CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: salmon

Dialog sunah-syiah

[Copy link]
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:35 AM | Show all posts
ABU BAKR TIDAK DILARANG DARI MENULIS WASIATNYA.
Dengan berulang kali kamu mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar telah tidak dihalang dari menulis wasiatnya, saya mengaku itu adalah benar. Adalah aneh, sebagaimana semua ahli sejarah dan para hadith kamu telah merakamkan di dalam buku sahih mereka, bahawa khalifa Abu Bakr, pada saat kematiannya menyuruh Uthman bin Affan menulis apa yang dia [Abu Bakr] telah katakan. Itu adalah wasiatnya. Dia menuliskan apa yang Abu Bakr katakan kepadanya. Umar dan yang lain juga ada pada peristiwa itu. Tidak ada siapa membantah. Umar tidak mengatakan: 慘itab Allah mencukupi bagi kita; kita tidak memerlukan wasiat Abu Bakr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:35 AM | Show all posts
KEPUTUSAN ALI MENGENAI WANITA YANG MELAHIRKAN BAYI SELEPAS ENAM BULAN HAMIL.

Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad; Imamu抣-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi抜 di dalam Dhakha抜r-e-Uqba; Ibn Abi抣-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju抣-Balagha; dan Sheikh Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu抣-Mawadda, Bab 56, menyebut dari Ahmad Bin Abdullah; Ahmad Bin Hanbal, Qala抜; dan Ibn Saman menyatakan insiden yang berikut:
慤mar hendak merejam seorang wanita kerana dia melahirkan seorang bayi selepas enam bulan hamil. Ali berkata: 慉llah mengatakan di dalam al-Quran bahawa waktu dari permulaan hamil sehingga waktu yang dinyatakan untuk penyusuan, mengambil masa selama 30 bulan. Oleh kerana waktu penyusuan adalah 2 tahun, maka waktu hamil adalah enam bulan. Ini bererti bahawa bayi berkemungkinan dilahirkan setelah menggandung enam bulan.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:35 AM | Show all posts
MEMULANGKAN FADAK KEPADA KETURUNAN FATIMA OLEH ABDULLAH MAHDI DAN MAMUN, ABBASID.
Apabila Mansur membunuh keturunan Imam Hasan, dia merampas semula Fadak dari mereka. Apabila anaknya, Mahdi, menjadi khalifa, dia memulangkan semula kepada mereka. Apabila Musa bin Hadi menjadi khalifa, dia sekali lagi merampas Fadak. Apabila Mamunur-Rashid Abbasid menjadi khalifa, dia memerintahkan Fadak diserahkan kepada keturunan Ali.
Yaqut Hamawi menyebut Mamun mengarah di dalam Mu抋jamu抣-Buldan. Mamun menulis kepada gabenornya di Madina: Sesungguhnya, nabi Allah memberikan Fadak kepada anak perempuannya, Fatima. Faktanya telah jelas dan diketahui umum oleh keturunan nabi.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:36 AM | Show all posts
ALI YANG PALING TINGGI DIANTARA YANG BENAR
Banyak dari ulama terkenal kamu telah menulis di dalam buku mereka bahawa nabi berkata: 慣erdapat 3 orang yang paling benar
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:36 AM | Show all posts
ABU BAKR MEMBERIKAN HARTA KEPADA JABIR TANPA MEMINTA DIADAKAN SAKSI.
Hafiz:                Bilakah khalifa memberikan harta muslim tanpa meminta diadakan saksi?

Shirazi:                Apabila Jabir menuntut bahawa nabi telah menjanjikan bahawa dia hendaklah dibayar dari rampasan yang didapati dari Bahrain, dia telah diberikan 1 500 dinar dari baitul-mal tanpa sebarang bantahan atau meminta diadakan saksi darinya.

Hafiz:                Pertama, saya belum pernah melihat laporan yang sedemikian. Mungkin ianya di dalam buku kamu. Kedua, bagaiamana kamu boleh mengatakan saksi tidak diminta?

