hafizi This user has been deleted
|
Akhirnya teori tinggal teori. Tidak ada praktikalnya. Pemimpin begini hanyalah pemimpin kertas kerja. Kertas bekerja, dia tidak bekerja. Dia hanya boleh memimpin seminar, memimpin simposium dan memimpin forum. Mukanya selalu di kaca televisyen dan ditonjolkan sebagai tokoh tetapi dia tidak bawa rakyat turun gelanggang. Kemajuan tidak berlaku. Bukan sahaja tidak mampu mengajak rakyat hidupkan pertanian di tanah terbiar, pertanian yang sudah ada di tanah subur pun terbiar. Bukan sahaja tidak boleh membangunkan kilang, kilang yang sudah wujud dan beroperasi secara kecil-kecilan pun tidak boleh ditingkatkan dan dibantu pemasaran produknya.
Tetapi sebaliknya, kalau pemimpin kuat jiwa sahaja tetapi mental atau fikirannya lemah, jadilah dia pemimpin bagaikan lembu yang menanduk tembok. Hebat keberaniannya tetapi tidak ada faedah. Silap-silap tanduk yang patah. Inilah ke-beranian melulu namanya. Bertindak semborono, tanpa rancangan, tidak bijak dan tidak berdisiplin. Pemimpin begini lebih banyak membuat masalah dari kebaikan. Rakyat susah dibuatnya.
Seterusnya, kalau pemimpin cuma ada kekuatan perasaan dan fikiran, lemah juga kepimpinannya. Kalau ada kekuatan perasaan dan jiwa sahaja, pun lemah juga kepimpinannya. Kalau tidak boleh ada kesemua kekuatan, maka setidak-tidaknya pemimpin itu mesti ada kekuatan fikiran (mental) dan jiwa.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PEMERINTAH YANG CACAT (ROSAK)
Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak ialah pemimpin yang mempunyai peribadi yang jahat. Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman. Akhlak mereka buruk sekali. Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan rakyat. Mereka bakhil, tamak, kasar, pemarah, hasad dengki dan Pendendam.
Mereka memimpin bukan untuk membangunkan negara atau rakyat, tetapi untuk hidup berfoya-foya, bermewah-mewah dan membazirkan wang negara. Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan dizalimi. Mereka menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya. Lagi cerdik mereka ini, lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan. Lagi kuat jiwa mereka, lagi biadap mereka dengan Allah.
Dengan pemimpin seperti ini, akan berlaku huru-hara dalam negara. Pemerintah sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa. Para pengampu dan pen-jilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang-penentangnya supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan yang istimewa. Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam negara. Akan berlaku bermacam-macam bala dan bencana dalam negara. Setiap hati rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahan kerana pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatannya.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PEMERINTAH YANG ADIL
Hanya pemerintah yang adil sahaja yang dapat membawa perpaduan, keamanan, kedamaian dan kemakmuran serta pengampunan Allah kepada rakyat. Hanya pemerintah yang adil dapat melahirkan manusia yang penuh keimanan, ketaqwaan, ketenangan, kelegaan, kepuasan dan kebahagiaan. Hanya pemerintah yang adil yang boleh menyelamatkan rakyat dari kegelisahan, krisis, ketegangan, kesempitan dan penderitaan.
Hanya pemerintah yang adil sahaja yang mampu buatkan rakyat berkasih sayang, bertolong bantu, horrnat menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur, maaf bermaafan, bekerjasama, boleh duduk bersama, merendah di sesama mereka, pemurah, mencintai kebenaran dan do mendoakan. Hanya pemerintah yang adil yang boleh mendidik rakyatnya hingga bersih dari segala hasad dengki, dendam, sombong, bakhil, tamak, gila dunia, gila puji, gila pangkat dan lain-lain lagi.
