baru google Swiss Cotton tu apa... hehe..tak perasan pula ada ke tak kain tu.. cuma kain cotton kat situ banyak corak bunga kecil kecil..English Cotton..
ni kain kita beli hari tu..I beli 2 kain je...
kain ni dah selamat digunting jadi baju kurung.. tapi tak siap lagi bahagian lehernya..
yup..RM15 semeter kain yang kat rak bawah.. rak kat tepi tu mostly RM20 ke atas untuk semeter...
tapi kain cotton sini mostly bidang 60 so okay la dengan harganya...untuk saiz I beli 3 setengah meter dah cukup untuk buat baju kurung...kalau kat Kamdar banyak kain bidang 45...kena beli 4m...
elle.. baju kurung x jahit tepi tu mcm mana?..
dan kelim betawi tu apa?.. maksudnya baju kurung pesak ke?..
bukan fesyen baju kurung pesak,dia sejenis kelim..kalau cara jahit baju kurung, biasanya kita guna kelim belah Kangkung kan..
gunting kain, jahit tepi dan kita sambungkan kain..
like this..
yang warna hijau putus2 tu bahagian yang kita selalu jahit tepi...
tapi zaman dulu2 kan takde mesin jahit tepi, so our grandma dulu kalau nak bagi kemas bahagian dalam baju yang dijahit, mereka create kelim Betawi (French Seam).. di mana kelim ni, bahagian kain yang tak dijahit tepi tu disorok ke dalam kelim tu..
garisan biru putus2 tu bahagian yang kita selalu jahit tepi ..tapi untuk kelim ni, kita tak perlu jahit tepi.. sebab kat gambar no 4 tu N perasan tak kita dah sorok bahagian ni ke dalam kelim tu..
kat gambar ni beliau tengah jahit dari bahagian dalam baju, tapi kita tak nampak pun part yang dijahit tepi kan ,sebab beliau guna kelim Betawi..can see kat tempat2 sambung kain tu kelim dia tebal, sebab kalau buat kelim Betawi akan ada 4 lapis kain yang dicantum so tebal la kelim ni dari kelim belah Kangkung...
so kemas je la bahagian dalam baju kita bila dah siap nanti...