Shirazi:                Adalah pelik bahawa kamu tidak pernah melihatnya. Ini laporan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari adalah satu-satunya hujah ulama di dalam menyokong pandangan mereka bahawa laporan dari satu orang penyampai yang adil dan benar dari kalangan sahabat adalah diterima.
Menurut, Sheikhu抣-Islam Hafiz Abdu抣-Fazl Ahmad Bin Ali Bin Hajar Asqalani berkata di dalam bukunya Fathu抣-Bari Fi Sharh-e-Sahihu抣-Bukhari: Laporan ini membuktikan bahawa sampaian dari seorang sahabat yang adil adalah diterima walaupun ianya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri kerana Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir di dalam menyokong tuntutannya.
Bukhari merekodkan laporang yang sama dengan lebih mendalam di dalam sahihnya. Di dalam Bab 慚an Yakfal un mayyit dainan
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:37 AM | Show all posts
BANYAK HADITH MENGENAI 慉YAT KESUCIAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:37 AM | Show all posts
HADITH DARI UMME SALMA MENGENAI 慔ARRIRA
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:38 AM | Show all posts
ALLAH TELAH MENJADIKAN ALI SAKSI NABI.
Selain dari semua ini, Allah telah mengistiharkan Ali sabagai saksi nabi. Dia berkata di dalam al-Quran, 慉dalah dia kemudian telah mendapat bukti yang jelas dari tuhannya, dan penyaksian darinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:39 AM | Show all posts
PENDERITAAN MENTAL ALI.
Walaupun al-Quran telah memperkatakan kebenaran Ali, dia terus menderita dari tuduhan-tuduhan ahli politik. Dia berkata di dalam syarahan Shiqshiqayya nya: 慡aya menahan derita yang amat sangat. Ianya seolah saya telah ditikam dimata dan dicekik dileher.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:39 AM | Show all posts
PERTUDUHAN MENGENAI NIAT ALI HENDAK MENGAHWINI ANAK PEREMPUAN ABU JAHL.

Sheikh:         Hadith ini adalah betul, tetapi ianya juga dinyatakan oleh Ali bahawa, apabila dia berhasrat untuk mengahwini anak perempuan Abu Jahl, nabi Allah menjadi marah dengannya dan berkata: 慡esiapa yang menyedihkan Fatima menyedihkan saya, dan sesiapa yang menyedihkan saya adalah yang terkutuk oleh Allah.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:39 AM | Show all posts
FATIMA ADALAH BEBAS DARI IKATAN DUNIA.
Shirazi:                Pertama kamu katakan kemarahan Fatima bukan disebabkan agama tetapi keduniaan. Kamu telah menyatakan pandangan ini tanpa mengkaji dengan tiliti. Menurut dari prinsip utama ayat al-Quran dan juga hadith nabi, tidak ada orang yang benar-benar beriman yang pernah menunjukkan kemarahan yang sedemikian [untuk dunia], jangan dikatakan Fatima, yang mana kesuciannya telah dibuktikan dari 慳yat kesucian
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:40 AM | Show all posts
ABU BAKR DAN UMAR CUBA MENZIARAHI FATIMA UNTUK MENERANGKAN TETAPI SIA-SIA.
Untuk membuktikan pandangan saya ini saya hendak menyampaikan laporan saya. Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Dinawari (mati pada tahun 276 H.) di dalam Ta抮ikh-e-Khilafa抜抮-Rashidin, yang dikenali sebagai Al-Imama wa抯-Siyasa, jilid I, ms 14 dan yang lainnya dari ulama kamu, seperti Ibn Abi抣-Hadid, telah menulis di dalam bukunya: 慤mar meminta Abu Bakr pergi bersamanya untuk menziarah Fatima. Mereka pasti telah membuat dia marah. [Sebahagian laporan mengatakan bahawa Abu Bakr yang mengajak Umar pergi untuk berjumpa Fatima. Ini lebih diterima]
Secara ringkas, kedua mereka pergi kepintu rumah Fatima, tetapi dia tidak mengizinkan mereka untuk berjumpa dengannya. Apabila mereka meminta Ali untuk campur tangan, dia diam membisu, tetapi dia mengizinkan mereka masuk. Apabila mereka masuk dan memberi salam kepadanya, dia palingkan mukanya kearah tembuk. Abu Bakr berkata: 慦ahai sebahagian dari hati nabi, demi Allah, saya lebih menghargai perhubungan nabi dengan kamu lebih dari perhubungan saya dengan anak perempuan saya Aisha. Dengan itu biarlah saya mati sebaik sahaja nabi mati. Saya tahu kedudukan kamu lebih tinggi dari semua yang lain. Jika saya telah menghalang kamu dari hak kamu kepada warisan, itu adalah kerana nabi, yang saya sendiri dengar mengatakan: 慘ami para nabi tidak meninggalkan sebarang warisan. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:40 AM | Show all posts
SESSI 9
Jumaat  malam, 2hb Sha抌an 1345 Hijrah
Sheikh:                Kamu selalu menyalahkan tindakan sunni, tetapi tidak memperdulikan cara shia. Kamu secara tidak adil telah membela mereka, walaupun tindakkan mereka menghinakan.

