CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 7-3-2013 11:16 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

Kerana kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan berhak membuat keputusan,” datuk jeling ke arah guru silat.

Muka guru silat terus jadi pucat. Dia seperti mahu mengelak dari menyentuh bungkusan tersebut.

“Tak payah,” katanya.

“Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”

“Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”

“Ambillah, tak mengapa.”

“Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang.

Datuk jadi serba-salah.

“Kalau kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus mendengar cakap aku,” nada suara datuk mula keras.

Guru silat melangkah tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi datuk.

“Macam mana? Kau setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar aku tanam semula,” datuk minta satu kepastian yang muktamad.

Kelopak mata guru silat terkebil-kebil. Dia masih buntu untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk terus bersuara: “Bagaimana? Mahu atau tidak.”

“Mahu,” jawab guru silat.

“Bagus,” datuk tersenyum.

“Boleh saya ambil sekarang?”

“Nanti dulu.”

“Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.

Datuk terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu diramasnya hngga hancur. Guru silat terpegun melihat gerak-geri datuk. Saya dongakkan kepala melihat putik rambai yang berjuntaian di dahan dan nampak terbuai-buai dirempuh angin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2013 11:18 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Ke mari,” datuk panggil guru silat.

“Kenapa?”

“Marilah, jangan banyak cakap.”

Guru silat segera menghampiri datuk. Saya agak terkejut, bila datuk terus menyambar tangan kiri guru silat lalu dipulas kebelakang, anehnya guru silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada keadaan seperti kena pukau. Dalam keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu, datuk segera mengepal tanah lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru silat segera dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.

“Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”

Guru silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan yang kelihatan seketul itu. Guru silat masib ragu-ragu untuk bertindak selanjutnya.

“Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah datuk.

“Saya takut.”

“Jangan takut, ambillah.”

“Tak ada bala yang dalang.”

“Tak ada, jangan buang masa lagi,” datuk mula marah.

Direnungnya muka guru silat dengan renungan yang tajam. Tanpa membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut. Datuk suruh guru silat letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh guru silat dengan tenang dan teratur sekali.

“Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,” itu arahan datuk yang dipatuhi oleh guru silat.

Datuk tersenyum dan terus menghampiri guru silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru silat. Saya lihat guru silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa kali. Guru silat terus duduk mencangkung menghadapi bungkusan sebesar penumbuk. Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu ternyata berwarna hitam pekat dan diikat dengan tali guni yang juga dilumur dengan warna hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan itu nampak lembap dan berair.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:19 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

  “Buka,” kata datuk.

Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.

“Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut datuk dengan penuh keyakinan.

Guru silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering. Saya renung kain putih yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih itu adalah kain lapisan yang terakhir. Guru silat buka kain putih, saya terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung dan saya renung muka datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat membuka kain warna biru.

Bila kain warna biru dibuka dari ikatannya, darah gemuruh mula menguasai urat saraf saya. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya terlihat bulu burung tersusun. Kepala burung dibalut dengan kain merah. Badan burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudab dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudah kering itu terdapat beberapa bilah jarum di samping kulit limau nipis yang sudah kering.

“Ke tepi,” kata datuk.

Guru silat dan saya ke tepi memberi ruang untuk datuk bertinggung sambil melihat badan burung. Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung ditolaknya hingga badan burung tersebut terlentang dengan kedua belah kakinya menghala ke dada langit. Saya terlihat pada bahagian burung itu, terdapat kesan jahitan.

“Perut burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata datuk sambil menekan perut burung itu.

Bau hapak kian terasa. Setiap kali datuk tekan hujung ranting, kelihatan air keluar dari celah jahitan. Datuk menyuruh saya mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi permintaan datuk itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.

“Tak apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar datuk sambil menunjuk ke arah sesikat mengkuang dibawah rumah Si sakit.

Saya segera ke situ. Datang kembali pada datuk dengan sehelai mengkuang berduri. Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari saya dan guru silat datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun mengkuang.

Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan pembalut pada badan burung tersebut, saya lihat dun mengkuang menikam kulit burung ketika itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari arah rumahnya. Suaranya lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat. Datuk tidak memperhiraukan jeritan itu. Datuk terus membalut badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi tiga segi macam kuih koci. Setelah itu datuk tindih dengan besi yang dibawanya. Suara jeritan si sakit terus sambung- menyambung. Datuk terus menutup bungkusan itu dengan daun-daun kering. Kemudian datuk bakar. Suara jeritan si sakit terus berkurangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:20 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

Tidak sampai sepuluh minit bulu dan badan burung terus menjadi abu. Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi pembalut badan burung tidak dibakar oleh datuk. Dilipat tiga segi dan dibalut dengan daun rambai muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang yang dikorek oleh datuk segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan sebarang kesan, memang sukar untuk dijejaki oleh orang lain. Datuk terus mengajak kami pulang. Tindakan datuk itu menimbulkan keraguan dalam diri guru silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah datuk pergi ke rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si sakit menjerit.

“Tak pergi ke rumah si sakit?”

Guru silat memberanikan diri bertanya.

“Tak payah.”

“Kenapa?”
“Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata-kata terakhir itu mematikan semangat guru silat untuk bertanya selanjutnya.

Waktu kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudahpun berdiri di muka pintu sambil melaung-laung nama guru silat dan datuk berkali-kali. “Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara isteri si sakit lantang.

“Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.

“Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka menjilat-jilat lantai.”

“Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat lantai.” balas datuk tanpa memperlihatkan langkahnya.

Jawapan dari datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak terdaya untuk melanjutkan kata-kata, hanya kelihatan kecil saja yang terungkap dari kedua belah kelopak bibirnya. Saya hanya tunduk merenung rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur samar- samar itu.

Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah-merahan. Beburung kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi gemersik angin yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran. Sesekali terdengar pekik gagak yang pulang senjakala. Saya terus melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya tahu pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang tidak dapat memberikan sebarang keindahan. Saya dapat mengesan yang perangai datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan seperti keresahan yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Wajahnya, membayangkan rasa tidak aman yang memanjang.

Bila datuk berada dalam keadaan demikian, saya rasa jalan paling selamat yang wajar saya pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi dengan apa yang diperintahnya. Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur gelap. Agas dan nyamuk terasa menyerang pipi dan batang hidung. Langkah kaki sering saja terhenti akibat tersepakkan akar dan tunggul kayu di tepi jalan. Kicau burung tidak kedengaran lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:21 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Ah sial, tak ada tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu menampar pipi sebelah kiri.

Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi sendiri yang terasa pedih. Hati saya terus membara dan marah tidak tentu arah. Bagi melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi jalan dengan sekuat hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.

“Kenapa?” Tanyanya perlahan.

“Jemu,” sahut saya perlahan.

“Kejap lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya.

Ketika itu juga, datuk berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung tajam ke arah saya, memancarkan rasa marah.

“Ada apa Tamar?”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Hum,” suara datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya.

Apa yang dialami sebentar tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya hati-hati. Jangan mengeluh tidak tentu fasal. Perbuatan begitu boleh mengganggu diri datuk.

“Oh uuuuuuuuppppppppppp.”

Guru silat segera melompat. Langkah saya dan datuk terus kaku. Mata kami tertumpu ke dada jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi jalan, kemudian menghilangkan diri dalam rimbunan rerumput di situ. Saya melihat datuk tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah guru silat yang mudah terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.

“Orang macam awak ni, sebaik-baiknya jangan mudah terkejut dan melatah. Cubalah kawal perasaan,” datuk memberikan nasihat.

Guru silat terus menarik nafas dalam-dalam. Ekor matanya masih menjeling ke arah saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:22 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Saya cuba mengatasinya.”

“Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti pihak lawan tahu sejauh mana kekuatan kita.”

“Saya faham,” suara guru silat lemah.

Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya berhenti melangkah dan terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat segera menghampiri saya.

“Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.

“Paha saya sakit.”

“Tak apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya.

