CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 7-8-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yap thanks tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 04:07 PM | Show all posts
Tt ada cerita kongsi la lagi...best oooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2023 12:53 PM | Show all posts
Aswang

Aku ada seorang datuk moyang yang masih hidup lagi, sekarang umur dia dah 103 tahun.  Pada 1943 semasa beliau berumur 23 tahun, beliau terpilih untuk jadi askar semasa peperangan World War 2.  Beberapa hari lalu, moyang aku ni berkongsi dengan aku pengalaman paling menakutkan bagi dia sepanjang dia jadi askar tu.  Aku sangkakan mungkin moyang aku ni ada pengalaman kena tangkap dengan askar Jepun yang suatu ketika dulu memang terkenal dengan kekejaman diorang tu. Tapi moyang aku cakap, pengalaman dia ni lagi mengerikan dari ditangkap askar Jepun.

Citer yang dia kongsi ni aku pun susah nak percaya samada betul ke tak atau moyang aku saja reka cerita, tapi moyang aku memang boleh ingat sangat kejadian pada hari tu.  Moyang aku mengaku sampai sekarang pun dia masih bermimpi ngeri pasal hari tu.  Kalau korang tak nak percaya tu terpulanglah, tapi aku tak rasa moyang aku ni menipu.

Alkisahnya, pada 1943, moyang aku dan platun dia ditempatkan di Filipina bagi mengekang kemaraan tentera Jepun di Asia Tenggara masa tu.  Entah macam mana, satu hari tu moyang aku dan kawan dia, Samuel terpisah dengan platun diorang.  Masa ni diorang berada di kawasan pergunungan yang cuma ada hutan belantara yang sangat tebal.  Malangnya moyang aku tak ingat plak apa nama tempat tu, yang dia ingat dalam hutan tu ada kampung-kampung kecil.  Moyang aku dan Samuel pun berkejar-kejarlah nak cari balik platun diorang, tanpa disedari diorang dah makin jauh ke dalam hutan tu.

"Kenapa onyang tak guna radio je untuk hubungi platun tu", aku ada tanya jugak moyang aku.  Tapi moyang aku cakap memang diorang dah cuba, tapi tak dapat-dapat pun.  Yang kedengaran hanya statik di hujung talian, macam siarannya terganggu.  Moyang aku dan Samuel memang dah risau dah, tapi nak tak nak diorang terpaksa bergerak dengan penuh waspada, takut terserempak dengan tentera Jepun.

Akhirnya, mereka berjaya jugak keluar dari hutan tebal tu, tapi malangnya hari dah masuk senja, dan mereka terpaksa bukak kem untuk bermalam kat situ.  Jalan punya jalan nak cari tempat yang sesuai, diorang terjumpa satu pondok kecil yang dibina dengan kayu.  Mereka pun setuju malam ni tido dalam pondok tu je tak perlu bukak khemah.  Mula-mula diorang ketuk pintu dulu, pondok tu rupanya kosong takde orang.  Diorang pun masuk dalam pondok tu, keadaan dalam pondok tu bersepah-sepah, baju bertaburan merata-rata.  Mereka beranggapan mungkin penghuni pondok ni tergesa-gesa lari dari situ sebab panik dengan kedatangan tentera Jepun.

Jadi Samuel dan moyang aku pun malam tu berteduh dalam pondok tu, diorang masak makanan sikit untuk makan malam. Pastu diorang pun cadang nak bergilir-gilir, sorang tidur dan sorang lagi berjaga. Manalah tau kan tentera Jepun muncul pulak ke.  Mula-mula moyang aku tidur dulu sementara Samuel berjaga apabila Samuel mengejutkan moyang aku.  "Aku nampak pergerakan".  Moyang aku pun teruslah capai senapang dia.

Samuel hulurkan teropong dia pada moyang aku dan menunjuk pada satu arah ni, "Tu, kat tengah padang tu, kira-kira 300 ela dari kita", kata Samuel.  Moyang aku pun teroponglah kat situ, mula-mula tak nampak apa, tapi bila diamati betul-betul, dalam kegelapan malam tu dia boleh nampak ada bayang-bayang bergerak.  Moyang aku pun perati lagi. "Tu babi hutan la wei", kata moyang aku.  Samuel garu-garu kepala. "Yelah kot. Tapi aku pelik babi hutan tu dari tadi duduk kat situ je tak pergi mana-mana pun".  
"Apa maksud kau?"
"Dari tadi sejak aku berjaga, babi hutan tu kat situ je.  Cuma menghadap pondok kita ni.  Tu yang aku pelik tu".

Moyang aku gelakkan je Samuel tu.  Dia cakap mungkin Samuel ni terlalu takut kot tu yang dia terfikir bukan-bukan tu.  Tapi lepas moyang aku cakap macam tu, sesuatu yang pelik berlaku.  Pelita minyak tanah yang jadi sumber cahaya diorang perlahan-lahan mati sendiri.  Moyang aku hidupkan balik dan dia pun sambung tidur.  Tapi lagi sekali pelita tu terpadam, moyang aku tu periksa kotla minyaknya dah kering, tapi ada lagi.  3 kali jugakla moyang aku hidupkan balik pelita tu, tapi lepas tu mesti akan padam balik.

Masa nilah Samuel yang tadi dah memang takut jadi kepanikan, "dah hilang!"

"Apa benda yang hilang?"
"Babi hutan tu. Tiba-tiba ia ghaib sendiri!".
Masa ni moyang aku pun dah sama naik seram.  Samuel cerita kat moyang aku, dia dok perati je babi hutan tu melalui teropong apabila tiba-tiba babi tu lenyap macam tu je.

Sekali tu, BAM!  Terdengar bunyi macam ada sesuatu yang mendarat di bumbung pondok tu.  Moyang aku dan Samuel dan bersiap sedia dah dengan senapang masing-masing.  "Kita kena pergi dari sini!", jerit Samuel pada moyang aku.

Moyang aku cakap, apa yang terjadi selepas itu kekal terpateri di ingatan dia.  Sampai sekarang dia tak dapat melupakan kejadian tu sampai termimpi-mimpi.

Moyang aku cakap kat Samuel jangan panik, diamkan diri dan bertenang.  Diorang berdua pun berlutut di atas tanah dengan senapang masing-masing diacu di pintu masuk pondok tu.  Beberapa ketika dalam kesenyapan, Samuel tiba-tiba menjerit.  Moyang aku pun berpaling pada Samuel dan apa yang dia nampak macam dalam cerita hantu.

Leher Samuel dibelit dengan sesuatu yang kelihatan macam lidah yang sangat panjang, basah dan kemerahan.  Samuel menjerit kesakitan cuba nak lepaskan diri dia dari jerutan lidah tu.  Moyang aku yang dah terkejut tu dia pun terus menembak bumbung pondok tu sebab lidah tu datangnya dari bumbung pondok tu yang dah berlubang-lubang.  Setelah beberapa kali ditembak, lidah tu pun melepaskan jerutannya dan perlahan-lahan naik semula ke atas bumbung , tapi leher Samuel dah cedera, darah menitik-nitik keluar dari luka di leher dia.  Moyang aku cari kain dan balut luka Samuel dengan kain tu.

Mereka berdua pun kemas-kemas apa yang sempat dan terus berlari keluar dari pondok tu.  Diorang sempat berpaling tengok atas bumbung makhluk apa yang berlidah panjang tu.  Moyang aku cakap makhluk tu badan macam manusia, ada tangan ada kaki, tapi ada dua sayap besar daripada badan ia.  Sayap tu macam kombinasi sayap kelawar dan sayap helang.  Matanya merah menyala macam bara api, kulitnya hitam legam macam arang.  Rambutnya bergerbangan tidak terurus dan di mulutnya jelas nampak 2 gigi taring walaupun bibirnya terkatup.



