CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
eise This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2006 11:37 AM | Show all posts
Exclusions

This policy shall not cover :

All Pre-existing Illness.

1) All Specific Illness for first 120 days (4 months) of insurance, subject to the Pre-existing Illnesses clause in the "Definitions" Section above.

2) Illness that commenced within the Waiting Period of thirty (30) days, except for accidental injuries.

3) Out-Patient treatment not related to in-patient or day surgery, except as a result of an accident.  

4) Pregnancy including childbirth, abortion, miscarriage, treatment for infertility and all complications arising therefrom.  

5) Conditions arising from surgical, mechanical or chemical contraception methods of birth control.  

6) Routine physical examinations, health check-up or any other tests where there are no objective indications of impairment of normal health or any treatment of a preventive nature including vaccinations, acupuncture, treatments specifically for weight reduction or any treatment which is not medically necessary.  

7) Treatment for Congenital Conditions and any physical birth defects arising out of or resulting therefrom.  

8) Non-Hospital Nursing Care or Ambulatory Care, rest cures or sanitaria care, treatment arising from any geriatric, psycho-geriatric or psychiatric condition, treatment of alcohol dependence syndrome and drug addiction.  

9) Sickness or disease directly or indirectly arising from AIDS or any AIDS-related condition

10) Suicide or attempted suicide, self-inflicted injuries, self-destruction or any attempt thereat while sane or insane.  

11) Dental care and related treatment except as necessitated by accidental bodily injury to sound natural teeth.  

12) Cosmetic or plastic surgery, circumcision unless medically necessary, eye tests, refractive errors of the eyes, provision of appliances, including spectacles, hearing aids, wheelchairs and prostheses including lenses.  

13) Sexually transmitted diseases.  

14) Hospitalization primarily for diagnosis, X-ray examinations, general physical or medical check-up.  

15) Charges for telephone, television, radio, newspaper, admission kit/pack and other ineligible non-medical items whilst admitted as in-patient.  

16) Sickness or injury arising from racing of any kind (except on foot) professional sports, parachuting, skydiving, boxing, wrestling, professional scuba-diving, bungee jumping and violation or any attempt of violation of the law or resistance to lawful arrest.  

17) Flying or other aerial activity except as a fare-paying passenger in a fully licensed aircraft operated by a licensed commercial air carrier or recognized charter company.  

18) Treatment arising from any consequence, whether direct or indirect, of nuclear or chemical contamination, war, invasion, act of foreign enemy hostilities (whether war be declared or not), civil war, rebellion, revolution, direct participation in riot, strike and civil commotion, insurrection or military or usurped power, or active duty in any of the armed forces.  

19) Any person who resides outside Malaysia for more than three (3) months continuously while the Policy is in force.

20) Investigation and treatment of sleep and snoring disorders, treatment for Hepatitis B and Hepatitis C, and hormone replacement therapy for menopausal conditions.

21) Psychotic, mental or nervous disorders, (including any neuroses and their physiological or psychosomatic manifestations).

22) Expenses incurred for sex change.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2006 03:54 PM | Show all posts

Reply #121 eise's post

sama lah cam Prudential...
ingat leh cover.....
huhuhuhuhu...penyakit serius je dia cover.....:kant:
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2006 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by polaris_girlz at 20-6-2006 03:54 PM
sama lah cam Prudential...
ingat leh cover.....
huhuhuhuhu...penyakit serius je dia cover.....:kant:


Jangan bersedih..melahirkan anak tak cover coz benda ni kita dah boleh rancang dan risiko pun kita tahu,seseorang dalam masa 9 bulan akan melahirkan anak, dan semasa melahirkan tu sebarang risiko boleh berlaku..so kita boleh rancang kewangan kita simpan duit dalam masa 9 bulan ni sebagai persediaan di masa kelahiran...berbeza dengan risiko lain spt accident atau pun penyakit,,kita tak tau bila akan berlaku 1 tahun 5 tahun atau 30 tahun lagi atau tak berlaku langsung..sebab tu insurans melindungi perkara2 berikut.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 24-6-2006 11:01 AM | Show all posts
Jaminan pencarum insurans kesihatan

Amin seorang yang amat rajin. Dia selalu bekerja lebih masa tetapi dia kurang bersenam. Sahabatnya, seorang doktor, telah menasihatinya supaya jangan bekerja terlalu kuat memandangkan usianya telah menjangkau 49 tahun. Tetapi Amin tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Pada satu hari selepas harijadi anak lelakinya, Amin telah mengalami serangan penyakit jantung ketika di pejabat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Nasibnya baik kerana dia masih selamat. Bagaimanapun dia terpaksa menjalani pembedahan dan tinggal di hospital selama satu minggu.

