Aku dah postkan youtube tuh....didalamnya byk persoalan yang ko timbulkan di jawab...
hayatilah ia mudah-mudahan kamu akan dapat mencintai nabi Muhammad saw melebihi diri kamu....
Allahumm ...
salikin Post at 27-3-2010 22:00
Sebelum bincang bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w atau maulid Nabi ... sila jelaskan pertanyaan aku tu!
Telah berkata Shaikh Ma'ruf al-Kharkhi (wafat 200H): "Sesiapa yang menyediakan makanan untuk pembacaan mawlid ar-Rasul, mengumpulkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan mawlid Nabi Muhamad, niscaya dia akan dihimpunkan oleh Allah Ta`ala pada hari qiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga". - Salikin post.
Sebelum berbincang tentang mawlid Nabi.. nak tanya sikit, Darimana shaik Ma'ruf al-Kharkhi dapat tahu dengan berbuat begini begitu.. mereka akan dihimpunkan dengan para nabi dan berada pada setinggi2 syurga ?
Sebelum bincang bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w atau maulid Nabi ... sila jelaskan pertanyaan aku tu!
Nazrulism Post at 27-3-2010 22:23
Ini yang mampu aku jawab.....terserah kamu untuk memberi penilaian....
“Barangsiapa mempersiapkan makanan, mengumpulkan teman- teman, menyalakan lampu, mengenakan pakaian baru, memakai farfum dan menghias dirinya untuk membaca dan mengagungkan maulid Rasul, maka kelak di hari kiamat Allah akan mengumpulkannya bersama para Nabi, orang-orang yang berada dalam barisan pertama dan dia akan ditempatkan di Illiyin yang tertinggi.” (I’anathuth Thalibin 3/255).
Ini adalah ucapan Syeikh Ma’ruf Al Karkhi. Beliau adalah seorang sufi terkemuka yang wafat pada tahun 200 H. Beliau selalu berprasangka baik kepada sesama muslim. Kalimatnya juga membuktikan kalau para salaf telah melakukan perayaan maulid Nabi pada abad kedua Hijriyah.
Ya Allah Ya Tuhan Ku...Hati jenis mana yg tak luluh dengan ucapan ni melainkan hati yg memang Allah mahu binasakannya..
Kebenaran yg mcmana lagi yg kita nak...
Siapa lagi yg mahu cakap Rasulullah SAW dan para Nabi itu mati...melainkan hati mrk itu yg mati.
Sesungguhnya benarlah maksud tok guru, mrk yg sesat itu, membaca Al-Quran tidak melepasi kerongkong iaitu hanya berilmu pada zahirnya sahaja..sesungguhnya cinta pd Allah dan Rasul itu tempatnya di hati, perbuatan menziarahi makam hanyalah tujuan menghormati dan meluahkan kerinduan..
p/s nazrulism, bila kamu nak ratakan makam Rasulullah SAW..pergi la ..
Ya Allah Ya Tuhan Ku...Hati jenis mana yg tak luluh dengan ucapan ni melainkan hati yg memang Allah mahu binasakannya..Kebenaran yg mcmana lagi yg kita nak...
Siapa lagi yg mahu cakap Rasulullah SAW dan para Nabi itu mati...melainkan hati mrk itu yg mati.
Sesungguhnya benarlah maksud tok guru, mrk yg sesat itu, membaca Al-Quran tidak melepasi kerongkong iaitu hanya berilmu pada zahirnya sahaja..sesungguhnya cinta pd Allah dan Rasul itu tempatnya di hati, perbuatan menziarahi makam hanyalah tujuan menghormati dan meluahkan kerinduan..
Bagaimana kita nak jadi Ahlul Bait itu ya salikin dan baghal..humaira ingin tahu??Ya Allah betapa peritnya kekasih Mu menanggung segalanya demi umatnya..Sedih betul humaira..kenapa masih ada yg tidak mahu buka mata tentang apa yg diperkatakan oleh tuan guru..kenapa masih menabik dada dengan kata kata yg akan memakan diri..Ya Allah celaka lah bagi orang orang yg riak dan sombong terhadap kekasih Mu itu..
note utk baghal:
Makam tetap makam... hanya menjadi berhala jika dijadikan tempat beribadah, tempat bermohon ataupun disembah.
jadi tak perlu buat apa-apa pada makam itu.. aku minta sangat2, j ...
