|
GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
aikkk.....mana pegi posting haku....posting Abu Yazid pon hilang... naper yerk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #121 Kerengge's post
ampun bang ... posting jadi serabut sikit tadi ... kena delete jap ... nk kena taruk lain |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan Pendakwah dan Penceramah
Di antara para pejuang ialah pendakwah dan penceramah
Pendakwah dan penceramah wajib mengenalkan Tuhan kepada manusia
Agar Tuhan disembah, dicintai, ditakuti, dibesarkan disanjung sebagai idola
Mengajak manusia menanamkan rasa bertuhan, supaya subur rasa kehambaan
Dari situlah timbulnya rasa hebat, rasa malu, rasa hina, rasa syukur, rasa harap
Dengan itu lahirlah insan-insan yang tawadhuk dan merendah diri di bumi Tuhan
Setelah wujud rasa bertuhan sekaligus meneballah rasa kehambaan
Bilamana rasa kehambaan subur barulah manusia patuh kepada syariat-Nya
Taat suruhan-Nya, menjauhi larangan-Nya
Itulah dia tugas mubaligh dan dai di dalam kuliah dan ceramah-ceramahnya
Tapi amat sedihnya apa yang kita lihat
Para penceramah dan pendakwah sasarannya adalah manusia bukan Tuhannya
Terutama musuh-musuh politiknya
Menanamkan permusuhan, pergaduhan, dendam-kesumat sesama manusia
Dengan cara mengata, menghina, memfitnah, menuduh dan menjatuhkan air muka
Tuhan tidak diperkata
Syariat Tuhan sedikit sekali diperkatakan hanya sekitar hudud, keadilan dan penzaliman
Sembahyang, ibadah, akhlak jarang diperkata
Membaiki diri, membaiki hati, mujahadatunnafsi labih-lebih lagi
Hakikatnya mereka itu bukan mubaligh dan dai
Tetapi pebawa fitnah dan pemecah-belah
Menebalkan mazmumah mamusnahkan mahmudah
Kemudian menggelarkan diri pejuang agama
Orang lain dipandang hina
Sebenarnya mereka bukan para pejuang tapi penjenayah
6.9.99
Menjelang Tidur
[ Last edited by Abuyazid at 30-6-2007 07:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Bahagia
Keluarga bahagia menjadi cita-cita semua
Bapa bertanggungjawab ibu pengasih mengurus rumahtangga
Anak-anak taat setia mendengar kata
Bekerjasama bertolong bantu bersama ibu bapanya
Tuhan sama-sama disembah syariat peraturan keluarga
Ada masalah sama-sama menyelesaikannya
Al Quran As Sunnah tempat rujukan mereka
Setelah dijumpa sama-sama mengikutnya
Selesailah masalah keluarga tanpa berpanjangan
Kerana sama-sama taat dengan Tuhannya
Ada masalah lagi diselesaikan pula
Al Quran dan As Sunnah jugalah tempat rujukan
Berkasih sayang rukun rumahtangga
Kerana Tuhan sama-sama ditakuti dan dicintai bersama
Takutkan dan cintakan Tuhan rahsia bahagia
Iman dan taqwa berkasih sayang kekuatan bersama
Tidak ada iman, taqwa, kasih sayang tidak akan ada
Wang dan harta punca porak-peranda
Carilah kekayaan bukan untuk dicintai
Tapi untuk khidmat sesama manusia
Biasanya pepecahan rumahtangga Tuhan tidak diambil kira
Masing-masing ikut akal dan nafsunya
Syariat Tuhan diabaikan keluarga
Aman damai punah hidup celaka
2.6.2004 - 4
Menjelang Asar
[ Last edited by Abuyazid at 9-7-2007 03:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 30-6-2007 07:23 PM
Peranan Pendakwah dan Penceramah
Di antara para pejuang ialah pendakwah dan penceramah
Pendakwah dan penceramah wajib mengenalkan Tuhan kepada manusia
Agar Tuhan disembah, dicintai, ditakut ...
Ya. Betul tu..
Sasaran dakwah adalah mengajak manusia kepada Allah SWT, Pemelihara sekelian alam ini...
Apa pasal lah ada yang buat dakwah dengan mengajak manusia kepada perkumpulan dia sendiri?
Konon2nya bila orang tu dah masuk dalam kumpulan dia bererti dia dah pun berjaya didakwahkan... Ni apa kes? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 10-7-2007 01:20 PM
Ya. Betul tu..