Bil rawatan perubatannya begitu tinggi. Tetapi Amin mempunyai polisi insurans hospital dan pembedahan yang telah membayar semula perbelanjaan rawatan perubatannya.


K. L. Tan pula tidak begitu bernasib baik. Dia juga mengalami serangan penyakit jantung dan terpaksa menjalani pembedahan. Bil rawatan perubatannya juga tinggi seperti bil Amin.

Tetapi dia tidak mempunyai insurans rawatan dan kesihatan. Dia terpaksa bergantung pada bantuan saudara mara dan kawan-kawannya.


Insurans rawatan dan kesihatan masih tidak begitu maju di Malaysia. Tan adalah di antara sebilangan besar penduduk iaitu kira-kira 60 peratus yang masih tidak mempunyai sebarang insurans kemalangan atau kesihatan.

Secara ringkas, insurans rawatan dan kesihatan adalah seperti polisi insurans hayat biasa iaitu wang dikumpul daripada sekumpulan pencarum yang dikenali sebagai pemegang polisi yang mencarum premium.

Aktuari dipertanggungjawabkan untuk mengira tahap premium yang berpatutan yang perlu dibayar oleh pemegang polisi. Apabila pemegang polisi membuat suatu tuntutan yang sah, pampasan itu akan dibayar daripada premium yang terkumpul.

Pada peringkat industri, portfolio insurans rawatan dan kesihatan yang ditaja jamin (underwrite) oleh syarikat insurans hayat dan am masih kecil.

Pada penghujung tahun 1998, rawatan rider menyumbang kurang daripada 7.2 peratus (RM446.4 juta) daripada jumlah keseluruhan premium berkuatkuasa industri insurans hayat. Sementara perbelanjaan insurans rawatan syarikat insurans am hanya membentuk 3 peratus (RM167.2 juta) daripada portfolio keseluruhan premium langsung kasar untuk tahun 1998.

Secara statistik seseorang akan memerlukan rawatan perubatan semasa hayatnya. Oleh itu, insurans rawatan dan kesihatan telah dikenalpasti sebagai sektor yang berpotensi untuk dimajukan sebagai portfolio penting dalam perniagaan industri ini.

Pembangunan insurans rawatan dan kesihatan dijangka akan didorong oleh:

1. Kenaikan kos rawatan kesihatan

Seperti negara-negara lain yang ekonominya telah berkembang dengan pesat sepanjang sepuluh tahun yang lalu, permintaan untuk perkhidmatan rawatan kesihatan yang lebih baik telah meningkat. Akibatnya, kos rawatan perubatan di Malaysia juga telah bertambah.

Kos perubatan dijangka akan terus meningkat pada masa depan ekoran daripada inflasi. Perkembangan bidang perubatan akan mewujudkan permintaan untuk perlindungan insurans rawatan dan kesihatan.

2. Profil wargatua dan penyakit kronik

Pada tahun 1990, penduduk Malaysia boleh dikatakan berusia muda kerana hanya 6.2 peratus sahaja yang berumur 60 tahun ke atas.

Tetapi pada tahun 2020, iaitu ketika Malaysia mencapai wawasan 2020 adalah dijangkakan bahawa penduduk Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan meningkat kepada 11.2% iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah pada tahun 1990.

Dengan pendapatan yang lebih tinggi, cara hidup yang lebih baik dan kemajuan dalam bidang perubatan, jangka hayat penduduk Malaysia kini lebih panjang. Tetapi semakin ramai yang menghidap penyakit kronik yang lazimnya dikaitkan dengan taraf kehidupan yang lebih baik seperti barah, kencing manis, penyakit jantung, penyakit lelah, hipertensi dan tekanan darah tinggi.

