|
baru je kejap ni dah nk terlelap, sakit tetibaberpeluh badan. dah 2 kali jadi sat tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
uish... berpeluh-peluh pulak. ok ka? risau pulak wa.
baring2 le dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tk berani wa. duk dulu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. duduk dulu diam-diam... makan dak petang tadi...?
|
|
|
|
|
|
|
|
klu diam, wa rasa lagi sakit
mcm masa nk terlelap tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
no.1 tu memang melambak.. 10 Perkara Pasti Terjadi Ketika Ramadhan
Bila tiba bulan puasa, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Ada dugaan kecil (macam nampak budak kecik minum air tebu ais ikat tepi) dan juga dugaan besar (macam nampak betis janda).
Apa yang paling menarik, kadang-kala kita turut sama buat perkara yang buat orang lain menyampah. Dan jangan lupa, anda diuji dengan status Facebook, perangai rakan yang mintak makan kaki dan macam-macam lagi.
1. Update Lokasi Berbuka Puasa Sambil Merendah Diri
“Hari ini berbuka puasa di Victoria Station je, Alhamdulillah” #Syukur #FirstDayPuasa #Humble
2. Pengejar Pahala #FollowersPerluTahu
“Alhamdulillah, walaupun tumit rasa macam nak tercabut tapi masih diberi peluang tarawih sebanyak 21 rakaat. Jika tidak keberatan saya akan update status sebelum tahajud nanti, Insya-Allah”
3. Mencari Loophole Untuk Melengahkan Bersahur
“Lain kali kalau kita terbangun pagi, jangan tengok jam terus, nanti kita boleh minum air. Kalau tersedar dah masuk Subuh memang tak boleh minum apa-apa dah. Tekak kering, bro”
4. Menggunakan Wajah Rakan Persis Kaum Lain Untuk Beli McD
“Eh, kau suruh si Latif tu beli McChicken, muka dia macam Cina. Muka aku pure Melayu. Pergi beli, kita makan kat rooftop” (Ini baru semangat 1Malaysia. Wee hooo!)
5. Ustaz di Facebook
Yang ini kami tidak berani usik lebih sebab biasanya kami sentiasa kalah kalau berdebat. Jangan marah, ya.
6. Kebanjiran Gambar Juadah berbuka di Instagram
Ini memang tidak dapat elak. Kami pun hanya mampu telan air liur. Ada gambar siput sedut masak lemak, kambing golek. Aduh, sedap! Erm, Vitdaily buat sebegitu tidak mengapa,kan?
7. Rakan Serumah Yang Berpuasa Mengikut Waktu Oversea
Ketika kita bangun pagi sebelum pergi kerja di bulan Ramadhan, tiba-tiba bau sardin padu digoreng bersama telur dadar. Kemudian bau nasi ditanak pula menusuk hidung. Inilah rakan-rakan kita yang berpuasa mengikut waktu oversea. Kami hampir terjerumus mengikut jemaah mereka ini saban tahun. Hampir.
8. Jenaka dan Harapan Hambar Ramadhan
“Untungnya kalau bersahur di Semenanjung lepas itu berbuka di Sabah atau Sarawak” – kita semua ada kawan macam ini.
“Eh, tak boleh sentuh-sentuh ini, batal puasa” – Melodi
“Mak, adik tak tahan sakit perut sangat. Tak nak berak, nanti batal puasa” – Adik, seorang kanak-kanak belum mummayiz.
“Tahun ini aku tak nak tinggalkan terawih” – Ini anda dan harapan anda setiap tahun. Kalau cukup, kami tabik satu kali.
9. Penunggu Moreh
Golongan ini biasanya adalah kanak-kanak yang bising lebih tapi tak sembahyang terawih pun. Sekali dia tibai moreh, terkebil mata pakcik-pakcik. Well, kami juga dulu penunggu moreh (Anda pun mengaku saja lah).