Hanya pemerintah yang adil yang mampu mendidik rakyat hidup secara sederhana dan merasa cukup dengan apa yang ada. Hanya pemerintah yang adil boleh membuatkan rakyat berebut-rebut mengisi tabung-tabung kebajikan dan baitul mal terutama rakyat yang kaya. Membuatkan rakyat lebih suka memberi dari menerima. Sehingga negara dan masyarakat menjadi begitu kaya dan makmur dengan harta yang berlebihan dalam tabung-tabung kepunyaan masyarakat dan negara. Hanya pemerintah yang adil yang dapat membersihkan negara dari maksiat dan kemungkaran. Hanya pemerintah yang adil yang dapat mencipta negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PENGERTIAN ADIL
Adil bagi pemerintah tidak sama dengan pengertian adil di sudut-sudut yang lain yang umumnya bermaksud menaruh hak kepada yang hak. Pengertian ini tidak cukup luas untuk mencakupi seluruh bidang dan gelanggang pemerintahan bagi sesebuah negara. Adil bagi pemerintah ialah menjalankan hukum-hukum Allah pada sebarang tindak-tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (kepada pesalah). Keadilan itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
1. Menjalankan aktiviti dalam semua tindak-tanduk dan dalam semua sistem hidup seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, pertanian, pentadbiran dan lain-lain, selaras dengan syariat Islam.
2. Mendidik insan (rakyat) supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka tepat pada tempat yang sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing-masing serta memberi peluang untuk mereka menyumbangkan kreativiti mereka asalkan tidak melanggar syariat.
3. Menjalankan hukum-hakam Allah iaitu hukum hudud, qisas dan ta'zir dalam sebarang hukuman yang hendak dijatuhkan kepada pesalah.
4. Sebarang tindakan dan hukuman Allah itu hendaklah di-jalankan terhadap sesiapa sahaja dan kepada semua golongan tanpa pengecualian termasuk menteri-menteri, raja-raja dan para hakim serta kadhi sendiri.
5. Membahagi-bahagikan harta benda dan kekayaan negara dan kemudahan untuk rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggung jawab mereka, tanpa salah guna, pembaziran dan penggunaan yang sia-sia.
6. Diri peribadi pemerintah dan pemimpin-pemimpin lain selaku warganegara, tidak boleh terkeluar atau terkecuali dari langkah-langkah atau hukum-hakam keadilan yang telah digariskan dalam negara. Pemerintah dan pemimpin-pemimpin bukan golongan istimewa terhadap tuntutan hukum-hukum Allah. Semua orang sama sahaja di sisi Allah sekali pun dia seorang raja, presiden atau perdana menteri. Kalau bersalah, mesti dihukum. Kalau tidak bersalah, mesti dilepaskan dari hukuman.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
HURAIAN TENTANG KEADILAN DALAM KONTEKS PEMERINTAHAN
1. Pemerintah yang adil itu dapat menyelaraskan sernua tindak-tanduknya dengan hukum fardhu dan sunat yang telah ditentukan oleh Allah.
Dia juga dapat menghindarkan perkara-perkara yang haram dan makruh. Termasuk dalam tuntutan ini, dia mesti mengusahakan kerja-kerja pembangunan di bidang ekonomi, pen-didikan, kesihatan, pertanian, kebudayaan, pentadbiran, sosial dan lain-lain.
Pemerintah yang gagal menepati syarat ini dikira sebagai pemerintah yang zalim terhadap hukum Allah dan segala tindakan dan sumbangannya tidak bernilai di sisi Allah.
Sebaliknya, pemerintah yang taat kepada Allah dan menegakkan hukum-hukum wajib dan sunat dan menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh dalam pemerintahannya dan dalam melayan rakyat yang berbagai-bagai peringkat di dalam semua aspek dan bidang ialah pemerintah yang berjaya menegakkan hukum dan tamadun Islam. Lagi banyak pembangunan, kemajuan dan tamadun yang dilakukan, maka lagi banyak ibadahnya kepada Allah.
2. Pemerintah yang adil mesti menentukan semua rakyat terdidik dan terpimpin.
Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa didikan dan pimpinan. Rakyat yang Islam mesti diasuh dengan iman dan syariat Islam. Mereka mesti diajar tentang dunia dan lebih-lebih lagi tentang Akhirat. Kepada rakyat yang bukan Islam, mesti diusahakan supaya mereka Islam (selamat) secara berhikmah yakni secara dakwah bukan secara paksa.
Jangan biarkan rakyat yang Islam hidup memburu dunia Sernata-mata dan melupakan Akhirat. Jangan biarkan rakyat rosak Islamnya dan hanyut dalam jahiliah sekularisme, tanpa identiti Islam dan tanpa tamadun Islam yang tidak tamadun lain yang boleh menandinginya.