Nazrulism Post at 28-3-2010 09:45
Allahumma shalli `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali Ibrahim. Innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali Ibrahim Innaka hamiidum majiid.
teman xtau hati mike ni jenis apa?apa perasaan mike bile menonton video yg di post salikin tu?idak ke mike rase insaf?idak ke mike tau bertape cintenya Rasulullah pade umat2nya?mike xade perasaan langsung ke dlm mencintaii nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W.?
Terime kasih teman ucapkan pada tuan kerana mempost video ni utk tatapan semua,teman memang tersentuh dgn syarahan pak syeikh dlm video tu.teman betul2 bersyukur dgn rahmat dan kurniaanNya dapat menjadi umat nabi Muhammad.marilah kite same2 berselawat keatas junjungan kite nabi Muhammad S.A.W.
Ini yang mampu aku jawab.....terserah kamu untuk memberi penilaian....
“Barangsiapa mempersiapkan makanan, mengumpulkan teman- teman, menyalakan lampu, mengenakan pakaian baru, memakai farfum dan menghias dirinya untuk membaca dan mengagungkan maulid Rasul, maka kelak di hari kiamat Allah akan mengumpulkannya bersama para Nabi, orang-orang yang berada dalam barisan pertama dan dia akan ditempatkan di Illiyin yang tertinggi.” (I’anathuth Thalibin 3/255).
Ini adalah ucapan Syeikh Ma’ruf Al Karkhi. Beliau adalah seorang sufi terkemuka yang wafat pada tahun 200 H. Beliau selalu berprasangka baik kepada sesama muslim. Kalimatnya juga membuktikan kalau para salaf telah melakukan perayaan maulid Nabi pada abad kedua Hijriyah.salikin Post at 27-3-2010 23:52
Jelas itu hanyalah ucapan seorang sufi yang memperkatakan sesuatu perkara ghaib (dihari akhirat) tanpa berdalilkan Al-Quran dan Sunnah dan penganut sufi mengambilnya berdasarkan 'sikap berprasangka baik syeikh itu' dan mengambil kata2nya sebagai bukti para salaf melakukan perayaan maulid.
pengikut serta pentaklid fahaman sufi kelihatan kuat ibadahnya, kelihatan zuhud, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat jika dibandingkan dengan para sahabat nabi yang menyembunyikan amal ibadat mereka takut dihinggapi riak.
Baginda s.a.w bersabda: Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil? Maka Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal lehernya! Baginda bersabda: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”. (H/R Bukhari (3610), Muslim (1064 dan Ahmad (224))
teman xtau hati mike ni jenis apa?apa perasaan mike bile menonton video yg di post salikin tu?idak ke mike rase insaf?idak ke mike tau bertape cintenya Rasulullah pade umat2nya?mike xade perasaan langsung ke dlm mencintaii nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W.?
fathan Post at 28-3-2010 11:12
Muhasabah dan tanya diri sendiri jenis apa dahulu!
Adakah mencintai Rasulullah s.a.w dengan mengikut ucapan 'syeikh sufi' (lihat post aku sebelum ini) yang bersumber entah dari mana untuk menunjukkan bukti cinta kepada Rasul s.a.w ?
Apabila Allah ta’ala telah menetapkan jalan untuk menuju kepada-Nya melalui jalan tertentu yaitu ajaran yang dibawa oleh Rasul s.a.w (bukan ucapan syeikh sufi) maka bagaimana mungkin kita diperbolehkan menggariskan suatu jalan sendiri menurut kemauan kita sendiri demi mengantarkan kita menuju Allah? Hal ini termasuk tindakan jahat dan perlecehan terhadap hak Allah ‘azza wa jalla tatkala kita berani membuat syariat di dalam agama-Nya dengan sesuatu ajaran yang bukan darinya. Sebagaimana pula tindakan ini tergolong pendustaan terhadap firman Allah ‘azza wa jalla yang artinya,
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kalian.” (QS. Al-Maa’idah: 3)
Perayaan Maulid Nabi tidak kita temukan pada masa sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in dan empat Imam Madzhab (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad), padahal mereka adalah orang-orang yang sangat cinta dan mengagungkan Nabi s.a.w. Mereka adalah orang-orang yang paling paham mengenai sunnah Nabi s.a.w dan paling semangat dalam mengikuti setiap ajaran beliau.
