CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdsMsia

[Tempatan] Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

 Close [Copy link]
Post time 29-12-2013 01:01 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 29-12-2013 12:38 AM
Owh thanks bang roi, Bedah tak rabun so agak kabur2 sikit factor korang yang rabun neh. Nampak mas ...

fikir banyak...mmg boleh merabunkan mata...rambut gugur cam einstein...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 01:01 AM | Show all posts
huk aloh..ridhuan tee pun dah takleh berpikiran positip lagik...camana nih prof muhaya?
prof muhaya sila bagi motivashit ke ridhuan tee ini


Jangan sakiti hati Melayu
RIDHUAN TEE ABDULLAH
23 Disember 2013

KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.

Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.

Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.

Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.

Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.

Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.

Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.

Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.

Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.

Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.

Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.

Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.

Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.

Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.

Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.

Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.

Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:02 AM | Show all posts
abgboroi posted on 29-12-2013 12:57 AM
kalau tgk kpj ...setiap temu janji melalui kpj tu sendiri..bukan melalui klinik doktor pakar terse ...

Ga usah propa sgt lah boroi oii Suka sgt jadi prof serba pandai...KPj itu pemilik kuantan specialist....sepanjang berurusan dgn KSH....saya berurusan dgn klinik pakar tersebut....register nama jah melalui kaunter KSH dan bahagi tahu apa jenis sakit kamu....nanti mereka terusan minta kamu ke klinik pakar tersebut untuk kamu setkan temujanji dan beramas mesra dgn doktor....hospital ga campur pun ursan temujanjia kamu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:06 AM | Show all posts
C.K posted on 29-12-2013 12:57 AM
Sebelum lasik pun kami udah diberi konsultasi....kami sedia maklum kesan jangka panjang yang korne ...

jgn salah faham...bukan maksud aku dalam semua kes...sebab kebiasaanya lasik ni akan memulihkan mata dari masalah rabun tadi..dan bebas cermin mata...cuma beberapa kes tu jer....sebab ada kes masih memerlukan cermin mata..cuma power dia kurang dari sebelumnya...aku bukan againts lasik pun...ada forum bercakap pasal menda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:09 AM | Show all posts
bergocoh lah kamu berdua ini
tahun depan world cup
bergocoh lagi pasai broadcast rights world cup pula
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:10 AM | Show all posts
C.K posted on 29-12-2013 01:02 AM
Ga usah propa sgt lah boroi oii Suka sgt jadi prof serba pandai...KPj itu pemilik kuantan spe ...

ntah laa CK...mungkin aku silap...beberapa org pakar aku kenal kat sini ...aku x tahu laa di tempat lain...aku biasa di ampang puteri....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2013 01:11 AM | Show all posts
bini bam boboi yg kuat pas tu belum ajak boboi masuk tido ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:13 AM | Show all posts
abgboroi posted on 29-12-2013 01:06 AM
jgn salah faham...bukan maksud aku dalam semua kes...sebab kebiasaanya lasik ni akan memulihkan ma ...

Itulah pentingnya sesetengah isu kita perlu bicara dari pengalaman sendiri berbanding bucara dari pengalaman orang lain Namun kes yang kamu nyatakan itu antara kes2 yang kena merujuk ke doktor pakar dia kembali....dangkal jika dia tidak merujuk sementelah lagi sesudah lasik kamu masih ada beberapa sesi lawatan ke doktor untuk ujian/rawatan susulan...untuk memastikan yang lasik kamu berjaya.....doktor saya lah..doktor org lain saya ga pasti bagaimana mereka jalankan prosedur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 01:14 AM | Show all posts
hzln posted on 29-12-2013 01:09 AM
bergocoh lah kamu berdua ini
tahun depan world cup
bergocoh lagi pasai broadcast rights world cup  ...

aku biasa jer..tapi dia yg emo...aku cakap certain kes...dah dia fikir yg bukan2 ...ni masalah manusia salah sangka ni susah....