Penambahan bilangan wargatua dan jangka hayat yang lebih panjang akan meningkatkan keperluan perlindungan kewangan untuk perbelanjaan rawatan perubatan. Kos rawatan kesihatan akan bertambah dengan peningkatan umur penduduk.

Para wargatua juga akan menyediakan pasaran bagi produk-produk baru seperti polisi penjagaan jangka panjang yang menawarkan perlindungan keperluan penjagaan bagi mereka yang bakal bersara.

3. Sokongan daripada keluarga besar (extended family) semakin berkurangan

Pada masa sekarang, struktur keluarga besar semakin berkurangan. Ini menjejaskan sokongan dan bantuan daripada kaum keluarga dan menyebabkan seseorang individu terpaksa menanggung perbelanjaan rawatan kesihatannya sendiri. Kesedaran ini akan meningkatkan permintaan terhadap produk rawatan dan kesihatan.

4. Rawatan kesihatan sebagai faedah pekerjaan

Faedah rawatan kesihatan merupakan komponen yang semakin penting dalam pakej ganjaran untuk menarik pekerja dan mengekalkan pekerja-pekerja yang baik.

*Rencana ini diterbitkan dengan kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Utusan Malaysia, 15 Oktober 2001


[ Last edited by  eise at 24-6-2006 11:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 04:32 PM | Show all posts
satu info yang sangat berguna pasal medical card...bagus2..:nerd:
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 6-7-2006 01:39 PM | Show all posts
'Kenapa saya pilih hospital swasta'

SAYA rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan terhadap isu pesakit kronik yang hangat diperkatakan sekarang. Sebagai seorang bapa kepada pesakit kronik (bapa kepada Raziq Haiman Mohamad Rafi) rasa terkilan dan duka cita dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Ming, di dalam Mingguan Malaysia kelmarin mengenai ``Tidak perlu rayu sumbangan''.

Saya tidak menafikan kepakaran dan kebolehan doktor pakar di hospital kerajaan yang boleh melakukan pembedahan untuk pesakit kronik dengan kos yang begitu rendah jika dibandingkan dengan kos di hospital swasta. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa bukan semua pembedahan kes kronik dapat dilakukan di hospital kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak pernah mempertikaikan kepakaran pihak hospital kerajaan, malah selama setahun Raziq menghidap penyakit jantung complex cyanotic heart disease, saya membawa Raziq untuk rawatan di hospital kerajaan seperti Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Saya mengharapkan pihak hospital kerajaan ini dapat membantu saya untuk merawat dan mengubati Raziq sehingga sembuh.

Tetapi doktor pakar dari Jabatan Pediatrik Kardiologi IJN sendiri mengesahkan bahawa pembedahan untuk Raziq tidak dapat dilakukan di IJN disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya pembedahan Raziq berisiko tinggi, keputusan (keadaan jantung) selepas pembedahan masih kurang baik, terlalu banyak kes pembedahan yang terpaksa IJN hadapi, polisi IJN tidak membenarkan untuk melakukan pembedahan ini dan masalah kepakaran IJN itu sendiri.

Kesemua perkara ini adalah jawapan yang diberikan oleh doktor pakar di IJN semasa rawatan susulan diadakan pada 27 Jun 2002. Doktor pakar di IJN sendiri telah mengesyorkan supaya Raziq dibawa dan mendapatkan kepakaran di hospital swasta.

Setelah mendapatkan semua nasihat dan pilihan yang diberikan oleh IJN, maka saya telah menemui doktor pakar di sebuah hospital swasta pada 9 Julai 2002. Doktor pakar di hospital swasta telah memberikan harapan untuk Raziq pulih sepenuhnya selepas menjalani tiga kali pembedahan. Apa yang menjadi halangan kami ketika itu adalah kos yang perlu disediakan di luar kemampuan kami.

Cuba bayangkan keadaan kami ketika itu, sebuah hospital yang tidak langsung memberikan harapan dan sebuah hospital lagi memberikan harapan untuk pembedahan jantung anak saya. Sudah semestinya, sebagai ayah kepada seorang bayi, saya akan melakukan apa saja untuk mencari jalan menyelamatkan nyawa anak saya.

