CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 26-3-2010 02:34 AM | Show all posts
2. Nak mengaji kat forum maya ni ?.. .. baik teruskan pengajian dikelas2 agama dimasjid seperti yg kamu lakukan.Apa yg aku tulis disini sekadar ransangan untuk berfikir dan mencari apa sebenarnya dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

3. Penting sangat ker syair yg memuja2 manusia tu - junaid dah berkepak? ..siapa yg nampak dan beritahu pada penyair tu ?


soalan no 2 nazrul humaira jawab begini.di masjid atau madrasah pun kita mengaji disini pun mengaji juga asah minda dengan musyakarah2 begini dapat kita tgk perbandingan ilmu.

soalan no 3 nazrul pula humaira jawab begini. tak salah bagi kita memuji manusia.macam humaira puji bf humaira.tak salah bukan??sebab kita sayang dan suka pada dia.tapi lebih utama ialah ALLAH segala pujian hanya utk Dia.

1. Adakah semua ulama mengikut fahaman sufi ?
2. Adakah semua mazhab2 adalah mazhab sufi ?
3. Adakah seluruh umat Islam mempraktikkan amalan sesat sufi?


1. tidak semua ikut fahaman sufi kerana masing masing ada bidang masing masing
yg saya tahu Al-Imam Asy-Syafi’i  bgus dalam bidang fiqh tapi tetap memahami dan pelajari bab tasawuf.

2. tidak juga semua mazhab..mazhab sufi..tapi sudah pasti akan ada sangkut paut..kerana ilmu Allah juga.

3. humaira tak pasti bab tuh sebab takder database sahih utk semua umat Islam seluruh dunia pratik ilmu sufi yg sesat.tapi tak semua ilmu sufi itu sesat itu pasti.

wallahualam
humaira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 11:13 AM | Show all posts
Kehendak (kemahuan) hamba tidak terlepas dari kehendak (kemahuan dan izin) Allah.. sifat berkehendak manusia diadakan atas kehendak Allah.. Amal perbuatan yg baik dari pilihan hamba adalah kurniaNya dan amal perbuatan mungkar adalah atas izinNya. Kesan pilihan hamba itu dipertanggung-jawabkan atas diri mereka dengan azab kubur, pertanyaan malaikat, dihari kebangkitan, perhitungan amal dan balasan Al-Jannah atau An-Nar.
   Jika Imam Syafi'e berfahaman jabariah (Pemaksaan atas semua amal perbuatan manusia), tidaklah beliau membenarkan akibat2 dari kehendak manusia itu kerana segala amal perbuatan itu tidak boleh dipertanggung-jawabkan kepada pelaku perbuatan itu.
   Adapun "takdir baik dan takdir buruk semuanya dari Allah" .. ini untuk menerangkan takdir (kehendak) Allah yang tiada kaitan dengan kehendak manusia seperti rezeki, jodoh, Ajal, bencana alam dll yg manusia langsung tiada daya untuk membuat pilihan. (  Dulupun aku dah terangkan perkara ini!)
Nazrulism Post at 25-3-2010 21:51


dari post yg mike anto...maknenye mike setuju dengan fahaman ahli sufi tentang takdir,so...mike masih nak mengatekan semua ahli sufi sesat?sebab itule basic faham ahli sufi tentang takdir....so..jgn cepat sngt mengatekan semua  ahli sufi atau tarekat  tu sesat selagi mike belum mendalami ilmu tentang tasauf yg mana pengarang2 kitabnye dari kalangan ulama2 sufi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by fathan at 26-3-2010 12:05
Mencintai Rasulullah s.a.w tidaklah sampai seperti pemujaan umat kristian   kepada Isa a.s dan pemujaan   kaum sufi kepada tok-tok wali sufi .