Rakyat yang telah terdidik dan telah diberi ilmu dunia dan akhirat hendaklah disusun dan diatur peranan dan tugas mereka di bidang-bidang dan kedudukan yang tepat. Inj supaya tidak ada rakyat yang tercicir, menganggur, membuang tenaga dan masa dengan sia-sia. Setiap rakyat mesti diberj tugas sesuai dengan kebolehannya sebagai sumbangan mereka kepada negara di samping untuk mendapat rezeki yang halal.
Pemerintah juga mesti memberi peluang dan kebebasan kepada rakyat untuk beraktiviti dan berkreativiti selagi ianya tidak bertentang dengan syariat. Kegiatan dan pertunjukan maksiat mesti dihalang sama ada di kalangan rakyat, penguasa, pemimpin, keluarga diraja atau pemerintah sendiri.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
3. Pemerintah yang adil mesti menjalankan hukum Allah.
Hukum tersebut iaitu hukum hudud dan ta'zir dilaksanakan terhadap pesalah-pesalah tanpa mengira siapa yang bersalah, sama ada raja, pemimpin atau rakyat jelata. Sama ada orang miskin atau orang kaya atau orang berjawatan kecil atau orang berjawatan besar. Ini dilakukan melalui mahkamah dan hakim-hakim yang dilantik.
Hukum Allah adalah hukuman yang adil. Kadar hukumannya tepat dengan kadar kesalahan yang dilakukan. la amat berkesan untuk membuat pesalah merasa serik dan berhenti dari membuat kesalahan. Orang yang melihat pun tidak berani untuk melakukan kesalahan.
4. Pemerintah yang adil berhati-hati dalam mengendalikan harta kekayaan negara dan rakyat.
Harta yang begitu banyak yang diamanahkan kepadanya mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Harta itu mesti digunakan tanpa membazir dan disalurkan dengan baik dan bermanfaat tanpa mengambil apa-apa untuk kepentingan pemerintah sendiri.
Jangan mengambil gaji yang besar, lebih-lebih lagi jangan menimbunkan wang negara dan rakyat di bank-bank dan mengumpul berbagai-bagai harta dan kekayaan atas nama sendiri seelok menjadi pemerintah atau orang besar negara. Jangan jadikan jawatan pemerintah atau pemimpin sebagai sumber atau perniagaan untuk mengumpul kekayaan dari harta negara dan rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung atau melalui orang atau kegiatan yang ketiga.
Jangan guna kuasa dan authoriti untuk mendapat wang. Jangan juga mengabaikan atau menjual kuasa dan tanggung jawab untuk mendapat wang. Kuasa dan authoriti mesti digunakan untuk kepentingan dan keuntungan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Dalam Islam, seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa' ur Rasyidin, pemerintah adalah khadam yang berkhidmat untuk rakyat. Mereka bukan sahaja tidak mengambil harta rakyat yang diamanahkan, bahkan harta mereka sendiri pun mereka korbankan untuk kepentingan negara dan rakyat. Mereka hidup lebih zuhud daripada rakyat dan bila mati tidak meninggalkan apa-apa pusaka untuk waris-waris mereka. Pemimpin adalah lambang perjuangan dan lambang khidmat yang membahagi-bahagikan dan mengagih-agihkan keperluan kepada rakyat untuk membina negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan.
Kalau harta negara tidak diagihkan dengan adil kepada rakyat dan ada orang atau pemimpin yang mengambil kesempatan jadi kaya-raya, maka jadilah di dunia ini si kaya menekan si miskin, orang besar menelan orang kecil, yang kaya menjadi sekaya-kayanya dan yang miskin menjadi semiskin-miskinnya. Akan timbul huru-hara dan akan turun bala bencana.
Selagi pemerintah atau pemimpin hidup kaya raya, rakyat terbiar, negara berhutang, nasib disandarkan kepada musuh, sistem hidup meniru cara Barat dan rakyat tidak dididik dengan iman dan Islam, maka selagi itulah negara umat Islam tidak akan bersatu, tidak akan aman dan tidak akan makmur. Jauh sekalilah untuk mendapat keampunan Allah.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ANTARA ISLAM HADHARI DAN HADHARAH ISLAMIYYAH
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu istilah yang agak asing kepada ramai di antara kita iaitu Hadharah Islamiyyah. Sebelum ini kita telah diberi faham tentang Islam Hadhari. Itupun ramai yang belum berapa faham tentang istilah Islam Hadhari. Kali ini Hadharah Islamiyyah pula. Apa beza antara duanya?