by the way..dia pun kena kurangkan rasa diri dia betul...banyak jugak dia salah...tapi x mahu buat kajian sendiri...lagi mahu hentam aku...

aku x berapa suka sangat berdebat/bergocoh ngan perempuan...aku tahu..aku akan kalah juga akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:16 AM | Show all posts
hzln posted on 29-12-2013 01:11 AM
bini bam boboi yg kuat pas tu belum ajak boboi masuk tido ka?

awal lagi ni...hang nak borak ngan bini aku ker...ehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:18 AM | Show all posts
hzln posted on 29-12-2013 01:11 AM
bini bam boboi yg kuat pas tu belum ajak boboi masuk tido ka?

Main sakat2 boboboy tengah malam buta segini...mahu mdapat surat layang dari intan01...haa hati2 ...haru jah

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:20 AM | Show all posts
abgboroi posted on 29-12-2013 01:14 AM
aku biasa jer..tapi dia yg emo...aku cakap certain kes...dah dia fikir yg bukan2 ...ni masalah man ...

Saya memang suka sangkal orang2 yang kuat propa dan kaki propa..supaya tidak beterusan mempropakan keadaan sekaligus lagak prof serba tahu..ujung2 hanya bicara atas pengalaman orang lain Maaf jika butthurt...saya tidak akan menjaga hati sesiapa ketika komen
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
PitMie posted on 29-12-2013 12:47 AM
Mslh jgk dgn org yg paham isu kritikan trhdp Prof Muhaya ni dari satu sudut or aspek semata sdgkan ...

Kalulah dia nak baca....
Tak tau kita ni dah tak tau nak positif mcm mn lagi...
Mommy pon tepek gak penulisan dr. Maza..kalu dia rajin dia baca n dia akan faham..kenapa kita dah tak boleh nak positif..and knp rmi org marah.... Ramai rs xrelevan....

Diorang xfaham..dalam keadaan sekrang..nukilan prof muhaya tu lebih kepada menyalahkan rakyat yang xnak berusaha untuk meningkatkan pendapatan sendiri setiap hari...

Ntahlah.... Teus terang mommy cakap..
Siapa sj yang acapkali keluar di tv..mommy takkan hormat selepas ni..sbb rs..sm sj dorg ni..jag perut sendiri ja..



Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:25 AM | Show all posts
jika tetiba dapat surat layang dr intan01 sila forward ya...spt biasa...
saya perlukan hiburan tika ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Xfaham macam mana masyrakat malaysia nak positif lagi..
Subsidi di potong....
Kenaikan harga... Alasan untuk jana pendapatan negara...

Padahal..banyak yang boleh dijimatkan...
Mcm cadanagn untuk gunakan pesawat komersial...
Bil elektrik rumah pm yang tinggi...kos penyenggaraan...
Konsert yg dibiaya kerajaan..
Bayaran artis untuk program2 hiburan yang xperlu...
Projek2 yg gagal....

So prof muhaya...lebih baik amik masa skit nak jawap soalan dari pemberita...
Dari cakp benda yang xrelevan...sbb rakyat skrg bukannya bodoh..banyak pakar2 juga....
Sy yg xpakar ni pon boleh fikir..inikan pulak rakyat yg pakar dan cerdik pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:31 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 29-12-2013 01:21 AM
Kalulah dia nak baca....
Tak tau kita ni dah tak tau nak positif mcm mn lagi...
Mommy pon tepek  ...

yg jadi marah meluap2 tu bukan apa sangat
-sbb statement menteri super bangang sentiasa
-sbb mereka yg berada di puncak kuasa tak segan silu tayang segala kemewahan

more to SAKIT HATI saja
bukan sbb rakyat ni dah kebulur sangat pun hasil dari segala itu naik ini naik ni




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2013 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 29-12-2013 01:31 AM
yg jadi marah meluap2 tu bukan apa sangat
-sbb statement menteri super bangang sentiasa
-sbb mer ...

