CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 10-9-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Besttttttttt!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pls sambung cepat2...syok betul baca, best betul dpt boss yg caring mcm ni ????????
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 08:40 AM | Show all posts
bestnya! bestnya!

bole buat muvi cita ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-9-2023 02:40 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 4

Bos aku Mr C ni, sebenarnya dia seorang yang baik, mudah dibawak berb ...

Tak sabarnya tggu ending.
Mr C tu macho n tabah..berani pun ada..

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:31 PM | Show all posts
best la penceritaan TT. dah terasa macam kembali ke zaman thread dammerung pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mr C tu dah macam dalam cerita cintan cintun dalam novel pulak. seorang boss yang garang tapi gentleman & macho.. Pastu terbercinta dgn sigadis..tp ni cite seram ????????Teruskan bercerita tt, tak pernah miss cerita² tt dari awal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 12-9-2023 11:00 PM
cik_dahlia replied at 12-9-2023 10:35 PM
Mr C tu dah macam dalam cerita cintan cintun dalam novel pulak. seorang boss yang garang tapi gentle ...


Macam vibe2 drama Korea atau CDrama. Siap ada pengsan2 kat opis





Saya suka benang ni. Kalau tak klik, rasa tak lengkap hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 04:30 PM | Show all posts
besnya. tak sabar tunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang menanti dengan penuh sabar sambungan antoo cina..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 03:38 PM | Show all posts
tq tt...thread ni la peneman time bosan kerja dh lma jd silent reader since page 1.. cara penceritaan tu best lalu sangkut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:57 AM | Show all posts
Yaaaaaa siapakah Leon Laaaaaaai????
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar menungguuu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Still no update
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:02 PM | Show all posts
cite last ni beshhhh... nak samungan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:38 PM | Show all posts
sabar menanti sambungan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2023 06:32 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-10-2023 06:36 PM

OMG sorry sorry uols I lambat update thread ni.  Terima kasih pada semua yang menanti.

Pejabatku Berhantu Bahagian 5

Macam aku cerita sebelum ni, agak lama jugak aku bertahan di syarikat ni.  Adalah dalam setahun lebih macam tu. Tapi sepanjang aku bekerja kat sini, aku takdelah kerja berdua dengan Mr C.  Kira-kira 5-6 bulan lepas aku masuk syarikat tu, satu malam tu Mr C menyampaikan satu khabar gembira kepada aku.

"Kita akan dapat staf baru".  Betapa gembiranya aku bila Mr C cakap macam tu sampai aku hampir nak terpeluk dia.  Walaupun Mr C ni kategori lelaki Asia yang kacak tapi bosan jugak asyik hadap muka dia je tiap-tiap malam.  Tapi Mr C cakap, staf baru ni baru je terima tawaran kerja ni siang tadi, jadi dia cuma akan mula bekerja shift malam 2 minggu akan datang.  Macam aku dululah, kena pegi praktikal dulu dengan shift siang.

"Harap-harap yang ni pun takdelah 'lari' jugak macam orang lain".  Pelik jugak kenapa Mr C cakap macam tu.  Rupa-rupanya, baru aku tau, sebenarnya ramai je yang lulus temuduga kerja pegawai perkhidmatan pelanggan untuk shift malam ni, tapi masa praktikal je diorang akan cabut dulu.  Mr C cakap, staf yang baru masuk ni lelaki.  Yang asyik cabut sebelum ni perempuan.  Jadi aku beranggapan mungkin perempuan Asia ni jenis tak sanggup kot kerja malam.

"Tapi awak jangan terkejut ye.  Staf baru ni, dia OKU.  OKU kerdil". Ooooohhhhh...... terdesak sangat nak kerja la kot.  Maaf aku cakap, China ni mementingkan kesempurnaan, bukan setakat kerja je, tapi dari segi fizikal, kesihatan.  Jarang-jarang sangatlah aku jumpa OKU di sini yang kerja makan gaji.  Tapi aku tak kisah pun, kerdil pun kerdillah asalkan aku ada teman sepejabat.

2-3 malam kemudian, aku datang kerja, aku terkejut bila tengok pintu pejabat aku yang asalnya sebelum ni pintu kayu biasa 2 pintu yang ada tombol tu dah takde.  Tinggal jadi ruang lopong yang sekadar ditutup dengan plastik jernih.  Pintu kayu tu dah dikopak, bingkainya pun dah ditanggalkan.  Mr C cakap, untuk kemudahan staf baru ni nanti, dia nak tukar pintu tu jadi pintu automatik.  Jenis yang nak masuk kena ada pas pekerja pastu tolak je tu.  