Makhluk tu cuma bertenggek atas bumbung pondok tu merenung moyang aku dan Samuel.  Moyang aku yang angkat senapang dulu dan terus menembak makhluk tu bertalu-talu.  Sekalilah dengan Samuel.  Tapi makhluk tu tetap tidak berganjak, seolah-olah tidak peduli yang ia kena tembak.  Badan makhluk tu pun kebal tak lut dengan tembakan peluru.  

Moyang aku dan Samuel dah menggigil ketakutan dah.  Bila peluru dah habis diorang pun cabut larilah dari pondok tu sambil menjerit-jerit menangis-nangis.  Dah tak peduli dah kalau ada tentera Jepun dengar ke ape ke asalkan diorang dapat lari dari makhluk tu.  Sebab terlampau takutlah, lari punya lari tak sedar hari dah masuk pagi dan diorang termasuk dalam satu kampung ni.  Nasib baiklah kampung tu memang ada orang, diorang pun berehat kat kampung tu.  Orang kampung pun kesian tengok diorang sebab muka pucat, badan menggeletar dan diorang pun terkelepek kepenatan.  Moyang aku pun ceritalah pada ketua kampung tu apa yang terjadi malam tadi.  Terkejut ketua kampung tu sebab dari gambaran moyang aku, makhluk tu adalah makhluk kejam yang terkenal dalam masyarakat Filipina, iaitu Aswang.  Aswang ni memang sangat ditakuti sebab dikatakan sesiapa yang terserempak dengan makhluk tu memang akan matilah.  Kiranya moyang aku dan Samuel ni memang sangat-sangat bernasib baik sebab tak jadi mangsa Aswang.

Dengan pertolongan orang kampung tu, moyang aku dan Samuel dipertemukan semula dengan platun diorang.  Diorang terpaksa membuat laporan kehilangan diorang selama beberapa hari tu, tapi ketua platun diorang suruh tukar kenyataan diorang tu, sebab tak masuk akal sangat.  Sehingga sekarang dalam rekod, moyang aku dan Samuel ni mabuk dan termasuk dalam kawasan tentera musuh tengah berbalas tembakan, sebab tu leher Samuel cedera kena tembakan kononnya.

Selepas perang tu berakhir, moyang aku dan Samuel kembali ke tanah air tapi mereka berdua menderita PTSD yang sangat teruk, terutamanya Samuel.  Gara-gara terserempak Aswang tu.  Samuel telah meninggal dunia beberapa tahun lalu sebab stroke di usia 80an.  Tinggallah moyang aku je jadi saksi peristiwa di malam itu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-8-2023 12:53 PM
Aswang

Aku ada seorang datuk moyang yang masih hidup lagi, sekarang umur dia dah 103 tahun.  Pada 1 ...

kira btl2 hebat askar jepun dulu...smua tmpt dia jajah org gerun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 02:40 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-8-2023 12:53 PM
Aswang

Aku ada seorang datuk moyang yang masih hidup lagi, sekarang umur dia dah 103 tahun.  Pada 1 ...

eiii....seramnye. mau tak cukup tanah berlari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2023 02:02 PM | Show all posts
Nenek Keseorangan

Ayah aku seorang anggota polis yang dah berkhidmat selama 25 tahun.  Sepanjang perkhidmatan ayah aku ni, ada satu peristiwa ni yang sangat memberi kesan kepada dia, dan bukan pada dia sahaja tapi turut memberi kesan kepada kami sekeluarga.

Satu hari tu ayah aku diarahkan untuk pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh seorang nenek yang berusia 75 tahun.  Yang membuat laporan polis tu adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang merupakan jiran kepada nenek tu.  Jiran tu tuduh nenek tu ada perjanjian dengan syaitan,  jadi ayah aku pun hairanlah dah kenapa tuduh orang tua tu macam tu, tapi dia pun ikut jelah arahan dari ibupejabat dia tu.

Ayah aku pun pegilah ke rumah nenek tu, ketuk pintu dan yang menyambut dia adalah nenek tu.  Nenek tu seorang yang ceria dan peramah, dia pun jemputlah ayah aku masuk, dan layan ayah aku macam tetamu biasa, hidangkan air dan biskut sampai ayah aku tak sampai hati nak cakap ada orang buat laporan pasal dia.  Ayah aku pun layanlah nenek tu bersembang-sembang, makin lama bersembang tu ayah aku dah nampak kepelikan nenek tu.

Nenek tu sebenarnya duduk seorang diri, tapi ayah aku nampak sendiri dia macam bercakap dengan orang lain yang ayah aku tak nampak dalam rumah tu.  Bukan seorang dua, tapi ramailah jugak.  Bersembang, bergurau dan bergelak ketawa.  Ayah aku walaupun dah pelik tapi dia layan jelah, sambil-sambil tu dia koreklah dari nenek tu pasal kehidupan seharian nenek tu.  Ayah aku tanya, sebab nenek tu takde kereta, macam mana dia beli barang dapur? Nenek tu cakap dia telefon kedai je suruh hantarkan.  Nenek ni jarang sangat keluar rumah kecuali kalau nak tunaikan cek di bank atau nak keluarkan duit.  Sambil-sambil tu ayah aku catat nama setiap 'orang' yang nenek tu bersembang dalam rumah tu.

Ayah aku pun mintak diri, lepas tu ayah aku pun buatlah siasatan dia yang tersendiri pasal nenek tu. Ayah aku menemuramah orang-orang yang duduk dalam kejiranan tu, lepas tu barulah ayah aku dapat tahu jiran yang buat laporan pasal nenek tu sebenarnya seorang yang ekstremis sikit, dialah yang terpaling alim dalam kejiranan tu sampai jiran-jiran lain pun tak suka.  Tapi jiran-jiran lain takde masalah pun dengan nenek tu sebab nenek tu banyak buat hal sendiri je, tak suka menyibuk pasal orang lain tak macam jiran nenek tu.  Yang lagi menyedihkan, bila ayah aku sebut nama orang-orang yang dia catat tu, barulah dia tahu rupa-rupanya nama-nama tu adalah nama ahli keluarga nenek tu yang dah lama meninggal dunia.  Nama orang-orang tu adalah milik seorang anak perempuan, tiga anak lelaki, suami dan abang kepada nenek tu.  Maknanya dalam keluarga nenek tu suma dah takde, yang tinggal nenek tu je.  Nenek tu pun takde kawan dan dia memang jarang sangat keluar rumah.

Ayah aku terkejut dan bersimpati dengan keadaan nenek tu.  Ayah aku taknaklah buat spekulasi, adakah nenek tu berhalusinasi beranggapan ahli keluarga dia masih hidup dan tinggal bersama dia, ataupun roh-roh ahli keluarga dia masih bergentayangan dalam rumah tu dan cuma nenek tu je yang boleh nampak.  Tetapi semenjak dari hari tu, ayah aku boleh dikatakan tiap-tiap hari akan pegi ke rumah nenek tu, saja menjenguk dan datang melawat.

Lama-kelamaan, ayah aku bawak pulak aku dan kakak pegi melawat nenek tu.  Nenek tu sangat baik, dia rajin melayan kami, nenek tu jugaklah yang ajar kami berdua memasak.

Lama-kelamaan juga, nenek tu dah tak bercakap seorang diri dah.  Pejam celik pejam celik dah 19 tahun jugaklah kami menjalinkan hubungan persahabatan, sehinggakan aku anggap nenek tu dah macam nenek aku sendiri dah.  Apabila nenek tu dah mencecah usia 94 tahun, nenek tu pun dah larat nak menguruskan diri sendiri, ayah aku bawa dia pindah masuk rumah kitorang, dan nenek tu menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi kami sekeluarga di bilik tamu rumah kami....

Maaf cerita ni tak seram sangat tapi sampai sekarang aku masih terasa kehilangan nenek angkat aku tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2023 07:59 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-8-2023 02:02 PM
Nenek Keseorangan

Ayah aku seorang anggota polis yang dah berkhidmat selama 25 tahun.  Sepanjang pe ...

sedihnya...

kesian nenek tu
baik sangat abam polis yg camni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 24-8-2023 02:02 PM
Nenek Keseorangan

Ayah aku seorang anggota polis yang dah berkhidmat selama 25 tahun.  Sepanjang pe ...

