|
~SINOPSIS EPISODE 18~THURSDAY FEB 1 2007~
~Recap: Luisa minta kebenaran Menang untuk jumpa dengan Saling sebab ada perkara yang dia hendak bagi tau Saling. Menang pulak kata, Crding baru jer pergi dan Luisa dah sibuk nak keluar. Menang arahkan Luisa masuk ke dalam rumah. Menang kata paa Luisa mulai sekarangLuisa di bawah jagaan dia, so Luisa kena ikut segala cakap Menang. Luisa tergamam.
~Dalam perjalanan ke Maynila, Mimi gedix membebel kat Carding. Dia juga kata pada Carding yang dia tak sabar nak sampai ke Maynila, tapi si carding tak layan dia.
~ Si Nene pula sedang makan-makan di cafe bersama dua rakannya. Mereka kata ada sorang mamat handsome, tapi Nene kata dia tak peduli. Tiba-tiba mereka berdua ternampak mamat tu tapi dia pula perasan pada Nene lalu datang hampiri meja mereka. Si Apple ngan Rica pun dengan megahnya memperkenalkan diri mereka pada Mark, tapi Mark rupanya menyapa Nene. Si dua orang tu terkejut sebab Nene kata dia tak kenal Mark. Nampak macam Mark kecewa dengan Nene dan dia bagi tau yang mereka pernah jumpa di kedai masa nak beli rantai, tapi Nene cepat-cepat potong cakap Mark dan Nene tetiba teringat yang dia pernah terserempak dengan Mark. Mark pulak macam terkejut dan terus pergi dari situ.
~Si Luisa nak tolong Belen dengan Tekla di dapur dan mereka address her as mem. Menang pula kata hanya dia sorang saja mereka boleh panggil mem. (Yuck). Di meja makan, sedang Luisa dan Menang nak mula makan, Carding call. Luisa kelam kabut bangun nak sambut callcarding tapi kena sound dengan Menang. Dia kata Luisa tak ada 'table manners' dan sempat lagi dia ajar Luisa tata-cara di meja makan. Kalau tak, malu dia nanti nak kenalkan Luisa dengan kawan-kawan dia nanti. Luisa pun bangun jawab call Carding. Dia kata dia sedang nak sesuaikan diri dan carding kata nak ambil hati Menang kenalah masak masakan kegemaran dia iaitu fetuccini with white sos. (mai sini aku masak, bubuh cili powder bagi dia berasap). Tetiba Menang panggil Luisa katanya makanan dah sejuk. Then Luisa tanya ada apa-apa yang dia perlu buat untuk Menang, tapi Menang pulak kata bukan senang nak ambil hati dia. Bagi Menang, walaupun Luisa dah kawin dengan Carding, status dia tetap anak tukang cuci. Luisa sedih and excused herself to the bathroom and cried herself out.
~Mimi gatal tak sedar diri masuk dalam bilik Carding konon nak tolong kemas baju, tapi Carding heran macam mana dia boleh masuk ke situ dan terus halau dia keluar dan tutup pintu. Dia malu sebab rakan sekolej Carding senyum kambing kat dia.
~Tomas pulak beli barang dan terus kena tegur dengan Edad. Edad kata mereka sekarang kekurangan pera, tapi tomas pulak heran kenapa barang-barang Luisa di letak dalam kotak. Edad kata Luisa bukan anak mereka lagi dan dia sudah tiada tempat lagi di rumah itu dan bukas dia nak bakar barang-barang tu. (Amboi Edad,sombongnya).
~Tomas sedih dengan tindakan Edad itu lalu dia angkat kotak tersebut keluar. A few pictures of Luisa jatuh berterabur dan Tomas felt a sense of longing towards Luisa.
~mimi gedix masih cuba nak menepelkan diri ke Carding, tapi carding tak layan. alex kata carding bertuah sebab perempuan macam mimi tu minat kat dia. Carding kata nothing compares to Luisa. Carding memuji Luisa dan katanya Luisa tu sederhana dalam serba serbi dan dia tak sedar yang dia sebenarnya cantik. Mimi gedix rupanya pasang telinga dan dia nangis terus lari ke tandas cuci muka bila dengar cerita Carding pasal Luisa. (Buruknya rupa dia tanpa make up).
