|
GULONG NG PALAD [MONDAY - FRIDAY 12.30PM TV2]
[Copy link]
|
|
con't
~Carmen, Menang dan David sedang akan di rumah Menang. Menang kata dia sengaja tak mahu bawa Luisa sekali kerana dia tahu Luisa akan memalukan dia juga nanti. Menang sewenang-wenangnya mengutuk Luisa sedangkan Edad ada di situ. Menang kutuk Luisa katanya si Luisa sangat pemalas, suka tengok tv saja dan kuat makan. Dia kata juga si Luisa langsung tak nak melawat keluarga nya lagi. Edad yang dengar geram saja dan Carmen pandang Edad dengan rasa simpati.
~Carding pula panggil si Mimi tapi Mimi buat tak heran. Alex kata mungkin Mimi dah tak berminat lagi dengan Carding. Carding pulak kata dia dan Mimi hanya kawan, tapi Alex kata dia dan Mimi memang sepadan, tak macam dia dengan Luisa.
~Luisa call Carding nak bgi tau yang dia siapkan makanan Menang sampai tertidur.
~Tomas pulak beritau Edad yang dia pergi melawat Luisa kanina. Tomas kata Luisa sihat saja tapi dia risau emliaht keadaan Luisa. Edad pula kata bukan itu yang dia dengar. Tomas terkejut dengar kata-kata Edad itu.
~Menang bawak david balik lewat malam dan dia rasa teruja nak makan fettuccini white sos, tapi kutuk katanya banyak minyak berbagai. Luisa mengaku dia yang masak. Menang mengamuk katanya Luisa suka membazir, itu pasal dia suruh Luisa jangan buat apa-apa. (Kurang ajar punyer Menang) .
~David pulak marah kat Menang sebab mereka perlukan Luisa untuk menang undian mayor. David kata ,ereka tak cukup danadan salahkan Menang yang sebenarnya suka membazir.
~Luisa kena marah dengan Tekla sebab tak dengar kata. Tekla kata mesti Menang lapar sebab tak makan apa dan Luisa kata dia ingin bawa sandwich pada Menang.
~Edad dan Tomas bertengkar lagi. Edad kata Tomas tertipu lagi dengan air mata Luisa dan terus pertahankan Luisa. Tomas kata Luisa tak macam Edad, terus lupa dan buang Luisa. Edad marah sebab Luisa dah kaya sekarang dan dia langsung tak datang melawat mereka. Tomas kata macam mana dia nak datang kalau Edad tak nak bercakap dan asyik marah saja. Tomas kata jangan terlalu bergantung pada anak-anak untuk mengubah nasib sedangkan dia yang sepatutnya disalahkan kerana dia ketua keluarga. Edad kata kalau dah tahu kenapa tak berusaha alagi. Tomas terdiam dan Edad pula rasa bersalah sebab berkata begitu pada Tomas.
~Sedang Luis bawa makanan Menang naik ke atas, dia terdengar perbualan David dan Menang. Menang kata pada David mereka tak cukup duit, so Menang nak guna trust fund Carding. Luisa terkejut sampai terjatuh gelas air dan Menang terkejut kerana perbualan dia didengar.
~Malam itu, Menang tuduh Luisa curi dengar perbualan dia dan David. Menang menampar muka Luisa hingga mulut Luisa berdarah. Luisa kata dia dengar semua yang Menang cakap. Menang cuba untuk pukul Luisa sekali lagi dan kata Luisa miskin tapi Luisa potong cakap dia. Luisa tahu dirinya miskin, bili air tak ada air paip dan bumbung bocor sana-sini. Mereka tidur dalam biik berhimpit-himpit tapi mereka ada marah dan prinsip. Luisa tak akan sesekali biarkan Menang memukul atau menghinanya lagi. (Bravo Luisa). Menang terkejut melihat Luisa lawan balik.
