CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

KEKAYAAN BRUNEI DARUSSALAM

[Copy link]
Post time 23-11-2006 09:17 AM | Show all posts
Kalau Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tu barulah dikatakan berfikiran jauh, start dari zero, walaupun kekayaan nyer tidak sehebat Sultan Brunei, Sultan Brunei mewarisi kekayaan, lahir2 dah kaya, tak sama dgn Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, dia dilahirkan dari keluarga yg susah,Ini barulah aku respek! Sampai hari nih dia cuma pakai proton perdana V6 jer walaupun dia mampu beli merc,bmw even ferrari pun sekali, tapi takde ler pulak sampai beli kereta selambak mcm tu........mcm bagus jerk! :puke:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 22-11-2006 11:34 AM
sedondon... tak pe lah tak nak respek... tak rugi pun dia

saya rasa... kekayaan brunei tak lah sehebat mana untuk mampu menampung kebuluran di negara-negara lain. Yang berkuasa ke atas kewang ...


Tits, Nipple I, Nipple II, nak respek ker org mcm tu???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:04 PM | Show all posts
negara kecil boleh ler...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:10 PM | Show all posts
Alaa... sedondon... apa yang geram sangat tu? Saya pun tak tau nak respek ker tak nak. Kalau kita kawan dan kenal rapat dengan dia secara peribadi... mungkin kita dapat menilai dia dengan lebih baik.

Setau saya... kebanyakkan orang-orang berada dan berkuasa ni selalu di kelilingi oleh banyak orang. Dalam banyak-banyak tu... pelbagai agenda dalam kepala mereka-mereka itu. Peranan mereka pun macam-macam. Ada yang jadi tukang angguk... ada yang jadi tukang ketawa walaupun tak lucu... ada tukang puji... ada yang jadi budak untuk di buli... ada yang mengharapkan kurnia harta... dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak tu... ada yang jadi orang kepercayaan untuk memegang dan meluluskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan kewangan.

Dan selalu terjadi jugak... orang yang di percayai ini... apabila dah gelap mata tengok harta... Bos pula jenis tak kisah... mulalah menyeleweng. Dan orang kepercayaan ni selalunya mengetahui kelemahan2 dan kesukaan2 Bos dia. Ini adalah antara faktor utama yang membawa bencana kepada DPDPMH Jefri Bolkiah... disamping... faktor kelemahan beliau sendiri. Tapi... tak semestinya sebab kelakuan dia yang lepas kita nak kutuk bagia nak rak... perkara tak dapat UNDO. Selalu berlaku... bencana yang menimpa boleh menjadi satu turning-point menuju RahmatNya. Saya tak adalah nak geram-geram kat dia pasal perkara yang telah berlaku... saya cuma geram kenapa dia tak bangkit untuk membuat perubahan ke arah kebaikan Negara Brunei dan ISLAM secara khususnya. Mungkin dah buat kot? atau belum terbuka peluang?

Sedondon... awak setuju tak kalau saya kata... raut wajah DPDPMH Jefri Bolkiah ni langsung tak ada muka orang yang suka berfoya-foya dan menyalahgunakan wang... raut wajah dia lebih kepada seorang pendamai dan penyayang. Tapi... mmm... masalahnya... cerita yang saya dengar... dia menyayangi dan mendamaikan hati terlalu banyak orang... macam lirik lagu... aku bukan buaya... aku hanya pencinta wanita... OPSSS... sori SIR... hehehehe...  

Apabila kita teliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka mahupun sejarah Kesultanan Melayu Brunei... punca utama kemusnahan kedua-dua kerajaan ini adalah kerana perbalahan orang-orang besar... fitnah sana-sini... adu domba... dan... kecintaan kepada harta. Becana lebih besar ialah kerana di sana ada orang ketiga yang menjadi kepercayaan kepada orang-orang besar telah memainkan peranan sebagai jarum yang mencucuk sana-sini. Dan yang lebih memedihkan... bangsa melayu dari dahulu hingga sekarang sangat mudah di tipu oleh pihak ketiga... yang hanya menggunakan umpan air liur... lidah... dan mulutnya! Tajuk dia ialah... duit... hiburan... kuasa. Sekian.