Datuk menjeling tajam ke arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya, melainkan meneruskan perjalanan. Saya merenung tajam ke depan. Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan arwah orang tua guru silat. Hati saya riang, pada hemat saya, lebih kurang lima minit lagi sampailah ke rumah tersebut dengan syarat tidak berhenti di mana-mana.

“Ha, langkah panjang-panjang biar cepat sampai,” usik guru silat.

“Langkah pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum.

Guru silat ketawa kecil sampai menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. Datuk segera merenung ke arahnya.

“Kenapa?” Tanya datuk.

“Tak ada apa-apa.”

“Kalau tak ada apa-apa, buat apa ditepuk?”

Datuk seperti kesal tetapi, guru silat terus tersenyum lebar.

“Aku rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus datuk ketika memasuki halaman rumah pesaka.

Saya menelan air liur dan tertanya- tanya dalam hati maksud dari kata-kala yang diluahkan oleh datuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2013 11:22 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Apa yang awak cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya yang berdiri tidak jauh dari datuk.

Saya terdorong ke sebelah kiri. Marah juga rasa hati melihat sikap guru silat yang main langgar tanpa memikirkan tentang orang lain.

“Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggaran kamu.”

“Tak apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati.

Guru silat terus mendekati datuk yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka datuk direnungnya.

“Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar jelas,” nada suara guru silat merendah.

Datuk menarik nafas panjang. Matanya masih tertumpu ke wajah guru silat.

“Malam ni, semuanya selesai,” datuk senyum.

“Maksud awak.”

“Dengan izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang yang berbuat jahat akan menerima padahnya,” cukup tenang datuk melafazkan kata-kala itu.

“Awak bergurau?”

Guru silat minta kepastian.

“Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”

“Ha...” mulut guru silat terlopong.

“Dengan izin Allah,” ulang datuk.

Guru silat segera mengatupkan mulutnya kembali, Wajahnya seperti orang dungu. Geli rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat mengeluarkan berbagai-bagai pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak menjadi kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila guru silat tidak mahu bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari datuk. Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke arah pepohon di kiri kanan halaman yang kaku dalam suasana kelam yang kian mencengkam.

“Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air sembahyang,” datuk terus melangkah.

Lagi sekali guru silat tergamam dan terkejut dengan apa yang datuk lakukan. Kenapa datuk tidak mahu menggunakan air paip seperti selalu? Kenapa mesti menggunakan air perigi? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Cepat-cepat saya renung muka guru silat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:23 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Kenapa datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”

“Entah, saya tak tahu sebabnya.”

“Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”

“Biarkan, datuk saya dengan caranya.”

“Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat sambil merenung wajah saya sejenak. Kami berbalas senyum.

“Biar saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang masih termenung panjang.

Agaknya, ia masih memikirkan tentang tindak- tanduk datuk yang dianggapnya agak luar biasa.

“Pergilah Tamar.”

“Baiklah.”

Saya pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah. Saya pulas kepala paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada baik mandi terus, fikir saya dan terus membuka baju dan seluar. Beberapa saat kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan terasa segar dan bertenaga. Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, guru silat pula masuk. Datuk masih lagi berada di perigi. Saya terus duduk di anak tangga bongsu, merenung hari yang kain gelap. Tidak lama lagi saya kira, suara azan pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.

Saya terus mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya bercadang petang esok, saya mahu minta izin dan datuk untuk ikut kawan- kawan ke Kuala Juru, melihat perahu nelayan. Lamunan saya terganggu oleh suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak tahu kenapa nada suara guru silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya, fikir saya sendirian sambil memanjangkan leher meninjau ke arah bilik air. Tiba-tiba secara mendadak guru silat keluar dari bilik air. Berlari ke arah saya dengan wajah yang cemas.

“Kenapa?”

“Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku pandang lagi sekali, mayat itu hilang.”

“Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya mententeramkan perasaan guru silat.

Ternyata perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata- kata yang saya luahkan. Rasa takut masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak guru silat naik ke rumah. Sebaik saja, saya duduk di bangku usang, datuk pun sampai dengan wajah yang amat tenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2013 11:24 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Kita jemaah di surau?”

Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya lihat guru silat mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila ia menelan air liur.

“Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.

“Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di rumah.”

“Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang saja pergi ke surau.”

“Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan datuk itu ternyata amat menggembirakan hati guru silat.

Datuk tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan saya dan guru silat. Sebaik saja datuk sampai dekat pohon jati, suara Azan terus berkumandang. Datuk mempercepatkan langkahnya. Saya dan guru silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang, saya disuruh oleb guru silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat guru silat itu tidak saya bantah, setelah menyalakan api dan meletakkan cerek atas tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.

“Malam ni, kita makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata-kata yang amat menyenangkan dari guru silat.

Saya segera terfikir, lauk apa yang mahu dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng? Semuanya bahan-bahan ini tidak ada dalam simpanan guru silat.

“Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat menggigit bibir sambil memperkemaskan silanya.

“Ada Tamar.”

“Ada di mana?”

“Ada saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau kering, kita buat masak lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit. Kau setuju Tamar.”

“Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.

“Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.

“Sekarang, kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,” satu arahan terkeluar secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru silat.

Kali ini, saya agak keberatan untuk mematuhi perintahnya itu. Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam hati saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:25 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Kau tak suka masak nasi, Tamar?”

“Ya, kerja leceh.”

“Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat. Kau setuju bukan?”

“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk membuang kopi.

Baru lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya. Cepat-cepat Ia menarik tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan hati saya.

“Kenapa?”

“Kau tengok tu,” guru silat meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding.

Saya kerutkan dahi. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya yakin, apa yang saya lihat di depan mata bukannya hanya sekadar tersilap pandang, saya yakin, saya sedang melihat sesuatu yang benar. Dada saya jadi berdebar.

“Kau nampak Tamar?”

“Nampak.”

“Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”

“Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula. Siapa yang membawanya?”

“Itulah yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti mengeluh.

Ia terus menarik tangan saya mendekati tongkat yang tersandar di dinding. Saya hanya menurut saja tetapi, saya rasa gementar dan cemas tetap berada dalam hati.

“Cuba kau tengok Tamar.”

Saya terus membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah tongkat yang dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh berada di rumah kembali.
Last edited by rdzaccess on 9-3-2013 11:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:26 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Cuba kau pegang Tamar.”

“Tak mahu, pak gurulah pegang.”

“Cubalah Tamar.”

“Minta maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama wajah yang minta dikasihi.

Guru silat terus mengambil kain pelekat yang berada tidak jauh darinya. Kain pekekat dicampakkan oleh guru silat ke arah tongkat tersebut. Kain pelekat terus melekat di kepala tongkat dan terus memberat ke kanan. Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya cukup kuat tidak padan dengan bentuk dan berat tongkat.

“Kau berani pegang Tamar?”

“Minta maaf pak guru.”

“Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'

“Baik pak guru.”
Guru silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat. Dalam jangkaan saya, sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang berada dalam kain itu. Jangkaan saya salah. Guru silat terus menyentap kain pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan tongkat. Tongkat pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala ular itu mengarah pada saya dan guru silat. Saya tiba-tiba merasa seram.
“Saya rasa tak ada apa-apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan cadangan.
Guru silat menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk melakukan dengan apa yang saya katakan. Guru silat menggenggam penumbuk. Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan-lahan guru silat mendekati tongkat tersebut.

“Cubalah pak guru.”

“Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.”

“Nanti dulu.”

“Kenapa Tamar.”

“Cuba pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan guru silat.

Saya jadi hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak diterima oleh guru silat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:26 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 88 ~
Mayat berdiri

“Tak payah,” katanya pendek.

Saya tidak dapat berbuat apa- apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat dengan sepasang mata tindak-tanduk guru silat yang kian ghairah untuk memegang tongkat. Guru silat terus menyambar tongkat tersebut. Dalam sekelip mata saja tongkat aneh itu sudah berada dalam tangan guru silat. Saya lihat wajahnya cukup riang.