Mula - mula seram tapi kena scam..plot twist sangat. Kesian nenek tu..dia lonely kot..sedihnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-8-2023 09:03 AM

Terjaga Dalam Gelap Bahagian 1

Aku pernah berkongsi citer ni kat sini tapi sebab benda ni betul-betul berlaku pada aku, aku nak kongsi sekali lagi dengan korang.

2 bulan selepas abang aku dan isterinya beli rumah baru, diorang terpaksa pegi tinggalkan rumah tu sebab ada kerja di luar daerah dan memerlukan seseorang untuk beri makan kepada kucing-kucing peliharaan mereka.  Rumah diorang dan pejabat aku cuma beberapa minit je jaraknya, lagi dekat dari rumah aku ke pejabat aku, jadi abang aku tawarkan aku untuk bermalam kat situ je di bilik tamu daripada aku berulang-alik.  Aku rasa ok jugak idea abang aku tu, jadi abang aku tinggalkan kunci rumah untuk aku bermalam di rumah diorang selama 3 hari, dari hari Isnin ke hari Rabu.

Isnin malam tu takde apa-apa yang berlaku sehinggalah masuk waktu tengah malam.  Aku sedang berbaring di sofa ruang tamu menonton rancangan tv Conan dengan seekor kucing gemuk abang aku berbaring di dada aku.  Lama-lama aku pun tertidur depan tv yang masih terpasang tu.  Lepas tidur aku pun terjaga, tapi masa aku terjaga tu, aku tengah berdiri dalam gelap.  Sememangnya aku terkejut gila masa tu, aku pun tak tau aku kat mana masa tu.  Aku meraba-raba dalam gelap tu tapi tangan aku tak mencapai apa-apa.  Pastu aku perasan ada sejalur cahaya kebiruan dari bahagian atas.  Aku pun ikutlah cahaya tu, lepas tu baru aku faham aku kat mana sekarang ni.  Sekarang aku berada di bilik bawah tanah!  Cahaya biru tu sebenarnya adalah tempias cahaya bulan mengambang yang menyinari dapur tu melalui tingkap yang tidak berlangsir.  Aku yang tengah kepanikan tu pun apa lagi berlari naik atas, terus bukak lampu dapur dan cepat-cepat tutup pintu bilik bawah tanah tu.  Seluruh badan aku menggeletar ketakutan, macam mana aku boleh terjaga dalam bilik gelap tu?  Aku cuba berfikiran rasional untuk tenangkan diri aku.  Aku rasa aku ni tidur sambil berjalan ni.


Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu berkenaan cerita ni.  Pertamanya, pasal rumah ni.  Rumah ni boleh dikategorikan sebagai rumah mewah, lokasinya pun dalam kawasan perumahan T20, sedangkan abang aku ni cuma M40 je.  Walaupun rumah ni memang cantik dan besar, bahagian bilik bawah rumah tu macam tak siap lagi.  Sebelum ni cuma sekali je aku masuk bilik bawah tu, tu pun ditemani abang aku semasa dia tengah dalam proses rundingan dengan ejen hartanah nak beli rumah ni.  Bilik bawah tanah tu macam tak habis lagi diubahsuai oleh pemilik lama rumah ni, sebab tu la kot abang aku dapat harga di bawah pasaran untuk rumah ni.  Abang aku cadang nak jadikan bilik bawah tu sebagai bilik cuci baju jadi dia letak dulu sebiji mesin basuh dan mesin pengering kat situ.  Lepas tu aku tak pernah masuk dah bilik bawah tu dan jujurnya sampai malam ni pun aku tak teringat rumah ni ada bilik bawah tanah.

Keduanya, dalam sejarah keluarga aku memang ada ahli keluarga kami yang tidur berjalan ni.  Salah seorangnya abang akulah, tapi abang aku jarang sangat tidur berjalan, tapi dia kerap bercakap semasa tidur.  Sebab dulu aku kongsi bilik tidur dengan abang aku, aku rasa seram sebab selalu terjaga dengar abang aku macam meracau dengan mata tertutup.  Sampai sekarang aku masih fobia dengan abang aku ni dan abang aku memang suka usik-usik aku.  Tapi yang pastinya, seumur hidup aku tak pernah lagi aku tidur berjalan.  Bila aku bayangkan macam mana aku tidur berjalan sampai masuk bilik bawah tanah tu, aku rasa seram sejuk sendiri.

Lepas aku tutup pintu bilik bawah tanah tu, aku kembali ke ruang tamu.  Televisyen masih terpasang lagi, kali ni filem komedi Wedding Crashers pulak bersiaran di kaca tv.  Aku pun layanlah cerita tu, cerita tu berjaya buat aku gelak terbahak-bahak sampai aku lupa peristiwa tadi.  Filem pun dah habis, aku tutup tv, naik atas masuk bilik tamu dan terus terlena sampai ke pagi.  Ok ni kisah malam pertama …..

Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjaga Dalam Gelap Bahagian 2

Keesokan paginya, aku bangun pagi macam biasa.  Bila kenang balik pasal kejadian malam tadi, aku ketawakan diri sendiri sebab penakut sangat, padahal benda biasa je.  Aku pun hantar mesej pada abang aku, aku cerita pasal kejadian malam tadi tu, dengan niat nak bergurau.  Sepanjang hari aku di pejabat, aku rasa macam hari-hari biasa je, sampailah waktu pejabat dah habis dan aku dah masuk kereta nak balik rumah abang aku.

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati.  Aku diselimuti rasa resah nak pegi rumah abang aku tu, aku risau kalau malam ni aku tidur berjalan lagi.  Jadi sebelum aku balik tu aku singgah dulu ke kedai perkakasan dan aku beli penyendal pintu yang diperbuat dari getah tu.  Cadangan aku, aku nak sekat pintu bilik bawah tanah tu dengan penyendal ni.  Aku tolak penyendal tu ketat-ketat di celah bawah pintu tu, dan aku cuba berkali-kali nak bukak pintu tu sampai daun pintu tak bergerak-gerak, barulah aku puas hati.

Malam tu, bila aku dah mula mengantuk, aku terus masuk bilik tamu, tutup pintu dan tidur.  Dan sekali lagi, aku terjaga dalam kegelapan.  Mulanya aku ingatkan aku ni bermimpi, tapi hidung aku dapat menghidup bau kepam-kepam habuk.  Kaki aku kini berpijak di atas lantai konkrit yang hanya diturap dengan simen.  Aku berpaling sana-sini nak cari sumber cahaya, tapi tak jumpa.  Kali ni panik aku meningkat berkali ganda dari malam semalam sebab aku rasa aku dah makin jauh ke dalam bilik bawah tanah tu.  Malam tadi cuma beberapa kaki je dari anak tangga, kali ni aku rasa adalah dalam 10 kaki.  Aku cuma nampak cahaya samar-samar je pastu aku tawakkal dan berlari menuju ke cahaya tu.  Macam lipas kudung aku melompat naik tangga keluar dari bilik bawah tanah tu.  Pintu bilik bawah tanah tu aku hempas dengan kuat, cepat-cepat aku bukak lampu dapur.  Jantung aku berdegup kencang bila aku tengok penyendal pintu tu dah tercampak jauh dari pintu tu.  Dalam fikiran aku dah terbayang, masa aku tidur berjalan tadi maksudnya aku buang sekali ke penyendal tu?

Aku ambil keputusan, aku nak biarkan lampu bilik bawah tu terpasang.  Sebabnya malam masih panjang lagi, nak tak nak aku kena tidur esok nak keje, kalau aku tidur berjalan lagi macam mana? Aku pun bukak semula pintu bilik bawah tu, dan tabahkan diri nak turun balik.  Tapi suis lampu bilik bawah ni letaknya kat tangga bawah.  Tangga ni sebenarnya macam pemisah untuk bilik bawah tu, sebelah kanan mesin basuh dan pengering tu manakala sebelah kiri tu cuma ruang kosong.

