View: 10426|Reply: 6
|
[Tempatan]
Gara gara liat bayar sewa,kerajaan laksana kad akses untuk penghuni melepasi pondok pengawal dan juga menggunakan lif.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 2-2-2025 10:59 PM
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kad akses untuk program perumahan rakyat (PPR) akan diteruskan untuk memastikan kutipan sewa yang mencukupi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, keadaan itu juga dapat memastikan kemudahan PPR dijaga dan diselenggara dengan baik.
Beliau berkata, terdapat penghuni melanggan perkhidmatan TV yang berharga RM178 sebulan, tetapi tidak mahu membayar sewa berharga RM124.
“Oleh itu, mereka bukannya tidak berkemampuan, tetapi tidak mahu membayar,” katanya kepada China Press.
Kor Ming berkata, daripada 19,200 penghuni PPR di Johor, hanya 45 peratus yang membayar sewa atau yuran penyelenggaraan sebelum ini.
“Apabila kad akses dilaksanakan, peratusan penghuni yang membayar telah melonjak kepada 90 peratus,” katanya.
Beliau berkata, PPR baharu akan melaksanakan sistem kad akses, manakala PPR sedia ada akan melaksanakannya selepas menukar lif baharu.
“Kementerian memperuntuk RM185 juta untuk 358 projek penyelenggaraan PPR dan kami mahu menukar lebih 100 buah lif yang ada.
“Semua lif ini akan mempunyai sistem kad akses,” katanya.
Menurutnya, penghuni perlu menggunakan kad akses untuk melepasi pondok pengawal dan juga menggunakan lif ke aras mereka
“Jika tidak membayar yuran penyelenggaraan sebanyak tiga bulan, maka kad akses tidak akan berfungsi,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tp kalau byr sewa, tuan rumah yg xbyr bank mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat penang dah wat lama.. cam dah berkurun gak le |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah buat camtu.
Takdela isu tunggakan maintenance beribu2.
Pastu lif rosak, koridor penuh sampah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentaliti subsidi.. begitu lah |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada gak rasa nak ambil tindakan yg perlu. Selama ni bela sgt deme2 ni tau la byk yg dpt msk krn tettttt |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik di Malaysia ada Nga Kor Ming |
|
|
|
|
|
|
| |
|