10. Pakcik Kecewa
Tahukah anda, bagi perokok, waktu paling nikmat merokok ialah selepas makan. Jika di bulan puasa, lepas berbuka dan selesai terawih pasti ada pak cik akan merokok berjemaah pula di luar masjid. Tapi kadang-kala ada pak cik yang kecewa sebab rokok Gudang Garam atau Semporna mereka dirembat budak-budak. Siapa suruh letak celah-celah ukiran Islamik di masjid. (V)
|
|
|
|
|
|
|
|
bila sakit kepala, yang dirisaukan bila bangun berdiri, terus berpusing-pusing rasa dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
wa duduk je nisakit betoi, tk penah lagi sakit kepala camni
|
|
|
|
|
|
|
|
baring le weiii.. kejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke ni? setuju tak?
6 Tanda Anda Sudah Menghampiri Umur 30 Tahun
Waktu kita gila-gila remaja dulu, kita pernah terfikir bagaimana rasanya bila sudah jadi dewasa, bukan? Ada yang tidak sabar mahu dewasa, ada yang tidak mahu jadi dewasa langsung. Bila kita sudah berhijrah ke alam pekerjaan, bila umur hampir mencecah 30-an (sambil tengok cermin), adakah kita sudah secara rasminya menjadi seorang dewasa seperti yang kita fikir dulu?
1.Berbicara Tentang Subjek Yang Serius
Bila group Whatsapp anda sudah rancak berbincang tentang personal loan untuk rumah, harga rumah, mana mahu beli stroller baby murah-murah dan pelan pembiayaan pelajaran anak-anak – tahniah, selamat datang ke alam dewasa. Kami minta maaf jika ia tidak seindah yang anda impikan dulu.
2.Memilih Makanan Yang Berkhasiat
Ingat dulu zaman kita mula-mula kerja? Dapat gaji enjoy sana sini, makan sedap-sedap, semua mahu cuba. Sekarang, anda mula tengok kandungan nutrisi pada plastik makanan (bukan status halal haram tetapi kandungan yang berkhasiat atau tidak). Anda mula fikir tentang serat, vitamin, mineral, lemak tepu, kolestrol, gula, garam dan sebagainya. Sebab apa? Sebab anda mahu hidup lama.
3.Cair dengan kanak-kanak
Ada seorang kanak-kanak yang menangis dan melalak di tempat awam, dan ibu kanak-kanak tersebut hanya cakap “dah, dah, jangan nangis”
Tatkala orang lain menahan tangan dari melempang budak kecil tersebut, anda hanya memandang dengan penuh kasih sayang dan berkata “Comelnya budak ni”, – tahniah, anda lebih matang dari kami. Sudah tiba masanya anda menimang anak anda sendiri.
4. Mula kira duit raya yang perlu disediakan, walaupun bukan di bulan Ramadan
Belum masuk bulan Ramadhan lagi anda sudah garu kepala kira berapa ramai anak buah, anak sepupu, sepupu sendiri yang belum kerja, adik beradik, dan semua orang yang layak menerima sampul berduit dari anda. Bila an da sudah bekerja sekarang, kenalah bagi duit raya, jika tidak ada nanti jadi bahan pula.
5. Risau Dengan Generasi Muda Sekarang
Mengkritik dan menasihati generasi muda kerana menganggap mereka mengabaikan pelajaran. Malah anda juga beritahu mereka yang anda rindukan waktu persekolahan anda. Realitinya, anda dahulunya serba serbi ke laut. Malas. Lambat. Main lawan pemadam dan pen dalam kelas. Main ceper (tutup botol). Hisap rokok dalam tandas. Semua ada.
6. Kasihan dan Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa Orang Lain
Jika anda melihat anak-anak muda sekarang yang berperangai kurang senonoh dan tidak bermoral seperti lumba haram, bergaduh, bercium, tiba-tiba anda terkenangkan ibu bapa dan kasihan kerana mempunyai anak-anak yang perangai mengancurkan hati. Tahniah, secara psikologinya anda memang seorang yang sangat menyayangi serta menghargai kedua ibubapa anda. Teruskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
intan scrub la selalu..
sempat tu cerah balik.. sb raya lagi sebulan..
|
|
|
|
|
|
|
|
6 Makanan Ringan Tahun 80-an Dan Perbezaannya Sekarang
Pop Corn Durian
Pop Corn Durian merupakan salah satu makanan ringan yang kami sendiri tergila-gila masa kecil dahulu. Buka sahaja plastik sudah ada bau yang cukup sedap tapi jika anda bukan peminat durian, mungkin jajan ini bukan pilihan anda.