Malam tu aku bekerja macam biasa, menghadap PC aku sambil menjawab pertanyaan dan aduan dari pelanggan.  Sedang aku fokus nak karang ayat tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi WHOOOSSSHHHH!  Diikuti dengan bunyi plastik penutup lubang pintu tu bergerak sedikit.  Mr C ada kat sebelah aku.  Auto kami berdua terpandang ke arah lubang pintu tu.  Nampak plastik tu tengah terbuai-buai seolah-olah digerakkan orang.

"Tu angin kot", spontan Mr C bersuara.  Kitorang pun teruskan kerja kami.  Sekali lagi WHOOOOSSSHHHH! Cruuuuunnnccchhhh! Bunyi plastik tu lagi.  Aku sempat la terpandang macam ada kilasan bayang-bayang berlari laju kat tepi pintu tu. Tapi bayang-bayang tu tak tinggi.  Rendah je, macam budak-budak.  "Errrr bos, saya rasa ada budak main lari-lari la kat luar tu".  Aku berbisik pada Mr C.

"Awak jangan mengarut la.  Sapa bawak budak pulak kat sini?"
"Ala bos, mana tau.  Ada staf kat bahagian gudang tingkat B tu yang bawak anak".
WHOOOSSSSHHHH!  WHOOOSSSHHH! WHOOOOSSSSHHHH!

Ha kali ni memang aku nampak bayang-bayang budak tu asyik berulang-alik memecut dengan lajunya di luar bilik kami.  Laju betul budak tu berlari.  Tapi hairannya aku tak dengar pun bunyi tapak kaki, macam budak tu berlari terlampau laju sampai terbang-terbang plastik tu.  Siap ada bunyi macam kartun Roadrunner tu.

Bila dah macam tu, bos aku pun berdiri pastu dia tarik tangan aku masuk ke bilik dia.  Masuk bilik je dia terus kunci bilik tu.  Segala tirai kat tingkap bilik dia tutup.  Pastu dia pegi tutup lampu pulak.  Sampai gelap gelita bilik bos aku tu.  Tapi dalam gelap tu bos aku sempat pulak tarik aku pergi ke sofa katil dia dan dia suruh aku duduk situ.  "Awak duduk sini senyap-senyap. Jangan pergi mana-mana okay?".  

Kalau ikutkan, aku bukannya takut sangat, tapi sapa jelah tak kecut bila disuruh duduk dalam bilik gelap sorang-sorang macam tu.
"Bos, kenapa ni bos?".  Agak lama jugak bos aku terdiam.  Dalam gelap tu aku cuma dengar bunyi nafas dia je.  Dan bunyi plastik penutup lubang pintu tu bergesel-gesel.  "Saya rasa kat luar tu ada pencuri".  Aku dah menggeletar dah.  "Bos jangan tinggalkan saya bos. Saya takut!".  

Aku dan Mr C duduk berdua dalam gelap tu sebelah-menyebelah.  Lengan kami saling bersentuhan.  Dari dalam bilik tu kami dengar dengan jelasnya, bunyi kerusi bergerak, bunyi kertas dikerenyukkan, bunyi bekas pen dijatuhkan ke lantai, bunyi papan kekunci diketuk-ketuk dengan rawaknya, laci meja ditarik ditolak.  Macam-macam bunyi rambang kami dengar, seolah-olah macam ada orang sedang menyepahkan pejabat tu.  Dan bunyi rambang tu makin lama makin hampir ke bilik kami....

Kriuk! Kriuk!  Bunyi tombol pintu bilik Mr C pulak berpusing-pusing.  Mr C macam tau je aku nak menjerit, dia terus tekup mulut aku.  Kuat pulak tu dia tekup.  Mulut aku jadi pedih, aku bernafas ikut hidung je.  Betapa berdebarnya hati aku masa tu rasa macam nak meletup je jantung aku.  Tapi pencuri tu cuma sekali dua je pusing tombol pintu tu.  Kemudian senyap.

