|
lamanya dahlia pengsan...
smiley,
sila sambung lagi ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg menyebabkan Dahlia pengsan?adakah towel cikgu amir terlucut... |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah LIA bangun... |
|
|
|
|
|
|
|
uish...tak bangun2 lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu lama tul dahlia tu pengsan...
x sabar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
akak smiley...bz ek?dahlia pengsan tak bangun2... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-12-2010 11:07
hellloooooooo
smlm tak dapat masuk sbb tak de line
kesian dahlia pengsan lama benor
...............................................................................................................
Badan Dahlia yang terhoyong hayang sempat di sambut sebelum mencecah lantai. Huk eleh… pengsan konon. Amir menepuk pipi Dahlia. Tiada reaksi. Dia mula panic. Apa penyakit Dahlia sampai boleh pengsan bila kena sergah. Tubuh Dahlia di cepung dan di letak di sofa. Amir mengikat semula tualanya yang melorot ke bawah. Nasib baik lah minah ni pengsan, kalau tak nampak aku buat free show.
Matanya meliar ke setiap inci tubuh Dahlia. Nafsunya bergelora. Kalau ini drama Melayu, inilah saat antagonis melurut misai sambil berkata “ Heh..heh.. heh” sebelum menerkam si gadis. Tak boleh … tak boleh… aku tak boleh lama di sini. Godaan iblis pangkat Jeneral terlalu kuat untuk anak Adam seperti aku. Ingat dosa…. Dosa …DOSA! Kalau Dahlia bukan gadis suci pun tapi dia tetap haram untuk aku. Aku tak akan tersungkur kerana kecantikan tubuh seorang perempuan. Lantas Amir berpaling untuk masuk ke bilik dan memakai baju. Beg pakaiannya di tarik dari rak almari. Aku kena keluar sekarang. Dia terpandang envelop berisi gambar 18 SX Farid. Huh… persetankan! Semua gambar di carik kecil dan di buang dalam bakul sampah. Menyesal aku upah Ivan untuk menyelidik latar belakang Farid. Buang duit aku saja.
Langkahnya terhenti bila intercom berbunyi. Selalunya bila ada pelawat, pengawal akan meminta kebenaran dari tuan rumah. Siapa pula yang datang? Tak mungkin abang sebab dia ada kunci sendiri. Amir mula kalut. Jangan jangan aku di perangkap. Mungkin jiran yang sering mengintip abang memanggil pegawai pencegah maksiat. Aaah… mustahil. Kondo elit begini mana ada jiran yang suka jaga tepi kain orang. VVIP pun ada yang simpan perempuan di sini.
“ Yes?”
“ There are 2 visitors downstairs. Miss Ellisya and Miss Najwa” Darah Amir menggelegak. Sampai tiga sekali. Abang nak buat parti seks kah?
“ Okay. Ask them to come up” Bagus juga kalau mereka naik. Mereka boleh tengokkan Dahlia. Aku nak cabut. Aku tak nak bersekongkol dengan abang dan 3 orang gundik dia. Dahlia masih tidak berkutik. Wajahnya lembut dan tenang seperti bayi yang nyenyak. Amir menanggalkan apron Dahlia. Sehelai selimut di ambil dari linen closet untuk menutupi tubuh Dahlia. Jarinya mengelus rambut yang menutupi dahi. Sepatutnya gadis ini milik aku, bukan Farid, bukan abang. How could something that feels so right turn out to be so wrong? Rasa hiba bersarang di hati. I have to get away. Dia terus membuka pintu. Dua orang perempuan sedang berjalan ke arahnya dari lif. Amir meneliti mereka dari jauh. Nampak sempoi, tak macam stok perempuan simpanan. But you can never tell. Contoh terbaik ialah Dahlia Hj Zulkifli.
“ Assalamualaikum. Kami kawan Dahlia. Saya Najwa, ini Ellisya. Dia suruh kita teman dia malam ni. Dia takut tinggal seorang. ” kata gadis bertubuh kecil yang bercermin mata. Gaya ala geek.
Amir sekadar mengangguk. “ Hmm”
“ Encik ni siapa?” tanya Najwa. Sombongnya mamat ni. Typical lelaki Melayu yang ada rupa , ada duit.
“ Saya Amir.”
“ Awak… awak ni Cikgu Amir kah?” teka gadis yang bertubuh agak gempal dan berambut panjang. Tinggi, badan sasa, pakai spek, kulit cerah, muka tenang, mata redup. Dahlia pernah menggambarkan rupa seseorang yang sama dengan lelaki di depan mereka.
