|
Pada sesiapa yg ada grup term life insuran sila semak kontrak?polisi masing2 ... pastikan anda mempunyai coverage yg panjang contrak nyer ... bukan sekadar anual review polisi ... sebab takut nanti kalau dah claim banyak nanti tak boleh sambung dah ... nak apply insuran lain dah tak boleh... menangis tak berlagu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti saya minta staff saya check kan...
ibm632 Post at 2-12-2010 16:29
apakah jawapan nyer ibm.....sila pm |
|
|
|
|
|
|
|
Sila rujuk PM anda semua ... |
|
|
|
|
|
|
|
ader agent pru bsn kat melaka x? |
|
|
|
|
|
|
|
ader agent pru bsn kat melaka x?
lissa Post at 14-12-2010 14:36
Ada... saya ada kenal ejen fulltime yg komited di Melaka... Sila PM info utk saya mintak ejen tu hubungi awak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
ada terlebih plak Prudential kalendar/planner 2011..kalau sesapa nak, pls pm me |
|
|
|
|
|
|
|
ader x insurance kesihatan + pendidikan utk 1 family? ader sesiapa bole share? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak yg pendidikan tu melibatkan saving ... so utk 1 famili yg macam grup term mmg tak ada saving ... kalau nak yg saving ambik insdividu ajer tapi ditanggung bawah nama ayah(ketua keluarga) |
|
|
|
|
|
|
|
ader x insurance kesihatan + pendidikan utk 1 family? ader sesiapa bole share?
sahz Post at 20-12-2010 10:01
Salam,
AIA memang ada memang ada package untuk 1 family, coz bila attached dgn investment link memang akan ada saving....cuma saving mungkin tak banyak sbb terlalu byk rider. saya nasihatkan kalau nak ambil untuk pendidikan klau boleh ambil individual utk anak2. macam yg saya buat utk setiap anak sy cuma byr monthly 100 je buat masa ni....nanti kalau ada rezeki lebih sikit boleh tambah kemudian hari. kalau nak detail boleh pm saya.Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
coz bila attached dgn investment link memang akan ada saving....cuma saving mungkin tak banyak sbb terlalu byk rider.
Dynz Post at 22-12-2010 12:04
Salah maklumat tu Dynz... Invesment link kan flexible... U kata invesment link kurang saving sebab byk rider... So makna nyer kalau tak ada rider maka saving lagi banyak lah ... Cuba U compare betul2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah maklumat tu Dynz... Invesment link kan flexible... U kata invesment link kurang saving s ...
ibm632 Post at 23-12-2010 00:05
Salam & thanks yr komen en ibm,
ok, maksud i kalau u nak betul2 saving untuk education anak2 better ambil yg individual policy, yang memang force for saving, tapi still with investment link policy.
Kalau ambil package family (medical card + investment link), biasanya account akan jadi split :- Cth
monthly premium lebih kurang 300-350
AAA account = 100k
Critical Illness = 50K
ECP@150 = Tolakan unit
MCP@150 = Tolakan unit
Waiver premium = Tolakan unit
now, ada 4 rider kat sini, but u still ada saving maybe after 30 years lebih kurang 60k to 70K, but kalau utk education anak2 memang tak cukup...unless u bayar premium yang tinggi, but for me a prefer untuk ambil untuk education anak2 ambil yg individual policy, tak nak usik duit anak2. tapi depends la pada parents tu nak yg macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1331# Dynz
Dynz..
Mungkin produk PruBSN Takaful dan AIA lain ... sebab dlm Takaful link cerdik punya spt dibawah
Premium RM 350 sebulan
Takafulink Cerdik RM 50,000
Penyakit Kritikal RM 30,000
Waive payment anak Yes
Waive Payment Parent Yes
Saving pd umur 18 thn +/- RM 116,758
21 thn +/-RM 155,000
...
utk anak 1 thn dan ayah 22 thn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Dynz
Dynz..
Mungkin produk PruBSN Takaful dan AIA lain ... sebab dlm Takaful link c ...
ibm632 Post at 23-12-2010 11:17
en ibm,
actually lebih kurang je, cuma yg i buat kat atas tadi i mean saving kurang coz of attached dgn medical card.
ECP/MCP is AIA Family Platinum Medical card just monthly premium 250-300. Tapi benefit yg ni:-
1) Family Platinum Medical card unlimited per lifetime
2) Coverage for Death/TPD = 100K
3) Critical Illness = 50K
4) Saving = (+-) 60-70K
But dgn Individual policy with monthly 100, u will get:-
Death/TPD = 100K
Critical Illness/Waiver = 50K
Cash = age 18 / 28K, age 25 / 53K
But dgn Individual policy with monthly 300, u will get:-
Death/TPD = 100K
Critical Illness/Waiver = 50K
Cash = age 18 / 110K, age 25 / 203K
or
Death/TPD = 200K
Critical Illness/Waiver = 100K
Cash = age 18 / 93K, age 25 / 177K
actually sama je, maybe lain kompeni lain pulak package yg dia bagi, tapi i personally memang ambil plan education utk anak2 dgn montly RM 100/seorang dgn Death/TPD yg kecil tapi prefer dgn saving/cash yg byk. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ... kalau gitu better next time tak payah compare mana2... sebab kalau salah bagi info client akan bertambah keliru.. So better fokus pada apa yg client perlu dan apa yg mereka nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ... kalau gitu better next time tak payah compare mana2... sebab kalau salah bagi info client aka ...
ibm632 Post at 23-12-2010 22:43
en. ibm,
normally client akan buat comparison, pernah i pegi kat 1 kompeni tu, i nampak dia ada letak lagi 1 quotation dari kompeni lain, tapi i terang2 cakap kat dia u boleh ambik masa utk check dgn mana2 insurans yg lain sampai u puashati, everyone nak yang terbaik...so, boleh buat pilihan...and the end dia ambik jugak dgn i coz bos dia tu classmate hubby i...
kadang2 client ambik insurans dgn kita bukan tengok product yg kita ada kadang2 tu sbb frens2, saudara-mara, lebih2 lagi kalau dia sukakan cara seseorang agen tu lagi cepat boleh close case. I tahu org macam en ibm ni dah banyak dah close case...maklumlah en. ibm ni encem jugak....
ok, kita dah bagi briefing pada yg bertanya, kalau masih tak clear, i dgn en ibm boleh further detail. Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Pada yg rasa mereka ada masaalah utk sign up insuran di sebabkan oleh kesihatan sila hubungi saya sekarang ... Prudential akan consider apa saja application skg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Pada yg rasa mereka ada masaalah utk sign up insuran di sebabkan oleh kesihatan sila hubungi saya se ...
ibm632 Post at 28-12-2010 09:20
en ibm632, PM sent..sila refer. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: http://www.bharian.com.my/articl ... ;utm_medium=twitter
Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan
2010/12/28
PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu.
"Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.
"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.
Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.
Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
saya mencari ejen AIA dia kuching... pm me... |
|
|
|
|
|
|
| |
|