Senyap, langsung takde bunyi apa dah kat luar tu.  Cuma bunyi dengungan penghawa dingin yang masih terpasang je.  5-10 minit jugaklah kami berdua membatu dalam bilik gelap tu.  Kemudian Mr C melepaskan tangannya dari bibirku, perlahan-lahan dia menuju ke pintu tu.  Kali ni mengalir air mata aku sebab takut sangat.

Mr C bukak skit pintu tu.  Dia menjegulkan mukanya, memandang sekeliling di luar sana.  Lepas tu dia tutup dan kunci balik bilik tu.  Dalam gelap tu dia menuju ke telefon di atas meja dia.  Dia pun dail satu nombor ni, kemudian dia bercakap dengan seseorang di hujung talian dalam dialek bahasa Cina yang aku tak faham tu.  Mr C duduk atas kerusi dia, aku di sofa katil dia, Mr C seolah-olah macam menunggu seseorang.  Aku pulak terlalu takut sampai aku jadi tak terkata apa.  Duduklah kami dalam gelap tu apabila....

Kali ni aku dengar bunyi tapak kaki 2-3 orang berlari masuk dalam ruang pejabat kami.  Tok! Tok! Tok! "Mr C! Kami dah sampai ni! Bukak pintu ni!".  Aku cam suara tu, suara pengawal keselamatan shift malam.  Mr C pun bergegas bangun bukak pintu dan bukak lampu.  Aku nampak ada 3 orang lelaki termasuklah Pakcik M di luar bilik Mr C.  Aku menghembuskan nafas lega.  Punyalah aku dalam ketakutan sampai aku lupa nak bernafas.

Bila aku keluar dari bilik tu, aku tengok ruang pejabat kami dah macam tongkang pecah.  Fail bertaburan sana-sini, kertas-kertas berterbangan, pen, stapler, segala perkakasan pejabat bersepah-sepah di atas lantai.  Nasib baiklah PC kami semua masih berada dalam keadaan baik.  Dengan bantuan pengawal keselamatan dan Pakcik M tadi, kami cuba kemaskan apa yang kami mampu.  Sedang mengemas tu, aku terfikirkan sesuatu, pencuri tu sebenarnya nak curi apa dalam pejabat ni?  Dalam pejabat ni bukannya ada duit pun.  Baik rompak gudang je.  Kalau kata nak rompak PC pun, kenapa komputer kat sini macam tak berusik pun?

Dalam pukul 3.45 pagi kami selesai mengemas.  Mr C suruh aku balik, tapi aku cakap kt Mr C, aku datang kerja naik bas. Waktu macam ni mana ada bas atau teksi pun.  Mr C pun sukarela nak hantar aku balik rumah naik kereta dia.  Sepanjang perjalanan tu macam-macam benda bermain di fikiran aku.  Pencuri? Betul ke pencuri?  Macam mana pencuri tu boleh lepas naik tingkat 4?  Dia cari apa sebenarnya?

Mr C hantar aku masuk sampai dalam kawasan apartmen aku.  Sebelum aku nak keluar tu, dia cakap kat aku,  dia kasi aku cuti sampai hari Jumaat (kejadian ni hari Selasa).  
"Tapi bos, saya taknak cuti".  
"Takpe, saya kasi awak cuti tanpa rekod.  Nanti saya cakap dengan HR.  Saya nak awak bertenang kat rumah, jangan datang pejabat.  Malam ni kita nyaris jadi mangsa rompakan.  Saya taknak awak trauma kalau awak datang pejabat esok".

Terkebil-kebil aku tengok muka Mr C yang sangat serius masa tu.  Betul ke kami kena rompak tadi?  Aku macam nak pertikaikan je kata-kata Mr C tu, tapi apa lagi penjelasan logik pasal kejadian yang berlaku tadi tu?  Tapi hati aku berat mengatakan, tadi tu bukan perompak....

Aku pun naik ke apartmen aku, bukak lampu rumah. Aku sempat menjenguk ke luar tingkap.  Aku nampak di bawah kereta Mr C masih ada di depan bangunan apartmen aku.  Kemudian Mr C pun berlalu pergi dari situ.

Cuti panjang aku tu aku habiskan lepak di rumah sambil melayan drama di iQiyi, masak-masak, baca novel.  Hari Isnin tu aku masuk kerja, pejabat aku dah ada pintu dah.  Tapi, pintu kacanya gelap pulak.  Selalu kan kalau pintu kaca dalam bangunan ni transparens je, bukan gelap macam tu.  Dah lama sangat cuti, kerja pun berlambak dan lama kelamaan aku lupa dah peristiwa hari Selasa tu....