Shirazi:                Saya telah terbiasa mempertahankan kebenaran. Imam kami, Amirul Mukminin, menegaskan kepada anak-anaknya, terutama Hasan dan Husain, dengan perkataan ini: 慡elalu berkata benar, dan lakukan amalan dengan cahaya sinaran hari kemudian. Bermusuhlah dengan yang zalim dan tolong kepada yang lemah.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:42 AM | Show all posts
AISHA MENYUSAHKAN HATI NABI.
Kebenaran fakta bahawa Aisha menyusahkan nabi tidak hanya disampaikan oleh ulama shia, tetapi oleh ulama kamu yang terkenal juga. Imam Ghazali di dalam bukunya 慖hya抲抣-Ulum, jilid II, bab 3, Kitab-e-Adabu抧-Nika, ms 135, telah mengatakan banyak hadith yang telah mengutuk perangai Aisha. Diantaranya adalah pertengkarannya dengan nabi dan Abu Bakr campur tangan. Peristiwa ini juga disampaikan oleh Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu抣-Ummal, jilid VII, ms 116; Abu Yala di dalam Musnad dan Abu抯h-Sheikh di dalam Kitab-e-Amthal. Mereka menulis bahawa apabila Abu Bakr pergi berjumpa anak perempuannya, dia mendapati bahawa terdapat pertengkaran diantara Aisha dan nabi. Keputusan terpulang kepada Abu Bakr. Aisha telah mengunakan bahasa yang keji di dalam kenyataannya. Di dalam percakapannya, dia meminta nabi untuk berlaku adil di dalam tindakkannya. Kenyataan yang keji ini telah membuat Abu Bakr begitu marah, dia menampar anaknya dengan kuat sehingga darah mengalir kepada bajunya.
Imam Ghazali juga di dalam bab perkahwinan; dan yang lainnya juga ada mengatakan bahawa suatu ketika apabila Abu Bakr sampai kerumah anaknya, dia dapati nabi tidak senang hati dengan Aisha. Dia meminta mereka nyatakan kepadanya apakah yang menyebabkan pertelingkahan tersebut supaya dia boleh tolong menyelesaikannya. Nabi bertanya kepada Aisha jika dia mahu menyatakannya dahulu. Dia menjawab, 慘amu boleh mulakan tetapi kamu hendaklah mengatakan yang benar.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:43 AM | Show all posts
SAHABAT DENGAN ALI ADALAH KEIMANAN DAN MENENTANG KEPADANYA ADALAH KAFIR DAN HIPOKRIT.
Ianya juga disampaikan dari Kitabu抣-Al oleh Ibn Khalawayh, disampaikan dari Abu Sa抜d Khadiri, bahawa nabi berkata kepada Ali: 慦ahai Ali bersahabat dengan kamu adalah keimanan dan menentang kamu adalah hipokrit. Manusia yang pertama masuk syurga adalah sahabat kamu, dan manusia pertama yang di masukkan keneraka adalah musuh kamu.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:49 AM | Show all posts
PENGARANG YANG MENYAMPAIKAN HADITH NABI MENGENAI HIPOKRIT YANG BENCIKAN ALI.
Sebagai tambahan, berikut adalah pengarang yang menyampaikan hadith mengenai hipokrit yang bencikan Ali: Imam Ahmad Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 95, 138; Ibn Abdu抣-Barr di dalam Isti抋b, jilid III, ms 37; Ahmad Khatib Baghdadi di dalam Ta抮ikh-e-Baghdad, jilid XIV, ms 426; Ibn Abi抣-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju抣-Balagha, jilid IV, ms 264; Imam Nisa抜 di dalam Sunan, jilid VIII, ms 117 dan Khasa抜su抣-Alawi, ms 27; Hamwaini di dalam Fara抜d, bab 22; Ibn Hajar di dalam Isaba, jilid II, ms 509; Hafiz Abu Nu抋im di dalam  Hilyatu抣-Auliya, jilid IV, ms 185; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 