Ajal maut adalah di tangan Tuhan, kita merancang tapi Tuhan akan menentukan segalanya. Apa yang paling penting adalah usaha kita, tanggungjawab kita, kesungguhan kita, doa kita untuk menyelamatkan anak kita. Sebagai manusia biasa dan seorang ayah hanya dapat berusaha dan berdoa kepada Tuhan untuk memanjangkan usia anaknya.

Sebagai seorang ayah yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan dan terpaksa pula menagih simpati serta sumbangan orang ramai, saya rasa amat terkilan dengan kenyataan Menteri Kesihatan.

Rayuan sumbangan untuk pembedahan jantung anak saya bukanlah untuk kita mengumpul kekayaan, wang diterima adalah wang rakyat Malaysia yang sangat prihatin, wang itu untuk menanggung kos pembedahan.

Saya ingin menyentuh sedikit kisah yang menyayat hati berhubung nasib Sofea Qhairunnisa. Jika seorang ayah diberi pilihan untuk menjalani pembedahan dengan kos RM500 dengan diberikan harapan untuk sembuh 70 peratus dibandingkan dengan kos RM265,000 dengan harapan sembuh 90 peratus, yang mana satukah pilihan seorang ayah?

Seorang ayah akan mengutamakan peratusan sembuh bukannya kos menjadi pilihan dalam situasi tersebut.

Walau berapa pun kos perubatannya, seorang ayah akan berusaha untuk mendapatkannya - merayu simpati dan meminta sumbangan adalah jalan terakhir yang akan dilakukan oleh seorang ayah. Kami bukan golongan yang suka meminta-minta tetapi kami golongan kurang berkemampuan untuk membiayai kos rawatan yang amat tinggi.

Menyentuh mengenai Raziq Haiman, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk kos pembedahan sahaja tidak termasuk rawatan susulan dan sebagainya. Sebagai ayah kepada Raziq, saya sangat khuatir tentang tarikh pembedahan yang sentiasa ditangguhkan oleh pihak hospital swasta.

Raziq yang dijadualkan menjalani pembedahan pada 14 dan 16 Ogos lalu telah ditunda oleh pihak hospital swasta pada 20 dan 21 Ogos kemudian ditunda lagi pada 21 dan 23 Ogos dengan alasan doktor pakar bercuti.

Malangnya pada 21 dan 23 Ogos pembedahan tidak dapat dilakukan kerana kesihatan Raziq tidak mengizinkan (demam, batuk dan selesema). Pada 28 Ogos, Raziq telah menjalani rawatan Cardiac Catherization dan pembedahan jantung dijadualkan pada 19 September, pihak hospital tidak dapat melakukan pembedahan lebih awal kerana jadual bilik bedah di hospital telah penuh.

Di sini sekali lagi menjadi kemusykilan kami tentang kos rawatan di hospital swasta, kos yang dijangkakan untuk rawatan Cardiac Catherization ialah RM4,000 tetapi telah meningkat kepada RM7,022.50.

Memandangkan kos perubatan di hospital swasta yang tidak seperti yang dijangkakan (jangkaan kos dibuat oleh doktor pakar hospital itu sendiri), saya amat bersetuju dengan gesaan Ketua Unit Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Subahan Kamal supaya pihak yang bertanggungjawab menetapkan kadar rawatan di hospital swasta dengan kadar yang munasabah.

Perlu ada satu jalan penyelesaian di antara pihak kementerian dan pihak hospital swasta untuk mengemukakan satu garis panduan kos-kos perubatan yang difikirkan paling munasabah pada masa kini. Ñ MUHAMAD RAFI PALOLI MOIDUTTY, Klang, Selangor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
wai1460 This user has been deleted
Post time 6-7-2006 05:29 PM | Show all posts
saya setuju dengan pendapat eise.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 24-8-2006 09:58 PM | Show all posts
Apa Harapan Yang Boleh Anda Berikan Pada Anak ?     

Tahukah anda bahawa kos rawatan ICU hari ini boleh mencecah lebih RM 1,500 ? RM 2,000 sehari?  Jika anak anda tersimbah air panas ke seluruh badannya (kemalangan), dia mungkin perlu dirawat di ICU selama sebulan dan kos rawatan yang terpaksa anda tanggung boleh mencecah RM 45,000 ? RM 60,000!