“Memang benar, tongkat ini tongkat pesaka,” suara guru silat penuh keriangan.

Ia terus menarik tangan saya untuk menjamah badan tongkat. Saya menolak, cepat-cepat saya menarik tangan saya yang dipegangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:18 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 7-3-2013 11:00 PM
Salaam
Semoga anda di rahmati Allah swt ...
Di antara cerita ini ada saya selitkan pengetahuan dan ...

iye en rdzacess.. banyak amalan yang saya amalkan bila membaca thread ni.. seperti mandi pagi untuk mengelakkan pening n nasihat tentang wudhuk yang betul dan solat.. dan macam2 lagi.. memang terbaik.. terima kasih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:30 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

“Kenapa Tamar?”

“Saya tak mahu pak guru.”

“Kamu takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”

“Hum...” saya tertunduk merenung lantai.

Guru silat terus menggosok- gosok batang tongkat dengan secebis kain kuning. Saya hanya tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke dapur membuat air kopi. Datang ke ruang tengah dengan dua cawan kopi yang masih panas. Guru silat senang hati melihat dua cawan kopi yang berasap di depannya. Ia terus letak tongkat atas lantai. Dengan tenang guru silat menghirup kopi.

Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan kopi yang dipegangnya terlepas dari tangan. Jatuh atas lantai. Air kopi melimpah dan serpihan tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula diasak oleh bunyi deru angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat terus menjadi pucat.

“Kenapa pak guru?”

“Tongkat tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”

“Ya,” ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa saat tadi terdapat sebatang tongkat berada di situ.

Saya jadi menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati. Badan terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di luar. Saya mula terlihat dedaun tingkap yang rapat seakan-akan bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang menekannya dari luar.

“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok sendiri Tamar. Bukankah sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang berpuaka.”

“Ya,” saya mengangguk dengan rasa gementar.

Sepatutnya tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat berkata demikian, terasa seluruh rumah bergegar dan bergoyang.

Cawan kopi jatuh dan air kopi terus melimpah di lantai. Saya dan guru silat terpaksa berpaut pada dinding. Anehnya, gegaran itu cuma berlaku beberapa minit saja. Bila keadaan kembali tenang, saya pun terdengar suara Azan berkumandang. Bunyi deru angin yang hebat terus menyepi. Guru silat yang tersandar di dinding meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang matanya merenung tajam ke arah lelangit rumah.

“Aku pening Tamar.”

Sebaik saja guru silat mengakhiri kata-katanya, Ia terus terkulai di situ. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi keadaan yang agak gawat itu. Entah macam mana, saya merasai badan saya melayang-layang. Tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang menghentak pangkal bahu sebelah kanan. Pandangan saya jadi berpinar- pinar. Sayup-sayup terdengar gema besi berlaga sama sendiri yang amat memekakkan. Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang. Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata atas bumi.
Last edited by rdzaccess on 9-3-2013 11:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:32 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

Di hujung tanah lapang, saya melihat api yang cukup besar. Bahangnya terasa menyentuh kulit tubuh. Badan saya berpeluh dan api yang marak itu kian mendekati saya. Cara yang paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah berlari ke mana-mana dengan sekuat hati.

Saya pun berlari arah ke utara dengan sekuat hati. Tidak saya duga api yang marak itu terus memburu saya. Apa yang terdaya saya lakukan ialah berlari dan terus berlari hingga sampai ke kawasan pinggir gunung. Sebaik saja sampai di situ, seorang lelaki berbadan besar dengan rambut hitam lebat menutup kedua belah sayap bahunya, ketawa ke arah saya. Lelaki berbadan besar itu mengambil seketul batu besar di kaki gunung. Batu itu dilemparkannya ke arah saya.

Tidak ada kesempatan untuk saya menyelamatkan diri. Saya terpaksa menyerahkan diri pada keadaan. Batu itu terus menghempap badan saya. Kesakitan yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin kerana saya menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu menjadi marah. Mulut saya terus ditendangnya dengan sekuat hati.