15; Suyuti di dalam Jami抲抣-Kabir, ms  152, 408; Muhammad Ibn Talha Shafi抜 di dalam Matalibu抯-Su抲l, ms 17; Tirmidhi di dalam Jami抜, jilid II, ms 13, semuanya telah mengatakan di dalam buku mereka dengan sedikit perbezaan perkataan dari Umme Salma atau Ibn Abbas bahawa nabi berkata: 慦ahai Ali, seorang hipokrit bukanlah kawan kamu dan yang beriman bukanlah musuh kamu. Hanya yang beriman mencintai kamu, dan hanya yang hipokrit membenci kamu. Hipokrit tidak mencintai Ali, dan yang beriman tidak membenci Ali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:49 AM | Show all posts
PEMBUNUHAN TERHADAP SAHABAT DAN ORANG BERIMAN YANG TIDAK BERDOSA DI BASRA DENGAN ARAHAN AISHA.
Rakaman ini boleh di dapati di dalam buku sahih kamu. Maka mengapa kamu harus mencari kesalahan shia? Tanggong jawab terhadap darah orang beriman yang tidak berdosa, penyiksaan dan pembuangan terhadap Uthman bin Hunaif, dan pembunuhan terhadap lebih dari 100 orang termasuk penjaga perbendaharaan yang tidak bersenjata yang tidak ada kena mengena dengan peperangan
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:50 AM | Show all posts
AISHA SUJUD DIATAS SYAHIDNYA AMIRUL-MUKMININ.
Jika Aisha bertaubat diatas pemberontakkannya menentang Amirul-Mukminin, mengapa dia melakukan sujud syukur apabila dia mendengar berita syahidnya Imam yang suci? Abu抣-Faraj Ispahani, pengarang buku Aghani, menulis mengenai Imam yang suci di dalam Maqatilu抰-Talibin, berkata: 慉pabila Aisha mendengar berita syahidnya Amirul-Mukminin Ali, dia melakukan sujud syukur.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:50 AM | Show all posts
HADITH MEMBAIKI KASUT ADALAH BUKTI YANG AMAT JELAS TERHADAP IMAMI DAN KHALIFANYA ALI.
Hadith membaiki kasut adalah bukti yang amat jelas terhadap Imam dan khalifanya Ali.
Shia membuat carian dan pertanyan kepada peristiwa yang telah lalu 1 400 tahun dahulu. Dengan pengetahuan ayat-ayat al-Quran dan buku-buku sahih dari kedua golongan ulama, mereka telah membuat rumusan yang adil. Kami percaya bahawa, walaupun pada sejarah Ali telah diberikan kedudukan keempat, satu  kedudukan yang kelihatan rendah, tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kecemerlangannya tidak juga memperkecilkan pentingnya hadith yang membuktikan hak dia yang sebenar sebagai pengganti nabi.
Kami juga mengakui bahawa fakta yang telah dirakamkan oleh sejarah bahawa Abu Bakr [melalui cara politik] telah dilantik khalifa di Saqifa dengan ketiadaan Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi yang terkenal lainnya, walaupun dengan bantahan kaum Ansar Khazraj. Selepas itu adalah melalui diktator perseorangan maka Umar dan Uthman memenuhi kerusi khalifa. Tetapi terdapat perbezaan. Mereka ini adalah khalifa ummah; penyokong mereka telah menjadikan mereka khalifa. Sebaliknya Amirul-Mukminin Ali adalah khalifa nabi dan telah dilantik oleh Allah dan nabi untuk menjadi wazir.
Sheikh:                Ini sesuatu tidak baik dari kamu. Tidak ada perbezaan diantara mereka. Manusia sama yang telah membuat keputusan untuk memberikan kedudukan khalifa kepada tiga orang khalifa: Abu Bakr, Umar, Uthman juga menyerahkannya kepada Ali.