Pelopor acara Maulid Nabi adalah Dinasti ‘Ubaidiyyun atau disebut juga Fatimiyyun, Al Maqriziy, seorang pakar sejarah mengatakan, “Para khalifah Fatimiyun memiliki banyak perayaan sepanjang tahun. Ada perayaan tahun baru, hari ‘Asyura, maulid (hari kelahiran) Nabi, maulid Ali bin Abi Thalib, maulid Hasan dan Husain, maulid Fatimah al Zahra, maulid khalifah yang sedang berkuasa, perayaan malam pertama bulan Rajab, perayaan malam pertengahan bulan Rajab, perayaan malam pertama bulan Sya’ban, perayaan malam pertengahan bulan Rajab, perayaan malam pertama bulan Ramadhan, perayaan malam penutup Ramadhan, perayaan ‘Idul Fithri, perayaan ‘Idul Adha, perayaan ‘Idul Ghadir, perayaan musim dingin dan musim panas, perayaan malam Al Kholij, hari Nauruz (Tahun Baru Persia), hari Al Ghottos, hari Milad (Natal), hari Al Khomisul ‘Adas (3 hari sebelum paskah), dan hari Rukubaat.” (Al Mawa’izh wal I’tibar bi Dzikril Khutoti wal Atsar, 1/490. Dinukil dari Al Maulid, hal. 20 dan Al Bida’ Al Hawliyah, hal. 145-146).
note utk baghal:
Makam tetap makam... hanya menjadi berhala jika dijadikan tempat beribadah, tempat bermohon ataupun disembah.
jadi tak perlu buat apa-apa pada makam itu.. aku minta sangat2, j ...
Nazrulism Post at 28-3-2010 09:45
mungkin nazrul membutakan hati dengan tidak menghayati siapakah yg memberi syarahan itu..tidak kenalkah anda dengan yg bercakap itu??jgn terlalu ikutkan perasaan dan nafsu saudara..kelak memakan diri..sekadar ingatan ikhlas..sekian
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan musa dgn ayat-ayat kami: "bahawa keluarkanlah kaum engkau dari kegelapan kpd cahaya dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari ALLAH," sesungguhnya pd demikian itu menjadi tanda-tanda bagi setiap org yg bersabar lagi syukur.
Ibrahim: 5.
sesungguhnya maulid nabi itu termasuklah hari-hari ALLAH yg menjadi tanda-tanda bagi setiap mukmin yg bersabar lagi bersyukur.
Barangsiapa tidak bersyukur kpd manusia, dia tidak bersyukur kpd ALLAH.
mungkin nazrul membutakan hati dengan tidak menghayati siapakah yg memberi syarahan itu..tidak kenalkah anda dengan yg bercakap itu??jgn terlalu ikutkan perasaan dan nafsu saudara..kelak memakan d ...
ummi_humaira Post at 28-3-2010 21:58
Apakah yg anda hayati? Sila cerita supaya boleh dikongsi.
anda juga jangan ikutkan perasaan dan nafsu mengikut perasaan dan nafsu orang lain!
Apa-apa yg Engkau kehendaki terjadilah walaupun aku tidak menghendakinya..
Sedang apa-apa yg aku kehendaki jika tidak Engkau kehendaki pastilah tidak terjadi..
Telah ...
baghal Post at 29-3-2010 13:47
Semuanya tidak lari dari pemahaman Ahlul Sunnah;
Salah faham mengenai takdir telah menimbulkan banyak angkara dan kekacauan di kalangan orang ramai. Puncanya ialah tidak dapat membezakan di antara ilmu Allah yang azali dan segala ketetapan yang telah dibuatNya mengikut ilmuNya itu di alam ini serta Allah mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana ia berlaku, dengan ikhtiar serta pilihan dan kehendak hamba-hambanya yang telah dijadikan oleh Allah sebagai asas dan dasar bagi tanggungjawab serta hisab kelak. Hamba Allah mempunyai kemahuan tertentu di mana ia melakukan perbuatan yang ia mahu tetapi bukan melakukannya kerana paksaan dari Allah tanpa ia sendiri yang menghendakinya.
