|
[Tempatan]
[ Update ] Anak Perempuan Dipukul Guna Tukul Kini Stabil
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 7-3-2019 09:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
[UPDATE] Mangsa kini stabil
Zahratulhayat Mat Arif
GADIS berusia 24 tahun yang parah di kepala selepas dipercayai dihentak dengan tukul pemecah dinding oleh bapanya dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau di sini, kelmarin berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kini mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Dia berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital susulan kecederaannya itu.
“Polis masih menyiasat apa yang berlaku di sebalik kejadian bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, dilaporkan hanya disebabkan anak perempuannya belum bekerja, seorang lelaki tergamak memukul kepala gadis itu dengan tukul.
Kejadian berlaku di rumah mereka menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar (HPB) sebelum dirujuk ke HRPB.
Polis dimaklumkan oleh petugas HPB pada 7.25 malam kelmarin selepas mendapati mangsa parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul dalam kejadian antara 5.30 hingga 6.30 petang.
Kejadian dikatakan berlaku ketika suspek yang baru pulang dari kerja sebelum menghampiri mangsa yang ketika itu sedang membaca al-Quran lalu memukul kepalanya beberapa kali.
Lelaki itu dipercayai kecewa apabila anak perempuannya masih menganggur selepas memperoleh ijazah dalam bidang perakaunan.
Ahli keluarga kemudiannya tampil mendakwa kejadian itu berlaku dalam keadaan lelaki itu seperti tidak sedar tindakannya dan mangsa adalah anak kesayangannya.
Susulan kejadian itu, suspek yang berusia 58 tahun direman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 9:46 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku ni dari dulu tak pernah kerja tetap. asyik kontrak je. start jadi pembantu penyelidik dapat gaji 1.3k je sampai la gaji akhir 1.8k. sebulan. lepas potong kwsp sikit lagi le. lepas tu sambung belajar kat kolej.ni kalau habis, nak carik kerja balik, ade peluang ke tak. takde kerje, memang duduk kat bawah jambatan la ni nanti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai..kesiannya...bebanan yang amat berat..iols dulu masa sambung ambik master pun hari2 mertua tanya bila nak kerja. Stress kot...sampai nak pegi rumah dia pun iols tak mau...Apakah yang berlegar di fikiran pak cik ni sampai sanggup buat anak dia macam ni. Mungkin ramai tanggungan...ekonomi pulak hmmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-3-2019 08:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
'Semangat adik kuat, dia tak pernah tinggal amalan baca al-Quran'
07 Mar 2019
NORMAWATI BINTI AH ADNAN
IPOH - Bekas graduan yang parah dipukul bapanya dengan tukul besi, Isnin lalu selamat menjalani dua pembedahan di kepala, semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu kini dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan sedar serta boleh berkomunikasi seperti biasa.
Abangnya, Ahmad Hafizi, 30, berkata, perkembangan itu melegakan mereka sekeluarga yang khuatir dengan kesan hentakan dialami.
"Doktor maklumkan kesan yang dialami adalah biasa bagi mana-mana individu yang menerima hentakan di kepala, hanya kecederaan fizikal, lain-lain adalah normal.
"Walaupun nampak keletihan selepas pembedahan, tapi keadaannya baik dan sekarang dia dalam proses untuk sembuh," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.
Menurutnya, sepanjang tempoh rawatan di hospital berkenaan, semangat adiknya sangat kuat.
"Dia tak pernah tinggal amalan membaca al Quran, malam-malam pun dia mengaji dalam wad ini," katanya yang memaklumkan ibu mereka telah meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.
Beliau turut menyatakan rasa syukur apabila banyak pihak memberi sokongan moral dan tampil menawarkan peluang kerja kepada adiknya.
Katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu baru sahaja tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan perakauan, Januari lalu dan majlis konvokesyannya dijadualkan Oktober nanti.
"Kami sangat menghargai tawaran-tawaran kerja ini, sudah pasti ia menggembirakan adik saya, apa-apa pun kita lihat dulu perkembangan kesihatannya, tunggu betul-betul sembuh baru saya lepaskan dia untuk bekerja," katanya.
Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang itu, mangsa parah selepas dipukul di beberapa bahagian di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau ketika mangsa sedang membaca al-Quran sementara bapanya yang bekerja sebagai tukang rumah baru pulang dari tempat kerja.
Lelaki berusia 58 tahun itu bagaimanapun telah ditahan polis bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ..
moga terus cepat sembuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
"Innocent Defendant" tu drama Korea ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. Br habis blajar januari br ni. Konvo pun blm lg. Aku lebih percaya cerita abg dia. Ayh dia x sedar masa buat tu. Ye la br blik dari roboh rumah kosong.. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi.. dia baru je grad ... konvo pun belum..
bapak dia pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
ler.. budak ni barrrruuuuu sgt abis blaja.... blom konvo pun.. igtkan dah lama sampai bapaknya jemu duk menanggung anak x keje2... |
|
|
|
|
|
|
|
btol tu..dh la medial benefit gomen pon x byk..hadap la p GH atau KK yg beratoq lama..nak insurans kene amik sndri..kalau private byk sediakan kampeni medical benefit kecuali kampeni cacamarba..dr segi career path pon ai rs private is better..nak naik pgkt pon based on skill dan effort..kalau gomen,tggu berjanggut la turn kau naik yg ntah bila tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 8-3-2019 08:25 AM
"Innocent Defendant" tu drama Korea ke?
Haah...tgklh cita tu best gila |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jadi kemusykilan mcm mana wartawan yg mula2 lapor tu blh wat spekulasi bapa die mengamok pasal x dpt keje. Mesti dia dengar gosip makcik pakcik bawang je bukan dari ahli keluarga. X kan la bapa die nak mengamok pasal benda kecik lagipun belum convo pun dah dpt 2 tawaran keje katanya..klau org lain 2 tahun lepas konvo pun belum dpt keje itu blh la klau nk mengamok pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua wartawan yang membawang tak betul.
Alhamdulillah dah sedar. Moga di bawa ayahnya untuk rawatan juga selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
akak pun rasa macam tu gak..
bapak dia hilang ingatan sementara gitu, sebab tak de sejarah bapak dia ni jenis ganas kasar sebelum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-3-2019 11:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Macam mana hangpa hangpa yang terus menghentam bapaknya itu. Wartawan memang kadang kadang berlebih nak umpan pembaca.
Kadang kadang maklumat keseluruhan tu tak sampai secara tepat pun. Tapi atas sikap mahu bersaing sesama syarikat akhbar lain, memang depa akan berlumba lumba keluaq kan cerita. Cerita betui ka tidak ka lantak pi dulu. Asalkan dah dapat dalam 50 - 60% tu dah dikira boleh buat story dah tu.
Nanti kalau salah info, depa pi update ja kisah lain. Mudah sangat jadi wartawan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Malas la tgk drama Korea itu. GERAK KHAS lagi best daripada drama Korea
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dgr berita td, adik ni dh ditawarkan kerja... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hikmahnya...sy doakan yg baik2.je buat adik ni dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
| |
|