Bagaimana pula jika anak anda menghidap sakit yang kritikal dan memerlukan pembedahan segera dilakukan? Kos pembedahannya boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Lebih-lebih lagi, apabila rawatan pakar yang diperlukan itu, hanya diperolehi di hospital swasta sahaja.

Apakah pilihan yang anda ada?


1 ? Menggunakan Simpanan Sendiri?

?dakah anda mempunyai simpanan yang banyak, yang boleh menampung segala kos rawatan anak anda?
?dakah anda mahu menebus kesemua simpanan yang ada, semata-mata untuk membayar bil hospital sahaja?

2 ? Menjual Harta Benda?
?dakah anda mempunyai banyak harta yang boleh dijual dalam masa terdekat?
?dakah anda akan untung bila terpaksa menjual harta pada harga murah kerana terdesak?
?i mana anda akan tinggal, jika anda terpaksa jual rumah anda?

3 ? Membuat Pinjaman?
?iapakah yang sudi memberi pinjaman ketika anak anda sedang sakit?
?ika mendapat pinjaman bank, anda terpaksa menanggung hutang pada kadar ?nterest? yang tinggi
?iapa sudi jamin hutang pinjaman anda itu?

4 ? Mohon Derma?
?dakah anda sanggup memungut derma ke sana sini, tanpa rasa malu?
?dakah masalah anda ini akan mendapat perhatian orang lain untuk menderma?
?erapa banyak derma yang boleh anda kumpulkan dalam masa terdekat ini?
?empatkah anda untuk kutip derma?

PENYELESAIAN! ?

Kad Perubatan Hospital


-Kemudahan Kemasukan Tanpa Tunai ? Cashless (Deposit, Surat Jaminan & Pembayaran Terus-Menerus Disediakan)

-Khidmat Kecemasan 24 jam sehari, 365 hari setahun (termasuk kemasukan pada tengah malam, hujung minggu dan cuti am)   

-PEMBAHARUAN TERJAMIN sehingga umur 75 tahun (penyakit yang sudah dituntut, akan dilindungi berterusan selagi had maksima seumur hidup masih ada)

-Faedah Hospital yang tinggi sehingga 200 hari dalam setahun (di antara RM 50,000 sehingga RM 600,000)

-Tiada jadual sekatan untuk rawatan ICU, pembedahan siang hari dan rawatan kemalangan untuk pesakit luar (anda dilindungi sepenuhnya sehingga had maksima seumur hidup)

-TIADA CO-INSURANS (Pembayaran Bersama) setiap kali melakukan tuntutan (anda dilindungi 100%  setiap kali membuat tuntutan)

-Rawatan pesakit luar untuk dialysis buah pinggang dan kanser

-Perlindungan meliputi seluruh dunia dengan kemudahan lebih 68 Panel Hospital di seluruh Malaysia

BIAR KAMI URUSKAN BIL PERUBATAN ANAK ANDA !

Untuk maklumat lanjut, boleh PM saya

[ Last edited by  eise at 24-8-2006 10:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 12:39 PM | Show all posts
hi kengkawang... sy dari MCIS ZURICH INS. sy ade menyediakan medical card, polisi ins khas tuk cover penyakit pompuan (lady care),
ins. beserta tabungan, semua dalam satu dll.... budget bulanan dari RM55 hingga RM200 lengkap dgn segalanya, ins.compeny ni mengikut
undang2 syarak.. berciri islamik...


~aku edit sikit~



[ Last edited by  blackmore at 27-4-2007 03:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 01:46 PM | Show all posts

Reply #15 sahira's post

I pun ambik gak insurans...tapi sebenarnya insurans ni....when sesuatu dah berlaku kpd diri u...baru dpt the money to bayar...duit pampasan..dpt bayaran per day for each day u admitted in hospital dan mcm2 lagi....semua tu mmg bagus....tapi sebenarnya....lebih baik kita sihat dan ada duit...drpd kita terlantar dihospital menderita sakit....tak dpt nak bersama family.....maknanya preventive is better than cure.....majority rakyat malaysia sanggup bayar premium insurans yg tinggi tapi langsung tidak memikirkan priority utk menjaga kesihatan mereka.....sbg contoh lebih baik kita takde penyakit kanser...drpd dah kena kanser then terpaksa menjalani rawatan mcm2 yg belum tentu dpt memulihkan kita....mmg la ajal maut ditentukan Tuhan tapi...kita manusia kena la berwaspada dan berusaha menjauihi segala penyakit.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:54 PM | Show all posts
Very informative la ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 03:07 PM | Show all posts
Saya nak tanya kepada yg ariff,