CARA PERLANTIKKAN YANG BERBEZA DARI TIGA KHALIFA PERTAMA ADALAH BUKTI KEPADA TIDAK SAHNYA KHALIFA MEREKA.

Shirazi:                Terdapat banyak perbezaan yang jelas dalam cara melantik khalifa. Pertama, kamu merujuk kepada ijma. Adalah perlu untuk mengulangi tujuan maksud saya. Saya telah buktikan pada malam yang terdahulu isu ijma tidak berasas. Tidak terdapat keputusan sebulat suara mengenai kedudukan khalifa setiap mereka.

BUKTI YANG LAIN PADA TIDAK SAHNYA IJMA.
Kedua, jika kamu bergantung kepada ijma sebagai asas kepada khalifa dan menganggapnya dibolehkan dari pihak Allah dan juga nabi maka apabila khalifa mati, ummah hendaklah berkumpul semula untuk melantik khalifa lagi. Sesiapa yang dilantik dengan sebulat suara boleh menjadi khalifa ummah [ya bukannya khalifa nabi Allah] Dan prosedur ini hendaklah diikuti sepanjang zaman.
Kamu hendaklah mengakui bahawa ijma yang sedemikian tidak pernah diadakan. Walaupun ijma yang tidak sempurna, yang mana Bani Hashim dan Ansar tidak hadir, tidak diadakan untuk sesiapa melainkan [katakanlah] Abu Bakr bin Abi Qahafa. Khalifa Umar, menurut pendapat ahli sejarah islam, telah diasaskan pada keputusan seorang Abu Bakr bin Qahafa. Jika ijma diperlukan kepada perlantikan khalifa, mengapa ianya tidak diadakan masa melantik khalifa Umar, dan kenapa pendapat ijma tidak didapatkan selepas itu?

Sheikh:                Telah nyata bahawa apabila Abu Bakr telah dijadikan khalifa melalui ijma, keputusan bagi khalifa untuk melantik penggantinya adalah sah. Tidak ada perlunya pada memanggil ijma. Bahkan keputusan khalifa pada melantik khalifa selepasnya adalah pada asasnya telah mencukupi. Hak ini telah diberikan kepada khalifa bahawa dia hendaklah melantik khalifa selepasnya supaya manusia tidak dijadikan di dalam kekacauan dan kebingungan. Apabila khalifa yang diterima Abu Bakr melantik melalui persetujuan umum Umar sebagai khalifa selepasnya, dia menjadi khalifa nabi yang sah.

NABI MELANTIK ALI DIKETEPIKAN DAN ABU BAKR MELANTIK UMAR DISOKONG.