Islam Hadhari maksudnya Islam yang sebenar. Islam ini, sifat atau tabiatnya ialah berkemajuan. Dalam ertikata lain, kemajuan itu mengikut. Ia datang sekali seperti satu pakej dalam Islam. Bila Islam itu diamalkan mengikut kaedah yang sebenar yakni secara Islam Hadhari, maka dari pengamalan tersebut, akan lahirlah kemajuan kepada Islam dalam berbagai bidang seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pentadbiran. Kemajuan-kemajuan yang terhasil dari pengamalan inilah yang dikatakan Hadharah Islamiyyah. Kemajuan itu berlaku, hasil daripada pengamalan Islam. Jadi jelaslah yang satu ini tabiat, yang satu lagi hasil. Sebelum dapat hasil, kena ambil tabiat atau wataknya dahulu. Islam hadhari itu tabiatnya berkemajuan, setelah diamalkan dapatlah hasil. Hasil itulah yang disebut hadharah Islamiyyah atau kemajuan Islam.
Untuk lebih memahami, ambil contoh garam. Garam itu tabiatnya masin. Sifat semulajadinya adalah masin. Kalaulah garam itu dimasukkan ke dalam gulai, ia akan memasinkan gulai. Jadilah gulai itu gulai yang ada rasa masin. Samalah Islam Hadhari tadi, seperti garam yang bersifat masin dan memasinkan. Manakala, Hadharah Islamiyyah ialah rasa masin yang ada pada gulai sesudah dimasukkan garam.
Cukup dengan 揑slam hadhari |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
sambungan
5. Pemerintah, pemimpin dan ahli keluarga mereka boleh dikecualikan dari peraturan dan hukuman negara.
Dalam Islam, siapa sahaja yang bersalah mesti dihukum dengan seimbang, sekalipun dia dari keluarga diraja atau dari keluarga pemerintah dan pemimpin. Kalau ada pesalah-pesalah tertentu dilindungi dan tidak dihukum kerana mereka dianggap istimewa, maka rakyat yang terhukum akan sentiasa merasa tidak puas hati. Mereka akan jadi liar dan akan benci kepada pemerintah. Hilanglah barakah kepimpinan dan akan berlaku bermacam-macam masalah yang tidak dapat dikawal.
Dalam Islam, pemerintah yang tidak adil akan jatuh kepada salah satu hukum sama ada fasik, zalim atau kafir, bergantung kepada bentuk-bentuk atau sebab-sebab berlakunya ketidakadilan itu, seperti mana hukum tersebut juga melibatkan sesiapa sahaja yang menolak hukum Tuhan sama ada dalam diri, keluarga dan sebagainya.
Sebenarnya, secara umum, rakyat tidak ada hak untuk mengata-ngata kepada pemerintah yang tidak adil. Kerana hakikatnya pemerintah itu naik dari rakyat sama ada dia dipilih oleh rakyat ataupun tidak. Bagaimana rakyat begitulah pemerintah. Pemerintah itu cermin bagi rakyat dan rakyat adalah cermin bagi pemerintah. Sebaik-baiknya kedua-dua rakyat dan pemerintah mesti taat kepada Allah barulah akan terbentuk keadilan yang sempurna.
Rahsia utama dalam mem-bangunkan pemerintahan yang adil adalah dengan mengusahakan taqwa di pihak pemerintah dan rakyat. Bagi mereka yang rindukan negara yang adil, aman, makmur dan mendapat keampunan Allah, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya oleh pemerintah dan juga rakyat.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
PEMIMPIN BAWAHAN
Selain Ulil Amri atau khalifah atau pemerintah tertinggi negara yang penuh berkuasa, terdapat ramai pemimpin bawahan di berbagai-bagai peringkat dalam negara dan masyarakat. Mereka menjalankan tanggung jawab memimpin di peringkat dan bidang masing-masing. Rakyat yang dipertanggungjawab-kan kepada mereka tidaklah meliputi seluruh rakyat dalam negara tetapi terhad kepada rakyat di kawasan, daerah, wilayah, negeri atau yang bekerja di kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan atau yang bekerja dengan pihak syarikat atau swasta.
Jenis-jenis Pemimpin Bawahan
Pemimpin seperti ini terbahagi kepada berbagai peringkat dan di pelbagai bidang dan jurusan. Ada pemimpin negeri, pemimpin daerah, mukim dan kampung. Ada pemimpin ten-tera, pemimpin politik, pemimpin dakwah, pemimpin pen-didikan, pemimpin ekonomi, pemimpin belia dan lain-lain.
