|
Reply #120 bubpallo's post
alamak, kalo cmtu
cmne xnk kasik jatoh?
nk kne kumpul ilmu sblm naek gajah ni |
|
|
|
|
|
|
|
bapak aku penah ade pengalaman ngan sekumpulan gajah liar...sebab bapak aku nih renjer jabatan perhutanan negeri 9....katanyer pada 1 malam...jeng..jeng..jeng....hehehe....masa tuh bapak aku bermalam di suatu tempat ngan kengkawannyer....sume tido mampus...pastu bile bangun keesokan harinyer...sekumpulan orang asli datang dengan gelabah sambil hairan dan pelik menanyerkan ke bapak aku....dia heran camner 'markas' bapak aku tu tak dilanyak oleh gajah2 tu...bapak aku kate takde ape2 pun....ade gajah datang ke...tanyer bapak aku....lepas tu bapak aku baru perasan...keliling kemah diaorg tu macam kena ribut taufan...semuanyer tumbang...org asli tu kata...ini bekas laluan sekumpulan gajah liar ni.....tarik napas panjang bapak aku....kalau tak..penyeklah bapak aku ngan angkatan dia tuh...itu yg menjadi bapak aku musykil tu....ibarat highway yg ade lencongan....betul2 tapak perkemahan tu yg tak dilanggar gajah....alhamdulillah kata bapak aku....
besoknyer dia balik sambil membawa pelanduk utk dimakan...hehehe...sedapnyerrr....ini sume citer yg berlaku lebih kurang 18 tahun yg dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
pantang ialah jgn cakap takbur... bukan nak mendewakan, tapi...percayalah... |
|
|
|
|
|
|
|
gajah ni comey....
a'aa parents adnilsa pon ckp camtu...mak citer kat grik ramai org2 yg ckp takbur tu kena sb dlu mak duk sane...takut gak,kan? |
|
|
|
|
|
|
|
yo bub... ko memang minat gajah ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye mandi ngan gajah.hehe kene sembur ngan hos die tuhhh
pergggh! spa abessss |
|
|
|
|
|
|
|
There is a conservation center for elephants which were being abused in Thailand.
A kind noble lady opened the center and takes only an abused elephants in the center (elephants which were chained and forced to work or to beg on the streets of Thailand)
She saves hundreds of elephants throughout Thailand.
I'll try to find the article...it was in Reader's Digest last few years.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka gajah. Teringin juga nak naik atas gajah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Gajah zoo mati cepat
GAJAH liar mampu hidup sehingga umur 56 tahun berbanding
hanya 19 tahun jika berada di dalam zoo.
LONDON - Kajian sebuah badan perlindungan haiwan diraja Britain (RSPCA) mendapati gajah yang terkurung di zoo lebih pendek umur akibat faktor diet pemakanan dan cara hidup.
Saintis Ros Clubb dari badan itu memberitahu, kajian meliputi 4,500 gajah betina di Taman Negara Ambosseli, Kenya, gajah pembalak di Myanmar dan beberapa zoo utama Eropah.
Dalam laporan kepada jurnal Science, faktor tekanan memendekkan umur gajah di zoo yang sering berpindah ke zoo lain kerana gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
"Majoriti gajah didapati terlebih berat dan kadar kelahiran tinggi juga punca mamalia ini mati awal kerana saiz tempat kurungan sempit untuk menampung tubuh besar mereka," ujarnya. - Agensi
gajah nih binatang liar... habitat dia kat dalam hutan sinun... ko letak kat tempat terkepong... dia hadapi tekanang perasaang ler tu... bayangkan ko gajah...hah!!! ko nak dok kat hutan ker... ko nak dok dlm zoo!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bermesra dengan gajah
para pelancong tempatan dan luar negara yang membanjiri Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dekat Lanchang, Pahang sempena cuti Tahun Baru Cina, semalam.
pusat Konservasi Gajah Kebangsan Kuala Gandah, Lanchang menjadi tarikan baru pelancong apabila pengunjung boleh bermesra dengan gajah yang terdapat di kawasan berkenaan.
Pusat itu mula menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelancong luar negara sejak ia disiarkan dalam rencana National Geographic beberapa tahun
lalu.