Masalahnya saya dah beli AIA policy insurance 3 tahun lepas (medical card + investment), monthly rm200.
Problemnya:
1. Coverage untuk medical skit sgt around 40K, camne nak increase medical coverage?
2. Shoud I terminate the policy and buy a new one? Rugi je la selama ni dok bayar ..
3. Saya ada exclusions for thyroid problem, so kalau apply insurance baru camne prosedure?
Nak kene go through medical checkup lagi ke? Now age dah nak masuk 30..


Pls advise..
:pray:
Reply

Use magic Report

aypru This user has been deleted
Post time 28-9-2006 04:09 PM | Show all posts
Maybe kalau ada forumer yg experience ambil insurans dan telah berlaku komplikasi dan gunakan medical card boleh share experience faedah yg mereka dapat setelah menggunakan medical card
Reply

Use magic Report

bluewave This user has been deleted
Post time 3-1-2007 10:28 AM | Show all posts

Insuran Kesihatan

Hi, Saya ada terdengar tentang program insuran kesihatan ..
Saya rasa bagus program ni untuk bantu bayar bill hospital kalau sakit...Tapi saya confuse la nak pilih yang mana satu...Ada sesiapa yang boleh suggest tak..?Kalau boleh yang monthly fees dia affordable untuk golongan pertengahan macam saya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by bluewave at 3-1-2007 10:28 AM
Hi, Saya ada terdengar tentang program insuran kesihatan ..
Saya rasa bagus program ni untuk bantu bayar bill hospital kalau sakit...Tapi saya confuse la nak pilih yang mana satu...Ada sesiapa yan ...

Yg prudential takaful tu ok kots..ada medical card smp 150K...bayar sebulan 100 je (tgk umur la kalo 30's dalam 150 kuts) 3 in 1...simpanan, pelindungan dan kesihatan...aku dah masuk bulan lepas...
Reply

Use magic Report

bluewave This user has been deleted
Post time 3-1-2007 12:27 PM | Show all posts

thanks

tq kacang soya...ada link yang saya boleh terus ke web tu tak?..:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 03:49 PM | Show all posts
bluewave..kalau ko nak tahu lebih lanjut pasal takaful prudential ni...aku ada agent insuran yg bagus..so far lah aku rasa..sebab dia agent utk aku, anak aku dan famili akak aku...just pm me if u need the contact number kay....

p/s: aku tak promote...cuma nak tolong je....wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by bluewave at 3-1-2007 12:27 PM
tq kacang soya...ada link yang saya boleh terus ke web tu tak?..:tq:

Takde la ... kalo gi web prudential pun dia tak update lagik....but you can find thro the agent la but I am not the agent...saya ni propsek pada seorang agent:nerd:nanti lah i cari kay no dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:01 AM | Show all posts
cheapmon,

nak tahu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 07:17 PM | Show all posts
kat sini ada penerangan sket...yg berkaitan

Sebagai pemegang MEDICAL CARD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL dapat lah membantu kita:

1. Memudahkan urusan masuk hospital swasta (tak perlu deposit besar ribu-riban, tak perlu guarantor/penjamin, tak perlu kad credit)..untuk rawatan segera, hanya tunjuk kad perubatan ni, kami JAMIN!
2. Memudahkan urusan keluar hospital (tak perlu bayar bil atau buat tuntutan). BIL kami URUSKAN!





Jadi dengan kemudahan ini, tak perlu lah kita susah payah mengeluarkan SIMPANAN, gadai HARTA, buat PINJAMAN dan meminta DERMA...OK tak???

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=183286&page=14#pid14079748

[ Last edited by  jenglut at 1-3-2007 09:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.090038 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list