Bersambung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 4-10-2023 09:38 AM

Pejabatku Berhantu Bahagian 6

Minggu selepas kejadian rompakan tu, akhirnya staf baru tu datang melapor diri.  Staf baru tu nama dia Jacky, umur sebaya aku je.  Jacky ni macam Mr C jugak, apabila dia dilahirkan dengan keadaan macam tu, ibubapa dia bawa dia ke USA.  Dia dibesarkan di sana dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di salah sebuah universiti terkemuka di sana.  Selepas habis belajar, ibubapa dia pun balik ke China bersama-sama Jacky, tapi memang payah untuk Jacky dapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazah dia di sini.  Jacky pun terima tawaran kerja ni sebab dia fikir dia perlukan pengalaman bekerja, takkan dia nak duduk kat rumah tanam anggurje kan?

Pertama kali diperkenalkan oleh Mr C, kami bertiga dah sekepala. Mungkin sebab latar belakang kami bertiga yang hampir sama.  Aku dan Mr C kasi tunjuk ajar serba sedikit kepada Jacky tentang kerja dia, tapi Jacky seorang yang cepat tangkap. Dia senang faham apa yang kami ajar dan sangat bersungguh-sungguh nak tau tentang kerja dia.  Pertama kali juga aku nampak riak muka Mr C macam lega sangat.  Nampak manis sikit la, takdelah macam sebelum ni moody je.

Dah masuk 12 tengah malam,  Jacky dah menguap-nguap dah.  “Awak mesti dah mula mengantuk kan? Takpe, saya pun macam tu jugak.  Hari pertama saya masuk sini, saya tertidur bangun-bangun je dah nak habis keje. Hehehe”
“Errrr Mr C tak kisah ke kalau kita tidur di pejabat ni?”
“Eh takpe. Asalkan kerja kita dah habis.  Mr C siap benarkan saya tidur dalam bilik dia.  Dalam bilik dia ada katil sofa”.
“Bagusnya Mr C ni. Tapi kan, saya dengar cerita ada benda lain jadi kat awak pada malam pertama tu”.

Aku terpinga-pinga dengan kata Jacky tu.  “Apa yang awak tahu pasal saya ni ye? Hari ni kan hari pertama kita kenal”.  Muka Jacky berubah habis bila aku kantoikan dia macam tu. Oooppssss.  “Errr takde apelah.  Hehehe ala biasalah gadis-gadis shift siang tu, diorang kan suka bergossip”, Jacky gelak-gelak kecil.  Aik pekerja shift siang ni bergossip pasal aku ke? Takpe nanti aku tanya Angeline.

Kebetulan jugak Mr C keluar dari pejabat dia dan menuju ke arah kami.  “Jacky, saya nak bawak awak melawat kawasan pejabat ni.  Jom ikut saya.”.  Melawat kawasan? Amboi masa aku lapor diri takde pun bos bawak aku melawat kawasan.  “Ha kamu sekali. Jom ikut kami. Takkan kamu nak duduk sini sorang-sorang?” baru bos mempelawa aku.

Mula-mula Mr C bawak kami ke lobi, perkenalkan Jacky dengan pengawal keselamatan di situ. Lepas tu Mr C bawak kami ke aras B pulak, kawasan gudang.  Mr C perkenalkan kami dengan Pakcik M.  Seingat aku selepas berbulan-bulan kerja kat sini barulah Pakcik M tau sapa nama aku.  Ingatkan sesi lawatan tu dah berakhir, tapi tak jugak.  Mr C ajak pulak Pakcik M bawak kami ke bahagian-bahagian dalam gudang tu.  Gudang tu memang besar, dan rupa-rupanya dalam bahagian gudang tu ramai jugak pekerjanya.  Lelaki ada perempuan pun ada.  Pakcik M dah macam pemandu pelancong, Pakcik M la yang menerangkan kepada kami proses kerja di gudang tu.