Mencintai Rasulullah adalah mengi ...
Nazrulism Post at 24-3-2010 11:40

mike tau ke yg mana makne cinta yg mana makna pemujaan?nampak sangat mike ni xtau langsung maksud cinta?mike xpenah becinta ke?aik?xkan teruna bangke kut?ataupun xade pompuan yg berkenan kat mike disebabkan keegoaan mike tu?
ahli2 sufi mencintai rasulullah lebih dari mencintai dirinya sendiri.
Sabda Nabi saw:

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku, kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri" dan Syaidina Umar berkata: " Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri" (hadis riwayat Bukhari)

pemujaan adalah ritual seperti penyembahan si kapir pada berhala(itu budak taska pun tau membezakan).

ahli sufi menyayangi guru mursyid & waliyullah sama mereka menyayangi dan menghormati kedua ibu bapa mrk.

baguihle tu....moga2 Allah ambik kire semua tomahan&fitnah mike pada ahli sufi yg benar.Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:41 PM | Show all posts
dari post yg mike anto...maknenye mike setuju dengan fahaman ahli sufi tentang takdir,so...mike masih nak mengatekan semua ahli sufi sesat?sebab itule basic faham ahli sufi tentang takdir....so..j ...
fathan Post at 26-3-2010 11:13


Mike setuju dengan apa yg teman tulih.. Alhamdulillah!
tapi itu bukan fahaman sufi.. kerana saya BUKAN orang sufi.
Pada orang sufi.. manusia tiada keterlibatan atas apa-apapun.. (tiada kemerdekaan berkehendak).

   Salah faham mengenai takdir telah menimbulkan banyak angkara dan kekacauan di kalangan orang ramai. Puncanya ialah tidak dapat membezakan di antara ilmu Allah yang azali dan segala ketetapan yang telah dibuatNya mengikut ilmuNya itu di alam  ini serta Allah mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana ia berlaku, dengan ikhtiar serta pilihan dan kehendak hamba-hambanya yang telah dijadikan oleh Allah sebagai asas dan dasar bagi tanggungjawab serta hisab kelak. Hamba Allah mempunyai kemahuan tertentu di mana ia melakukan perbuatan yang ia mahu tetapi bukan melakukannya kerana paksaan dari Allah tanpa ia sendiri yang menghendakinya.

   Golongan sufi tidak memahami akidah syar’i yang telah diterangkan Allah di dalam al-Quran dengan secukupnya dan yang telah dihuraikan Rasulullah s.a.w dengan selengkapnya. Mereka menyangka kejahatan, maksiat dan kedurjanaan itu adalah dikehendaki Allah kerana sukakannya, sedia menerimanya dan meredhainya. Mereka tidak tahu semua perkara itu tunduk kepada kehendak dan masyiah Allah semata-mata, tetapi bukan bererti pelakunya terpaksa melakukannya kerana Allah menghendakinya melakukan demikian dan tidak berupaya menahan dan menghalang dirinya dari melakukannya. Iradat Allah itu ialah iradat berlakunya sesuatu perkara itu, dan masyiah-Nya ialah keizinan dan kebenaran berlakunya. Kerana itu ada pula balasan kepada pelakunya di dunia dan di akhirat, ada celaan, ada kutukan dan ada larangan supaya menjauhi kejahatan dan maksiat.


Kerana tidak memahami akidah syar’i inilah golongan sufi berpendapat perbuatan orang-orang kafir dan orang-orang jahat sesuai dengan kehendak dan kesukaan Allah!! Demikianlah Hallaj dan Ibnu Arabi mendakwa Iblis dan Firaun telah mengenal hakikat dan kedua-duanya bertindak dengan perintah Allah! Kerana itulah Iblis enggan sujud hormat kepada Nabi Adam a.s, dan Firaun enggan beriman kerana mendakwa dirinya itulah tuhan dan seterusnya enggan berpatah balik dari dakwaannya itu!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 06:14 PM | Show all posts
mike xpenah becinta ke?aik?xkan teruna bangke kut?ataupun xade pompuan yg berkenan kat mike disebabkan keegoaan mike tu?

Maaf.. tiada masa membalas 'hujah' begitu !

pemujaan adalah ritual seperti penyembahan si kapir pada berhala(itu budak taska pun tau membezakan).

