CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-11-2012 01:30 PM | Show all posts
Sendu Di Hujung Rindu

mahu kamu tahu
andai ada sendu di hujung rindu
itu tandanya cinta telah menakluki hatimu...

mahu kamu tahu
andai ada sayu di hujung rindu
itu tandanya cinta telah berputik di hatimu...

tak gitu...

CNM, 12/11/12, 1.19pm, THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2012 02:32 PM | Show all posts
Memori Daun Pisang

hah! ini bukan tajuk lagu dangdut Iwan
memori daun pisang
yang banyak kenangan
hampir setiap petang
kumencari daun pisang
buat membungkus kuih tiga dara sebilik
memori yang tak mungkin carik
kekal dalam hamparan sejarah hidupku yang perih...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 03:47 PM | Show all posts
Jangan Gelak

nenek: sedalam mata cintamu padaku...

atuk: sedalam lesung pipitmu itu...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 04:04 PM | Show all posts
Dua Air Mata

dua air mata
di hari persandingan seorang dara
aku nak cerita;

satunya
air mata syukur
temui cinta luhur...

duanya
air mata derita
dipaksa terima cinta pilihan orang tua...

CNM, 12/11/12, 3.59pm, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 08:06 AM | Show all posts
hati!

hati!
tolong
jangan ada titik benci
kerana dikhuatiri
jadi tunas kehancuran
dalam sebuah keharmonian...

hati!
bantu
jangan ada cebisan iri
kerana dibimbangi
jadi semaian sengketa
dalam sebuah kerukunan...

hati!
berlapang dada
jangan berprasangka
kerana dijangka
jadi api pemula
dalam kebakaran jiwa...

CNM, 13/11/12, 8.05am, THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 08:47 PM | Show all posts
Tanah

teman
usah gusar
di akhir nanti
pasti antara kita memiliki tanah...

sebelum memilikinya
kita perlukan sekeping sijil
sijil yang kita tak akan pernah pegang untuk selamanya...

sijil kematian untuk tanah kubur.

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2012 09:12 PM | Show all posts
Menadah

mereka menadah
barang kali kerana tiada upaya
tidurnya berselimutkan embun
rumah berbumbungkan langit
bertilamkan simen
berbantalkan tulang lengan...

syukur kita masih mampu menadah
mengucapkan alhamdulillah
dengan selesa...

CNM Last edited by Goldkey on 13-11-2012 09:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 10:16 PM | Show all posts
Tanah Tumpangan

kata atuk
tanah ini bukan tanah kita
tanah tumpangan yang atuk sewa
janji mulut tok ketua dengan taukeh cina
haji duduklah sampai bila-bila...

tiga generasi masa
janji entah ke mana
tanah ini tanah kami punya
keluar dari hak milik kami katanya
itulah sejarah yang nyata
betapa terhina andai tiada harta...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2012 11:00 PM | Show all posts
Laut Kasih 239

betapa rindu ini
kian memuncak
menghidu wangian laut kasihmu
dari terbit sinar suria pagi
hingga embun dara menitis sepi
rinduku menjadi-jadi...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 11:08 PM | Show all posts
Laut Kasih 240

datanglah kasih
pekat malam kian berlabuh
rinduku menghimpit rasa
biar embun jadi saksi
hangatan kucupan laut kasihmu
meredakan bahang asmara ini...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 11:24 PM | Show all posts
Gulai Kawah

dimasak bawah khemah
kenduri dapat menantu anak tuan tanah
ramai berewang ramah tamah
senang hati tuan rumah
majlis dipermudah...

gulai kawah
wangian menggamit menjamah
makan kenyang teringat sampai ke rumah
daging kambing juga lembu pawah
enak tak dapat disanggah...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 07:14 AM | Show all posts
Sebalik

yakin dik!
di bawah gelora lautan
ada suatu daerah tersembunyi
yang tenang setenangnya
carilah...

yakin dik!
di sebalik awan mendung
ada suatu hamparan langit biru
yang terang membiru
tunggulah...

yakin dik!
di bawa kerak bumi gersang
ada mata air yang menyejukan
melegakan kehausan
galilah...