Sayup-sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya dengar itu sedang membaca ayat al- Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan perlahan-lahan dalam hati. Saya bagaikan digerakkan oleh tenaga ghaib untuk mengucap dua kalimah syahadat.

Sebaik saja saya selesai mengucap, kelopak mata saya terus terbuka. Apa yang saya lihat wajah datuk yang sedang membaca ayat al-Kursi. Saya renung ke kanan, saya lihat di depan guru silat terletak satu baldi air. Di tepi baidi tersusun dua tiga biji buah limau nipis dan sehelai kain hitam. Guru silat terkapar di situ dengan mulut yang terbuka.

“Bangun Tamar.”

“Bila tuk balik dari surau?”

“Dah lama. Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok kamu berlari dalam rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”

“Ha...,” saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk.

Saya cuba mengingati apa yang telah berlaku. Lagi sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan-lahan saya kedutkan dahi, bila melihat kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur. Badan guru silat menggeletik macam ikan kena penukul. Datuk mengepal tangan kiri dan terus didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu.

“Huuuuppppp...,” pekik datuk lalu membuka buku limanya, kelima-lima jari kirinya terkembang dan mengarah kepada guru silat.

Datuk terus menepuk lantai tiga kali berturut-turut. Serentak dengan itu, guru silat terus melompat sambil melepaskan buah silat yang cukup kencang ke dinding. Kakinya terus menendang baldi air. Guru silat terus bersilat dengan semahu- mahunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:34 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

Gerakan dan tendangannya cukup pantas. Datuk terus membongkok dan merangkak perlahan- lahan mengambil buah limau yang masih belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis tendangan guru silat yang hampir mengenai rusuk kirinya. Datuk berjaya mencekup sebiji limau. Cepat-cepat datuk membalingkan ke arah saya. Dengan kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau tersebut dengan penuh bergaya. Datuk memberi isyarat yang Ia memerlukan dua biji lagi limau nipis.

Saya lihat kedua-dua biji buah limau yang dikehendaki itu berada di hujung kaki guru silat, Bukan mudah untuk mendapatkannya. Silap langkah, bukan buah limau yang dapat tetapi, penendang dari guru silat yang boleh menghilangkan gigi dan membengkakkan pipi. Paling malang, kalau buah himau yang dikehendaki dipijak oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan. Perlahan-lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat.

Tiba-tiba guru silat bertempik dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk. Secepat kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu memusingkannya dengan sekuat hati, ditolak ke belakang hingga guru silat jatuh terlentang. Ketika itu, datuk terus sambar buah limau. Dicampakkan pada saya bagaikan penjaga pintu gol yang handal saya menyambut buah limau tersebut.

“Ah..." Guru silat terus menyerang datuk.

Macam tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk mengambil sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya. Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut. Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak buah limau.

Saya berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau. Dengan hujung ibu jari kanannya ia mencuit buah limau. Buah limau itu bergolek ke arah tiang seri. Datuk tersenyum. Kerjanya menjadi mudah, saya kira, beberapa saat lagi limau yang sebiji itu pasti berada dalam tangan saya. Datuk merendahkan badannya.

Perlahan-lahan datuk golekkan badannya menuju arah buah limau. Malang sungguh nasib datuk, kali ini guru silat terus bertindak macam orang gila. Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi. Mujurlah, datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh guru silat tidak kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba melepaskan tendangan yang bertalu-talu ke arah datuk. Semuanya dapat ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang.

Dalam suasana yang berdentum-dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta ditingkah dengan bunyi tepisan tangan dan kaki dari datuk menjadikan dengan guru silat. Suara datuk dan guru silat saling tingkah-meningkah. Saya terlupa dengan keadaan di luar, terlupa pada malam, terlupa pada bunyi cengkerik dan katak. Antara terhibur dan cemas saya menyaksikan peristiwa datuk dengan guru silat.

“Wahhhhhh...!!!”

Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup kuat dan kejap. Dengan lembut dan perlahan- lahan datuk menekan tangan guru silat ke bawah hingga badan guru silat melengkung dan akhirnya tersembab di lantai. Datuk segera mengambil buah limau di 1antai dan terus diserahkan pada saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2013 11:35 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

“Basuh limau itu Tamar.”