p/s: Sedondon... saya memang respek Al-Bukhary tu... lebih2 lagi Ibunya. Ibunya... sesungguhnya... telah mendidik beliau dengan moral yang amat tinggi. Semoga Ibunya... Ibu Sedondon... dan sekalian ibu2 yang lain... termasuk kedua Ibu2 ku... mendapat limpahan Rahmat dan Kasih-SayangMu Ya Allah... kerna telah menjaga kami dengan baik dan penuh kasih-sayang selama ini. Amin. Maaf... terEMO sikit .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 23-11-2006 05:10 PM
Alaa... sedondon... apa yang geram sangat tu? Saya pun tak tau nak respek ker tak nak. Kalau kita kawan dan kenal rapat dengan dia secara peribadi... mungkin kita dapat menilai dia dengan lebih bai ...



Excellent and Perfect Idea!!  :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 09:52 AM | Show all posts
ASM
Memang betul rasanya orang berduit punyai keupayaan yang lebih dari orang tak berduit. Tiba satu peringkat, duit boleh buat manafaat atau sebaliknya. Apa yang jadi kita buat teladan agar manalah tau, kalau Allah mahu, dia beri kita harta melimpah ruah yang tak terfikir oleh kita (harta dunia maksud aku) . Waktu itu jangan pulak kita lebih dasyat di "lelong" dek harta. HArta benda ni memang boleh buat kita alpa. YAng paling sedih, orang keliling kita bukan berkawan dengan kita sebab silatulrahim tapi kerana harta kita. Kalau kita pergi merantau, orang tak tanya untung nasib kita tapi apa kita akan buat dengan harta yang tinggal...kawan, keluarga harus akan kelabu mata waktu itu. Harus itulah yang terjadi pada kebanyakan kerabat diraja bukan saja di Brunei tapi juga ditempat lain. Moga Brunei terus makmur dan aman. Kita nak bergi buat lawatan pun senang hati, tak takut. Cuma aku tak kaya nak naik kapal terbang sampai ke Bandar Sri Begawan. Adu...

WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 23-11-2006 05:10 PM
Alaa... sedondon... apa yang geram sangat tu? Saya pun tak tau nak respek ker tak nak. Kalau kita kawan dan kenal rapat dengan dia secara peribadi... mungkin kita dapat menilai dia dengan lebih bai ...



Heheheh.....aku nih bukan ler anti - sultan brunei, cuma pandangan aku jer, yg aku betul2 tak suka Pangeran jefri, Bagi aku sultan brunei nih biasa jer......
Cuma aku sedih dan sayang sebab  kekayaan Brunei tu tidak dimanage dgn semaksimum yg mungkin begitu juga dgn negara Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 11:27 PM | Show all posts
Sedondon... itulah yang diharapkan oleh orang-orang islam dari dahulu hingga sekarang... tak kira dia orang melayu ker... orang afrika ker... semua berharap orang-orang islam yang Allah beri anugerah kelebihan harta untuk berkongsi dengan mereka-mereka yang kekurangan.

DPDPMH Jefri Bolkiah... memang create banyak cerita... secara peribadi... saya cuma mendengar dari sources yang entah yang keberapa. Ada jugak perkara baik yang dia buat cuma orang tak berminat nak menyebarkan... tak ada ummpphhh. Apapun perbuatan dia... dah menjadi koleksi sejarah Brunei... memang tak dapat UNDO dah... tapi saya tetap berharap sesuatu yang terbaik terjadi pada beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2006 12:36 AM | Show all posts
Si Jefri al Boros
Si Jefri MBA( Married But Available)Nogo University, adik sultan, adalah menteri kewangan 1986 hingga 1997. Juga kepala Brunei Investment Agency(BIA), khusus mentadbir semua pelaburan negara di luar Brunei. Jumlah dana di waktu itu berjumlah $110b.

Dipecat pada 1998 selepas konglomoratenya, Amedeo, runtuh dengan hutang terkumpul $6b. Di samping itu juga BIA, yang diteraju olehnya, telah mengelapkan $40b tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang di anggap meragui.