“ Ya. Macam mana awak tahu?” tanya Amir dengan hairan. Aku tak pernah jumpa mereka.
“ Dahlia ada cerita pasal awak. Er… betullah apa Lia kata” Si gempal menyiku si geek sambil tersengih. Hee.. gedik! Amir memandang dengan jengkel. Rasa macam nak pelangkung minah berdua ni.
“ Macam mana awak boleh ada di sini?” tanya Najwa
Hish… banyak pula soal “ Ini kondo abang saya. Saya adik Datuk Azmi”
“ Ooooohhhhh” Sampai enam harakat Ellisya dan Najwa menarik suara. Kecilnya dunia.
“ Dahlia ada kat dalam? Boleh kami masuk?” tanya Najwa.
“ Masuklah. Dia ..er.. dia tak sihat. Dia pitam tadi”
“ Ha? Macam mana dia boleh pitam?” Agaknya Dahlia pengsan bila tahu yang Cikgu Amir ada pertalian dengan Datuk Azmi.
“ Saya pun tak tahu. Awak berdua tolong tengokkan dia. Saya kena pergi sekarang”
Amir berlari anak ke lif. I need to get out of here. Otak aku serabut. Kata Cik Geek tadi Dahlia yang ajak mereka teman dia sebab takut tinggal seorang. Betulkah? Atau cuma nak kaverline? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-12-2010 10:36
“ Jangan pegang saya. Saya perempuan jijik. Kau tu sempurna sangat macam Nabi lah konon” Matanya masih terkatup tapi mulutnya mengomel. Ellisya dan Najwa memasang telinga. Apa yang kawan mereka cakap ni? Sampai masuk cerita Nabi segala.
“ Lia…. Lia … “ Ellisya mengusap pipi Dahlia.
“ Stupid Cikgu Amir. Cili mulut baru tau”
“ Lia… bangunlah. Jangan buat macam ni. Kami risau.”
Kelopak matanya mengerdip. Akhirnya Dahlia membuka mata perlahan.
“Alhamdulillah. Nasib baik kau dah jaga.” Najwa meraup muka.
“ Sya… Wawa. Bila korang datang? Apa jadi kat aku? Mana mamat mulut takde insuran tu? Celaka punya orang!” Dahlia membuang pandang ke sekitar kondo dalam keadaan separa sedar. Dia sedang berbaring di sofa bentuk L di ruang tamu. Sehelai selimut nipis menutupinya. Dia cuba duduk tapi kepalanya bagai di palu dengan tukul. Perutnya pedih. Badannya di rebahkan kembali ke sofa.
“ Tsk..tsk..tsk..Amir yang handsome tu kau panggil celaka? Kau okay tak?” tanya Najwa sambil menekap tangan ke dahi Dahlia. Tak panas pun tapi kenapa dia meracau.
“ Aku buatkan Milo. Minum sikit. Ni ada popiah yang aku baru beli. Perut kau kosong kot, sebab itu kau pitam. Masa kami sampai Amir punyalah susah hati.”Ellisya menghulur mug dan piring berisi popiah.
Dahlia meneguk Milo panas hingga mug kosong. Popiah di kunyah perlahan. Kepedihan di perutnya mula hilang. Punya seronok shopping sampai tak sedar yang dia tak makan sejak pagi tadi. Tambah pula dengan pening kepala sebab tak cukup tidur dan kena basuh dengan Cikgu Amir, manalah aku tak pengsan.
“ Amir susah hati pasal aku? Itu lakunan saja tau. Korang jangan tertipu” Bibit tangis sudah mula terbit. “ Eh, bila masa korang datang?”
“ Adalah dalam 5 minit. Jenuh kami nak kejutkan kau.” kata Ellisya.
“Macam mana korang boleh masuk?” Dahi Dahlia berkerut.
“ Kami call handphone kau tapi kau tak jawab. Jadi kami bagi tahu guard kat bawah tu yang kami nak ke kondo 8-3A. Dia intercom dan Cikgu Amir bagi kami naik. Dia dah siap tunggu di depan lif. Muka dia pucat macam orang mati bini. Sayang betul dia kat kau.” Kedutan di dahi Dahlia semakin dalam. Apakah aku cuma mimpi episode Cikgu Amir pakai tuala dan tuduh aku ada skandal dengan abang dia?
“ Dia pakai apa masa korang sampai?”Giliran Ellisya dan Najwa pula untuk pamerkan muka konfius.