Yep..betul...
Kalu kita xmarah kang naik lagi..
Dalam dok komplen byk ni pon dia boleh kata rakyat xkomplen...

Nak kita angguk angguk..geleng geleng ikut gelunjuk je....
Nasib..nasib
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:35 AM | Show all posts
C.K posted on 29-12-2013 01:20 AM
Saya memang suka sangkal orang2 yang kuat propa dan kaki propa..supaya tidak beterusan mempropakan ...

sebab tu ada banyak pendapat...takkan org nak terima satu pendapat jer...nama pun komen dalam forum...takkan ko nak terima bulat begitu jer....

pendapat ko x 100% betul...takkan aku nak terima plak...x cerna otak aku ni....CK oii...

ni ko nak citer pasal lasik plak...masa bila plak aku kata lasik ni x bagus...kalau aku tgk org buat lasik masih pakai cermin mata(sebab aku pernah nampak)....ko fikir aku reka citer plak?  aku pun ada buat kajian pasal menda ni...lagi satu aku x againts lasik ok....

jgn laa cakap aku propa laa..laa apa laa..yg hakikatnya ko siapa? bukan kenal aku pun...jgn kerana mulut badan binasa....ck

yg masalahnya pada diri ko tu...yg sakit hati sangat ngan aku ni....bila org carut kat ko..ko marah..ko bukak citer org tu carut kat ko sana sini...bukan ko nak amik iktibar pun...sebab ko kena carut...

dah laa CK oii...ni forum ajer..org nak releks kepala otak...kalau diorang nak info lebih tepat...pi jer laa google...tak yah layan komen2 dalam forum ni...semua org boleh cakap apa saja....

aku dapat banyak report org bercakap pasal ko CK...tapi aku x nak panjangkan citer...aku diamkan saja laa...ko patut fikir...apa kita cakap dalam forum ni adalah mengambarkan hati kita juga....


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:37 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 29-12-2013 01:21 AM
Kalulah dia nak baca....
Tak tau kita ni dah tak tau nak positif mcm mn lagi...
Mommy pon tepek  ...

Pndgn Dr Ridhuan Tee kat atas pun cantik, bukan unsur politik tp lebih kpd mengajak pemerintah utk lebih telus dlm memimpin...atau teguran ikhlas gittew.


Paling tak menahan bila Prof jwb kritikan tu balik mcm taknak mengaku dia kurang sensitif dgn persekitaran & hakikat kehidupan rakyat marhaen di serata Malaysia.. Ajak utk tingkat pndptn bukan tak logik lgsg cuma kesesuaian utk benda tu dlm situasi skrg, apakah setiap rakyat yg keja biasa2 kena bukak bisnes masing2 atau kalau yg kejer shift bayar hari, kena kejer bagaikan takde shift 24/7? Jgn judge org susah krana diorg sume malas kerana kekayaan & kesenangan ALLAH yg bg, jgn skali2 anggap semua kekayaan kita miliki dgn usaha kita sepenuhnya tanpa keizinan Ilahi.





Prof last2 ckp "sy tak marah & rasa kasihan" - merujuk kpd rakyat2 yg kritik & marah dia kes pndgn awal dia....apa maksud dia rasa 'kasihan'? Seolah2 nak ckp orgramai yg pertikai dia "SO LAME" gitew kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 01:40 AM | Show all posts
hzln posted on 29-12-2013 01:01 AM
huk aloh..ridhuan tee pun dah takleh berpikiran positip lagik...camana nih prof muhaya?
prof muhay ...

Ini antara pndgn Dr Ridhuan Tee yg aku puji.....tahniah kpd beliau kerana at least, dia ada courage utk tegur pemerintah tanpa melibatkan sentimen politik apatah lg atas nama nak jaga periuk nasik sendiri last2 ajak org redha terima seadanya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.295311 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list