Ertinya, pemimpin di kalangan umat Islam itu, ada pe-mimpin besar dan ada pemimpin kecil. Ada pula ketua-ketua kecil. Ada pemimpin umum dan ada pemimpin khusus.
Pemimpin umum adalah seperti pemimpin negeri, pegawai daerah, mukim dan kampung. Pemimpin khusus i seperti pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpini, pemimpin pendidikan, pemimpin ekonomi, pemimpin belia dan sebagainya.
Di bawah pemimpin umum ada bermacam-macam golongan, peringkat dan profesyen. Di bawah pemimpin khususnya ada satu golongan sahaja kerana golongan itu hanya mengendalikan satu bidang atau satu profesyen sahaja. Mungkin ruang lingkup dan kawasan pengaruhnya luas seperti pemimpin tentera dan pemimpin pendidikan yang mencakupi seluruh empayar atau negara. Orang yang di bawah kepirn-pinannya pula sudah tentu ramai.
Dalam Islam, walau apapun jenis dan peringkat pemimpin, asalkan dia pemimpin dan ada orang yang dipimpinnya, sama ada dia pemimpin umum atau pemimpin khusus, sama ada dia pemimpin besar atau kecil, kesemuanya mempunyai tang-gung jawab. Pemimpin bertanggungjawab terhadap agama, akhlak serta kebajikan orang yang di bawah kepimpinannya.
Di Akhirat kelak, setiap pemimpin akan ditanya oleh Tuhan tentang setiap orang yang di bawah pimpinannya. Khususnya dalam hal agama terutama dalam soal fardhu ain di mana setiap individu yang mukalla/ mesti mengetahui, mengamal dan menghayatinya. Pemimpin, tidak kira apa jenis dan di peringkat mana mesti memastikan fardhu ain setiap anak buah pimpinannya selesai.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 lah dgn Islam Hadhari ni....bosan...cakap pasal islam hadhari...bini tu x pakai tudung... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Fardhu ain itu termasuklah rukun iman yang enam, rukun Islam yang lima, mengetahui tentang perkara-perkara yang halal dan haram serta akhlak yang mulia seperti adil, jujur, benar, tawadhuk, pemurah, kasih sayang, sabar, redha, tawa-kal, bertolak ansur, lapang dada, pemaaf, meminta maaf dan amanah yang diwajibkan ke atas setiap orang dan oleh setiap golongan.
Kalau setiap pemimpin, tidak kira jenis apa dan di pe-ringkat yang mana, mengambil berat tentang didikan agama dan akhlak orang-orang di bawah kepimpinan mereka, maka akan lahirlah di dalam masyarakat ahli-ahli pendidikan, ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli ketenteraan, ahli-ahli kepolisian dan sebagainya yang taat dengan agama, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Tanggung jawab Pemimpin Bawahan
Pemimpin mendekati pengikut atau anak buah mestilah atas dua dasar iaitu:
1. Untuk mendidik
Mendidik atau mentarbiah merupakan tugas asasi para pemimpin sama ada ia dilakukan secara langsung atau tidak langsung atau sama ada cara bercakap atau dengan me-nunjukkan sikap.
2. Memerhatikan kehidupan
Pemimpin mesti memerhatikan kehidupan pengikut atau anak buah termasuk soal makan minumnya, mata pencariannya dan keadaan rumahnya. Supaya yang kurang dapat ditampung dan keadaan yang tidak sempurna dapat disempurnakan. Pemimpin mesti memastikan bahawa pergaulannya dengan pengikut atau anak buah mencapai matlamat. Matlamat itu ialah mendidik dan menjaga kebajikan hidupnya. Soal-soal lain adalah perkara sampingan sahaja.
bersambung
[ Last edited by hafizi on 6-3-2005 at 01:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Sifat-sifat Pemimpin Bawahan
1. Memiliki llmu
Pemimpin mesti memiliki ilmu yang cukup sesuai untuk memimpin di peringkat masing-masing. llmu agama dan ilmu kepimpinan sangat penting diikuti dengan ilmu kepakaran di bidang masing-masing.
2. Mengenal diri
Maksudnya mengenal fizikal, akal dan hati sendiri. Mengenal fizikal itu mudah. Yakni mengenal sama ada ia masih muda, tua, sakit atau sihat.
