|
KURNIA TUHAN
mawi memerhatikan jam tangannya..
ia menunjukkan tepat 4.30 pagi. dia makin resah dan gelisah.
dahinya berkerut menampakkan lagi bekas parut akibat kemalangan dua tahun lepas.
ikan keli yang ditangkapnya di sungai klang lewat malam tadi seolah sudah tidak dihiraukannya
"mane pegi felix ni, kate nak ikan ni. tapi dah setengah jam aku tunggu. batang idung pun tak nampak, ni yang aku hangin ni" ujar mawi keseorangan seolah2 bercakap dengan seseorang dihadapannya.
-setengah jam berlalu-
setelah hampir 2 jam die menunggu, tiba-tiba telefonenya berbunyi menandakan pesanan ringkas baru diterima.
[woi..sorry la..aku dengan amylea dekat bandar ni]
[aku lupe nak amik ikan tu, ko simpankan lah utk aku]
[esok aku amik kat umah ko]
dengan muke yang merah padam, mawi terus menutup telepon nye seraya hatinya menyumpah-nyumpah akan sikap felix
"ni la kawan, kalau dah dengan pompuan, kawan baik sendiri pun buat-buat lupe je"
tanpa berlengah-lengah lagi, mawi terus meluru kearah kereta bmw 7 series nya yang dihadiahkan oleh umminya suatu ketika dulu dan memecut laju balik ke rumahnya.
di dalam perjalanan pulang, tiba-tiba, fikirannya tertumpu pada diana yang berada di kulai sekarang ini.
"ahh..lupakan.. aku sudah pun buat keputusan..sudah takda jodoh antara aku ngan die.." berkata-kata didalam kalbunya dan seketika, dia terbayang-bayang di benaknya akan pengalaman indah antara die dengan diana semasa mereka bertunang.
die tidak sangka diana sanggup menduakan die semasa ketiadaannya.
"ape kurangnya aku, ape lebih nya si askar cabuk tu. mungkin aku tak se-tough dan sehebat askar tu" persoalan yang seringkali bermain di benak nya. air jernih berkilauan tiba-tiba mengalir keluar dari kelopak matanya.
mawi tidak dapat menahan lagi kesedihan yang dialaminya semenjak dua menjak ini. nasibnya bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. hatinya baru sahaja lebur daripada peristiwa putus tunangnya, tetapi belum sempat air matanya kering,
die sekali lagi menerima dugaan yang paling berat dalam hidupnya, ayahnya telah kembali menemui Rab-nya.
mawi tidak dapat menahan kesedihannya lagi. hujan lebat seakan-akan meratapi kesedihan yang dialaminya. mawi menggenggam stereng keretenya dengan erat seakan-akan tidak mahu dilepaskannya. kaki kanannya menekan padel eccelerasi sedalam-dalamnya.
die tidak menghiraukan lampu merah sebaik tiba di perempatan. pandang dari dalam kereta agak kabur disebabkan oleh hujan lebat yang membasahi bumi.
tiba-tiba telefonnya berdering dan memberhentikan enjin keretanya di bahu jalan. mawi seolah-olah terperanjat dan terdiam seketika. deringan telefon memecah kesunyian malam.
die melihat screen telefonnya.
"eh marsha, ape yang dia nak" soal mawi didalam hatinya.
"assalamualaikum, mawi ke ni"
"waalaikumussalam..haa..marsha..ape ko nak" mawi membalas dengan nada menahan sebak
"ooo saje je kacau2 ko..marah ke??eh mawi kenape ni..ko ok ke..??"marsha meneruskan perbualan
"eh tak de pape..aku pun baru balilk dari memancing. Eh marsha, ko nak ikan tak, aku dapat keli , aku tak makan, ko nak?" soal mawi sambil tangannya mengesat air mata
"ikan keli!!!!!! nakkkkkkkkkkkkkkk..mawi aku nak,aku nak..." jawab marsha dengan penuh teruja
"ok ok..aku datang rumah ko sekarang.. aku tak nak simpan..berbau la.."