Saya terus ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati datuk. Guru silat tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan tangannya terkedang. Bunyi nafasnya cukup kuat, macam nafas kerbau.

“Tamar.”

“Ya, ada apa tuk.”

“Kau belah dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan dengan garam dan cabai. Lepas itu kau diangkan dekat api.”

“Baik tuk.”

“Buat sekarang juga.”

Saya segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur. Menyediakan barang-barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke dapur, saya tidak tahu apa yang datuk lakukan terhadap guru silat. Satu perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya lihat guru silat sudah berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini ia terlentang mengandah ke tulang bumbung dengan sepasang kaki dan tangan rapat ke tubuh.

Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan- lahan. Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan suara pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.

“Ambilkan aku pisau Tamar.”

“Pisau tak ada, di mana saya nak cari tuk.”

“Ambil dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda terbang. Pergi ambil sekarang.”

“Baiklah,”jawab saya lemah.

Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang terletak di sudut dinding. Saya punggah isinya hingga bertabur atas lantai. Akhirnya, saya jumpa dengan pisau belati yang dimaksudkan oleh datuk. Saya segera menyerahkan padanya. Datuk keluarkan pisau belati dari sarungnya. Ditatapnya mata pisau itu dengan teliti. Datuk tegakkan badan dengan sepasang matanya tertumpu ke dinding. Saya hanya melibat gerak-geri datuk dengan hati-bati.Datuk terus menimang-nimang mata pisau belati di telapak tangan.

“Ke mari Tamar.”

Saya segera mendekati datuk.

“Tekan kedua belah kakinya.”

“Baik tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat.

Datuk angkat pisau belati tinggi-tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada buah betis guru silat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:35 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Aku mahu meluahkan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus taruh air limau di tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya dengan kain pelekat,” datuk mengeluarkan arahan.

Datuk pun mengambil kain pelekat di atas lantai. Kain pelekat itu dilangkah dua kali.

“Nah kain pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku pesan Tamar.”

“Ingat tuk.”

“Kamu mesti tenang dan jangan takut.”

“Baik tuk.”

“Huhhhhhh..,” datuk menatap wajah saya sejenak.

Bahu kanan saya ditepuknya tiga kali berturut-turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk memperteguhkan dan menguatkan semangat saya. Saya terkejut besar bila datuk membenamkan hujung belati ke buah betis guru silat. Saya lihat darah pekat meleleh di kulit betis dan menitik atas lantai. Saya bagaikan terpukau melihat semuanya itu. Saya lupa dengan pesan datuk.

“Hei apa lagi?” sergah datuk.

“Apa? Apa benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan.

Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan pisau belati yang ada kesan darah ke dinding. Pisau belati terpancak di situ.

“Bodoh,” pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan.

Tidak memadai dengan itu, datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus membatu, tidak berani membantah. Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan saya.

“Tak boleh harap,” kutuk datuk.

“Maafkan saya tuk, saya tak sengaja.”

“Hummmmmmmmmm...”

Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke kiri dan ke kanan. Sepasang kakinya juga bergerak ke kiri ke kanan. Guru silat mengeruh macam lembu kena sembelih. Saya sudah bersedia dengan kain pelekat. Kalau ia menjerit, sudab pasti kain pelekat menutup mukanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:42 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

“Tak usah banyak cerita lagi, bersiap sekarang juga kita pergi rumah si sakit,” datuk keluarkan arahan.

Matanya masih merenung ke setiap sudut ruang rumah.

“Dah jauh malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.

“Dah pukul sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.

“Tak usah banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak jadi, ingat, manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,” tekanan suara agak keras dan meninggi.

Kedua-dua biji matanya dibeliakkan ke arah guru silat dan saya. Dengan rasa kesal saya segera tukar seluar dan baju. Saya tidak tahu apa perasaan guru silat ketika itu. Dari gerak-geri dan riak wajahnya ternyata ia tidak menyimpan rasa kecewa atau hampa. Guru silat tetap mematuhi perintah datuk.
“Kita belum makan lagi tuk.”