Sasaran dakwah adalah mengajak manusia kepada Allah SWT, Pemelihara sekelian alam ini...
Apa pasal lah ada yang buat dakwah dengan mengajak manusia kepada perkumpulan dia sen ...
Kes yg mana saiful ???
Dakwah adalah yg BUkan ISLAM di ISLAMkan
Dakwah adalah yg ISLAM diMANTAPKAN lagi KEISLAMANNYA...
Apapun, hidup mesti dalam jemaah, kerana di dalam jemaah ada ukhwah, ada keselarasan dan ada kefahaman yg sama.
Jemaah itu sunnah RSAW.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #126 rainbows's post
kita kena check kita ni kurun ke berapa ... rata2 tempat dah tak selamat ...
kalau ada islam pun bukannya global pun ... yakni tak bersatu, takdak pepimpin ... islam kita ni islam yatim piatu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 21-7-2007 02:08 AM
kita kena check kita ni kurun ke berapa ... rata2 tempat dah tak selamat ...
kalau ada islam pun bukannya global pun ... yakni tak bersatu, takdak pepimpin ... islam kita ni islam yatim piatu ...
Kira Rain bowl$ dan parah normal adalah orang yang sama ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #128 budakecik's post
bila masa dia ni menempek kat sini ... takper lah, jika engkau antara org yg berani berhikmahlah, jika kau orang yakin, buktikanlah bukan melulu ... yang penting ada punca kasih sayang bukan menambah kekacauan . |
|
|
|
|
|
|
|
Antara Pengajaran dan Pendidikan
Bismillahhirrahmaanirrahim
file:///C:/DOCUME%7E1/Angah/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/Angah/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpgPelajaran dan pendidikan, atau dalam bahasa Arabnya,Ta'lim dan Tarbiah adalah dua perkara yang penting di dalam usahamembina anak-anak. Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yangberlainan. Hal ini merupakan dua hal yang berbeda. Tetapi begitu banyakdi kalangan orang tua dan di kalangan para guru sendiri yang tidakfaham tentang dua perkara ini.
Pelajaran khusus ditujukan kepada akal. Sebab itu pelajaran mudah dan憇traight forward |
|
|
|
|
|
|
|
Memandangkan topik thread tetiba jer bertukar dan dinyatakan sumber mindanya (!!!)... maka seperti thread-thread bersumberkan abuya, arqam, aurad muhamadiah dan rufaqa' akan dibincangkan di subboard mazhab. kerana posting-posting yang cenderung kepada lairan-aliran tertentu.
sekian wassalam. ... subboard mazhab tu boleh main-main... tapi jangan over dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana tajuk thread dah isytihar minda abuya...jadi elok la rasanya kita sama2 lihat salasilah yg empunya minda kebenaran ini. Minda yg berpasakkan kebnran sudah semestinya dtg dr org yg punya salasilah yg bukan calang2....selamat membaca
SALASILAH ABUYA ASHAARI MUHAMMAD FATTA AT-TAMIMI
Keturunan yang baik-baik, suci lagi mulia, adalah satu standard (syarat-syarat) yang terlalu penting untuk lahirkan manusia yang baik-baik, suci dan mulia-mulia belaka. Itulah asasnya.
Kelahiran rasul-rasul terutama Rasulullah SAW itu sebenarnya sangat ditentukan oleh faktor keturunan. Dijaga sungguh oleh Allah mata rantai keturunannya yang dirangkaikan semuanya dari Nabi Ibrahim sampai lahirnya Nabi Muhammad itu, daripada kejadian zina. Sejauh beribu-ribu tahun, beratus-ratus generasi, laluan yang diambil semuanya selamat dari zina. Lihatlah nama-nama mereka yang berangkai ini:
Nabi Ibrahim - Nabi Ismail - Adnan - Maa'ad - Nizar |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....
Mereka berhijrah ke Timur untuk selamatkan iman dari kemasukan Wahabi di sana. Keturunan sebelah ibu Abuya itu berhijrah ke Malaysia dan akhirnya melahirkan Abuya di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Ertinya, melalui salasilah bapanya, Abuya Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Ali bin Malek (Bani Tamim).
Melalui salasilah ibunya pula, Abuya Ashaari bin Maimunah binti Ilyas bin Omar (ahlul bait dari Bani Hasyim).