Patutpun.. mudah kena kelentong dengan tok sufi, tahap budak taska!

ahli2 sufi mencintai rasulullah lebih dari mencintai dirinya sendiri.

Cinta sahaja?.. tapi Sunnah Baginda s.a.w dikesampingkan dengan alasan ilmu hadith itu diambil dari orang yg dah mati dan kaum sufi menyanjung kasyf dan ilmu laduni tok2 sufi mereka.

baguihle tu....moga2 Allah ambik kire semua tomahan&fitnah mike pada ahli sufi yg benar.Alhamdulillah


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisa :59)

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." (An-Nisa : 60)
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 06:47 PM | Show all posts
tidak semua ikut fahaman sufi kerana masing masing ada bidang masing masing
yg saya tahu Al-Imam Asy-Syafi’i  bgus dalam bidang fiqh tapi tetap memahami dan pelajari bab tasawuf.

  Al-Imam Asy-Syafi'i tidak mengambil Ilmu dari kasyf dan ilmu laduni seperti kaum sufi.   
Imam asy Syafi’i Rahimahullahu menjelaskan bahwa Al Qur’an merupakan pedoman, petunjuk, dan pembimbing. Barangsiapa senantiasa menggali ilmunya maka dia akan memiliki kedudukan yang tinggi, sesuai kadar ilmu al Qur’an yang dimilikinya. al Imam asy Syafi’i Rahimahullahu berkata, "Semua yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab-Nya merupakan rahmat dan hujjah. Berilmu bagi orang yang mengetahuinya dan jahil bagi yang tidak mengetahuinya. Tidak berilmu orang yang jahil terhadapnya, dan tidak jahil orang yang mengilmuinya. Sedangkan manusia bertingkat-tingkat dalam keilmuan. Kedudukan mereka dalam ilmu sesuai tingkatan mereka dalam mengilmuinya (al Qur’an).” (Ar-Risalah, al Imam asy Syafi’i hal. 19)

   Beliau  juga menjelaskan bahwa kebahagiaan serta kemenangan hidup di dunia dan akhirat hanyalah diperoleh dengan memahami hukum-hukum yang telah diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab-Nya. Beliau Rahimahullahu berkata, "Barangsiapa yang menjangkau ilmu tentang hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab-Nya, baik secara nash maupun secara istinbath (mengambil kesimpulan dari suatu dalil), dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi taufiq kepadanya untuk berkata serta mengamalkan apa yang telah diilmuinya, maka dia akan meraih kemenangan dalam agama dan dunianya. Akan hilang darinya berbagai keraguan. Cahaya hikmah akan senantiasa menerangi hatinya dan dia akan mendapatkan kepemimpinan di dalam agama.” (ar Risalah hal. 19)

2. tidak juga semua mazhab..mazhab sufi..tapi sudah pasti akan ada sangkut paut..kerana ilmu Allah juga.

Sebagian orang menyangka bahwa al Imam asy Syafi’i Rahimahullahu sejalan dengan pemikiran Shufiyah. Hal ini disebabkan karena banyaknya ahli sufi yang menisbahkan dirinya sebagai penganut madzhab al Imam asy Syafi’i serta mengikuti ajaran-ajaran beliau. Padahal tidak demikian keadaannya. Bahkan prinsip-prinsip yang diajarkan al Imam asy Syafi’i Rahimahullahu senantiasa sejalan dengan prinsip-prinsip Ahlus Sunnah secara umum. Khususnya dalam bidang ilmu tafsir, al Imam asy Syafi’i Rahimahullahu sangat jauh berbeza dari berbagai prinsip Shufiyah dalam penafsiran al Qur’an.

3. humaira tak pasti bab tuh sebab takder database sahih utk semua umat Islam seluruh dunia pratik ilmu sufi yg sesat.tapi tak semua ilmu sufi itu sesat itu pasti.