Aku turun, bukak lampu, dan masa tulah aku ternampak sesuatu yang aku tak perasan ada dalam bilik ni sebelum tu.  10 ke 15 kaki jauhnya dari tangga ni, di sebelah ruang kosong tu, ada sebuah pintu.  Pintu tu kecil je, takde tombol, cuma ada lubang kecil tempat nak masukkan jari untuk bukak pintu ni.  Aku rasa pintu tu macam pintu untuk bilik ruang simpan pakaian. Yang buat aku meremang tu, aku rasa tadi aku terjaga kat depan pintu kecil tu Masa nilah aku boleh terfikir, adakah setiap malam aku tidur berjalan tu aku berjalan menuju ke pintu kecil tu?  Aku taknak berfikir bukan-bukan lagi jadi aku pun cepat-cepatlah keluar dari bilik tu, pastu aku kembali ke bilik tamu aku.  Agak makan masa jugak untuk aku terlelap semula.  Ini malam kedua.

Oleh sebab aku tidur tak lena malam tadi, esoknya, hari ketiga, hari Rabu, aku terlewat bangun pagi.  Kelam kabut aku pagi tu bersiap nak pegi ke pejabat.  Di pejabat aku sibuk dengan urusan kerja, dah masuk makan tengahari baru aku teringat pasal kejadian malam tadi.  Aku pun hantar mesej pada abang aku, aku tanya pintu apa dalam bilik bawah tanah tu.  Abang aku cuma jawab, ‘kau buat apa masuk dalam bilik bawah tanah tu?”.  Baru aku teringat semalam masa aku cerita kat abang aku yang aku tidur berjalan tu, aku tak cerita kat dia yang aku terjaga dalam bilik bawah tu.  Aku pun terus-terang kat dia, dah 2 malam berturut-turut aku terjaga kat situ.  Jawapan aku pendek je, tapi abang aku balas semua mesej aku tu panjang berjela.

Abang aku cerita panjang lebar pasal perasaan dia terhadap bilik bawah tanah tu.  Dari awal dia rasa bilik tu dah lain macam sikit auranya.  Pada mulanya dia dan isteri dia nak buat bilik bawah tu jadi tandas kucing, dia pun letaklah bekas pasir kat bawah tu tapi kucing-kucing dia semua taknak melepas kat situ.  Abang aku  sanggup buat kerja rumah lain asalkan dia boleh lepas dari tugas cuci baju semata-mata taknak turun bawah.  Macam-macam lagilah.  Aku pun terkejut kenapa abang aku jadi penakut macam ni padahal dari kecik dia tak percaya dengan benda-benda tahyul ni.  Tapi dalam panjang lebar abang aku membebel pasal bilik tu, dia tak jawab pun pertanyaan aku pasal pintu kecil dalam bilik tu.  

Habis waktu kerja, rasa gelisah tu pun tiba.  Kali ni aku tekad malam ni aku taknak tidur kat rumah tu lagi.  Petang ni aku singgah sekejap nak letak makanan kucing, balik rumah aku sendiri pastu esok pagi aku akan singgah semula nak kasi sarapan kat kucing-kucing tu pulak. Lantaklah walau aku terpaksa bangun awal sikit esok paginya pun.  Malam tu aku bersendirian dalam apartment aku, aku asyik terbayang diri aku berjalan dengan mata terpejam masuk ke bilik bawah tanah tu.  Aku siap terbayang lagi macam mana kalau malam ni aku tidur berjalan lagi, tapi kali ni sambil tidur sambil memandu ke rumah abang aku semata-mata nak ke bilik bawah tanah tu?  Walaupun benda tu macam mengarut, tapi macam tulah risaunya aku malam tu.  Tapi syukurlah malam tu aku tidur lena dan terjaga di atas katil aku sendiri.   Ni malam ketiga.

Bersambung…..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 03:01 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 27-8-2023 11:38 PM
Terjaga Dalam Gelap Bahagian 2

Keesokan paginya, aku bangun pagi macam biasa.  Bila kenang balik p ...

Best best! tak sabar nak tunggu part 3. thank you TT!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2023 05:52 PM | Show all posts
Terjaga Dalam Gelap Bahagian Akhir

Pagi hari Khamis, aku pun singgah ke rumah abang tu seperti yang aku rancang malam tadi.  Dah habis bagi makan kucing, dah kat luar rumah baru aku teringat eh dari hari tu lagi aku tak tutup lampu bilik bawah tanah tu.  Tapi kali ni aku dah tak takut-takut nak pegi ke bilik bawah tu lagi.  Mungkin sebab hari siang kot.  

Aku masuk ke bilik tu dan aku nampak pintu takde tombol tu.  Kali ni aku tak rasa seram sejuk langsung, jadi aku pun dengan selamba cuba nak tarik pintu misteri tu.  Aku baru je sentuh sikit je pintu tu, apabila aku merasakan macam ada tangan halimunan yang keluar dari lubang tombol tu cuba nak tarik tangan aku.  Sepantas aku berpaling, tutup suis lampu dan pecut lari naik atas.  Perasaan takut tu tiba-tiba je muncul semula.  Dan itulah hari terakhir aku masuk sorang-sorang ke rumah abang aku tu.

Sebulan kemudian, aku dan abang aku saja keluar lepak-lepak minum-minum.  Masa nilah kitorang terungkit kisah aku tidur berjalan tu.  Aku pun teringat dia tak pernah jawab persoalan aku, apa ada di sebalik pintu misteri tu.  Abang aku enggan menjawab pertanyaan aku, alasan dia, aku mesti tak nak tau punye.  Dari saja tanya santai-santai, aku paksa abang aku cerita jugak.  Abang aku ni, yelah nama pun abang kan, abang memanglah suka 'buli' adik.  Jadi bila dia cerita sejarah rumah tu, aku macam susah nak percaya cakap dia tu.

Abang aku cakap, dia beli rumah ni dari pemilik asal rumah ni.  Memang pemilik tu adalah penghuni pertama rumah ni.  Pemilik asal tu ada seorang anak remaja, perempuan.  Bilik bawah tanah tu asalnya bilik tidur anak perempuan dia.  Pintu yang takde tombol tu sebenarnya adalah pintu masuk bilik almari dia.  Satu malam tu, anak perempuan dia masuk dalam bilik almari tu dan bunuh diri dengan cara makan pil terlebih dos.  Selepas kematian anak perempuan mereka, keluarga tu pun cubalah nak ubahsuai bilik bawah tu dari bilik tidur kepada bilik ape ntah, tapi diorang rasa diorang tak boleh nak terus tinggal dalam rumah tu lagi.  Mungkin sebab teringat tragedi bunuh diri anak mereka tu.  Jadi keluarga tu pun pindah tempat lain tanpa sempat menghabiskan kerja-kerja ubahsuai tu.

Keluarga tu guna ejen untuk jual rumah tu.  Undang-undang USA ni tak boleh sorok kalau ada kes macam bunuh diri ke di rumah yang mereka nak jual, jadi nak tak nak diorang pun terpaksalah cerita latar belakang rumah tu pada yang berminat nak beli.  Tapi bila bakal pembeli tu tau je ada kes hitam kat rumah tu, diorang terus tak berminat dah, sampaikan harga rumah tu terpaksa diturunkan untuk tarik pembeli.  Terkecuali abang aku dan isterinya, diorang ni kan memang tak percaya dengan kisah-kisah paranormal ni, diorang ni berfikiran rasional dan logikal kekdahnya, bila tengok harganya yang murah sangat dah tu, diorang pun teruslah beli rumah tu.  Tapi diorang tak pernah cerita kat sesapa pasal sejarah hitam rumah tu sebab taknakla tetamu diorang rasa kekok pulak.