Kedua-dua ibu bapanya pengamal tarekat Muhammadiah. Oleh kerana bapanya dari Bani Tamim sedangkan ibu dari Bani Hasyim, maka Abuya dinilai sebagai Bani Tamim. Walhal darah keturunan dari Bani Hasyim juga ada dalam diri Abuya. Namun semuanya sudah nipis, kerana perkahwinan campur yang berlaku antara keturunan mereka.
Pernah disebut oleh Sayidi bahawa siapa-siapa yang direzekikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran adalah seorang yang berketurunan baik, sama ada dari darah Bani Hasyim atau Sahabat Rasulullah.
Bukan senang untuk ikut pertahankan Allah dan Rasul di zaman jahiliah ini melainkan mereka-mereka yang ada kekuatan istimewa, yakni mendapat doa dari Rasul dan para Sahabat yang bilamana mendengar adanya Ikhwan di akhir zaman, mereka sangat cemburu lalu terus berdoa agar mereka atau keturunan mereka akan ikut terlibat dalam jemaah Ikhwan itu.
Pernah diejek-ejek orang tentang Abuya kononnya dia dari keturunan Boyan (Pulau Bawean yang terletak di utara Jawa). Memang diketahui umum, di Pulau Bawean itu ramai penduduknya dari keturunan Bani Tamim. Paling tidak, kebanyakan penduduknya orang Jawa yang mana orang Jawa ini terkenal sebagai keturunan mulia. Di Kuala Lumpur pun ada perkampungan Boyan. Anda boleh ke sana untuk melihat ciri-ciri kehidupan mereka yang unik (berjemaah).
Pernah seorang warga Mesir, Syeikh Muhammad Ali Al Muthowi' (PhD Usuluddin dari Universiti Al Azhar), yang merupakan seorang Naib Syeikh Tarekat Rifa`iah Syazaliah Mahmudiah, bila ditanya pendapatnya tentang Abuya itu berketurunan dari Bani Tamim, dia berkata ada dua kaedah untuk menilainya:
1. Nasabnya.
2. Ciri-cirinya.
Walaupun nasabnya tidak begitu jelas, namun ciri-ciri peribadi dan watak perjuangannya sangat membuktikannya.
Kita tentu setuju bahawa setiap orang yang berjaya dalam bidangnya, biasanya dia mempunyai latar belakang keluarga yang begitu. Seorang peniaga berjaya misalnya, adalah berketurunan peniaga. Seorang pemimpin itu lahir dari environment kepemimpinan.
Demikianlah sebenarnya kelahiran orang Tuhan, pemimpin kebenaran, mestilah dari sejarah yang bersifat kebenaran. Tanpa itu, mustahil Allah hendak hidupkan agama-Nya yang mulia, di tangan orang yang kotor! Orang Tuhan, orang Rasul yang akan diberi wahyu atau ilham tentulah dipersiapkan untuk mampu melakukannya.
Agama dibaharui oleh orang yang ada ilmu pakar tentang bagaimana reformasi agama itu berlaku. Wajib baginya untuk belajar langsung dengan Rasulullah. Bukankah baginda arkitek veteran yang mampu mengajar studentnya melalui talian roh?
Jadi bilamana di tangan Abuya lahir semula agama; dalam keluarganya, masyarakatnya dan sistemnya; walaupun berdepan dengan seribu satu halangan, tetap dapat dilepasinya maka orang-orang yang arif sangat tahu bahawa beliau datang dari keturunan yang dijanjikan.
Dan ketahuilah juga wahai umat Islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal Attartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al Fateh (yang disebut Hadis) adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh 'bapak-bapak syaitan' yang teramat jahat. Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan Rasul. Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanya untuk ke sekian banyak generasi. Ertinya keturunannya cukup jahat.
Demikian jugalah halnya dengan orang yang membunuh agama Turki Usmaniah, iaitu seorang Wahabi di Mekah, sebenarnya seorang yang `dilahirkan' oleh syaitan. Yang kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama atas nama agama. Ertinya keturunannya juga jahat.
Bersambung.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan....Salasilah Abuya....
Untuk mengesan keturunan Abuya Ashaari Muhammad lagi, kita boleh lihat siapa yang memeliharanya.