    Jika benihnya jenis kacukan.. buah yg keluarpun jenis kacukan!

soalan no 3 nazrul pula humaira jawab begini. tak salah bagi kita memuji manusia.macam humaira puji bf humaira.tak salah bukan??sebab kita sayang dan suka pada dia.tapi lebih utama ialah ALLAH segala pujian hanya utk Dia.


Memuji dan memuja manusia dengan persangkaan semata ?.
Penyair tu dah lupakan Muhammad s.a.w kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2010 12:36 AM | Show all posts
Mencintai Rasulullah s.a.w tidaklah sampai seperti pemujaan umat kristian   kepada Isa a.s dan pemujaan   kaum sufi kepada tok-tok wali sufi .

Mencintai Rasulullah adalah mengi ...
Nazrulism Post at 24-3-2010 11:40


Allah sendiri memuliakan Rasulullah saw:

1. Dan kami tidak utuskan engkau. (wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat bagi sekelian alam (Al Anbiya: 107)
2. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung (Al Qalam : 4)
3. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu (Al-Insyirah 4)
4. Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi Muhammad saw.) mengagungkannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya (yakni Al-Qur’an) mereka itulah orang-orang yang memperoleh keberuntungan”.   (S.Al-A’raf : 157)


Al-Baihaqi menyebutkan dalam sunannya dan begitu juga yang lain sebuah hadis yang berbunyi: "Tidak beriman seorang hamba sehingga menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, menjadikan turunanku lebih dicintai dari turunannya dan zatku lebih dicintai dari zatnya sendiri". Diriwayatkan oleh At-Tabarani dari Abdul Rahman Bin Abi Laila dari ayahnya.

As-Syafi'e berkata dalam Diwannya muka surat 72 cetakan As-Sya'biah Beirut:
Wahai keluarga Rasulullah!, mencintaimu adalah suatu kewajiban yang ditetapkan Allah dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan-Nya". Cukup menjadi suatu kemuliaan bagimu bahawa siapa yang tidak berselawat padamu maka tidak sah solatnya.

Tersebut di dalam kitab I'anathuth Tholibin Hasiyah Fathil Mu'in (kitab fiqh standar madzhab syafi') karya Sayyidisy-Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi:-

Telah berkata Imam Hasan al-Bashri (Wafat 116H, pernah bertemu dengan lebih kurang 100 orang shahabat): "Aku kasihkan jika aku mempunyai emas seumpama gunung Uhud, untuk kunafkahkan atas pembacaan mawlid ar-Rasul".

Telah berkata Shaikh Ma'ruf al-Kharkhi (wafat 200H): "Sesiapa yang menyediakan makanan untuk pembacaan mawlid ar-Rasul, mengumpulkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan mawlid Nabi Muhamad, niscaya dia akan dihimpunkan oleh Allah Ta`ala pada hari qiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga".
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 01:29 AM | Show all posts
1300# Nazrulism
Dimana sedara nampak Imam Syafi'e berfahaman jabariah ?


   
     1240# Nazrulism


    Maka sesuai lah dgn maksud Imam Syafi'e tentang takdir Allah, sesungguhnya tidak siapa mempunyai upaya melainkan upaya Allah Taala semata2..

    Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah ...
    baghal Post at 21-3-2010 02:06

.. Bila puak Jabariah berhujah tentang takdir.. semua perbuatan manusia adalah perbuatan Tuhan dan bila dicampur dengan fahaman sufi, jadilah konsep wahdatul-wujud pegangan mereka,  tok sufi ikutan mereka, kitab karangan manusia jadi panduan mereka... sufi agama mereka!


Aku amik kat situ....


Amal perbuatan yg baik dari pilihan hamba adalah kurniaNya dan amal perbuatan mungkar adalah atas izinNya.

Itu bermakna apabila manusia itu pilih baik ianya kurnia Allah....bukan atas pilihan manusia itu sendiri

Bila mungkar masih di izinkan Allah....??  Adakah keizinan itu bermula setelah hamba buat keputusan atau sebelum?