Awal tahun 2000, sultan telah mengheret adik dan 70 sekutunya kemahkamah untuk menuntut kembali dana yang dipesongkan. Dalam mahkamah semua isu berkaitan dengan cara hidup mewah dan pembaziran oleh kelauarga-keluarga  diraja terdedah. Juga cara orng-orang tertentu salah menggunakan wang negara ibarat wang sendiri. Disaat itu rayaat Brunei dapat gambaran sebenar semua urusan BIA yang dirahsiakan. Semua akaun negara adalah rahsia kerajaan (absolute monarchi) dan tidak diumumkan kapada rayaat. Di bawah undang-undang Brunei membocor maklumat tentang kewangan negara ada satu jenayah dan boleh didakwa.

Dalam perbicaraan dimahkamah, terdedah rahsia Si Jefri yang mempunyi 40 betina simpanan dalam khidmatnya di London. Ia mempunyi 4 isteri, 35 anak dan jumlah perkerja-perkerja yang banyak untuk urusan pribadinya. Ia juga dilapurkan membelanjakan sebanyak $2.7b dalam janka 10 tahun untuk menampung cara hidup mewahnya. Dipercayai mempunyi 2000 kereta mewah, beberapa kapal mewah dan 17 pesawat.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 10:42 AM | Show all posts
Inilah contoh legacy kesultanan Melayu. Rayaat tidak punya kuasa dan suara. Rayaat di beri kacang putih dan tingggal di atas rumah air.Duduk diam-diam jangan cakap banyak. Mati gerenti  masuk shurga kerana naik haji bisa ditanggung oleh pemerintah.Kekayaan bukan hak untuk dikongsi bersama tetapi untuk segelintir manusia kerabat saja. This is the evil of absolute monarachy.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 26-11-2006 10:42 AM
Inilah contoh legacy kesultanan Melayu. Rayaat tidak punya kuasa dan suara. Rayaat di beri kacang putih dan tingggal di atas rumah air.Duduk diam-diam jangan cakap banyak. Mati gerenti  masuk shurg ...



uik?!! marah nampak:tq:. pada pandangan aku lah, Sultan Brunei buat begitu sebagai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Setakat ni aku tengok, rakyat Brunei b'puas hati dengan corak dan cara pemerintahan Sultan Brunei. Mungkin ada segelintir yg tidak berpuas hati, tapi itu cuma sebolangan kecil saja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 07:26 AM | Show all posts
Originally posted by abu_nawas at 2-12-2006 12:34 PM



uik?!! marah nampak:tq:. pada pandangan aku lah, Sultan Brunei buat begitu sebagai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Setakat ni aku tengok, rakyat Brunei b'puas hati dengan cora ...



yup!!:setuju:  :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 08:12 PM | Show all posts
fuhhh... x leh tahan bace sume list kenderaan tu...::
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:58 AM | Show all posts

Reply #131 abu_nawas's post

Bukan marah yup! I am not emotional. Tapi  bersandarkan sejarah. Tak semestinya yang mengerliptu tu berlian. Sultanate Brunai ni sisa British. Itu sebab ia lebeh senang jadi British Protectorate  dari merdeka (Full independent) demi kedudukan kuasa sultan tu kekal. Semangat nasionalisme dikalangan rayaat memang ujud telapi di patahkan oleh sualtan denga meggunakan British Royal Marines. Tun Raza cera covertly menyukong pembrontakan Brunei. Itu sebabnya ada ketika dimana kerabat Brunei termasuk Bolkiah dipindahkan sekolah di Victoria Institution ketemapat lain. Hubungan Brunie dengan Malaysia hari ini cuma main wayang aje ( sekadar raja dengan raja aje....dengan harapan sistem feudal akan kembali lagi menghantui orang Melayu). Singapura pada pandangan sultan  Brunei lebeh istemewa dari segi keselamatan masa depan Brunei. Bogeyman.....Trade off ialah fasilitas tentera Sinpapura dibumi Brunei dan vice versa. Any military confrantation between Sing and Mal, Brunei will be too happy to open the second front in E. Malaysia. A heavy price for Malaysia to pay. thamrong merenung lebeh jauh ...bukan sekadar seronok bila baca sultan kawin dengan showbiz Malaysia.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 01:01 AM | Show all posts