1. Muhammad bin Idris, ayah kepada Abuya
Bapa kepada Abuya disekolahkan di sekolah Inggeris tapi didikannya agama. Sebab itu dia bekerja sebagai seorang pegawai kastam tapi peribadinya beragama. Tidak pernah buka songkok. Waktu pergi kerja pun memakai songkok. Dia akan sanggup duduk di tikar sembahyang daripada Asar, Maghrib ke Isyak dengan satu wuduk. Anaknya tidak seorang pun bersekolah Inggeris. Bahkan beliau berpesan agar anak-anak jangan kerja makan gaji tapi kerja sendiri. Kalau bercakap, mesti berkait dengan agama, dengan merujuk apa kata gurunya, Kiyai Syahid, yang dipetik dari Quran dan Hadis. Hampir setiap hari, lepas Asar, beliau bercerita-cerita atau memberi kuliah kepada keluarganya tentang serba-serbi hal agama, kebangkitan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yang bakal lahir. Dia seorang ahli tarekat yang kuat berwirid dengan Aurad Muhammadiah.
Abuya dididik dengan miskin. Di rumah, hidupnya agak mewah tapi di luar, dia miskin. Dia berjaya menanamkan rasa bertuhan ke hati Abuya. Muhammad tidak berhutang. Sakit, tidak pernah ke hospital. Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak berbahasa Inggeris. Kalau kawan-kawan datang ke rumah, mereka cakap Inggeris tapi bapa Abuya berbahasa Melayu. Kerana jiwa agamanya terlalu mendalam, maka terbentuklah peribadi pelik begitu.
Memang dia seorang yang pelik. Waktu kanak-kanak, ketika sedang bersekolah rendah dan menengah, terjadi pada dirinya tiga kali mati. Namun ketiga-tiganya itu, bila diuruskan pengebumiannya, dia hidup balik. Beliau benar-benar meninggal pada tahun 1973 di Segambut, di anak sungai sebelah rumahnya dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Yakni ketika mandi dan berwuduk di air yang cetek, jernih itu. Dia dapat pertahankan dan selamatkan Abuya untuk membesar sebagai seorang ulama, pejuang Islam, tanpa terpengaruh dengan persekitaran yang rosak. Itu adalah jasa besar Muhammad. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja ini.
2. Lebai Ibrahim (Penjaga dan Pengasuh Abuya)
Abuya berada di bawah jagaan Syeikh Lebai Ibrahim selama 5 tahun (1948-1952) di Pilin. Mengenali wataknya dari dekat, Abuya berani menyatakan peribadi ini adalah peribadi contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini. Di antara watak Lebai Ibrahim itu ialah:
a. Ahli abid, ahli zikir yang jadual hidupnya banyak di tikar sembahyang dengan Allah.
b. Setiap hari dia akan masak tengah hari untuk sesiapa saja yang lalu di depan rumahnya. Bukan mesti ada lauk istimewa. Ada ikan masin dan sambal belacan pun cukup untuk dia tetap memanggil siapa saja yang lalu. Hingga ada orang bila time makan, memang sengaja lalu di situ.
c. Bila kenduri-kendara, dia mengetuai kerja memasak dan menyumbang sebahagian besar keperluan kenduri.
d. Kalau ada pesta di Kampung Pilin seperti ronggeng dan sebagainya, Lebai Ibrahim akan hilang selama seminggu. Dia akan pergi ke Lubok Cina, rumah adiknya. Alasannya tidak mahu subahat, takut bala Allah menimpanya.
e. Inilah orang yang buat jasa pada Abuya iaitu berjaya mendidik Abuya untuk jatuh hati dengan tarekat. Hingga akhirnya Abuya minta diijazahkan Aurad Muhammadiah. Maka pada tahun 1950, ketika umur 13 tahun, terjadilah sejarah di tangan Syeikh Lebai Ibrahim, Abuya Ashaari Muhammad diijazahkan Aurad Muhammadiah di Pilin. Ketika Abuya menziarahinya, mengenang jasanya yang besar inilah maka namanya dimuliakan dengan diletakkan di antara dua nama besar pemimpin Islam iaitu Abuya dan Sayidi dalam salasilah susur galur amalan tarekat ini yang dibacakan oleh pengamalnya, disebut-sebut di antara dua mujaddid seolah-olah dia juga sedarjat oleh kerana jasanya itu.