CNM, 14/11/12, 7.14am, THMK Last edited by Goldkey on 14-11-2012 07:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 08:07 AM | Show all posts
aku berpesan dik!

persoalan demi persoalan
yang dia seringkali tepis penuh helah
menyembunyikan seribu satu sandiwara
ada agenda yang terancang
bahawa kesetiaan perlu berbalas kejujuran
bahawa kejujuran perlu hadir tanpa paksaan...

sia-sia belaka sebuah pengorbanan
sekiranya dia tiada keikhlasan
demi masa depan aku merayu
waspada dengan helah bernoda
kelak hanya ditemani air mata
cinta suci berbalas selautan tuba...

CNM, 14/11/12, 8.07am, THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 08:38 AM | Show all posts
apa lagi yang dimahukan

apa lagi yang dimahukan
setelah cinta kasih sayang ditabur
senyum tawa dipersembah
janji sumpah setia tetap dilupa
pasrah andai perpisahan jua akhirnya...

apa lagi yang dimahukan
setelah kehendak hati dituruti
tidak ada sesekali mengingkari
sedang kehambaran wajah menghiasi
pasrah andai terputus dalam keterpaksaan...

tiada guna memendam segala
kerana cinta perlukan belaian manja
bukan penderaan rasa
yang dalam kesengajaan dicipta
membarahkan luka...

CNM, 14/11/12, 8.36am, THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 05:28 PM | Show all posts
dedikasi untuk sain

dialah sain
jak dulu dialah sain
jak sekolah menengah duk sain
sama-sama masuk U duk sain
lo ni ikut jale masin-masin...

dialah sain
lamo bena duk sain
macam adik beradik buke orghe lain
sama-sama kejar impiyer bersaing
lo ni ikut haluwe masin-masin...

CNM

p/s baca ikut loghat Klate Last edited by Goldkey on 14-11-2012 06:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 06:20 PM | Show all posts
Salam Maal Hijrah 1434h

Maal hijrah mencatat sejarah
hijrah Nabi dari Mekah ke Kota Madinah
atas rasa kecintaan kepada ummah
penuh kasih melakukan hijrah
meneruskan perjuangan di luar Kota Mekah
membangunkan ummah perteguh akidah
menyatukan manusia taati syariat Allah.

Kita ummatnya patut teguh sudah
ada al-Qur'an dan as-sunnah
tiada pecah belah
mengenggam tali-tali Allah
La Illah Ha Ilallah
Muhammad Rasulullah
aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu persuruh Allah.

CNM, 14/11/12, 6.13pm
THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2012 10:55 PM | Show all posts
Laut Kasih 241

dalam diri kita sama mengalir
haruman wangian laut kasih
mewangi sepanjang zaman...

engkau ditakdir milikku
aku ditakdir milikmu
kasih ini bak dian menyuluh kamar cinta...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 11:43 PM | Show all posts
Bicara Ziana Zain(ZZ) Bicaraku

kata ZZ setiaku di sini
mempertahankan cinta suci,
setiaku di sini
membaca puisi-puisi teman sejati.

bicara ZZ tiada jodoh antara kita
jodohnya dengan pramugara,
ya memang tiada jodoh antara kita
kerana kita tak pernah bersua.

lafaz ZZ madahmu madah berhelah
memulakan sengketa dalam bicara,
anggapanmu kusangkal dengan hemah
aku bermadah berkongsi rasa.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 11:44 PM | Show all posts
Terputuskah?

hangatan cinta kian mendingin
dalam rindu tergenggam warkah
setelah membaca dalam gementar jiwa
coretan bingkisan memilukan penuh duka
pudar sudah sinar cinta
buat kutermenung dalam gelisah
bicaramu adakah hanya menduga...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 06:58 AM | Show all posts
Bicara Ziana Zain (ZZ) Bicaraku II

ungkapannya
terkenang jua
bahawa ada rindu dari kejauhan,
memang bila berjauhan akan ada rindu
itu tandanya cinta kasih sayang subur di hatimu.

luahannya
sepi tanpa rela
kerana cinta hanya pada kata-kata,
hati-hati dengan cinta segera
selalunya ia bersalut tuba.

bisikannya
hanya waktu akan menentukan
walau cinta tiada lagi bayangan kasih menghantui,
sesiapa pun andai telah tercurah kasih
pasti tersisa harapan untuk bersama.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 1.133193 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list