Shirazi:                Kami percaya bahawa khalifa yang diterima mempunyai hak melantik penggantinya. Adalah tanggong jawabnya tidak meninggalkan ummah binggung dan tanpa petunjuk, dan keputusannya mencukupi kepada perlantikkan khalifa. Tetapi jika kamu percayakan ini, mengapa kamu menafikan nabi akan haknya? Dan mengapa kamu mengabaikan semua petunjuk yang jelas yang nabi telah tekankan berkali-kali dan menyampaikan diberbagai keadaan, menamakan Ali sebagai penggantinya, dan semuanya ada tertulis di dalam buku-buku sahih kamu. Kamu hanya melincung ketepi apabila isu ini ditimbulkan dan ketengahkan penterjemahan yang tidak berkaitan sebagaimana yang dilakukan Ibn Abil-Hadid apabila menolak hadith dari Umme Salma diatas dasar yang tidak munasabah.
Lebih lagi atas dasar apa kamu katakan bahawa khalifa pertama yang dilantik oleh ijma, mempunyai hak untuk melantik penggantinya. Adakah nabi meninggalkan sebarang arahan untuk itu? Tidak. Kamu juga mengatakan apabila khalifa pertama memantapkan kedudukannya melalui ijma, tidak ada perlunya melantik lain khalifa melalui ijma. Khalifa yang sama mempunyai kuasa dari ummah untuk melantik khalifa selepasnya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 09:50 AM | Show all posts
BANTAHAN TERHADAP BADAN PERUNDINGAN.

Jika begitu, mengapa prisip itu digunakan untuk khalifa Umar sahaja? Untuk khalifa Uthman prinsip ini telah tidak diikuti. Sepatutnya dia melantik khalifa selepasnya, Umar kini telah meninggalkan persoalan yang perlu diputuskan oleh badan perundingan yang mengandungi enam ahli. Saya tidak tahu apakah yang kamu anggap sebagai prinsip dimana pemilihan khalifa telah diasaskan. Kamu sedia maklum jika ada perbezaan asas di dalam penghujahan, isu yang sebenar menjadi batal.
Jika pendirian kamu bahawa asas khalifa adalah ijma maka keseluruh ummah hendaklah membuat keputusan [tidak perlulah disebut fakta sebenar bahawa ijma tidak pernah diadakan untuk khalifa Abu Bakr] jadi mengapa ijma yang sedemikian tidak diadakan untuk khalifa Umar? Jika kamu menganggap ijma adalah perlu hanya kepada khalifa pertama, dan pada perlantikkan khalifa seterusnya keputusan khalifa yang ada telah mencukupi, jadi mengapa prinsip ini tidak diikuti di dalam kes Uthman? Mengapa khalifa Umar meninggalkan prinsip yang diadakah oleh Abu Bakr? Mengapa dia meninggalkan pemilihan khalifa kepada Majlis-e-Shura? Khalifa Umar sesuka hati memilih kommiti yang dengannya perlu ada badan perwakilan bagi ummah [supaya dengannya ada sedikit perwakilan dan pandangan dari yang ramai]
BANTAHAN TERHADAP ABDUR-RAHMAN BIN AUF SEBAGAI PEMUTUSKATA.
Perkara yang paling aneh adalah bahawa kesemua hak ahli kommiti telah dijadikan dibawah Abdur-Rahman bin Auf. Kami tidak tahu atas dasar apa Abdur-Rahman bin Auf dipilih. Adakah atas agama, reputasi, pengetahuan atau kejayaan? Yang kami pasti dia adalah kerabat terdekat Uthman dan tidak akan menyokong sesiapa melainkan dia. Ianya telah diputuskan bahawa Abdur-Rahman adalah benar, dan apabila dia memberikan bai抋h kepada sesiapa yang lain hendaklah ikut.

MENURUT NABI, ALI HENDAKLAH DIIKUTI DI DALAM MERUJUK KEPADA SEMUA YANG LAIN.
Apabila kita pertimbangkan perkara ini dengan tiliti, kami dapati ini adalah arahan diktator yang menyamar dengan nama shura. Bahkan hari ini kita lihat bahawa prinsip demokrasi sepenuhnya bertentangan dengan prinsip itu. Tetapi nabi berulang kali berkata: 慉li berputar sekeliling kebenaran dan kebenaran berputar keliling Ali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058310 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list