|
Author |
Post time 17-7-2019 03:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
puteribaya replied at 17-7-2019 03:03 PM
dua 2 salah..iols punya yg lebih 'gatai' dan seksi dan daring..teka..teka
Subway collage.
C.c @Acikgomen kawan hang |
|
|
|
|
|
|
|
saalahh dah lah tu mak..x yah teka2 sgt..nanti betui plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
yaaahh Grandy's bubur dia sedappp
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan budak lelaki je..house mate meols dulu..kat rumah tu x penah beli sos..rembat je dr KFC..dia buat KFC tu mcm bapak dia punya je
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah makan kt situ masa kecik2, time tu, org mesia still pakai sudu garfu pisau mkn kepci
aku yg budak ni pun buat la jugak, teplanting jugak ayamm ku heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sini la iols kena ngorat ngan bangla, cleaner KFC..masa bf g order, sekali bila bf dah ada..cepat2 dia buat2 lap lantai..sebelum tu kemain sengih2
|
|
|
|
|
|
|
|
Port saya gak tu..samelah kalu kat Damasara saya g Pyramid..ada grup best.SyiokBand..singer dia Farah..yg kemudia nyanyi lagu Bagaikan Puteri tu..tapi mula2 saya kenal lg ancient..umur belum cukup pun..saya masuk Epitome kat Hilton PJ..dan g clubbing yg siang punya kat Picadilly..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tutup ke?few years back g berjaya square..makan kat situ..anak2 I suka sgt ngan nachos dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama Restoran Sate Ria suatu ketika dahulu amat masyur sekitar 80an hingga awal 90an, perniagaan ini mampu dikembangkan menjadi perniagaan secara francais yang lebih maju berbanding perniagaan makanan segera yang lain pada ketika itu seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Shakey’s Pizza dan White Castle Hamburger. Secara kebetulan, perniagaan makanan segera luar negara berkenaan juga berada dibawah satu payung pengurusan yang sama, iaitu Innovest Food Chain Sdn. Bhd. Namun badai yang melanda syarikat induk itu pada tahun 1992 telah menjejaskan perniagaan makanan segera yang dinaunginya. (Lokman Mansor, 1999).
Menurut laporan Berita Harian bertarikh 2 Januari 1989, Sate Ria Sdn. Bhd. pada mulanya merupakan anak syarikat Mara Holding, dan ketika dibawah pengurusan ini, Sate Ria berada di zaman emasnya. Berpuluh cawangan restoran dalam dan luar negara dibuka, dibantu pula dengan skim pinjaman perniagaan sehingga RM8,000 untuk pada graduan bagi memulakan perniagaan Sate Ria. Harga sate yang ditawarkan kepada pengusaha adalah 15 sen dan mereka dibenarkan menjual dengan harga diantara 15 sen hingga 30 sen secucuk.( NST, 17 Ogos 1987).
Sate Ria juga telah mengembangkan sayap perniagaanya hingga ke luar negara, bermula dengan Singapura dan kemudiannya ke eropah. Pada tahun 1987, cawangannya di London telah dibuka dan mencatatkan penjualan purata sehingga $100,000 sebulan, malah syarikat ini juga telah melabur dengan memperolehi mesin yang boleh menghasilkan 400 cucuk sate sejam (NST, 4 Ogos 1987). Sate Ria kemudiannya turut menambah cawangannya di luar negara, antaranya Korea Selatan, New Zealand, German, Canada dan Australia.
Sinar yang ada sewaktu mula berpindah milik dibawah pengurusan Innovest Bhd pada tahun 1988 tidak kekal lama, meskipun syarikat ini berjaya membawa Sate Ria menembusi pasaran di Canada, German dan Australia. Pada masa yang sama, pemindahan ini juga memberi impak kepada rangkaian restoren Sate Ria, ada diantaranya telah bertindak keluar dari kontrak asal, maka muncullah restoran Sate Ria Singapura yang dimiliki oleh Haji Jalil Haron misalannya.
Pada tahun 2008, syarikat ini dikatakan cuba bangkit semula iaitu dengan kemunculan restorannya di Shah Alam, malah turut menyertai pameran Francais International Malaysia di PWTC pada tahun yang sama dan Malaysian International Food & Beverages Trade Fair (MIFB) pada tahun 2009 di PWTC.
Kredit: Kitab Tawarikh 2.0 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sorry ada lg u, hehe sedap ke menu wendys ni, nanti boleh lah try, harga dia mcamana pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas kejayaan ‘Sate Ria’, perniagaan berasaskan makanan tempatan secara francais yang seterusnya ialah ‘Murtabak Pak Din’. Murtabak Pak Din diusahakan oleh Shamsudin Lah yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Beliau memulakan perniagaan murtabaknya sekitar tahun 1978 di Kota Bahru, sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka warung di Kampung Pandan dan Pasar Keramat Dalam. Oleh kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan, Pak Din telah membuka empat lagi cawangan warungnya. Melihatkan kejayaan serta kemasyuran murtabak Pak Din, Mara Holdings telah menawarkan program pengembangan perniagaan tersebut secara francais.