Ia merupakan satu-satunya tempat pemeliharaan gajah semula jadi di negara ini yang memberi peluang kepada orang ramai 慴ermesra |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #136 Syd's post
da lame berangan nak gi Kuala Gandah ni:2cool:
jom syd..kite konvoi pi:cool:
ke syd da penah gi? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #137 ati1402's post
patut tu hari
Mac tahun lepas
then ada hal
tak dapat pegi
mmg dah isik borang
bayar dah semua
ati, jom kita pegi nak |
|
|
|
|
|
|
|
Anak gajah yatim dilatih berdikari
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan melatih haiwan bagi aktiviti pemulihan, pelancongan
UMPAMA watak anak gajah ajaib bertelinga besar dalam filem animasi 'Jumbo', haiwan kecil ini mampu mencipta tarikan sendiri, menggamit keseronokan pengunjung melihat aksinya di sarkas.
Itu cerita filem, tetapi hakikat sebenarnya juga wujud jika mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di Lanchang, Temerloh, Pahang.
Di sana, bukannya ada anak gajah ajaib yang boleh terbang tetapi pengunjung boleh menemui anak gajah yang sama perwatakannya dengan Jumbo. Menarik perhatian dengan aksi nakal, keletah dan kelihatan cukup seronok hidup di situ.
Kumpulan gajah ini bukan dilatih untuk pertunjukan sarkas, tetapi dipelihara, dirawat selepas ditangkap kerana memasuki kawasan perkampungan, tercedera atau pun tersesat dan perlu dibantu termasuk mendapatkan makanan.
Haiwan berkenaan bangkit daripada penderitaan dan perjuangan termasuk diserang binatang buas sebelum diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan ditempatkan di pusat itu.
Ramai tidak mengetahui, sebahagian besar daripada 15 ekor gajah yang dipelihara di situ adalah anak yatim yang terpisah daripada kumpulan induk, menjadi mangsa serangan harimau dan ada yang cacat terputus kaki terkena perangkap pemburu haram.
Semuanya mencerminkan penderitaan anak gajah yang kini hidup bahagia bersama rakan dari pelbagai kumpulan dan daerah. Selepas dirawat, dipulihkan, mereka akan dilatih untuk hidup berdikari dan ada antaranya menjadi tarikan pelancong dengan aksinya.
Timbalan Ketua Unit, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Ahmad Kamsul Alias, berkata bukan semua gajah liar yang ditangkap akan ditempatkan di pusat berkenaan sebaliknya ada antaranya yang terus dipindahkan ke hutan jika disahkan sihat dan selamat.
"Kita hanya mengambil kira tiga situasi dalam menjalankan tugas. Gajah yang tidak bermasalah akan terus dipindahkan ke hutan. Gajah yang cedera atau cacat akan dirawat sepenuhnya di sini sehingga pulih dan keadaannya akan dipantau teliti sama ada perlu dilepaskan ke hutan atau tidak.
"Kategori ketiga ialah anak gajah yatim yang kehilangan ibu, terpisah daripada kumpulan utama. Anak gajah ini tidak mampu berdikari disebabkan sudah terlalu biasa dengan manusia. Jika dilepaskan, kami bimbang mereka tidak boleh hidup sendiri.
"Kumpulan gajah ini akan mencari penempatan manusia untuk makan misalnya memasuki kawasan ladang dan kebun kerana sudah biasa makanan diberi manusia. Lebih baik mereka dipelihara di sini dan digunakan untuk aktiviti pelancongan," katanya.
Fakta ini memang benar. Mengambil contoh dua anak gajah, Siput dan Brabong masing-masing berusia empat tahun. Kedua-duanya tarikan utama pengunjung di pusat berkenaan, tetapi paling akhir dikeluarkan untuk menyertai aktiviti bersama pelawat.
Siput dan Brabong akan menyertai aktiviti mandi bersama gajah di Sungai Teris. Mereka akan beraksi umpama dua ekor anak kucing yang sedang bergurau, mengusik satu sama lain, menarik ekor, memanjat belakang dan pelbagai aksi lain di dalam air cetek.
Ada kalanya mereka mengusik dengan menyembur air ke arah pengunjung yang turut turun ke sungai memandikan haiwan unik ini. Kesimpulannya, haiwan ini terlalu manja dan cukup menarik perhatian terutama kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang memandikan anak gajah ini.
Aktiviti pengunjung mandi bersama gajah di sungai yang diakui pertama di Asia Tenggara memang menarik. Bagi orang dewasa, mereka akan dibawa ke sungai menunggang Pian, gajah Myanmar berusia 35 tahun.
Sebaik saja sampai ke tengah sungai, Pian akan menjatuhkan semua penumpang di belakangnya ke dalam sungai. Semua aktiviti ini bertujuan mendekatkan pengunjung dengan mamalia darat terbesar di dunia ini serta memberi peluang sentuhan secara langsung kepada gajah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|