"ahh ko macam2 la mawi..ko kan raja minyak wangi..sape tak kenal ko..memang tak leh bau busuk sket..kalau boleh satu botol minyak wangi fantasia tu ko nak sapu kat badan ko" seloroh marsha
"sudah lako jgn nak merepek, i'll be there any moment, tunggu aku ok, aku miscall ko kalau aku dah sampai nanti" jelas mawi
"okay la, aku tunggu, aku dah ngantuk ni, kalau boleh drift la mawi, cepat sket sampai" kata marsha sambil ketawa kecil
"ko nak aku eksiden lagi??ok la aku gerak dulu, tunggu aku, bye!" mawi menutup perbualan dan kembali menghidupakn enjin keretenya.
didalam masa beberape minit sahaja, mawi sudah tiba di perkarangan ridzuan condo yang terletak di bandar sunway . mawi terus menuju ke arah lift dan menekan butang 20. setelah sampai mawi tidak mengetuk pintu rumahnya kerana takut akan perbuatannya menganggu jiran-jiran marsha.
marsha membuka pintu rumahnya setelah mendapat panggilan dari mawi.
"masuk lah mawi" pelawa marsha
"eh tak pe la, aku sekejap je ni, nak kasi ko ikan ni" balas mawi sambil menghulurkan beberape ekor ikan keli yang berjaya ditangkapnya
"betul ke ni, kejap je, ko nak ngeteh, aku leh buatkan, kalo ko nak kopi aku leh buat kan, kalau ko nak tongkat ali ali caffe pun aku ade"
"eh tak pe tak pe, aku tak nak lama-lama, aku pun dah penat ni" ujar mawi
tiba-tiba,seorang gadis berkain batik lusuh dan berbaju t-shirt labuh keluar dari bilik , dan mawi seolah-olah terpaku melihat kecantikan wanita itu.
"ohh , sebelum aku lupe, ni adik aku nora" terang marsha sambil memperkenalkannya kepada mawi
"hai!!" nora tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kearah mawi dengan penuh sopan
mawi terdiam dan matanya tidak berkelip melihat kecantikan dan kesopanan nora. hitam manis dan berambut ikal mayang itu terus malu-malu kucing sambil membetul betulkan rambut nya yang agak kusut.
"nanti ko makan tengahari kat rumah aku k. tak pernah aku masak untuk ko..ajak felix sekali" mawi langsung tidak mengindahkan kata-kata marsha
"mawi,mawi..hey mawi, ko dengar tak" jerit warsha
"oo ye ye..sorry aku tak dengar tadi, you were saying??" soal mawi terpinga-pinga sambil diperhatikan nora yang tersenyum-senyum manis
"aku ajak ko lunch kat rumah aku..nak tak. kalau boleh ajak felix sekali..!!" tegas marsha
"ye la ye la..aku datang.." jawab mawi secara sepontan
"aik..ko ni dulu bukan main susah nak diajak makan umah orang, kali ni cepat je cakap ye..ade pape ke??" usik marsha sambil memeluk bahu adiknya nora
"eh..mane ade..orang memberi kite menerime.." jawab mawi sambil tersipu-sipu malu
"ok la aku balik dulu..dah nak subuh dah ni, nanti aku ajak felix sekali,ok aku gerak dulu"
"haa..jgn lupe tau..lunch tau..bukan dinner..ko ni selalu lembab.."seloroh marsha
"iye la iye la..aku tau.., ok bye.." mawi beredar dari rumah marsha sambil tersenyum sendiri. ntah ape yang terkandung dalam benaknya ketika itu tetapi gadis yang bernama nora itu betul-betul membuatkan dia tergamam.
dalam mase yang sama, azan subuh berkumandang. mawi singgah sebentar di masjid taman datuk harun untuk bersolat subuh berjemaah. setelah selesai, mawi cepat-cepat pulang kerumah nya untuk berehat.
"fuhh..lege betul dapat cuti, kalau tak time-time macam ni la aku ade on call, nasib baik ade Dr. Keifli amik shift aku" berkata-kata mawi didalam hatinya sambil baring diatas katil bujangnya.
maiw masih lagi berangan-angan akan wajah nora sehingga die tertidur.
-----
ring..ring..ring..telefon rumah berbunyi.
"aduh sape ni??orang nak tidur pun tak leh..bengang tul la aku" marah mawi sambil melihat jam lonceng nya . jam menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari.
dengan berat hati, mawi terus ke telefon yang terletak diatas mejanya,
"assalamualaikum,"
"abang mawi, i just lost her," teriak nora dengan nada yang teramat lemah dan sebak.