Setakat ni, isteri abang aku tu ok je kalau pegi bilik bawah tanah tu.  Tapi abang akulah, die memang rasa taknak sangat dah turun bawah tu.  Sebab aura bilik tu lain macam sangat.  Dan abang aku pernah ngaku, dia pernahlah saja bukak pintu tu saja nak tengok apa ada kat dalam tu, selain daripada kegelapan, dia rasa bilik tu macam ada sesuatu dalam kegelapan tu yang tengah perhatikan dia dan nak terkam dia.  Lepas tu abang aku tak pernah dah cuba-cuba nak bukak pintu tu lagi.  

Sejak tu kami tak pernah ungkit lagi dah pasal bilik bawah tanah tu.  Aku rasa, mungkin roh remaja perempuan tu masih terperangkap dalam bilik tu, mungkinkah dia bunuh diri sebab lelaki dan sebab tu dia kacau lelaki je?  Aku pun tak tau, tapi yang pasti, sejak tu aku tak pernah lagi dah tidur berjalan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2023 01:12 PM | Show all posts
best citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2023 02:53 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-9-2023 02:58 PM

Pejabatku Berhantu Bahagian 1

Sebenarnya aku dah lama dah terlupa pasal kisah ni, tapi aku teringat balik selepas baru-baru ni aku layan cerita One Piece di Netflix.  Nak dijadikan cerita, pelakon yang bawak watak Zoro rambut hijau tu sebijik macam bos aku masa aku bekerja di bangunan pejabat berhantu tu, dan automatik aku teringat kejadian-kejadian yang menimpa aku dan rakan sepejabatku semasa aku disitu.  Cuma Zoro ni kemas sikit, bos aku takdelah selekeh cuma dia tak menitikberatkan penampilan, pastu rambut dia tak hijau macam Zoro lol.



Dalam 10-11 tahun yang lalu selepas aku habis belajar pengajian sastera Inggeris di universiti aku, aku berhijrah ke China dengan niat nak jadi cikgu Bahasa Inggeris di sana.  Tapi rupa-rupanya jiwa aku bukanlah jiwa seorang pendidik jadi aku pun mulalah mencari kerja baru.  Masa tu aku tinggal di sebuah bandar pelabuhan yang sekarang ni kalau aku sebut mesti korang kenal, tapi masa aku datang sini, masa tu baru bermula nak berkembangnya beli-belah atas talian ni, jadi bandar tu dulu memang sendu yaamat.  Aku berjaya mendapat tawaran kerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (customer service) di sebuah syarikat yang menjual pakaian, kosmetik, barang kemas dan macam-macam lagi fesyen untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.  Tapi, menurut HR yang temuduga aku tu, kerja aku ni istimewa sikit.  Aku akan bekerja di shift malam sahaja, tak perlu jawab telefon pun cuma aku kena menjawab emel dan pertanyaan atas talian dari pelanggan-pelanggan syarikat ni.  Dan syarikat tu memang nak staf yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar sebab pelanggan mereka ni datang dari seluruh dunia. Jadi sanggup ke aku nak keja ni? Aku pun okay jelah dan sepantas kilat aku diterima bekerja di situ.

Semasa lapor diri, aku dibawa ke unit aku tu untuk diperkenalkan dengan bos aku tu.  Bos aku ni, biarlah aku panggil dia Mr C je.  Mr C ni, wow, kacak dan muda rasa macam tak percaya je pada umur semuda itu, macam baya-baya aku pun ada, boleh jadi ketua unit.  Tapi Mr C bila nampak aku je, muka dia berubah jadi masam, dan spontan dia pegi cakap dengan pegawai HR tu dalam bahasa Mandarin yang aku boleh paham sikit-sikit masa tu.  Dia cakap, 'kenapa kasi aku staf perempuan? Kan aku cakap aku taknak perempuan!'.  Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih bila dengar dia cakap macam tu tapi HR tu pun macam pujuk-pujuk dia pastu HR tu bawak aku pegi tempat lain pulak.

Untuk 2 minggu pertama, aku diarah untuk berlatih bersama-sama dengan pekerja shift siang yang majoritinya perempuan termasuklah bos diorang.  Oh ye, unit aku ni masih unit sama tapi ada pengurus shift malam (Mr C) dan pengurus shift siang.  Pekerja shift siang memang sibuk sikit sebab salah satu senarai tugas diorang adalah menjawab telefon, tapi majoriti pekerja sini diorang boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi aku takde masalah nak belajar dengan diorang.  Diorang pun baik-baik dan kami selalu makan tengahari bersama di kantin bangunan ni.  Jumaat terakhir aku di situ, di mana Isnin depannya aku dah kena masuk shift malam, aku mengadulah pada diorang pasal Mr C tu, kenapa Mr C tu tak suka staf perempuan, taulah kan lelaki China ni memang suka merendah-rendahkan wanita, aku risau kalau aku kena buli dengan Mr C tu nanti.  Staf-staf perempuan tu hanya terdiam bila aku mengadu macam tu.  Salah sorang staf tu, aku panggil dia Angeline jelah, dia pun tanya aku, 'awak masa mohon kerja sini, awak tak pernah dengar cerita ke pasal bangunan ni?'.  Eh pasal apa pulak ni?  Aku ni bukan orang China, aku ni orang luar jadi memang aku tak tau apa-apa lah.

Oh ye, sebelum tu aku nak cerita dululah pasal bangunan pejabat aku ni.  Bangunan pejabat aku ni terletak dalam satu kompleks kawasan perindustrian.  Lot syarikat aku je dah kira-kira 10 ekar, bangunan kami ni je pun dah 7 tingkat dan bahagian paling bawah tu pun bersambung dengan gudang stor simpan stok syarikat kami.  Tingkat paling atas adalah tingkat bos-bos kami, kami ni kat tingkat 4 dan bangunan ni ada lif.  Memang luas tempat ni siap ada bas lagi tu.  Walaupun luas tapi satu-satunya bangunan yang ada kat sini adalah bangunan kami nilah.  Lot kami berpagar tapi di dalam kompleks kami ni ada banyak lagi lot-lot lain macam kami, dan ada antara lot-lot lain tu siap ada bangunan asrama untuk pekerja lagi tu.

Angeline pun ceritalah, dulu semasa kawasan ni baru-baru nak dibangunkan, kawasan ni sebenarnya adalah sebuah perkampungan nelayan kecil.  Penduduk-penduduk tu diberi pampasan untuk berpindah, kecuali seorang makcik ni yang mati-mati taknak pindah sebab alasan dia, dia dah tua dah.  Seumur hidup dia duduk sini.  Tak pastilah masa tu pemaju buat macam mana, tapi satu hari tu makcik tu setuju keluar dari tempat ni, tapi sebelum tu dia sempat menyumpah tanah ni.  Dia bersumpah yang dia dah 'bukak pagar' tempat ni.  'Bukak pagar' tu macam mana? Angeline cakap 'bukak pagar' maksudnya tempat ni dah tak tersorok daripada roh-roh dan hantu.

Aku pun gelak jelah dengan cerita Angeline tu.  Tapi Angeline kata, di syarikat-syarikat lain tu memang dah ada cerita mereka diganggu oleh bermacam-macam jenis hantu.  Dan hantu-hantu tu pun muncul secara rawak, ada satu syarikat tu bertahun-tahun dah kat situ tetiba muncul hantu galah, ada satu tu setahun tu memang teruk betul kena kacau tapi tahun depannya okay pulak.  

'Syarikat kita macam mana pulak?', aku saja berseloroh.  Angeline kata, sebenarnya sebelum aku ni ramai dah pekerja shift malam yang berhenti kerja.  Mr C tu pun sebenarnya baru beberapa bulan kat sini, tu pun dia yang paling lama dah bertahan kat situ.  Shift malam ni baru diwujudkan 2 tahun lepas jadi bayangkanlah dah berapa ramai pengurus dan pekerja silih berganti kat situ.  Mr C tu pun anak sedara salah seorang ahli lembaga pengarah kami, sebelum ni dia membesar dan belajar di US.  Dengar cerita tu pun sampai Mr C tu dirayu-rayu untuk datang ke sini.