Semasa hamba tu nak buat keputusan, otaknya berfikir (bukan Allah yg izin?), nafas turun naik? Ilmu yg dia ada untuk dinilai (Allah punya ka hamba tu punya?Sapa yg bagi ilmu kat hamba tu?)

Masih ingat lagi cerita org salih yg beramal 500 tahun..yg dia mahu masuk syurga krn amalannya (sebab kat dunia dia sendiri pilih baik, bukan Allah) ,akhirnya apabila Allah hanya mencabut nikmat penglihatan, maka seluruh amalannya tergantung sebab dgn nikmat penglihatan Allah lah dia mampu belajar dan beramal..

So, kalu Tuan xsetuju dgn saya pun, malulah sikit dgn Tuhan...


Adapun "takdir baik dan takdir buruk semuanya dari Allah" .. ini untuk menerangkan takdir (kehendak) Allah yang tiada kaitan dengan kehendak manusia seperti rezeki, jodoh, Ajal, bencana alam dll yg manusia langsung tiada daya untuk membuat pilihan. (  Dulupun aku dah terangkan perkara ini!)


Itulah qada' dan qadar..maknanya qada' dan qadar Allah masih xlengkap...pilihan manusia belum di tulis dlm lauh mahfuhz


Nak tuduh aku Qadariyah pulak ?.

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)"  
(  سورة البلد  , Al-Balad, Chapter #90, Verse #10)


Tidak timbul seperti fahaman Qadariyah itu.. kerana setiap jalan telah ditentukan amalan2nya dan akibat2nya.


Kefahaman Tuan skrg ni qadariah la kalu nak tau....adik beradik muktazilah jugak..merasa diri ada upaya, tidak bersandar secara mutlak pd daya upaya Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2010 01:40 AM | Show all posts
1303# fathan

mike tau ke yg mana makne cinta yg mana makna pemujaan?nampak sangat mike ni xtau langsung maksud cinta?mike xpenah becinta ke?aik?xkan teruna bangke kut?ataupun xade pompuan yg berkenan kat mike disebabkan keegoaan mike tu?


Tuan nyaris putuskan urat perut saya....                     file:///C:/DOCUME%7E1/friend/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-8.png
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 01:53 AM | Show all posts
Allah sendiri memuliakan Rasulullah saw:

1. Dan kami tidak utuskan engkau. (wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat bagi sekelian alam (Al Anbiya: 107)
2. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar be ...
salikin Post at 27-3-2010 00:36


Betul.. Allah memuliakan Rasulullah s.a.w. Tapi tidaklah disuruh bersikap ghulu terhadap Nabi s.a.w. yg menjejaskan akidah.
"Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa".
Al-Kahfi, 18:110.

"“Oleh kerana itu, janganlah kamu mengadakan bagi Allah seruan-seruan yang lain padahal kamu mengetahui”.
Al-Baqarah, 2:22.


Telah berkata Shaikh Ma'ruf al-Kharkhi (wafat 200H): "Sesiapa yang menyediakan makanan untuk pembacaan mawlid ar-Rasul, mengumpulkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan mawlid Nabi Muhamad, niscaya dia akan dihimpunkan oleh Allah Ta`ala pada hari qiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga".


Sebelum berbincang tentang mawlid Nabi.. nak tanya sikit, Darimana shaik Ma'ruf al-Kharkhi dapat tahu dengan berbuat begini begitu.. mereka akan dihimpunkan dengan para nabi dan berada pada setinggi2 syurga ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:01 AM | Show all posts
Tuan nyaris putuskan urat perut saya....                     