“ Ha? Peliknya soalan kau. Dia pakai baju dengan seluar lah. Takkan pakai seluar dalam pula. Kalau dia pakai spender kenyang lah kami dapat free show. Kau pengsan lama pun kami tak peduli…hahahahaha” Ketawa mereka bersahutan. Dahlia mendengus geram.
“ Gatalnya anak dara dua ekor ni” Macam lah aku tak berdebar tengok Cikgu Amir pakai tuala. Takkanlah begitu “ real’ mimpi aku? Dahlia masih cuba mencerna apa yang berlaku. Cikgu Amir adik Datuk Azmi? Kenapa dia bekerja di Kuala Kangsar? Kenapa dia tak pernah bercerita tentang latarbelakang keluarganya? Adakah dia anggota Special Branch yang ada misi khas? Semuanya tak masuk akal langsung.
Tiba tiba riak wajah Najwa berubah. Dia memaut bahu temannya.
“ Lia, Amir rogol kau kah? Aku tak tahu berapa lama kau tak sedarkan diri sebelum kami sampai. Kalau dia ada buat apa apa, jom kita repot polis”
“ A’ah… aku tak terfikir pula. Tapi masa kita sampai , tak nampak macam ada tanda tanda pergelutan atau benda tak senonoh yang terjadi. Tapi jantan mana nak lepas peluang kalau berdua dengan perempuan cun.” Tambah Ellisya sambil menggaru kepala.
“ Tak..tak.. dia tak rogol aku lah. “ Dahlia menggeleng.Yang itu aku pasti. Badan aku tak ada pun tanda tanda di cerobohi. Lagi pun mamat perasan suci itu pasti jijik nak sentuh aku yang kononnya sundal terhebat dalam dunia . Airmata nya mengalir laju. Sampai hati Cikgu Amir. Hina sangatkah aku di matanya. Mungkin ada hikmah juga semua ini berlaku. Sekarang aku tahu yang aku dah buat pilihan yang tepat. Kalau Farid setuju lagi cepat kita kawin lagi bagus. Aku nak buktikan pada Cikgu Amir yang aku perempuan yang ada harga diri. Ada lelaki yang ingin memperisterikan aku. Boleh blah lah kau, Cikgu Amir. Kau ingat sebab kau orang kaya, kau boleh hina aku? Dahlia mengepal tangan dan mengetap rahang.
“ Lia, bagi tahu kami apa yang dah jadi. Kenapa kau asyik menangis? This is not like you.” pujuk Najwa sambil menghulur tisu.
“ Aku.. aku.. tak apalah. Aku akan ceritakan nanti bila aku dah ready. Sekarang aku nak lupakan semuanya. Kalau kau orang kesian kat aku , tolong jangan tanya apa apa sekarang.” Dahlia terus bangun menuju ke dapur. Muka nya di bilas dengan air sejuk di sinki. Dia mengutip pisau yang terpelanting ke lantai. Cendawan dan ayam sudah sedia di dadu ada dalam bekas. “Yes… aku tidak bermimpi. “
Ellisya dan Najwa saling berpandangan. Peliknya Dahlia. Apa rahsia besar yang di simpan Dahlia dan Cikgu Amir?
“ Sya, Wawa. Tolong aku buat pai ayam , please. Aku kena hantar kat Puan Sri Sabihah. Lepas tu aku nak balik KK terus”
“ Eh, kau kata nak tinggal lagi satu malam. Kita tak habis shopping lagi” bantah Ellisya.
“ Aku dah tak ada mood. Biarlah aku pakai apa saja yang ada. Baju Raya tahun lepas pun boleh” dengus Dahlia
“ Janganlah macam tu, Lia. Kalau kau tak nak tinggal di kondo ini, kau boleh tumpang rumah kami. Tapi janganlah sebab kau marahkan Cikgu Amir, kau terus nak balik. Kesian Farid kalau kau tak beli hantaran dia. Besok kita nak pergi Masjid India cari kain sampin. Kau nak beli riben dan bunga juga kan.”
Betul juga. Kenapa Farid yang tak bersalah pula jadi mangsa sebab Cikgu Amir.
“Okay. Aku tumpang tidur rumah korang”
………………………………………… |
|
|
|
|
|
|
|
Amir memandu tanpa arah tuju. Dia berpusing sekitar Kuala Lumpur hingga ke lebuhraya Utara Selatan. Kalau bukan sebab ibunya akan di bedah , dia ingin pergi jauh untuk mencari ketenangan. Kenapa nasib aku sentiasa malang dalam percintaan? Mungkin aku memang di takdirkan untuk hidup sendirian sampai mati. Setiap kali terbayangkan Dahlia jiwanya bergelora. Balik balik muka itu juga yang hadir dalam minda. Boleh tak ganti muka Dahlia dengan Lisa Surihani kah, Fazura kah ?