Berbeza dengan ‘Sate Ria’ yang berkonsepkan restaurant, Murtabak Pak Din menggunakan konsep yang berkos rendah dan memadai diniagakan di warung atau gerai. Menurut Pak Din, resepi murtabaknya berasal dari Mekah dan beliau sendiri mempelajarinya dari salah seorang saudaranya, beliau tidak bersedia mendedahkan resepi berkenaan secara terperinci, sebaliknya memberi gambaran bahawa kelazatan murtabak beliau adalah hasil dari adunan daging, bawang serta rempah yang baik.
Pada 10 mac 1988, Perniagaan dengan label 'Murtabak Pak Din' secara francais telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Tajol Rosli Ghazali. Pakej francais yang ditawarkan oleh Mara Holdings bernilai RM3,500, kos ini termasuk yuran penyertaaan sebanyak RM200. Antara syarat yang terkandung ialah, Pak Din sendiri bertanggungjawab menyediakan inti murtabak, sementara Mara bertanggungjawab keatas perkhidmatan jualan, termasuk memastikan setiap peserta francais mematuhi piawaian yang ditetapkan. Para peringkat awal, Mara menawarkan 5 warung Murtabak Pak Din yang terletak di Bangsar, Bangi, Kajang dan Shah Alam (dua warung) selain 7 warung yang diusahakan sendiri oleh Pak Din yang terletak di Keramat, kampung Pandan, Medan Mara Kuala Lumpur, Cheras, Dayabumi, Sungai Besi dan Jalan P.Ramlee. Purata jualan keseluruhan pada ketika itu amat menggalakkan, kira-kira 3000 keping murtabak dapat dijual dalam sehari dari kesemua warung yang ada. Set hidangan Murtabak Pak Din mengandungi timun, bawang dan sos dan bermula dengan harga serendah RM1.20.
Seterusnya Mara telah bekerjasama dengan MARDI untuk menambah baik produk Murtabak Pak Din, iaitu dengan memanjangkan tempoh luput inti makanan berikut kepada seminggu, pada ketika itu inti dan kulit murtabak Murtabak Pak Din hanya bertahan selama 24 jam sahaja sebelum menjadi basi. Namun usahasama Pak Din dengan Mara Holdings tidak kekal lama, beliau mengambil keputusan membatalkan perjanjian dengan anak syarikat Mara itu dan meneruskan perusahaan Murtabak Pak Din mengikut kaedah dan perancangan beliau sendiri. Setelah ‘berpisah’ dari Mara Holdings, Murtabak Pak Din kemudiannya terus berkembang dan cawangannya dibuka di timur tengah iaitu di Kaherah, Madinah dan Jeddah (TST,2 May 1989). Namun ‘panas tidak sampai ke petang’, perniagaan Murtabak Pak Din menemui nasib yang sama seperti ‘Sate Ria’, kemunculan ramai pesaing yang dapat menghasilkan murtabak yang setanding kelazatannya dikatakan antara puncanya, malah seperti yang disebut oleh Wan Sabri Wan Hussin dalam bukunya ‘Etika dan Amalan Perniagaan’, perniagaan Murtabak Pak Din dikatakan mula merudum apabila salah seorang pekerjanya membocorkan ‘resepi rahsia’ Murtabak Pak Din kepada orang ramai (2004:p.72).
Kredit: Kitab Tawarikh 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-7-2019 04:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
puteribaya replied at 17-7-2019 04:14 PM
Port saya gak tu..samelah kalu kat Damasara saya g Pyramid..ada grup best.SyiokBand..singer dia Fa ...
Wakakakakaakaka @kg.alyn all sebut ni. I gak bdk baik. Duk library tun Sri lanang |
|
|
|
|
|
|
|
ya baru teringat pyramid, penah gi few times
piccad tak masuk sebab kasen saya kata tu tempat bebudak sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
bese2 je..tp sbb anak2 iols gilakan mexican food..so nachos tu dorang beli berkoyan2
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 budak itm shah alam sebab cerita pasal bagi ikan makan roti kat tasik shah alam
kahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
betui laa tu ..byk budak CBN dan Sri Aman..anak2 lord,,yg makpak x bai kluar memalam so dia bantai siang2 lepas balik sekolah..berjimba
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun baik mak..selain g sini saya juga pengunjung tetap library jalan raja laut dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi makan ikan kat SA tu masa dah anak satu..dah tobat nasuha
|
|
|
|
|
|
|
|
puteribaya replied at 17-7-2019 04:44 PM
bagi makan ikan kat SA tu masa dah anak satu..dah tobat nasuha
Ntah2 kita pernah berlaga bahu zaman2 berdansa hihi |
|
|
|
|
|
|
|
laksa shack boleh masuk tak dalam ni, dulu gah tapi skrg mcm dah takde je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|