Terkejut aku.. ingatkan iblis yang mengilai ... rupanya si  baghal
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:06 AM | Show all posts
Betul.. Allah memuliakan Rasulullah s.a.w. Tapi tidaklah disuruh bersikap ghulu terhadap Nabi s.a.w. yg menjejaskan akidah.
"Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu ...
Nazrulism Post at 27-3-2010 01:53



Imam asy Syafi’i Rahimahullahu menjelaskan bahwa Al Qur’an merupakan pedoman, petunjuk, dan pembimbing. Barangsiapa senantiasa menggali ilmunya maka dia akan memiliki kedudukan yang tinggi, sesuai kadar ilmu al Qur’an yang dimilikinya. al Imam asy Syafi’i Rahimahullahu berkata, "Semua yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kitab-Nya merupakan rahmat dan hujjah. Berilmu bagi orang yang mengetahuinya dan jahil bagi yang tidak mengetahuinya. Tidak berilmu orang yang jahil terhadapnya, dan tidak jahil orang yang mengilmuinya. Sedangkan manusia bertingkat-tingkat dalam keilmuan. Kedudukan mereka dalam ilmu sesuai tingkatan mereka dalam mengilmuinya (al Qur’an).” (Ar-Risalah, al Imam asy Syafi’i hal. 19)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:08 AM | Show all posts
Terkejut aku.. ingatkan iblis yang mengilai ... rupanya si  baghal
Nazrulism Post at 27-3-2010 02:01


Tak tahan....lawak sangat tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:31 AM | Show all posts
1305# Nazrulism
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." (An-Nisa : 60)


Bertuhankan diri pun kategori taghut jugak....

Firman Allah,

Artinya:“Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (lauhul mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Alloh.” (QS. Al-Hadid : 22)

kufur maksiat itu bencana pada diri atau tidak?


Begitu juga firman-Nya

Yaitu bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Alloh, Robb semesta alam.” (QS. At-Takwir : 28-29)


Dan firmanNya

"Artinya : Sesuatu itu telah diqadha" [Yusuf : 41]


Dan firman-Nya.

"Artinya : Allah mengqadha' dengan benar" [Ghafir : 20]

"Artinya : Allah menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat" [As-Safat : 96]

“Dialah yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan.” (QS. Yunus:22)


Tetapi oleh kerana kita tidak tahu apa yg telah ditakdirkan Allah ke atas diri kita maka kita membuat pilihan mengikut akal atau nafsu (jika pilih baik - pahala/ jahat - dosa)

Sewaktu kita membuat pilihan, adakah terasa di paksa? bila dahaga, nak minum ais..adakah kita terasa spt dipaksa minum ais? dan bila pilih ais, dapat sejuk....bila pilih taat dpt syurga, bila pilih kufur dpt neraka..itu saja!

Pada hal pilihan kita itu telah tertulis di lauh mahfuz sebelum kita lahir lg krn Allah Maha Mengetahui apa yg bisa berlaku sebelum, semasa atau selepas. Perkara ini sangat mudah bagi Allah.

Hanya krn tidak tahu apa akan berlaku, jgn kita merasa kita ada keupayaan memilih. Apabila kita menerima untung baik dan untung buruk dari Allah maka beriman lah kita dgn qada' dan qadar Allah..

Bersyukur dgn perkara baik dan mtk keampunan atas dosa kesalahan...



"Artinya : Setiap diri tidak mengetahui apa yang akan dia kerjakan besok" [Luqman : 34]

Allah berfirman.

"Artinya : Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah" [Al-Hajj : 70]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:38 AM | Show all posts
1300# Nazrulism
Amal perbuatan yg baik dari pilihan hamba adalah kurniaNya dan amal perbuatan mungkar adalah atas izinNya


Allah berfirman.

"Artinya : Begitu juga Aku telah menjadikan bagi setiap nabi musuh yang berupa syetan-syetan dari bangsa Manusia dan Jin yang sebagian menyampaikan kepada sebagian lain ucapan palsu. Dan apabila Rabb-mu menghendaki, maka mereka tidak melakukannya (kebohongan). Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongannya" [Al-An'am : 12]

Allah juga berfirman.

"Artinya : Begitu juga Allah telah menghiasi kebanyakan orang-orang musyrik dengan pembunuhan anak-anak mereka kepada teman-teman mereka untuk menarik mereka dan meremangkan agama mereka. Apabila Allah menghendaki, maka mereka tidak melakukannya. Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongan mereka" [Al-An'am : 137]

Dia juga berfirman.

