CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amiin_al_Kalam

Koleksi Puisi Jiwa Kacau - Amin al Kalam/Raudah [BERSUJUD RINDU]

[Copy link]
Post time 10-4-2008 05:55 PM | Show all posts
bermonolog tanpa kata.....
bermonolog tanpa suara.....
bermonolog tanpa  akal.....
bermonolog tanpa perasaan.......
bermonolog tanpa jiwa.........
bermonolog tanpa hati...
bermonolog tanpa janji...............
bermonolog dalam sendu..
bermonolog dalam tangis.......
bermonolog sendirian......


[ Last edited by  raudah at 10-4-2008 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 06:51 PM | Show all posts
berlari mencari arah...
berlari bersama sendu
berlari mengejar
berlari tanpa henti
berlari di situ
di mana perhentian...
mengusung qaseh
terbuku ke'sah
tersemat qaseh
tercalar ke'sah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 05:53 AM | Show all posts
LELAKI & CINTA




Lelaki
Hanya kerana kau dipanggil LELAKI
Adakah semua hati wanita engkau khianati
Apakah tanpa kau sedari Ibu pun seorang wanita...
Cinta
Kenapa perempuan begitu lemah kepada LELAKI
Apakah cinta pada seorang LELAKI hanya sebuah perasaan
Dimanakah CINTA yang sebenar dari seorang LELAKI
LELAKI
Keranamu wanita menanggis
Keranamu wanita kecewa
Keranamu wanita berduka
Keranamu wanita dihiris hatinya
CINTA
Apakah ertinya CINTA kalau derita
Apakah CINTA itu manis
Apakah CINTA itu kebahagian
Apakah CINTA jaminan
LELAKI
Kerana egomu wanita kecundang
Kerana sikapmu wanita merana
Kerana kuasamu wanita menjanda
Kerana dirimu wanita terpedaya
CINTA
Kalauku tahu sakitnya cinta
Akanku pendam cintaku
Kerana cinta aku sakit
Kerana cinta aku merana
Kerana cinta aku  buta
LELAKI & CINTA
Tiada beza LELAKI & CINTA
Kerana mereka wanita hancur
Kerana mereka wanita lalai
Kerana mereka wanita lemah
Kerana mereka wanita berlinangan airmata
Kerana mereka wanita terpedaya
Kerana kau adalah pemusnah wanita
LELAKI & CINTA



yg ini bukan cut & paste ok tu sbb tak sedap sangat puisinya hanya mencuba!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 10:13 AM | Show all posts
perlukah berbicara tentang rindu jika rindu itu menyesakkan
perlukah berbicara tentang rajuk jika rajuk itu jawapannya
perlukah berbicara tentang esok jika esok bukan harinya
perlukah berbicara tentang sendu jika sendu itu adalah temanku..
perlukah berbicara tentang dikau jika dikau adalah punca segalanya....dan
perlukah berbicara tentang kesakitan jika kesakitan itu adalah penawar segalanya
-akira-


[ Last edited by  raudah at 11-4-2008 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 01:57 AM | Show all posts
KAU YANG BERNAMA SUAMI



Datangmu sebagai suami
Adalah kenangan yang begitu manis
Apabila diijabkabulkan sebagai suami
Airmata wanita akan mengalir deras
Bukan kerana takut tapi bersyukur
Disatukan dalam suatu ikatan yang suci murni

Sayangku kerana kau suami
Yang satunya untuk aku berlindung
Setiaku kerana kau suami
Kerana itu tuntutannya aku sebagai isteri
Bahagianya aku kerana kau suami
Deritanya aku kerana kau suami

Suami adakah salahnya aku sebagai isteri
Apabila zuriat tidak hadir antara kita
Suami dosakah aku bila mempertahankan
Mahligai yang tercipta...
Suami adakah aku tiada ternilai buatmu
Bila kau berpaling kasih...

Suami apakah selama
Pengorbanan, kesetian, kejujuran yang
Aku berikan, engkau sakiti aku
Sebegini rupa...
Apakah semuanya kerana salahku
Yang tidak dapat menunaikan keinginanmu

Suami
Mana janjimu untuk
Hidup semati dengan aku
Mana janjimu untuk
Menjadi perlindungku
Mana janjimu yang
Engkau akan selalu setia
Mana janjimu untuk
Sentiasa sayang
Mana janjimu untuk membimbing...

Suami
Kerana kau lelaki
Aku engkau campak ke tepi
Kerana kau lelaki
Aku kau kasari
Kerana kau lelaki
Aku engkau lupakan
Kerana kau lelaki
Aku kau tinggalkan kerana wanita yang lain....
Kerana kau SUAMI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 07:36 PM | Show all posts
GEMURUH




Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..


Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka


Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2008 08:41 PM | Show all posts

Reply #476 babyL's post

Sedihnya sajak nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 11:54 PM | Show all posts

Reply #476 babyL's post

kadang-kadang wa tertanya dgn diri sendiri... mengapakah wa diciptakan TUHAN menjadi LELAKI sedangkan wanita menderita kerana lelaki...sepasang mata ini menjadi saksi...

tiada kuasa untuk wa melindungi semua wanita...

apa guna TUHAN menciptakan wa menjadi lelaki jika kudrat ini tidak mampu menjadi pelindung...

alangkah baiknya jika TUHAN menciptakan wa menjadi AWAN...

boleh wa berbakti pada sekalian penghuni alam...

hakikat yang satu...

dunia ini hanya sementara... setiap benda di atas dunia ini perlu beribadat dgn cara yg tersendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2008 12:08 AM | Show all posts
segala yang berlaku adalah ketentuan TUHAN...

jodoh... rezeki... hidup dan mati semua telah pun terkalam di luh mahfuz...

adilkah luh mahfuz ini jika ada jiwa yang sengsara...