Dia berhenti di kawasan rehat Seremban untuk mengalas perut dan solat sebelum mendapat panggilan telefon dari ibunya.
“ Mir kat mana? Kak Elly kata Mir tak balik rumah pun. Are you okay? Kak Elly risau. ” Sibuknya kakak ipar aku tu. Mesti ada gadis yang dia nak kenalkan dengan aku menunggu di rumah.
“ Mir ada hal sikit kat luar. Nantilah Mir balik. Mir dah tua pun, tak payahlah nak risau.”
“ Datanglah hospital. Mummy nak cakap dengan Mir. Its important.”
Uh oh.. ada apa pula ni? Takkan Mummy nak bacakan wasiat. “ Okay”
Sejam kemudian dia memakir kereta di depan Prince Court dan terus ke bilik Puan Sri Sabihah. Kakak iparnya juga ada di situ. Dia mencium pipi ibunya.
“ Where were you? Rugi Mir tak ada kat rumah tadi. Nia datang tau” kata Datin Elly.
“ Nia? Why? Don’t tell me dia tak serik serik lagi” Muka tembok betul lah Nia Aurora. Tak makan saman langsung. Tiga tahun lalu aku tinggalkan majlis pernikahan yang di rancang ibu dan keluarga Nia tanpa pengetahuan aku.
“ Mir! Dia baru balik dari US. Saja dia nak jumpa Mir. Janganlah sombong sangat. Nia is a very nice girl. Dia makin cantik sekarang” Datin Elly memuji sepupunya.
“ Bukan Mir sombong. I just don’t want to get her hopes up. I’m still not interested even if she is Miss Universe” putus Amir. Kalau aku desperate pun, aku tak nak kahwin dengan bimbo macam Nia Aurora.
“ Sudahlah Elly. Betul kata Amir, jangan bagi harapan pada Nia. Biar lah dia cari orang lain. Ramai lagi lelaki yang sesuai.” celah Puan Sri Sabihah. Datin Elly mengherotkan bibir. Misinya tak berjaya.
“ Doktor dah confirm bila operation Mummy?” Amir menukar topik. Kepala aku dah biul. Aku dah penat melayan kerenah perempuan.
“ Pagi lusa. Mir tak balik KK lagi kan? Tolonglah teman Mummy” rayu Puan Sri Sabihah.
“ Boleh. I’ll stay for a few more days. Sekolah belum buka lagi pun.” Kuala Kangsar sudah hilang seri nya. Amir membulatkan tekad. Dia akan berpindah sebaik kontraknya tamat. Toko Buku Nilam pun tak akan aku pijak lagi. Menyampah aku tengok muka perempuan penipu itu.
“ Mummy nak pergi umrah lepas sembuh dari operation. Mir ikut Mummy ya. Abang tak boleh ikut sebab dia banyak kerja. Elly kena jaga budak budak” Amir pantas mengangguk macam orang mengantuk di sorong bantal. Ini peluang yang di tunggu. Sudah dua kali dia mengerjakan umrah bersama keluarga ketika masih di bangku sekolah. Dia rindu untuk menatap Kaabah, bersolat di Masjidil Haram. Alangkah indahnya bila beribadat dengan penuh kusyuk dan tawadduk di Tanah Suci. Aku ingin berdoa depan Kaabah. Aku ingin solat di Raudhah dan menziarahi makam Rasullullah. Moga jodoh aku di permudahkan.
“ Insyaallah. Amir pun rindu sangat nak ke Mekah dan Madinah. Kita pergi berdua saja kah?”
“ Mummy ajak Maya dan keluarga dia sekali. Kalau kita berdua susah sikit. Mummy kena ada orang perempuan untuk teman Mummy. Nantilah Mummy fikirkan. ”
“ Abang mana?” tanya Amir. Macam lah aku tak tahu, dia sedang memadu asmara di kondonya.
“ Dia pergi ambil Rayyan dengan Irhan dari sekolah. Kejap lagi sampai lah. Mummy rindu sangat cucu cucu Mummy”
Amir menyembunyikan senyum. Ala… abang suruh driver dia ambil budak budak tu. Dia nya entah ke mana. Trick lama weh.