[ Last edited by HeavenLeigh at 4-2-2007 01:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
~Es, Something to cheer u up during the weekend~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1342 HeavenLeigh's post
akakak...tokojutt den...terpikir seketike...ade ke muke camni blakon dlm GNP? ahahaha..rupenyee irwansyah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eskremVanila at 3-2-2007 09:45 PM
akakak...tokojutt den...terpikir seketike...ade ke muke camni blakon dlm GNP? ahahaha..rupenyee irwansyah...
Boring, so ate macam 'terserempak' dengan gambo pencinta wanita. |
|
|
|
|
|
|
|
irwansyah??????????
that's sooooo off topic!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azazral at 4-2-2007 02:19 PM
irwansyah??????????
that's sooooo off topic!!!!
Memang off topic pun, kan dah bagi tau kat atas tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1346 HeavenLeigh's post
ff: jap...minat kat irwansyah ek???? |
|
|
|
|
|
|
|
no irwansyah pls....
haahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1348 azazral's post
abih ko nak sape?? malek nor?
bior le off skalik skalerss... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1349 eskremVanila's post
hahaha............lawak2.........
rase mcm carding akan curang ngan mimi jer.bukan leh caya carding ni.....sian luisa x dapat belajar...punahler impian mak bapanyer untuk hidup senang...
[ Last edited by juju_amin84 at 4-2-2007 04:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juju_amin84 at 4-2-2007 03:30 PM
ff: jap...minat kat irwansyah ek????
Es suka.....
|
|
|
|
|
|
|
|
~SCREENCAPS EPISODE 19~MONDAY FEB 5 2007~
Part 1 of 5
Part 2
[ Last edited by HeavenLeigh at 5-2-2007 10:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Part 4
Part 5
[ Last edited by HeavenLeigh at 5-2-2007 10:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
~SINOPSIS EPISODE 19~MONDAY FEB 5 2007~ ~Recap: ~Malam itu, Menang tuduh Luisa curi dengar perbualan dia dan David. Menang menampar muka Luisa hingga mulut Luisa berdarah. Luisa kata dia dengar semua yang Menang cakap. Menang cuba pukul Luisa sekali lagi dan kata Luisa miskin tapi Luisa potong cakap dia. Luisa tahu dirinya miskin, bilik air tak ada paip dan bumbung bocor sana-sini. Mereka tidur dalam bilik berhimpit-himpit tapi mereka ada maruah dan prinsip. Luisa tak akan sesekali biarkan Menang memukul atau menghinanya lagi. (Bravo Luisa). Menang terkejut melihat Luisa lawan balik.
~Malam tu, si Edad keluar dari bilik dan lihat si Tomas tidur di sofa ruang tamu.
~Menang tak semena-mena masuk ke bilik Luisa dan tuduh dia berani dan selama ni Luisa hanya berpura-pura saja, tapi Luisa kata she's defending herself. Menang kata kalau berani Luisa bagi tau lah Carding, tapi Luisa has to remember yang Menang sekarang ada pengaruh dan dia boleh kenakan keluarga Luisa bila-bila masa saja. Menang keluar dari bilik dan Luisa hanya mampu nangis saja.
~Carding called Luisa tapi dia perasan Luisa macam tak sihat. Rupanya si Menang dok berdiri tercegat kat situ mendengar perbulan Luisa dan Carding. David datang dan dia terkejut tengok bibir Luisa yang lebam. David kata dia dah bosan dengan perangai Menang. David kata kalau Luisa failkan kes terhadap Menang, dia akan kalah pilihanraya dan Menang mungkin disumbat masuk penjara.
~Nene pulak pergi audition tarian sekolahnya dan dipartnerkan dengan Mark. It seems that they both make a cute dancing partner.
~Luisa sedang belek-belek majalah dalam bilik bila didatangi Menang sombong. Dia terus bagi ice pack untuk bibir Luisa dan dia minta maaf sebab tampar Luisa. Dia kata kononya dia kecewa dengan sikap Luisa yang mencuri dengar perbulannya itu. Lisa kata dia tak akan sesekali khianati keluarga Carding dan juga keluarga dia. Tetiba Menang nak buat baik terus ajak Luisa g shopping.
~Selesai audition, Mark terus g ke Nene untuk berikan rantai yang dia belikan untuk Nene.