Golongan sufi tidak memahami akidah syar’i yang telah diterangkan Allah di dalam al-Quran dengan secukupnya dan yang telah dihuraikan Rasulullah s.a.w dengan selengkapnya. Mereka menyangka kejahatan, maksiat dan kedurjanaan itu adalah dikehendaki Allah kerana sukakannya, sedia menerimanya dan meredhainya. Mereka tidak tahu semua perkara itu tunduk kepada kehendak dan masyiah Allah semata-mata, tetapi bukan bererti pelakunya terpaksa melakukannya kerana Allah menghendakinya melakukan demikian dan tidak berupaya menahan dan menghalang dirinya dari melakukannya. Iradat Allah itu ialah iradat berlakunya sesuatu perkara itu, dan masyiah-Nya ialah keizinan dan kebenaran berlakunya. Kerana itu ada pula balasan kepada pelakunya di dunia dan di akhirat, ada celaan, ada kutukan dan ada larangan supaya menjauhi kejahatan dan maksiat.
Kerana tidak memahami akidah syar’i inilah golongan sufi berpendapat perbuatan orang-orang kafir dan orang-orang jahat sesuai dengan kehendak dan kesukaan Allah!! Demikianlah Hallaj dan Ibnu Arabi mendakwa Iblis dan Firaun telah mengenal hakikat dan kedua-duanya bertindak dengan perintah Allah! Kerana itulah Iblis enggan sujud hormat kepada Nabi Adam a.s, dan Firaun enggan beriman kerana mendakwa dirinya itulah tuhan dan seterusnya enggan berpatah balik dari dakwaannya itu!!
sesungguhnya maulid nabi itu termasuklah hari-hari ALLAH yg menjadi tanda-tanda bagi setiap mukmin yg bersabar lagi bersyukur.
Barangsiapa tidak bersyukur kpd manusia, dia tidak bersyukur kpd ALLAH.
sirrikhafi Post at 29-3-2010 16:33
Memperingati maulid nabi tidaklah sama dengan merayakan maulid Nabi amalan kaum sufi.
Masakan para sahabat yang begitu cintakan Nabi s.a.w tidak bersyukur dengan terutusnya Muhammad s.a.w dan mereka tidak bersyukur kepada Allah oleh kerana mereka tidak merayakan maulid Nabi sepertimana dilakukan oleh kaum sufi.
Memperingati maulid nabi tidaklah sama dengan merayakan maulid Nabi
amalan kaum sufi.
Memperingati maulud nabi tiada kaitan dgn sufi.
di harap anda dapat membezakan antara amalan memperingati hari-hari ALLAH a.k.a memperingati terutusnya rahmat seluruh alam dgn amalan tasauf/tazkiah.
Memperingati maulud nabi tiada kaitan dgn sufi.
di harap anda dapat membezakan antara amalan memperingati hari-hari ALLAH a.k.a memperingati terutusnya rahmat seluruh alam dgn amalan tasauf/tazki ...
sirrikhafi Post at 29-3-2010 18:32
Itu yg saya nak beritahu.. tentang perbezaan amalan memperingati maulid Nabi dengan amalan merayakan maulid nabi yang digariskan oleh tok sufi dan diikuti oleh mereka yang percaya pada ucapan tok sufi seperti post seorang pengikut sufi... menyediakan makanan, menyalakan lampu dan lain2 lagi yang menjanjikan 'berkumpul dengan para anbia diakhirat kelak .
Apakah yg anda hayati? Sila cerita supaya boleh dikongsi.
anda juga jangan ikutkan perasaan dan nafsu mengikut perasaan dan nafsu orang lain!
Nazrulism Post at 29-3-2010 17:58
ini bukan mengikut perasaan atau nafsu orang lain..dari video kita boleh lihat ulama tersebut menceritakan saat perpisahan terakhir Nabi saw dengan jemaah haji dan seterusnya para sahabat.Betapa kesayuan dan kesedihan bertamu pada waktu Nabi dijemput pulang utk menghadap Allah.
Betapa para sahabt meratapi dengan penuh kesedihan bahawa Nabi pergi buat selamanya.Tapi bg sahabat jua Nabi bukan meninggal tapi hidup disamping kekasihNya Allah swt.Sebab itu Umar memberi amaran bahawa siapa yg mengatakan Nabi itu meninggal maka Umar akan memenggal kepala orang itu.Dan ada lagi beberapa point penting untuk direnungkan.
Ini bukan garis panduan ahli sufi menyambut MAULID ya nazrul tetapi realiti pada masa itu.Kejadian yang berlaku pada masa itu.Jangan kamu sempitkan pemikiran kamu hanya kerana secangkir ilmu.Nabi saw itu kekasih Allah maka berhati hatilah dengan kata kata mu wahai sahabat.