Mengenal akal pula ialah pemimpin mesti tahu tahap IQnya sama ada baik atau sebaliknya. Sama ada fikirannya tajam, sederhana atau lemah. la juga mesti memahami apa ilmu yang banyak di kepalanya. Apakah ilmu dunia atau ilmu Akhirat. Kemudian dia mesti tahu apakah ilmu itu syumul atau tidak. Dia juga mesti tahu ilmu apa yang lebih yang ada pada dirinya sama ada ilmu sains, ilmu fekah atau sebagainya Mengenal hati atau jiwa ini sangat penting.
Pemimpin mestj mengenal sifat positif dan sifat negatifnya. Apakah sifat mah-mudah (baik) yang ada dalam hatinya? Apakah pula sifat maz-mumah (jahat) yang bersarang di hatinya? Sifat mahmudah ialah sifat seperti berani, pemurah, kasih sayang, sabar, tawa-dhuk, pemaaf, lemah lembut dan lain-lain. Sifat mazmumah pula ialah penakut, ego, bakhil, pemarah, dengki, dendam, riak, cinta dunia dan lain-lain. Ini penting supaya dia dapat membuang dan mengungkai sifat-sifat mazmumahnya dan menyuburkan sifat-sifat mahmudahnya.
Bagi pemimpin, mengenal sifat-sifat mazmumahnya lebih penting daripada mengenal sifat-sifat mahmudahnya.
Ini kerana mazmumah boleh mencacatkan kepimpinannya. Kalau dia ego atau sombong dan pemarah, pengikut atau anak buah akan lari dan sakit hati. Jika dia penakut, kuranglah pengikut atau anak buah yang ingin bersandar dengannya. Kalau dia bakhil atau tamak, pengikut atau anak buah tidak akan rapat dengannya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bagi sifat mahmudah pula, seorang pemimpin mesti tahu ke mana hendak diarahkan. Kalau dia berani dan sabar, dia mesti tahu bila dia harus berani dan bila dia harus bersabar dan dalam perkara apa dia harus berani dan sabar.
Jika pemimpin tidak kenal dirinya, bagaimana dia hendak mengenal orang lain? Kalau dia tidak kenal dirinya, sudah pasti dia tidak akan dapat mendidik dirinya. Kalau dirinya dia tidak dapat didik, mana mungkin dia mampu mendidik orang lain.
Inilah punca mengapa kadang-kadang pemimpin diumpat dan dimarahi oleh pengikut atau anak buah. Dalam hal ini kita tidak boleh salahkan pengikut sahaja. Kita mesti kaji kesalahan pemimpin. Kalau pemimpin baik dan berwibawa,sudah tentu dia akan disayangi oleh pengikut. Kalau pengikut benci, sudah tentu ada yang tidak kena dengan pemimpin. Dalam hal sebegini, pemimpin yang mengenal diri itu akan menyalahkan dirinya sendiri dan akan membuat perubahan. Dia tidak akan salahkan pengikut atau anak buahnya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
3. Berwibawa
Pemimpin mencorak pengikut. Mencorak itu termasuklah mencorak jiwa dan perasaan, akal dan fikiran, watak dan perangai.
Untuk itu, pemimpin mesti mempunyai wibawa sesuai dengan peringkat dan tahap kepimpinannya, sama ada dia pemimpin kecil atau besar atau sama ada dia pemimpin rendah atau tinggi. Sijil sahaja tidak cukup. Mereka mesti boleh menjadi contoh.
Wibawa bukan setakat bergaya. Di samping mempunyai ilmu dan mengenal diri, pemimpin mesti bertaqwa yakni taat kepada agama dengan melaksanakan apa yang Tuhan suruh dan menjauhkan apa yang Tuhan larang. Elok ibadahnya, berakhlak mulia, berkasih sayang, lemah lembut, jujur, simpati, bertolak ansur, mengutamakan orang lain dan lain-lain lagi.
4. Berjiwa pengikut
Pemimpin berkhidmat untuk pengikut atau anak buahnya. Hakikatnya dia adalah hamba kepada pengikut dan anak buahnya. Masalah dan keperluan pengikut didahulukan. Masalah dan keperluan dirinya jatuh nombor dua.
Kesusahan pengikut dan anak buah adalah kesusahannya. Kesedihan pengikut adalah kesedihannya. Penderitaan Pengikut adalah penderitaannya. Kesenangan pengikut adalah kesenangannya. Kegembiraan pengikut adalah kegembiraan-nya.
