyelia tempat letak kereta yang didakwa membunuh isterinya yang hamil akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 28 Jun.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan bedah siasat mangsa belum diperoleh.
Pada 28 Mac lepas, Johari Ahmad, 42, yang tidak diwakili peguam, didakwa membunuh eksekutif cukai Suzilah Sabtu, 28, di rumah beralamat No B-8-9, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Cheras, di sini antara 3.30 petang dan 6.41 petang pada 16 Mac.
Johari, dari Kampung Pandan di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Media melaporkan Suzilah mati ditikam ekoran satu pertengkaran. Bedah siasat menunjukkan mangsa yang hamil lapan minggu meninggal dunia akibat ditikam bertubi-tubi.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
me12345 posted on 2-8-2012 02:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
amat mengelirukan thread ni....pelbagai sungguh
Santai2 sementara nk tunggu 6 Ogos lepas tarikh reman habis. Lagipun semua yg diceritakan kt cni semuanya lebih kurang je jugak. Cerita berkenaan penderaan isteri & kes2 yg hampir serupa dgn kes arwah syaleza. Since xde berita lanjut, takkan la nk mereka-reka cerita pulak kan.....so kta bercerita la ttg pengalaman n kes2 lain yg berkaitan seumpamanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
apple_pie posted on 2-8-2012 02:44 PM ![](static/image/common/back.gif)
Santai2 sementara nk tunggu 6 Ogos lepas tarikh reman habis. Lagipun semua yg diceritakan kt cni s ...
ooo....paham....baiklah |
|
|
|
|
|
|
|
mallcop posted on 2-8-2012 02:44 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kes Penyelia Didakwa Bunuh Isteri Disebut Semula 28 Jun
wajah arwah suzila ni pon macam orang baik2..
harap2 laki dia kena hukuman setimpal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah suzilah ni ke yang kena tikam pasal tegur asben tak solat?
ke saya salah |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyo ada laki muke tak malu tuntut harta bini yang dibunuh...sungguh la binatang |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu jgn la letak nama suami kt insuran or kwsp ahaks...aku mg tak letak pon |
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 2-8-2012 02:53 PM ![](static/image/common/back.gif)
Haiyo ada laki muke tak malu tuntut harta bini yang dibunuh...sungguh la binatang
Kan.. muka tembok sangat!
|
|
|
|
|
|
|
|
tinker_bell posted on 2-8-2012 09:19 AM ![](static/image/common/back.gif)
ni ker bersangka baik??kau bersangka buruk kt arwah bunuh diri tak pe pulak??sdgn polis dah kate a ...
aku rasa cam nak maki org tapi ingat posa la plak ...
pi baca balik tang mana aku tuduh dia bunuh diri ... aku cakap ada kemungkinan dia gertak nak bunuh diri tetiba terjadi kemalangan betul2 ... semuanya kemungkinan sajork ... tapi takde aku tuduh bunuh diri ...
baik aku benti sekarang sebelum aku maki budak ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 2-8-2012 02:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
Oleh itu jgn la letak nama suami kt insuran or kwsp ahaks...aku mg tak letak pon
asben awak letak tak nama awak dalam kwsp..
saja tanya, sebab both saya dan asben belum letak penama kwsp lagik
|
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 2-8-2012 02:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
Oleh itu jgn la letak nama suami kt insuran or kwsp ahaks...aku mg tak letak pon
kakak aku siap letak...
bagi 5% jek...
katenye sian...
wat hantaran kot2 nak kawen lagik...
sungguh murni hati kakak aku...
kakak ipar aku lak
siap kate, klu ditakdirkan dier meninggal dulu
dier nak jadik hantu, klu laki dier nak kawen lagik
hebat betul dier boleh jadik hantu...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|