"Artinya : Kalau Allah menghendaki, maka tidaklah saling membunuh orang-orang setelah mereka setelah datang penjelasan kepada mereka. Akan tetapi mereka saling berselisih, sehingga sebagian mereka ada yang beriman dan sebagian ada yang kafir. Kalau Allah menghendaki, maka mereka tidak saling membunuh" [Al-Baqarah : 253)



Allah sendiri guna perkataan kehendak walau utk perkara buruk, tak payah la Tuan sedapkan hati Tuan dgn perkataan izin...sama jer...semua bersandar di atas kehendak Allah Taala.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 27-3-2010 17:10







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2010 08:53 PM | Show all posts
Imam asy Syafi’i Rahimahullahu menjelaskan bahwa Al Qur’an merupakan pedoman, petunjuk, dan pembimbing. Barangsiapa senantiasa menggali ilmunya maka dia akan memiliki kedudukan yang tinggi, se ...
baghal Post at 27-3-2010 02:06


Maka ikutlah pedoman, petunjuk dan pembimbing (Al-Qur'an) yang disampaikan melalui Rasul s.a.w.
Tinggalkan pedoman dari tok sufi berdasarkan kasyf mereka yang entah dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 27-3-2010 22:15
Bertuhankan diri pun kategori taghut jugak....


Betul tu... jauhilah fahaman seperti al-junaid, al-halaj, ibn arabi dan pemuka2 sufi

kufur maksiat itu bencana pada diri atau tidak?

maaf.. tak faham apa yg sedara tanya!

Tentang takdir ...

Antara Qadho’ dan Qadar

Dalam pembahasan takdir, kita sering mendengar istilah qadho’ dan qadar. Dua istilah yang serupa tapi tak sama. Mempunyai makna yang sama jika disebut salah satunya, namun memiliki makna yang berbeda tatkala disebutkan bersamaan.  Jika disebutkan qadho’ saja maka mencakup makna qadar, demikian pula sebaliknya. Namun jika disebutkan bersamaan, maka qadho’ maknanya adalah sesuatu yang telah ditetapkan Allah pada makhluk-Nya, baik berupa penciptaan, peniadaan, maupun perubahan terhadap sesuatu. Sedangkan qadar maknanya adalah sesuatu yang telah ditentukan Allah sejak zaman azali. Dengan demikian qadar ada lebih dulu kemudian disusul dengan qadho’.

As Safariny mengatakan, “Kesimpulannya bahwa mazhab ulama-ulama terdahulu (salaf) dan Ahlus Sunnah yang hakiki adalah meyakini bahwa Allah menciptakan kemampuan, kehendak, dan perbuatan hamba. Dan hambalah yang menjadi pelaku perbuatan yang dia lakukan secara hakiki. Dan Allah menjadikan hamba sebagai pelakunya, sebagaimana firman-Nya (yang artinya),
    “Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah” (QS. At Takwir [81]: 29).
     Maka dalam ayat ini Allah menetapkan kehendak hamba dan Allah mengabarkan bahwa kehendak hamba ini tidak terjadi kecuali dengan kehendak-Nya. Inilah dalil yang tegas yang dipilih oleh Ahlus Sunnah.”


Kefahaman Tuan skrg ni qadariah la kalu nak tau....adik beradik muktazilah jugak..merasa diri ada upaya, tidak bersandar secara mutlak pd daya upaya Allah...


Bila pulak aku tidak bersandar kepada Kekuasaan Allah .. sila amati;
Bahawa kehendak Allah meliputi segala sesuatu, baik yang terjadi maupun yang tidak terjadi, baik perkara besar maupun kecil, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, baik yang terjadi di langit maupun di bumi. Semuanya terjadi atas kehendak Allah Ta’ala, baik itu perbuatan Allah sendiri maupun perbuatan pilihan makhluknya.