Pengikut atau anak buah sayang, segan, malu dan horrnat kepadanya. Cakapnya masin dan mudah diterima dan diikuti oleh pengikut. Pengikut bersatu padu memberi sokongan dan memberi kerjasama dengan sepenuh hati. Orang jahat merasa malu untuk meneruskan kerja jahat mereka.[/color]
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 7-3-2005 at 11:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
5. Mempunyai watak-watak pemimpin
Kalau seorang pemimpin Islam itu mahu berjaya di dalam melaksanakan tanggung jawabnya terhadap pengikut dan anak buah, dia mesti mempunyai watak-watak tertentu. Ini ramai orang tidak faham. Orang menyangka pemimpin itu mestilah berwatak pemimpin semata-mata iaitu mengarah, mentadbir dan menghukum.
Pemimpin dalam Islam tugasnya termasuk mengajar dan mendidik. Oleh itu, hubungan lahir sahaja tidak cukup. Mesti juga ada hubungan hati. Kalau hubungan tidak sampai ke hati, tidak akan ada rasa bersama, tidak ada pautan hati, tidak ada saling percaya dan mempercayai serta yakin meyakini dan tidak ada kasih sayang. Tanpa semua ini, pemimpin tidak boleh mendidik dan memberi tunjuk ajar.
Watak-watak yang perlu ada pada pemimpin itu adalah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
TANGUNG JAWAB RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN
Dalam Islam terdapat peraturan-peraturan yang lengkap tentang tanggung jawab rakyat terhadap pemerintah dan negara. Kalau rakyat cuai atau ingkar terhadap tanggung jawabnya, negara tidak akan selamat dan mereka akan menanggung dosa. Allah SWT telah menjelaskan dalam Al Quran tentang tanggung jawab rakyat terhadap pemerintah. Firman-Nya:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taat-lah kamu kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu." (An Nisa: 59)
Inilah tugas rakyat yang paling asas dan utama kepada pemerintah iaitu taat. Kalau terlaksana tanggung jawab ini, nescaya mudah sahaja negara dapat menuju kejayaan. Se-baliknya, kalau tugas ini tidak selesai dan rakyat tidak taat, macam-macam kekusutan dan masalah akan timbul serta akan membuatkan negara kucar-kacir dan terumbang-ambing. Ke-rana bila rakyat taat dengan segala arahan dan perintah dari pemimpin yang adil ertinya segala rancangan-rancangan yang baik akan terlaksana dengan jayanya. Sebarang projek, perancangan, arahan dan hasrat pemimpin akan disambut oleh rakyat dengan sukarela, penuh setia, rela berbuat dan sanggup berkorban apa sahaja untuk menjayakannya.
Dasar dan polisi yang bijak dan baik dari pihak pemerintah semata-mata tidak ada erti apa-apa dan tidak akan ada hasil-nya. Kejayaan tamadun akan hanya sampai kemuncak apabila rakyat mengorbankan tenaga yang maksimum dengan penuh taat dan rela untuk melaksanakan dasar dan polisi pemerintah itu.
Dengan kata lain, kombinasi antara pemerintah, sistem yang baik dan rakyat yang baik akan mencetuskan kebaikan yang merata dalam masyarakat untuk dikecapi oleh sernua pihak. Sebaliknya, tanpa rakyat yang taat, impian indah para pemerintah cuma akan tinggal angan-angan yang kosong sahaja. Pemerintah akan merasa dikecewakan oleh rakyatnya sendiri.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
sailorvenus This user has been deleted
|
mmmmmmmmmmmm..............tul tuh.........
TAK KE MANANYA ISLAM HADHARI nih.....
ISLAM yang boleh dipinda-pinda hukumnya oleh manusia.....
benci gue.....
gue pun jadi bosan dah nak bacanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf lah...tak larat nak baca.... :kant: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Surah Al Maidah ayat 35 bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
CARILAH WASILAH YANG DIMAKSUDKAN ITU DAN INGATLAH PERINGATAN ALLAH SWT BAHAWA :
SURAH FUSSILAT AYAT 49
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
SURAH AL ISRAAQ AYAT 83
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa.
OLEH ITU JGNLAH KITA BERPUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH SWT.
SURAH AZ ZUMAAR AYAT 53 :
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
|
|
|
|
| |
|