jingga007 posted on 30-10-2012 12:05 PM
haperrnyaaa
aiols saja tepek gambar bang tapa...smlm kan ai sibuk berjimba ri ...
dik jing.. tepek gambar am pakai tshirt berkolar - kira iol okey lagi ... tulunlah jangan tepek heols pakai tshirt tak kolar ... lemas iols.... tak leh ...
Adam dan Hawa Sinopsis episod 38 Adam Hawa malam ini
Musim buah sedang lebat. Johan teruja memetik buah-buahan begitu juga Azie. Azie akan ikut kemana aje Johan akan pergi. Perbuatan mereka berdua Eja dan Normah perasan..!
Dee ada mengupah seseorang untuk mengekori Ain dan Adam. Dee nak tahu setiap apa saja perbuatan mereka. Dee dapat rasakan Ain tak tinggal bersama Adam. Dee akan cari cara untuk dapatkan Adam juga.
Normah naik angin dengan Ain bila Ain tak serius tentang statusnya. Ain pulak rela bercerai dan sanggup pilih Johan dari Adam. Terang-terangan Johan memang baik dari mula berkenalan hingga sekarang Johan sentiasa menjaga hati dan perasaan Ain. Ain membandingkan Johan dan Adam. Normah marah tentang kebodohan Ain dalam menilai siapa Adam.
Normah tetap dengan keputusannya Adam tetap menantu bukan Johan. Normah nak Ain cepat selesaikan masalahnya. Berterus terang pada keluarga Johan, jangan sampai menjadi kudis pada keluarga mereka nanti.
Azie yang galak makan rambutan dan dengan tak disangka-sangka asma Azie menyerang membuatkan Johan orang yang paling panic sekali. Faridah dan suami nya juga jadi tak senang duduk melihat Azie yang sihat tiba-tiba sakit.
Eja dan Normah cuba pertahankan Adam dan perubahan yang baik untuk menjadi suami yang terbaik untuk Ain. Tapi Ain tak nampak tu semua.
Dalam keadaan stress tu Eja cuba yakin Ain, perubahan yang ada pada Johan dan Azie ketika mereka di rumah siang tadi. Ain tetap pertahankan cara Azie yang peramah dengan siapa aje..!! Ain marah bila Eja cuba burukkan Azie…