Beriman dengan benar terhadap takdir bukan berarti meniadakan kehendak dan kemampuan manusia untuk berbuat. Hal ini karena dalil syariat dan realita yang ada menunjukkan bahwa manusia masih memiliki kehendak untuk melakukan sesuatu.
Dalil dari syariat, Allah Ta’ala telah berfirman tentang kehendak makhluk,

“Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.” (QS. An Nabaa’:39)

Adapun tentang kemampuan makhluk Allah menjelaskan,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”(QS. Al Baqoroh:286)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:57 PM | Show all posts
1300# Nazrulism
Allah berfirman.

"Artinya : Begitu juga Aku telah menjadikan bagi setiap nabi musuh yang berupa syetan-syetan dari bangsa Manusia dan Jin yang sebagian menyampaikan kepada sebagian lain ucapan palsu. Dan apabila Rabb-mu menghendaki, maka mereka tidak melakukannya (kebohongan). Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongannya"  [Al-An'am : 12]

Allah juga berfirman.

"Artinya : Begitu juga Allah telah menghiasi kebanyakan orang-orang musyrik dengan pembunuhan anak-anak mereka kepada teman-teman mereka untuk menarik mereka dan meremangkan agama mereka. Apabila Allah menghendaki, maka mereka tidak melakukannya. Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongan mereka"  [Al-An'am : 137]

Dia juga berfirman.

"Artinya : Kalau Allah menghendaki, maka tidaklah saling membunuh orang-orang setelah mereka setelah datang penjelasan kepada mereka. Akan tetapi mereka saling berselisih, sehingga sebagian mereka ada yang beriman dan sebagian ada yang kafir. Kalau Allah menghendaki, maka mereka tidak saling membunuh" [Al-Baqarah : 253)



Allah sendiri guna perkataan kehendak walau utk perkara buruk, tak payah la Tuan sedapkan hati Tuan dgn perkataan izin...sama jer...semua bersandar di atas kehendak Allah Taala.


baghal Post at 27-3-2010 02:38


Dan apabila Rabb-mu menghendaki, maka mereka tidak melakukannya (kebohongan). Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongannya"

Kerana Allah tidak mengkehendaki spt itu.. mereka terus dalam kebohongan dan di suruh tinggalkan mereka.

Apabila Allah menghendaki, maka mereka tidak melakukannya. Maka tinggalkanlah mereka dan kebohongan mereka"

mereka telah melakukan pembunuhan anak2 kerana kebohongan mereka... maka tinggalkan mereka.

Kalau Allah menghendaki, maka tidaklah saling membunuh orang-orang setelah mereka setelah datang penjelasan kepada mereka. Akan tetapi mereka saling berselisih, sehingga sebagian mereka ada yang beriman dan sebagian ada yang kafir. Kalau Allah menghendaki, maka mereka tidak saling membunuh" [Al-Baqarah : 253)

Kalau Allah menghendaki... tapi Allah tidak menghendaki begitu, kerana itu berlaku perselisihan dan saling berbunuh.

kesimpulannya.. Allah tidak mengadakan pemaksaan keatas perbuatan manusia seperti contoh2 diatas walaupun Allah berkuasa berbuat begitu (mengkehendaki, Apabila Allah menghendaki, Kalau Allah menghendaki) kerana Allah telah meletakkan tanggung-jawab kepada manusia atas perbuatan mereka.

Bagaimana sedara menerangkan balasan diakhirat jika semua  pilihan dan amal perbuatan telah ditetapkan (faham Jabariah)?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 10:00 PM | Show all posts
Betul.. Allah memuliakan Rasulullah s.a.w. Tapi tidaklah disuruh bersikap ghulu terhadap Nabi s.a.w. yg menjejaskan akidah.
Nazrulism Post at 27-3-2010 01:53


Aku dah postkan youtube tuh....didalamnya byk persoalan yang ko timbulkan di jawab...

hayatilah ia mudah-mudahan kamu akan dapat mencintai nabi Muhammad saw melebihi diri kamu....


Allahumma shalli `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali   Ibrahim. Innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik `alaa Muhammad wa `alaa aali   Muhammad kamaa baarakta `alaa aali   Ibrahim Innaka hamiidum majiid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list