Pintu di ketuk dan Pak Wan masuk dengan tiga bekas Tupperware. Puan Sri Sabihah mengorak senyuman lebar. Air liurnya mengecur buat pertama kali sejak jatuh sakit.
“ Ini dia pai dari Cik Dahlia. Nak letak di mana?”
Datin Elly bangun dengan muka masam. Tupperware di sambut dan di letak di meja makan. Lepas ini, tak hentilah Mummy memuji keenakan pai Dahlia. Berbulu telinga. Menyampah! Lepas meletak pai dalam piring untuk Puan Sri Sabihah , dia terus meninggalkan bilik.
Amir memandang ibunya dengan aneh. Bila masa Mummy kenal Dahlia? Takkan abang begitu berani membawa skandalnya jumpa Mummy? Suruh buat pai pula tu. Situasi ini sangat pelik.
Pak Wan kembali ketika itu. “ Saya terlupa tadi. Ini dia kunci kondo. Cik Dahlia kata dia tak jadi tidur sana. ”
“ Dia pergi mana Pak Wan? Kondo tu tak selesa ke?”
“ Entah lah, dia kata dia takut ada orang salah sangka. Lepas tu dia kata dia ada jumpa hantu pakai tuala tadi. Kelakar lah budak tu” Pak Wan ketawa kecil. Matanya di jeling ke arah Amir.
Oh.. jumpa hantu, ya. Dia maksudkan aku lah. Mesti dia mengumpat dengan Pak Wan. Amir menggumam
“ Mir, you have to try this chicken pie. Its really delicious.” Kata Puan Sri Sabihah dengan mulut penuh.
Amir mengigit pai. Oh yes… inilah pai ayam buatan Dahlia yang aku pernah rasa dulu dan terus jatuh cinta. Ironis sungguh, jatuh cinta kerana pai ayam dan segala harapan aku musnah kerana pai ayam.
“ Sedap kan? Dahlia dulu staf Perkasa Holdings. Dia selalu buat cakes dan pie kalau kita buat party di rumah. Tapi dia dah berhenti kerja dan balik kampung. Mummy teringin sangat nak makan pai ayam dia sampai Mummy suruh abang ajak dia ke sini”
Amir berhenti mengunyah. Dia mula terasa mual.
“You know Mir, Dahlia tinggal di Kuala Kangsar sekarang. Mir tak kenal dia? Mummy berkenan sangat dengan dia. Tapi dia dah nak tunang. Kalau tak, Mummy pinangkan dia untuk Mir.”
Pai dalam mulut terus masuk ke saluran pernafasan dan bukan esophagus. Amir terbatuk hingga mata berair. Ya Allah, aku silap sangka rupanya. Dan kali ini, tentu sekali tiada peluang kedua bagi aku. Ketika itu dia ingin menghantuk kepala ke dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
salam smiley.....wah aku jadi pembaca pertama chikgu amir dahlia.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg menyebabkan Dahlia pengsan?adakah towel cikgu amir terlucut...
nallepooh Post at 22-12-2010 23:34
kena postpone scene tuala terlucut dulu
sbb dahlia tak sedar..... jadi tak best |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.....inc.....
ni tersilap ke atau aku yg terfening...
" KELETANG KELETUNG! Pisau yang di ...
smcjt70 Post at 21-12-2010 07:34
tenkiu....dah edit dah
masa taip ni dah lewat malam ... otak pun blur... hidung pun boleh jadi telinga |
|
|
|
|
|
|
|
Susahlah lepas ini Cikgu Amir nak pujuk Dahlia..
Mungkin Dahlia tak percaya bila C.Amir buka cerita ...
cmf_azure Post at 21-12-2010 14:49
padan muka cikgu amir
nampak gaya kena kawin og lain kot |
|
|
|
|
|
|
|
sangat best!! festaim terbabas kt cni, terus sangkut dgn gaya penulisan kak smiley. sangat ...
cikjeela Post at 22-12-2010 16:52
toce... toce
k smiley sgt terharu
kalau boleh akak pun nak sambung setiap kali habis...tp kdg kdg tak ada masa dan idea atau tenet buat hal |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka cikgu amir... tu la prasangka kuat...{:1_142:} |
|
|
|
|
|
|
|
tuelah suka sangat ckp x selidik dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa..akak smiley..kasi canla cikgu amir pujuk dahlia dulu....sian cikgu amir... |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna.. nak lg!!!!!!!!!!!!! x cukup... biar lah cikgu amir dgn dahlia... x mo kawen dgn farid!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|