Reply #132 LailaTempawan's post

Stuju untuk apa!.Bagilah points jangan sekadar klik smiley aje.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 01:58 AM | Show all posts

Reply #134 thamrong's post

If i not mistaken, Malaysia Brunei pernah berkonfrontasi sekejap dalam tahun 1975 kot kalau tak silap, kerana Malaysia mengusulkan isu kemerdekaan Brunei kat UN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 01:58 AM | Show all posts
Pernah satu ketika waktu terbang dari Labuan ke Kuala Lumpur dan dari udara jelas nampak terang benderang lampu di Bumi Brunei. Ku berkata" Adoh hebat infrastraktur  negara Brunie dengan api yang debekalkan kapada rayaatnya". Tetapi jelas aku tersilap rupanya api tu ialah lokasi theme park yang satu sen pun tidak berguna kapada rayaat. Ibarat satu medan permainan untuk anak-anak sekolah dasar.Rayaat diberi dadah 'doping' supaya terus hidup dalam ideologi hedonistik. Pemikiran radikal tidak digalakkan.
Majoritas rayaat maseh hidup cara lama tetapi keluarga di raja hidup melebehi orang putih. Pembaziran 'is the order of the day'. Bikin istana yang  punya beribu-ribu bilik tanpa penghuni. Siap dengan  dapur yang begitu luas dan dihuni oleh para perkerja-perkerja buaya yang  hidup mewah saperti tikus bermaharaja lela bila kucing-kuching diraja keluar negeri. Disitu  juga ujud gedung vintage wine dan arak yang terbesar di rantau ini. Tidak musthil kalau ujud para penghibur2  sex dari barat. Islam apa tu ya?:hmm::hmm:

[ Last edited by  thamrong at 4-12-2006 02:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:15 AM | Show all posts

Reply #136 St.Yeepi's post

Good point bro.Limbang is the thorn in the butt for the Brunei Sultanate. This is very unfortunate because, I believe, is part of the dirty British imperialist ploy to destablise the Brunei's sovereignty. Not only they squeezed  Brunei into a minute sovereignty but they put a land wedge.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 07:54 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 4-12-2006 01:58 AM
Pernah satu ketika waktu terbang dari Labuan ke Kuala Lumpur dan dari udara jelas nampak terang benderang lampu di Bumi Brunei. Ku berkata" Adoh hebat infrastraktur  negara Brunie dengan api y ...



Boleh saya tanya? kat mana u tahu yang dalam istana ada gedung vintage wine dan arak ni? and which istana is it? takkan lah ada wine dan arak kat istana sotan kot, bagi pendapat saya mengenai pendapat thamrong, tentang semua fakta yang telah diterangkan dan juga ada rumours yang mengatakan itu ini, kebanyakan fakta tersebut adalah mengenai kes Duli Tuanku Pengiran Muda Jefri dahulu, tapi jangan lah beranggapan kesemua kerabat diraja macam tu, nila setitik rosak periuk sebelanga? Isu yang telah dikemukakan oleh Tuan/Puan Thamrong ini, memang sulit dan sukar diperbincangkan, kerana ia adalah mengenai pendapat peribadi masing masing. Laila rasa, kekadang fakta ini memang banyak negatifnya, tetapi setiap fakta kita perlu fikirkan dengan neutral dan rasional, perbincangkan isu itu dan tanyakan banyak soalan pada diri sendiri.Kekadang, dan sebetulnya, begitu banyak persoalan dan pertanyaan yang ada dalam fikiran kita, tetapi kita kekadang berasa sia sia sahaja untuk membincangkannya, kerana kita tidak "pasti" akan keadaan sebenarnya, kita manalah tahu macammana keadaan sebetulnya dikalangan "orang dalam", so, kekadang tu kita tersekat disatu satu perbincangan, kita tengoklah sahaja dan fikir fikir.  Berdoalah moga sejarah tidak akan berulang kembali, itulah sahaja yang dapat kita buat masa ini. Sejarah tinggal sejarah, tetapi moga sesuatu yang negatif itu takkan berulang kembali.

[ Last edited by  LailaTempawan at 5-12-2006 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 12:25 PM | Show all posts
Kenapa Brunei sendiri takde syarikat minyak mcm Petronas ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060092 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list