Bukan senang hendak buatkan anak didik mahu bertarekat. Di zaman itu, pengaruh sekitar sangat memungkinkan anak-anak remaja jadi liar, tidak sembahyang dan suka keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan. Tahun 1960, mana ada remaja yang beragama waktu itu.
Maka kalau Lebai Ibrahim sampai mampu ijazahkan Aurad Muhammadiah kepada anak peliharaannya, sungguh dia telah membuat kerja yang sangat besar. Bagaikan kerja seorang mujaddid. Tidak hairan kalau Abuya namakan dia contoh salafussoleh yang hidup di zaman ini dan namanya disebut-sebut setiap waktu selepas sembahyang oleh seluruh pengamal Aurad Muhammadiah ini, sebagai seorang yang layak menerima hadiah pahala dari semua bacaan Aurad Muhammadiah itu.
3. Kiyai Syahid
Abuya juga pernah dijaga oleh Kiyai Syahid dari tahun 1941-1943 (3 tahun). Beliau bertaraf khalifah kepada Sayidi Syeikh Suhaimi. Yakni guru kepada Lebai Ibrahim juga. Lebai Ibrahim bertaraf wakil. Beliau juga boleh ijazahkan aurad. Tidak pernah tinggal puasa sunat Isnin Khamis. Pernah sekali dihempap dahan getah lantas dia berkata, "Eden lupa posa Senin."
Di antara ramai-ramai khalifah Muhammadiah yang Sayidi lahirkan, hanya Kiyai Syahid yang diberi tauliah untuk mengajar kepada jin. Kata Kiyai Syahid, jin-jin itu masuk ke kelasnya. Semua dalam wajah perempuan dan cantik-cantik. Jasa besarnya ialah membangunkan Pilin sebagai sekolah Muhammadiah hingga menjadi kunjungan ramai. Yang terpenting ialah dapat membesarkan Abuya di sana, dengan dunia sembahyang, tahlil, maulid hingga tertanamnya cita-cita Islam tulen di hati kanak-kanak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas bertanya.. br baca dan segan plak nak refer.. kalau dah ada sorry la jangan perli atau carut dan kutuk sy udah ler.. (kat sesama muslim pun nak kena tulis camnih.. apa ra)
Apa maksud FATA (atau FATTA, yg mana satu) dlm nama Abuya tersebut?
Shukran. |
|
|
|
|
|
|
|
huh knape la hangpa terlalu taksub dengan abuya ni....nasihat dan ajaran dia berbanding ajaran makpak kita ..haku rasa nasihat dan ajaran makpak aku lagi nbaguih...sekuarang-kurangnya haku lagi hormat dan taksub dengan makpak haku dari rang lein...sekurang-kurangnya haku berbakti dgn ibubapa haku...sekurang-kurangnya surga di telapak kaki ibu ku..bukan kaki abuya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TipinTakTipu at 11-8-2007 06:52 PM
Ikhlas bertanya.. br baca dan segan plak nak refer.. kalau dah ada sorry la jangan perli atau carut dan kutuk sy udah ler.. (kat sesama muslim pun nak kena tulis camnih.. apa ra)
Apa maksud FA ...
Fatta At Tamimi
Putra Bani Tamim, pembantu kepada Imam Mahdi yg disebut RSAW di dalam hadis2 mutawatir... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 13-8-2007 12:50 PM
Fatta At Tamimi
Putra Bani Tamim, pembantu kepada Imam Mahdi yg disebut RSAW di dalam hadis2 mutawatir...
Apa maksud hadis mutawatir tu? Tak salah bertanyakan?:handshake:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 13-8-2007 12:50 PM
Fatta At Tamimi
Putra Bani Tamim, pembantu kepada Imam Mahdi yg disebut RSAW di dalam hadis2 mutawatir...
Ulang soklan skit.. apa maksud Fatta? (Sy faham ttg PBT dan sejarah Futuh Mekah.. ). Boleh detail kan tak ttg Fatta At-Tamimi.
Shukran jiddan. |
|
|
|
|
|
|
omong kosong This user has been deleted
|
Originally posted by minahrock at 13-8-2007 03:05 PM
Apa maksud hadis mutawatir tu? Tak salah bertanyakan?:handshake:
sepatutnya bertanya..apakah hadis mutawatir yang mengatakan abuya adalah fatta at tamimi atau pemuda bani tamin... |
|
|
|
|
|
|
| |
|