Laaaaa  anak sedara bos ke patutlah selamba je dia marah HR hari tu.  Tapi dalam fikiran aku, aku rasa alah agaknya kat sini sapalah nak keje malam-malam, dahle sendu.  Ye kalau bahagian gudang mungkin ramai orang tapi kalau sebelah malam unit mana je pun masih bekerja.  

Hari Isnin, shift aku bermula jam 8.00 malam sehingga 6.00 pagi.  Aku pun pegilah keje naik bas pekerja khas dari bandar tempat aku menyewa masuk ke kawasan perindustrian tu.  Malam pertama aku kat situ....

Bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2023 05:58 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-10-2023 09:16 AM

Pejabatku Berhantu Bahagian 2

Hari pertama aku masuk shift malam, aku pun jumpa bos aku di pejabat kami.  Pejabat kami ni letaknya di hujung paling kanan tingkat 4 tu, jadi setiap dinding situ ada tingkap.  Keluasannya takdela besar sangat, cukuplah untuk memuatkan 2 baris meja saling menghadap tu, dalam 8 meja lah, pastu ada bilik khas untuk bos dan bilik pantri yang letaknya betul-betul bersebelahan pintu masuk bilik tu.  Kirenye kalau masuk situ, belah kiri adalah bilik pantri dan bilik fail, belah kanan pulak ruang kerja dan bilik bos.  Bilik bos aku ni kirenye penghujung tingkat bangunan tu, dan ada tingkap leh nampak pemandangan di luar.

Aku pun perkenalkan diri aku pada bos aku, berdebar-debarlah jugak rasanya.  Teringat pulak 2 minggu lepas dia marah HR sebab lantik aku bekerja di bawah Mr C, tapi kali ni aku tengok Mr C sebenarnya okey je.  Tapi muka dia takde nak senyum ke ape ke. Pastu dia pun tunjuklah kat aku apa kerja-kerja yang aku akan buat di pejabat tu.

"Errrr bos, mana yang lain bos?"  
"Shift malam ni cuma ada kita berdua je".

Tapi meja ada 8.....  Pastu baru teringat sebelum ni Angeline cerita pasal ramai yang berhenti sebelum aku masuk sini.  Aku pun mulakan kerja aku, aku pilih meja paling dekat dengan bilik bos dan tepi tingkap luar.  Aku pun bukak pc, log in ke akaun syarikat.  Sekali tu bos aku pun bawak fail-fail dia dan duduk meja sebelah aku.  Eh, aku dah rasa kekok dah ni duduk tepi bos, tapi aku husnozon yelah kitorang berdua je kan mungkin senang kot dia nak pantau kerja aku.

Banyak jugak emel dan pesanan tidak berjawab.  Bertungkus-lumus lah jugak aku mengarang ayat nak membalas pertanyaan demi pertanyaan dari pelanggan luar negara.  Ada jugak beberapa isu aku tak boleh selesaikan, nasib baik bos kat sebelah.  Walaupun Mr C ni pada tanggapan pertama aku seorang yang garang, tapi dia banyak bantu aku yang masih baru dan terkial-kial ni.  Dia takdelah memperlekehkan aku ke.  Lagi satu, aku memang tak berapa fasih bahasa Mandarin, Mr C cakap takpe dengan dia cakap bahasa Inggeris je, dia boleh faham.  Aku pun semakin selesa dengan dia jadi aku adalah bukak topik ajak bersembang

"Bos, sebelum ni sapa yang kerja sini bos? Bos sorang je ke?"
"Adalah 2-3 orang.  Perempuan jugak".
"Oh diorang berhenti sebab apa bos?"
Bos aku termenung sekejap.
"Diorang ada sebab peribadi".  Pendek je jawapan bos aku.  Pastu bos aku tukar topik, pasal kehidupan kami di USA dulu, eh macam-macamlah.  Peramah jugak bos aku ni.

Sebab kami berdua je, dan bilik tu pakai penghawa dingin jenis berpusat di siling tu, sejuknya memang sampai ke tulang sumsum.  Aku pun mintak izin bos, boleh tak aku nak bukak tingkap sikit nak kasi udara malam musim panas masa tu masuk.  Bos aku pun ok je.

Tingkap situ jenis 2 daun pastu takde gerigi.  Mungkin sebab bangunan lama kot lagipun tak berapa tinggi.  Elok je aku kuak kedua-dua daun tingkap tu......BAAAMMMM!  Pintu masuk pejabat kami terbukak persis ditendang orang.  Berdiri di depan pintu tu seorang perempuan Cina, rambut panjang, muka pucat tapi pipinya basah dengan air mata pakai baju merah macam baju pengantin orang Cina tu.  Aku terkedu di situ.  Eh ni sapa pulak ni?  Sepantas kilat perempuan itu berlari masuk ke dalam pejabat kami, depan mata aku perempuan tu lompat keluar dari tingkap yang terbuka tu sambil menjerit dengan nyaring sekali.  Aku yang tengah berdiri tepi tingkap tu sangat-sangat terkejut, jantungku berdegup kencang sampai pandangan mataku berpinar-pinar, duniaku makin gelap dan aku jatuh pengsan....



Aku terbangun di sebuah sofa katil.  Kelilingku penuh dengan perabot dan kelengkapan pejabat.  Rupa-rupanya aku kini berada di dalam bilik pejabat bos aku.  Bos aku tengah menaip sesuatu di meja dia.  "Dah bangun ke?", bos aku bertanya kepadaku.  Aku tengok jam di dinding dah pukul 5.45 pagi.  Aku terpinga-pinga seketika, pastu baru aku teringat pasal perempuan yang terjun bangunan depan mata aku tadi.  Aku pun tanya bos aku, sapa perempuan tadi?  Ape jadi dengan perempuan tu?

"Eh perempuan mana ni?", bos aku menafikan.  Aku terlopong sekejap, tak tau nak cakap apa.  Bos aku cakap, malam tadi aku mengantuk sangat lepas tu aku mintak izin nak tidur sekejap, bos aku suruh aku tidur kat sofa katil dalam bilik dia.  Aku cakap nak tidur sekejap tapi tengok aku berdengkur-dengkur dia tak sampai hati nak kejut aku bangun.  "Awak ni tak biasa kot kerja shift malam.  Hari pertama kan?".  Aku hanya mampu mengiyakan je.

Pagi tu aku balik rumah, aku tertanya-tanya pada diri sendiri.  Betul ke apa yang aku nampak tadi?  Bos aku pun ada, mustahillah kan dia tak nampak perempuan tu bunuh diri. Itu malam pertama, malam kedua dan seterusnya takde insiden pelik-pelik dan lama-kelamaan aku pun lupa pasal kejadian itu.

Ini baru kisah pertama. Yang seterusnya nanti aku sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 06:06 PM | Show all posts
yay..tazaba

antu china ni horror gak
teringat cite dammerung pasal antu yg pakai baju merah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-9-2023 05:58 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 2

Hari pertama aku masuk shift malam, aku pun jumpa bos aku di pejabat  ...

Pergh, terasa macam tengok movie horror asia..tak sabar tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 09:50 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 25-6-2023 11:15 PM
Ahli Silap Mata

Peristiwa ni terjadi baru tahun lepas, tapi sebab peristiwa ni sangat pelik aku ra ...

wow horror betul cerita ni.. aku rasa idea yg sangat bagus utk buat movie. movie horror skrg dah bosan2 ceritanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 01:25 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 10-9-2023 01:35 PM

Pejabatku Berhantu Bahagian 3


Kalau ikutkan, lama jugak aku bekerja di syarikat tu.  Setahun lebih jugak aku bertahan di situ.  Mesti korang tertanya-tanya, kalau shift malam di syarikat aku tu betul-betul angker, macam mana pulak aku boleh bertahan begitu lama kat situ?  Di penghujung cerita ni nanti aku akan terangkan.  Tapi sebelum tu korang hayati dulu kisah-kisah aku ni.