~Kawan-kawan Mimi yang sama jahat dengan Mimi terkejut tengok rupa Mimi macam Luisa. Mimi kata ini strategi dia nak pikat Carding. Then si Carding datang join group tu tapi tetiba si Mimi gedix ni buat baik konon nak g library study. (Menyampahnya). Carding hanya pandang Mimi kehairanan. (hang tu lembab, mana nak tau dia punyer strategi).
~Luisa dan Menang bersiap untuk keluar tapi Tomas datang melawat. Luisa macam terkejut tapi Menang nampak tak puas hati dan beritahu Tomas lain kali kalau nak datang, telefon lah dulu. Tomas perasan mulut Luisa lebam dan dia tanya bakit Luisa? Luisa beralasan yang dia jatuh dalam bilik air. Menang macam gelabah sikit, Tomas pulak ragu-ragu dengan alasan itu tapi dia terpaksa percaya jugak.
~Tekla mulut becok tak reti simpan rahsia datang rumah Carmen sembang-sembang dengan maid Carmen. Dia bergossip pasal Luisa yang sekarang hidup macam ratu sa bahay nya Menang tapi Edad kena kerja teruk. Edad macam bengang dengan Tekla. Edad kata kerja dia dah selesai dan nak balik sambil batuk-batuk kecil.
~Menang berkempen di pasar berhampiran tempat Edad meniaga. Dia perkenalkan dirinya sebagai pembela nasib orang miskin dan perkenalkan Luisa yang dah digrooming cantik (memang maganda si Luisa ni). Peping dan Totoy ada disitu dan Peping kata dia nak g jumpa Luisa. Peping jerit nama Luisa dan bila Luisa nak menyapa Peping, si Edad datang dan dia suruh Totoy bawak balik Peping. Peping kata ate Luisanya cantik sekarang. Edad sempat lagi jeling pada Luisa.
~Si Totoy di kedai Saling bersembang. Jojo datang dan dia perli si Totoy.
~Petang tu, si Peping bercerita pada Totoy dan Nene yang dia sedih bila Edad dan Tomas tak ada dan selalu saja balik lambat. Dulu masa ate Luisa ada, mereka selalu makan bersama. Edad pula masih lagi berniaga walaupun dah larut malam. Tomas balik dan ajak Edad pulang bersama tapi dia tak nak. Akhir sekali Tomas berjalan pulang sendirian. (Degilnya si Edad).
~Esoknya, Nene bagi tau yang dia terpilih dalam persembahan tarian di sekolahnya. Edad kata dia memang tau si Nene berbakat. Tomas pulak bersiap-siap untuk pergi kerja tanpa makan dahulu sedangkan si Edad sedang agih-agihkan makanan untuk anak-anaknya. Mereka heran tengok Edad dan Tomas tak bertegur sapa dan Peping kata Tomas rasa tak selesa sebab semalam tidur di sofa. Totoy tanya Edad tapi Edad buat tak tau saja. Dalam perjalanan ke sekolah, Peping heran tengok Edad dan Tomas. Totoy kata ni pertama kali dia tengok parents mereka 'perang dingin'. Peping suruh Totoy buat sesuatu tapi later on dia yang bagi idea.
~Masa makan tengahari, si Luisa minta pera dari Menang sebab nak beli sabun dan tootpaste sebab dah habis dan tak lama lagi si Carding nak balik. Menang kata mintak saja pada Tekla. Sedang mereka bersembang-sembang, Carding balik. Dia suka tengok imej baru Luisa tapi terkejut tengok mulut Luisa lebam. Menang kata patut lebam sebab dia jatuh dalam bilik air.
~Petang itu dalam bilik, Luisa mengadu yang dia takut dengan Menang. Perangai Menang lain masa Carding tak ada. Luisa kata dia nak pindah dari situ dan dia sanggup kerja untuk tampung hidup mereka di Manila. Tinggal dalam small apartment pun tak pe, kata Luisa.