"sape??ape ko cakap ni aku tak paham, by the way who's this??" soal mawi
"kak marsha eksiden, kene langgar lori pagi tadi" jawab nora dengan teresak-esak
"Ya Allah..ape dah jadi ni" mawi resah sambil memegang kepala nya, mawi terdiam dan tergamam dan terduduk di kerusi jati disebalahnya.
mawi seakan-akan lemah, dan tak mampu berjalan lagi, namun die gagahkan langkahnya untuk bergegas ke hospital tempat dimana marsha ditempatkan.
-----
setelah sampai di hospital, mawi terus ke wad kecemasan dan disana sana jugak la die bertemu dengan felix dan nora dan seorang lelaki yang tidak dikenali.
"what happened?" mawi bertanya pada felix . matanya kemerahan menahan air mata yang menuggu saat untuk mangalir.
"she was accident, kene langgar lori mase nak g kedai" jawab felix dengan tenang.
nora masih lagi menangis tidak berhenti-henti sambil dipeluk dan ditenangkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali itu.
"die dah takde bang, i lost her, saya dah tak de sape lagi kat dunia ni"
"sabar nor, tuhan lebih sayangkan die, doakan banyak2 untuk die" jawab lelaki itu dengan tenang.
nora datang mengahampiri mawi yang sedang bersandar dan tertunduk sambil menahan kesedihan
"akak kene langgar mase nak beli serbuk kari untuk lunch tadi, die bebetul nak masak untuk abang mawi, tapi tak sempat" jelas nora
mawi hanyamampu memandang lantai dengan perasaan yang teramat sedih dan die tidak mampu lagi menahan air matanya yang bertakung di kelopak matanya, Mawi meraung kesedihan.
"akak sayang sangat pada abang mawi, selalu cerite yang baik-baik pasal abang" sambung nora
mawi tidak mampu lagi menahan sebak. fikiran nya bagaikan tidak tentu arah. kenapa dalam mase begitu singkat die kehilangan orang-orang yang paling die sayang.
"kenape yaAllah, kenape??" raung mawi didalam hatinya,
raungan mawi terhenti apabila sebujur mayat yang bertutup dengan kain putih kemerah-merahan keluar dari wad kecemasan. semua mereka menghampirinya. nora membukak kain putih itu dan tidak dapat lagi menahan sebak
apabila melihat wajah kakak kesayangannya terbujur kaku pucat. nora seoalah-olah sudah tidak berdaya lagi, die rebah dipangkuan suaminya.
mawi melihat dengan penuh kesayuan dan die juga tidak mmapu akan kesedihan yang dialaminya lebeih-lebih lagi nora memberitahunya yang marsha sangat sayang pada nya..
mawi berasa sangat bersalah kerana tidak menyedari akan kehadiran seorang teman yang istimewa dalam hidupnya.
orang yang selalu menghiburkan tatkala mawi didalam duka
marsha jugak la orang yang selalu menceriakannya ketika mawi mendapat tahu diana selingkuh
marsha la juga yang menenangkan hatinya semasa mawi mendapat tahu kematian bapa nya.
"sape lagi yang aku ade lepas ni, kenapa harus aku yang yang jadi macam ni..kenape??" teriak mawi didalam hatinya
persoalan yang masih belum terjawab dalam benak fikiran mawi. tetapi tatkala itu die sedar bahawa, Allah juga la yang telah menetapkan semua berlaku. sebagai hamba yang lemah dan kuasa yang terbatas, hnaya mampu berdoa dan mengharap.
jenazah marsha dibawa dan berakhir la kisah episod duka seseorang yang bernama mawi. walaupun die sedar akan ape yang berlaku disekelilingnye,
die yakin . Allah ingin menguji kesabarannya dan die percaya, ape yang berlaku itu ada hikmahnya dan die tidak akan melupakan ape yang telah dilakukan oleh marsha terhadapnya.
dari saat itu, mawi berjanji pada dirinya tidak akan mensia-siakan dan menghargai setiap saat yang die tempuh.
sorry la eh..aku nye tatabahasa dan redundant word yang aku gune..lame tak tulis karangan.
[ Last edited by sayang_mulut at 3-12-2006 03:18 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|