Esoknya, malam kedua aku datang kerja, aku tengok semua tingkap-tingkap yang mengelilingi ruang pejabat aku termasuk kat bilik bos aku pun dah dipasang dengan gril tingkap.  Terkejut jugak aku tengok pejabat aku, bila aku tanya bos, bos cakap yang tu memang dah lama dah syarikat rancang nak pasang dari sebelum aku masuk lagi.  Terus aku teringat pasal peristiwa malam semalam.


"Mana ada apa-apa terjadi malam semalam.  Sepanjang malam tu cuma ada kita berdua je kat sini", jawapan dari bos aku.  Bos aku cakap kalau betul ada perempuan terjun semalam mesti hari ni bangunan ni dah ditutup sebab kes polis.  Tapi masa aku datang tadi ada nampak ke apa-apa kat tempat perempuan tu mendarat?  Sebabnya tingkap yang dia terjun semalam tu tingkap hadapan.  Bos aku macam nak naik marah jadi aku pun senyap jelah.  Sejak tu aku tak pernah ungkit lagi pasal benda tu.  Aku anggap betullah aku bermimpi tu walaupun mimpi tu aku rasa sangat sangat sangat benar berlaku.


Diam tak diam dah hampir sebulan jugaklah aku bekerja di situ.  Aku sudah berjaya membiasakan diri bekerja di waktu malam berdua dengan Mr C.  Sebab aku buat kerja yang hampir sama je setiap malam, aku jadi semakin cekap dan mudah tangkap apa yang Mr C ajar pada aku.  Mula-mula je sibuk, lama-lama bila dah terbiasa tu aku rasa beban kerja aku semakin ringan sampaikan aku dan Mr C akan gilir-gilir tidur atas sofa katil dalam bilik Mr C.  Oh ye, kat China ni walaupun Internet laju, tapi media sosial popular macam Facebook ke Youtube ke tak boleh digunakan di sini.  China ada apps mereka tersendiri macam Baidu, Weibo jadi agak payah aku nak berhubung dengan kawan dan keluarga aku di US.  Tapi Mr C ni ada ajar aku macam mana nak guna VPN, jadi malam-malam tu bila takde keje aku akan chat dengan kawan dan keluarga aku sebab perbezaan masa antara China dan US adalah 12 jam.  Kalau kat sini malam kat sana masih siang.  Jadi takdela bosan sangat pun malam-malam tu.


Kat pejabat aku pun ada bilik pantri yang dikongsi bersama-sama shift siang.  Pantri tu kecil je, ada meja dan kerusi muat untuk 2 orang, singki, kabinet letak barang, pemanas air, ketuhar oven dan peti sejuk kecil.  Ada satu kabinet ni khas untuk kami shift malam, dan bos akulah yang isi kabinet tu dengan air 3-in-1, biskut dan makanan ringan buat mengalas perut kami.  Sebab waktu malam ni kantin tak bukak jadi kami perlu bawak makanan kami sendiri, tapi selalunya aku tak makan pun, cukuplah sekadar mee segera kalau lapar-lapar tu.  Pantri ni pun betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk pejabat kami, bilik pantri tu pun dindingnya jenis separuh cermin jadi sapa-sapa yang lalu situ boleh nampak dalam pantri tu ada sapa.


Lagi satu, dalam pejabat aku ni takde tandas, jadi kalau nak ke tandas kami perlu ke hujung lagi satu bangunan ni.  Jauh jugaklah nak pergi jamban tu sapa-sapa yang terkucil sangat tu memang kena berlari anaklah jawabnya.  


Satu malam yang sejuk tu, masa tu dah lepas tengah malam, tetiba perut aku memulas-mulas.  Mungkin petang tadi aku salah makan agaknya.  Aku pun cakaplah kat bos aku yang kat sebelah aku masa tu, 'bos saya nak pegi jamban jap ye'.  Pastu aku pun berdesup lari ke tandas.  Dah duduk atas mangkuk jamban, tetiba aku sembelit la pulak.  Keluar angin kentut je.  Berpeluh-peluh jugaklah aku cuba nak memerut, aku pun tak ingat berapa lama dah aku dalam jamban tu tapi selepas selesai menjalankan urusan itu, aku cuci tangan ke singki, keluar jamban dan aku tersentak tengok bos aku ada kat luar tandas tu tengah bersandar di dinding.  Benda pertama yang terlintas di fikiran aku masa tu, eh bos aku ni mengintai aku ke?  "Lamanya kamu kat dalam jamban tu?".  Aku dah mula cuak dah, sebabnya budaya kerja di China ni diorang memang tegas sikit bab pengurusan masa, memang susah nak mengular sebab bos akan pantau habis-habisan.  Aku tergagap-gagap lah menjawab yang aku sembelit tadi, malu pun ye.  Aku sangkakan bos aku marah ke aku lama sangat ke tandas ni, bukan apa aku dah mula suka kerja ni, lagipun aku masih dalam tempoh percubaan lagi. Aku taknaklah hanya sebab masalah perut aku ni hilang kerja.


"Temankan saya turun bawah jap".  Aku pun ikut bos aku turun lif, lif tu letaknya di tengah-tengah bangunan ni.  Pastu dia tekan aras B iaitu aras paling bawah dimana aras tu merupakan aras gudang simpanan stok.  Lobi bangunan ni kat tingkat G.  Gudang simpanan ni memang 24 jam ada orang setiap di kawasan sinilah parcel-parcel yang nak dihantar akan dibungkus oleh pekerja sambilan kami.  Tapi sebelah malam di gudang tu orangnya takdelah seramai macam di waktu siang.  Di aras B bos aku berjalan ke meja penyelia malam kami seorang lelaki China yang aku panggil Pakcik M jelah.  Dengan Pakcik M ni mula-mula bos aku sapa dia dalam bahasa Mandarin, pastu bos aku pandang aku, dia diam jap, lepas tu dia pegi tukar cakap bahasa China jugak tapi bukan Mandarin.  Aku cakap bukan Mandarin sebab kali ni aku memang tak paham sepatah apa pun dia cakap dengan Pakcik M tu.  Diorang berbual dalam loghat asing tu.  Ada satu ketika tu muka Pakcik M berubah jadi terkejut, pastu dia tersenyap dan dia pergi belakang jap cari apa ntah.  Dia kembali dengan membawa 2 orang anak muda lelaki tapi dia tak hiraukan kami sebaliknya dia terus pergi ke lif dengan anak muda tadi tu.


Jadi tinggallah aku dan Mr C kat meja penyelia tu.  Bos aku masih diam je lepas dia sembang dengan Pakcik M tu.  Aku nak tanya lebih-lebih pun aku tak berani sebab aku perasan mood bos aku macam tegang je lepas kami turun sini.  Dalam 10 minit kemudian, Pakcik M dan anak muda tu pun turun dan Pakcik M melaporkan sesuatu pada bos aku.  "Ok jom naik balik", Mr C mengarahkan aku.  Aku pun ikut jelah Mr C naik lif ke tingkat 4 iaitu aras pejabat kami.


Aku tengok pintu masuk ofis kami terbuka.  Masuk dalam je aku terpandang cermin pantri tu dan aku nampak ada dua cawan berasap lagi airnya. "Eh bos buat air untuk saya ke? Susah-susah je", aku saja berseloroh nak legakan keadaan itu.  Tapi bos aku pulak diam je, dia masuk pantri pastu dia terus buang air dalam cawan tu.  Siap basuh lagi.  Aku dah mula terasa hati dengan bos aku tu.  Sepanjang malam tu kami buat kerja kami sendiri je tanpa bercakap sepatah apa pun sampailah waktu shift malam tu berakhir.





Korang mesti nak tau kan apa sebenarnya terjadi masa tu?  Macam aku cakap, tunggulah di akhir cerita ni aku akan terangkan.  Tapi cerita ni tak habis lagi jadi korang tunggu jelah ye sambungan seterusnya...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 02:40 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 10-9-2023 02:43 PM

Pejabatku Berhantu Bahagian 4

Bos aku Mr C ni, sebenarnya dia seorang yang baik, mudah dibawak berbincang dan tak lokek dengan ilmu.  Walaupun dia lelaki dia tak pernah ambil kesempatan padaku.  Dia sangat profesional.  Tapi tulah kadang-kadang bos aku ni mudah berubah mood, pastu aku rasa macam dia ada rahsiakan sesuatu daripada aku.  