~Menang pula 'mempergunakan' Luisa untuk kempen politiknya. Saling nampak Luisa dan dia tahu yang Luisa kena dera dengan Menang. Saling heran bila Luisa panggil Menang dengan nama Menang. Saling kata kalau Menang buli Luisa, dia sendiri kkan pukul Menang dengan batang penyapu. Then Luisa nampak Nene, Peping dan Totoy. Dia senyum kat kapatid nya tapi Totoy ajak adik-adikya pergi dari situ. Kesian kat Luisa sedih jer tengok mereka berlalu.
~Malam tu, sampai je di rumah, Menang terus suruh Luisa tidur. Then Carding call and Menang mula memburuk-burukkan Luisa. Dia kata Luisa pemalas, tak ada adab dan etika. Carding macam tak percaya apa yang dia dengar dan Menang kata Luisa asyik tidur saja. Menang menambah, mungkin itu kegemaran Luisa.
~Peping pula buat kad untuk Luisa dan dia kata mungkin Luisa kesunyian di rumah besar tu. Si Nene pula minta duit dan Edad mintak dari tomas. Tomas kata itu saja duit yang dia ada tapi nanti dia akan cari lain. Lewat malam itut, Luisa turun ke dapur cari makanan sebab terlalu lapar. (Kesiannya.....)
~Bukas, Peping dan Tomas datang melawat Luisa. Tomas tanya bagaimana Luisa sekarang. Peping pula wander around the house. Luisa kata dia dah biasakan diri dan pergi cari Peping sebab Tomas dah nak balik. Rupanya si Peping tengah makan kek yang diberi Tekla. (Nak jer aku tonyoh kek tu kat muka Tekla). Luisa kata kek tu bukan untuk di makan tapi untuk di bawa ke rumah orang tua. Luisa kata Tomas sedang tunggu Peping di luar. Sedang Luisa bercakap dengan Tekla yang berlagak macam orang kanan Menang tu, Menang datang ke dapur dan dia marah sebab Luisa makan kek tu. Oleh kerana marah yang amat sangat, dia ambil kek tu dan tonyoh ke muka Luisa. Peping yang kat luar teringat kad yang nak bagi kat Luisa, masuk ke dalam semula dan dia nampak apa yang Menang buat. Dia menerpa dan terus marah Menang sebab memukul Luisa. Luisa pula kata, dia tersembam dan Menang cuba bersihkan kek di mukanya. Menang beritahu Luisa dia tak suka keluarga Luisa datang ke situ sebab mereka berbau busuk. Luisa sangat sedih dan terus menangis.
~Carding pula ternampak kelibat seseorang macam Luisa. Dia terus panggil dan kejar perempuan itu tapi Carding terkejut sebab si Mimi dah bertukar rupa jadi macam Luisa. Terkebil-kebil si Carding pandang Mimi.
~Si Diego pula tanya pada Totoy pasal Jojo. Dia kata Totoy ada buat sesuatu pada Jojo and Totoy kata wala. Menang keluar dari rumah tanpa menyahut pertanyaan Luisa. (Sombongnya)
~Luisa pula bertanya pasal resepi kegemaran Menang pada Tekla. Tekla kata dia tak tau dengan nada sombong dan Luisa kena cari sendiri dalam buku resepi. Sedang Luisa menyiapkan makanan Menang, si Saling datang melawat. Saling tahu Luisa tak gembira tapi Luisa kata kerana dia mencintai ornag yang dia sayng, dia sanggup hadapi apa juga keadaan. Saling tahu Luisa kena belasah dan Saling kata jangan biarkan sesapa pun membuli dia. Saling kata lagi, Luisa kena berani.
~Carding fail in his first exam dan jika dia berterusan begini, imposible baginya to graduate. Mimi gedix pulak bangga dia dapat A dalam exam. Carding tipu dia kata dia belum buat ujian tu lagi. Alex ajak Mimi g makan tapi Mimi buat baik konon nak g library.
[ Last edited by HeavenLeigh at 4-2-2007 12:27 AM ] |
|