TUHAN lebih tahu segala-galanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 12:15 AM | Show all posts
Layar Keinsafan


Oh TUHAN...
layarkan ku ke arah cintamu...
pimpin ku menggapai redhamu...
rimbunan kasihmu ku berteduh...


kepadamu Ya TUHAN...
berikan secebis keinsafan...
bekalan sepanjang perjalanan...
mencari ketenangan...

Oh TUHAN...

biar kau menjadi saksi...
tulus tangis ku kala dini hari...


kesempatan yg hanya sebentar...
moga keikhlasan ku terlakar...


berikanlah ku hidayah...
agar dikuatkan iman yang lemah...


moga diberkati hidup ini...
menuju bahagia yg kekal abadi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:46 PM | Show all posts
perlukah terasa hiba sedangkan kehibaan untuk amat memeritkan..
perlukah terasa sayu sedangkan kesayuan itu sering menggangguku
perlukah terasa cinta sedangkan cinta itu masih kabur
perlukah terasa sangsi sedangkan kesangsian itu begitu melata...
perlukah ku usaikan sedangkan hati ini amat berat sekali
perlukah ku bersuara sedangkan suara itu hanya monologku
perlukah ku berterus terang sedangkan itu sume tidak perlu
perlukah ku yakinkan sedangkan keyakinan itu amat tipis..
perlukah menyalahi sedangkan kesalahan itu milik kita
perlukah mutiara itu jatuh sedangkan ia telah lama berselerakkan...
-mutiara yang berselerakkan-
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 01:00 PM | Show all posts
perlukah ku huraikan sedangkan huraian itu amat perit
perlukah merumitkan sedangkan ia sebenarnya amat mudah
perlukah keraguan sedangkan keraguan sering bermain di fikiranku
perlukah ku berfikir sedangkan fikirankan begitu runsing..
perlukah ku nyatakan sedangkan kenyataan itu amat mudah
perlukah ku rasa kesal sedangkan kesal itu tidak sudah..
perlukah ku rasa resah sedangkan kau bermain di mataku..
perlukah ku pujuk hati sedangkan ia semua ku biarkan berlalu
perlukah ku rasa gembira sedangkan hatiku berselerakkan
perlukah ku rasa bersama sedangkan ku rasa begitu asing sekali
perlukah jawapan sedangkan jawapan itu ada pada dirimu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 04:10 AM | Show all posts
KERANAMU KEKASIH



Keranamu kekasih
Aku belajar apa itu CINTA
Aku belajar apa ertinya RINDU
Aku belajar apa itu SAYANG
Aku belajar apa itu BENCI
Keranamu kekasih
Aku kenal erti cinta sebenar
Aku kenal siapa kekasih sebenar
Aku kenal erti sayang sejati
Aku kenal erti sakit
Keranamu kekasih
Aku dianggap insan yang bodoh
Aku dianggap insan yang lemah
Aku dianggap perempuan yang tidak bermaruah
Keranamu kekasih
Tiada lagi CINTA
Tiada lagi RINDU
Tiada lagi SAYANG
Tiada lagi TANGISAN
Kerana yang tinggal hanya suatu pengajaran dan kenangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 05:00 AM | Show all posts
BABAH



Babah
Engkau adalah ayah
Engkau adalah kawan
Engkau adalah kekasih
Engkau adalah sahabat
Babah
Perginya dikau menemui ilahi
Aku kesepian tanpa belaianmu
Aku rindu gurau sendamu
Tiada lagi tempat untuk aku berpaut
Babah
Kau pergi membawa diriku jauh bersamamu
Rinduku padamu hanya tuhan yang tahu
Rindukah engkau seperti mana aku merinduimu
Tiada lagi tempat aku bermanja
Babah
Sembilan tahun engkau bersemadi
Sembilan tahun aku sepi tanpamu
Sembilan tahun air mataku tak pernah kering untukmu
Sembilan tahun simpana kenangan kita bersama
Babah
Rinduku padamu tiada penghujung
Sayangku tiada dua untukmu
Setiaku tiada tandingannya
Namamu sentiasa dihati
Babah
Engkau tiada gantinya
Engkau ada permata hatiku
Engkau adalah nyawaku
Engkau sentiasa dihati sanubariku
Engkau adalah segalanya bagi diriku
Engkau tinggalkan aku dan keluargamu
Engkau pergi tak kembali.....


Al-Fatihah untuk arwah babahku yg kesembilan tahun ini, semoga rohnya dicucuri rahmat & bersama orang2 yang beriman....AMIN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2008 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 04:20 PM | Show all posts
tamatkan riwayat ku... matikan aku...

jika kesiiaallan itu menjamahi perasaan ini...


[ Last edited by  Amiin_al_Kalam at 21-4-2008 04:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 04:26 PM | Show all posts
jiwa aku bukan milik mereka...

jiwa aku hanya untuk aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069428 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list