Post Last Edit by madmualij at 11-11-2011 05:51
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu
tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
[al-Nisa’ 4:120]
Yani terdengar suara halus dihujung telinganya..
"aku.. mahu kamu mati!!! "
macam yani kenal aje suara tu... tapi entah dari mana suara tu datang.. tak tahu arah puncanya..
"mamposss kamu wakakakkakaka!!!" zassss!!! Yani rasakan satu tusukan tajam dikepalanya.. Zassss! zasss!! lagi tusukan tajam dikedua tapak tangan dan kakinya.. dan banyak lagi sehinggakan Yani terasa bisa-bisanya sampai ketulang. Zana panic melihatkan keadaan yani yang seolah2 kejang tu.. dan tiba-tiba rebah mcm pokok tumbang.. mengeras "za...na.. to..long.. aku...." suara yani tersekat2.. mulutnya seolah-olah terkunci..
"rasainn kamuu!! wakakaka!"
.... Suara zana makin jauh...
..... Yani dah tak mendengar lagi bunyi sekeliling.. suasana jadi gelap segelap-gelapnya.. Yani dah tak berada di demensinya lagi.. kemungkinan ketika itu Roh Yani telah ditarik ke alam jin.. dalam suasana gelap itu tiba-tiba datang dari jauh satu lembaga.. perlahan2 menghampiri yani.. rambutnya panjang menjurai kebawah.. sambil menundukkan kepala.. lalu berdiri dihadapanya.. Yani ketakutan yang amat sangat ape mende nihh ?? rupanya seperti nenek tua.. bertongkat.. memakai pakaian lusuh.. apalah lagi yang akan menimpanya lagi.. Nenek tua itu bersuara.. "Mahukah nenek membantu kamu wahai cucu ?" yani yang ketika itu tanpa berfikir panjang.. terdesak dengan asakan gangguan yang dihadapainya lalu berkata "boleehhh! bantulah aku nenek!! tolong aku nenek!!" nenek tua itu tersenyum.. bangga dan megah lalu menghulurkan tangan kanannya.. seolah mengenggam sesuatu.. "nah..ini pemberian nenek.. kamu terimalah ya wahai cucuku.. inilah pemberian turun temurun.. kamu akan selamat cu..." di tapak tangan nenek tu ada satu bungkusan kuning.. Yani tanpa berfikir panjang terus mengambil bungkusan itu tiba-tiba nenek tu mengilai dengan kuat "hiiiiiiihiihihiiiiiiiiiihhiiiihihihihhihiiiiiii!~ kamu akan selamat cuu..." sepantas kilat nenek tu menghilang... Yani tersedar!.. sakitnya semua hilang..
zana: yani kau ok ke ni ?
Yani: ok zana.. aku ok!
zana: kau sebut nenek2 tadi tu amende ?
Yani: eh!? ermm..
Yani berfikir panjang apa yang berlaku keatasnya sebentar tadi.. pelik bermain difikiranya.. tadi dia rasa sakit menyucuk2.. kejang kebas.. tiba-tiba semuanya hilang.. dan siapa pulak nenek tua dalam bayanganya tadi.. ?
Yani: entah.. dia kata aku cucu dia.. dia nak tolong aku.. so aku bagi la dia tolong aku.. terus aku sihat gini hehe pelik kan ?
zana: uik ? erm.. kita kena mintak tolong dengan Allah swt.. bukan ngan mende pelik2 gitu...
Yani:..ish.. lambat la.. ni ha tak sampai 5 minit aku dah ok ni! hehehe
Yani dah lupa.. begitu cepat seseorang insan itu lupa.. baru beberapa minit tadi yani nak bertaubat.. sekarang lain pula ujianya yang datang.. malah megah pula dengan kepelikan yang dia lalui sebentar tadi.. "esok kita gi ikhtiar lah ye ?" kata zana dalam risau.. "ishh takpe.. aku dah sembuh ni hehe caya laa! " yani sambil berjoget2.. zana hanya menggelengkan kepala.. dan mendiamkan diri.. dia masak sangat dengan perangai kawanya yang pantang ditegur.. kalau tegur kompom gaduh.. zana serba salah hanya mampu berdoa..
Dah sebulan Yani selamat dari gangguan.. dalam tempoh sebulan itu tiap-tiap malam Yani akan mimpi dilayan seperti puteri raja.. tetapi.. masuk bulan kedua.. mimpi2 indah itu telah berubah menjadi mimpi ngeri.. nenek yang selama ini melayan yani dengan mesra sekarang sudah mulai menganas.. nenek itu nak darah yani.. yani merelakan.. sejak itu badan yani terasa esu dan berat.. bangun saja dari tidur.. pasti ada lebam2 di peha dan betis yani.. Tiba-tiba yani diserang gangguan seperti yang mula2..tidak ada lagi mimpi indah.. mimpinya bercampur baur.. merepek2.. ngeri.. kejap mimpi ular hitam.., mimpi anjing hitam.., air kotor.., mimpi tandas dan macam2 lagi.. badannya kembali bisa2.. telinganya kembali berdesing.. bisikan suara indon kembali ke gegendang yani..
Bersambung...
iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim). Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” al-A’raaf 7:16-17 |