Lawatan yang aku sangkakan sekejap tu je rupanya makan masa jugak.  Tau-tau je dah nak masuk pukul 3.  Hilang terus mengantuk kami.  Tapi bila dah berjalan-jalan tu perut jadi lapar pulak.  Pakcik M bawak kami ke pantri bahagian gudang.  Pantri gudang ni mewah sikit dari pantri kami, siap ada dapur kecil dan peti sejuk lagi tu.  Pakcik M tawarkan kami kalau nak masak apa-apa ke amek je dalam peti sejuk tu.  Aku dan Jacky macam segan sikit, jadi kitorang pakat nak makan biskut je kot.

“Ha kamu.  Pegi masak chow mein untuk kitorang.  Buat air kopi sekali.  Jacky ikut saya kejap”. Mr C suruh aku masak??? Terlopong jap aku.  Jacky pun serba salah nak tinggalkan aku dalam pantri tu.  Pakcik M pun ikut diorang keluar jugak tapi dia sempat pesan amek je apa yang ada dalam pantri tu, buat macam dapur sendiri.

Geram punya pasal dengan Mr C tung tang aku memasak dalam pantri tu.  Sengaja je aku ketuk pisau kuat-kuat, ketuk-ketuk sudip kat kuali.  Saja nak kasi Mr C dengar.  Selepas habis masak tu, aku hidangkan chow mein tu dalam4  biji mangkuk.  Dalam pantri tu takde meja makan, meja makannya kat luar.  Chow mein tu tak muat dalam satu dulang, jadi aku pun panggillah Jacky datang tolong aku angkat lagi satu dulang tu.

Sedang aku menyediakan satu dulang lagi berisi jag air kopi dan cawannya, aku tanya Jacky, korang sembang apa kat luar tu?  “Eeerrrr takde apa.  Sembang-sembang kosong je. Tapi …” Jacky macam teragak-agak nak cerita kat aku.  “Eeerrr Sue….”.  Nama aku sebenarnya Suzzane tapi kat sini diorang panggil aku Sue je nama pendek.  “Kau ….. sepanjang kerja kat sini…… lepas apa yang kau lalui…… kau ok ke?”  

“Apa maksud kau? Aku nampak macam tak okey ke?” Aku tertawa kecil.
“Yelah kan…. kau staf perempuan paling lama bertahan kat sini.  Mesti macam-macam yang kau dah kena”.  Sekilat itu aku teringat pulak peristiwa rompakan minggu lepas tu.  Aku pun ceritalah kat Jacky, macam mana minggu lepas tu pejabat kami hampir nak dirompak.
“Rompakan?  Selasa lepas kena rompak?  Tapi kenapa takde polis datang pun?”  Polis?  “Yelah, polis. Kalau betul ko cakap kena rompak tu, siang tu mesti pejabat kita ada polis datang. Mesti kena tutup sebab dah jadi kawasan jenayah”.  Eh betul jugak cakap Jacky tu.

Jacky pun berterus-terang dengan aku. “Sue, aku tau pasal tempat ni. Tapi aku fikir kalau aku tolak kerja ni, aku nak kerja kat mana lagi.  Syarikat ni je yang sanggup terima aku.”  Jacky memandang aku dengan mata yang sayu.  “Sue aku janji. Kemana-mana pun kita akan berdua.  Kau jangan tinggalkan aku, aku pun takkan tinggalkan ko sorang-sorang.  Janji tau”,  Jacky mengacukan jari telunjuknya padaku.  Aku pun kait jari telunjuk dia dengan jari telunjuk aku, tanda perjanjian kami telah termeterai.

“Oi apsal lama sangat tu?”, laung Mr C dari luar bilik pantri tu.  Aku dan Jacky pun bawak dulang masing-masing.  Kami berempat menikmati chow mein yang aku masak tu, entah apalah rasanya. Selesai makan dah basuh pinggan mangkuk apa suma, kitorang pun naik ke pejabat kami.  Rupa-rupanya dah masuk pukul 5 dah.  Kami pun habiskan kerja apa yang ada.  Pukul 6 pagi aku dan Jacky pun mengetik kad keluar. Rupa-rupanya aku dan Jacky ni satu bas, cuma rumah Jacky ni dia turun dulu pastu baru aku.  

Bersambung…..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyyyyy dh update!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-10-2023 12:16 AM
Pejabatku Berhantu Bahagian 6

Minggu selepas kejadian rompakan tu, akhirnya staf baru tu datang mel ...

Alamakk baru nak mghayati cerita potong stim
..hahha brsambung..anyway..tq yer TT dah update cerita baru.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 04:22 PM | Show all posts
sambung cepattttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.809896 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list