|
Marikh (Mars) : Misi, Eksplorasi & Penemuan
[Copy link]
|
|
Marikh Pernah Ada Lautan...
Marikh pernah ada lautan
WASHINGTON β Satu rangkaian lembah yang dijumpai di Marikh membuktikan planet merah itu pernah diliputi lautan luas, menurut satu kajin terbaru yang diterbitkan kelmarin.
Namun, perdebatan timbul selama beberapa dekad lalu sama ada lembah di Marikh itu wujud akibat proses hakisan air yang disebabkan kelembapan, hujan atau air bawah tanah.
Sebelum ini, kekurangan imej perbandingan di permukaan Marikh menolak teori hujan tetapi data topografi satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menunjukkan terdapat rangkaian sungai yang lebih luas seperti jangkaan awal.
Penemuan itu disiarkan melalui Journal of Geophysical Research hasil kajian profesor geografi Universiti Northern Illinois, Wei Luo dan saintis Tomasz Stepinski dari Institut Bulan dan Planet di Houston, Texas. β AFP |
|
|
|
|
|
|
|
1# cronicle86
bestnyerrr
mahu berenang-renang kuak kupu-kupu dimarikh |
|
|
|
|
|
|
|
2# eye_of_ophelia
wooo.....mahu layan blues di pinggir air di marikh..... |
|
|
|
|
|
|
|
ikan apa la agaknya ada dlm tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknyer g mana abis air bertan tan tu yer
Marikh besaq lg dari bumi kita kan
Kuantiti air mesti lg banyak dari bumi kita
Takkan terpeluwap gitu ajer kan?
Misteri alam tuh!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sbb global warming kot? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke ada lautan? macam tak percaya je..orang putih ni bukan boleh terima je bulat2 apa yang dicakapkannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada pokok kat Marikh!! (pic)
Pokok' dikesan di planet Marikh
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0114/Kosmo/Dunia/du_05.1.jpg)
IMEJ yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan menunjukkan barisan 'pokok' yang sebenarnya serpihan
tanah runtuh di Planet Marikh.
CAPE CANAVERA - Sebuah kapal angkasa peninjau milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Angkasawan (NASA) merakamkan imej mirip pokok di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, NASA menyatakan, 'pokok' itu sebenarnya serpihan tanah runtuh semasa ais mencair pada musim bunga di Marikh.
Imej itu menunjukkan deretan-deretan berbentuk kon yang bercambah dari beting pasir dan bukit bukau di permukaan planet tersebut tetapi pemandangan itu sebenarnya ilusi mata.
Gambar tersebut menunjukkan beting pasir yang dilitupi lapisan nipis karbon dioksida beku atau ais kering yang terletak kurang dari 384 kilometer dari kutub utara Marikh.
"Deretan pokok itu sebenarnya timbunan pasir yang terkumpul di kaki beting pasir.
"Pada masa ini, permukaan planet itu dilitupi lapisan kabut karbon dioksida," kata seorang saintis NASA Candy Hansen. - Agensi
tak lama lagik....mungkin TERnampak bangau ler pulok!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau zoom in lagi mungkin nampak bangau kot |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ade evolusi je:cf:
tak lama lagik ngan kuasa ALLAH ade la tu pokok2, binatang segala![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cuba ambil wudhu' sebelum tidur,
baca al-Fatihah, 3 kul, 21 bismillah da ayat kursi..
sapu satu badan..dan tenangkan fikiran dengan zikir sampai tertidur..
insyaAllah aman tidur.. |
|
|
|
|
|
|
|
2# dune1989
apehal lak nih? |
|
|
|
|
|
|
|
byk andaian berbanding bukti saintifik..andaian x diterima dlm penulisan saintifik ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah mmg takde tanda2 hidupan kt planet tu. diorg mmg nak men"ada"kan benda yg takde... Bumi the only one planet where life being can lives... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|