Post time 29-7-2021 02:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iman_kasih replied at 29-7-2021 02:33 PM
Ironinya..hang tnya soalan & hang dh jawab soalan tu...hihihihi
Sidang parlimen bila? Bila pula ...
Masalahnya conflicting antara kehendak asal masing2 -
A :
- Kerajaan abahcow - nak kekal darurat utk kekal kuasa
- Pembangkang - taknak darurat
B :
- Kerajaan abahcow - umum batal darurat tapi dia yg nak/perlu pada darurat.. dah tu kalut nak batalkan kenapa?
- Pembangkang - kecoh kenapa batal darurat tapi dia mmg taknak darurat.. dah bising pulak bila dah tak darurat..
Agong tu procedural saja.. dia buat statement atas nasihat pegawai2 dia lah.. mungkin isu dgn agong ni tak ikut timeline saja.. mendahului perkenan agong..
PETALING JAYA: Dua peguam berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinet perlu meletak jawatan kerana mengelirukan Parlimen serta membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Peguam Perlembagaan, Dominic Puthucheary, berkata mengelirukan Parlimen adalah perkara serius dan kerajaan turut menipu Agong.
Katanya, kesalahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan semata-mata kerana pembatalan itu dibuat atas nama kerajaan.
“Oleh itu, ia adalah tanggungjawab bersama. Ini bermakna perdana menteri dan seluruh Kabinet terbabit.
“Isu darurat sangat penting. Ia salah satu peruntukan paling luar biasa dalam Perlembagaan dan perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab. Jika kerajaan gagal melakukannya, maka mereka bertindak secara tidak jujur dan perlu meletak jawatan,” katanya kepada FMT.
Puthucheary, yang menyifatkan Muhyiddin sekadar perdana menteri de facto, berkata jika beliau gagal bertindak secara terhormat dan meletak jawatan, Agong boleh menarik balik pelantikannya.
Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan kerajaan “sama sekali tidak menghormati” Agong, Perlembagaan Persekutuan, Parlimen dan rakyat.
Katanya, tindakan itu sama dengan penyalahgunaan kuasa kerana ia mengelirukan Dewan Rakyat dan rakyat.
“Persoalan mengenai majoriti kerajaan menjadi isu sampingan, kini Parlimen bersidang dengan mengabaikan Perlembagaan dan Agong sepenuhnya.
“Tiada pilihan lain kecuali untuk perdana menteri dan kerajaan berundur. Ini satu-satunya keputusan betul,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Istana Negara berkata, Putrajaya tidak mendapat perkenan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat apabila Takiyuddin mengumumkan pembatalan itu Isnin lalu.
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan Takiyuddin di Parlimen Isnin lalu tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Jemaah menteri, peguam negara tiba di rumah Muhyiddin
Diterbitkan 29 Jul 2021, 2:41 pm
Dikemaskini 2:43 pm
A+A-
[size=1em]Menteri kabinet dan Peguam Negara Idris Harin telah tiba di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
[size=1em]Menurut Bernama TV, mereka mulai tiba pada jam 1.30 tengah hari tadi - satu jam sebelum persidangan Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersambung semula.
[size=1em]Awal hari ini, Istana Negara mengeluarkan teguran terbuka terhadap Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun.
[size=1em]Istana berkata kedua-duanya tidak menepati kata-kata mereka ketika secara maya menghadap Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan Darurat akan dibahaskan di parlimen.
[size=1em]Istana itu juga menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat mengenai pembatalan Ordina Darurat itu.
Post time 29-7-2021 02:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 29-7-2021 01:55 PM
Hari pertama pun byk mp dah bg peluang kt taki taki suh mintak maaf tarik balik tamat darurat buat ...
Dlm hal ni kena tabik spring kat bangnon yach..wlaupun heshe x lawyer but he knows how constitution works..setiap perincian perlembagaan semua dah ada dlm kepala otak dia, bising2 dia pun tetap berisi sbb tu Taki si loyer burok tu terkulat2 nk jawab.
Post time 29-7-2021 02:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iman_kasih replied at 29-7-2021 02:23 PM
Betul...Aku setuju. Bagus la cakna hal politik semasa..tapi kene la study info dulu. Baru best n ...
setuju..meols pon bukan nya favor kat opposition sangat tapi dengan apa yang jadi skang ni nampak la kerajaan abahcow ni caca merba..ordinan darurat untuk selamatkan bontot sendiri je..bila parlimen bersidang tetiba darurat dah batal..semua pon terkejut
btw pukul baper nak bersidang ni..3.30 meols ada mitim yach