Kami dapatkannya dan apa yang menghampakan kami ialah saiz keropok ini nampaknya sudah mengecut dan apa yang buat kami sedih ialah rasanya juga sudah berbeza tidak sama seperti dahulu. Sebaik masuk sahaja mulut, secara automatik kami tercakap – ini versi less sugar’kah?
Haw Flakes
Haw Flakes merupakan salah satu snek yang pada masa dulu kami makan sebaik sahaja balik dari sekolah dan dikongsi dengan rakan-rakan sekelas. Sebenarnya Haw Flakes ini dihasilkan melalui buah Hawthrown yang tergolong di dalam keluarga berry (blackberry, strawberry dan lain-lain).
Apa yang membuatkan kami terkejut dengan packaging baru ini ialah ia tidak sekemas bungkusan ketika dahulu malah rasanya juga tidak hebat seperti tahun 80-an. Adakah apa yang kami dapatkan ini merupakan versi ciplak atau memang benar ia sudah berubah bungkusan dan rasa?
Tora
Kami kagum dengan usia produk ini yang mampu bertahan sehingga kini. Dengan kehadiran kedai runcit dan juga target pasaran terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah, ternyata Tora masih gagah sehingga kini. Apa yang menarik, jika dulu kita akan dapat coklat di dalam bentuk bulat-bulat, kini ia sudah diubah di dalam bentuk coklat bar.
Bab mainan pula, kami dapat sebuah permainan papan yang sangat menguji minda. Bagi kanak-kanak, perkara yang paling excited sekali ialah detik mahu membuka kotak tersebut – sebab tidak tahu akan dapat permainan apa di dalamnya.
Maruku Ikan Popo
Ini makanan favourite sambil layan tengok movie. Rasa Maruku Ikan ini masih konsisten seperti dulu malah kini hadir di dalam dua saiz.
Cuma yang kami tidak faham,dalam banyak-banyak produk makanan, Maruku Ikan ini adalah satu-satunya produk yang tidak menggambarkan apa yang anda akan beli. Maruku Ikan dengan gambar bayi. Tetapi melalui kekuatan bayi yang bernama Popo itu jugalah produk ini mampu bertahan sehingga kini. Sedap!
Rota
Ketika mahu koyakkan plastik Rota ini, kami berdebar, risau nanti rasa yang kami harapkan sudah berubah. Akhirnya semua itu terjawab apabila ia masuk ke dalam mulut. Memang rasa tidak berubah dan jangan mula makan, nanti sudah hendak berhenti.
Hadir dalam dua saiz, Rota merupakan antara makanan ringan yang laku juga seingat kami, ketika kecil dahulu. Rota dan juga Keropok Durian merupakan kawan baik yang mampu bertahan sehingga kini.
Ding Dang
Satu lagi jenis perasaan yang berdebar untuk lihat permainan apa yang ada di dalam kotak ialah Ding Dang. Dikilangkan di bawah satu syarikat yang sama, Ding Dang juga sudah beralih menggantikan bebola coklat kepada coklat bar.
Kali ini kami dapat wisel berbentuk rama-rama. Sebagai orang dewasa, perkara paling best dan selalu kami tanyakan masa dapat tahu apa permainan yang ada dalam kota ialah – nak main macam mana benda ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 16-6-2015 03:19 PM
ni mesti setahun yang lepas baca Bab 1 tu kan?
betul tekaan madu..
tadi n baca dpt sampai bab 3..
pastu mata da ngantuk lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 16-6-2015 03:21 PM
sedap jugak... nugget marrybrown lagi sedap daripada kfc.. madu selalu beli nasi ayam marrybrown. ...
owh ada nasi ayam sekali?..
marrybrown macam kfc gak ke?..
harga dia lebih kurang kfc gak ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang selalu madu beli... nampak gambar?
|
|
|
|
|
|
|
|
oklah kot sehari satu bab... lama-lama habis jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju sesgt..
walopown sbnr nya n blom menunjukkan ada ciri2 kematangan lagik..
|
|
|
|
|
|
|
|
muruku ikan popo n baru je mkn ritu.
plastik je besor.. isi nya suku je..
|
|
|
|
|
|
|
|
nmpak sedap plak madu.. rasa dia sama cam kat chicken rice tu ke?..
ada papadom lagik..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|