Aku diberi cuti hujung minggu dan kadang-kala Angeline akan membawa aku bersiar-siar di kota itu.  Sebulan aku bekerja disitu, Angeline bawak aku ke satu cafe comel ni.  Semasa berbual tu aku sempat cakap kat Angeline, betul ke syarikat kita tu berhantu sebab sepanjang aku shift malam kat situ aku tak nampak pun hantunya.  Tapi aku cakap dengan nada bergurau siap gelak-gelak lagi tapi Angeline hanya membatu.

"Eh hari tu ko dan Mr C ada turun ke tingkat B kan? Jumpa Pakcik M?".  Eh macam mana Angeline boleh tau ni.  Angeline cakap benda ni dah kecoh dah satu syarikat ni, tapi mungkin sebab aku tak ramai kenalan kat situ jadi sebab tu cerita ni tak sampai kat aku.  "Kau tau tak kenapa malam tu Mr C jumpa Pakcik M?".  Aku jawablah aku pun tak tau sebab Mr C dan Pakcik M cakap bahasa yang aku tak faham.  Sekali lagi Angeline tersenyap seketika.  "Baguslah kalau kau tak tau.  Tapi aku nak nasihat ni, kau kalau nak pegi mana-mana pun jangan sorang-sorang tau".  
"Eh kenapa pulak.  Bangunan kita kan ada pengawal keselamatan?".
"Alah mana tau kan.  Syarikat kita ni malam-malam orang tak ramai.  Kot la apa-apa jadi kat kau, orang tak perasan".
Lepas tu perbualan kami beralih topik apabila kek dan kopi yang dipesan oleh kami sudah sampai.  Sedap jugak kek di kafe tu.

Aku perasan jugak lepas peristiwa dengan Pakcik M tu, kalau aku nak ke tandas, bos aku pun mesti nak ikut sekali.  Kalau dia keluar dulu dia akan tunggu aku di luar tandas.  Lagi satu benda aku perasan, seawal pukul 7.30 malam (bos aku selalu sampai awal) bos aku akan pasang lampu dalam pantri tu walaupun takde orang guna.  Ni pun aku rasa pelik sebab orang China ni kedekut, diorang sangat berjimat, benda kecik macam bil elektrik pun diorang amek kira.

Semasa peristiwa ni berlaku masa tu dah masuk musim sejuk.  Musim sejuk ni biasalah matahari lambat naik.  Jadi bila aku habis kerja pukul 6 pagi tu di luar sana masih gelap lagi sebenarnya.  Cara kerja aku ni tepat pukul 6.00 pagi aku dah keluar nak balik tidur di rumah dah.  Bos aku pulak jenis masuk cepat keluar lambat, begitulah betapa berdedikasinya bos aku kepada syarikat ni.  Dan memang sepanjang aku kat sini masuk balik kerja je aku sorang jelah naik lif.

Kecuali hari itu.  Macam biasa, aku masuk lif nak tekan aras G. Dan aku perasan lampu aras 3 menyala.  Maksudnye ada orang nak masuk lif dari aras tu ke?  Aku agak teruja sebenarnya, yelah berbulan kerja tengok muka bos aku je, hari ni aku bolehlah jumpa staf lain pulak.  Lif pun berhenti di aras 3.  Yang menunggu tu seorang lelaki China, kurus, tinggi lampai, memakai kemeja tanpa kot dan tali leher.  Penampilannya kemas dan rambutnya juga disikat rapi.  Dengan bahasa Mandarin yang aku tau aku pun tegurlah lelaki itu.  Mulanya lelaki tu macam terkejut bila aku tegur dia dulu.  Yelah lelaki Asia kan mungkin tak biasa dengan perempuan Barat macam aku.  Kami pun bersembanglah sekejap dalam lif tu.

Tak banyak pun yang kami sembangkan sebab turun lif sekejap je. Cuma aku ada tanyalah jugak, malam ni buat overtime ke? Dia cuma tersenyum pastu dia cakap lepas ni setiap malam dia nak buat kerja lebih masa sebab aku ada.  Aku pun sempatlah tertawa dengan telatah dia, eh boleh tahan mulut manis jugak mamat.  Lif dah sampai tingkat G, aku nak keluar, tapi dia kata dia tertinggal sesuatu kat aras dia jadi dia nak naik balik.  Terlupa sebab terpana dengan kecantikan aku katanya sampai terlupa nak bawak beg.  Sekali lagi aku tergelak besar.  Selepas dia naik tu, hati aku dah berbunga-bunga.  Aku dapat rasakan yang hubungan kami akan jadi lebih erat sebab keramahan dia tu.

Nak keluar ikut pintu besar tu, aku kena lalu meja penyambut tetamu.  Meja tu kalau waktu malam akan jadi tempat pengawal keselamatan.  Di meja tu pun ada beberapa PC dan telefon.  Aku perasan masa aku keluar tu, aku selalu senyum pada pengawal tu, tapi pagi tu pengawal tu hanya memandang aku tanpa membalas senyuman yang aku lemparkan.  Matanya mengekori aku sampai aku keluar dari pintu besar tu.  Eh dah kenapa orang tua ni?

Malam esoknya, aku jadi lagi bersemangat nak pergi kerja.  Eh lupa nak cakap, nama lelaki tu Leon Lai (bukan nama sebenar). Dia kerja di bahagian logistik di aras 3.  Sebelum nak masuk bangunan tu aku sempat memandang ke aras 3.  Ada satu sudut di aras 3 tu sudah bercahaya.  Aku yakin malam ni pun mesti Leon Lai tu ada.  Niat dihati aku nanti dalam pukul 10 ke aku nak melawat dia di aras 3 tu.

Tapi malam tu aku terlampau sibuk, bertalu-talu pulak aduan pelanggan yang aku terima.  Ada satu kes ni agak kompleks.  Menang sibuk betul aku dan Mr C sampai terlupa rancangan aku nak pegi lawat Leon Lai tu.  Nasib baiklah kes tu berjaya selesai hari tu jugak.  Tepat 6.00 pagi aku pun amek beg dan menuju ke lif.  Aku tengok di lampu lif atas tu ada naik nombor 3.  Aku tersenyum sendiri, yes ada peluang nak sembang lagi dengan Leon Lai.

"Eh bos pun nak balik jugak ke?".  Terkejut aku bila Mr C pun turut sama tunggu depan lif tu.
"Aah.  Penatlah malam ni rasa nak balik awal la".  Ya, mungkin Mr C pun dah sama pening melayan kerenah pelanggan kami tadi tu.  Ish Mr C ni kacau daun la ingatkan bolehlah berdua dengan Leon Lai lagi hari ni.

Lif pun berhenti di aras 3.  Leon Lai dah sedia menunggu di depan pintu lif.  Mukanya tersenyum lebar bila nampak aku.  Tapi bila dia nampak bos aku..... raut wajah dia berubah jadi terkejut.  Senyuman dia hilang sama sekali.  Dia terus terpaku di depan pintu lif, taknak masuk walaupun aku dah ajak dia masuk.  "Eh Leon, masuklah. Ni bos I".  Tapi Leon senyap je.  Bos aku pulak dia pergi tekan butang tutup pintu lif.  "Bos, kenapa ni?  Kan ada orang tu?".  Tapi bos aku senyap je dengan muka seriusnya.  

Selepas dari hari tu aku dah tak jumpe dah Leon Lai.  Pastu setiap kali aku nak balik je bos aku pun mesti akan turun sekali dengan aku.  Adakalanya dia bukan nak balik pun, lepas aku selamat sampai ke aras G dia pun naik balik ke aras 4.  Aku  tak pernah tahu apa alasan dia buat macam tu sampailah lepas kami dapat pekerja baru.  Pekerja baru ni pun ada kisah dia yang tersendiri tapi nanti aku cerita


Bersambung

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.479933 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list