“Tak usah gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di mana-mana, kalau tak ada. kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan masalah yang menghantui diri saya.

“Tak usah bimbang Tamar, bila semuanya sudah selesai kita balik nanti, aku masak nasi untuk kamu,” itu janji dari guru silat yang cukup menggembirakan.

Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai samping hitam seperti kebiasaannya. Kali ini datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya juga tidak seperti selalu. Ikatannya lebih banyak ke kanan.

“Tongkat tadi Tamar,” jerit guru silat.

Sepasang mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya yang terukir bentuk dua kepala ular nampak berkilau-kilau. Datuk juga merenung ke arah tongkat tersebut. Datuk tidak memperlihatkan rasa terkejut. Ia cuma tersenyum.

“Inilah tongkat yang berpuaka itu,” guru silat beritahu pada datuk.

Saya lihat datuk tersenyum. Datuk menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan dengan seluas-luasnya. Cakap datuk saya patuhi. Bila tingkap terdedah, apa yang saya lihat ialah kegelapan yang pekat. Pepohon kelihatan kaku tetapi, di lantai masih ada bintang mengerdip. Tiba-tiba saja saya terasa seram. Bulu tengkuk saya meremang dengan tiba-tiba. Datuk membuka kain ikat kepalanya. Dengan hati-hati kain itu dililitkan ke hujung jari kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada tongkat yang tersandar di tepi dinding. Ketika itu terasa angin masuk dengan deras ke dalam rumah melalui jendela yang terdedah.

Beberapa helai daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai. Suara orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang. Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan. Tidak memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak kencang itu membawa pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:43 PM | Show all posts
Bercakap dengan jin ~ 89 ~
Cawan bergerak sendiri

Semuanya bertabur di atas lantai. Saya lihat baju dan seluar datuk bergerak-gerak ikut rentak angin yang bertiup. Guru silat macam ditolak sesuatu. Ia terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan macam orang mabuk. Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Ia berdiri lurus. Jari kelingkingnya yang berbalut itu digerakkannya ke kanan dan ke kiri, membentuk sebuah bulatan di udara. Matanya tidak berkerdip merenung ke arah tongkat di dinding. Urat-urat di mata datuk kelihatan merah dan seakan- akan timbul.

Makin lama saya merenung mata datuk, saya seperti melihat bebunga api yang membara dalam kolam matanya. Wajah datuk kelihatan serius. Misainya kelihatan seakan-akan bergerak ke kanan. Datuk angkat jari kelingking hala ke barat daya. Tongkat di tepi dinding terus bergerak, terangkat antara lantai dan letangit rumah. Muka datuk kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada sesuatu yang menumbuk dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia kembali berdiri tegak. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak.

Dengan kekuatan yang ada di tubuhnya datuk macam melemparkan sesuatu ke arah tingkap yang terdedah. Ketika itu juga saya melihat tongkat tersebut melayang sambil mengeluarkan cahaya. Tongkat itu meluru keluar. Datuk masih tidak berganjak dari tempat ia berdiri. Biji mata guru silat terbeliak melihat peristiwa yang memang tidak pernah diduganya.

Saya terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu berdiri sebentar tadi. Bila ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam berkepul lalu menguasai ruang rumah. Datuk terus menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tepuk pertama asap yang tebal beransur kurang. Tepuk kedua asap bentambah nipis dan tepuk ketiga asap yang ada terus hilang dan guru silat yang tadi kelihatan lemah mula bertenaga. Mukanya, jadi merah dan bersedia menghadapi apa saja.

“Kita diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk tenang sambil membuka lilitan kain di jari kelingking.

Kain itu terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak tangan kiri berturut-turut.

“Apa kita akan diuji lagi?”

Guru silat minta kepastian.

“Tak tahu, tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”

“Kalau kita kalah apa macam?”

“Segala-galanya kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah.

Saya dan guru silat berpandangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.180764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list