~Carding marah Menang sebab menakut-nakutkan Luisa. As usual, Menang kata macam-macam nak defend herself, tapi Carding kata kalau dia tak layan Luisa dengan baik, dia akan pindah dari situ. Menang tuduh Luisa pengaruhi Carding tapi si Carding bengap ni tak de la pulak kata apa. Menang menangis konon tapi nampak fire of rage dalam mata dia.
~Pagi tu si Luisa cooks breakfast. Menang terkejut tengok Carding makan makanan berminyak tapi Cardig kata dia suka. Menang bengang.
~Peping dan Nene g jumpa Tomas di tempat kerjanya. Totoy pula g jumpa Edad. Totoy kata lupakan saja pasal Luisa, begitu juga Nene kata pada Tomas. Tomas kata pada Nene ate Luisa mereka tak balik sebab Edad yang tak benarkan dia berbuat begitu. Peping, Nene dan Totoy berjalan plang bersama dan Peping kata eloknya kurung jer Edad dan Tomas dalam satu bilik. Dengan cara tu baru agaknya depa berdua nak bercakap.
~Menang gembira tengok Carding dah bersiap dan ajak dia g kempen bersama, pero si Carding kata lain kali sebab dia nak keluar dengan Luisa. Menang bengang tengok Carding dan Luisa senyum-senyum keluar berdua.
~Luisa dan Carding berseronok kat park. Masa nak balik, mereka terserempak dengan Diego. Luisa terus saja menerpa ke Diego dan tanya pasal keluarganya. Carding pulak pandang serong dengan Diego. Diego kata Totoy masih kerja di situ dan tak di serang asma lagi. Bila Diego nak pergi, Luisa tetap panggil Diego tapi Diego rasa tak selesa bila di pandang Carding. Diego kata Luisa jangan risau sebab dia akan jaga keluarga Luisa.
~Malam itu, si Totoy, Nene dan Peping siapkan candle light dinner untuk Edad dan Tomas. Edad dan Tomas have no choice tapi kena duduk semeja dan makan bersama. Akhirnya mereka berbaik semula tapi Edad kata berikan dia masa untuk maafkan Luisa. Tomas kata dia kesian kat Luisa. Luisa masih sayangkan keluarga ni tapi Tomas sedih tengok keluarga dia berpecah belah di depan matanya.
~Malam itu juga, Luisa dan Carding bersembang. Luisa suruh Carding call dia 10x sehari. Carding kata dia nak keluarga yang besar. Mereka berangan nak anak dan Luisa kata kalau dia dapat anak lelaki nak dinamakan Ricardo Jr, kalau anak perempuan nak nama Cardina. Luisa tambah lagi, Carding kena belajar rajin-rajin supaya mereka boleh cepat pindah dari situ.
~Menang mengadu pada David pasal Luisa. Dia dah mula bosan dengan Carding sebab asyik dengan Luisanya saja. David kata tunggu sampai habis pilihan raya dan lepas tu buatlah apa yang dia nak dengan Luisa. tapi Menang kata dia dah tak tahan dengan Luisa. David kata terpulang pada Menang. It's either dia tanggung hutang keliling pinggang or ikut saja cakap David.
~Esoknya, Carding nak berangkat ke Manila. Dia minta Menang tolong tengokkan Luisa. Menang janji tapi muka semacam je. Lepas Carding pergi, Menang dengan suara yang garau itu terus suruh Luisa masuk ke dalam sebab dia nak bercakap pasal keceluparan mulut Luisa. Luisa takut tapi Menang pulak yang tarik rambut Luisa dan paksa dia masuk. Menang tak sedar yang perbuatannya itu dilihat oleh Diego.
[ Last edited by HeavenLeigh at 6-2-2007 07:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps macam ada yang tak betul, tak pe, nanti boleh betulkan balik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Especially for marissa_jc
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik mata si TJ ni lawa....gigi pun cantik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1352 HeavenLeigh's post
tq 4 the screencaps...xyah tgk citer ni....tgk gmbr2 pun dh fhm...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1357 HeavenLeigh's post
ate..betul le..badan licin takde bulus..kat tangan je banyak bulus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|